Monday, September 9, 2013

Rindu.

Aku masih rindukan dia.. aku masih peluk Gebu (bear yg dia bg) bila tido..aku still x dapat lupa dia..knapalah rasa syg ni terlalu kuat? *sigh*

Sunday, August 18, 2013

It's complicated..

Kadang-kadang bila duduk diam-diam dan otak ligat berfikir, terasa menyesal dengan kebodohan sendiri. Terutamanya kebodohan masa lampau yg telah membuatkan aku membuang begitu banyak masa untuk bersedih disebabkan orang yg sebenarnya langsung x hargai aku macam aku hargai dia. Cinta pertama yg begitu berharga kononnya. Padahal membuatkan aku hanyut dalam kebodohan sendiri. Segala rindu, sayang, kenangan yg manis = RUBBISH. And now, semua tu sudah ke tong sampah! Apa yg membuatkan aku begitu bodoh ialah tidak membuang semua tu ke dalam tong sampah berkenaan lebih awal. Ya, that is one of the biggest mistakes I've made in my life. Betul-betul punya regret. Kalau tau dari awal yg aku sememangnya mampu untuk 'membuang' cinta pertama tu, x payah aku bersusah payah membuang masa meratap menangis kononnya dia tu terlalu berharga sangat laa konon selama ni. Walhal, aku sememangnya mampu untuk jatuh hati dengan orang lain. Dan sememangnya satu lagi kesilapan aku ialah aku TIDAK MENCUBA memberi peluang itu untuk diri aku sendiri dari dulu. Aku yg jadikan cinta pertama tu sebagai  'road block'. Kebodohan yg nyata kan? Padahal dia bersuka ria bercinta sana sini dan kemudian bertunang. Mana ada susah payah bersedih macam aku.

Kepada 'dia' yg buat aku sedar bahawa aku sememangnya mampu sayangkan orang lain, terima kasih. Terima kasih sebab tolong bukak mata aku yg selama nih buta. Terima kasih jugak sebab sudi hadir dalam hidup aku walaupun hanya sekejap. Aku x benci dia. Aku tau dia ada sebab kenapa tiba-tiba tinggalkan aku. Cuma dia x mampu nak cakap terus terang dengan aku. It's complicated. Sangat complicated. Bukan semua benda kita mampu share dengan orang lain. Apa-apapun aku tetap sedih, sebab aku memang sangat sayang dengan dia. He's different. Memang sangat different dengan lelaki-lelaki yg aku pernah kenal. Juga different dengan cinta pertama aku. Aku sayang dia ikhlas. Bukan sayang yg kebudak-budakkan macam aku sayang my old flame (1st love). Aku betul-betul sangka dia adalah jodoh aku, orang yg aku nak sangat hadapi masa depan sama-sama.Tapi, malangnya harapan tu sekarang  hanya sekadar harapan.. Bila dikenangkan hubungan yg terputus tiba-tiba macam nih,  buat hati aku jadi terlalu sakit. Putus cinta di saat kita terlalu sayangkan orang tu, mana x sakit. Tapi apakan daya. Kita x boleh paksa orang untuk terus sayangkan kita jika orang tu dah x sayang lagi..

Kalau boleh, aku x mau mengulang kebodohan yg lalu. Tapi entah laa..cakap memang senang. Nak melaksanakan selalunya payah. Terlalu payah..




Monday, August 12, 2013

Betul kata pepatah

Betul orang cakap, when one door closes another opens. Tadi aku dihubungi sorang kawan lama. Kawan sekolah. Dia call hp mak sebab dapat nombor mak from mak mertua abang dia. Kebetulan abang dia kawin dengan anak kawan mak aku. Kecik kan dunia ni? Pimai pimai tang tu jugak. Kawan aku nih dalam brapa tahun kebelakangan nih ada masalah peribadi so kami lost contact dalam about 2 years dengan dia. Now, alhamdulillah dia dah ok dan dari suara dia aku tau dia dah ceria balik. Syukur kepada Allah, walaupun aku sedih sebab 'hilang' sorang kawan tu, ada kawan lain masih lagi ingat kat aku. Ini hikmahnya. Semoga ukhwah tidak lagi senang-senang diputuskan lepas ni.
 
Semalam berlaku lagi satu kisah yg x menyayat hati aku langsung pon. Tiba-tiba dapat tau old flame aku or cinta pertama (or whatever i always call him before) tu sudah bertunang. Guess what, i didn't feel anything. Cuba jugak nak rasa sedih but sebaliknya yg berlaku. Hati aku rasa tenang je, x sakit. Pelik, but i'm okay with that fact. Plus, aku dah lama hilang perasaan kat dia. So, x mendatangkan apa-apa kesan dalam hidup aku. Cuma yg aku rasa kelakar, x lama lepas aku tau hal pertunangan dia, dia message bagitau dia dah putus tunang. Eh dah 2 tahun diam x semena-mena bila aku dah tau dia dah bertunang, boleh pulak bgtau dah putus? Serius ini memang kelakar. So, i was like "Owh ok". that's all. Aku mmg x reti nak komen apa dah. Sebab aku dah  xmo masuk campur lagi hal dia. Dah  x da kaitan lagi dengan hidup aku. Apa-apapun aku doakan yg terbaik untuk dia.
 
Btw, nak ucap Selamat Hari Raya buat kawan-kawan yg masih ingat lagi kat aku dan masih sudi lagi singgah blog yg dah x brapa nak aktif nih. Maaf zahir & batin yer. 1st day raya aritu orang yg aku still syg ada sms wish salam aidilfitri..tapi aku x balas. Aku x faham kenapa sebelum ni macam-macam aku sms tanya why dia ignore aku slama ni semua dia x jawab. Tapi bila sms ucapan selamat berpuasa aritu dia jawab sekali then bila aku balas balik dia diam. Ni hari raya dia sms bagi ucapan gitu. Aku x balas sebab aku x nak lepas aku balas, dia diam lagi. So biarlah. I hope he enjoys his raya this year. Raya aku tahun nih sederhana. Seronok masa 1st day saja sbb my kazens were here then bila depa balik, life jadi macam biasa balik. Apa-apapun, syukur masih ada kesempatan nak sambut raya jugak..tahun depan belum tentu lagi.

Monday, August 5, 2013

sudah tidak berdaya lagi.

Dalam tahun yg sama, aku kehilangan kawan yg selama ini disangka sahabat, dan orang yg disangka akan ada harapan utk mengharungi masa hadapan bersama. 

Kawan yg pergi atas sebab yg sgt x munasabah-Politik. Wajarkah perbezaan politik dunia memporak perandakan sebuah persahabatan yg sekian lama? Adilkah jika seorang kawan dibuang kerana perbezaan itu?  Jika tidak boleh ditegur, dan menganggap diri sendiri sempurna, x apalah, pergilah. Semoga engkau lebih bahagia. Cuma aku amat terkilan, sebab persahabatan yg dibina langsung engkau x syg untuk pertahankan. Bukan setahun dua usianya tp hampir 20 tahun.

Orang yg aku terlalu syg setelah sekian lama aku x rasa perasaan tu pd orang asing, pun tiba-tiba membuat keputusan untuk pergi. Walaupun keputusan itu x diluah secara terus terang tapi tindakan utk berdiam diri begitu lama sudah cukup menjelaskan apa yg terbuku di hati. Cukup membuatkan aku menjadi seperti seorang bodoh yg tertanya-tanya apa yg berlaku? Kenapa? Apa alasannya? Kenapa tiba-tiba berubah sikap? Apa salah aku? Sampai sekarang aku madih x tau.

Bohonglah kalau aku ckp aku ok. I really am not ok, actually. Tp aku berlagak mcm ok. Aku perasan mcm aku masih kuat. Padahal aku dah x mampu nak berpura- pura mcm aku kuat. Hakikatnya aku sgt lemah. Saban hari aku menangis memikirkan apa lah salah aku sampai sanggup orang lukakan hati aku lagi. Padahal orang tau suatu masa dulu aku terluka terlalu teruk. Orang mcm x ada belas kasihan langsung pd aku. Orang tgk mcm aku ok..aku boleh lalui tp tahukah orang betapa hati aku hancur? Mungkin orang anggap aku ni x ada hati. Atau mungkin orang anggap aku hanya barang mainan yg bila orang dah jemu, boleh buang begitu saja. Mana pergi semua kasih syg? Tiada hargakah kasih syg yg selama ini terjalin? Tiada maknakah segala suka duka yg dikongsi? Palsukah segala janji yg ditabur? Atau selama ini segala yg dikata, dijanji semuanya dusta. Semuanya satu permainan? Kenapa menabur cinta dan janji jika tiada niat utk memiliki?

Mungkin aku yg bodoh. Bodoh sebab terlalu mengharap dan percaya dengan kata-kata manis orang yg kononnya selama  ni syg sgt kat aku, nak ambik aku jadi isteri. Rupanya semuanya sekadar kata-kata penyedap bicara. Walhal aku hanya sandaran semata-mata..bila dah jemu, aku pun ditinggalkan begitu saja tanpa sebarang sebab, alasan ataupun pesan.Aku sgt kesal, orang-orang yg hati aku dapat betul-betul syg, dapat betul-betul terima, semuanya berlalu meninggalkan luka yg sgt pedih.lebih-lebih lg pd usia mcm ni, terlalu sakit utk aku menanggung. Aku fikir yg kali ini adalah jodoh rupanya aku yg bodoh. Bila umur dah mcm ni, rasa makin cemburu melihat kawan-kawan yg dah berkeluarga sendiri, dah ada anak. Sedangkan aku masih sendiri..mungkin silap aku sendiri..kalaulah aku x buang masa bertahun-tahun mengenang cinta pertama dulu mesti hidup aku akan berbeza.. 

Buat pengetahuan dia, aku sudah tidak ingat lg cinta pertama aku. Tidak mcm sebelum-sebelum ni bila mana aku mcm orang gila meratap bersedih sebab cinta pertama aku x kesampaian. Dia yg buat aku lupa semua tu. Dia bagi aku semangat baru. Dia buat aku rasa dihargai kembali. X tau nak gambarkan mcm mana bahagianya aku rasa bila dengan dia. Terlalu bahagia utk digambarkan. Dia terlalu protect aku, dialah tempat aku berkongsi masalah. Dia terlalu mengambil berat sampaikan aku menjadi terlalu selesa dan sudah terbiasa. Jadi bila dia tinggalkan aku tiba-tiba mcm ni, aku terus buntu.sebab dah terbiasa ada dia dlm hidup aku. Aku betul-betul rasa kehilangan dia. Sebab aku terlalu syg dan terlalu berharap pd dia. Melebihi cinta pertama aku. Mmg pelik..tp mmg itu yg aku rasa. Sebab tu aku fikir dia adalah jodoh . Tp kenapa dia begitu kejam membuang aku mcm x ada harga, mcm sampah?

Kelemahan aku, aku x mampu nak benci orang yg aku terlalu syg. Jadi aku x mampu nak benci dia..aku harap sgt semua yg berlaku ada penjelasan dari dia. Walaupun ianya hanya akan menghancurkan hati aku...

Sunday, June 30, 2013

Rindu vs Sedih

Rindu yg teramat sangat buat manusia selalu menangis. Sudah menangis untuk kali yg keberapa, aku tidak ingat..Tak apalah. Kejap lagi mungkin mata akan terlena..

Friday, June 7, 2013

therapy

When you have no one to talk to about what's inside your head or your heart, all you have to do is cry and then fall asleep.. 

Sunday, June 2, 2013

:)


Who are you now?
Are you still the same
Or did you change somehow?
What do you do
At this very moment when I think of you?
And when I'm looking back
How we were young and stupid
Do you remember that?

No matter how I fight it
Can't deny it
Just can't let you go

I still need you
I still care about you
Though everything's been said and done
I still feel you
Like I'm right beside you
But still no word from you

Now look at me
Instead of moving on, I refuse to see
That I keep coming back
And I'm stuck in a moment
That wasn't meant to last (to last)

I've tried to fight it
Can't deny it
You don't even know

That I still need you
I still care about you
Though everything's been said and done
I still feel you
Like I'm right beside you
But still no word from you

No no
Wish I could find you
Just like you found me
Then I would never let you go (without you)

Though everything's been said and done (yeah)
I still feel you (I still feel you)
Like I'm right beside you (like I'm right beside you)
But still no (still no word) word from you

Saturday, June 1, 2013

Happy 18th (AGAIN), myself.

Image

First of all, TQ Abah for the lovely half choc indulgence & half choc fudge from SR. 

Second of all, this is the most quiet bday of all. I wasn't feeling very well this morning. I had my lelah right after performing my Subuh prayer. Telan panadol & terus lelap semula. ;( So i didn't go anywhere today.

Third of all, my heart is feeling so blue today. I don't really fancy the month of June actually..I know, i was born in June but they're too many people passed away in June the last few years. I miss them. esp. my Atuk & my best fren. They're always in my prayers, i want them to know that.

And the most important of all, TQ ALLAH for the life you've given to me for these past 18 years (plus 13). Syukur Alhamdulillah hambaMu ini masih bernyawa. 

Saturday, May 25, 2013

Teacher's day special.

Yay! Dapat mungeeee 3 kuntum. ;p ;p 

Image

Image


The best teacher's day ever. Thanks to You. ;)


Thursday, May 2, 2013

Lelaki besi idaman.

Image

Iron Man 3, besh tahap superb! Dan yang paling penting, Robert Downey Jr aka Tony Stark adalah hero veteran terhensem dulu, kini dan selamanya. Err Brad who? HAHA.

Friday, April 26, 2013

Tentang kesayangan

Aqasha cakap sekarang kalau nak berlakon kena pilih-pilih watak sikit sebab nak jaga hati isteri. No wonder laa da jarang nampak dia berlakon sekarang. Mesti isteri dia cemburu dengan aku kan? HAHA (perasaaaannnn sangat :p) Alah isteri Aqasha xyah laa cemburu sangat. Share dengan sy sorang aje. Sumpah x share dengan orang lain. Hihihi 

P/S : Sy bergurau aje yer isteri Aqasha :P

Thursday, April 25, 2013

Perasaan

Rasa macam nak pergi bawak diri jauh-jauh ke tempat yg x ada orang kenal. Lupakan segala perkara sedih dan kepahitan yg berlaku dalam hidup. Ada orang yg hidupnya sentiasa bahagia dan dipermudahkan urusan dalam segala hal.  Betapa beruntungnya mereka. Mungkin aku x beruntung macam mereka tetapi aku tetap bersyukur atas apa yg ada. Bersyukur terutamanya sbb aku masih ada mak dan abah. Mereka yg paling dekat dengan aku, mereka jugalah sumber kekuatan untuk aku meneruskan hidup. Kalau x ada mereka nanti aku x tau laa macam mana aku nak hadapi segala yg berlaku dalam hidup aku..terutamanya perkara yg buat aku sedih. Lambat laun hidup akan menjadi sebatang kara. Memang sedih bila difikirkan. Tapi jika itu sudah disuratkanNya, siapa aku untuk menidakkan? Mungkin itu takdir yg terbaik untuk aku..untuk sendiri sampai aku mati.

Wednesday, April 24, 2013

aku berserah

Ada sesetengah perkara dalam hidup yg kita ingin 'undo' jika boleh tetapi malangnya x boleh. Hanya boleh berharap agar perkara macam tu x akan berulang lagi. Kita hanya merancang, Allah juga yg menentukan
 Semua ketentuan adalah kerjaNya. Moga Allah memberikan kesudahan yg terbaik untukku. Moga Dia jauhkan aku dari rasa putus harap akan sesuatu rahmat dariNya. Sesungguhnya aku adalah hamba yg serba kekurangan..

Tuesday, April 23, 2013

nasihat

Diasak kecewa yg tidak berkesudahan. Bagai menjerat hati dalam kedukaan. Apa yg berlaku, ingat, Allah itu paling utama. Dan jgn sesekali lupakan Al-Quran.

rajuk

Berulang kali memujuk hati. Sampai suatu ketika tidak berdaya lagi..

Friday, April 19, 2013

Jodoh kita x panjang, S..

Apparently i need to say bye bye to this :

Image
SK II's Facial treatment essence 

Sejak mula guna muka aku sebijik demi sebijik ditumbuhi jerawat degil yg sangat tidak disenangi. Fine, SK II mmg sesuai utk kulit wanita asia tapi nampaknya kulit aku x brapa nak asia. Mungkin lebih menyerupai kulit European atau American (uwekkk). Dulu pakai toner Clinique, tiada masalah sebegini terjadi kecuali kalau masa bulan datang mengambang. Kini, aku rasa makin bersuka ria pulak jerawat menumbuhi kulit muka ku yg gebu ini (uwek lagi). Sedihhhhhhh ;(

Oleh itu, aku mengambil keputusan untuk kembali ke takuk lama iaitu mendapatkan kembali toner Clinique no 2 yg aku biasa pakai ini :

Image

Clinique's clarifying lotion (toner le tuu)

Dan satu lagi brand yg aku rasa besh giler ialah BIO ESSENCE! Serius aku suka BB cream dia! Sangat besh dan yg teramat besh ialah bila aku pakai bb cream dia, muka aku jadi x berminyak (Yippeeeee!) Berbanding dengan aku pakai Clinique punya.  Kulit aku nih sensitif skit dengan spesis cream cream nih smua.Kecuali satu jenis cream je, ice cream. So spesis cream dr produk seperti Maybelline, Safi smua tu lagi laa buat kulit aku jadi worse dan gatal2. Safi paling teruk! Buat kulit aku mengeluarkan minyak seperti minyak masak pulak rasa bila apply cream dia kat muka..giler banyak! Apatah lagi Safi balkis! Sungguh sadis. Revlon pon sama jugak. So produk-produk ini dengan jayanya telah mengopakkan duit poket aku dengan begitu saja. Sedihhhhh ;( Seksa tau memiliki kulit yg berminyak dan 'manja' nih. Kena carik produk yg betul-betul sesuai baru okay. Tq cik fanadz sebab rekemen this bb cream from Bio essence:

Image
Aku puas hati sangat!  ;)  TERIMA KASIH BIO ESSENCE (ayat cliche :P)

Wednesday, April 17, 2013

tiada siaran ulangan

Adakah sejarah bakal berulang? I hope not.

Sunday, April 14, 2013

Aku memang 'gatal tangan' arini.

Image

Image

Sudah melepas gian melukis potret setelah sekian lama x pegang kertas lukisan dan pensel. Asyik pegang buku matematik dan pen marker saja kannn. 

*Aqasha - done!
*Adi Putra - done!
* SRK - done!
* a girl and a baby (ikut gerak tangan suka hati aku haha) - pon done!
* Edward cullen - looking forward to!

Ok sekarang boleh tido dengan aman. ;)

Gatal tangan

Image

Mainan dunia

Nak mencari orang yg IKHLAS sayangkan kita, selain keluarga mmg susah. Even sedara mara, belum tentu ikhlas. Apatah lagi orang luar yg tiada ikatan kekeluargaan. Bukan mudah bercakap pasal kasih sayang, kalau menjadi seorang yg sukar percaya akan keikhlasan kasih sayang. Tetapi Dia Maha Mengasihani. Hanya Dia yg boleh dipercaya. Hanya Dia yg ikhlas. Sentiasa bersama hambaNya x kira masa. x pernah Dia x cukup masa untuk kita. Macam mana kita boleh cakap kita x cukup masa untuk orang lain? Kadang-kadang rasa x sabar untuk kembali ke pangkuan Dia, x perlu lagi memikirkan perkara duniawi yg menyakitkan.

Tuesday, April 9, 2013

merepek

Apabila kita tiba-tiba suka buat benda yg kita x pernah suka buat dan makan benda-benda yg kita x pernah suka nak makan, adakah ianya tanda-tanda...nak mati?

Saturday, April 6, 2013

Thursday, April 4, 2013

Sekadar info.

Sebagai manusia yg serba serbi kekurangan, kita ada banyak kesedihan yg kita x mampu nak kongsi dengan semua orang. Begitu juga dengan cerita gembira. Bukan semua kegembiraan kita mampu nak kongsi dengan orang sekeliling. Pokok pangkalnya, x usahlah gigih sangat menjaga tepi kain orang lain. Kecuali laa orang tu dengan rela hati nak bercerita, itu bukanlah kes kita jaga tepi kain orang. Simple and easy kan ? :)

Angan-angan mek jenin.

Masih ingatkah kita pada jejaka tampan dalam iklan Hari Raya Petronas suatu masa dahulu? Aku x pasti tahun bila punya iklan tapi yg pasti, jejaka tersebut memang super handsome dan secara automatik mengundang perasaan ANGAU pada gadis-gadis, kanak-kanak perempuan mahupun para emak-emak yg melihatnya. Jejaka tersebut jugalah yg telah berjaya menarik minat aku untuk tercongok depan tv sambil menunggu iklan yg ada muka handsome dia. @__@. Jejaka yg aku maksudkan x lain x bukan ialah :

                               Image
Fahrin Ahmad yg maintain handsome.

Menurut Fahrin (dipetik dari post dalam Beautifulnara.com) :

Apabila usia sudah semakin lanjut, kita mula rasa selesa dengan kedudukan kita sekarang, jadi keinginan untuk berkahwin pun terhakis. Bagaimanapun ia bukan bermaksud saya tidak mahu berkahwin. Hasrat memang ada, cuma belum bertemu pasangan serasi. Mungkin saya lebih sesuai dengan orang biasa, bukan dengan golongan selebriti.

Errr...agak-agak kalau aku mengorat dia ok x ? Ketepikan Aqasha sekejap. HEHEHEHEHEH.

Wednesday, April 3, 2013

Kegilaanku.

Kegilaan baru = MELANCONG.

Indonesia - Sudah sampai ke sana (walaupon p Bandung je pon HEHE). Seriously, Bandung is a shopping heaven untuk para-para gadis, emak-emak or granny-granny yg suka membeli kain pasang untuk buat baju raya (or baju kerja or baju harian or whatever). Mana nak dapat kain pasang 4 meter dengan corak sulam cantik-cantik dengan harga paling murah RM37 ? Jawapannya ialah di Bandung. Serius x tipu. P.S : Iklan ini spesifik untuk kaum wanita sahaja since lelaki x minat shopping kain. Tp untuk membayarkan harga kain-kain yg dibeli oleh isteri or awek tersayang apa salahnya. :P

South Korea - Pon sudah sampai. Yg ini mmg puas hati sangat-sangat. Thanks yg x terhingga buat Mr Azri Che Mukhtar (Boss travel agent Muslims Tour in Korea) and the gang sbb bawak kami 8 days, 7 nights jalan-jalan pusing tempat menarik kt Seoul, etc sambil feeling-feeling autumn in my heart. :p So sapa-sapa yg teringin nak jejak kaki ke sana sambil feeling-feeling Autumn in My heart / Winter Sonata boleh laa usha page beliau di Fb. Type aje Muslims Tour in Korea, da boleh usha. :)  P.S : Iklan ini PERCUMA tidak berbayar. HAHA.

Japan - Teringin nak pegi dan hampir-hampir nak pegi tapi bila fikir-fikir balik, x berbaloi sangat since harga barang-barang kat Jepun adalah mahal. Kalau fridge magnet yg stupid-stupid (direct translation) pon da RM16 seketoi, bayangkan laa nak beli sepokok Sakura. Huh...terpaksa cancel hajat ini buat sementara aku belum kaya nih. Nanti bila aku da kaya, aku rethink. Mana laa tau hati ni degil sangat nak pegi jugak. MUAHHAHA. So buat Abang Takuya Kimura yg sentiasa berada dalam ingatan ini,  sabarlah menanti kedatangan dinda suatu hari nanti yer. HEHEH

Australia (Sydney/ Perth/ Melbourne) - Dalam perancangan lagi. Kumpul duit banyak-banyak untuk beli kangaroo / koala sekor dua. Kahkahkah

USA - Teringin nak pegi Miami, New York, Las Vegas (pengaruh CSI sungguh :p).

Dan yg PALING aku nak pegi sangat above all : 

Tanah Suci Mekah. InsyaAllah tahun depan. Doa-doakan laa yer. :)



Menyampah

Ada sesetengah orang kan bila kita tengok muka dia kita rasa menyampah. xtau laa pasai apa. Tapi memang menyampah. Padahal orang tu xda buat salah apa pon kat kita dan ada tu yg kita sendiri x kenal pon dia sapa. Tapi tup-tup rasa menyampah macam nak bagi pelempang sedas. 

Agak-agak orang tengok muka kita ada x dia rasa macam tu ek? *wondering*

Tuesday, April 2, 2013

Tidur yg panjang

Kadang-kadang aku rasa macam nak tidur lama. Tidur je sepanjang-panjang yg boleh.malas nak bangun-bangun. Biar lena berpanjangan. At least dalam tido selalu berlaku sesuatu yg manis-manis yg x mungkin berlaku di dalam jaga. Contoh : dapat jalan berpimpinan tangan dengan Ady Putra. Kalau dalam jaga, mampu?

I need a 'ME' time, actually. Dan 'ME time' hanya berlaku di dalam tidur. Kalau dalam jaga, mampu? TAK! :( 


Image
Ini adalah Ady Putra yg emsem sangat-sangat dan pandai cakap omputih sangat-sangat. (melampau tau kalau x kenal! :p) This is what i like about Singaporean. Menarik sangat bila dengar depa nih speaking omputih. ;)

Takdir.

Kalau telah ditakdirkan Allah aku akan single sampai aku mati, aku harus redha. Kan?

Monday, April 1, 2013

Memori yg manis. :)

Image

Image

Autumn in my heart.... 
Seoul Tour (15 Nov - 22 Nov 2012)

Monday, March 4, 2013

Rindu kamu

Tengah dok usha blog Ohbulan! sekali terpandang seraut wajah..

Image

Terbaek dari ladang - barisan jejaka-jejaka (atau bapak orang) yg tampan esp. yg mukanya dalam love tuh. hak hak.. Muka yg lagi dua (sein dgn mamat forteen yg aku x hingat namanya sapa) harus diblurkan pasal x minat. Muahahahaha. Zain xpe..boleh ditayang di sini sbb masih ada lagi sisa-sisa keminatanku padamu. :p

Satu ja nak cakap, 

"Firdee Aqasha, kau idamanku selaluuuuu" (feeling ke awangan sekejap. To wife firdee, ampunkan saya. eheheheheheh)

Bila laa nak jadi hero kat tv lagi nih ek... hero filem lagi afdal. :D


Wednesday, February 27, 2013

Anakmu Sazali?

Image


Petikan sms yg diambil dari sebuah akhbar. Beginilah kenyataan dari orang yg ada akal, bahasa Melayu bagus tapi akal cetek. DUH!  Aku pelik parent macam nih. Kalau cikgu nak marah pon da x boleh, kau expect anak kau akan jadi manusia yg pandai dan bersahsiah tinggi x? Cikgu bukanlah stupid atau saja suka-suka nak marah kalau sorang budak tu x buat salah. Kalau cikgu marah tu mestilah bersebab. Kalau parent jenis macam nih rasa yg x buat kerja rumah/x mahu belajar tu satu sikap yg baik, dan cikgu x perlu marah atas sebab tersebut, fine, whatever. Mungkin anak dia nama Sazali dan dia nih bapak Sazali kot. x perlu marah anak dia, x perlu denda atau rotan anak dia sebab dia pon mesti x pernah buat macam tu. Eloklah tu. Bila besar nanti confirm anak dia pijak kepala dia balik. 


Cikgu bagi kerja rumah tu sebab nak bagi anak kau jadi seorang yg rajin, buat latihan banyak, bagi mahir, bagi anak kau tu jadi seorang yang berilmu dan beramal, bukan sekadar dapat ilmu kat sekolah lepas tu simpan dalam beg tanpa ulangkaji dan latihan. Kalau nak marah anak dia sebab x buat kerja rumah/x mahu belajar tu menjadi satu kesalahan, aku rasa mesti ada something wrong kat dalam kepala otak si parent nih. Pelik jugak aku bila ada mak bapak yg x kisah anak dia x mahu belajar. x payah marah? Habis tu nak biar jelah anak dia x belajar? Nanti anak dia jadi BO to the DOH dia salahkan cikgu pulak. Konon cikgu x reti ajar anak dia, cikgu x bagus, bla bla bla. Manusia macam ni pon ada dalam dunia ni ek? Musykil aku. Aku suspek parent macam nih mesti dia x pentingkan education anak-anak dia. Mesti dia jutawan kot, anak x belajar, buta huruf pon x pe, duit dia berlambak dalam bank, boleh tanggung anak-anak dia. sampai mati pon x habis kot? 

Apa dia? Tindakan undang-undang? Agak-agak peguam geli ketiak x dengar kes macam nih? Mesti peguam tu jenis mata duitan kalau dia ambik kes macam nih kan? Contoh : SEORANG GURU DIAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG KERANA MEMARAHI SEORANG MURID ATAS SEBAB TIDAK MEMBUAT KERJA RUMAH.  Very duhhhhh sangat. kalau cikgu pukul sampai memudaratkan anak dia tu lain lah. x de la menjengkelkan sangat. Nih kalau dah marah pon nak dijadikan kes, memang sah akal dia cetek. Maybe memang betullah kot dia nak anak dia pijak kepala dia balik bila da besar nanti. agaknya kalau kat rumah, bila anak dia pegang najis pun, dia x marah. x pun masuk tahi hidung dalam mulut dan telan. Mesti dia x marah. Sebab mungkin masa dia kecik dulu dia pon buat benda macam tuh kot. HAHAHA (jahat sangat statement aku nih kan? heheheheh)

Syukur alhamdulillah sebab aku pernah kena rotan dengan cikgu masa sekolah rendah dulu. Biasalah, semua orang pernah jadi kanak-kanak, bukan setiap masa kita rajin, kadang-kadang malas jugak dan x buat kerja sekolah. Nama pon budak-budak. Kat sini lah besarnya peranan ibu bapa dan CIKGU. Untuk mendidik anak-anak supaya jadi manusia berguna. Rotan atas sebab kesalahan x salah sebenarnya asalkan x melampaui batas/ mencederakan. Syukur atas tunjuk ajar, didikan yg cikgu-cikgu aku dah bagi selama nih. Sebab tulah aku pandai dan menjadi manusia yg berguna sekarang nih.. KAH KAH KAH (Berlagakk :P)

Saturday, February 16, 2013

Miracle of the day

Seorang Uncle berbangsa Cina di sebuah kedai telah menyangka bahawa aku masih lagi seorang pelajar Sekolah Menengah. Owh seronotnyaaaaa.. HAHA.

Friday, February 15, 2013

M A L A S

Faktor-faktor yg menyumbang kepada peningkatan tahap kemalasan aku untuk mengupdate blog (wahhhh ayatt) :


  1. Instagram
  2. Segala macam games yg didownload free via Android.
  3. Kerja di sekolah yg semakin bertimbun.
  4. Firdee Aqasha
  5. Amar Asyraf
K Bai.

Tuesday, February 12, 2013

Sha na na na naz

Tiba-tiba terpanggil pulak nak mengkomen hal si mamu penang yg emsem aka mamu sharnaaz ahmad . x dinafikan memang ramai orang naik jelek dengar cerita panas pasal dia dengan bakal pak mentuanya uncle ND lala tu termasuk laa aku kot. Saja aku nak jadi busy body skit kali nih. he he he. Bukan apa, kalau dah masuk tahap biadap terhadap orang tua, aku rasa macam x brapa sesuai pulak kelakuan tersebut dengan wajah sehensem mamu sharnaaz.. 

Rasanya memang 1Malaysia sedia maklum kot hal percintaan si mamu dengan anak dara ND lala. Sebab dah selalu sangat dihebahkan kepada pihak media. Pasangan sensasi gitu.Tapi lantok laa depa nak bercinta ke apa, tu hak masing-masing tapi restu orang tua tuh penting. Pada pandangan aku, Sharnaaz nih mungkin jenis cepat melatah dan cepat melenting, mungkin sebelum nih ND lala saja nak test aje tapi dia dah melatah. Tengok masa Kiah propa interview dia..bagi aku, cara dia jawab agak biadab. Dengan dok gigit pencungkil gigi masa orang dok interview, lepas tuh cakap pon kasaq..panggil lak ND lala "bro..bro". Adoih kalau bakal pak mentua dia bukan ND lala tapi orang tua biasa pun sah-sah laa x berkenan nak ambik jadi menantu kalau lagu tuh gelagat dia. Patutnya kena banyak bersabar dan cari jalan untuk pikat hati bakal mertua..barulah ND lala tu senang hati nak bagi anak dia kat awok..nih bila awok dok buat lagu tuh lagi laa pokcik tuh x kuasa nak melayan. Haih laa sharnaaz..daripada suka terus aku jadi x berkenan kat awok. hu hu hu..

Image
you can get ouuuuuutttttt..

Image
you can get iiiiinnnn!

Owh Amar Asyraf.....!!!!!

.opsss curang sat dengan Aqasha. he he heeeee :p

Friday, February 1, 2013

Pilihan

Pilihan yg lalu sudah berlalu. Sudah pergi buat selamanya. Memang x akan datang lagi pilihan seperti itu. Aku mengambil masa bertahun-tahun untuk melepaskan ia pergi dan aku redha. Jika pilihan yang sekarang pun aku terpaksa lepaskan, apa lagi pilihan yg ada? 

Dalam hidup, kita x boleh mementingkan diri sendiri. Aku tahu itu.  Banyak perkara yg memerlukan aku membuat pertimbangan yg jitu. Demi kebaikan diri sendiri dan juga banyak pihak. Dalam hidup, aku juga telah banyak mengalah. Kalau asyik mengalah, bilakah masanya untuk aku menang ? 

Mungkin aku perlu lebih banyak berfikir. 

Wednesday, January 16, 2013

Segalanya mungkin

Menjenguk blog yg sudah lama diabaikan. Mungkin aku memang unfair. Mungkin aku kembali ke sini bila diri dilanda kesedihan. Lalu mengadu pada blog. (Terima kasih, blog! Nanti kita bersihkan sawang yg ada) Mungkin sudah tak ada orang baca. Mungkin sudah terlalu lama tak menjenguk blog kawan. Mungkin sudah tiada kawan pun. Mungkin sudah dilupai. Mungkin, mungkin dan mungkin. Segalanya mungkin.

Aku sebak bila tengok gambar pengantin. Atau tengok orang pakai baju pengantin, atau orang pakai baju pengantin dan bersanding atas pelamin. 

Tido lagi baik.