assalamualaikum
hmm,update blog kali ini saya dedikasikan kepada mak saya yang tersayang, ❤ hajjah meriam binti haji mustapa ❤ yang telah diputerikan pada 6.5.1952 bersamaan 13 syaaban 1373 di sungai siput,melaka. beliau dibesarkan di singapura dan mendapat pendidikan awal di port dickson,negeri sembilan.
lagu nie ditujukan kepada semua yang bergelar mak,ibu,umi,mummy,mama… 😉 (jom layan lagu nie sambil scroll sampai bawah)
straight to the point,pada hari tersebut (6.5.2011) mak saya bercadang untuk meraikan adik-adik tahfiz taman lake view serta orang-orang surau dan jiran. oleh itu,persiapan yang rapi telah dilakukan oleh anak-anak beliau yang ada dirumah dan sudi membantu beliau (hanya 3ketoi)…hehe. pada minggu lepas,saya serta adik saya (et) berkesempatan membeli ole-ole untuk diberikan kepada tetamu yang hadir. maka disini berlakunya sesi sponsor mensponsor…hehe.
fuhh,memang rambang mata bila tengok benda-benda nie… kan??
tokei kedai daripada dulu sampai sekarang kalau mengira memang laju dan cekap… tak sampai seminit kot beliau mengira hanya mengunakan kalkulator dan conggak…
selepas mencuci mata dan duit dikedai ‘kacang‘ (gelaran yang mak saya berikan),next adalah mencari roti twiggies,gardenia. agak susah yea nak dapatkan stok yang banyak disebabkan last minit mencari walaupun saya terjumpa abang lori gardenia dan bertanya kepada beliau…
belah petang lori gardenia selalu ada kat kedai ubat deret kfc taiping…
sehari suntuk mencari ole-ole sampaikan kepala saya kepeningan…huhu. ALHAMDULILLAH,roti twiggies akhirnya dapat dibeli sebanyak 50 bungkus di dua buah kedai yang berasingan (golden hill,taman tun razak dan jaguh,kamunting). so,tibalah hari yang dinanti-nantikan… bangun awal pagi terus wish kat mak “selamat hari lahir,semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki“… pagi tersebut tak banyak kerja yang saya dan adik-adik buat,cuma keluarkan karpet untuk dibentangkan diluar rumah. selepas solat jumaat,kami terus mulakan kerja mengemas rumah serta menolong mak memasak memandangkan waktu tersebut kamilah anak ‘dara’ yang ada…ngeee. isk3,kerja last minit tapi ALHAMDULILLAH semuanya berjalan dengan lancar…
antara ole-ole yang menjadi pilihan hati untuk diberikan kepada tetamu…hehhehheh~
azeem,pantang je keluar mesti nak ikut… dengan harapan ingin ‘membantu‘ pakcik-pakcik dia…haha
suasana kat dapur lagi la,menu yang agak banyak dengan semuanya dilakukan selepas solat jumaat. antara menu pada hari tersebut adalah mee goreng,nugget,sausage,french fries,cocktail,teh tarik spesial,agar-agar, custard jagung,anggur…
‘anak dara’ yang paling bongsu…hehe
air tangan beliau,not bad la kan… ;o)
orang surau dah sampai untuk bacaan doa selamat tapi didapur masih rancak mengoreng…huhu
menu spesial yang dimasak sendiri oleh mak saya… suka sangat2…
kek besday yang juga last minit…hmm (mak tak suka secret recipe,terpaksa la cari alternative lain)
sibuk menyiapkan segala-galanya,akeef (anak buah no-3) sempat membuat pocongnya sambil tangan didada…haha
selepas selesai bacaan doa selamat,makan mode…nyum3
azeem khusyuk ‘bersembang‘ dengan abang-abang tahfiz…hehe
selepas makan berat,time untuk memotong kek serta penyerahan ole-ole…
mak sibuk melayan sedara-mara perempuan (ramai yang datang lewat…)
akeef pun join sekali
fuhh,akhirnya habis juga majlis yang tak seberapa nie tapi ALHAMDULILLAH puas hati disebabkan makanan semuanya habis. penat yang berbaloi-baloi la orang katakan… saya tak ketinggalan untuk merakamkan kenangan manis bersama orang tersayang (walaupun pada keesokan harinya memandangkan pada hari tersebut banyak benda dan kerja perlu buat).
happy besday mami,semoga anda lebih tabah dan diberkati selalu dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslimah sejati dunia dan akhirat…
macam biasa sebelum belah nak share something dengan kawan:
” Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Al Isra’ : Ayat 24)
wallahua’lam
slmt bc&bg komen
;B

























