Monday, October 31, 2011

Hikmah

bila akhirnya kita
melewati waktu,
bila kita fikir
betapa baiknya
Dia pada kita,
maka akan ketemu
oleh kita akan
Hikmah 
kepada terjadinya
sesuatu perkara

Mana Sempurna

Sebesar 
Mana 
keSempurnaan 
kekurangan
tetap Ada

Friday, October 28, 2011

Maha


Allah
Maha 
Besar

Manis

   Kek
lazimnya Manis
    tanpa mengira warna
       sama ada merah, putih
kuning ataupun coklat
Image

Nampak Tidak

   Sesuatu 
yang kita sangka 
    Nampak
       kadang kala 
 Tidak
Sesuatu Yang Berbeza
Centado Cover



Ada kalanya 
yang paling kita 
mahukan dalam hidup
tidak mungkin kita dapat
    Selama-lama

Ingat Perlu

Ingatan
merupakan sesuatu
yang Perlu dibuat
tanpa perlu 
memberitahu
dan diketahui

Wednesday, October 26, 2011

Thursday, October 20, 2011

Dark See

though
It was Dark,
but sometimes
we could definitely
See

al-Talaq: 2-3

“..dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah,
nescaya Allah akan mengadakan baginya
jalan keluar (dari masalahnya). Serta
memberinya rezeki dari jalan yang dia tidak
sangka. dan sesiapa bertawakal kepada Allah,
maka cukuplah Allah itu baginya (untuk
menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah
tetap melakukan segala urusanNya.
Allah telahpun menentukan kadar bagi
berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(Surah al-Talaq: 2-3).

Wednesday, October 19, 2011

Mahu Mungkin

   adakalanya 
        yang kita Mahukan
     dalam hidup
tak Mungkin kita dapat
   selama-lama
Cinta Tak Seharusnya Memiliki
-Centado

Tuesday, October 18, 2011

Best One

If you learn
from the Best,
then you can become
One of the best

Monday, October 17, 2011

Wednesday, October 12, 2011

Tuesday, October 11, 2011

Pilih Tepat

Image

Apple Pertama

Apple Pertama
Image

LONDON – Sebuah komputer Apple-1 yang dijual oleh pengasas syarikat  Apple,
Steve Jobs dari garaj ibu bapanya di California pada 1970-an kini  dilelong pada
harga pembukaan £150,000 (RM747, 785), lapor sebuah  akhbar kelmarin.

Terdapat kira-kira 200 komputer asli Apple 1 buatan tangan yang  dilancarkan pada
1976 dan dipercayai antara 30 hingga 50 buah komputer  itu yang masih ada ketika
ini. Komputer Apple-1 dianggap sebagai komputer pertama di dunia dan ia  akan
dilelong oleh Rumah Lelongan Christie’s pada 23 November ini di  London.
Komputer itu dianggap menjadi perintis keluaran syarikat Apple yang  diketuai Jobs
seperti komputer tablet iPad, iPod dan telefon pintar  iPhone.

Pada 1976, komputer Apple-1 cuma dijual pada harga AS$666.666 (RM2,075.33).
Sebahagian komputer Apple-1 itu mempunyai hiasan kayu. Komputer itu mempunyai
memori yang kecil iaitu 8K, 524,000 kali kurang daripada komputer standard keluaran
Apple kini. Ia juga tidak mempunyai kapasiti untuk menyimpan sebuah lagu.

Komputer itu dicipta bersama rakan Jobs, Steve Wozniak. Ia dijual pada harga
AS$666.666 kerana Wozniak suka nombor yang sama. Ketika itu, Wozniak menjadi
jurutera komputer itu manakala Jobs menjadi ketua untuk menjualnya. Ia akan dilelong
bersama buku panduan, kaset dan surat yang ditandatangani oleh Jobs yang kini masih
mengetuai syarikat Apple.
Image

KOMPONEN-KOMPONEN komputer Apple-1, surat Steve Jobs, buku panduan
dan kaset dilelong pada harga pembukaan RM747, 785.

Kaset yang menjelaskan penggunaan komputer itu dijual pada harga AS$75 (RM233.47).
Namun, komputer itu tidak mempunyai skrin atau papan pemuka seperti yang ada ketika ini.
Beberapa buah muzium dan pengumpul barang-barang antik gagal untuk mendapatkan
komputer Apple-1 sebelum ini untuk disimpan.

Bagaimanapun, komputer itu merupakan satu pelaburan yang baik. Komputer yang dilelong
itu mengekalkan konsep asal kerana ia tidak dipasang dengan sepenuhnya. Pengguna perlu
memasangnya sendiri dengan menggunakan buku panduan dan tidak mengandungi monitor
dan papan pemuka.

Jobs memberikan panduan kepada soalan pembeli mengenai monitor dan  papan kunci
yang terbaik untuk digunakan bersama komputer tersebut. Seorang kakitangan Rumah
Lelongan Christie’s, Julian Wilson berkata:  “Ia (Apple-1) merupakan perintis penciptaan
iPod, iPad dan iPhone.  Komputer itu berkerja dari sebuah kotak yang merupakan konsep
asal.” Menurutnya, komputer itu seperti alat pengira berprestasi tinggi.

“Jobs menjual komputer ini dari garaj ibu bapanya dan terdapat  peningkatan penghargaan
terhadap sejarah komputer dan di sinilah  bermulanya sejarah komputer,” kata Wilson.
– Agensi

Truly Jobs

Image

Monday, October 10, 2011

Mati Tentu

Dia mati 
tinggalkan nama
kita Mati
belum Tentu
tinggalkan apa
apa....

Catatan Perjalanan

Dunia kehilangan manusia ajaib yang mengasaskan Apple Inc.
Meninggal dunia pada Rabu (5/10/2011) malam waktu Amerika
Syarikat dalam usia 56 tahun.

Image

Steve Jobs, Sebuah Catatan Perjalanan.

24 Februari 1955
Steve Paul Jobs lahir di San Fransisco. Orangtuanya menyerahkan
pengasuhan Steve Jobs pada orang lain. Jobs kemudian memiliki
dua saudara bukan biologi, Paul dan Clara Jobs.

1961
Keluarga Jobs pindah ke California, ke wilayah yang kemudian
menjadi lokasi Silicon Valley.

1968
Jobs menghubungi Bill Hewlett, salah satu pengasas Hewlett
Packard (HP) untuk membincangkan sebuah idea berkaitan
teknologi komputer. Hewlett kemudiannya menerima sebahagian
cadangan Jobs yang kemudiannya menjadi langkah pertama kepada
bermulanya inovasi beliau.

1970
Jobs bertemu dengan Steve Wozniak yang kelak bersama Jobs
mendirikan Apple.

1972
Jobs lulus dari Homestead High School, Cupertino, California.
Dia kemudian masuk ke Reed College di Portland, tetapi cicir pada
semester pertama.

1974
Ia mulai bekerja sebagai jurutera di Atari. Bekerja pada malam hari,
ia meminta bantuan Wozniak untuk mengurus perkakasan yang
diperlukan bagi prototaip Pong, permainan yang selanjutnya menjadi
 Breakout. Jobs kemudian keluar dari Atari untuk melakukan
perjalanan ke India.


1976
Sejarah dimulai. Jobs mendirikan Apple bersama Wozniak dan
Ronald Wayne. Pada tahun yang sama, Apple menjual Apple I
dalam bentuk kit berharga 666.66 dollar AS.

3 Januari 1977 
Apple menjadi perusahaan rasmi.

5 Jun 1977
Apple II diperkenalkan, menjadi komputer personal komersial pertama
dengan casing plastik dan grafik berwarna. Saat ini sekaligus menjadi
saat bagi bermulanya kegemilangan pertama Apple.

12 Desember 1980
Apple berjaya menembusi pasaran. Steve Jobs memiliki kekayaan
hingga 200 juta dollar AS.

24 Januari 1984
Macintosh untuk pertama kalinya diperkenalkan

12 September 1985
Jobs mengundurkan diri dari Apple. Ia kemudian mendirikan Next
Computer, yang kemudian menjadi Next Software, dengan menjual
sahamnya di Apple bernilai 70 juta dollar AS. Pengembangan Next
kemudian berperanan pada pemanfaatan sebagai server pertama
World Wide Web.

3 Februari 1986
Jobs membeli bahagian Graphic Group di Lucasfilm untuk menjadikannya
sebagai Pixar Animation Studios. Jobs membelinya bernilai 10 juta dollar AS.

1988
Next Computer memasarkan komputer pertamanya.

1991
Apple dan IBM mengumumkan kerja sama pengembangan pemproses
dan sistem pengoperasian juga perisian untuk komputer mudah alih
PowerBook pertama, yang merupakan asas kepada notebook.

1993
Apple memasarkan Newton, komputer handheld pertama dengan
pena. Apple mengalami kerugian.

1993
Next menghentikan bisnis perkakasan dan kemudian fokus ke perissian.
Next Computer menjadi Next Software.

1994 
Apple memperkenalkan Power Macintosh yang berkeupayaan pemproses
PowerPC buatan IBM dan Motorola. Apple juga menawarkan lesen
sistem pengoperasian Mac ke pihak lain untuk membuat pengklonan.

1995 
Pengklonan pertama Mac, Microsoft Windows 95, dikeluarkan di pasaran.

29 November 1995
Menjadi Presiden dan CEO Pixar. Berikutnya, Jobs membawa Pixar
berjaya dengan dunia filem animasiToy Story dengan Tom Hanks
sebagai pengisi suaranya.

10 Desember 1996
Kembali ke Apple sebagai penasihat, membeli Next berharga
429 juta dollar AS.

9 Julai 1997
Jobs menjadi "interim chief" Apple

6 Ogos 1997
Jobs mengumumkan pelaburan dari Microsoft senilai 150 juta dollar
AS, berikutan kerja sama Microsoft Office dan Internet Explorer
untuk Mac.

10 November 1997
Jobs memperkenalkan Apple Store yang memungkinkan pengguna
membeli produk Apple langsung dari kedai online-nya.

8 Januari 1998 
Apple kembali menjadi perusahaan yang menguntungkan.

6 Mei 1998
Jobs memperkenalkan iMac.

2000
Jobs kembali menjadi CEO Apple.

9 Januari 2001
Jobs memperkenalkan iTunes yang kemudian menjadi eksklusif hanya
bagi pengguna Mac.

24 Maret 2001
Apple memperkenalkan versi pertama Mac OS X, disebut Cheetah.

19 Mei 2001
Membuka retail Apple pertama kalinya di Tysons Corner dan
Glendale. Hingga saat ini, ada 330 retail Apple di seluruh dunia.

23 Oktober 2001
Jobs memperkenalkan iPod.

17 Julai 2002
Apple memperkenalkan iPod yang kompatibel terhadap Windows
untuk pertama kalinya.

28 April 2003
Apple membuka secara rasmi iTunes di Amerika Serikat. Hingga
tahun 2010, sudah 10 juta lagu dimuat naik ke dalam iTunes.

16 Oktober 2003 
Jobs memperkenalkan "the day hell froze over"
dengan memperkenalkan keserasian iTunes dengan Windows.

1 Ogos 2004 
Jobs menjalani pembedahan untuk mengatasi kanker pankreas.

11 Januari 2005
Apple memperkenalkan iPod Shuffle.

6 Jun 2005
Jobs mengumumkan perubahan dari chip IBM menjadi Intel Core Duo
seiring dengan pelancaran Macbook Pro dan iMac.

7 September 2005
Jobs memperkenalkan iPod Nano.

12 Oktober 2005
Jobs memperkenalkan iPod dengan video.

13 Januari 2006
penggunaan melampaui Dell.

25 Januari 2006
Pixar dibeli oleh Disney senilai 7,4 miliar dollar AS. Jobs menjadi
salah satu pemilik sahamnya.

9 Januari 2007
Membuang nama "Computer" daripada Apple. Selanjutnya, Jobs
memperkenalkan iPhone.

5 September 2007 
Jobs memperkenalkan iPod Touch.

15 Januari 2008
Jobs memperkenalkan bahwa Apple Store berupaya menjadi media
update iTunes. Selanjutnya, Jobs juga memperkenalkan Macbook Air.

9 Jun 2008
Jobs memperkenalkan MobileMe, layanan cloud pertama tawaran
Apple.

14 Januari 2009
Jobs mengambil cuti sakit selama 6 bulan.

27 Januari 2010
Jobs memperkenalkan iPad. Apple berjaya menjual 500.000 iPad
pada minggu pertama setelah pelancarannya.

16 November 2010
Jobs meyakinkan Apple dan EMI untuk membuat album Beatles
di iTunes.

17 Januari 2011 
Jobs kembali mengambil cuti sakit 6 bulan.

10 Februari 2011
Apple mulai menjual iPhone dalam Verizon Wireless.

15 Februari 2011
Apple melancarkan media subscription di Apple Store.

2 March 2011
Jobs membuat kejutan dengan muncul pada pelancaran iPad 2.

6 Jun 2011 Jobs memberi ceramah di acara "Apple's Worldwide
Developers Conference." Saat ini sekaligus menjadi saat bagi kemunculan
Jobs kali terakhir di tempat awam.

9 Ogos 2011
Apple menjadi perusahaan paling menguntungkan di Amerika Syarikat
dengan keupayaan pasaran 337,17 juta dollar AS.

24 Ogos 2011
Steve Jobs mengundurkan diri sebagai CEO Apple.

4 Oktober 2011
Apple melancarkan iPhone 4s yang didakwa ramai orang sebagai iPhone for Steve

5 Oktober 2011
Sehari setelah pelancaran iPhone 4s, Steve Jobs meninggal dunia.

Sunday, October 09, 2011

Akhir Hari

Image
jika hari ini
adalah hari terAkhir
dalam hidup saya,
adakah
saya akan buat
apa yang saya mahu buat
pada Hari ini?

Friday, October 07, 2011

Tanya Kita

jangan 
banyak Tanya,
apa yang orang 

sudah beri pada kita.
yang sepatutnya
kita, wajar banyak kira
apa yang Kita sudah beri
pada orang

Thursday, October 06, 2011

the Died

the 
living legend 
has Died

Image

“I have always said if there ever came a day when i could no longer meet my duties and expectations as Apple’s CEO, I would be the first to let you know. Unfortunately, that day has come”
-Steve Jobs, August 24th 2011-
Image
Related Links:

Wednesday, October 05, 2011

Kembalilah

Furqan [70] 
Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik,
maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan
mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani.

SYAITAN PUN

SYAITAN PUN TAKUT...
SAMA-SAMA AMBIL IKTIBAR DARIPADA KISAH INI.

Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh.
Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat
tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak
mengerjakan solat, maka syaitan pun sambil tersenyum berkata,
"Orang ini memang layak menjadi sahabatku..!"

Begitu juga ketika waktu zohor orang ini tidak mengerjakan solat,
syaitan tersenyum lebar sambil berkata, " Rupanya inilah bakal
sahabat sejatiku di akhirat nanti..!"

Ketika waktu asar hampir habis tetapi sahabatnya itu dilihatnya
masih juga terlalu asyik dengan kegiatannya, Syaitan mulai terdiam......

Kemudian ketika datang waktunya maghrib, sahabatnya itu ternyata
tidak solat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah
 berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah
sedang mengingat-ingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihat sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat
Isya, maka syaitan itu sangat panik. Ia rupanya tidak lagi dapat
menahan diri, dihampirinya sahabatnya itu sambil berkata dengan
penuh ketakutan, "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan
kita !"

Dengan kehairanan manusia ini bertanya, 
"Kenapa engkau ingkar janji bukankah 
baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi 
sahabat?". "Aku takut !", jawab syaitan 
dengan suara gemetar. "Nenek moyangku 
saja yang dulu hanya sekali membangkang 
pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak 
disuruh sujud pada Adam, telah dilaknat-Nya; 
apalagi engkau yang hari ini saja 
kusaksikan telah lima kali membangkang 
untuk bersujud pada-Nya. Tidak 
terbayangkan olehku bagaimana 
besarnya murka Allah kepadamu !", 
kata syaitan sambil bergegas pergi..