Ibumu tetap yang Utama

Adam…
Untuk merasai persis perasaan ibu,
Pasti takkan ku mampu kerana dia seorang ibu,
Sedangkan aku belum merasainya.

Adam…
Andai kau fikir isteri dan anak,
Adalah amanah buatmu.
Maka kau juga harus ingat,
Ibu mu juga adalah tanggungjawab,
Selagi hayat mu.

Lupakah kau amanat junjungan?
“Siapa yang perlu kau taat selepas Allah dan rasul?”

Baginda menjawab,
“ibumu” “selepas itu?” “ibumu” “selepas itu?” “ibumu”

Sedang nabi memuliakan ibu,
Siapakah kau untuk abaikan dia begitu?

Adam…
Tahukah engkau,
Ibu mu tetap yang utama,
Meskipun kau sudah beristeri tiga.

Ibu mu bukanlah sangkar lebah,
Habis kau tagih madunya seusia kecilmu,
Dan sisanya kau buang entah ke mana.

Adam…
Ibu mu adalah insan mulia,
Yang membawamu bersamanya 9 bulan,
Yang bertarung nyawa melahirkanmu.

Dia yang mendengar esak tangismu,
Dialah yang mengajarmu erti hidup,
Apakah tuba hadiah bermakna?

Adam…
Jangan benarkan.
Kisah al-qamah berulang,
Sayangilah ibu mu,
Kasihilah ibu mu,
Kerana di situ letaknya syurga mu,
Bukan di bawah telapak kaki isteri mu.

Adam…
Maafkan aku terkasar bahasa,
Mungkin aku terlalu emosi,
Kerana aku juga anak ibu,
Dan ku tak mahu ibu derita lagi.

Bukan niatku mengajar yang kau sendiri tahu,
Cuma fikirku kau mungkin lupa,
Tentang apa yang sepatutnya kau lakukan.

credit to : iluvislam.com

Oh Tuhan…

Tuhan,
bagi aku kekuatan itu…
kekuatan untuk terus thabit atas jalan ini…
jalan yang telah aku yakini kini…
aku mahu cinta..
aku mahu cinta..
aku mahu cinta…..
aku mahu cinta atas jalan ini…
cinta yang memperkuatkn lg tali itu…
tali jalan ini…
yang bisa kukuh dan tetap sampai bila-bila…
ameeen…

Hadiah istimewa buatku…

Hikmah dari ujian:

1)Dah xrase ape2 dgn perkara sebelum yg mustahil dapat atasi=) Alhamdulillah. Segala puji bagi Dia.

2)Mungkinlah mcm kebal dgn situasi yg same. Tak teruk sgt dah. Dapat menerima dengan seredhanya. InsyaAllah. Semoga hati ini terus tetap dengan takdir yang telah tersurat walaupun tak pernah tahu pun apa yang tersirat =)

3)Dan…ini yang paling best! =) Dan sebenarnya, pertahankanlah sesuatu yang sudah yakin! Tiada yang dapat memberi yang terbaik melainkan Dia walau sehebat mana pun makhluk itu. Percaya dengan janjiNya! Pasti tiada pernah resah. Rasa tenang je. Bukanlah masa untuk kita mengeluh, bukanlah waktu untuk asyik mengadu. Jangan berpaling haluan, kearah matlamat yang telah kita sasarkan. Masih banyak yang belum kita terokai. Di depan pasti bahagia menanti=)

Hidup mesti selalu ceria, bahagia dan senyum selalu. Hak pada kebahagiaan mesti dicari dan dirai. Lalui ujian pun dengan ceria, bahagia dan senyum selalu. Pasti tiada waktu untuk kita bazirkan pada sesuatu yang tidak pasti. Mungkin hari ini kita meniti duka. Esok harap menjadi milik kita semula. Tulisan ini hanya luahan hati. Bukan aku menagih belas simpati. Biar apapun didepan menanti. Sabar menerima ketentuan Ilahi. Kesilapan silam jadikanlah landasan. Hidup bukan seindah diimpikan. Terus melangkah jangan menoleh lagi. Segala diimpikan menjadi pasti.

Cubalah engkau terus mencuba…
Lupakan segala luka lara…
Usah putus asa…
$egala dugaan menimpa…
Pastikan nanti ada hikmahnya…
Usah putus asa…

Semuanya milik yang Esa. Tiada apa yang perlu kita tangisi kan? Sebab bukan milik kita pun. Redha dan pasrah adalah tanda kita gembira dengan apa yang telah diberikan pada kita.

=)

Wallahu’alam. Jom rai hidup dengan redha dan pasrah selalu. Dan selalu cuba yang terbaik dan terus terbaik segala mampu. Bahagia senantiasa pasti menanti!

Kini ku Sendiri…

Nasihatmu madu penyembuh luka
Pabila bersamamu hilang dukaku
Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi disisiku
Belaianmu kini masih terasa
Restu darimu membawa ku ke syurga

*Semoga diri ini terus diberi kekuatan menjalani ujian-ujian ini*

Ameen.

Bukan mengharamkan cinta…

Salam ‘Alayk. Bismillah.

Ada orang yang dah berhenti bercouple. Saya, secara peribadi mengucapkan tahniah. Bukan mudah hendak mengikut arahan Allah SWT dengan mengenepikan kehendak nafsu diri. Saya, amat respect dengan orang yang berjaya ini.

Saya ketahui, masa-masa indah semasa bercouple pastinya membaluti hari-hari selepas meninggalkannya. Dulu bergayut-gayut dekat telefon, sekarang dah tak. Dulu keluar makan tengok wayang sesama, sekarang dah tak. Dulu sms-sms, sekarang dah tak. Jadi, mesti rasa ada kekurangan.

Artikel ini, saya tulis khas untuk anda yang telah berjaya meninggalkan couple, tetapi terbalut dengan 1001 perasaan yang mungkin membuatkan anda ingin kembali kepada perbuatan itu.

Bukan mengharamkan cinta

Persoalan-persoalan yang mencucuk mereka yang meninggalkan couple, mereka akan mengingat bahawa mereka ini mengharamkan cinta mereka. Ya, cinta mereka suci, ikhlas.

Di sini, ketahuilah bahawa, kita tidak mengharamkan cinta. Tidak salah menyukai lelaki atau perempuan. Cuma di sini, kita mahu jalan yang Allah redha. Bukannya kita break up. Kalau suka, betul-betul cinta, teruskan. Cuma teruskan di atas jalan yang Allah redha.

Sebenarnya, kalau betul-betul suka, cakap suka. Pergi confess pada mak ayahnya. Yang perempuan, minta lelakinya bergerak cepat sikit, bagitahu mak ayah. Tunang dulu ke kalau rasa lambat lagi nak kahwin. Tunjukkan keseriusan anda.

Selepas tu, nak dating, sila la dating dengan keluarga. Bukan tak boleh. Keluarga lelaki, keluarga perempuan, pergi keluar makan sama-sama. Kalau rindu, pergi ziarah rumah. Cakap kat keluarga perempuan, kata nak datang. Yang perempuan, kalau rindu sangat, cucuk-cucuk la mak ayah suruh ziarah.

Tak ada masalah. Cinta bukan diharamkan. Teruskan. Sila teruskan. Cuma sekarang ni, kita nak cinta kita diredhai Allah. Kalau nak Allah redha, takkan kita nak calarkan cinta kita dengan perkara yang Allah murka? Islam ada bagi cara, kita guna cara yang Islam bagi.

Rindu sangat

Ini satu lagi fenomena biasa terjadi. Ya la, dulu hari-hari jumpa, ada event apa-apa mesti bersama. Mesti la ada memori-memori indah.

Rindu ni lumrah orang berjauhan la. Lagi rindu, lagi bertambah sayang. Tahan sikit je kalau serius nak kahwin. Dan macam saya cakap tadi, bukan tak boleh jumpa langsung. Ajak la keluarga ziarah ke, ajak keluarga keluar makan ke, atur la elok-elok. Bukan haram jumpa langsung.

“Rindu sangat ni, rindu sangat sampai nak jumpa dua-dua”

Aha… Best perasaan ni. Apa kata, kita tahan rindu kita dua tiga tahun, kemudian duduk la dua-dua sampai mati. Ah.. bukan sampai mati, maaf, sampai ke syurga, selama-lamanya. Ya la, bila kita bangunkan cinta kita atas apa yang Allah redha, pastinya kita akan mendorong diri kita dan pasangan kita ke syurga-Nya.

Susah-susah sangat, kahwin. Buat apa la tunggu lama-lama, main rindu-rindu jauh ni.

Kalau ada kekangan untuk berkahwin, sabar. Cuba selesaikan apa yang mengekang anda dari berkahwin itu. Sementara itu aturlah cara yang syara’ untuk berjumpa.

Tak ada masalah.

Ingat Allah

Ada orang, dia meluat kalau kita pesan kat dia supaya dia ingat Allah SWT.

Tapi saya nak kata apa? Kalau kita tinggalkan couple kerana Allah, nak dapat redha Allah, maka bila kita rasa nak kembali kepada couple, kita kena ingat Allah SWT yang menjadi matlamat kita meninggalkan couple tadi.

Allah ni, tak ada la zalim. Kita ni je yang zalim diri kita. Allah, Dia nak bagi kita sama-sama dengan pasangan kita sampai ke syurga, selama-lamanya bersama. Tapi, kita tak sabar, kita zalim pada diri kita, lantas kita dengan pasangan kita,paling lama pun sampai mati, kemudian di akhirat, terpisah-pisah. Apa best?

Allah halang kita dari dekati zina, bukan suka-suka. Kita dah nampak hari ini, lambakan anak luar nikah. Kita nak ke macam itu?

“Kami couple je bang, mana ada apa-apa”

Ya. Hari ini. Semalam. Esok siapa tahu? Kalau melintas jalan pun kena tengok kiri kanan takut dilanggar, berhati-hati, lagi la dalam hal masa hadapan dan kekeluargaan. Kena perhatikan semua benda. Tak kesian ke dengan baby? Ni bercinta betul ke, main-main?

Kena serius la

Nak istiqomah tinggal couple ni, selain melihat kembali niat kita, kita kena serius la tinggal tu. Nak serius tinggal, kita kena ada beberapa perkara lagi kita kena serius:

1. Serius nak dapat redha Allah.
2. Serius nak bercinta dengan betul.
3. Serius nak bina masa hadapan dengan baik.
4. Serius jaga maruah dan harga diri.
5. Serius segala perkara.

Saya rasa, kalau kita mendalami 1-5 ni, kita akan istiqomah untuk tidak bercouple, dan meninggalkan couple. Kalau serius la. Kalau tak serius, memang la kita nak buat.

Ya la, kalau serius nak dapat redha Allah, kenapa buat benda yang Allah tak suka?

Kalau serius nak cinta betul-betul, kenapa memurahkan cinta kita?

Kalau serius nak membina masa hadapan dengan baik, kenapa tak boleh berdisiplin dan bertahan sedikit?

Kalau serius nak menjaga maruah dan harga diri, kenapa kita pula macam promosi diri kita agar maruah dan harga diri kita tercalar?

Kalau lah kita ini serius dalam semua perkara, kita betul-betul nak hidup dengan baik, kenapa kita dedahkan diri kita dari kehancuran?

Jangan tunggu kita dah tersilap, baru kita nak cakap: “Aiseh, dulu ada dah orang tegur aku, kenapa aku tak dengar?”

Yang dah tinggal couple tu, tak payah kembali la. Fikir-fikir balik, anda sudah berjaya, kenapa anda hendak menggagalkan diri anda semula?

Kalau betul kita serius, kita akan usaha. Tak ada bagi alasan-alasan. Sebab itu, yang saya cakap dalam Bukan Mengharamkan Cinta, Rindu Sangat, dan Ingat Allah itu, hanya yang betul-betul serius sahaja yang boleh buat. Yang main-main, bye-bye la.

Penutup: Teruskan kejayaan anda

Bagi yang tak bercouple, atau dah tinggal couple, teruskan kejayaan anda. Bagi yang masih bercouple, tak mengapa, perlahan-lahan usaha tinggal. Jangan risau. Saya tidak menyisihkan anda. Cuma saya mengingatkan sahaja. Kita ni manusia, mana tahu apa nak jadi pada kita. Sebab itu orang pandai kata: Mencegah lebih baik dari mengubati. Cegah, penyakit tu tak kena pada kita. Mengubati, penyakit tu dah kena pada kita. Ada bezanya ya.

Fikir-fikir la. Couple ni asasnya apa? Cinta? Ya ke cinta? Ke lebih kepada seronok-seronok nak happy-happykan diri sendiri sahaja?

Bukan la tak couple maksudnya tak cinta. Cinta anda, tidak gagal dengan tidak bercouple.

Jangan susah hati. Kata nak redha Allah. Tahu tak bahawa, cinta tu, Allah yang cipta?

Aha…

Teruskan kejayaan anda. Kejar redha Allah dalam semua lapangan. Belajar, kerja, hatta cinta.

Kita nak, cinta kita ini pun Allah kira.

Wallahu’alam.Moga Bermanfaat.

Note : Credit to http://ms.langitilahi.com

Jalan ke Abadi itu Susah

Salam ‘alayk. Bismillah.

Perjalanan ke syurga dilingkungi dengan duri dan onak. Manakala jalan ke neraka dikelilingi dengan keinginan syahwat. Demikian ditegaskan oleh Nabi Muhammad saw. mengenai dua jalan yang ditempuhi oleh manusia.

Syurga ialah tempat kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yang dikurniakan kepada hamba-hamba Allah yang beramal soleh. Neraka pula tempat azab keseksaan disediakan untuk mereka yang beramal tholeh (kejahatan).

Untuk melayakkan diri ke syurga, seseorang itu mestilah menempuh banyak ujian seperti melaksanakan suruhan Allah dan rasul serta menjauhi laranganNya. Kesemua ini memerlukan semangat dan kekuatan yang bermula dari keimanan kepada Allah. Sudah tentu untuk mengerjakan solat, puasa, haji dan amal kebajikan lain amat payah kecuali bagi mereka yang beriman. Sebab itulah Nabi mengatakan jalan ke syurga penuh dengan kesusahan.

Bukan mudah untuk masuk ke syurga. Kita kena bermujahadah atau berjuang melawan nafsu untuk melakukan kebaikan. Syaitan dan nafsu memang menyuruh kita berbuat kejahatan dan tidak menggalakkan kita melakukan kebajikan. Jika kita turutkan kehendak syaitan sudah tentu kita tidak mampu melakukan sebarang kebajikan.

Sebaliknya jalan ke neraka amat mudah kerana dikelilingi dengan kehendak syahwat. Semua manusia memang cenderung mengikut kehendak nafsu dan syahwat. Syaitan pula sentiasa mendorong manusia mengikut hawa nafsu. Amat mudah melakukan kejahatan.

Nah, di depan kita terbentang dua jalan. Terpulang kepada kita jalan mana untuk diikuti. Tepuk dada dan tanyakan iman – bukan tanya selera yang memang suka kepada nafsu.

Betapa tak susah masuk syurga? Dalam satu keterangan dinyatakan:

Orang jahil semuanya binasa kecuali yang berilmu.
Orang berilmu semuanya binasa kecuali yang beramal.
Orang beramal semuanya binasa kecuali yang ikhlas.
Untuk mencapai darjah keikhlasan perlu banyak berjuang.
Ibarat mendaki bukit yang tinggi, hanya orang yang lasak saja berjaya sampai ke mercu.

Kebahagiaan di dunia belum menjadi pasport untuk ke syurga. Malahan adalah menjadi kesalahan jika kekayaan yang didapati tidak diperolehi dan dibelanjakan secara Islamik.

Semua manusia inginkan hidup senang. Kesenangan di dunia hanya sementara manakala kesenangan akhirat kekal abadi. Orang yang bijak sudah tentu memilih kesenangan yang hakiki bukan yang bersifat sementara. Hanya orang yang cetek akal saja memilih kesenangan dunia dan mengenepikan kesenangan akhirat.

Syaitan selalu membisikkan kepada kita tentang amal kita yang banyak walaupun baru sikit benar. Kita gembira apabila dipuji manusia. Timbul rasa ujub dan riak yang memusnahkan pahala. Kita tak perasan kita sebenarnya berdosa sebaliknya menyangka kita masih beramal soleh. Kita mesti mengawas dari serangan penyakit batin seperti ria, ujub, bongkak, sombong, dengki yang kesemuanya merosakkan amalan. Di sini peranan ilmu tasauf yang perlu kita pelajari dan dalami.

Perlu kita ketahui sebelum kita melakukan sebarang ketaatan, Allah sudah terlebih dulu mendahului dan mengingati kita. Kalau Allah tak gerakkan kita untuk beramal, kita tak akan beramal. Ini maknanya Allah mendahului kita. Jangan sangka kita yang beramal, sebenarnya Allah menggerakkan kita beramal. Jadi soal pahala tak timbul. Sepatutnya kita bersyukur kerana Allah gerakkan kita beramal.

Bagaimana kita mahu mendabik dada tentang amalan kita? Saidina Ali yang sudah dijamin masuk syurga pun mengeluh kerana bimbang kurang amalan sedangkan perjalanan ke syurga amat jauh. Saidina Ali memang terkenal dengan zuhud dan banyaknya melakukan amal ibadat. Bagaimana dengan diri kita? Saidina Ali Menggigil mengenangkan bekalan yang sikit untuk perjalanan ke akhirat yang jauh.

Kesimpulannya kita terpaksa mengharung kesusahan mencari ilmu akhirat serta mengamalkannya. Kesusahan dalam hal akhirat adalah rahmat. Dengan kesusahan ini Allah mengampun dan meninggikan darjat kita. Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan hanya di akhirat. Seseorang tidak diberi pahala jika tidak bersusah-payah menempuh dugaan dan cabaran.

Ingat sekali lagi pesanan Nabi saw “Jalan ke Syurga dikelilingi dengan kepayahan. Jalan ke Neraka pula dikelilingi dengan nafsu dan syahwat.” Oleh itu, utamakanlah kepayahan kerana itu jalan ke syurga. Jauhilah kesenangan berbentuk nafsu syahwat kerana itu jalan ke neraka.

Wallahu ‘Alam. Semoga bermanfaat 🙂

Surat dari Sang suami

Image

Bismillah.

Kepada Calon Istriku…

Assalammu’alaikum Wbt

Apa kabar calon istriku? Hope u well and do take care… Allah selalu bersama kita!

Calon Istriku…

Masihkah menungguku.. .? Hmm… menunggu, menanti atau whateverlah yang sejenis dengan itu kata orang membosankan. Benarkah?! Menunggu… hanya sedikit orang yang menganggapnya sebagai hal yang “istimewa”. Dan bagiku, menunggu adalah hal istimewa. Karena banyak manfaat yang bisa dikerjakan dan yang diperoleh dari menunggu. Membaca, menulis, diskusi ringan, atau hal lain yang bermanfaat.

Menunggu bisa juga dimanfaatkan untuk mengagungkan- Nya, melihat fenomena kehidupan di sekitar tempat menunggu, atau sekadar merenungi kembali hal yang telah terlewati. Eits, bukan berarti melamun sampai angong alias ngayal dengan pikiran kosong. Karena itu justru berbahaya, bisa mengundang makhluk dari “dunia lain” masuk ke jiwa.

Banyak hal lain yang bisa kau lakukan saat menunggu. Percayalah bahwa tak selamanya sendiri itu perih.

Bahwa di masa penantian, kita sebenarnya bisa lebih produktif. Mumpung waktu kita masih banyak luang. Belum tersita dengan kehidupan rumah tangga. Jadi waktu kita untuk mencerahkan ummat lebih banyak. Karena permasalahan ummat saat ini pun makin banyak.

Karenanya wahai bidadari dunia…

Maklumilah bila sampai saat ini aku belum datang. Bukan ku tak ingin, bukan ku tak mau, bukan ku menunda. Tapi persoalan yang mendera bangsa ini kian banyak dan kian rumit. Belum lagi satu per satu kasus korupsi tingkat tinggi yang membuktikan bahwa negeri ini ‘Krisis Akhlak’.

Ditambah lagi bencana demi bencana yang melanda negeri ini. Meski saat ini hidup untuk diri sendiri pun rasanya masih sulit. Namun seperti seorang ustadz pernah mengatakan bahwa hidup untuk orang lain adalah sebuah kemuliaan. Memberi di saat kita sedang sangat kesusahan adalah pemberian terbaik. Bahwa kita belumlah hidup jika kita hanya hidup untuk diri sendiri.

Calon Istriku…

Percayalah padaku aku pun rindu akan hadirmu. Aku akan datang, tapi mungkin tidak sekarang. Karena jalan ini masih panjang. Banyak hal yang menghadang. Hatiku pun melagu dalam nada angan. Seolah sedetik tiada tersisakan. Resah hati tak mampu kuhindarkan. Tentang sekelebat bayang, tentang sepenggal masa depan. Karang asaku tiada ‘ kan terkikis dari panjang jalan perjuangan hanya karena sebuah kegelisahan. Lebih baik mempersiapkan diri sebelum mengambil keputusan. Keputusan besar untuk datang kepadamu.

Calon Istriku…

Jangan menangis, jangan bersedih, hapus keraguan di dalam hatimu. Percayalah padaNYA, Yang Maha Pemberi Cinta, bahwa ini hanya likuan hidup yang pasti berakhir. Yakinlah “saat itu” pasti ‘ kan tiba.

Tak usah kau risau karena makin memudarnya kecantikanmu. Karena kecantikan hati dan iman yang dicari. Tak usah kau resah karena makin hilangnya aura keindahan luarmu. Karena aura keimananlah yang utama. Itulah auramu yang memancarkan cahaya syurga. Merasuk dan menembus relung jiwa.

Wahai perhiasan terindah…

Hidupmu jangan kau pertaruhkan. Hanya karena kau lelah menunggu. Apalagi hanya demi sebuah pernikahan. Karena pernikahan tak dibangun dalam sesaat, tapi ia bisa hancur dalam sedetik. Seperti Kota Iraq yang dibangun berpuluh tahun, tapi bisa hancur dalam waktu sekian hari.

Jangan pernah merasa, hidup ini tak adil. Kita tak akan pernah bisa mendapatkan semua yang kita inginkan dalam hidup. Pasrahkan inginmu sedalam kalbu pada tahajjud malammu. Bariskan harapmu sepenuh rindumu pada istikharah di shalat malammu. Pulanglah padaNYA, ke dalam pelukanNYA. Jika memang kau tak sempat bertemu diriku, sungguh itu karena dirimu begitu mulia, begitu suci. Dan kau terpilih menjadi ainul mardhiyah di jannahNYA.

Calon Istriku…

Skenario Allah adalah skenario terbaik. Dan itu pula yang telah Ia skenariokan untuk kita. Karena Ia sedang mempersiapkan kita untuk lebih matang merenda hari esok seperti yang kita harapkan nantinya. Untuk membangun kembali peradaban ideal seperti cita kita.

Calon istriku…

Ku tahu kau merinduiku, bersabarlah saat indah ‘ kan menjelang jua. Saat kita akan disatukan dalam ikatan indah pernikahan. Apa kabarkah kau di sana ? Lelahkah kau menungguku berkelana, lelahkah menungguku kau di sana ? Bisa bertahankah kau di sana ? tetap bertahanlah kau di sana . Aku akan segera datang, sambutlah dengan senyum manismu. Bila waktu itu telah tiba, kenakanlah mahkota itu, kenakanlah gaun indah itu. Masih banyak yang harus kucari, ‘tuk bahagiakan hidup kita nanti…

Calon istriku…

Malam ini terasa panjang dengan air mata yang mengalir. Hatiku terasa kelu dengan derita yang mendera, kutahan derita malam ini sambil menghitung bintang. Cinta membuat hati terasa terpotong-potong. Jika di sana ada bintang yang menghilang, mataku berpendar mencari bintang yang datang. Bila memang kau pilihkan aku tunggu sampai aku datang.

Ku awali hariku dengan tasbih, tahmid dan shalawat. Dan mendo’akanmu agar kau selalu sehat, bahagia, dan mendapat yang terbaik dari-Nya. Aku tak pernah berharap kau ‘ kan merindukan keberadaanku yang menyedihkan ini. Hanya dengan rasa rinduku padamu, kupertahankan hidup. Maka hanya dengan mengikuti jejak-jejak hatimu, ada arti kutelusuri hidup ini. Mungkin kau tak pernah sadar betapa mudahnya kau ‘tuk dikagumi. Akulah orang yang ‘ kan selalu mengagumi, mengawasimu, menjagamu dan mencintaimu.

Calon Istriku…

Saat ini ku hanya bisa mengagumimu, hanya bisa merindukanmu. Dan tetaplah berharap, terus berharap. Berharap aku ‘ kan segera datang. Jangan pernah berhenti berharap. Karena harapan-harapanlah yang membuat kita tetap hidup.

Bila kau jadi istriku kelak, jangan pernah berhenti memilikiku dan mencintaiku hingga ujung waktu. Tunjukkan padaku kau ‘ kan selalu mencintaiku. Hanya engkau yang aku harap. Telah lama kuharap hadirmu di sini. Meski sulit harus kudapatkan. Jika tidak kudapat di dunia, ‘ kan kukejar sang ainul mardhiyah yang menanti di syurga.

Ku akui cintaku tak hanya hinggap di satu tempat, aku takut mungkin diriku terlalu liar bagimu. Namun sejujurnya, semua itu hanyalah persinggahan egoku, pelarian perasaanku dan sikapmu telah meluluhkan jiwaku. Waktu pun terus berlalu dan aku kian mengerti apa yang akan ku hadapi dan apa yang harus kucari dalam hidup.

Kurangkai sebuah tulisan sederhana ini untuk dirimu yang selalu bijaksana. Aku goreskan syair sederhana ini, untuk dirimu yang selalu mempesona. Memahamiku dan mencintaiku apa adanya. Semoga Allah kekalkan nikmat ini bagiku. Semoga…

Kau terindah di antara bunga yang pernah aku miliki dahulu
Kau teranggun di antara dewi yang pernah aku temui dahulu
Kau berikan tanda penuh arti yang tak bisa aku mengerti
Kau bentangkan jalan penuh duri yang tak bisa aku lewati
Begitu indah kau tercipta bagi Adam
Begitu anggun kau terlahir sebagai Hawa
Kau terindah yang pernah kukagumi meski tak bisa aku miliki
Kau teranggun yang pernah kutemui meski tak bisa aku miliki
(Dewi Khayalan – Daun Band)

Ya Allah… ringankanlah, kerinduan yang mendera. Kupanjatkan sepotong doa setiap waktu, karena keinginan yang menyeruak di dalam diriku.

Ya Allah… ampuni segala kesilafan hamba yang hina ini ringankan langkah kami. Beri kami kekuatan dan kemampuan tuk melengkapkan setengah dien ini, mengikuti sunnah RasulMu jangan biarkan hati-hati kami terus berkelana tak perpenghujung yang hanya sia-sia dengan waktu dan kesempatan yang telah Engkau berikan.

Wassalamu’alaikum.

Penuh Cinta Selalu Untuk Selamanya, Tulus ikhlas dari suamimu 🙂

Note: Credit to kajianpranikah.blogspot.com

Jikalau itu hamba…

Jika diberi peluang menjadi burung, hamba ingin sekali terbang tinggi jauh, sejauh-jauh yang boleh dari semua rintangan merbahaya yang bisa menghalang hamba dari kebahagiaan itu…

Hamba juga berhak untuk mengecapi itu.

Lepaskan hamba…biarkanlah diri hamba bebas untuk mencari kebahagiaan itu.

Jika diberi peluang menjadi kapas, oh ringankanlah diri hamba dari semua masalah-masalah ini..seperti seringan kapas itu..

Oh..bahagianya!

Hidayah melalui ujian?

Salam alayk! 🙂

Bismilah. Wasyukrulilah. Walhamdulillah. Hanya Dia Tuhan layak disembah. Allahuakbar!

Bagaimana hati hari ini? Sudah cukup ‘bersih’? Tidak mengapa. Selagi masa masih ada, nyawa dikandung tubuh anda, jangan berputus asa mencari rahmat Allah. Rahmat Allah kan luas! Allah itu baik. Dia sentiasa memberi peluang pada kita. Pengampunan Dia lebih besar dari kemurkaanNya. Jadi? Terpulang pada kita sebenarnya untuk merebut peluang itu atau tidak kan? 🙂

Tahukah anda apa itu hidayah?

Hidayah adalah antara salah satu rahmat Allah. Dia berhak memberi ‘itu’ kepada sesiapa yang dikehendakinya. Tidak kiralah dia kulit hitam ke, badan besar ke, bangsa apa-apa pun atau dari mana asal dia. Hidayah ini adalah juga salah satu nikmat ter’besar’ sebenarnya. Tidak percaya?

Nikmat iman dan islam adalah nikmat terbesar dalam hidup seseorang muslim itu. Kerana dengan islam lah kita dimuliakan Allah. Kita bukan siapa-siapa kalau kita tidak beriman pada ALLAH. Bayangkanlah, kita nie umpama zarah jika dibandingkan dengan alam cakerawala ciptaan ALLAH yang maha hebat dan luas ini. Cuba anda bayangkan. Anda dengan pokok, sudah tentu pokok lagi besar. Pokok dengan gunung, gunung lagi besar. Gunung dengan awan, awan lagi tinggi. Awan dengan matahati, matahati lagi besar dan jauh. Kemudian, matahari adalah pusat dengan 9 lagi planet yang lain. Dan matahari adalah salah satu bintang dari banyak-banyak bintang yang ada dalam bima sakti ini. Dalam jutaan galaksi yang ada, bima sakti antara salah satunya. Bayangkan sahabat-sahabat sekalian! Betapa kecil, kerdilnya kita jika dibandingkan dengan makhluk-makhluk Allah yang hebat ini bukan? Jadi, kita siapa kalau bukan kerana ISLAM bukan? Bersyukurlah anda kerana anda menjadi pilihan Allah untuk memegang nikmat ini. Kalau kita bukan pemegang nikmat ini, kita umpama sampah dunia! Macam mayat hidup mungkin. Yerla, hidup kita hanya sia-sia. Kalau buat baik pun tetap masuk neraka. Rugi bukan? Melainkan jika kita sempat mengucap 2 kalimah syahadah. Dan, sememangnya, hidayah itu sangat penting.

Dan sudah tentu Islam amat berkait rapat dengan iman. Takkan kita nak islam pada nama sahaja? Praktikal entah kemana. Sama sahajalah macam orang yang tidak berugama. Jadi, iman perlu seiring sekali! Syarat menjadi muslim sebenar. Iman ni perlu dipupuk, dibelai dan diberi makan. Kalau makan kita kena jaga, samalah halnya dengan iman. Betul tak? Iman ni kalau nak dibelai, senang je, ikutlah apa yang ALLAH suruh! Sepertimana yang ada dalam Al-qur’an dan sepertimana yang Rasulullah ajarkan. Mudah bukan? Jadinya, kalau Allah suruh kerjakan solat tu, buat ajalah. Pahala kita juga yang dapat. Dan iman pun boleh meningkat. Kan apa yang ALLAH suruh tidak sia-sia bukan? Fikir-fikirkanlah. Lihatlah dengan mata hati hikmahnya 🙂

Panjang pulak jadinya jika kita nak bincang bualkan perihal iman dan islam ini. Ia terlalu mendalam maksudnya. InsyaALLAH, hamba cuba mencari masa untuk meng-update selalu pasal iman dan islam jika tiada kekangan masa nanti.

Berbalik pada tajuk asal pula :). Percaya tak hidayah ni datang dengan banyak cara sebenarnya. Salah satunya adalah melalui ujian.

Ujian hidup?Hmmm… Tipulah kalau kita tidak pernah melalui ujian bukan? Nama pun manusia. Selagi masih hidup, ujian pasti ada!

Ada orang, bila dah muflis dalam perniagaan,hilang semangat. Hilang kekuatan, rasa macam nak bunuh diri. Menyalahkan Tuhan , kenapa itu dan inilah. Kenapalah datang pada dia? Tidak kepada orang lain? Ada orang bila gagal dalam peperiksaan, rasa macam dunia nak kiamat dah. Rasa berputus yang teramat sangat. Rasa marah itu, rase kesal ini lah. Macam-macam. Lain pula halnya dengan orang yang putus cinta. Rasa macam dah hilang segala-galanya.  Cinta sejati konon, last-last kena tinggal pulak. Lain kali jangan masuk jerat sendiri. Mengada cari pasal, pandai-pandailah terima akibatnya. Alamak! Apa nak jadi entah. Ada orang bila dah takde duit, mulalah cari jalan mudah. Minta dekat along. Alahai! Bila hutang dah keliling pinggang, anak bini pula jadi gadaian. Astaghfirullah. Dunia sekarang ni, sahlah tidak selamat lagi. Apabila si ayah tegar melakukan perbuatan sedemikian rupa. Macam-macam bukan? Ujian..ujian…impak betul nampak..

Jadinya? Solutionnya? Tanganilah ujian itu dengan bijak…. 🙂

Bagaimana?

Pertama, kembali muhasabah diri anda. Mungkin ada silap salah yang kita tidak sedar mungkin. Kembali tanyakan pada diri anda? Kenapa jadi begini? Kenapa muflis? Mungkin jika anda kaya, anda lebih sibukkan diri anda sehingga terleka kepada ibadah anda. Tidak ada masa bersama keluarga tercinta mungkin. Kenapa gagal dalam peperiksaan? Mungkin jika anda lulus, anda akan terleka dengan asyiknya sehingga datang ‘next’ exam, anda malas untuk mengulangkaji pelajaran tersebut kerana merasakan diri anda sudah hebat menguasainya. Alahai… Kenapa putus cinta? Mungkin jika anda terus dalam percintaan ‘palsu’ itu, anda akan leka dengan angan-angan kosong yang melampau. Contohnya, bila solat pun teringat kepada si ‘buaya’. Mandi tak basah. Makan tak kenyang. Tidur tak lena. Mungkin juga anda akan mengabaikan kawan-kawan anda yang berada disekeliling anda sebab terlalu asyik berbuai mimpi ‘konon’ indah dengan si buaya mungkin. Apa-apalah!

Kedua, bila dah sehabis mungkin muhasabah diri anda, cuba cari jalan penyelesaian terbaik untuk diri anda! Ambil semua ujian itu sebagai hikmah@hidayah dari Allah. Terimalah seadanya. Ujian itu datang untuk mematangkan kita. Untuk sedarkan kita dari terus terleka dengan ‘nikmat’ yang ditarik itu. Mungkin, jika tiada  ujian, kita tidak sekuat seperti sekarang. Percaya tak? Cuba anda lihat pada ‘baby’ yang pandai berjalan. Tidak mungkin dia pandai berjalan, jika tidak belajar merangkak terlebih dahulu. Dan tidak mungkin dia pandai merangkak, jika tidak belajar itu dan ini. Kan?

Sebenarnya, itulah sunnatullah. Manusia akan menjadi lebih kuat menghadapi ujian mendatang apabila dia berjaya mengharungi ujian sebelumnya. Walhal, orang yang berjaya itu adalah kerana dia pernah gagal sebelumnya. Mungkin, kita akan dapat sesuatu yang lebih baik pada masa mendatang, pada sesuatu yang ‘mungkin’ nampak baik pada kita padahal ia ‘buruk’ pada kita sebelumnya. Percayalah. Semua ujian itu ada hikmahnya 🙂 . Ada hidayah yang mungkin ingin Allah tunjuk. Jika hikmahnya tidak nampak sekarang, mungkin pada masa akan datang. Allah maha mengetahui tentang semua yang tidak kita ketahui. Yakinlah kepada Dia. Jangan mudah menyesali, ambil ia sebagai satu kekuatan.

Jika manusia meninggalkan kita, Allah sentiasa ada dengan kita, bersama kita setiap masa. Mungkin dengan ujian itu, anda menjadi lebih rapat dengan Dia. Dia mencintai sesiapa yang mencintai DIA. Carilah cinta Dia, dikala manusia tidak mempedulikan anda. Itu lebih baik! Carilah redha Dia, bukan redha manusia. Carilah pandangan Dia, bukan pandangan manusia. Biar Allah tahu siapa kita dikala manusia tidak tahu siapa anda. Itu lebih baik! Adakah manusia tahu hati anda? Tidak bukan? Hanya Allah yang tahu keadaan hati anda. Cubalah mencari kehidupan ini sebaik mungkin supaya nanti bila kita dihadap dihadapanNya, kita ada hadiah teristimewa untuk Dia. Hikmah itu dapat melalui ujian bukan? Untungnya kita 🙂 .Alhamdullilah…

Say welcome to test! Yeah! 🙂

Bismillah. Allah berfirman : “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji???” (al-Ankabutt : 2)

Lets.Open.Our.Eyes

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way….(Allah)
Guide us every single day…(Allah)
Keep us close to you
Until the end of time…

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way….(Allah)
Guide us every single day…(Allah)
Keep us close to you
Until the end of time…

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life….

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way….(Allah)
Guide us every single day…(Allah)
Keep us close to you
Until the end of time…

Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way….(Allah)
Guide us every single day…(Allah)
Keep us close to you
Until the end of time…

Allah…
You created everything
We belong to You
Ya Rabb we raise our hands
Forever we thank You…
Alhamdulillah..~


Renungan.Hati

"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.- Cecil B. DeMille"

Free.Palestine

FREE PALESTINE

Mata.Mata

  • 1,364 hits

Archives


Design a site like this with WordPress.com
Get started