Pages

Thursday, 1 January 2015

Saturday, 21 September 2013

Other Victim

http://truthcryandlies.com/2011/11/21/you-are-going-down/

Aku dengar dia sekarang jadi lecturer dekat tutttttt

Nampaknya, student-student dia pula jadi mangsa.

Tsk tsk tsk...

Saturday, 15 December 2012

5 Stars Designer

1, 2, 3,4, 5 ok complete... tapi...

Image
(pic credit to Media Semasa)

mana si TAIK bintang tu?
Owh dah kena banned rupanya.
:P

Wednesday, 18 July 2012

How To Get Your Money Back

Kalau kalian terkena lagi, buat apa yang aku sarankan.

JUMPA PARENTS DIA TERUS!

Kalau dapat main tribunal, lagi bagus! (but please makesure you have complete proof)

Wednesday, 25 January 2012

Refund Email from NERD- Part 2

Image


Aku tak letak harapan apa pun masa nak mintak refund dengan pembelit ni sebab aku dah kena dulu so takat email macam dah kebal dah (but still his reply memang tak boleh blah la. Masih lagi nak bongkak)

Since kes aku pun dah basi aku harap sangatlah ada dua tiga orang yang keras sikit luar sana fight betul-betul dengan mamat ni bagi dia sedar.

Tuesday, 17 January 2012

Refund Email from NERD

Image
Tak boleh blah punya tajuk email :D


His latest reply:


"Boleh jelaskan sama ada baju pengapit itu siap tapi tak cantik (in your opinion) atau pun baju tak siap?"


Haih, baju dah hancur rosak dia boleh tanya lagi? Siap mintak opinion tu! 

Siapa mangsa kat sini yang dah dapat refund from him atau dia ni (sama macam kes SMS aku mintak refund dulu) berlakon je lebih. Tanya macam-macam soalan tapi refundnya tidak?

Aku pun dah menyampah malas.

Wednesday, 4 January 2012

Nik Erwan Roseli

Warning : SUPER LONG ENTRY!

After a year keeping this story (walaupun ada my friend yang dah published entry pasal dia on my behalf) today, I feel compelled to write about my own experience ditipu si NERD. Mind you, it s been a year ok and the main reason aku nak kongsi cerita ini ialah I don't want the same thing happened to other bride to be out there. Horror ok. HORROR! It doesn't matter baju kahwin ke baju pengapit ke, but bottom line is we all have been cheated on by him!

GENTLE REMINDER:

1) Entry ini bukan bermaksud nak tutup periuk nasi dia ye and like I mentioned before, I don't want the same thing happened to other B2Bs. After you finished reading this entry,  korang boleh fikir and nilai sendiri. If you still want to proceed, then go ahead but don't tell me that you have not been warned!

2) Ada comment dari seorang mangsa ini, SEJIBIK SEJIBUN kronologinya jadi dekat aku. (So fikirlah baik-baik, if most of the stories almost 88% similar to what had happened to other victims, korang still nak hire dia juga?) Aku setuju bila ada orang nak tulis kat BeautifulNaralah, create I HATE NIK ERWAN ROSELI pagelah supaya semua yang nak tempah baju dengan dia berwaspada dulu especially kalau korang bukan celebrity. Eh cop, ada kategori mangsa anak datuk ke? :P

3) Adalah few comments aku baca "hentam" mangsa-mangsa ini balik sebab tak buat research. Dude! Tak buat research ko cakap? Masalahnya time tu bila google nama dia tak ada lagi kes tipu menipu. Cuba korang google balik nama NIK ERWAN ROSELI sekarang, tengok search result.

Image

Ini baru taip "Nik Erwa" dah keluar "penipu" dengan "teruk". In  a few months time keluar keyword apa pulak ye?

4) Kawan aku Huda pula komen dekat blog Renee:

 " nik kata whatever happened its between dia dengan customer tu, and god as well, so i rasa his ex customer semua ada baca kan komen i ni, boleh la call nik kalau ada apa-apa yang tak puas hati lagi, jangan simpan-simpan dah, mmg majlis dah lepas but u can work something else maybe, settle dengan dia sendiri, not through third party. yang berpuas hati dengan servis nik, dia mintak u guys share ur joy kalau tak menyusahkan."

Oh, pandai pula 'between you and god" . Puan Huda, I've been calling (and chasing) him directly for almost a year tapi ibarat mencurah air ke daun keladi. A YEAR man! Pandai pula puas hati suruh share, yang buruk tahu pula takut,tak nak share. People out there are not stupidlah.

Ini pula link dari blog yang cerita pasal kes NERD:


1) http://anaille.blogspot.com/2010/06/designer-bad-experience.html

Ini blog pertama yang aku jumpa pasal NERD. Punyalah frust, aku upload gambar baju yang rosak dekat FB then barulah ada kawan-kawan bagi link blog annaille and komen dah banyak sebenarnya baju dia rosakkan. Apa punya oranglah boleh 'ter'jual baju kat orang lain. Ridiculous!

2) http://reneemeowwedding.blogspot.com/2011/11/please-do-not-hire-this-designer.html

When  Anna mentioned (Anna was my sister's MUA) NERD did the same thing again to other bride, I could not stand it anymore! Parah ni, makin dibiar makin menjadi and I got to do something. Masa inilah si Renee shared the link dekat comment status FB Anna. Mak aihhh tu dia rupanya ramai lagi mangsa and from Renee's blog, I got another two links below. Kat sinilah si NERD responsed dengan memohon maaf, mahu refund duit mangsa serta mengharapkan peluang kedua but his maaf was false people because he did it again!). Dia copy paste,tukar date and post dekat blog Annaille sekali script yang sama. Pandai berlakonlah mamat ni.

3) http://truthcryandlies.com/2011/11/21/you-are-going-down/

4) http://www.jumiesamsudin.com/2011/12/designer-tempatan-yang-katanya-bertaraf.html

5) http://singkongdankeju.blogspot.com/2012/05/nik-erwan-roseli-penipu.html

Baca blog Jumie baru aku dapat tangkap bila Anna mentioned joke pasal "baju  pelampung biru". So this is one of his most talk wedding dress yang dah hancur tu eh? Ya Allah! Mengucap panjang aku tengok! Manalah tak meroyan pengantin!

Sebelum kita masuk cerita aku kena tipu, aku nak share pengajaran yang dapat dari insiden kena tipu ni. Yelah hentam-hentam juga, lesson learned for me tapi salah tetap salah ye dik!

1) Always ask for receipt

Even though I didn't get the receipt  from NERD, I still keep the payment receipt I've made through M2U.

2) Simpan semua bukti

I still keep all sms from him, dari mula deal sampai aksi KL Drift kejar mengejar minta duit. One more thing, bila aku sms minta refund, semuanya pakai bahasa elok. Tak ada mencarut. Zero! Dengan harapan dia akan refund duit aku tapi tak jalan juga!

3) Kalau nak hire mana-mana designer, cari buruk dia dulu. Google,cari daam forum and ask around. So far aku dengar Hatta Dolmat pun pernah buat palat juga tapi Rizman Ruzaini clean.

4) Kalau korang nak sangat hire si NERD, apa kata bagi kain murah-murah dulu. At least tak sakit hati bila baju dah rosak :P

5) Ramai orang suruh report kat tribunal pengguna. Masa tu aku tak tau  pula ramai dah kena but one thing for sure, tribunal pengguna boleh tahan juga syarat dan masa yang diambil to solve one particular case. In my case, NERD hanya refund RM50 saja so aku macam boleh bersabar lagi tapi sekarang dah drag sampai setahun. Nak report pun case dah basi BUT I always believe in the power of virtual communication and social networking. Yang penting. nak alert pada B2B di luar sana. This is your wedding! Once in a life time and kalau akulah kan, boleh lagi terima kecacatan dan ketidaksempurnaan (tu dia bahasa!)  lain dalam sesuatu wedding (macam projector rosak ke,ayam masak merah basi ke)but not a wedding dress! Think logic people, kalau buat baju pengantin mesti ada fitting session dulu kan? Unless memang baju dah cantik lawa semua tapi on the wedding day itself, baju tak muat sebab korang yang buruk lantak. Hah, yang itu is totally your fault then :P.

6) Case si NERD  buat aku terfikir, kalau aku kahwin, mesti ada backup plan for every single preparation in the wedding (walaupun baju pengantin jaranglah orang nak buat backup)

7) Second chance? Sorry dude, you don't deserve it sebab kau buat lagi benda yang sama lepas minta maaf :)  Penagih dadah  keluar pusat serenti pun  insaf bang!:)


Image
Picture credit to Google

I present to you, The Famous 5 Taik Bintang Star Designer~ Nik Erwan Roseli. Tak payah tulis "Designer N", "Designer E", terus full name aku letak and tak payahlah nak hitam-hitam mata sebab hati dia yang jelas hitam tipu duit orang terpancar di sinar mata hahahahaha.

This is the chronology of my story. It happened last year (2010) sebelum wedding adik aku masa Raya Haji. Eh, aku lupa dah 2012, kira dua tahun aku peram story :P

1) Kawan aku yang nak try tempah baju dengan dia (sebab Jezzmine Zaidan yang introduced him to my friend) memandangkan aku jadi pengapit adik aku, aku  pun join sekali nak try tempah dengan dia. Kain aku panjang 6 meter, kain sari from India (yang aku simpan 5 tahun semata-mata nak cari designer/tailor yang bagus) dan ada simple beading pemberian mak aku. Simple and sweet in fact aku pernah plan nak buat baju kahwin pakai kain tu kalau dah sampai seru :P.

2) We met him at his house in Shah Alam( tak boleh lambat yewww kalau lambat sikit I cancel sebab I ada plan lain. I ada show dekat Pavillion tawww!). My first impression, aku tak tahu kenapa masa itu instinct aku dah rasa tak best but I ignored it. Tak nak percaya sebab yelah dia kan designer and had won numerous awards. Konon-konon tak naklah buruk sangka tapi aku silap, sebenarnya gerak hati kita walaupun kecil tapi nak bagitahu sesuatu. Ini yang aku menyesal, rupanya instinct awal dah tahu baju ini akan rosak. (nasib baik B2B lain dah dapat gerak hati sama bila tak hantar semua baju dekat dia)

3) NERD is not a friendly person (in my eyes). Tengok gambar senyum kerang busuk melebar semacam tapi bila aku cakap dengan dia, eye contact banyak lari. Tak banyak cakap. Dalam blog Renee ada orang comment "kalau kain murah budget murah, dapatlah Perodua Viva something like that".(why I have this feeling yang comment ni is NERD himself? sebab dia pakai Viva colour hitam. Plate number dia pun aku simpan. Jangan main main, I kan peminat setia abang NERD!) Wah wah wah! Meh sini aku cerita sikit, kain aku  bukan kain murah and low quality ye TAPI tang budget tu, aku ingat lagi banyak soalan aku tembak dia including budget. Aku tanya dia, boleh buat ke baju yang budget rendah tapi outcome yang elok (aku bukan bodoh dude, kalau bajet rendah jangan expect baju vavavom!) dia cakap boleh, tapi ikut budgetlah, terutamanya dari segi material baju. Ini basic yang semua tailor/designer and customer tahu, kalau budget murah kenalah pakai kain yang biasa (biasa bukan murah tahap low quality), design pun sederhana, manik pun manja-manja. The reason I agreed was my material had simple beadings and tak perlu add on. Aku hanya minta dia jahit simple caftan dress tapi mamat ni pun pi la lukih tu lukih ni nak kasi baju vavavoom lagi. I was like "ermm ok lah tapi yang ni tak lebih my budget kan?" and his answer was same "boleh". Lagipun, aku ingat dah alang alang hantar designer kan, biarlah ada his touch sikit.

4) Di sinilah cerita palat Nik Erwan Roseli bermula and sebijik macam korang kena. He smsed me every single day to ask for deposit. Kalau tak bayar deposit tak nak potong kain! Ya Allah until to that extent! I did not pay the deposit on the day I met him because I didn't have enough cash and I already promised him to pay later. My mistake, I paid in full amount RM300. Ingat ye kawan-kawan, next time jangan bayar full amount tak kisahlah designer siapa sekalipun!

5) Again, cerita yang sama juga macam one of the reader kena. Few weeks after that dia minta lagi duit sebab nak beli kain buat lining. "Kena pakai kain mahal yeww sebab nanti baju tak cantik" In total my budget has exceeded, dah jadi RM400. Aku tanya dia pakai kain apa? Kalau kain murah sikit tak ada ke sebab dah over budget ni .Dia cakap boleh tapi pakai kain gojet. Aku yang buta kain ni tanyalah makcik aku yang jahit baju juga (tapi tak attend mana-mana course menjahit ye, ni jahit orang kampung tapi tip top quality) dia cakap "kain gojet tu orang buat jahit tudung nak"

So aku bayar juga another RM50 sebab, apa perasaan you olls kalau kain yang dah lama you olsss simpan (cantik pulak tu) nak pakai hari besar tiba-tiba akan jadi tak cantik (according to himlah) sebab guna kain murah? Mestilah nak tak nak terpaksa juga bayar kan?

6) Dan episod kejar mengejar pun bermula. Wedding dah dekat baju tak dapat-dapat. Fitting session pun tak ada. At last, he agreed to send the baju to me (dekat gas station nearby my house) itu pun lewat ok! Janji  pukul berapa sampai pukul 12 tengah malam aku menunggu.

7) The moment he gave me the dress, aku terdiam. TOTALLY DIFFERENT FROM WHAT HE SKETCHED BEFORE and bila aku tanya asal lain? Dia jawab "I nak buat kelainan". Kelainan tanpa inform kat aku dulu! Kalau cantik tak apalah tapi ni buruk nak mampos! Terus aku tak jadi bayar the remaining RM50.

Balik rumah, aku tunjuk baju kat mak and makcik aku yang pandai jahit tu. Semua orang mengucap panjang. Aku rasalah kan, baju pelampung biru kat lengan tu maybe boleh pakai lagi kalau kalau cabut pelampung (aku cakap je tau sebab aku tengok dari blog je. Jangan marah ye puan empunya baju) but mine was horror!

Image


1) Kain ketat, zip memang dah rosak
2) Bekas-bekas kapur masih ada
3) Jahit tak kemas
4) Baju aku jadi dua pieces and top dia macam style caftan blouse tapi 'wave' caftan yang lengan tu dah rupa sugar glider.
5) Hasil jahitan dia macam cut and paste punya kerja.
6) Kain aku 6 meter dan selalunya kalau buat baju pakai kain sari, mesti ada balance dua meter tapi ini bukan duit aku dengan kain-kain sekali dia telan!
7) Simply put, overall baju dia memang buruk la!

Korang tau mak aku panggil baju tu apa "baju gundik maharaja cina dulu-dulu". Aku tengok pun aku boleh tangkap tang mana nampak macam gundik. Aku tanya makcik aku, "is there anything we can do to fix this? maybe alter sikit ke?" tapi makcik aku cakap memang tak boleh buat apa dah MK. Tak boleh diselamatkan.

The same night,  I smsed him, bagitahu segala apa yang aku tak puas hati. Dia minta maaf lah tu la ni lah janji nak refund lah. Jenuh aku kejar itu pun dia refund RM50 saja. Part tu buat aku macam boleh sabar sikit and bagi masa lagi.

Sampailah bila dia senyap balik, aku sms suruh bayar. Yang panas tu, dia ni bukan bagi excuse tak ada duit ke apa, tapi dia janji nak bayar. Next week la malam ni la tapi tak bayar-bayar juga.

Sampailah ke hari ini :) and when Anna told me recently yang this fella buat lagi palat kat orang lain terus aku bengang. Aku boleh rasa sakit orang yang kena tu. WEDDING DRESS ok! Baru aku tahu ramai dah terkena, yang dua tiga pagi tunggu depan rumah, yang came all the way from Penang , yang bawak mak pak mai rumah jumpa parents, (kalau dah melibatkan parents, malu tau. Si NERD ni memang stok tak tahu malu ke?) yang lagi 3 jam nak kahwin dok kalut cari baju kasut pengantin. TAPI yang paling menyakitkan hatilah kan, bila dia dah beria-ia minta maaf tapi buat lagi! Dia buat lagi!

Seriously people, give me one good reason why he deserves the second chance? Baru saja komen terbuka minta maaf, pandai pula main-main nama Allah tapi kau buat juga!

Aku email dia pasal refund (beriya-iya mentioned kat blog sanggup refund) but I doubt he s going to pay it because up until today, he still hasn't replied my email. Elok dia komen minta maaf, keluar kes baru yang dia buat balik masalah yang sama. Aku bukan apa, RM300 dan kain itu ada nilai bagi aku. Kain tu aku sayang sangat, 5 tahun aku simpan beb!Further more, RM300 tu adik ipar aku yang bayar sebab patutnya dia nak bagi kain hantaran untuk langkah bendul but I told him tak payahlah beli kain baru but pay for my tailoring instead. Kira burn la RM300 dia tu. No sentimental value. Kalau aku ada anak, bolehlah cerita "hantaran langkah bendol Mama dulu dapat baju gundik Cina!".

On the same night NERD delivered my baju, petang tu juga I got a  parcel and it was my kurung moden yang tempah dengan mak Big in Sarawak. Mak Big pun sama macam makcik aku, a self taught tailor yang baju kurung dia, memang sedap pakai and terbaik! Bukan nak bodek ke apa tapi aku memang cerewet kalau bab kurung moden. Sampai sekarang aku sanggup hantar terus Sarawak and I am willing to wait. Upah jahit RM30 saja. So bila aku tengok baju kurung tu and pakai, I felt like crying and called him immediately. I told him everything and I know if I give that kain to his mom, dia boleh jahit tapi dia tak ada mesin jahit yg special untuk jahit material macam itu.

Aku ada juga called Jezzmine Zaidan but she did not answer my call. Who knows she can help. Itu yang aku pelik bila ada orang yang kena kes yang baju collabration with Jezmine through OBB sebab aku ingatkan, mestilah dia nak jaga nama baik kawan dia kan? Kena jugak!

The next day I took emergency leave sebab nak cari baju lain. Bought a nice caftan from Qamilla at SACC Shah Alam. Baju tu memang dah lama aku berkenan masa survey bulan puasa but the price  for me was a bit pricey. Bila jadi macam ni, terus aku rembat without having a second thought sebab puas hati. Tak beza banyak pun dengan harga baju yang dah dimusnahkan NERD  but much much better. Sampai dengan SA Qamilla aku mengadu nasib baju pengapit dah hancur. The second baju I got was from Mimpi Kita, also about the same price. Kadang-kadang aku fikir balik, better beli baju ready made kat boutique lagi puas hati.

Actually benda-benda ni buat aku terfikir pasal perangai manusia. Aku pernah sembang dengan akak aku, bukan pasal kes NERD tapi kes di mana ada juga manusia di muka bumi ini, yang dah sampai tahap dia tak kisah ambil duit haram orang. Sebab akak aku pun pernah kena juga orang ambil duit dia and dah berapa kali minta pun  tak bagi. So these kind of people make me think, diaorang ni tak berpegang pada value hidup ke? Mcm dah tak takut  ambil duit orang tak fikir haram semua , dah masuk tahap "aku tak halalkan duit aku yang kau amik jawablah kat akhirat" pun still buat tak heran.

Apa pun, I choose to forgive but not forget .Second chance? No way jose! I still want my money back.

Itulah pengalaman aku dengan NERD. Indah kan :)

P/S 1: Aku bagi izin awal-awal untuk kongsi ;)
P/S 2 : Ayat -ayat seperti you olls, yeww, tawww, jeww bukan aku reka untuk memponenkan Nik Erwan Roseli tapi memang dia sms aku pakai ayat macam itu especially masa sibuk minta masukkan duit.