14 Ogos 2015

Kembali menulis

Dulu blog ni hak milik aku sorang. Kisah hanya tentang aku. Ya, aku yang kuat merapu dan entah apa-apa. Dulu bujang, sekarang dah bini orang.

Kehidupan lepas berkahwin dan ada anak sungguh sungguuh best. Serius. Ada anak memang best. 100% mentaliti aku yg dulu berubah yg merasakan betapa lecehnya anak kecil, musnahlah masa tidurku, kucar kacir la hidupku bergelumang najis kuningnya eeew dan bermacam lagi.
Sungguh anak kecil ni memenatkan. Dah berapa biji mangkuk dia pecahkan. Botol susu pun dia pecahkan. Kuali di ruang tamu perkara biasa kot. Ya Allah. Rumah memang teruk. Dia tak boleh tengok rumah dalam keadaan kemas, nanti mesti dia rajin nak 'mengemas'. Sangat rajin okkk!! Anak kau hado?? Anak kau pun sama jugak kan. Anak kecil ni memang rajin orangnya. Tapiiii aku tak marah, aku tak mengamuk. Hanya mampu tersengih. Biar ja la dia nak meneroka.....

23 September 2014

Dulu single, kini triple

Assalamualaikum..
Fuh. Dah bersawang nampaknya ya. Ada lagi tak yang masih ingat blog kecil ini?
Tiba-tiba teringat zaman aktif berblogging dulu, selalu join contest, give away dan sebagainya. Seronok.
Niat di hati, nak aktif berblogging semula. Kalau berkesempatanlah. Almaklumlah, dulu jaga diri sendiri saja. Sekarang, dah ada tanggungjawab baru. Yuhuuuuu......

30 Ogos 2013

Sebenarnya saya isteri dia. Ewah. JOM BERJIMAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Berhabuk bersawang blog ni.
Kesian.

12 Ogos 2013 tarikh dimana impian tercapai. Alhamdulillah.
Pada tarikh ni aku bergelar isteri kepada seorang lelaki yg aku kenal semasa berumur 18 tahun.
Kenal secara kebetulan, melawat kakak bersalin.

Secara keseluruhan majlis, Alhamdulillah bersyukur.
Majlis berjalan lancar.
Kos murah hasil memang puas hati.

Kad kahwin, aku suka sebab comel.
Harga kad kecik 25 sen dan kad yg panjang (pattern yg sama) 60 sen.
Image


Yg kedua cenderahati/cenderamata, ah sama ja, untuk tetamu.
DIY sendiri. Jimat.
Ada juga yg sedara mara, akak2 sponsor.
Cekelat, bunga telur.
Wah. Syukran2.

Photographer pulak guna perkhidmatan orang dekat sudah.
Penat cari kat google yg mana harga ok, gambar lawa.
Last2 yg ni jugak yg sangat2 ok.
Album tak dapat lagi tp dah usyar hasil2 tangkapannya memang cun,
harga kira murah.
1000++ tu standard la.
Ada terjumpa yg RM 350, 600, 700 tapi gambar? Hampeh.
Tapi masa bertandang sayangnya encik ni meeting dan dia menggantikan dgn kawannya.
Harap2 hasil meletop jugak. Insyaallah.
Image


12 Ogos 2013 pagi akad, terus sanding.
Sewa sepasang cukuplah yg sesuai untuk nikah dan sanding.
Tak terlalu sarat, tak terlalu ringkas.
Baju laki beli sendiri. Sampin dan tenggolok butik bagi pinjam.
Rezeki.
Sewa baju 500. Baju laki beli harga bwh 100.
Jimat. Kalau sewa baju laki RM 300 dh.
Secara keseluruhan, suka gila baju ni sebab ada ketulan2 ros kat bawah.

Pelamin, meja makan beradap, bilik, pink kaler jadi pilihan kalbu.
Bilik diy sendiri ringkas gila, cadar dari Nilai RM 500.
Pelamin (RM450) dan meja makan beradap (RM 350) support bisnez org kampung.
Rata2 org yg mai semua cakap cantik dan murah gila.
Ok. Puas hati sangat.
Mekap sendiri.
Ada yg kata lawa :)  , ada yg kata nampak gelap  :(
yg pasti simple gila sebab kita ni tak pro lagi.
Kot lain jadinya nak over2 sangat.

Image


Image
Bunga yg aku pegang tu beli ros sekuntum RM 2.
Beli 10 kuntum dan akak aku buatkan.
Pergh. Lawanya.. Suka sangat.
Pandai akak aku.
Mmuuaaahh2. 

Majlis bertandang pada 15 Ogos 2013 bertemakan hijau zamrud.
Image
Sewa baju RM500 butik cinta aloq staq.
Lawa dan suka gila, cuma berat sikit dan......
sepanjang majlis pegang kain sebab kain labuh, lepas hujan pulak tu dannnnn...
hm.. manik2 bertaburan.. jatuh.. Maap2. bukan salah sy..

Ha. Mekap ramai puji cantik.
Muka nampak palsu tahap gila la.
Aku suka sangat2 juga.
RM 150. Kira murah dgn hasilnya yg meletop tu.
Image


Last sekali hantaran,
DIY sendiri.
Dulang beli sendiri dgn harga RM 15 satu.
Yang dulang/pinggan/raga/ntah la yg kaler putih tu harga dlm RM 5/6 macam tu la.
Alas beli kain chiffon murah yg semeter RM 4.
Semeter potong 4, jahit tepi, dapat 4 alas dulang.
Image

Image
Hantaran yg bawah yg 2 kosong tu kek dgn pastri dok dlm peti ais tak bawak keluar lg.
Guna sarang burung kaler kuning nak bagi meriah.
Barang2 atas dulang beli masa sales ok untuk penjimatan yg berganda.
Toksah dok membaziaq sangat.
Kalau rasa duit banyak, ok, boleh tempah segalanya.
UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI.
Ok. Dah.

Haa.. tudung nikah beli kain chiffon semeter RM 14, aku beli 1.5 meter sbb nak labuh dan jahit tepi.
Ok. siap.
Kalau rasa veil tu dah sarat, dgn crown lagi, lagi baik pakai tudung kosong.

SELAMAT BERJIMAT DI HARI BAHAGIA.

*cepat2 publish. Sat gi laki balik qeja dia beletiaq tengok dok depan laptop lg. Menaip seringkas boleh. Dengarnya ramai kengkawan bakal berkahwin, mana la tau serba serbi perkongsian ni boleh menyumbang seciput idea.



27 Mac 2013

Ribbon rose

Dulu, pernah cuba buat, tapi tak jadi.
Berpintal tangan nak pusing ribbon nak bagi jadi sekuntum bunga ros.
Kali ni cuba lagi, sekali pusing sekali jahit, jadi ribbon tu tak lari la.
Kalau nak ikut cara akak aku, pusing pusing pusing sampai jadi sekuntum bunga baru ikat.
Susah.. susah...

Inilah hasilnya...

11 Januari 2013

Make Up Class

Ahad lepas aku ada join satu kelas mekap dengan Nurul Nabihan.
Boleh cari kat Facebook.

Mulanya, niat aku sekadar nak tau teknik mekap sbb kahwin nanti boleh mekap sendiri.
Jimat.
Bila fikir balik, ditambah dengan minat, apa salahnya aku dalami bidang ni mana la tau boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan.

Image
Kelas mekap. Yang baju biru tu cikgu mekap... :)

Image
Hasil sentuhan Mayang Sari.. Mata merah...

Image
Cubaan pertama. Kening failed.. Cuba lagi nanti. Ehe...
Banyak lagi kekurangan.
Dengan peralatan yang tak cukup, kemahiran yang masih kurang..
Ditambah dengan kamera henset yang tak seberapa menenggelamkan shading dan blusher. 


05 Januari 2013

Happy Birthday Awatif

Aktiviti hujung minggu, Sabtu,
Seharian kat rumah kakak untuk majlis hari lahir yg ke 3 anak sedara, Nur Awatif.

Image
Birthday Girl buat perangai tak mau potong kek.
Kihkih.

Image

Image

HAPPY BIRTHDAY YG KE 3 AWATIF.
SEMOGA MEMBESAR SEBAGAI SEORANG ANAK YANG SOLEHAH..


* Tengok Awatif mengingatkan aku kejadian 3 tahun lepas masa dia lahir. Tak sangka niat aku melawat kak aku yg baru lahirkan Awatif membawa pertemuan dengan seseorang yang kini jadi tunang aku. 

01 Januari 2013

2013 : Serikan beg lama

Seronok tengok orang sambut tahun baru p tengok bunga api.
Kita pun tergedik la jugak nak ikut serta.
Dah sampai dataran, 'eh, aku kat Malaysia ka luaq negara nie..?'
Ok. Lepas ni tak p dah.
Berasak di tengah ribuan manusia semata-mata nak tengok bunga api?
Kali pertama dan...
terakhir..

Sempena tahun baru ni, saya nak berkongsi cara nak 'baru'kan atau 'seri'kan beg yang dah hilang keserian.
Kalau lama-lama pakai beg yang sama, design, warna yang sama, boring kan?

                                           Image

Beg RM 25. Kosong.
Saya memang suka barang murah, lagipun belum ada pendapatan tetap kan.
Jadi, kena la bijak berbelanja.
Bosan pulak tengok. Walhal, baru guna tak sampai sebulan.
Jadi, saya tambahkan dengan.......

                                 Image

RM 3.90. Murah kan??

Hasilnya....

                                Image

Boleh la. Meriah sikit.. hehe..


*Petua bibir merah susulan daripada entry tips bibir merah menawan :
1. Sapu madu, yang ni petua daripada Areleez
2. Ubat gigi    (ada orang cakap)
3. Butter/Marjerin    (pernah terbaca kat mana ntah)

Selamat mencuba...  :)