Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

jom follow . . .

Wednesday, December 27, 2017

:: Selepas 3 Tahun Berlalu ::

Selepas tiga bertahun berlalu dan sekarang 27 December 2017 aku masih disini. Tiba tiba terdetik hati untuk menaip di blog yang dah lama aku tinggal kan. Ye sangat sangat lama. Kehidupan semakin mencabar namun aku masih sama. Tiada yang berubah. Dunia terlalu pantas untuk aku ceritakan ke semua yang berlaku sepanjang 3 tahun berlalu.

Berumur 30 tahun ni dah sudah mempunyai 2 cahaya mata. Alhamdulillah. Masih bertahan dan masih terus setia dengan sang suami yang tak henti memberi yang terbaik untuk kami sekeluarga. Syukur. Syukur.

Dalam sedar tak sedar, minggu depan yakni 2 Januari 2018 anak pertama atau anak sulung ku bakal memasuki alam persekolahan sebenar. Allahuakbar. Sungguh masa terlalu pantas untuk aku kenang saat saat aku menanti dia ada dalam rahim ku. Dan sekarang, dia membesar di depan mata yang mana aku sendiri rasa adakalah aku belum jadi ibu yang sempurna.

2017 tahun yang sangat mencabar, tahun jatuh bangun aku dengan suami. Tapi alhamdulillah, rezeki itu sentiasa ada walau adakala terasa sempit nya hidup ini. Kalau nak diceritakan jatuh bangun seseorang memang tak akan pernah habis. Biarlah semua menjadi kenangan, pengajaran dan pedoman diri masing masing. Yang penting masih bertahan.

Moga tahun 2018 terus memberi sinar kejayaan, sinar baru, sinar harapan. Moga pengalaman yang lampau tidak akan berulang dan terjadi. Susah kita tak siapa yang tahu dan tak mau ambil peduli. Jadi moga senang kita biar senang sendiri. Jumpa lagi .....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...