Tuesday, February 21, 2012

sedih.


Hari yg menyedihkan..Kepala sakit, mak x sihat. dan hati rasa x sedap. pernah x rasa celaru? itu yg aku rasa skrg. kepala bercelaru. carca marba. sedih.

Monday, February 20, 2012

Tetap suka

Yer, aku masih menggemari Ahmad Suffian Aziz walaupon cerita Gemersik kalbu sudah tamat. Tetap suka dan sentiasa suka. Sbb beliau besh, romantik, comel, macho dan __________________________(fill in the blank with segala perkataan yg besh saja, okay).

Dan, Ayu Raudhah sudah kurus. Aku jeles. So, aku kena berdiet, demi untuk kurus daripada Ayu Raudhah. Boleh??? hahahah.

x boleh type banyak sangat. Skrg mata da pandai lena awal. Pagi esok kerja. Petang esok kelas pulak mula. Terasa ahhhmadd laa malas nak drive ke UKM. Kan besh ada Ghifari. Boleh mintak tolong dia drive kan aku pergi UKM. Eh sapa pulak Ghifari nih? Ghifari is Ahmad Suffian Aziz = Aqasha. Baru tengok beliau dalam drama Ghifari malam semalam. Macam biasa, beliau adalah hero. Di samping Zain Ruffedge yg jugak hero aku. Suatu masa dulu. eheheh. 

Di sini aku sertakan foto lama Ahmad Suffian Aziz aka Aqasha. Jambu kan? :D

Image

Friday, February 10, 2012

Sepet

Semua orang tahu, aku memang penggemar bear tegar. Semakin tua bertambah usia semakin menjadi-jadi pulak kegilaan yg satu nih. Kegilaan yg lain-lain tuh da kurang skit tp pasal bear or stuffed animals, makin menjadi-jadi! Orang perasan muda sweet 18 selamanya, gini laa perangainya. kekekke.

Baru-baru nih, aku macam terahhhmadd laa suke dengan gruff bear. Gara-gara terpelok gruff bear kepunyaan Ell! Bila aku pi rumah dia aje, mesti nak pelok gruff bear yg encik tunang dia bagi tuh. Besh pelok gruff bear tuh. Boleh buat bantal jugak pasal badan dia panjang leper macam seekor haiwan pemalas. Meniarap sambil tido aje kejenya. Like someone i know. :p

So..aku pon dok menceceh ajelah pasal kegilaan aku nih dekat 'sorang kawan'. Aku siap mengada-ngada pimintak gruff bear tuh suruh dia cari sampai dapat. Ell cakap kat internet ada. Boleh beli online. So, aku pon mengada pi mintak beliau cari sapa yg ada jual gruff bear tuh kat internet. Siap merajuk-rajuk bagai. Very the mengada-ngada kan??. If aku jadi kawan aku tuh, da lama aku lempang muka aku yg tembam nih. kehkehkeh. 

Tengok-tengok...pagi tadi da ada satu kotak kat ofis. Kerani cakap untuk aku. Errrr betul-betul laa pulak beliau tuh belikan! Kusangkakan tidak. Lagipon aku saja aje mengada-ngada pi  mintak. x sangka pulak beliau pi cari betul-betul. Kire x rugi ah aku merajuk tuh kan? lalalalalalalalla..

Image

Image


Orang yg bagi gurff bear nih suruh aku panggil dia si Sepet! haha comel :p Ok ah tuh...kalau tidak nak bubuh nama Suffian aje. kekekekekek.


p/s i lebiu : See...tang mata mmg very the sama dengan Aqasha, what! :P 

Thursday, February 9, 2012

Pujaanku suami orang

Tengok tajuk mesti orang ingat aku perempuan gatal kan. Haha. Jangan cepat jump into conclusion. Jangan cepat serang x tentu pasal jugak. Memang x dinafikan aku sedang angau bangau sama si handsome yang sorang ni. Dan si handsome nih memang semua orang tau dia dah kawin pon (sedey woooooooo..*sob*)


Image

Sejak Aqasha berlakon jadi Suffian dalam drama Gemersik Kalbu tuh, makin ramai pulak orang asyik sebut pasal dia. Dan orang yg paling obvious menyebut tuh adalah aku. x lain x bukan lagi. Gemersik Kalbu nih rasanya ramai orang tau ianya diadaptasi daripada novel karya Anis Ayuni. Novel yg da berzaman aku ada. Since 2004 kalau x silap. Tapi baru nak dibuat drama. Standard ah...da jadi trend pengarah zaman skang ni, sebok dok cedok cerita dr novel utk dijadikan drama. Tp xde hal laa kan. Asalkan drama tuh adaptasi daripada novel yg ceritanya besh, bukan cerita yg membosankan. Yg memberi kesan pada aku setakat nih ialah Trilogi Cinta dan Gemersik Kalbu nih jelah kot. Lagenda Budak Setan - failed. Ombak Rindu - pon failed. Err ni bagi pandangan aku jelah. Orang lain mungkin suka. Sebenarnya teringin nak tengok drama Bicara Hati since novel dia adalah karya penulis kesukaan aku - Damya Hanna. Tapi sayangnya aku xdak Astro. *sob* Hopefully besh laa hendaknya since hero dia adalah Shanaz Ahmad si hensem lagi macho tuh. :p

Gemersik Kalbu tuh pulak..banyak jugak yg diubah-ubah daripada cerita asal novel. Patutnya Raihana (Ayu Raudhah) cikgu sekolah menengah. (cikgu? ehem ehem) Dan Hisham dalam novel pulak x se'desperado' Hisham lakonan Zain Saidin tuh. Watak Zain Saidin tuh tahap giler meroyan. Over gilerrr. Hisham dalam novel baik, mengalah dengan Suffian. Wan Ariffin dalam novel lak mati akibat lemas cuba nak selamatkan budak kat sungai. Wan Arifin yg dalam drama mati kena tikam. Pastu "Aria" yg dalam episod semalam tuh kalau dalam novel just kacau Raihana dengan sms2 aje, xde  laa sampai bersua muka. Tapi x kisah ah, asalkan heronya suami orang pujaanku - Firdee Aqasha yg handsome lagi sweet lagi comel lagi macho lagi besh lagi nakal lagi ___________________________________________________________________________ (fill in the blank dengan words yg besh-besh aje yer to describe him HAHAHA). Eh, terlupa pulak dengan Mr Yus sekejap. Walaupon Mr Yus berlakon jadi bestfren Suffian dalam cerita yg sama. :P

Aqasha adalah contoh terbaik untuk menggambarkan ciri-ciri lelaki idaman sy - Chinese look, ada goatee yg kemas, kulit cerah, badan buff.  Macam my old flame. Tapi macam biasa ah apa yg kita suka memang kita susah nak dapat ataupun x akan dapat. 

To Aqasha's wife - Sy terahhhmaaaaad laa jelesssssss dengan anda. LOL