Pembentukan kerajaan gabungan parti-parti politik akan menyebabkan berlakunya tawar-menawar jawatan. Ia dapat dilihat dalam pembentukan kerajaan PN dimana kabinet menjadi begitu besar bagi memenuhi tuntutan dan tawar menawar antara parti-parti yang terbabit. Tak cukup dengan jawatan meteri dan timbalan menteri, jawatan-jawatan baru yang bertaraf menteri juga diujudkan.
Semasa pemerintahan PH pun serupa, TunM tiada kuasa penuh memilih menteri-menteri kabinet dan jawatan-jawatan penting lain seperti Peguam Negara dan sebagainya.
Sekarang masing-masing sedang mencari sokongan, tawar-menawar sedang dibuat dan dituntut termasuk jawatan TPM, menteri, timbalan menteri, pengerusi GLC dan bermacam-macam lagi.
Ini ternyata satu pembaziran. Namun demi kepentingan peribadi dan puak masing-masing, ia akan berlaku juga walaupun dalam keadaan negara memerlukan perbelanjaan besar untuk tujuan lain yang lebih penting seperti menangani pendemik covid-19, pemulihan ekonomi dan pendidikan.
Bukan ini yang rakyat mahu pada masa getir sebegini tetapi ia berlaku di depan mata. Apakan daya rakyat tidak mampu berbuat apa-apa. Ahli-ahli parlimen dari pelbagai parti dan puak menjadi penentu siapa memiliki majoriti dan boleh membentuk kerajaan seterusnya menjayakan agenda peribadi dan puak masing-masing. Rakyat cuma boleh menilai dan menghukum mereka semasa pilihanraya dan ianya mustahil diadakan dalam masa terdekat dalam keadaan sebegini.
Walaupun kerajaan campuran berjaya dibentuk, tiada jaminan ia boleh berfungsi dengan baik. Akan ada ugut mengugut dan lompat melompat menyebabkan ketidakstabilan yang sama berulang.
Al-Watan berpandangan Majlis Pemulihan Negara(MPN) atau apa juga nama diberikan kepadanya adalah satu-satunya jalan terbaik yang ada.
TS Muhyiddin pun telah mengujudkan MPN mengikut acuan PN. Sebelum itu Tun Mahathir telah membentangkan kepada DYMM YDPA cadangan penubuhan MPN mengikut acuan beliau.
MPN bukanlah idea baru, ia menyerupai Majlis Gerakan Negara(MAGERAN) yang ditubuhkan 2 hari selepas peristiwa berdarah 13 Mei, 1969.
Yang berbeza adalah suasana dan kemelut yang berlaku di waktu itu berbanding sekarang.
Parti Perikatan tidak tewas tetapi gagal mencapai majoriti 2/3 dan kalah di beberapa negeri iaitu di Perak, Selangor, P.Pinang dan Kelantan.
Namun, parti Perikatan memenangi 74 daripada keseluruhan 144 kerusi. UMNO sendiri memperolehi 52 kerusi, MCA 13, PBS 5, MIC 2, SCA 2.
PAS bersendirian memenangi 12 kerusi.
Pati DAP dan Gerakan yang berkempen menentang keistimewaan Melayu Bumiputera seperti terkandung dalam atikel 153 Perlembagaan menang besar tetapi tidaklah sampai boleh membentuk kerajaan. DAP yang sebelumnya hanya ada satu kerusi menang 13 kerusi manakala Gerakan dari tiada kerusi Berjaya menang 8 kerusi.
Hampir kesemua kerusi dimenangi di kawasan bandar dan kawasan majoriti pengundi cina. Walaupun memperolehi 21 kerusi ianya cukup bermakna kerana menguasai kawasan bandar yang menjadi pusat kewangan dan ekonomi. Mereka merasakan telah menawan negara ini.
Perarakan kemenangan mereka dengan biadap membawa penyapu besar sebagai simbol bagi menyapu keluar Melayu dari bandar dan kata-kata kesat menghalau dan menghina Melayu mencetuskan peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
Tragedi ini tidak boleh dilupakan, ianya satu pengajaran yang amat bermakna. Ia baru 52 tahun berlalu. Tak sampai 100 tahun untuk dijadikan sekadar sejarah lama.
Natijah dari peristiwa berdarah 13 Mei 1969 itu maka tertubuhlah MAGERAN.
MAGERAN dipengerusikan oleh timbalam perdana menteri ketika itu dan dianggotai oleh menteri-menteri kanan, ketua-ketua angkatan tentera dan polis serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.
Kemenangan Perikatan dan kedudukan UMNO agak kukuh walaupun hilang majoriti 2/3. Jadi melantik seseorang dari UMNO bagi mempengerusikan MAGERAN tidak mengugat kestabilan politik.
Berbeza dengan keadaan sekarang di mana sukar untuk mendapatkan parti atau gabungan parti yang mempunyai majoriti selasa.
Oleh itu memilih pengerusi dan anggota MPN dari kalangan ahli politik tidak sesuai lebih-lebih lagi dengan pilihanraya yang mungkin diadakan secepat mungkin apabila keadaan mengizinkan.
Oleh itu MPN yang dibentuk oleh TSMY dan MPN ala Mahathir bukanlah pilihan terbaik.
Al-Watan berpandangan pengerusi MPN boleh dilantik oleh DYMM YDPA dari kalangan bukan orang politik. Mungkin seorang bekas hakim adalah calon sesuai kerana pemahaman undang-undang yang luas.
Pengerusi boleh mencadangkan kepada DYMM YDPA beberapa orang anggota majlis dari setiap bidang yang penting seperti seorang pakar perubatan untuk menangani pendemik Covid-19, seorang tokoh korporat atau pakar ekonomi bagi memulihkan ekonomi, pakar pendidikan dari pusat pengajian tinggi seperti UPSI untuk menangani perubahan sistem pendidikan akibat pendemik dan seorang pakar kemasyarakatan bagi memulihkan perpecahan dan kecelaruan masyarakat.
Bagi menjamin kestabilan keselamatan negara, Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera perlu menganggotai MPN. KSN juga perlu ada bagi menjamin jentera pentadbiran awam terus berfungsi.
Anggota utama MPN bolehlah mengujudkan beberapa jawatankuasa kerja di mana individu-individu yang sesuai bolehlah dilantik bagi mengetuai jawatankuasa kerja tersebut. Di peringkat ini ahli-ahli politik boleh juga dipilih jika berkelayakan. Mereka yang menganggotai MPN yang dibentuk oleh TSMY dan cadangan nama yang diberikan oleh TunM juga boleh dipertimbangkan. TunM, TSMY, DSAI dan lain-lain yang memiliki banyak idea pemulihan boleh juga dilantik. Mereka sepatutnya berjiwa besar menerima jawatan jika dilantik dan rakyat boleh menilai jika mereka menolak.
Apabila negara sudah stabil piliharaya bolehlah diadakan dan selepas itu kerajaan baru boleh dibentuk dan MPN dibubarkan.
TERKINI – Semua anggota dewan rakyat diarahkan supaya menghantar surat akuan kepada Istana Negara dan menamakan calon pilihan untuk dilantik sebagai perdana menteri ke-9. Surat itu perlu dihantar sebelum jam 4 petang, 18 Ogos 2021.
Ini bermakna ketua-ketua parti tidak boleh lagi mewakili ahli-ahli dewan rakyat dari parti atau gabungan mereka untuk mengesahkan siapa yang mereka sokong. Masing-masing perlu melakukan sendiri terus ke istana. Ini adalah satu tindakan bijaksana dari istana.
Terpulanglah kepada DYMM YDPA menilai jumlah sokongan dan memutuskan pada hemat baginda ahli dewan rakyat yang mana mempunyai sokongan majoriti untuk diangkat sebagai Perdana Menteri.
Jika pada penilaian baginda, tiada sesiapa dikalangan ahli dewan rakyat memiliki majoriti, baginda boleh menubuhkan satu majlis atau badan pentadbiran sementara seperti MAGERAN atau MKN untuk mentadbir sehingga PRU diadakan dan kerajaan baru dapat dibentuk.
Jika Perdana Menteri disokong oleh majoriti tipis, dikhuatiri kerajaan dan kabinet pimpinan perdana menteri itu tidak stabil dan kita terjebak semula dalam kemelut politik yang serupa.
Semua ini tentu sudah diambilkira oleh pihak istana dan kita berharap DYMM YDPA akan membuat keputusan bijak dan tepat demi kesejahteraan negara Malaysia. Daulat Tuanku.
