Mutiara Kata Harian

31 12 2009

Image

Hidayah bukan untuk ditunggu tetapi dicari.





Akhirnya!

31 12 2009

Assalamulaikum.. maaf kerana sudah lama saya tidak mengupdate blog saya ini. Buat pengetahuan pembaca saya sebenarnya baru tamat menghadiri Kursus Induksi Khusus RISDA di Port Dickson selama 2 minggu. Alhamdulillah pelbagai pengalaman menarik berlaku di sana. Saya telah berpeluang menyertai program keluarga angkat hampir seminggu di Lenga, Muar Johor.

Kursus ini terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian pertama di Port Dickson iaitu program membentuk jati diri pegawai RISDA yang baik dan kedua di Lenga, Muar menghadiri program keluarga angkat iaitu menyelami kehidupan pekebun kecil. Banyak pengalaman saya timba. Paling penting bagaimana kita perlu menepati masa. Pengurusan masa itu yang penting.

Aktiviti selama 2 minggu itu sungguh padat dan memenatkan saya. Walaupun pada awalnya saya agak tertekan dengan aktiviti tersebut tetapi makin lama saya rasa makin seronok. Ramai kawan2 baru saya jumpa. Yang dulunya agak2 malu nak tegur. Owh ya di sini saya lampirkan gambar di Port Dickson. Tempat ini bernama RISTEC yang merupakan salah satu pusat latihan RISDA.

Image

Tempat ni memang cantik. Dulu merupakan sebuah resort tetapi telah diambil alih oleh RISDA. Di sana saya telah memegang dua jawatan iaitu sebagai ketua kumpulan 5 iaitu kumpulan biru dan bilal. Mula2 nak azan tu saya boleh terlupa.. blank sekejap.. adoi tak apa la jadi pengalaman. Tu la jadinya kalau tak ambik berat pasal agama. Azan pun tak ingat.. hehe.

Ok saya rasa cukuplah coretan saya di sini. Doakan saya lulus dengan cemerlang ye kursus ini kerana jika kita nak disahkan jawatan perlu lulus kursus ini dan peperiksaaan PTK nanti. Jumpa lagi.





Mutiara Kata Harian

10 12 2009

Image

Dunia adalah penjara bagi orang Muslim dan Syurga bagi orang Kafir.





Hasbi Rabbi

10 12 2009




Rezeki Yang Tak Dijangka

9 12 2009

Assalamulaikum.. rasanya dah lama saya tak buat post dalam kategori catatan harian saya kan. Insyallah  lepas ni saya akan aktif untuk menulis dalam kategori catatan harian ini supaya anda semua dapat mengikuti perkembangan penulis blog ini iaitu saya dari semasa ke semasa.

Buat pengetahuan pembaca. Semalam merupakan hari yang amat gembira buat saya. Alhamdulillah kerja tetap yang saya tunggu2 selama ini telah saya perolehi. Saya telah ditawarkan jawatan Pembantu Takbir (P/O) di RISDA. Dikehendaki melaporkan diri di Ibu Pejabat RISDA di Ampang Kuala Lumpur pada 14/12/2009 nanti.

Saya sebenarnya tak menyangka akan memperolehi jawatan tersebut. Terus-terang saya beritahu anda ketika diinterview saya telah menjadi gugup dan banyak juga sebenarnya jawapan yang saya tersilap jawab.

Lepas interview tu emak dan ayah saya tanya “Macam mana along boleh jawab tak?” dan saya jawab “Oklah, boleh jawab”. Hati saya sebenarnya sedih tak dapat jawab dengan baik. Ayah saya dah mula marah kepada saya.

Saya jarang dipanggil interview jadi pengalaman tu tak ada. Bila masuk bilik interview jantung saya tiba2 berdegup kencang dan banyak fakta2 penting saya terlupa.. blank! Apa2 pun saya berjaya mengolah jawapan yang ditanya oleh penemuduga panel berkenaan dengan diri saya.

Ada satu kisah menarik yang ingin dikongsikan bersama anda. Buat pengetahuan pembaca saya sekarang sudah 3 tahun berkhidmat di Jabatan Perangkaan secara sambilan. 3 tahun saya sudah berkhidmat dan dalam tempoh tersebut hanya 2 kali sahaja saya dapat panggilan temuduga dan kedua2nya adalah di sektor kerajaan. Anda sendiri tahukan macam mana risaunya hati kita jika taraf jawatan kita bukan tetap.

Jadi dipendekkan cerita, temuduga yang saya lalui kali ini bagaikan telah dipermudahkan oleh Allah. Entah saya dapat rasakannya. Dari pemilihan nama saya sehingga tempat posting saya rasa mudah sahaja. Buat pengetahuan saya akan dipostingkan ke Pontian, Johor. Tempat tinggal pun saya dah beres. Alhamdulillah..

Selepas interview setiap selepas solat saya selalu berdoa kepada Allah semoga saya berjaya. Setiap kali saya jumpa kawan2 saya selalu cerita dan mintakkan diorang doakan saya. Pernah sekali saya berdoa air mata saya tiba2 berlinang. Entah di hati saya terasa sedih sangat. Saya hanya berserah kepada Allah sepenuh hati. Saya dah tetapkan hati jika dapat alhamdulillah dan jika tidak saya tak akan berasa kecewa dengan ketentuan-Nya.

Emak saya pun selalu berdoa dan kami telah memasang nazar untuk berpuasa. Insyallah saya akan selesaikan secepat mungkin. Berhati2 jika kita bernazar kepada Allah. Jika kita sudah niat WAJIB tunaikan jika hajat kita tercapai.

Bila saya renung balik dari awal saya dapat panggilan temuduga yakinlah saya bahawa janji Allah itu benar kasih-Nya melimpah ruah. Allah mendengar segala rintihan hambanya. Saya kali ni memang bergantung harap pada-Nya. Tidak bergantung harap pada panel temuduga sahaja.

Ya Allah terima kasih Ya Allah. Subhanallah.. Allhuakbar..





Mutiara Kata Harian

8 12 2009

Image

Mujahadah (menahan diri dari membuat dosa dan maksiat) itu pahit kerana syurga itu manis.





Ayah Derhaka

8 12 2009

Saiydina Umar al-Khattab juga sering mencontohi Baginda SAW dalam berkomunikasi. Pada satu hari datang seorang bapa yang mengadu tentang anaknya yang selalu derhaka kepadanya. Khalifah Umar kemudiannya berjumpa dan bertanya kepada anak tersebut.

Khalifah Umar: Kenapa Kamu derhaka kepada ayahmu?

Anak: Wahai Amirul Mukminin, apakah hak yang perlu ditunaikan oleh seorang ayah?

Khalifah Umar: Memberikan nama yang baik, memilih ibu yang baik dan mengajarkannya Al-Quran.

Anak: Wahai Amirul Mukminin, ayahku tidak melaksanakan hak kepada daku.

(Khalifah Umar menoleh kepada si ayah)

Khalifah Umar: Kamu telah derhaka kepada anakmu sebelum anakmu menderhakaimu.





Alam Kubur

8 12 2009

Image

Rasullah SAW bersabda “Kubur adalah tempat akhirat yang pertama. Jika selamat di tempat ini, maka tempat2 berikutnya akan dilalui dengan lebih mudah”.

Teringat saya kata2 seorang ustaz. Amalan kita akan menentukan mati kita. Mati kita akan menentukan alam barzakh kita. Alam barzakh kita akan menentukan alam akhirat kita. Jika baik maka baik la akhirnya dan jika buruk maka buruk la akhirnya.

Pilihan di tangan kita. Kita yang menentukan baik dan buruknya. Allah telah menjadikan manusia itu sebaik2 makhluk. Jika Allah menjadikan seseorang itu cacat atau tidak sempurnya sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat makhluknya dan juga hikmah yang tak terjangkau oleh akal fikiran kita yang terbatas ini.

Di dalam Al-Quran menceritakan bagaimana malaikat berasa hairan apabila Allah telah menjadikan manusia itu kalifah bumi sedangkan ia nanti akan membawa banyak kebinasaan di muka bumi. 

Allah berfirman kepada malaikat “Sesungguhnya aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui”. Jadi sebagai hamba-Nya kita hendaklah redha dengan apa yang ditentukan dan berusaha menjadi hamba-Nya yang terbaik.

Hamba yang terbaik adalah hamba yang taat kepada segala perintah tanpa banyak soal dan tidak menderhaka kepada tuannya.





Mutiara Kata Harian

4 12 2009

Image

Allah tidak melihat akan kecantikan atau kekayaan seseorang hamba-Nya tetapi melihat siapakah dikalangan hamba-Nya yang paling bertakwa kepada-Nya.





Haiwan Menyebut Nama Allah

4 12 2009

Maha Suci Allah. Tuhan Sekalian Alam. Raja manusia. Pentakbir Alam Yang Kuat. Yang Maha memberi Musibah dan Rahmat kepada sesiapa sahaja.

Ya Allah ampunkanlah dosa2ku. Berikanlah aku kesempatan bertaubat kepada-Mu Ya Allah. Sesungguhnya aku lalai mengingati-Mu. Amat jarang sekali. Ketika mendapat nikmat aku melupakan-Mu tetapi ketika mendapat musibah barulah aku mengingati-Mu.

Betapa banyak tanda2 kewujudan-Mu tetapi aku tidak endah tidak endah. Engkau wujud Ya Allah tetapi Mata Hati ku terlalu buta! Ya Allah matikan aku dalam keadaan orang2 yang beriman. Berilah aku petunjuk dan hidayah-Mu Ya Allah iaitu jalan yang lurus lagi Engkau redhai.

Amin..

Sedangkan haiwan mengagungkan Allah maka kita sepatutnya lagilah mengagungkan Allah lebih dari haiwan. Jika kita tidak mengagungkan Allah maka kita lagi teruk dari haiwan. Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar!!

Lembu menyebut nama Allah..

Singa menyebut nama Allah..

Burung menyebut nama Allah..








Design a site like this with WordPress.com
Get started