Ingatan ini adalah untuk diri teman, dan sesiapa jua:
Surah Yaasin (Ayat 7-10).
"Sesungguhnya telah pasti berlaku ketetapan siksaan ALLAH terhadap kebanyakan mereka,
kerana mereka tidak mahu beriman (mempercayai).
Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu dileher mereka,
lalu tangan mereka terangkat ke dagu, maka kerana itu mereka menjadi terdongak.
Dan kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada pangkat dan hartabenda sebagai) sekatan
(yang menghalang mereka daripada memandang keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) dihadapan mereka,
dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) dibelakang mereka (pada hari kiamat).
Lalu kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).
Maka (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka; samada engkau beri amaran (peringatan) kepada mereka,
atau engkau tidak memberi amaran (peringatan) kepada mereka mereka tetap tidak akan beriman (mempercayainya)"
(rujukan kepada Tafsir pimpinan Ar-Rahman & Al Quran & Terjemahan (Khadaamun Haramain Sa'udi).


