goldman

saving/investment/trade/retail/motivation/chill/cool.

Image


Leave a comment

2014 yg indah utk dikenang nanti

dinar lama

tahun 2014 yg bakal amat mencabar ( konon-konon)

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Lama jugak rupanya tak mencoret sesuatu kat sini. tahun 2014 makin melabuh tirai. semua perkara yang dah kita hadap tak mungkin akan berulang semula .Rupa2nya 2014 memang betui2 mencabar bagi aku. mencabar emosi, mencabar sabar ,mencabar kudrat, mencabar segala2nya . Diawal mula, aku rasa mcm boleh tempuh dengan ..just like that … rupanya tak begitu perancangan allah utk aku kali nie.

tapi disebalik semua yg direncanakan allah utk aku ..aku tetap dapat sesuatu yg baru dalam hidup aku sendiri. dapat jugak ilmu2 baru keduniaan. dapat kenal dgn orang2 baru drp bidang berbeza. mungkin jugak dapat ahli keluarga baru dlm tak berapa lama lagi . alhamdulillah.

perlu btui fikiran positif ni utk aku supaya tahun depan lebih kuat utk aku hadap

selamat tinggal 2014 .. selamat datang 2015 .. makin dekat dgn mati dah….


Leave a comment

tahun 2014 yg bakal amat mencabar ( konon-konon)

Image

perancangan tahun 2014 mungkin men”tour leader”kan  jemaah umrah .. insyaallah

 

 

tak berapa lama lagi 2014 dh nak sampai  .. banyak jugak kengkawan yg aku jumpa merungut dan membebel pasal ekonomi sendiri dan  negara yg tak keruan dan  tak kecukupan.. tak  kurang jugak yg takut dan tak bersedia  .. .. aku tak pasti ttg orang lain  . yang pasti bagi aku ialah terus menikmati hidup dan kehidupan . bersedia utk  mati  esok dan cuba sedaya upaya menyelesaikan  baaaaaaanyak  kerja yg tertangguh  sebab ter overdos of work … harapan aku ditahun 2014, kami lebih bersistematik dan tak perlu aku nak pakai “banyak topi” dlm melaksanakan apa yg dah kami rancangkan … mungkin tahun ni tahun  pelajaran  bagi  kami dalam  menjalankan  perniagaan berasaskan perkongsian .. mmg banyak yg  tak sempurna tapi .. itu adalah permulaan yg aku dah buat . harapan utk tahun  2014, kami belajar sesuatu dan melaksanakan sesuatu yg lebih  baik dari tahun ni  ,… sekian 

Image

 bukankah hanya MATI motivasi terbaik utk kita berjaya?

dari aku  GOLDMAN <———— bukan nama sebenar


Leave a comment

usahawan VS jutawan

salam alaik.. pada semua teman dan sahabat,

lepas  solat subuh tadi tetiba dapat ilham nak tulis pasal 2 menda diatas ni.

5 tahun yang santai ni banyak membawak  aku ke dunia baru. persekitaran baru , pemikiran baru, hasil dari  kawan2 baru.

memang betui kata orang dulu2.:-

1-andai kamu mahu berubah, maka ubahlah kawan2mu. mula2 yang aku paham ialah ubah kawan yg sedia ada.. rupanya salah.. kena cari kawan2 baru yg sememangnya dah bagus ataupun  punya iltizam utk jadi bagus ataupun, “HIJRAH” kepada persekitaran yang bagus. sebab apa? aku  nak tulis pun  rasa mcm tak bagus. So korang cuba la sendiri  baru la korang tau.

2-ni antara hadith2 pasal memilih sahabat pulak..

Hadis Rasululah SAW yang bermaksud,
“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.”
(Hadis riwayat Abu Daud).

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Telah bersabdanya Rasulullah SAW sebagaimana yg diriwayatkn oleh Al-Tirmizi yang bermaksud, seseorang itu akan terpengaruh dengan temannya. Maka hendaklah sesorang kamu itu memilih siapa yang harus dijadikan teman.

Image

sapa kawan ngan aku dapat la secalit dua.. ok la kannnnn

So apa beza jutawan  dgn usahawan sebagai matlamat hidup? bagi aku  utk mencapai matlaamat sbg jutawan tak la susah mana pun. Semua berdasarkan  dengan angka dan matematik je. masa yg singkat. that mean tak perlu bekerja sepanjang hayat . hanya  menyimpan secara konsisten dan boleh la buat pelaburan . Apa pelaburan yang mampu membuatkan kita mencapai status jutawan? banyakkkk .. antaranya .ASB, porperties, emas dan perak . saham dan lain2 yang sebenarnya jelas bagi kita. kenapa kita ta k tercapai? sebab kita banyak menggunakan  perkataan KALAU bila masa  dah terlepas. apa contoh yg biasa kita dengar?

1- kalau la aku simpan dalam ASB konsisten 20 tahun  dulu .. mesti sekarang aku dah jadi jutawan
2- kalau la aku simpan emas  5kg 10 tahun dulu .. mesti sekarang aku dah jadi  jutawan
3- kalau la aku beli rumah kedai kat sini dulu .. mesti  sekarang aku dah jadi jutawan

dan lain2 kalau lagi .. So apa yg perlu utk kita jadi jutawan ?mulakan la sekarang utk capai target  lagi 10 or 20 tahun  akan datang utk menjadi jutawan ..sebab 10 dan 20 tahun yg lepas korang berangan je. buat  langsung takde. tapi yang paling best sekali ialah .. hari ni baru berangan esok  dah nak make sure jadi .. sebab tu la yg jadi jutawan ada lah penganjur skim2 cepat kaya .. korang ? sampai kesudah la tak jadi2jutawan . PADAN MUKA! hehehehe.

OK . yg diatas tu  sebenarnya cara yg lambat nak jadi  jutawan .. cara mudah dan  cepat sebenarnya ialah dengan berniaga. tapi biasanya .peniaga ni ada satu penyakit jugak. bila dah achieve target  terus tutup kedai .. hehehe buat simple kira2 pun  ok . yg penting  kena ada apa yg nak dijual. andaikan la berapa  persen keuntungan yg korang nak dari perniagaan tersebut. kalau bijak aku rasa, 5 ke 6 bulan pun dan strike. apa yg nak dijual? jual la apa yg  ramai  orang nak .

tapi yang konsisten  sebenarnya  ialah jadi usahawan. tapi  jadi usahawan ni  50/50 la .. kalau betui caranya antara 1 bulan ke 1 tahun je  mmg  strike la kalau tak kena gaya pun 3 ke 5 tahun  biasanya komferm capai target. Cuma masalah utama usahawan ni ialah … tak gheti nak berenti . lepas satu ..satu  dia buat .. sebab apa? sebab dia ada keghairahan utk menyumbang sesuatu pada masyarakat seorang usahawan jugak biasanya kreatif dan innovatif. ada jugak usahawan yg tak jadi jutawan . tapi  aku belum pernah jumpa la . yg aku jumpa mmg semua jadi jutawan tapi yg bestnya diorang ni .. HUMBLE .. selekeh dan tak pernah nak menonjolkan diri pada arus perdana.  Ada jugak yg menonjol tu tapi tak la seramai yg belakang tabir. seronok duduk ngan diorang . sentiasa memberi inspirasi dan nasihat2 berguna. selalu  ceritakan ttp kehidupan sebenar. selalu jugak menyedarkan aku kalau  aku terbabas . dan yang paling best .. diorang tak lupa asal usul dan  agama. Yang kelaut pun banyak jugak . yg tu jadikan panduan dan sempadan je la. mana yg baik  aku  folo .. mana yg tak berapa nak baik .. aku folo jugak ..cuma tak buat la .. hehe

Harapan aku utk 5 tahun akan datang aku dan team aku menjadi usahawan yg mampu menyumbang secara konsisten pada kesejahteraan  masyarakat dan  kemakmuran negara . Sebab aku rasa nak halau je semua pendatang2 yg membuat onar kat sini . biar kita je yang  tadbir dan menikmati hasil dari apa yg atuk nenek ayah dan kita dah bertungkus lumus kerjakan .


2 Comments

seronoknya berniaga

salam zulhijjah buat semua teman2 .. maaf  sebab lama tak menukilkan sesuatu utk tatapan korang. sebenarnya aku ada sesuatu nak coretkan beberapa hari lepas .tapi dah terlupa pulak ..sebab tiba-tiba oder utk kerja2 construction bertingkek2. mcm tu la dunia perniagaan dalam  bidang construction ni .. time ada sampai bertimpa2.. time takda ..rasa nak tutup je terus kompani  hehe.  tak pe la .. tu semua memang dah  jadi SOP nya ..so  kena pandai la adjust  utk survival.

 

Image

saja je refresh amik  mood .. jangan  marah tauu hehehe

         sebenarnya dunia perniagaan ni seronok sangat . tak kisah la apa jenis perniagaan pun sebab . dengan  perniagaan kita mampu mengenali  diri kita sendiri  dengan  bertemu berbagai lapisan masyarakat . kita belajar bersabar , kita belajar memberi , kita belajar menerima , kita belajar tentang segala2nya . kita belajar menjadi baik , kita belajar  mengelak  kejahatan, kita mampu menguatkan jiwa , kita juga mampu menguatkan rohani , kita juga belajar utk menguatkan fizikal dan mental. dengan perniagaan juga kita kenal siapa tuhan kita yang sebenar kita juga mampu menyampaikan apa yg kita mahu kepada masyarakat  melalui perniagaan . perniagaan menambahkAN bilangan sahabat dan teman,  perniagaan mampu membawa kita kemerata2 ceruk rantau , perniagaan juga membuatkan  kita sentiasa kreatif dan innovatif . perniagaan memberi kita kepuasan. perniagaan juga memberi kita kekuatan . perniagaan mengajar kita tentang kemanusiaan dan kebinatangan . perniagaan juga adalah sebahagian dari ajaran  dalam agama kita . perniagaan mampu menjadikan kita  orang kaya . perniagaan juga menjadikan  kita orang yg sentiasa berguna untuk masyarakat . perniagaan jugalah yg membuka ruang  dan peluang utk kita menambahkan  tabung dividen akhirat kita . apabila kita sudah mula berniaga ..sebenarnya kita sudah mula langkah pertama  kearah syurga .. kerana dari 9/10 rezeki yg kita dapat .kita mampu utk menyertai 3  perkara yg menyebabkan   paahala amalan kita sentiasa berterusan  

1- bersedekah jariah ( orang kaya mampu melakukan lebih dari  orang miskin
2-ilmu yang bermanfaat  ( orang kaya mampu menuntut ilmu dan memberi sumbangan  kepada orang yg inign menuntut ilmu )
3- anak yang soleh yg sentiasa mendoakan kedua ibubapa ( orang kaya bleh kawen banyak .. yeyyyy)

Image

 

kasturi adalah wangian kesukaan nabi S.A.W dan sbhgn dari wangian dari syurga 

 

tapi  yang paling utama . perniagaan mampu membina fikiran yg sentiasa positif dan  dengan  fikiran positif boleh mendidik  hati menjadi baik  dan  hati yang baik akan mampu membuahkan bahagia .. 

“Wahai nafsu (jiwa) yang tenang (suci). Kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dengan (hati) redha dan diredhai (Tuhan). Maka masuklah kamu dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah kamu ke dalam Syurga-Ku.” (Al Fajr: 27-30)

Image

dalam syurga pun  ada emas tauu

 

sekian dari aku untuk kali  ni  GOLDMAN <—————— bukan nama sebenar

 

 


Leave a comment

kisah umrahku .. ( salam ramadhan)

Assalamualaikum…

kali ni punya entri  aku nak kongsikan pengalaman aku umrah la pulak… dok cite pasal bisnes je memanjang .. aku pun jemu .. walaupun sebenarnya .. banyak lagi  aku nak kongsikan pengalaman aku dalam bisness nie.. tp tak pe laa. maybe akan aku kongsikan lepas matlamat2 baru  aku tu dah tercapai la..

Ok lah .. Umrah ni sebenarnya hukum dia sunat dan  ada jugak  ulama yg mengatakan wajib (khilaf )sama mcm haji jugak.. apa yg wajibnya? kali pertama tu laaa wajib .. kali kedua tu dah sunat dah .. sebab tu  biasanya .orang akan buat umrah sekali ngan haji ..senang.. apa yg senang? yg senang je sebab KOS tu sekali je klua dan hukum wajib tu dah terlepas bagi setiap mukallaf .. apa makna mukallaf tu? macam muallaf je  .. yg tu korang bukak la kitab cari sendiri …

Apa yg aku nak ceritakan pasal pengalaman2 lepas laa.. pasal umrah nie.. sebenarnya umrah ni mudah jee  nak laksanakan  .. sama la jugak mcm haji .. bukan la susah pun ..

apa yg mudahnya UMRAH ni? .. ye laa.. apa susah sangat .. kita g ke miqat utk niat umrah .. balik ke mekah..pusing keliling mengiri kaabah 7 kali .. then  ulangalik dari safa ke marwah 7 kali jugak dan tahallul. settle la umrah kita .. berapa lama tuu? klu muda2 mcm aku ni 2 jam tak sampai .. kalau tua sikit ..ambik masa laa jugak .. kalau tua banyak .. memang berjam2 laaa jawabnya ….

yang haji tu sampai 44 hari tu apaasal pulak? oooo yg haji  tu lama sebab nak kena tunggu turn no flight  jee .. kalau  serentak 4 juta orang  datang time 7 or 8  zulhijjah tu .. mana la kapal terbang nak parking….

haji ni start dgn wuquf diarafah then ke mudzalifah dan mina .. masa utk  ke tiga2 tpt tu dlm 2 hari je laaa cuma 3 hari utk melontar kat mina .. dlam masa 3 hari tu pun bleh balik ke mekah  sekejap utk  tawaf haji dan saie haji .. lebih kurang 5 hari je diperlukan utk settlekan haji..

nampak mudah je kan..? hehehe memang mudah pun .. yg susahnya ialah bila kudrat kita makin kurang.. dan tenaga kita makin terhakis lantaran tua menjengah , kerana ibadah  haji dan umrah ni  adalah 99% ibadah menggunakan fizikal .. dah tu apa yg 1% tu ?  yg 1% tu niat je laa .. dah tu tebal bebeno  tengok  buku panduan haji dan umrah tu? .. yang tu semua  sunat.. klu tak ikut pun tak batal  iabadah  haji dan umrah … SO apa yg  nak kena baca  time tawaf  dan saie? baca la apa yg korang nak baca… nak baca quran boleh .. nak berzikir boleh .. nak berdoa boleh .. nak diam jee pun boleh ….nak menyembang kosong pun boleh .. cuna jaga je niat  masa tawaf dan saie tu .. jgn la ubah niat  time tawaf tu  yee.. nnt batal tawaf ..

Image

masjid hudibiyah …. antara tpt miqat bg penduduk  mekah

apa pengalaman  yg best kemekah nie? sebenarnya bg aku secara peribadi .. ia bergantung pada niat awal korang la.. klu mmg niat nak melancong ..korang akan allah perkenankan jadi pelancong..so mmg melapak kat hotel je laaa dan amat membosankan.. klu niat awal korang nak beribadah .. allah akan mudahkan bg korang utk melaksanakan niat tu .. klu sekadar nak berdoa utk dunia korang .. allah jugak akan makbulkan .. kalau korang nak cari kehebatan lahiriah kat sini .. bg aku tak la menarik utk korang jadikan  destinasi lawatan .. tapi kalau korang betui2 membaca sejarah perjuangan nabi, kisah2 silam ..korang akan dapat rasai dan boleh  menangis teresak2…. sebab apa?    yee .sebab sejarah yg korang baca tu  sekarang berada dihadapan korang … bagaimana beraninya Umar alkhattab bersolat di depan baitullah selepas mengistiharkan keislaman dia… dengan korang  boleh bayangkan yg kaabah tu dikelilingi oleh rumah2 puak musryikin ..(dulu) .. bagaimana perjalanan rasul setiap minggu dari  rumahnya ke gua nur beruzlah… jauh derrrr!!!  bagaimana baginda dan  abu bakar  berhimpit2 dalam  gua yg kecik utk selamatkan diri dari  dibunuh… dan korang jugak boleh bayangkan perjalanan menaiki unta dari mekah ke madinah merentasi bukit2dan dataran batu batan… PHEWWWWWW!!!!

bila korang  ziarah medan uhud… korang boleh bayangkan sendiri mcmmana medan pertempuran tu berkecamuk.. dan boleh jugak bayangkan bagaimana bijak strategi perang  nabi s.a.w  yg meletakkan 70 pemanah di atas bukit … dan jugak korang boleh nampak  betapa besarnya bukit uhud yg pahala solat jenazah di haramain tu allah bg  pahala sebesar tu …

 kisah  hudaibiyah jugak yg menyentuh  hati aku ..  … kisah quba` yg hebat .. kisah  perang khandaq kisah perang hunain… apa yang korang baca berada dihadapan korang …

Aku jadi rindu  utk kesana berkali2 bukan kerana pentingkan diri .. tapi kerana mekah dan madinah mampu melunakkan rasa dan jiwa ….  tanya la sapa2 yg menyelami sejarah perjuangan rasul dan mereka menjejakkan kaki ke tanah kontang yg  bertuah tu .. pasti rindu menggamit .. rasa mcm  tak sabarnya nak kesana lg spt korang tak sabar nak balik raya .. sanggup tempuh jem .. sanggup tak tido  malam drive ..heheheeh

ok lah .. next  entri  aku akan cerita pulak pengalaman  menangani jemaah umrah pulak ..

hidup kita indah  kalau itu yg kita mahu .. apa yg perlu hanya BUAT.. bukan simpan dalam kotak fikiran menjadi angan2…

 GOLDMAN<————– bukan nama sebenar


Leave a comment

My life is my business

Image

Assalamualaikum sahabat2 semua..

dah lama betui tak menulis diblog ni. sebabnya? hmmm biasalah kan. bila kita ada matlamat yg jelas, kita akan jadi huruhara dan sibuk nak capai .. kalau boleh, hari ni buat target, esok terus tercapai.. hehe biasa la tu .. nama pun manusia, tamak haloba tu adalah sbhgn dari sifatnya sebab tu la dalam ajaran ada tercatit pasal sifat sabar, bertolak ansur dan bertimbangrasa, sedekah dan derma ..sebab apa? sebab nak bendung sikap tamak haloba tu laa.. aku pun sama je ..ad jugak sifat tu .. cuma alhamdulillah dah berjaya jugak kurangkan dengan mengamalkan apa yg ayahanda aka MENTOR selalu bagitau.

Kali ni aku nak share pasal PERASAAN sbg org yg pernah menikmati kejayaan.

Berjaya ni sebenarnya amatlah subjektif. aku ada takris aku sendiri ,korang pun ad takrif korang sendiri. ada yg kata berjaya tu apabila dapat:-

1- kawen ngan pasangan pilihan

2-kumpul umah sewa 40 biji

3-ada kete sewa 15 biji

4-ada perniagaan sendiri

5-dan lain2…

bagi aku ,takde masalah pun ttg apa yg kita ingin capai dan ingin nikmati , yg penting jangan susahkan orang dan jangan susahkan masyarakat sekeliling.

Aku dah capai hampir semua impian yg aku bina lebih awal dari yg aku jangkakan. sebab apa? mcm biasa la sapa yg selalu dok sembang or berPM or whatever la akan tau apa yg akuselalu sampaikan –>MATLAMAT YG JELAS.Bila kita ada menda ni kita ibarat dipandu utk mencapainya. Nak kata senang tu tak la ..tapi nak kata susah sangat pun, tak la jugak. prinsip aku senang je Just Do It .. mcm NIKE tu . cumanya bagi aku la.. tak best rupanya kalau kita berjaya sorang2, rasa lonely tawww.. hehehehe .5 tahun aku bersantai2 menikmati kejayaan aku.. tak tau apa lagi nak dicapai.,

Now bila dah bosan aku pun cipta la matlamat baru pulak, sementara nak tunggu MATI kan, Kali ni Planning nak berjaya ngan kawan2 pulak. planning pertama gagal.. ok.. buat yg baru .. yg kedua pending pulak nampaknya… aku tetap tak puutus asa .. planning ketiga berjalan .. alhamdulillah walau diawal usianya nampak mcm agak sedikit terganggu . But now. dah nampak merangkaknya, dalam masa yg sama dapat planning ke 4 .. pun jalan jugak walaupun slow .. kini yg kelima menjelma .. perkh!! rupanya Allah memang bagi kita jalan kalau kita berusaha utk mendapatkannya.. Image

buat semua rakan2 kongsi perniagaanku yg aku involve secara langsung atau tak, aku sentiasa berdoa yg kita akan berjaya mencapai matlamat2 yg dah kita bina. mungkin ada yg terasa hati atu terguris rasa .. sebenarnya itula asam garam berpartner .. macam kawen la jugak … dok bujang rasa ta kbest . dok berpasangan rasa nak gaduh jee.. tapi tolak ansur dan bertimbang rasa tu la kekuatan sebenar kita … Moga kita berjaya dan dapat G jalan2 ke Europe naik eroplen sama2 nanti …

BEST WOO KAYA NGAN KAWAN2 YG KITA KENAL DARI KECIK OR DARI BESAR.. heheheheheeh .. togetherforeverandeverandever ..

sembang kosong dari aku

GOLDMAN <—————– Bukan nama sebenar


Leave a comment

ini kisah tentang kita …………….

assalamualaikum warahmatullah sahabat2…

kali ni  aku kongsikan satu yg selalu bermain2 dalam kepala otak  aku sejak beberapa minggu. tapi tak terluah dalam catitan sebab memang minggu yg sibuk  dengan kejatuhan nilai RM dalam harga emas fizikal, persediaan utk  UMRAH ziarah pada 10/5/2013 , penilaian semula  beberapa potfolio perniagaan  yg aku  buat tapi tak seperti  yg diharapkan,kerja2 ubah suai kedai baru kami di Sg.Buloh, kerja2 sedia ada dengan  pelanggan2 sedia ada. projek katering yg alhamdulillah juga still on going dan juga mula mendapat tempahan serta berbagai2 perkara yg terjadi dalam  ruang lingkup hidup aku . nampak begitu banyak dan mungkin jugak memenatkan dan YA! memang penat. tapi semua tu mengikuti  perancangan dan idea yg sememangnya aku rekod dan simpan dalam hati dan minda. Alhamdulillah ia diterjemahkan diri alam idea ke alam reliti.

Image

Sebenarnya sebagai orang  biasa , aku sedar dan amat2 sedar… ada berpuluh2 mata dan mungkin beratus  atau beribu mata yg mengikuti coretan aku ni dan aku jugak tahu yg persepsi2 negatif yg bakal ataupun sudah dilemparkan pada aku  lantaran kerapnya aku berkongsi tentang apa yg  sudah aku  buat dan sudah aku capai .pada mulanya mmg segan dan takut ttg persepsi tersebut. maklum la aku bukan dari level kelas2 atasan .. budak pengangkat beg peralatan kerja je ( macam bagus sangat dia tu / sudah laa orang lain  lagi hebat pun takda kecoh2 / takde menda lain ko nak cerita? / kalau setakat hidup mcm kau ni  kat kampung aku banyak / menyampah la aku  dengan  kau! )  yep .. dulu aku selalu dapat kata2 mcm tu yg membuatkan aku jadi …. hmmm.  by the way  sesetengah  teman yg  selalu  memberi kata2 tu  hidupnya adalah ” qanaah” sekarang . mungkin “berkat doanya” pada aku  . ok jom balik pada track  sebenar.

Image

setiap kejayaan besar dalam dunia ni adalah mengikut turutan diatas. ia tak la datang secara :”blink” pakai  cota lord of the ring tu, kadang2 kita  jumpa orang yg berjaya kerana idea orang lain dan orang yg bagi idea hidup nya ttp sama seperti mula2 dia bagi idea.kenapa?  tengok balik cycle diatas. Bagi  aku  pada PERINGKAT AWAL apabila idea datang dan kita berkobar2 utk menterjemahkan ia dalam  duania realiti kita, perlu bagi kita meninggalkansekejap kawan2 yg biasa kita bergurau senda. carilah kawan2 yg lain yg mampu membimbing kita kearah  perlaksanaan yg betui. kalau  tiada disekeliling kita kawan2 yg macam tu . kita kena  kuatkan jiwa utk  laksanakan idea kita dan insyaallah sedikit demi sedikit allah akan datangkan kawan baru yg kita perlukan .

Image

KENAPA PERLU PANDANG KE ATAS? 

kita selalu disogokkan tentang kekayaan dunia, kejayaan dan lain2 perkara yg kita tengok best utk kita miliki bagi aku kenapa perlu kita memandang  pada orang  yg “lebih” dari kita?  yg  aku faham  itulah yg dinamakan MOTIVASI DIRI bukan  utk berlagak  atau meninggi diri. Dalam mengejar kehendak dan keperluan  hidup motivasi amat perlu  utk kita miliki. kalau takda motivasi kita akan  mudah mengalah , kita tiada panduan , kita akan behenti dan mimpi indah  hanya akan tinggal mimpi ..

Image

KENAPA PERLU KITA MEMANDANG KEBAWAH ?

 ini juga adalah perkara  perlu dalam  hidup  seharian. Apa yg  aku tahu dan faham , ia dinamakan SYUKUR adakah  perlu ? memang perlu  tapi tak la sampai kita terus tak bergerak . biasanya apabila kita punya impian  kita  berusaha  dan mungkin  dapat tak seperti yg kita harapkan .. pandangla  ke bawah untuk kita tidak meluahkan rasa kecewa dengan Allah .

kita  impikan rumah besar dan berusaha utk mencapai.. tapi kita hanya dapat  banglo dipinggir bandar

kita impikan kereta besar dan berusaha utk mencapai . tapi kita hanya dapat merc CLK 200

kita impikan tercalon utk jadi ahli parlimen .. tapi kita hanya dapat DUN ( MOOD PRU) heheh

pandangla ke bawah  insyaallah hati kita akan tenang teruskan  hidup  macam  biasa dan  nikmati  dunia kita yg dah kita bina selama ini dengan aman dan tenteram

 

itu semua adalah warna2  hidup kat dunia . walau  apa impian kita, walau apapun yg dah kita capai , walau  apa yg kita kecapi .. sedar  diri kita semua yg kita ada tanggungjawab

1-menjadi hamba paada pencipta
2-menjadi khalifah ( duta) allah dimuka bumi

kita akan  mati dan kita akan ditanya ttg  apa yg dah kita buat . Sebelum kita mati bersiap utk segala bekal dan kemungkinan  sebab aku selalu dengar dan ulang2  cerita tentang sebuah perlayaran hidup. kita dari  1-alam roh ke 2- alam rahim kemudian ke 3- alam dunia dan ke 4- alam barzakh dan terakhir  kita keakhirat .. now kapal kita berhenti sekejap dialam dunia utk kita kumpul bekal ke alam seterusnya.. moga cukup  bekal kita dan tercapai impian kita….

Image

dari aku GOLDMAN <—————– bukan nama sebenar


Leave a comment

PRU 13 .. kita perlukan pemimpin baru dan segar !!

Salam alaik..  buat semua teman dan sahabat .

Ini kali  aku  ada rasa  nak berkongsi pandangan aku sendiri tentang  Bakal Pemimpin yg akan  memimpin  aku selepas pilihanraya nnt. Secara asasnya kalau kita  bukak mata hati  luas2. mana2 dari  parti politik yg bertanding  kat malaysia ni sama je.. tak kira la apa  slogan pun yg dipakai dan apa topeng pun yg diguna. Kita mmg  masih terjajah kerana masih menggunapakai sistem  demokrasi ..dan kebanyakan  dari kita yg membaca dan mengkaji tentan kenegaraan dari dulu sampai sekarang akan mengakui  yg demokrasi adalahsistem  ciptaan yahudi . dan dari situ pun  sebenarnya kita dah tak betui . baik UMNO,PAS,dll … selepas dari asas yg kita  tak boleh tukar tu la kita  dapat tengok  perjuangan2 parti yg  bertanding atas nama bangsa dan agama di wujudkan. So.. bukak mata hati luas2 dan aku  tinggalkan persoalan tu  utk  korang  nilai balik .. dimana kita sebenarnya ..

berbalik pada tajuk  kat atas .. aku selalu  terfikir dan terbayang2 tentang kepimpinan  yg baru dan segar. . sejak  beberapa tahun kebelakangan ni.kita disajikan  dengan bermacam2 isu, skandal , propaganda dan segala  keburukan tentang DIRI PEMIMPIN2 kita baik dari  kerajaan yg memerintah  atau pun pembangkang  ..sama je .. baik  isu ter sebut  betui  ataupun fitnah itu diluar bidang kusa kita sebab bagi  aku  itulah kotornya politik berasaskan demokrasi . demokrasi adalah satu sistem  yg dicipta utk memberikan kuasa  kepada rakyat  utk memilih pemimpin .. kalau majoriti  rakyat jahat  dan  teruk.. maka  pemimpin yg kita dapat pun ada lah sama seperti rakyatnya

Image

YB DS Anwar ibrahim bukan lah nama  yg asing . seorang yg petah berbicara, punya karisma tersendiri dan tapi terpalit  dengn bebagai2 isu dan skandal aku juga  mengikuti cara dan cerita tentang YB ni dan secara  peribadi YB anwar ibrahim  bukanlah seorang yg  berintegriti berdasarkan apa yg  dia pernah cakap dan buat .. sumber2 boleh kita cari  sendiri dan  nilaikan dengan mata hati ..

Image

DS Najib Abd Razak . Ramai dari  kawan2 aku dan orang yg  neutral dalam  politik  mengatakan dia seorang yg tegas dan keras . YB Pekan ni jugak  dilihat bersungguh2 dan bekerja keras dalam  memenangi hati rakyat dengan  berbagai2 insentif dan kemudahan. cuma secara jujurnya . aku  tak dapat pun  menikmati  apa yg DS Najib sediakan utk rakyat . ye lah . sapa la  aku ni kan .. BRIM tak layak, TRIM tak layak PRIMA tak layak dan ntah apa2 lagi yg  berkaitan semua aku tak layak .. kesian kat aku .. by the way tak pe laa maybe  tak ter tulis rezeki aku  kat situ heheheheheh  .. DS Najib jugak dikatakan legasi terakhir dari teori RAHMAN dan selepas ini . mungkin la kena bukak teori  baru pulak .. dan rakyat malaysia secara  amnya  memandang  kegagalan nya  mengawal ISteri tersayang .. btui la  kata org2 tua ..  kegagalan dan kejayaan seorang lelaki  mmg akan ada aseorang wanita dibelakang nya .. DS Najib jugak ada di palitkan  dgn beberapa skandal  yg umum jugak  mengetahui  maybe  betui  atau  fitnah.. itu pun kita tak mampu nak  mengiyakan atau  menidakkan .

Image

otai DAP ni mmg tak perllu  di perkatakan lagi dari zaman dulu sampai sekarang .. GIGIH berjuang memartabatkan  hak dan keperluan bangsa dia. idologi politik yg diperjuangkan pun  kebanyakan  rakyat malaysia  tahu. cuma mungkin zaman kegemilngan DAP adalah selepas dia bersara ..  heheh

Image

Karpal singh dan  tuan guru haji  hadi  juga  otai dalam parti masing2 haji  hadi pernah  meemegang jawatan  menteri besar sebelum PAS kalah pada  UMNO dan selepas peristiwa tu .. terengganu  dapat  gelaran  darul runtuh .. hehehehe ..  maybe tsunami politik  menyebabkan  banyak  pembinaan di terengganu runtuh  ..dari stadium, masjid ,pasar  stesen bas dan lain2 .. hahahahaha ..

Image

Tuan guru nik abd aziz juga ada lah seorang yg  berpengaruh dikawasannya . pernah ada beberapa orang  ahli umno yg  aku jumpa di  mekah masa kami melaksanakan ibadah umrah dan haji  berkata .. selagi  tok guru tak bersara dari politik ..selagi tu la BN tak mampu  nak tawan  negeri kelantan .. haaa!!  hebat tak? kira hebat la tu  .. aku pernah  mempertikaikan beberapa perkara yg pada pandangan aku  tok  guru nik abd aziz  buat salah  .. dan aku di unfriend oleh  kawan2 lama .. kih kih kih  .. biasa la .. tok  guru tu bukannya nabi   .. mesti la dia ada buat silap  . tp  maybe sebab taksub sangat  kot. tak pe laa. masing2 punya pegangan ..mati nnt  jawab sendiri2…

OK …. apa yg kita selalu di tanamkan dalam minda kita beberapa tahun kebelakangan ni  adalah .. bertukarnya kepimpinan dari BN kepada PR .. dan sambutan nya agak menggalakkan .dan aku pulak  berfikir sebaliknya .. cuba kawan2 fikir dan bayangkan orang2 lama diatas iaitu YB ANWAR , YB NAJIB , YB KIT SIANG , YB HAJI  ABD HADI , YB KARPAL YB NIK ABD AZIZ dan beberapa lagi muka lama seperti  mat sabu, muhyidin yasin dan  veteran2 dalam  parti yg bertanding KALAH … siapa yg akan jadi PERDANA MENTERI MALAYSIA? dan itu yg  aku  fikirkan tentang pemimpin yg baru dan segar .. korang setuju tak? kita perlukan pemimpin yg baru dan segar .. maybe dengan pemimpin  yg baru dan segar  kita mampu melonjakkan malaysia  dgn lebih  efisien dan lebih berdaya saing.. .

ni cuma pemikiran LUAR KOTAK  aku  je laa …. heheehhe by the way ..selamat mengundi dan jangan risau  .. uundi anda bukan lah rahsia .. hahahahaha

dari aku goldman <——— bukan nama sebenar ..


Leave a comment

aku dah success …. so what`s next?

Image

beberapa minggu lepas aku ada  berkongsi2 pengalaman dan bertukar2 cerita  dgn sorang  kawan lama. sebenarnya dia adalah seorang yg  amat2 komited dan  fokus  dengan apa yg dia  buat .dia memiliki beberapa perniagaan dan,menganggotai beberapa pertubuhan  NGO dengan jawatan2 penting.. bagi aku dia seorang yg dah berjaya dalam kehidupan berdasarkan apa yang dah dia capai. cuma dia bukanlah seorang mentor bagi aku atas beberapa sebab. mungkin bidang kami berlainan dan cara juga berlainan . tapi dia tetap seorang kawan dan sahabat aku. ..

seronok bila mendengar  cerita  dia berjaya dan seronok jugak utk aku tahu bagaimana dia berjaya.. YEP.. jalannya tetap sama dengan  lain2 manusia yg  dah berjaya yang aku jumpa dan berkongsi  pengalaman. Soalan yg biasa aku tanya adalah …

APA PERASAAN HANG BILA DAH BERJAYA?

jawapannya best utk  aku  hayati ——>PUAS!     tapi sewaktu dah berjaya ..perkara yang paling nikmat adalah  bila mengenang  pedih  dan perit dalam menempuh jalan  dan pendakian kepuncak … mungkin ada sahabat2 yang pernah mendaki  bukit yang tinggi dan curam..  tu la kot perasaannya bila dah sampai ke puncak.. TAPI…!

apa lagi yang hang nak selepas berjaya? jawapan yg tulus  yg aku pernah dengar dari seorang yg  berjaya ——-> aku nak kerja lama aku balik ..takda  pening2 fikir mcm mana nak bayar sewa  office.. bayar gaji staff .. cari  projek… attend meeting dan lain2 yg membuatkan aku takda kehidupan … aku nak  kerja lama yg  bila aku balik umah  aku dah tak fikir lagi pasal kerja dan lain2 masalah .. 

aku bantai  gelak bedekah2 .. tapi  muka dia tetap tak berubah dan takde perasaann …Sorry la beb .. aku pun ada rasa yg sama macam hang  sekarang..hahahahahahaa

sebenarnya kita wajib selami dan hayati  tujuan utama kita dijadikan oleh ALLAH
1- menjadi khalifah memerintah bumi
2- menjadi hamba menyembah dan beribadah padaNYA

jom renung  balik hakikat kejadian kita … moga kita pulang nnt  menuju kampung halaman yg betui ..——>SYURGA dan  berdamping bersama AL AMIN Muhammad S.A.W …insyaallah

dari aku goldman,<————— bukan naam sebenar.

Design a site like this with WordPress.com
Get started