Kalau dulu huruf L seperti gambar di atas adalah langkah pertama bagi orang yang nak ambik lesen motor, tak ramai yang tampal kat motor masing-masing kerana takut jatuh standard, takut orang kata baru lesen L. Jadi huruf L seperti di atas jarang-jarang dapat dilihat ditampal pada kenderaan. Kalaupun dilekatkan juga hanya bersifat sementara sebelum dapat lesen penuh atau lesen besar kata orang kelantan.
Oleh kerana kemalangan jalanraya semakin meningkat, timbul cadangan untuk mempekenalkan tempoh percubaan bagi pemandu yang baru dapat lesen. Maka lahirlah satu huruf baru yang wajib dilekatkan pada kenderaan bagi pemandu baru dapat lesen bagi tempoh dua tahun. Huruf tersebut ialah huruf P mewakili ‘percubaan’.
Jadi banyaklah dapat dilihat kenderaan yang ada huruf P sebab jangkamasa perlu dilekatkan nya agak lama. Daripada kena test lesen banyak kali baik tampal lah,bukannya menghalang pemanduan pun.
Tapi senario dua huruf tersebut tidaklah sampai ke tahap yang boleh dipanggil perang huruf sebagaimana tajuk entri ini. Alkisah bermulanya perang huruf di Kelantan ini dapat dilihat bila sekumpulan pemuda menubuhkan satu NGO untuk menuntut royalti petroleum daripada petronas kepada Kelantan mengikut perjanjian yang telah tersedia di merterai lama dahulu. Oleh kerana royalti tidak diberi dengan sepatutnya tetapi ditukar dengan nama wang ehsan, maka wujudlah gerakan tuntut royalti yang berlambangkan huruf R mewakili perkataan royalti. Bukan bermotif politik tetapi menyokong usaha kerajaan negeri menuntut royalti sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian.
Banyak dapat dilihat pada kenderaan samada kecil atau besar dilekatkan logo ini sebagai tanda sokongan kepada usaha menuntut hak yang sepatutnya. Semoga usaha ini berterusan dan mencapai kejayaan InshaAllah. Malah bukan setakat kereta motor, rumah pun ada R…
Dok tak dok tiba-tiba muncul pulak satu geng yang menggunakan teknik huruf untuk menarik perhatian. tetapi geng ini bermotifkan politik kerana motifnya ialah untuk menukar kerajaan Kelantan sekarang dibawah pimpinan Pas kepada kerajaan baru. Mereka menubuhkan geng Tukar yang meniru huruf P sebagai logo tetapi ditukar dengan huruf T. Stiker T ini beri percuma untuk dilekatkan pada kenderaan. Huruf T berlatarbelakangkan peta negeri Kelantan berwarna merah. Kadangkala ada perkataan tukar kadangkala tiada, sekadar huruf T saja.
Oleh kerana tujuan kumpulan ini untuk tukar kerajaan Kelantan, ada yang tidak setuju dan berharap kerajaan Kelantan yang ada sekarang akan terus kekal memerintah. Maka di letakkan pula huruf K mewakili makna KEKAL berlatarbelakang hijau.
Maka situasi ini menampakkan seperti perang huruf sedang berlaku di Kelantan terutama menjelang PRU ke 13. Satu suasana yang menarik untuk diperhatikan selagi ianya sekadar perang huruf sahaja tidak memabawa kepada kemudharatan secara fizikal. Selepas ini apa lagi logo huruf yang akan muncul…sama-sama kita nanti dan saksikan!




Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya”. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; Al baqarah 2 : 128
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. Al Furqan 25 ayat 74
Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu. Al anbiya 21 : 79
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. ayat 22
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.
Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. ayat 24









