CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, October 6, 2012

Subhanallah

Assalamualaikum warga2 blogger, wah mcm dah lama je tak update blog ni. Eh mmg lama la, dah 3 bulan tu, ermm sume gara-gara frustt. Opsss frustt pe lak ni hehe Its okay, hidup mesti diteruskan.

Ermm berbalik pada title di atas sebenarnye aku rase terharu sesangat dan nak berterima kasih pada Yang Maha Esa. Sesungguhnya Allah itu sememangnye Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Dia tak akan beri ujian melampaui kemampuan hambaNya. Cume kesabaran dan doa diperlukan untuk lalui semua ujian tu. Nak dijadikan cerita sebenarnya aku dah lama 'stop' bisnes sejak raya baru-baru ni. Tutup kedai sementara la yer bukan betul2 taw. Semua ni sebab my big Boss a.k.a my sister yang agak busy sehingga tak dapat order stok baru. Boleh kata sebulan jugak la aku kekeringan tak ada duit sampingan. Nak harapkan gaji memang cukup-cukup makan jer. Banyak tanggungan kunun-kununnye.

So, tadi aku pon cubalah buat Fbads untuk mempromosi stok-stok baru dengan harapan bulan ni ada sales masuk setelah sebulan berehat. Banyak kali cuba mencuba tak berjaya, actually kali ni dah masuk 3 kali ak buat tak berjaya. Sedangkan dulu boleh jer. Entah di mana silapnya pon aku tak tahu. Hampir nak 'give up' dah, dan aku cuba tanya kat 'sifu' aku (orang yang ajar aku marketing). Dia pon pelik sebab tak pernah jadi kes macam aku. Sampai dia pon tak tahu macam mana nak tolong, tapi disebabkan dia simpati dia sanggup nak offer buatkan nanti. Tengah-tengah sedih yang hampir-hampir nak nanges tu (gedik sangat kan tu pon nak nanges), tetiba hati jadi sejuk bila dia kata nak tolong buatkan. Dalam masa yang sama, tetiba pulak ada customer nak order produk yang aku jual tu siap borong & terus transfer duit. Ya Allah, syukur sangat. Rezeki di malam-malam hari. Rezeki aku bermakna rezeki buat mak ayah juga. Menakjubkan, Allah itu sangat penyayang dan Maha Mendengar rintihan hamba-hambaNya. Subhanallah. Alhamdulillah. Semoga rezeki yang aku terima ni dapat merealisasi impian mak ayah aku. Ape tu? Rahsia ok hehe. Ok itu je aku nak share ngan you alls. The moral of stories kite jangan cepat mudah berputus asa dan ingatlah Allah tu sentiasa ada masa kita susah dan senang. Janji nak dapatkan sesuatu kene usaha istiqamah, doa dan tawakal. Inshaallah.

Sekian :)

Tuesday, July 17, 2012

Pelamin Anganku Musnah

Ya Allah, berikanlah ku kekuatan dan ketabahan utk ku tempuhi semua ini. Hanya Kau yang Maha Mengetahui dan Memahami. Amat berat utk ku lepaskan orang yang ku sayangi dan kasihi selama ini, namun apa dayaku utk teruskan lagi, segala galanya ku lakukan adalah pengorbanan ku terhadap ibu bapa ku. Berilah petunjuk yang terbaik utk ku Ya Allah. Jika inilah yang terbaik, cekalkanlah hati ku utk ku terima kenyataan ini. 

Wednesday, May 23, 2012

Syukur Ya Allah

Subhanallah..tidak ku duga dengan kurniaanMu Ya Allah. Kau datangkan ujian untuk ku, Kau berikan dugaan padaku, Kau beri kesempitan terhadap hidupku sehingga aku menitiskan air mata. Kadangkala aku berasa begitu lemah dan putus asa dengan apa yang aku ada. Harapan ibu bapa pula menjadikan aku semakin tertekan. Sesungguhnya aku amat menyayangi mereka dan mahu menunaikan segala impian mereka, tetapi apakan daya aku xmampu melakukan semua itu. Aku semakin tertekan dengan keperluan harian yang semakin meningkat, saudara kandung sendiri pula datang meminjam duit, nak beri duit pada ibu bapa lagi dan macam2 lagi aku perlu tanggung. Aku menangis kerana xmampu beri apa yang ibu bapaku inginkan tetapi aku bersyukur mereka sangat-sangat memahami keadaan diri ku. Dengan gaji yang xseberapa, bisnes merudum, kerja baru pon xdapat. Hanya pada MU aku berserah dan berdoa, semakin hari aku mendapat kekuatan dan keyakinan. Aku cuba bangkit, aku berusaha gigih bekerja terutama dalam bisnes. Siang malam aku mencari ilmu untuk mengembangkan bisnes dan aku mengambil risiko dengan melabur beli ebook semata mata untuk mengembangkan bisnes aku. Balik saja kerja aku, laptop menjadi peneman sampai malam. Sampai jam 2 pagi aku buat bisnes apetah lagi hari sabtu dan ahad. Tanpa ku duga, rezeki ku kini semakin bertambah. Tanpa ku sangka aku mendapat panggilan temuduga 3 kali dalam masa serentak, tanpa ku sangka bisnes ku semakin mendapat sambutan dan tanpa ku sangka aku mendapat berita yang amat menggembirakan di pejabat. Ya Allah, aku bersyukur sangat2 dengan pemberian Mu. Sememangnya ujian yang Kau berikan mendatangkan kekuatan padaku sehingga aku bangkit dari kegagalan. Aku sedar tanpa usaha yang gigih aku takkan mencapai kejayaan. Kau berikan ku kesempitan untuk aku belajar erti kesyukuran dan kesabaran. Sekali lagi aku menangis tetapi menangis kerana amat bersyukur dengan rezeki dari Ilahi. Syukur Alhamdulillah...

Thursday, April 26, 2012

Wedding my brother

Yeay alhamdulillah selesai jua majlis kahwin abangku. (Dah 5 hari baru nak update hehe). Segala-galanye berjalan lancar dan tak banyak masalah. Yang best nyer saat2 akhir baru nak buat sireh junjung. Nasib aku boleh gak buat walaupon tak cantek mane pon huhu. Janji ada ok la tu. Semoga perkahwinan abangku ni akan kekal hingga akhir hayat. Amin.

Image
Ni la pelamin tema Coklat Kuning

Image
Hantaran pihak lelaki. Nampak x bunga telur dan sireh junjung tu. Hasil tangan aku ler hehehehe

Image
Alolorrrr budak comel ni lak anak buah aku yg berusia 3 bulan

Sunday, April 15, 2012

Operasi menyimpan duit

2013... menunggu detik itu

Bermula hari ini aku akan cube berusaha sungguh2 utk berjimat dan tidak membazir duit lagi2 biler nampak makanan hehe. So, simpan duit byk2 utk detik indah itu nanti. InshaAllah.

Saturday, April 14, 2012

Nak koje baghuuuuu

Biler melihat kawan2 baik ku skarang, aku mesti rase bangga sebab dorg ader kerja yang bagus. Jeles? Tipulah kalo aku kata tidak jeles. Sebagai manusia aku mesti rase cemburu sebab dorg dapat ape yg dorg idamkan. Tapi itu semua rezeki masing-masing, aku tumpang gembira sebab dorg kawan baik aku dari kecik. Now, aku sedang berusaha bersungguh-sungguh cari kerja lain. Siang malam aku cari kerja yang bersesuaian. Harap-harap aku akan dapat berita baik ni. Jika tidak pon, aku tawakal, janji aku berusaha daripada tak berusaha. 

Sometimes orang akan bercakap "syukur je la apa yang ader". Eh, cari kerja len bererti tak bersyukur ker? Banyak faktor sebenarnye. Aku nak cari kerja len sebab nak cari pengalaman dan pengetahuan baru, aku dah setahun lebih bekerja dan tidak pernah bekerja dengan company len. Mungkin tugas yang ada skarang aku tak dapat laksanakan sebaik mungkin, dan mungkin di company len aku boleh melakukannye. Bak kata abang aku, mungkin skarang kite bukan yang terbaik, tapi di tempat lain kita boleh jadi yang terbaik. Sebab environment boleh mempengaruhi kn. 

Dan tentunye pendapatan yang lebih gak mendorong aku mencari kerja len huhuhu. Bukan kata aku tak bersyukur, tapi aku nak sangat merealisasikan hasrat mak ayah aku yang dari dulu tak tercapai. Masa pengajian dulu aku dah pernah beri harapan, skarang aku nak tunaikan ape yang dorg inginkan. Semoga impian ni tercapai. Apa yang aku nak lakukan skarang ialah DUIT = Doa, Usaha & Ikhtiar, Tawakal.
Amin.


Tuesday, March 27, 2012

Miss Someone

Since last month, asek teringat n terbayang jer kat someone. Rase macam dah rindu sangat dah ni, Sebulan tak jumpe memang rindu lah. Apa yg surprise bler dapat gambar tebaru dia. Wah terujanya, seriously sangat teruja k. Sebabnya banyak dah berubah hanya dalam masa 1 bulan jer tak jumpe. Dulu kulit gelap, skang bekulit putih, dulu halus sesangat, skang tembam dah tapi cute. Rambut cantik, lurus tak perlu rebonding hik3. Tapi hidung tetap maintain 'kombang' hehe. Kombang2 pon syukur dah. Rindu r dia.....

*
*
*
*
Rindu Zara, my lovely niece, 2months old.  

Monday, March 5, 2012

Aku cantik ibarat BULAN?

"Suka tengok muka awak, macam BULAN
Dari jauh cantik macam bulan
Dari DEKAT lagilah cantik macam BULAN"

Dushhh!!!!! Nak kata muka aku banyak parut jerawat la tu, huh...
Tapi tu lah yang aku suka kat dia, SANGAT JUJUR hehehe 

Image

Sunday, February 26, 2012

Aku dah tua??

Aku dah tua?

Tidaakkkkk!!!!!!

Tak tak, aku muda lagi, 25 baru...(nak sedapkan hati)

Let me check first 1 by 1:

Dulu berisi skang kurus sangat

Dulu putih skang gelap

Dulu kulit cantik skang bjerawat n kedut2 halus mula klihatan

Dulu pendek skang pendek gak huk2

Ok, fine...skang aku ngaku aku memang tua 


Saturday, February 11, 2012

Si notty boy....Umar

Si notty boy....Umar

Image
Smile.....

Image
Ensemmmm..

Image
Umar with 'muke cantikk'

Image
Rehat jap dr Maen 'ayi2' (lari2)

Image
Excited maen

Image
Arghhhh stresssssnye

Image
Botol susu lg besar dr tuan badan huhu

Comelkan? tapi notty sesangat..xreti duk diam, berlari jer keje dia....

Tuesday, February 7, 2012

Impian 2012

Dah jadi kebiasaannya setiap orang pasang impian tiap kali menjelang tahun baru, yer kan? Sama la aku sendiri banyak impian yang ingin dilaksanakan pada tahun 2012 ni. Tapi tak tahu la semuanya boleh tercapai ke tidak. Just berusaha, berdoa dan tawakal je la. Herm ni la impian-impian aku tahun ni huhuhu

1. Beli kereta (masih fikir nak beli kereta apa)

2. Cari rumah lain yang lebih luas dan beri keselesaan kat Mak Ayah

3. Dapat Kerja tetap dan yang lebih baik

4. Kawen (sbb semua orang dah risau aku tak kawen2 wlupon umur baru 25 tahun)

5. Berjaya dengan sukses nye dalam bisnes


So, macam mane dengan korang? Anyway, ape2pon impian kita tu terlaksana or tak, jangan berputus asa, mungkin tahun berikutnya terlaksana. Sama-sama la doakannya ok. Nite.