Pages

Sunday, October 11, 2015

Kisah Cinta 40 Minggu Part 3

Assalamualaikum.
Anak Mummy dah makin membesarrrr!
Alhamdulillah anak Mummy sihat.
Ya Allah, kejap je masa berlalu.
Anak Mummy dah 20 minggu.
Perut Mummy pun dah makin memboolat ni.
Dah makin kelihatan Baby Bump! Ngeeeee.
I'm soooooo happy!

Macam macam Mummy nak coret tentang kamu!
Tentang perjalanan sepanjang 20 minggu yang pertama ni. Seronok!
Okay kita mula dari cerita buka buku Merah.
Wakaka, kena marah dengan Nurse KKIA sebab lambat buat buku. Kikikikik.
Nasib baik Nurse Kak Hajar tu baik, dia cakap elok2 je. Ngeeee.

Week 13.
Mummy baru buat buku Merah kamoooo.
Supposedly, lepas confirm je UPT positive Mummy dah kena datang KKIA, xperlu nak tunggu 3 bulan macam orang cakap. Kannnn.

So procedure biasa untuk 1st time check up,  kena amik darah, HIV test, ujian air kencing, timbang berat, ukur ketinggian dgn check tekanan darah. Itu pun 2 jam menunggu baru siap. Hurmmmm. Penat!

Yet, Mummy still considering nak bersalin di hospital kerajaan or swasta. Mummy nak Doctor perempuan! Seram je dengar bersalin dengan Doc Lelaki. 😵😵😵😵😵😵😵

Sekian coretan perihal buku merah. Done!

9Sept2015
Check up. KKIA.
Week15. Scan.

Ya Allah, seronoknya tengok kamu sudah cukup sempurna sifat Allah jadikan. Alhamdulillah. Xsabarnya Mummy nak peluk kamooooo. Mesti best kannnnn.

Badan kamu,
Kepala kamu,
Kaki kamu,
Tangan kamu.

Ya Allah, tak boleh nak gambarkan dengan kata kata. I am blessed.

24Sept 2015
Week 18
Salam Aidiladha dari perantauan KL.
Sedih. Tak dapat balik raya. 😭😭😭😭😭

Sedikit masalah yang tidak dielakkan, terpaksa Mummy beraya di KL. Uwaaaaa.

Day1 24Sept.
Nasi Ayam sedap, Kauh Kacang Nasi Impit.
Yumsssss. Mummy dengan gigihnya masak.
Now Mummy dah berselera nak makan!

Day2 25Sept.
Laksa Penang. Yummssss. First time Mummy masak. Sedap. Ngeeee. Mummy ajak a few kawan2 Mummy datang makan kt umah. Penat tapi berbaloi. 

Day3. 26Sept
Berkejar ke Bukit Jalil. Esok Fiza Si Mak Tiri nak kawennnnn. Berkumpul la dengan Efa!
Siap tdo bertiga kt Hotel. Nyaman. Abi tinggal. Hahahahaha.

Day4. 27Sept.
Alhamdulillah, Fiza selamat diijabkabulkan. Sakan Mummy melaram. Ngeeee.

Day5. 28Sept
Nasi Kerabu Umi masakkkkk. Oh nyaman perut. Nenek datang beraya kt KL. Dapat la merasa Nenek masak. Sedapppp. Nenek datang melawat Acu kt HKL.

Day6. 29Sept
Back to normal life as wife. Ngeeee.

As at today, 10 Oct kamu dah week20. Cepatnya kamuuuu membesar. Mummy tak sabar nak scan 4D. Nak tahu jantina kamuu
Nanti Mummy nak cari klinik yang terdekat. Nanti kita dating ya. Ngeeee. I'm sooooo excited!

Alhamdulillah, Mummy bersyukur sangat sebab Allah x uji Mummy dengan Morning Sickness yang teruk macam orang lain. Mummy just cepat penat kalah panjat Gunung Irau. Hahahahaha. Xpe, Mummy sanggup. Ngeeeee

Sekian coretan Mummy perihal kamu wahai anak sepanjang 20 minggu yang pertama. 

Alhamdulillah.
Assalamualaikum.
Week20. ;)

Saturday, July 25, 2015

Kisah Cinta 40 Minggu Part 2

Assalamualaikum sayang Mummy....
Ya Allah, cepatnya masa berlalu.
Sebulan berpuasa,  sekarang dah raya ke 9.
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga.  Ngeeee.

#ThrowBack
7-11 Julai 2015.
Mummy balik kampung, tinggal Abi kt KL sorg3. Wakaka. Seronok betul dapat balik kampung jumpa Nenek!

Alhamdulillah, anak Mummy kuat. Kalau ikutkan, tak boleh naik flight masa awal pregnancy. Risau keguguran disebabkan faktor tekanan udara. Alhamdulillah dengan izin Allah Taala anak Mummy sihat sihat aja. Mummy je yg teruk alahan.

Cerita bab alahan or morning sickness.  Meh Mummy cter sikit. Alhamdulillah, so far Mummy xdela teruk sangat alahan. Cuma bulan puasa ni selalu kena gastrik teruk. Langsung xde selera nak makan. Sebab itulah makin menjadi jadi gastrik Mummy. 7 hari Mummy tak puasa. Nanti anak Mummy kena tolong gantikan.  Ngeeee.

Lagi satu, Mummy cepat sangat penat dengan mengah. Hanya Allah yang tahu. Penatnya macam nak pitam. Flat habis. Just baring jela. Nak masak lagi la Mummy kemalasan.  Kesian Abi. Sahur ngn buka puasa semua beli kedai.  Memang Mummy tak larat nak masak.

Hidung Mummy sensitif betul. Ada bau kurang menyenangkan sikit je mesti mual loya nak muntah. Ya Allah, seksanya.

Masa Mummy kat kampung, Mummy g klinik scan kamuuuuu wahai Anak Mummy. I'm sooooooo excited! Ya Allah, satu perasaan yang indah sukar digambarkan dengan kata kata. Indah.

Alhamdulillah, dengan izin Allah Taala,  kamu sihat wahai anak Mummy. Sooooo small inside my womb!

Ada satu kekeliruan. 
Ikut scan due date 3 March 2016.
Ikut period due date 25 February 2016. Means beza seminggu. Ikutkan waktu scan kamu sudah Week7 and by today 25July kamu week9. Ikutkan scan sekarang kamu week8. Sudah 2bulan kamu dalam rahim Mummy!  Perut Mummy pun makin membooolat! Comel je Mummy rasa. Ya Allah, seronoknya. 

18July.
1st time Mummy beraya dengan Abi. Eh jap, kita panggil Papa, Abi la. Sejuk sikit dengar. Ngeeee. Kita beraya umah Tok di Taiping. 1st time Mummy x beraya dengan Nenek kt Pasir Mas. 😢😢😢😢😢😢 sedih. Rindu Nenek.

Kamu wahai anak Mummy makin membesar. Mummy langsung xde selera nak makan. Tok masak rendang,  Mummy makan sikit je. Lepas tu kamu tak nak. Habis muntah semua makanan Mummy makan. Dugaan Allah bagi Mummy rasa untuk dapatkan kamu anak yg soleh solehah! In Shaa Allah. Aaminn.

Mummy kt umah Tok langsung tak tolong pape. Penat. Asyik mengah je. Jalan sikit pun dah x larat. Itu kamu kecik lg, 2 bulan. Kalau dah sarat,  Mummy suh Abi dukung je. Wakaka.

Raya ketiga, Abi bawak Mummy jalan jalan kt Bukit Bendera. Ya Allah, ramainya manusia.  Penatnya Mummy beratur.  Hampir 2 jam baru sampai puncak. Kalau Mummy hiking dah lama sampai.

Lepas Bukit Bendera, kita g makan kt Padang Kota. Yumssss. Semua Mummy nak makan tapi kamu wahai anak Mummy langsung tak nak makan. Sabar jela. Abi plak bising bila Mummy tak nak makan. Kecik hati. Kalau ikutkan selera Mummy, memang sume Mummy nak makan. I'm a foods loverrrr! Mana mungkin Mummy tak nak makan. Tapi sebabkan xde selera memang tengok jela orang makan.

Lepas seminggu kita beraya di Taiping, now we are homeeeee! Feel good to be homeeee. Finally. Sekarang, jommm kita hitung hari nak balik beraya umah Nenek Raya Haji nanti. Hahahahaha. Time tu kamu dah nak masuk 4 bulan. Mesti dah ada selera nak makan. Yumssss.  Macam2 Mummy nak makan.

Wahai anak Mummy. Tak sabar Mummy nak peluk cium kamu. In Shaa Allah kalau Allah izinkan. Kamu bertabah la sayang. Mummy asyik dapat mimpi buruk je sekarang ni. Macam ada orang dengki nak hantar benda jahat pada kita. Hanya pada Allah Mummy berserah dan bertawakal. Moga kamu sihat dan dapat melihat dunia.  Aaminn.

Minggu depan Mummy nak kena buat buku check up merah untuk kamu. Moga Allah permudahkan.  Aaminn. Sayangku wahai anak Mummy. Moga kamu membesar dengan sempurna sifat dan akhlak yang sempurna. Hanya dengan izin Allah Taala.

Salam sayang dari Mummy.
p/s: Abi punya la happy and excited nak jumpa kamu wahai anak Mummy.  ;)

Week9.

Sunday, July 5, 2015

NAMA ANAK LELAKI YANG ISLAM

1. ABBAD NAILUN NABHAN
Laki-laki yang tekun beribadah dan mendapatkan kemuliaan
-
2. ABDU ARIQIN HALIM
Seorang hamba yang berbudi baik dan lembut
-
3. ABDUH HUBBU SYARIF
Hamba Allah yang mencintai kemuliaan
-
4. ABDUL LATIF ABBASY
Hamba Allah yang lembut dan rajin berusaha
-
5. ABU DZAR AL-GHIFARI
Anak laki-laki yang selalu memaafkan bagaikan debu yang beterbangan
-
6. ADLIE FAIRUZ
Anak laki-laki yang adil semulia batu piruz
-
7. AFFAN NUR MAJID
Pendaki cahaya kemuliaan
-
8. AFIF FIRDAUS
Laki-laki yang menjaga kesucian diri semoga menjadi penghuni Surga
Firdaus
-
9. AFIF KHALAF FAITH
Anak baik yang memiliki harga diri seperti pemimpin
-
10. AHMAD GHOZALI KHAIRI
Prajurit yang terpuji dan memiliki kebaikan
-
11. AKHDAN LATIF AZIZAN
Sahabat yang lembut dan mulia
-
12. AKMAL LATHIF KHALIFAH
Pemimpin yang sempurna dan lembut
-
13. ALFIAN RIZQIE MUTHA
Seribu rezeki yang didermakan
-
14. ALIF ZIYAD
Lembut dan ramah adalah suatu kelebihan
-
15. ALIM RIZQI ZUHDI
Rendah hati dan suka memberi ilmu
-
16. ARIEF FAITH GHAFAR
Pemimpin yang bijaksana dan suka memaafkan
-
17. ARIFIN FARHAN RAIF
Sang penyayang adalah orang yang bijaksana dan gembira
-
18. ARKAN SAID RAMADHAN
Bulan Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan dan kebahagiaan
-
19. ASYAM ARIFIN
Pemimpin mulia adalah orang yang bijaksana
-
20. ASYRAF RASYID QUTHB
Pemimpin yang mendapatkan petunjuk lebih mulia
-
21. ATAYA RAFIQ
Hadiah, petunjuk dari teman akrab
-
22. ATHA RASYID RIZQI
Kebaikan yang memberikan kita petunjuk
-
23. AUFA RIJAL RAIS
Anak laiki-laki yang tepat untuk menjadi pemimipin
-
24. AZIZUL RASYAD
Petunjuk yang kuat
-
25. AZMI HAIL
Keteguhan hati yg luar biasa
-
26. BADAR TAMIM
Bulan purnama yang memiliki daya cipta sempurna
-
27. BADRANI WASIM
Dua bulan purnama yang rupawan
-
28. BADY RAMADHAN
Bulan ramadhan yang terlihat nyata
-
29. BAHIR BATHLATHUN EL-BASIL
Pemuda rupawan dan pahlawan yang pemberani
-
30. BAHIR SHIRAJ ADDIEN
Pelita agama yang bersinar terang
-
31. BAHTIAR JEFRY HUSNI
Tanah perdamaian yang kaya dan indah
-
32. BAIT AL-QARIS QURRATAAIN
Rumah yang sangat sejuk dan sedap dipandang mata
-
33. BAKRIE MUNIR JAUHAR
Permata yang bersinar di pagi hari
-
34. BANI KHAFID
Keturunan laki-laki penghafal Al-Qur’an
-
35. BANU MIBRAS NAUFAL
Putra pemberani dan dermawan
-
36. BARIE GHANDUR HABIBULLAH
Pemuda tampan dan cerdas kekasih Allah
-
37. BARIQ KHALAF MAHDY
Anak yang baik yang mendapat hidayah dan cahaya
-
38. BASAM ADIS MAAJID
Senyuman anak laki-laki yang mulia
-
39. BUKHARI JAWAD KAMIL
Anak laki-laki yang pemurah dan sempurna seperti Imam Bukhari sang
perawi Hadits
-
40. BURHAN SHABIR SHABRI
Orang yang tabah dalam menghadapi rintangan adalah bukti kesabaran
-
41. BUSTAN EL-RAIHAN MAHFUZH
Pohon yang wangi dan terpelihara di taman
-
42. DAFFA IBNU HAFIDZ
Anak laki-laki yang memelihara sesuatu dan memiliki pertahanan diri
-
43. DAHLAN ZAINUL ARIFIN
Orang yang baik, bijaksana dan memiliki kelebihan
-
44. DAI RIJAL EL-RAFIF
Anak laki-laki pejuang dakwah yang berakhlak baik
-
45. DANY FAYYADHI ZHAFAR
Orang yang dekat dengan kemenangan yang mulia
-
46. DARIS TAMIM SADAD
Pelajar yang memiliki daya cipta yang sempurna dan bertindak tepat
-
47. DARU SYARIF FIRDAUS
Orang yang terhormat dan mulia memiliki tempat yang damai di surga
-
48. DARY MUHADZDZIB
Orang yang bijaksana dan memiliki akhlak terpuji
-
49. DHAWY TAJUDDIN SAFAR
Mahkota agama yang bersinar di bulan Safar
-
50. DHIRGHAM HAIDAR ARHAB
Singa pemberani yang berfikir tajam
-
51. DZAKIR KHAFADI
Penghafal Al-Qur'an yang memiliki daya ingat kuat
-
52. DZAKWAN TAJUSA
Mahkota segala raja yang harum semerbak
-
53. DZAKY ALMAIR JAMIL
Pangeran yang tampan dan cerdas
-
54. FAAL HASAN ISMAM
Suami setia yang tampan dan suka bekerja
-
55. FADHIL SAADI ZAHID
Anak laki-laki yang mulia, bijaksana dan rendah hati
-
56. FADHIL YAQDAN NASRULLAH
Orang yang terjaga kebaikannya akan mendapat pertolongan Allah
-
57. FADHIL YAQDAN NASRULLAH
Orang yang terjaga kebaikannya akan mendapat pertolongan Allah
-
58. FAHMI AMMAR
Anak laki-laki yang memiliki pemahaman dan keimanan yang kuat
-
59. FAIRUZ EL-BAHRIE IZDIHAR
Sungai permata yang berkilau
-
60. FAISAL KHALIL
Sahabat yang dapat dipercaya sebagai pemisah yang benar dan yang
salah
-
61. FAITH SYUJA RUSYDI
Pemimpin pemberani yang menunjukan jalan yang lurus
-
62. FAIZ JUNAIDI
Tentara yang menang
-
63. FAKHRIE ZHAFRAN KHAIRY
Kebanggaan orang yang menang dalam kebaikan
-
64. FALAH ASSAHIB RAHMAT
Teman yang beruntung dan mendapat kasih sayang Allah
-
65. FAQIH KHAIRY RAHMAN
Ahli fiqih yang banyak memiliki kebaikan dan kasih sayang
-
66. FARID ATALLAH
Karunia Allah yang tidak ada bandingnya
-
67. FATHAN AL-MAISAN ZHAFAR
Bintang pembuka kemenangan
-
68. FAYI RIJAL SHABUHA
Laki-laki yang harum wajahnya berseri-seri
-
69. FIKRI NAKHLA RAFIE
Orang besar dan pandai yang memiliki cita-cita tinggi
-
70. GHAFAR ARIEF
anak laki-laki yang suka memaafkan dan bijaksana
-
71. GHALY SAAD RIFAI
Anak laki-laki yang berharga, bijaksana dan tinggi martabatnya
-
72. GHANY YAZID KHAIRY
Kekayaan yang semakin bertambah adalah kebaikan
-
73. GHAZALY DZAKIR
Daya ingat yang kuat secepat kijang
-
74. GHAZY GHALIBIE
Prajurit yang menang
-
75. GHUFRON SAJADI TAISIR
Anak laki-laki yang bersujud kepada Allah mendapat pengampunan dan
kemudahan
-
76. HAFIDZ RAFIE RABBANI
Kedudukan tinggi yang terpelihara karena Allah semata
-
77. HAIDAR SAADI
Singa yang bijaksana
-
78. HAIL QURUNUL BAHRI
Mutiara laut yang luar biasa
-
79. HAMDANI KHAFIE NAJIH
Pujian yang tersembunyi sebagai anugerah sebuah petunjuk
-
80. HANIF ABBAD
Muslim yang teguh dan tekun beribadah
-
81. HARIS ATHA
Kerinduan adalah sebuah anugerah
-
82. HARUN ABDURRAHMAN
Semoga seperti Nabi Harun hamba dari Allah yang maha pengasih
-
83. HAUZAN IRHAB NABIL
Manusia yang berfikir tajam dan terhormat
-
84. HAZIM ZHAFRAN
Orang yang menang adalah yang berkemauan keras
-
85. HELMI YAQDHAN
Orang yang sabar dan berakal dan selalu terjaga
-
86. HILAL ABIYU JAMAIL
Bulan sabit yang indah dan mulia
-
87. HUDA MAHDY ASSAJID
Orang yang bersujud kepada Allah akan mendapat hidayah dan
petunjuk
-
88. HUMAM ZADA
Anak laki-laki yang pemberani dan beruntung
-
89. IFAT AS-SYARIF
Orang yang terhormat dan mulia yang senantiasa menjaga diri
-
90. IHSAN JALALUDDIN
Kebajikan dan keluhuran agama
-
91. IKHWAN MARUF YAFIE
Laki-laki baik yang tinggi dan terhormat
-
92. ILHAM AYADI
Isyarat yang baik dari sesuatu yang dapat menguatkan
-
93. IMRAN MAMUN
Pemimpin yang dipercaya
-
94. IQBAL ARKAB GHAFUR
Anak laki-laki yang sejahtera dan memiliki hati yang lapang serta suka
memaafkan
-
95. IRFAN YUSRAN
anak laki-laki yang memiliki pengetahuan dan kekayaan
-
96. ISMAT YAQDHAN
Anak laki-laki yang terjaga kekuatannya untuk mejauhi maksiat
-
97. ISTADZ MUNIB
Guru yang berada di jalan Allah
-
98. ISTAHAL NAKHLAN RAKANI
Bagian yang dikehendaki orang besar dan pandai adalah kemuliaan
-
99. ITAF ZAHRANI
Pedang yang berkilau
-
100. IZAZ SYAKIB
Kecintaan yang memberikan kebaikan
-
101. IZAZ SYAKIR TABLIG
Kecintaan dan rasa syukur seseorang dengan mensyiarkan Islam
-
102. JABAR ASYAMIE
Pemimpin mulia yang memiliki kekuatan dan kekuasan
-
103. JABIR FAKHRUDDIN
Pembaharu yang agung sebagai kebanggaan agama
-
104. JAFAR SHAFWAN FIRDAUS
Bagaikan sungai yang jernih di surga Firdaus
-
105. JALIL SYARIF FAWWAZI
Laki-laki terhormat yang memiliki kekuasaan besar dan keberuntungan
-
106. JAMAL JAWAHIR
Permata-permata yang indah
-
107. JAMALUDDIN FARID
Keindahan agama yang tidak ada bandingnya
-
108. JAMHURI TSAQIEB
Ilmuan yang cerdas
-
109. JAMIL ALAWI QODAMA
Semoga seperti keturunan Ali bin abi Thalib yang tampan dan
pemberani
-
110. JAWAD KHALAF HUBBAN
Anak baik yang pemurah dan penuh cinta kasih
-
111. JAWAHIR BARRAQ ASYRAF
Permata-permata yang lebih mulia dan berkilauan
-
112. JUNAID ASLAM
Tentara yang selamat
-
113. JUNAID MAULANA RAFIF
Tentara yang dihormati karena berakhlak baik
-
114. KAFIE EL-AZZAM
Kemauan kuat yang sempurna
-
115. KAMAL IZZUDDIN BAHAR
Kesempurnaan dan kemulian agama yang berkilauan
-
116. KAMIL AHSAN EL-JUNDI
Prajurit yang sempurna kebaikannya
-
117. KAMIL MUHYIDDIN
Anak laki-laki yang sempurna menghidupkan agama
-
118. KAZHIM ZAINAL ARIEF
Orang yang dapat mengekang amarah, baik dan bijaksana
-
119. KHAFID NUMAN RIFAI
Laki-laki penghafal Al Qur’an sebagai anugerah hidup yang tinggi
-
120. KHALIL ZAYAN
Sahabat yang dapat dipercaya sangat elok wajahnya
-
121. KHALIQ JUNAIDI AKMAL
Pencipta prajurit yang lebih sempurna
-
122. KHALIQ NAJAMUDDIN ZUHDI
Bintang agama yang menciptakan kerendahan hati
-
123. KHASYI SALAHUDDIN
Laki-laki yang khusyu dalam sholat dan menegakkan tiang agama
-
124. KHATAM LAAL BARRAQIE
Cincin intan berwarna merah yang berkilauan
-
125. KHIAR KHATAM RAMADHAN
Kebaikan yang diterima di penghujung bulan Ramadhan
-
126. KHIAR NABHAN AL-QUDS
Laki-laki baik yang mulia dan suci
-
127. LAMYA NAJMU ADDIEN
Laki-laki yang berkilau bagaikan bintang agama
-
128. LATHIEF AKMAL EL-AZZAM
Laki-laki yang memiliki kelembutan dan kemauan kuat yang lebih
sempurna
-
129. LUAY AKHDAN MAHFUDZ
Kekuatan seorang sahabat yang terpelihara
-
130. LUQMAN HAKIM AYYASI
Mudah mudahan seperti Luqman yang bijaksana dan berumur panjang
-
131. LUTHFIE SAKHI ZAIDAN
Laki-laki lembut yang murah hati dan memiliki banyak kelebihan
-
132. MAHBUB JUNAIDI
Prajurit yang dicintai
-
133. MAJDI BADRANI
Kemuliaan dua bulan purnama
-
134. MAJID FAKHRUDDIN
Anak laki-laki yang berbudi luhur yang merupakan kebanggaan agama
-
135. MALKA SYARIEF FIRDAUS
Tempat bertemunya orang yang mulia dan terhormat adalah di surga
Firdaus
-
136. MIRZA UKAIL
Anak laki-laki yang baik dan pandai
-
137. MUHAMI YAFI
Pengacara yang tinggi dan terhormat
-
138. MUHSIN TAMAM
Laki-laki yang berbuat kebaikan dengan sempurna
-
139. MUNADHIL ISMAN HALIM
Suami setia yang menolong dengan penuh kelembutan dan kesabaran
-
140. NABHAN ZULFADHLI
Anak laki-laki yang mulia dan mempunyai banyak kelebihan
-
141. NABIHAN KHALIQ
Anak laki-laki yang mulia dan kreatif
-
142. NABIL FAYADH
Anak laki-laki yang cerdik dan murah hati
-
143. NAJDAT ALTAMIS
Panglima yang pemberani
-
144. NAUFAL AFKAR
Anak laki-laki yang dermawan dan bijak
-
145. NAWAF SYIHABUDDIN YAFIQ
Bintang Agama yang tinggi dan mulia
-
146. NAZRAN SAADUDDIN
Visi agama yang membahagiakan
-
147. NIYAZ KHALIL
Harapan dari seorang sahabat
-
148. NURHAN AFKAR FADHIL
Cahaya raja yang bijak dan utama
-
149. NUWAIR BADRUN
Anak laki-laki yang bagaikan cahaya bulan purnama
-
150. QAID JAMAIL
Panglima perang yang tampan
-
151. QARY AHNAF
Pembaca Al-Qur'an yang memiliki keteguhan iman yang lebih
-
152. QINDI IZZATUL MUNAWWIR
Pelita kemuliaan yang bersinar
-
153. QOWIYYAN AMIN
Ank laki-laki yang kuat dan terpercaya
-
154. QUTHBIE ZAYAN
Pemimipin yang sangat elok wajahnya
-
155. RAFIE AHMAD
Anak laki-laki yang memiliki kedudukan yang tinggi dan terpuji
-
156. RAFIQI HAMLAN
Sahabat yang mandiri
-
157. RAID KHADIM SHALIHAN
Pemimpin sukarelawan yang baik
-
158. RAIF ANAQIE
Sang penyayang yang indah menawan hati
-
159. RAIHAN MAWARDI KHALIS
Air mawarku yang wangi dan suci
-
160. RAMADHAN AHNAF
Bulan Ramadhan yang penuh dengan keteguhan iman
-
161. RAZIQ HANAN
Anak laki-laki yang murah rizeki dan dikasihi Allah
-
162. RIFQIE NADIM UKAIL
Sahabat yang lemah lembut dan pintar
-
163. RIYAD JINAN FAYI
Taman Surga yang wangi
-
164. RUZAIN ANWAR
Tempat yang tentram dan bercahaya
-
165. SABIQ EL-FATHIN
Anak laki-laki cerdas yang terdepan
-
166. SABQIE HAMZAH AZIB
Keutamaanku adalah kebijaksanaan dan kesabaran
-
167. SAFARAZ AKMA FADHIL
Anak laki-laki yang terhormat sebagai pemimpin yang mulia
-
168. SAFWAN HASNAWI
Anak laki-laki dari keturunan mulia yang bersih dan penuh keikhlasan
-
169. SAHLAN IMRAN JAZLI
Anak laki-laki yang memiliki kemudahan budi bahasa dan fasih
-
170. SAID KHAIRUL IKHWAN
Anak laki-laki yang bahagia adalah saudara yang baik
-
171. SAIFUL HADZIQ AFIF
Anak laki yang memiliki kecerdasan yang tajam dan senantiasa
menjaga kesucian diri
-
172. SAIFULLAH MUHAIMIN
Pedang Allah yang menjaga dan memelihara
-
173. SAKHI KAFIL HUSAIN
Majikan yang murah hati dan baik
-
174. SHALAHUDDIN WADI
Kebaikan agama yang menentramkan
-
175. SYABIL ZUNNURAIN
Bintang yang mempunyai dua cahaya
-
176. SYABILUL HADDAD MUNIR
Lautan bintang yang bercahaya
-
177. SYAFI ASSYAUQIE
Anak laki-laki pengobat rindu
-
178. SYAFIQ KHAIRY NASYWAN
Anak laki-laki penyayang yang baik dan gembira
-
179. SYAHMI EL-JUNDI BAHAA
Prajurit yang berani dan elegan
-
180. SYAMSI NUR HIDAYAT
Matahariku cahaya petunjuk
-
181. SYAMSUDDIN SYARIF
Matahari agama yang mulia
-
182. SYAMSUL BAHRI ALAFA
Lautan matahari yang mendamaikan
-
183. SYUKRAN ANNAFI
Keyukuran yang memberikan manfaat
-
184. SYUKRIE ATALLAH SHAHIH
Ksyukuranku sebagai karunia Allah yang sempurna
-
185. TAHFIZ ILMAN KHATAB
Ahli pidato yang hafal akan ilmu
-
186. TAHSIN AGHA AFKAR
Anak laki-laki pemimpin yang mampu melakukan perubahan kebijakan
-
187. THARIQ ANWAR KARIM
Bintang fajar yang memancarkan cahaya kemuliaan
-
188. TSABIT HASNAIN HAMLAN
Dua kebaikan yang kokoh dan berdiri sendiri
-
189. TSAMIN FARID ADDIN
Permata agama yang sangat bernilai
-
190. TSANY ASMAR BANU
Putra kedua yang hitam manis
-
191. TUFAIL HARIRI JADID
Kain suteraku yang lembut dan baik
-
192. UKASYA ALIF
Laba-laba yang lembut dan ramah
-
193. ULWAN ASSYAKUR FAWWAZ
Anak laki-laki yang memiliki rasa syukur yang tinggi akan selalu
beruntung
-
194. UMAR MUSLIM FAWWAZ
Pemimpin muslim yang selalu beruntung
-
195. UMRAN SAID FAUZAN
Anak laki-laki yang tumbuh dengan penuh kebahagiaan dan
kemenangan
-
196. USAID DAFFA NAJID
Singa kecil penjaga yang gagah berani
-
197. USYAIR FAHMI AHSAN
Suami yang pengertian dan baik hati
-
198. WABIL TAMAM ASSADIQ
Anak laki-laki pemurah yang sempurna dan tulus dalam setiap
ucapannya
-
199. WAFRIE BANU AKMAL
Kekayaanku adalah anak yang sempurna
-
200. WAHAB ABDULLAH NAFI
Pemberian Hamba Allah yang bermanfaat
-
201. WAHID HUMAM HABIBIE
Singa pertama kesayanganku
-
202. WAHNAN AMIN
Anak laki-laki yang mudah untuk dipercaya
-
203. WALI ADDIN KHALID
Pembela agama yang setia
-
204. WALID RIJAL SABAT
Anak laki-laki yang dilahirkan di hari ke tujuh
-
205. WALIDAN AMIN
Anak laki-laki yang dapat dipercaya
-
206. WARDIE MABKHUT
Bunga mawarku yang penuh dengan keberuntungan
-
207. WASHIF EL-HAMAM
Anak laki-laki yang memiliki karakter yang unik dan ambisi yang kuat
-
208. WAZIFUL KHALIL
Anak laki-laki kesayangan yang tekun dan gigih
-
209. WAZNI HAKAM
Haikim bijaksana yang menimbang secara adil
-
210. YAALA FARID BAHAR
Kemuliaan batu permata yang berkilau
-
211. YAFIQ ANNADIM RAFIF
Pendamping yang mulia dan berakhlak baik
-
212. YAQDHAN RAKHA ASSAID
Anak laki-laki waspada yang memiliki kehidupan yang enak dan bahagia
-
213. YASYKUR ARIEF
Anak laki-laki yang pandai bersyukur dan bijaksana
-
214. YAZDAN SHAHIB RAKI
Belas kasih sahabat yang menundukkan kepala
-
215. YAZID SYARIEF UMRAN
Anak laki-laki yang bertambah mulia dan makmur
-
216. ZAHRAN SHABIR
Indahnya kesabaran
-
217. ZAHWAN SAID MUSLIM
Anak laki-laki yang bangga dan bahagian menjadi muslim
-
218. ZAMIL SAIDAN KHALID
Orang yang berjalan cepat menuju kebahagiaan yang kekal
-
219. ZIKRIE YAZID BARA
Zikirku yang menambah ketaatan
-
220. ZUBAIR MALIK ANNAJMI
Raja bintang yang gagah perkasa
-
221. ZULFADHLI FAYYADH
Anak laki-laki dermawan yang mempunyai banyak kelebihan
-
222. ZULFAN AZHAR RAIHAN
Taman yang penuh bunga-bunga mewangi
-
223. ZULMI IKHWAN KHAIRI
Anak laki-laki yang sabar dan sopan adalah saudara yang baik

Monday, June 29, 2015

Kisah Cinta 40 Minggu Part 1.

Assalamualaikum.
Alhamdulillah.
Setiap percaturan Allah terlalu hebat.
Sujud Syukur ku pada Mu Ya Allah. 

Setiap yang hidup pasti merasai mati.
Setiap yang bernyawa sudah tertulis jodoh, rezeki, ajal dan maut. 
Setiap perkahwinan itu Allah tidak menjanjikan zuriat.
Namun, kehadiran zuriat itu pengikat kasih sayang suami isteri.
Alhamdulillah, rezeki kami Allah kurniakan zuriat di awal usia perkahwinan. 
Alhamdulillah, syukur Ya Allah.

Saat nukilan ini di coret,
Alhamdulillah usia kandungan ku lima minggu.
Hebat Kuasa Mu Ya Allah.
Ingin aku hadiahkan coretan Cinta 39 minggu ini kepadamu wahai anak.
Agar suatu saat tika engkau membesar,
Jika Allah izinkan, bacalah anak.
Ini cerita Mummy untukmu anak.

Minggu Pertama, Kedua, dan Ketiga.
Ya Allah, mungkin sukar untuk dipercayai dengan akal, tapi kehadiranmu Anak, Mummy rasai.
Setiap tanda tanda awal kehamilan itu ada.
~sakit pinggang
~cepat penat
~alahan kulit yang teruk
~tiada selera makan
~perut mengeras
~sembelit
~sukar tidur malam
~kaki cramped
~rasa ngilu dan membengkak.
Wahai anak, hanya Allah saja yang tahu rasa sakit itu satu nikmat yang Mummy redha untuk menerima nyawa baru dalam rahimku.

Namun, rasa itu Mummy diamkan saja dan hanya mampu berdoa agar ianya satu mimpi nyata. 

Alhamdulillah, sepanjang tempoh itu, Mummy tidak rasa pening atau loya. Yang comel, Papa yang mengalaminya.  Sweet sangat Papa. 
😄😄😄 Papa bangun tidur mesti pening kepala dan rasa loya. *orang kata tandanya Papa yang terlebih sayangkan Mummy* 😄😄😄😄😄

Wahai anak, doa Mummy agar Allah peliharaan kamu dalam rahim sehingga saat kelahiran dan jadikan kamu anak yang Soleh, Solehah, Hafiz, Hafizah, Alim, Alimah dan Daie, Daieyah. In Shaa Allah. Akan Mummy jaga dan didik kamu wahai anak.

Minggu Keempat.
18th June tanggal 1 Ramadhan, sepatutnya Mummy period. Alhamdulillah, Allah izinkan Mummy berpuasa.
19th June, lewat satu hari period Mummy. Ya Allah, hanya Allah yang tahu betapa Mummy berdebar untuk membuat UPT. Mummy yakin, firasat seorang ibu selalunya tetap dengan Izin Allah. 
Mummy pergi Wangsa Walk beli UPT seorang diri. Konon konon tak nak bagi tau dekat Papa. Wakaka. Siap beli dua lagi, sebabnya tak sabar nak check terus lepas beli. Lagi satu nak check esok pagi masa bangun sahur, sebab lagi accurate.

Dupdapdupdap. Nervessssss nye nak check!
UPT  1 : Lepas 2 minit kecewa kejap sebab nampak satu line je. Means negative.  Tapi lepas 5 minit nampak line kedua samar samar.  Sumpah rasa nak nangis, blur habis.  Betul ke ni Ya Allah.  Syukur Alhamdulillah. 

Mummy dah siap tanya kawan2 Mummy yang ada pengalaman. Semua cakap Positif!
Tak puas hati, Mummy tanya Pharmacist sendiri.  Yes it's Positive but to make it clear double check with Doctor or do UPT again next week.

Ya Allah, happy nye Mummy rasa. Walaupun masih samar2 lagi kehadiranmu anak,  Mummy tahu kamu wujud dan sedang membesar dengan Izin Allah. 

UPT 2: 20TH June
Woke up 430am first thing first do UPT again. Alhamdulillah, it's POSITIVE! Line kedua makin jelas kelihatan. Baby, you are inside my womb.

After sahur, Mummy tunjuk dua dua UPT pada Papa. Oh please la Papa. Jangan nak buat muka tak ada perasaan. Muka tak percaya yang kamu ni wujud wahai anak. Kecik hati Mummy. 😌😌😌😌😌😌

Minggu keempat ini paling mencabar Mummy. Kamu tak nak makan! Nak makan pun susah,  semua kamu tak nak. Mummy pun tak tahu apa yang kamu nak makan anak. Memilih sangat. Sahur minum milo, kurma & biskut saja. Berbuka kadang2 makan kuih dengan kurma & air milo. Itu pun sikit je. Pening Mummy.

Alhamdulillah, solat Terawih Mummy masih mampu lagi walaupun kamu cepat membuat Mummy rasa nak pitam dan berdebar. Lepas Terawih makan malam dengan Papa. Tapi Mummy tak makan nasi pun. Ratah lauk je. Kenapa wahai Anak? Mummy plak yang naik risau. Mesti kamu tak bagi Mummy gemok. Hahahahaha 😄😄😄😄😄😄

Minggu Kelima.
Ya Allah, kuatnya dugaan perasaan Kau uji aku. Emosi Mummy sangat sangat sangat tidak stabil. Mudah terasa hati dan menjauh hati dengan Papa. Setiap kali kesempatan masa Mummy Tahajud mengadu pada Allah. Betapa hati Mummy berduka. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui dan Memahami. Mummy sendiri pun tak faham apa yang sedih sangat.  Sedangkan hal yang kecil pun Mummy mudah terasa hati. Menangis ku dalam sujud syahdu mengadap Sang Pencipta yang Haq!

Wahai Anak, jangan kau berduka lara. Kamu mesti kuat macam Mummy yang kuat! Jangan kamu sesekali putus asa. Allah ada untuk menjaga kita.

Alhamdulillah, so far Mummy belum kena morning sickness seperti kawan2 Mummy yang lain. Tapi ujian Allah pada Mummy alahan kulit yang teruk. Sampai menangis menahan rasa. Aku bersyukur Ya Allah, Kau uji ku dengan kesakitan ini. Jangan Engkau ujiku dengan morning sickness yang teruk. Aku tak mampu Ya Allah.  Kasihanilah suamiku.

Wahai anak, kalau Mummy morning sickness teruk, nanti sapa nak masak sahur dengan berbuka untuk Papa. Papa dah lah kurus, tak pandai masak. Nanti hari hari Papa makan kt kedai, risau plak Mummy nanti Papa jatuh cinta pada tukang masak tu. Hahahahaha. 
Bertabahlah wahai anak dengan Izin Allah. 

Alhamdulillah, sudah 10 Ramadhan, Mummy masih mampu berpuasa dan berterawih berjemaah dengan Izin Allah dan kamu Wahai Anak turut teman Mummy berpuasa dan beribadat. 

Okayyyy, jommm tdooooo. Mummy tak sabar nak tengok kamu kali pertama dalam rahim Mummy. Minggu Ke7 atau Ke8 Mummy bawak kamu jumpa Doctor ya Anak. Buat masa sekarang, kamu bertabah dan membesar dengan sihat dengan Izin Allah.  Aaminn.

p/s: Mummy dah ada nama untuk kamu. BabyM!

p/s/s: 20 tanda awal kehamilan yang umum terjadi pada wanita hamil.

Tanda Kehamilan Awal
1. Payudara bengkak dan lembut

Nyeri atau kesemutan di payudara adalah salah satu gejala kehamilan yang paling umum. Di awal kehamilan, payudara akan mengisi dan berubah bentuk karena mempersiapkan diri untuk menghasilkan ASI. Payudara pun bisa menjadi sangat lembut dan sensitif selama beberapa bulan. Namun perlu dicatat, menurut ahli laktasi, Teresa Pitman, tidak semua wanita mengalami perubahan ini, terutama jika mereka telah menggunakan pil KB. Selain payudara yang membengkak, salah satu tanda lainnya adalah dengan area aerola warnanya menjadi lebih gelap.

2. Perubahan Bentuk tubuh

Bukan hanya perut yang membesar ketika seorang wanita mengalami kehamilan. Namun beberapa daerah lain seperti bokong, paha dan dada serta lengan biasanya akan ikut mengalami pembengkakan. 

3. Buang Air Kecil Makin Sering & Konstipasi

Saat hamil, janin yang tumbuh di rahim akan menekan kandung kemih sehingga frekuensi buang air kecil pun akan bertambah. Kandung kemih juga lebih cepat dipenuhi urine dan keinginan untuk buang air kecil menjadi lebih sering.

4. Mudah Lelah

Di awal kehamilan, Anda akan merasa mudah lelah. Rasanya Anda ingin bermalas-malasan saja di tempat tidur. Hal ini terjadi karena tubuh sedang menyesuaikan diri dengan adanya makhluk baru. Peningkatna hormon progesteron juga sering dihubungkan dengan tanda keempat ini. Selain itu Anda bisa jadi mudah lelah karena menurunnya kadar gula darah dan tekanan darah.

5. Mual (Morning Sickness)

Mual adalah gejala kehamilan yang paling umum. Rasa mual itu terjadi karena peningkatan hormon HCG (Human Chorionic Gonadotrophin). Peningkatan hormon HCG ini menyebabkan efek pedih pada lapisan perut sehingga menimbulkan rasa mual. Biasanya rasa mual ini akan pergi seiring Anda memasuki trimester kedua kehamilan. Selain mual, Anda juga merasa lebih sensitif pada bau tertentu. Sejumlah peneliti menduga, gejala ini terjadi agar wanita hamil tidak mudah makan sembarangan sehingga melindungi bayi dari racun yang berbahaya.

6. Terlambat Haid

Salah satu tanda kehamilan yang paling jelas adalah terlambat datang bulan. Namun tidak semua keterlambatan tersebut diartikan sebagai kehamilan. Anda bisa saja telat haid karena stres, diet atau gangguan hormonal. Selain itu, beberapa wanita juga bisa mengalami pendarahan atau spotting (timbul bercak darah). Segera konsultasikan ke dokter mengenai masalah tersebut.

7. Perubahan Mood

Wanita hamil memiliki mood yang mudah berubah. Bisa saja di satu waktu Anda merasa sangat bahagia, namun beberapa waktu kemudian Anda jadi marah pada suami hanya krena masalah sepele. Tidak perlu mengkhawatirkan perubahaan mood ini karena normal. Mood berubah karena terjadinya perubahan hormon secara drastis di tubuh Anda. Kalau Anda belakangan merasakan hal tersebut, itu terjadi karena tubuh sedang menyesuaikan diri dengan kehadiran hormon baru.

9. Munculnya bercak darah atau flek

Bercak darah ini muncul sebelum menstruasi yang akan datang, biasanya terjadi antara 8-10 hari setelah terjadinya ovulasi. Bercak darah ini disebabkan oleh implantasi (implantation bleeding) atau menempelnya embrio pada dinding rahim. Munculnya bercak darah pada saat kehamilan kadang disalah artikan sebagai menstruasi.

10. Kram Perut

Selain itu, keluarnya bercak darah biasanya diikuti oleh kram perut. Kram perut pada kondisi terjadinya kehamilan akan terjadi secara teratur. Dan kondisi kram perut ini, akan terus berlanjut sampai kehamilan trimester kedua, sampai letak uterus posisinya berada ditengah dan disangga oleh panggul.

11. Pusing dan sakit kepala (Headaches)

Gangguan pusing dan sakit kepala yang sering dirasakan oleh ibu hamil diakibatkan oleh faktor fisik; rasa lelah, mual, lapar dan tekanan darah, rendah. Sedangkan penyebab emosional yaitu adanya perasaan tegang dan depresi. Selain itu peningkatan pasokan darah ke seluruh tubuh juga bisa menyebabkan pusing saat ibu berubah posisi.

12. Sembelit

Sembelit terjadi akibat peningkatan hormon progesterone. Hormon ini selain mengendurkan otot-otot rahim, juga berdampak pada mengendurnya otot dinding usus sehingga menyebabkan sembelit atau susah buang air besar. Namun keuntungan dari keadaan ini adalah memungkinkan peyerapan nutrisi yang lebih baik saat hamil.

13. Sering meludah (hipersalivasi)

Tanda kehamilan ini terjadi akibat pengaruh perubahan hormon estrogen, biasanya terjadi pada kehamilan trimester pertama. Kondisi ini biasanya menghilang setelah kehamilan memasuki trimester kedua

14. Naiknya temperatur basal tubuh

Jika terjadi kehamilan atau ovulasi, maka suhu basal tubuh ibu akan meningkat. Kondisi ini akan bertahan selama terjadinya kehamilan. Kondisi ini tidak akan turun ke kondisi sebelum terjadinya ovulasi.

15. Sakit punggung

Biasanya, Anda tidak punya masalah dengan sakit punggung. Namun kini, punggung bagian bawah terasa nyeri. Jika Anda benar hamil, gangguan ini akan menetap hingga melahirkan kelak.

16. Ngidam atau menolak makanan tertentu

Tanpa alasan yang jelas, mendadak Anda sangat menginginkan makanan tertentu, yang sebelumnya mungkin bukan makanan favorit Anda. Atau sebaliknya, Anda tiba-tiba tak tahan dengan makanan yang selama ini jadi kegemaran Anda.

17. Sensitif pada bau

Anda tak tahan pada segala macam bau, terutama aroma makanan tertentu. Saking tak tahannya, bau tertentu bisa membuat Anda mual dan muntah!

18. Gejala PMS

Anda merasakan gejala PMS yang sama seperti yang Anda rasakan setiap bulan. Perut kembung, sakit pinggang, nyeri pada payudara, bahkan nafsu makan yang meningkat. Tapi, kok belum haid juga, ya?

19. Positif tes kehamilan

Hasil uji test pack menunjukkan tanda positif! Apakah itu artinya Anda benar-benar hamil? Belum tentu! Anda baru akan mendapat jawaban yang akurat, setelah pergi ke dokter untuk melakukan pemeriksaan USG.

20. Ada janin yang berkembang di dalam rahim Anda

Pemeriksaan USG menunjukkan titik kecil yang bergerak-gerak di dalam kantung kehamilan? Selamat! Jaga perkembangan si kecil hingga tiba waktunya bersalin ya, Ma!

Ke-20 poin di atas merupakan gejala awal kehamilan yang umum dan biasa terjadi pada wanita yang sedang hamil muda. Namun tentu tidak semua wanita akan mengalami ha tersebut. Utuk memastikannya, periksakan segera ke dokter kandungan atau bidan Anda.

Thursday, April 16, 2015

Lagi sebulan!

Ya Allah,
Kejap je lagi bertukar status.
Kurang dari sebulan.
15May15! In Shaa Allah. 

Sekarang masih lagi dalam mood relax!
Ngeeee. Dalam hati deborrrr!
But I'm soooo excited! 

Minggu depan balik kampung.
Bertapa kejap. 
Siapkan persiapan majlis.
+Food testing.
+Lawat dewan
+Pelamin
+Spa
+Edarkan kad pada saudara mara
+Bertenang!  Ngeeee.

Oh dalam hati makin berbunga. 
Ya Allah, dalam masa yang singkat Kau hadirkan rasa itu. Rasa kasih ikhlas kerana agamaMu! Alhamdulillah. In Shaa Allah dia yang terbaik untuk ku. Aamin.

Sunday, April 5, 2015

MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG.

Saya masih banyak kekurangan. Apa yang saya lakukan SEBELUM masuk waktu solat, saya ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari melakukan apa jua kerja.

1. Yang saya lakukan hanyalah berkomunikasi dengan Allah. Tidak memohon. Tetapi sekadar bercerita. Saya suka bercerita kepada Allah.

Tentang kerja, tentang hidup, tentang keluarga, anak-anak. Tentang apa saja.

2. Kemudian setelah masuk waktu solat, saya bangun untuk mengambil wuduk dalam KESEDARAN bahawa saya sedang dalam perjalanan untuk bertemu denganNya secara formal.

 
Saya ingin memujiNya, saya ingin memohon (mengikut doa dalam solat) dan saya ingin berterima kasih pada Nya.

 

3. Sepanjang wuduk… saya SEDAR bahawa Yang ingin saya temu adalah Allah. Saya pastikan wuduk saya sempurna. Saya minta agar segala anggota wuduk saya dilindungi Allah dari melakukan kejahatan dan kemaksiatan.

4. Dalam perjalanan untuk memulakan solat saya tetap jaga kesedaran bahawa saya dalam persediaan jumpa Allah.

Saya bentang sejadah dan tetap kesedaran bahawa saya ingin bertemu Allah tidak saya lepaskan.

 

5. Ketika saya berdiri untuk mula takbir, saya istighfar dahulu.

Memohon keampunan pada Allah seawal lagi agar pujian saya benar-benar datang dari hati yang bersih. Berulang-ulang saya istighfar.

 

6. Kemudian saya mengangkat Takbir dan saya menyedariNya. Saya memanggil Allah Yang Maha Besar, Yang saya rindui.

 

7. Saya tidak “membaca” Doa iftitah. Tetapi saya memuji Allah dalam Doa Iftitah. Mulut ini berkomunikasi dalam bahasa arab. Namun hati ini memahami apa yang diucapkan adalah….

 

“Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar sebesar-sebesarnya ya

Allah. Ya Allah Segala puji bagiMu ya Allah sebanyak-banyaknya ya Allah.

Ya Allah, Maha Suci Engkau di pagi dan petang ya Allah.”

 

“Ya Allah ku hadapkan wajahku kepadaMu Tuhan yang menjadikan langit dan bumi dengan benar-benar lurus dan berserah kepadaMu ya Allah. Ya

Allah, aku ini bukan dari kalangan orang-orang yang musyrik ya Allah.”

 

“Ya Allah sesungguhnya ya Allah, solatku ya Allah, ibadahku ya Allah,

hidupku ya Allah, matiku ya Allah adalah hanya untukMu ya Allah.”

 

“Ya Allah, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah, dan aku diperintahkan

untuk tidak menyukutukanMu ya Allah dan aku ini dari golongan orang yang berserah diri.

 

8. Kemudian, saya terus memujiNya dalam Al-Fatihah. Sebuah lagi skrip hadiah dari Allah untuk kita berkomunikasi denganNya. Kita

berkomunikasi di dalam bahasa arab namun kita faham yang sedang kita

komunikasikan dengan Allah adalah….

 

“Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan yang terkutuk ya Allah.”

 

“Ya Allah, Dengan namaMu ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan Penyayang ya Allah”.

 

“Ya Allah, Segala puji bagiMu Tuhan yang memelihara segala alam ya Allah. Engkaulah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ya Allah.

Engkaulah raja yang menguasai hari pembalasan ya Allah.

 

Ya Allah…. kepadaMu-lah kami sembah Ya Allah .. dan kepadaMu-lah kami

mohon pertolongan ya Allah. (saya selalu tidak mampu menahan kesayuan tika saat ini. Saya sangat rindu padaNya hingga seluruh tubuh ini bergetar)

 

Tunjukilah kami jalan yang lurus ya Allah. Jalan mereka yang telah

Engkau beri nikmat ya Allah, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan jalan yang sesat ya Allah.”

 

ALLAHUKABAR indahnya solat. Ini baru selesai Al-Fatihah.

 

9. Kemudian kita baca surah yang mudah dan kita fahami.

 

10. Diamlah sejenak sebelum kita rukuk. Tuqmaninah sebentar. Sedarilah kita rukuk untuk hormat dan memuji Allah.

 

11. Lalu rukuklah. Namun diam dahulu. Rukunnya adalah rukuk bukan

bacaan rukuk. Diamlah namun sedar dan berterima kasih pada Allah. Terima kasih yang datang dari hati ini.

 

Lalu ketika ini pujilah Allah dengan benar. Pujilah Allah dari hati.

Bukan bacaan sekadar dari bibir semata-mata.

 

” Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Agung ya Allah.”

 

Selepas pujian pertama… diam lagi… rukuklah dengan benar disamping

fizikal kita benar-benar rehat. Tulang-tulang kita kembali kepada tempatnya. Darah mengalir ke otak kerana kedudukan otak sama dengan jantung.

 

Pujilah lagi untuk seterusnya hingga 3 kali.

 

12. Bangunlah dengan perlahan, dengan hormat dalam setiap pergerakan solat.

SEDARlah terus bahawa kita sedang bertemu dengan Allah.

TUHAN..bukan bos, bukan menteri, bukan kawan-kawan, bukan mak ayah….

tetapi Allah…. TUHAN yang menjadikan kita dan tempat kita kembali. Allah..

 

Iktidal… diam sebentar (tuqmaninah) lalu nyatakan pada Allah….

 

“Ya Allah, untukMu segala pujian ya Allah.”

 

Andai semuanya milik Allah segala pujian, adakah pujian milik kita?

siapa kita yang sering ingin dipuji?

Siapa kita yang sering kecewa ketika orang lain tidak memuji kita?

Siapa kita?…. Astaghfirullah.

 

13. Sujud….. Diamlah sebentar.

Sedarlah ketika sujud ini, jasad ini kembali kepada asalnya yakni tanah.

Kita tidak ada apa-apanya lagi.

Segala pujian adalah milik Allah. Kita ini tiada apa-apanya.

Kita mengharapkan redha Allah semata-mata.

 

Sujudlah…

sedarlah Allah…

lalu pujilah Allah….

 

“Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Tinggi ya Allah”

 

Diamlah sebentar untuk pujian kedua dan ketiga agar benar-benar pujian

itu dari hati kita dalam kesedaran padaNya.

 

14. Kemudian duduklah dengan penuh tunduk dan mengharap padaNya.

Mohonlah satu persatu. Bukan membaca dengan laju…. tetapi mohonlah… mohonlah. Diri kita sangat memerlukan kasih sayang daripadaNya.

 

“Ya Allah, ampunilah aku ya Allah”

 

“Ya Allah, rahmatilah aku ya Allah”

 

“Ya Allah, cukupkanlah segala keperluanku ya Allah”

 

“Ya Allah, angkatlah darjatku ya Allah” (angkat darjat bukan naik jawatan, jadi kaya raya, jadi terkenal, sentiasa dipuji. Bukan..bukan.

Angkat darjat adalah agar Allah melindungi maruah kita.

Tidak mengaibkan kita. Andai Allah mengaibkan segala kejahatan dan kemaksiatan kita….

Allahurabbi… tidak tertahan untuk mampu terus hidup).

 

“Ya Allah, Murahkan rezekiku ya Allah”

 

“Ya Allah, bukakan pintu hatiku untuk hidayah/petunjukMu ya Allah”

 

“Ya Allah, sihatkanlah aku ya Allah”

 

“Ya Allah, maafkanlah aku ya Allah.”

 

Andai ini dibaca dengan baik, Allahhurabbi…sujud seterusnya pasti akan

lebih berserah kita padaNya.

 

****

Jika ini dapat didirikan dengan baik, nikmatilah sendiri keindahan solat.

Betapa nikmatnya solat dan nikmatnya solat kita tidak pernah sama sejak kita mendirikannya dulu hingga sekarang.

Bahkan nikmat solat ini semakin meningkat dari satu waktu ke waktu yang lain.

Dulu saya tertanya-tanya bagaimana mereka yang dekat dengan Allah sentiasa menunggu-nunggu waktu solat.

Allahurabbi…. ketika menikmati nikmatnya solat… barulah kita faham mengapa solat itu sering ditunggu-tunggu.

Rindu!

Ya Allah,
Hebatnya Kuasa Mu.
Dalam masa yang singkat
Kau gantikan rasa cinta
Kau gantikan rasa sayang
Kau gantikan rasa rindu
Semuanya untuk dia tunangku.

Ya Allah,
Tidak terhitung nikmatMu padaku.
Aku bersyukur, Alhamdulillah.
Pencarian rusuk kiriku berakhir.

Ya Allah,
Hati aku berbunga bahagia.
Ada nama dia terselit rapi.
Alhamdulillah. 
Dia yang aku dambakan.
Lelaki yang beriman yang dapat
Membimbing ku menuju SyurgaMu.

Ya Allah,
Aku memohon pada Mu,
Permudahkan urusan perkahwinan kami.
Cukupkan keperluan kami.
Berkati majlis dan perkahwinan kami.
Satukan kami di dunia hingga syurgaMu.

Ya Allah,
Kekalkan rasa bahagia ini,
Andai nanti dilanda badai perkahwinan,
Kau lindungi ikatan kami.
Perliharalah hubungan kami
Dan kurniakan buat kami zuriat yang soleh dan solehah.
Aamin, Aamin Ya Rabbal Alaaminnn.