Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

jom follow . . .

Wednesday, December 27, 2017

:: Selepas 3 Tahun Berlalu ::

Selepas tiga bertahun berlalu dan sekarang 27 December 2017 aku masih disini. Tiba tiba terdetik hati untuk menaip di blog yang dah lama aku tinggal kan. Ye sangat sangat lama. Kehidupan semakin mencabar namun aku masih sama. Tiada yang berubah. Dunia terlalu pantas untuk aku ceritakan ke semua yang berlaku sepanjang 3 tahun berlalu.

Berumur 30 tahun ni dah sudah mempunyai 2 cahaya mata. Alhamdulillah. Masih bertahan dan masih terus setia dengan sang suami yang tak henti memberi yang terbaik untuk kami sekeluarga. Syukur. Syukur.

Dalam sedar tak sedar, minggu depan yakni 2 Januari 2018 anak pertama atau anak sulung ku bakal memasuki alam persekolahan sebenar. Allahuakbar. Sungguh masa terlalu pantas untuk aku kenang saat saat aku menanti dia ada dalam rahim ku. Dan sekarang, dia membesar di depan mata yang mana aku sendiri rasa adakalah aku belum jadi ibu yang sempurna.

2017 tahun yang sangat mencabar, tahun jatuh bangun aku dengan suami. Tapi alhamdulillah, rezeki itu sentiasa ada walau adakala terasa sempit nya hidup ini. Kalau nak diceritakan jatuh bangun seseorang memang tak akan pernah habis. Biarlah semua menjadi kenangan, pengajaran dan pedoman diri masing masing. Yang penting masih bertahan.

Moga tahun 2018 terus memberi sinar kejayaan, sinar baru, sinar harapan. Moga pengalaman yang lampau tidak akan berulang dan terjadi. Susah kita tak siapa yang tahu dan tak mau ambil peduli. Jadi moga senang kita biar senang sendiri. Jumpa lagi .....

Saturday, June 14, 2014

:: Alhamdulillah ... ::

Image

Alhamdulillah. Syukur.

Diberi peluang merasai nikmatnya untuk kali kedua.

Doakan semua nya berjalan dgn lancar hingga tiba 

masanya.

Doa kalian amat saya hargai. Terima kasih.

Aaminn.

Thursday, May 8, 2014

:: Kuatkah anda? ::

 
Image

Tuesday, February 4, 2014

:: LIFE 2-0-1-4 ::

Image


My LIFE ...

Alhamdulillah

Syukur

Di permudahkan oleh NYA untuk mencapai cita-cita...

DIA Maha Mendengar dan Maha Mengetahui

Again!

ALHAMDULILLAH!!!


-TiCeR tAsYa-

Thursday, September 5, 2013

Sempurna (✿◠‿◠)

Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan selalu memujamu

Di setiap langkahku ku kan
selalu memikirkan dirimu
Tak bisa ku bayangkan
Hidupku tanpa cintamu

Janganlah kau tinggalkan diriku
tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidup ku lengkapi diriku oh sayang engkau begitu sempurna .. 

Sempurna (✿◠‿◠)


Image

:: Throwback! Besar lah nak! ::

Image


#throwback aQiL 2 months. **macam Mickey Mouse.

Ibu rindu saat ni. Sekarang dah pandai mcm2. 

Bila tanya mana adik? Dia akan tunjuk gambar masa dia baby. 

Semua baby itu lah adik. 

Bila panggil ibu "buuuuuu" Besar suara dia..

Bila tak mau " Aa mawww"

Bila nak basuh be-yak. Siap salam cium satu isi rumah sebelum ke toilet. -_-'

Bila orang bagi salam, dia jawab " Haaa".. >_<

Besar lah nak, jadi manusia. Jadi yang berguna. 

Biarlah orang kata cara ibu dan daddy agak kasar dan garang tapi itu cara kami mendidikmu. Supaya menjadi manusia yang mengenang budi, mengenang jasa.

Saat paling indah bila kau sedang bermain dan tetiba datang berlari dan terus memeluk erat ibu. Sangat touching okeh!

Ingat nak, besar lah menjadi abang yang sentiasa menjaga adik-adikmu. Menjaga keselamatan dan maruah keluarga. Ibu sayang kamu!

**Tacing aku memalam gini. Ntah kenapa,mengapa. Tetiba plak dikala time-time gini teringin nak makan popia goreng pedas. Fuhh. Okbai!

Tuesday, September 3, 2013

: Jangan Kita Mudah Lupa! ::

Kadang² kita lupa yang setiap ujian yang datang adalah sesuatu yang akan membuatkan kita sentiasa beringat, bersyukur dan lebih mendekatkan diri padaNya.

Allah maha mengetahui. 

Setiap dugaan itu didatangkan mengikut kemampuan kita. 

Sabar. Usaha. Doa. 

Setiap yang berlaku, hikmah akan menyusul selepasnya. 

In Shaa Allah ...

Image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...