Haaa kali neh gua nak cerita pasal jalan-jalan cari makan pulak. Tourism Selangor menganjurkan satu event makan selangorlicious di restaurant Jamal Mohamed. Neh 1st time gua join event dengan tourism Selangor. Gua nak cerita sikit pasal Selangorlicious. Selangorlicious ini adalah kempen bagi kenal pasti dan mempopularkan makanan-makanan yang sedap didalam Selangor. Event yang gua join neh adalah Selangorlicious EatOut dimana tourism Selangor organized outing untuk blogger-blogger mencuba makanan-makanan yg lazat berkrim. Untuk lebih lanjut tentang Selangorlicious, sila layari www.selangorlicious.my.
First of all, restaurant Jamal Mohamed terletak di ss5, Kelana Jaya. Pukul 9 pagi gua dah terpacak di restaurant. Sampai je di restaurant, gua dah teruja tengok kiosk-kiosk kedai makan. Dari luar gua nampak macam foodcourt, tapi semua kiosk-kiosk kedai dibawah naungan restaurant Jamal Mohamed. Dalam restaurant ada lima kiosk. Yang pertama Penang fried kuey teow, tahu bakar dan rojak, yang ketiga yong tau foo, yang keempat nasi ayam wantan mee, yg kelima nasi lemak kangkung, kiosk minuman dan mamak. Event hari tuh gua makan konsep eat all you can. Dengan perut gua da berbunyi macam tabla, gua dengan selamber nya pergi order wantan mee. Ini rupa sebenar wantan mee yang gua order.
Gua suap jee wantan mee gua dapat kombinasi nya almost perfect. Masuk je dalam mulut, kicap nya tidak terlalu masin dan tidak terlalu manis, mee nya tidak keras dan tidak lembut sangat (orang cina cakap ngam-ngam soi ), taugeh nya segar bugar, yang paling special nya wantan mee neh ayam dier. Cara ayam nya diperap terasa membuatkan bahan-bahan perap terasa sampai ke dalam isi ayam bila gua makan. Gua rasa kalau dier serve dalam mangkuk, wantan mee akan jadi lagi pelengkap, sebab wantan mee memerlukan kombinasi sup dan kicap. Wallaweyy memang superb wantan mee nya.
Next gua order tauhu bakar dan rojak. Review gua untuk tuahu bakar pula sungguh lazat berkrim kerna tauhu dier garing, sayur nya fresh dan kuah nya sedap. Tauhu bakar served satu pinggan ada tiga tahu berhargakan rm4.50. Rojak pula menggunakan kuah yang sama dan ditaburkan dengan kacang. Memang superb la tauhu bakar and rojak dier.
Dengan perut gua ada kekosongan lagi, gua order penang fried kuay teow. Dari segi fizikal nampak tak mengiurkan tapi tapi tapi masuk dalam mulut memang sedap, habis gak fried penang kuay teow gua. So don’t judge the book by its cover. Kan dah speaking london. Haaa chee cheong fun pon menarik gaks. Dier punya rasa sedap, kuah dier manis and pedas sikit. Chee cheong fun adalah simple breakfast menu. Kalau terasa nk lebih tambah yong tau fu beraneka macam. Senang cite datang la sini rasa. Marvellous!!!
Yang terakhir sekali gua order, yang dinanti-nantikan dan saat mendebarkan jantung adalah nasi lemak kangkung. Nak tahu apa sedap nya sampai orang sanggup beratur dan pelanggan tak putus-putus. Nasi lemak kangkung tuh memang lain daripada yang lain. Nasi lemak nya dimasak secara pure kukus, daripada beras hinggalah jadi nasi. Nasi lemak ada pelbagai lauk-pauk seperti sotong, ayam sambal, rendang, telur dan lain-lain. Percaya tak kalau gua cakap, sehari nasi lemak yang disediakan sebanyak 13kg bagi hari bekerja manakala 18kg untuk cuti awam. Kalau nk tahu sedap atau tak,datang lah ke kedai nasi lemak kangkung. Tapi jangan lupa halo-halo gua.
Fuhhh!!perghhh!!wallawey!!gua rasa memang berbaloi-baloi bangun awal pagi dihari sabtu pulak tuh, semata-mata nak breakfast di Restaurant Jamal Mohamed. Akhir kata,gua mengucapkan jutaan, ribuan dan ratusan terima kasih kepadaTtourism Selangor. Majulah makan untuk Selangorlicious.



































