Image
Image

Wednesday, June 11, 2008

Sharing is Caring: TITIAN'08 [Murabbi Tegar, Mutarabbi Menyinar]

Assalamualaikum wrm wbt buat para murabbi sekalian,

ImageTITIAN '08: Murabbi Tegar, Mutarabbi Menyinar

Alhamdulillah masih dlm smgt yg berkobar-kobar hasil TITIAN’08 weekend lepas (6-8 June) di al-amin bangi (yg agak best tu…). Perancangan hendak ke titian dh bermula awal dh..cari geng nk ke sana dari Perak (waktu ni tak tahu kak azreen pun pergi jgk…huhu) tp in the end naik bas sorg2 jg ke kajang jam 9.00 pg dr medan gopeng. Kesian jk pengangkutan dan org bangi yg ana asyik contact tnye itu ini…

Setibanya di stesen kajang pada jam 12.10 tghr dgn selamat…kak MJ jemput dgn adiknya dan terus bawa ke al-amin bangi. Dalam kereta tu sempat la sembang mcm2 dgn kak MJ…agak best la jgk sekali-sekala sembang dgn org yg experienced ni. Mcm2 jgk kak MJ tanya pasal org2 kt perak ni…hehe. Turun di rumah kak MJ di desa al-amin tu and kak mj pun “inilah rumah kite…dekat je dgn al-amin..seblah tu tadika projek group usrah mak kite…sana tu rumah izzudin” sambil menunjuk ke arah rumah ameer kita ni.

Ana ikut kak MJ ke al-amin dan join mkn tghr dgn kak asmaa’ UM, kak hajar UKM, kak badariah UNISEL, kak ilaUKM…sampai2 je mmg derg tgh makan so join mkn setalam dgn ajk2 tu. Selesai makan mulalah sesi membantu ajk…(menyibuk tolong sambil2 menunggu kedatangan peserta akhawat yg lain…bosan la kalau nk duduk je)…tolong turunkan barang2 dr kereta kak as, keluarkan tikar2, kanvas dan segala mcm brg lg. kemudian ana ikut kak mj n kak hajar ‘ronda’ satu al-amin tu melekatkan papan tanda di pintu2 dan laluan2 utama. Kak mj berkali-kali minta maaf “sorry la ek awak terpaksa tolong pulak…mesti penat br je sampai tak smpt rehat lg dh kena tolong ktorg” … “hehe..takpe..tak penat pun…kalau tak lg bosan”… “kalau awak dh pregnant nnt mesti penat…hehe” (iye…kak mj dh pregnant =) due lepas raya nnt iA).

Lepas tu ana angkut beg bawak naik atas ke ‘bilik penginapan’ yg agak selesa…rehat2 sekejap pastu kak hajar kate akhawat dr johor dh nk sampai (kak asma’ k-perak, kak alia kuka, kak naz k-sar, kak sue). Senyum la ana menanti kak asma’ tiba…bila kak asma’ sampai pun seronok bukan main la ana…sampai kak asma’ tanye “kenapa rufaidah happy sgt nampak asma’ mcm bertahun je tak jmpe?”. Yelah kalau tak sorg2 je sebelum tu…akak2 lain pun asyik duk tanye “anti sorg je ke dr utp?”. Setelah kak asma’ rehat2…ana jd tour guide tunjuk kwsn sekitar al-amin tu pada kak asma’…seterusnya keluar dr pagar al-amin ke desa al-amin pulak…tunjuk rumah kak mj, tgk2 rumah lain (wow…mmg serious lawa rumah2 kt ctu dgn garden yg agak best), tunjuk rumah izzudin kt kak asma’ pulak. Then kami berjalan mencari kedai jual top-up and cari la kedai mkn sampai nk dekat stesen komuter ukm bangi tu…dpt la mengexplore kwsn tu sambil melepaskan rindu dgn kak asma’ ;) (time ni la jgk kak asma’ bg tahu adik dia pun dtg titian jgk…hehe…seronok sungguh kakak ana ni)

Setelah kak asma’ n the geng mkn2…kami turun ke bwh semula menolong apa yg patut…tolong mop lantai dewan mkn, tolong2 sapu lantai tmpt yg bakal digunakan sbg surau akhawat tu, tolong mop lantai lg…hinggalah ke ptg hari dan kemudiannya barulah sempat mendaftar…kakak2 lain pun makin ramai yg dtg dan hati pun dh makin berbunga melihat akhawat2 lain.

To cut the story short…amanah kami sepanjang 2 hari 2 malam titian ialah utk:

  1. membuat hafazan surah al-fussilat ayat 30-33, surah at-taubah 48-52 dan hadith 19
  2. mencari dan mendapatkan 10 kenalan baru beserta tandatangannya (ada gaya2 rasa mcm time MAS pulak…tp sgt bagus inisiatif ini)
  3. memastikan zikir istighfar dilakukan sekurang-kurangnya 100x sehari
  4. menghabiskan 2 juzuk bacaan al-quran

hopefully yg tak dpt join titian pun dpt buat jgk ;) dan adalah lebih baik kiranya kita masih istiqamah buat even after titian pun (peringatan utk diri sendiri) kerana tarbiyah dzatiyyah utk diri sendiri tu sgt2 la penting...kalau diri sendiri pun tak terjaga, mcm mana nk jaga org lain...mcm mana nk menjadi murabbi yg baik buat mutarabbi kita. TETAPI, tarbiyah dzatiyah yang tak begitu mantap bukanlah halangan dari melakukan kerja-kerja dakwah kerana dakwah itu wajib. Pembaikan diri perlu ditingkat dari masa ke semasa, tapi kalau hendak tunggu sampai sempurna; alamatnya sampai kiamat pun tak bernoktah (more here: http://dhanysarip.blogspot.com/2008/05/kongsi-bahan-tarbiah-dzatiah.html)

Day 1 Friday 6 June:

Kami pun makan malam setalam bersama (mmg indah sungguh bila makan setalam ni...ukhuwah makin bertaut...mengenali yg baru, mendalami yg lama...dan mcm biasa mcm2 cerita dikongsi bersama...sepanjang titian mmg ramai kakak2 baru yg ana dpt kenal hasil makan setalam) setelah selesai membersihkan diri dan solat maghrib. Kemudiannya solat isyak diikuti slot 1: Big Picture Tarbiyah yg disampaikan akh zubair. Ok...so apa la kepentingannya kita sibuk2 bercakap pasal big picture ni ye? Semua benda nk big picture...

Akh zubair memulakan dgn trailer movie ”Sang Murabbi” yg sgt best tu dan kemudiannya mula berbicara perihal tarbiyah dan apa persepsi serta permasalahan utama tarbiyah dlm karisma ni. Isu2 yg biasa kita dgr spt: isu pelapis, perjalanan aktiviti tarbawi, aktivisme + tarbiyah ’tak seimbang’, tarbiah + dakwah terpisah, usrah + tamrin yg tak berkesan n tak menyentuh jiwa, apa bentuk tarbiyah yg kita harapkan sebenarnya?? Then antara punca2 masalah: adakah disebabkan sistem tarbiyah kita sendiri? Implementasi/perlaksanaan? Tak faham + tak jelas peranan? Sengaja mencari alasan? Isu utama dalam tarbiyah karisma is about pembangunan nuqaba’ (tarbiyah dzatiyyah, usrah muntijah, pelapis etc) serta pengurusan tarbiyah itu sendiri (ajk tpsm tak tahu peranan sebenar? Ketidakjelasan + kekeliruan? Pemahaman mengenai wasail tarbiyyah + ruhnya). Dalam kita nk melahirkan ”Mahasiswa Du’at Soleh wa Musleh” elemen yg plg kritikal yg kita perlukan ialah; murabbi sendiri, modul yg tersusun dan amal fardhi (kerana ianya membawa kesan yg penting pd hati). So how do we go about achieving this? Through....:

  1. bonding and attachment --> it’s all about ukhuwwah...sedangkan Rasulullah sendiri setibanya di Madinah menyatupadukan kaum Ansar + Muhajirin menunjukkan kepentingan bonding ni dlm gerak kerja kita. Cuba bayangkan la....kita di Malaysia kaum Ansar...and then datangla saudara2 kita dari Bangladesh la contohnya yg diibaratkan kaum Muhajirin. Lepas tu ketua kepada Bangladeshi ni pulak (ketua kpd kaum Muhajirin = Rasulullah) nk satu-padukan kita....suruh kita yg berharta lebih ni share dgn derg, yg ada 2 isteri bg satu pd mereka, yg ada rumah lebih bg...dan mereka dgn relanya berbuat demikian atas dasar ukhuwwah islamiyah itu sendiri. Kalau kita di zaman ini...sanggupkah?
  2. transform by process --> berkenaan penerusan penerusan tarbiyah at all time...tarbiyah ni is an ongoing process..tiada hentinya tarbiyah ini melalui modul yg telah disusun.
  3. strategic in involvement --> bila kita buat kerja berstrategi takkan timbullah isu tarbiyah + dakwah terpisah kan? Sbb tu la kita tak boleh main taram je. Di sinilah juga wujud KEPENTINGAN SYURA itu sendiri serta percaya dgn syura yg telah dibuat.

Akhi tersebut mengingatkan…kita di Malaysia ni masih kurang agresif lg dlm melakukakn dakwah….dlm proses implementasi tu kita perlukan iman yg mendalam (kt sinilah kepentingan tarbiyah dzatiyah + mutaba’ah amal td), penyusunan yg rapi serta gerak kerja yg berterusan. Dan sgt la byk lg yg telah disharekan bersama sehingga hampir jam 12 tgh mlm…

Setelah sedikit taklimat oleh pihak urusetia, kami pun terus merebahkan badan yg kepenatan (mmg sungguh2 tidur berbantalkan lengan berselimutkan kegelapan kali ni…). Sebelum tido smpt lg ana n kak asma’ membincangkan kekuatan n kelemahan usrah akhawat kt utp tu.

Day 2 Saturday 7 June:

Bangun seawal jam 4 pg utk persiapan qiamullail dan seterusnya subuh dan tazkirah subuh oleh akh Mujahid berkenaan ayat 30-33 surah al-Fussilat (ok…bukak quran check sendiri..penat nk tulis semua). Kemudian akhawat berta’aruf beramai-ramai (mmg ramai sungguh…tak dpt nk kenal semua) dan dibahagikan kepada 13 group kecil. Ana di bawah group kak nik aishah KnL bersama kak sarah (isteri akh aiman roslizar, pregnant 5 bln jgk rupanya), kak lina ex-ukm, kak zulfa, kak zarina, kak safura, kak ayu KnL, kak mas, kak husna. Seronok bersama mereka2 yg dh byk sgt pengalaman ni.

Selepas khidmat diri dan sarapan kami bergerak masuk ke dewan utk slot 2: Pengurusan Tarbiyah 1 – Kepentingan Tarbiyah + Wasilah2 Tarbiyah oleh Pakcik Yaakob Idris (YDP JIM Selangor + JK TPSM JIM Pusat). Apa itu tarbiyah ye? Amal yg dilaksanakan melalui penyusunan jemaah…how? Dgn menggunakan cara/wasilah/kaedah yg tak bertentangan dgn syara’…for what? Membentuk individu muslim. Nucleus da’wah itu sendiri ialah usrah tp tarbiyah bukanlah usrah semata! Ada bermcm-mcm wasail tarbiyyah antaranya; rehlah, katibah, mukhayam, nadwah (cth: titian), latihan/tadrib, ziarah, muktamar (cth: pkn) dsb. Jadi kita kenalah pelbagaikan wasail tarbiyah kita n jgn kecikkan skop kpd usrah semata-mata. In fact, ada keperluan utk kita lalui wasail tarbiyah yg pelbagai ni sbb each one ada effectnya yg tersendiri. Ada anak usrah yg tak suke join wasail2 tarbiyah yg lain ni…nk ikut usrah je (sama je masalah kt lokaliti lain dgn yg kita punya rupanya)…sebenarnya utk move on from one modul to the next pun kena pastikan dia dh lalui certain2 wasail tarbiyah spt yg telah disetkan dlm modul tsbt. Ok…perkataan usrah yg kita selalu guna ni actually ada 3 maksud dr segi lughahnya: perisai yang kukuh (menjadi benteng kpd anasir yg tidak sihat serta fitnah2 lain), keluarga (big family…hehe), serta jemaah yg diikiat oleh satu perkara yg sama (kebersamaan, togetherness, whatever u want to call it). Tp kenapa hassan al-banna gunakan perkataan ni instead of perkataan2 lain? Sbbnya dlm usrah tu sendiri...bonding sesama ahli should be like a real family di atas ikatan cinta kerana Allah swt...kt usrah la tmpt kita nk share semuanya, nk tnye pendapat dan lain2 lagi...it’s where we show our true colours...tak perlu sembunyi apa2 lg dh among our usrahmates. We should aim to make our usrah with our mutarabbi to be like that as well...bonding tu dh betul2 kuat sampai derg sendiri tak segan nk share masalah dgn kita, tak kekok nk bertanya pandangan kita and so on.

Kemudiannya byk la lg yg pakcik ceritakan between the many different wasail tarbiyah, apa bezanya between each one and apa yg dpt kita capai/laksanakan dalam setiap satu. Pjg sgt pulak kalau ana nk type semua kt cni.. Terigt ana…kak asma’ pernah cerita waktu KONTARN tu sgt la best time AKAD ada…kalau time lame sket org kt depan bercakap, yg mendengar pun dh ngantuk2 sket for sure AKAD akan jerit “ Takbir~!” disambut dgn “Allahuakbar!” oleh yg lainnya. Mmg terasa smgt waktu tu. Bila pengisian tu dh agak pjg n dh nmpk muke2 penat, kami berdua duk tunggu je…mana la ikhwah2 yg nk mengikut jejak langkah AKAD ni. Malangnya masih tiada lg among ikhwah kita nmpk gaya…kami igt nk buat, tp tak molek la akhawat pulak yg nk jerit camtu kan.

Selesai sesi kudapan, agenda TITIAN diteruskan dgn slot 3: Pengurusan Tarbiyah 2 – Pengurusan Halaqah Tarbawi oleh Pakcik Yaakob juga. Yang ni byk dh jgk kita cover dgn Abg Ammar time ADF 2 kan…tp antara point yg agak menarik is antara penyakit2 usrah (lambat, tiada persediaan, tak hadir, tak bersemangat) serta kerenah anak buah yg pelbagai. Byk sgt soalan yg ditanya kpd pakcik dan jwpn2 serta sharing dr pakcik pun sedikit sebyk membantu. Time nilah ana rasa sgt bertuah dpt pergi TITIAN sbb br la ana rasa bahawa we’re not alone on this path…masalah kt lokaliti lain sama jgk dgn masalah kt lokaliti kita. Mmg sgt2 sama…so bila dh pergi, dh jmpe akhawat lain..boleh la sama2 bincangkan apa jln penyelesaian yg terbaik. Dan ada satu perasaan yg ana tak tahu nk describe mcm mana…rasa kebersamaan tu…rasa yg kita tak buat kerja ni sorg2…rasa kita sentiasa ada sahabat walau kt mana pun kt Malaysia ni yg boleh tolong kita.

Selepas makan tengahari dan solat zohor agenda diteruskan dgn slot 4: Forum – Ke Arah ImageMerealisasikan Usrah Muntijah. Ana mmg suka sgt2 slot forum ni…sot paling best ana rasa sepanjang titian tu. Mmg seronok bila dpt dgr pengalaman dan buah idea dr mereka2 yg telah lama bergiat di atas jalan ini. Moderator forum ialah Kak Raudhah UKM yg sgt sempoi n sgt la pandai membawa forum tu dgn barisan panelis yg cukup hebat: Akh Raswan, Akh Dhany n Kak Anfaal. Ana tak tahu la mcm mana nk share apa yg ana dpt dr slot ni dgn antum. Rasa nk photostat je apa yg ana salin dlm buku tu...mmg menulis tak berhenti sbb sgt byk point2 best. Ana just sharekan sket2 from the 7-page notes i manage to jot down from this slot (tulisan ana besar2...hehe):

  • it is actually easier to handle non-human rather than human themselves for the simple reason that kita sebagai manusia ni mempunyai ciri2 yg pelbagai serta latar belakang yg penuh variasi...mana boleh kita nk aplikasikan the same method utk memenangi hati mad’u tu dgn semua jenis org. Da’wah itu seni...kita kena tahu bila masa yg sesuai, tmpt yg sesuai, cara yg sesuai...tak boleh main redah je. Sebab itulah it’s not easy to produce an usrah that is muntijah (produktif/successful). Byk ilmu yg kita perlu ada dlm proses nk membina usrah muntijah ni…bukan sekadar tahu ilmu agama je, it’s not enough.
  • Bagaimana pula kita nk salurkan potensi mutarabbi kita? Point utama yg ana kutip dr sini ialah kita tak boleh terlalu ghairah dlm memberi sebarang amanah/tanggungjawab kpd anak usrah supaya kita tak menzaliminya. Kenal pasti dulu potensi anak usrah kita tu sebelum bg die tanggungjawab tu…jgn la nmpk die ni ada potensi terus nk bg die tanggungjawab berat2.
  • Murabbi sepatutnya menjadi org yg plg tahu akan mutarabbinya à jika berlaku sesuatu kpd mutarabbi tsbt (gugur dr jln da’wah etc) maka kita sebagai murabbilah org yg bertanggungjawab utk menjawab di hadapan Allah kelak! Bukan soal main2…
  • Kena banyakkan personal ziarah utk betul2 dalami hati anak usrah tu à ziarah mempunyai kuasa besar utk ‘mencairkan’ hati anak usrah.
  • Kita boleh wujudkan slot spt ‘Kenali Diri’ dlm usrah utk ahli menceritakan serba sedikit pasal apa yg derg suka, minat etc supaya kita dpt tahu potensi yg ada pd mereka.
  • Kenapa pokok yg ditanam tidak berbuah? Kenapa usrah kita tak muntijah? Mungkin anak usrah kita yg tak menjadi tu adalah kerana dosa kita sendiri, mungkin kita berasa riak dalam membawa usrah à kena bykkan istighfar dan muhasabah diri, bersihkan hati kita supaya apa yg kita sampaikan dpt terus menusuk masuk ke hati2 mereka.
  • The informal time spent together is what makes the usrah muntijah...not the ’formal’ usrah time!! Jadi lepas ni kita kena bykkan lagi aktiviti2 luar dgn ahli usrah kita…jgn sekadar bertemu dlm usrah setiap minggu yg tak sampai 3 jam tu pun. It’s not enough kerana dalam membentuk mutarabbi yg muntijah tautan hati itu yg lebih utama~. (reminder utk diri sendiri)
  • Kalau usrah kita tak muntijah, jgn tgk tempat lain, jgn tgk ahli usrah tetapi lihatlah DIRI KITA SENDIRI!!!
  • And what’s important for us engineers here…apply Newton’s 3rd law dlm tarbiyah kita. Put your foot in the mutarabbi’s shoes.
  • Lg satu…jom jaulah~ sebab jaulah boleh eratkan lg hubungan dgn mutarabbi…dpt share stories, kongsi ilmu, kenal dgn mutarabbi. Even jaulah sesame kita penggerak pun dpt membuahkan hasil yg sgt byk…kita sangka byk yg kita dh tahu among kita yg agak dh lama kenal ni, tp percayalah…kalau dh travel bersama tu…lebih byk yg kita dpt korek nnt =)

Memang byk mutiara2 ilmu yg ana dpt kutip dr sesi forum tu…kena bykkan lg forum ni dlm program2 akan datang sbb mmg sgt best especially bila dgr cerita kak anfal, pengalaman die…mmg sgt2 berguna la bg akhawat especially. Biasalah akhawat punya aktivisme semasa masih belajar dan single nk compare to lepas dh kahwin dan ada anak pulak tu sgt2 la berbeza. Ada extra baggage bak kate kak anfaal. Dan itulah cabaran plg besar bg akhawat nnt…huhu. Seterusnya kami stop utk solat asar dan kemudian riadhah dlm renyai2 hujan.

Akhawat seramai 130 org (anggaran ana je sbb satu group ada min 10 org x 13 group tp mungkin ada lebih ramai lg) bergerak beramai-ramai ke padang al-amin utk riadhah is certainly a wonderful sight. Kami mulakan dgn warm-up dulu sebelum interrupted by ikhwah yg br selesai solat n nk tukar pakaian riadhah kot. Memandangkan blok penginapan ikhwah tu mengadap padang, kami stop dan buat aktiviti2 yg lebih sopan dulu…aktiviti apa lg kalau bukan 3S =) setelah ber3S dan berjaya ‘mengusir’ ikhwah yg tiba2 nk beriadhah kt padang tu jgk…kami mula berChicky Dance beramai-ramai… :D. setelah itu ada Ballroom Dance dan permainan Pohon Hijau. Mmg hebat rupanya akhawat dgn ballroom dance ni…siap ada twirlnya lg “we walk to the right…and we walk to the left…and we walk and walk and walk and turn around”. Sebelum selesai sesi riadhah kak asma' sempat nk test teori awal kami td "Takbir~!" ....dan hanya beberapa org akhawat je yg sahut "AllahuAkbar"...ok kena budayakan lagi selepas ni. Setelah seronok beriadhah masing2 berebut toilet utk mandi and bersiap2 utk makan malam dan solat maghrib diikuti tazkirah maghrib on surah al-baqarah ayat 243-251.

Selepas solat isyak slot 5: Dakwah & Tarbiah: Cinta, Tanggungjawab dan Perjuangan disampaikan oleh Ust Aqib anak Ustazah Arfah. This is actually a muhasabah slot. Ust Aqib mulakan dgn pertanyaan kerana apa kita lakukan dakwah ini? Adakah kerana cinta? Tanggungjawab? Perjuangan? Sepatutnya kita buat kerana ketiga-tiganya sekali. Byk la ayat2 best dia yg ditanyakan dgn tujuan mengetuk balik hati2 para murabbi ni…biar sedar tujuan utama kita buat dakwah n tarbiah ni. Kemudian dia pasangkan nasyid Qatrunnada – Apakah Benar Engkau Pejuang. Lagu dia bg ana tak berapa best sgt…tp lirik dia mmg sgt2 terkena di hati dan sgt pedas. Kemudian lampu dipadamkan dan sesi muhasabah pun bermula. Personally ana rasa slot ini mmg sgt bagus cuma tak kena pada masanya je. Bila masing2 dh penat dan mengantuk, lampu dipadamkan…maka mulalah mata terasa berat...huhu. mungkin tak efektif sgt la utk dibuat waktu tu. Tapi sgt la terasa dgn ayat2 pedas yg dilontarkan time tu…tersedar kembali…rasa malu dgn diri sendiri…entahkan layak atau tidak ana ni menjadi seorang murabbi sebenarnya.

Usai slot 5 dan sedikit briefing oleh urusetia terus gerak utk tidur…kebetulan hujan turun renyai2 dan awal pg tu hujan turut agak lebat maka tidur lenalah kami mlm tu dgn kepenatan seharian berprogram.

Day 3 Sunday 8 June:

Esok harinya seperti biasa sesi qiamullail dlm hujan yg lebat dan kemudiannya solat subuh dan tazkirah. Bergerak ke bangunan sekolah menengah dlm hujan lebat utk mandi dan mula mengemas bilik penginapan tersebut. Terasa mcm zaman sekolah rendah semula nk susun meja kerusi dalam kelas seperti asalnya. “eh…susun dua-dua atau 3 ek meja ni?” “mcm ni tak boleh la…nnt tak cukup utk aulad n banat…aulad n banat kena duduk separate” “jom kita tgk list nama ni dulu kira ada berapa org aulad n banat kt kelas ni”.

Selepas sarapan terakhir bersama, slot 6: Usrah Muntijah disampaikan oleh abg Ammar. This is the theoretical part to the practical part presented in the forum the previous day. Dan mcm biasalah…penyampaian abg Ammar mmg menarik. Apa itu Halaqah/Usrah Muntijah? Usrah/halaqah yg melalui proses pembelajaran/tarbiyah secara dinamik hingga terhasil produktiviti dalam mewujudkan tujuan usrah/halaqah. Dalam erti kata lain;

Usrah muntijah = Dinamik (Proses) + Produktif (Tujuan)

Huhu…time ni mulalah abg Ammar mencari org2 utk diattack…mula2 kak Jas KUKA disoal dahulu…kemudian abg ammar cari akhawat UTP pulak dh…kak asma’ dh tunduk semacam time tu. “Ok…zahrah UTP ada? Apa erti proses yg dinamik ni?” …mula2 igt nk diam je…pastu ana kate la “kak zahrah tak dtg…”. Then boleh la pulak ”Along UTP ada?”...rasa mcm tak nk mengaku jek :P ...bukan ada org lain kenal pun sape Along UTP kan (sampai lepas tu ada sorg akak ni kate, ”akak pelik la jgk sape pulak along utp...rasanya akhawat utp rufaidah dgn asma’ je...awak rupanya” :D)...tp Kak Tim UIAG kt seblah time tu dh cuit2 dh...maka terpaksalah menjawab soalan tersebut. Pastu turn ikhwah UTP la pulak disoal...

So...apa itu usrah yg dinamik prosesnya? Yg ada variasi tempat usrah, masa usrah, cara usrah dibawa...kalau mcm akhawat ada MEP ke (mad’u exchange program) atau MCP ke (mad’u combine program = nama glamour utk usrah gabungan)...tukar naqibah usrah atau ajak akhawat lain jd ’speaker jemputan’ ke...supaya usrah tu tak boring n jd rutin la kan. So let’s be creative in our da’wah~! Dan yang paling penting...kesan usrah tu dirasai oleh not just the mutarabbi but the murabbi lebih2 lg.

Agak sekejap la slot ni sbb kekangan masa…seterusnya selepas minum pagi ada slot 7: MNKD oleh JK TPSM KnL kita, akh Dhany. Ni penerangan benda2 operational la…apa itu MNKD, mcm mana nk isi borang mnkd and so on. Dan ikhwah kperak seperti biasa byk pulak soalan2 yg ditanyakan sampai Kak Tim UIAG sebelah ana tu ”org2 perak je yg buat kerja....korg je yg tanya soalan”...”huhu..takde la kak tim...org perak ni byk yg blur kot ;)” ...tapi apa2pun byk menjelaskan segala kekusutan dan kekeliruan (if there’s any) dalam sesi ni. Psst...time MNKD ikhwah n akhawat kena asing ye. Point 3 dlm slide akh dhany tu...ana igt sampai skrg =) sbb time keluar benda tu serentak ana n kak asma’ saling berpandangan. Tapi kiranya agak ok la k-perak ni sbb mnkd kita berjalan...cuma whether it is effective and mencapai objektif atau tak tu soal lain la.

Then ada Sharing MNKD dari akhawat lokaliti lain. Kak Manihah present MNKD KDG (Karisma Daerah Gombak)...menurut maklumat yg diterima, naqibaat dan co-naqibaat je dh 30 something dari UIAG tu...nama yg dlm database yg ikut usrah ada la 170+. Tu baru akhawat...belum campur ikhwah lg. Terasa keciknya kita di UTP...memangla population derg lg ramai kt UIA tu tp memikirkan kt sana lg byk wadah islam...so to have that many under karisma is something, masyaAllah. Tp apa2pun kita tak lihat pada kuantiti semata kan. Lg satu yg agak interesting la menurut kate Kak Tim ikhwah derg buat MNKD campur semua dgn wadah2 lain ek? Ikhwah boleh testify? Tp bagus la jgk klu dh boleh duduk sekali mcm tu.

Kemudian Kak Khairul present pasal MNKD K-PP...setakat ni yg agak berjalan K-USM la. Dan mmg derg akan bg satu folder complete dgn segala borang utk diisi...tp, huhu, biasalah...fobia sket kot nk isi benda borang2 ni. Nnt akhawat K-UTP kita ajar the easy way utk isi ye kak asma’? Seterusnya kak Nazihah dari KDHL (karisma daerah hulu langat) ke depan siap dgn mind mapping lg. MNKD akhawat di sana lebih kurg kita 3x satu sem (awal, tgh dan hujung sem)...cumanya derg ada minor dan major mnkd. Minor mnkd utk bincang hal2 berbangkit sebelum major mnkd awal sem dan selepas major mnkd hujung sem dan juga hal2 kecil lain. Ana agak kagum melihat keterlibatan JIM DHL dalam MNKD derg, bukan setakat JIM IPT DHL, tetapi TPSM JIM DHL dan juga wakil JIM DHL sendiri akan cuba menghadirkan diri.

After that, kak Asma’ Aziz present MNKD KUKA (karisma uia kuatan akhawat)...ni lagi satu contoh lokaliti yg sgt ramai naqibaat dan co-naqibaatnya...tgk je la berapa ramai wakil derg hntr ke TITIAN kali ni. Di UIA Kuantan, MNKD derg siap boleh buat ikut level lg utk lebih memudahkan perbincangangan. Dan something yg masih dlm perancangan derg tapi belum dpt dilaksanakan ialah ketua naqibah dari setiap level tu akan turut serta dalam usrah yg dikendalikan utk menilai/memantau perjalan usrah naqibah tersebut...huhu...agak scary, mcm cikgu2 kt skolah or lecturers skrg.

After that ada sesi dalam group..lebih kurang LDK la membincangkan hasil2 TITIAN kali ni. Ana bersama group ana kembali dibimbing kak nik aishah. Mula2 kak aishah tanya la apa yg paling best dari TITIAN kali ni? Kemudian terus kepada perbincangan beberapa soalan spt: ada beza tak usrah sebelum FIDAK 2015 dilancarkan dan selepas? Ada a
ntara anak usrah yg tak suka pergi prog2 tarbawi lain selain usrah...kenapa? apa yg boleh kita buat? Apa masalah2 usrah kt lokaliti kita? Dan byk lg la soalan lain hinggalah ke soalan terakhir...sapa kt sini yg rasa usrah dia dh muntijah? Huhu...takde siapa angkat tgn...sgt la banyak lg yg perlu diperbaiki kan.Image

Selesai slot LDK:
kak zulfa (nmpk tudung je), kak lina (tgh tunduk sign autograph),
along, puan mj, kak husna, kak aishah

Slot 8: Sesi Pemurnian, Resolusi TITIAN, Majlis Penutup ni ana tak dpt dgr full pun....smpt dgr sikit je dr resolusi yg disampaikah akh Amirul. Antaranya, selepas ni setiap peserta TITIAN mesti bawak usrah. Yang lain mungkin ikhwah or kak asma’ boleh kongsikan selepas ni. Selepas tu dh bergegas siapkan barang dan turun bawah semula...smpt salam dgn kakak2 yg ada kt tepi2 tu je sebelum bertemu kak khadijah RA kt dewan makan bersama kak kausar uitm segamat dan kak azreen. Bertolak meninggalkan al-amin (dan akhawat yg disayangi) jam 1.30 bersama ikhwah yg baik hati menghantar kami bertiga straight ke pudu....alhamdulillah, takyah bersesak naik komuter. Sepanjang perjalanan agak byk la yg disembangkan bersama kak kausar uitm segamat...almaklumlah dah lama tak ketemu sejak masing2 balik dr UK (kak kausar kt uk dgn ana jgk dulu). Selamat tiba di pudu...solat zohor...beli mknn sket dan hantar kak kausar ke platform 6 menanti bas pulang ke segamat jam 3.30 ptg sebelum kak azreen teman ana pergi cari tiket baru sbb tiket yg dibelikan utk ana jam 6 ptg whereas kak azreen punya jam 4 ptg. Tak sanggup menanti kt pudu tu lama2....alhamdulillah dpt la tiket jam 4 ptg walaupun bukan sama bas dgn kak azreen.

Sepanjang perlananan pulang masih terngiang-ngiang bait2 lagu tema TITIAN kali ni Shoutul Harakah – Tekad. Tak suka sgt lagu ni mula2 tp dh kena nyanyi tiap2 hari lama2 suka jgk dan dpt la menjiwai lirik2 die yg sgt best dan memberi smgt tu...rasa mcm meremang bulu roma bila dinyanyikan.

Kami sedari jalan ini kan penuh onak dan duri
Aral menghadang dan kezaliman yg akan kami hadapi

Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati

Jasad ini darah ini sepenuh redha di hati....

Sesungguhnya TITIAN kali ni mmg memberi kesan yg agak mendalam...especially bab ukhuwah bersama kakak2...dpt kenal makin ramai la kakak2 ex-smih since semuanya geng2 kak asma’ jgk...makin rapat dgn kakak2 k-penang...berkongsi cerita yg sgt best yg rasa mcm nk nangis terharu bersama kakak2 k-sarawak dan sgt2 ramai lg.

Buat mereka yg rindu utk membantu agama Allah...
Buat para
penyelamat ummah yg kebingungan di persimpangan jln...
Buat para
pewaris generasi perjuangan yg pernah mengukir sejarah...
Buat para
pemuda pencari sinar kehidupan...
Buat
Muslim yg yakin ketuanan dunia & kebahagiaan abadi...
Buat mereka yg
menyerahkan jiwa raganya di hadapan Allah...
Buat pemuda yg
dahaga lahirnya kegemilangan baru...
Marilah kita terjun ke
medan amal...
Berusaha menjadi murabbi yg tegar, biar kelak lahir mutarabbi menyinar~

Semoga kita semua tetap istiqamah di atas jalan ini dalam proses takwinul rijal yg kadang2 kita terlepas pandang dek kerana terlalu sibuk berprogram.

Maaf terlampau panjang la pulak sharing kali ni...
Moga bermanfaat,
Rufaidah Mokhtar

Labels: ,

Saturday, May 24, 2008

Sharing is Caring: Wida' Akhawat Jan08

Salam buat ikhwah dan akhawat yg sentiasa dikasihi,

Alhamdulillah ptg semalam berjaya diadakan wida’ akhawat sesi Jan08. Mula2 as ‘organiser’ terasa agak kelam-kabut la jgk…plan tibe2 je a week before…di tgh2 saat getir semua org sibuk dgn final, alhamdulillah ada kakak2 yg tak kisah berkorban sedikit. Kehadiran yg agak memuaskan jgk dari ahli usrah akhawat k-utp walaupun ramai yg ada paper hr ni….23 orang out of 33 org is not bad especially ptg tu dgn hujan ribut yg boleh thn…terharu dgn mereka2 yg sudi hadir walau dgn basah kuyupnya.

Plannya nk start at 4.30 dgn solat Asar berjamaah dulu tp memandangkan belum ramai lg yg hadir time tu…kami set-up tempat dulu di surau poket C tu. Susun2 makanan yg alhamdulillah agak byk walaupun kami tempah roti jala + kari ayam + air bandung je…tp berkat rasa nk menyumbang and rasa nk share sesama ahli usrah…ada la jgk lg juadah2 lain spt tom yam, kek coklat, puding roti, kek batik dan bubur jagung. Alhamdulillah…save budget mknn ;) Mangkuk and sudu garfu pun pakai lebih TB punye je (Thanks kak may~).

Lebih kurang pukul 5 ptg kami start Asar berjemaah diimamkan anak usrah diikuti dgn pengisian ringkas oleh Kak Dzilal. Kak Dzilal memulakan tazkirah santai dgn soalan “Siapa yg dh ada plan apa nk buat cuti ni?” dan seterusnya kak Dzilal menekankan kepentingan menggunakan masa yg ada sebaik-baiknya. Apa yg boleh kita buat utk maintain diri kita yg ikut usrah almost every week kt utp ni? Bykkan membaca, no matter what type of books…asalkan kita dpt cari values from those books yg berguna utk kita. Hatta kalau tgk movie sekalipun jgn sekadar tgk kosong je tanpa berfikir…fikir dan relatekan dgn life kita as a Muslim, relatekan balik dgn apa yg pernah belajar dlm usrah etc [akhawat dh expert dh bab ‘cari-pengajaran- dari-movie’ ni hasil liqa’ akhawat a.k.a. movie nite ;)]. Bykkn jg ziarah ke rumah sahabat2…ziarah sanak saudara…kalau bukan time cuti, bila lg kan kita akan dpt chance to do so?

Antara lainnya jg…hadiri kelas2 agama/pengajian kt surau berdekatan ke…cari group2 usrah yg mungkin kita boleh join (“kalau nk tahu mana2 group usrah yg boleh di join kt tmpt masing2 boleh tanya Along ni” heh…). kak dzilal jg berpesan supaya tunjukkan akhlaq sebaik mungkin kepada org sekeliling…tunjuk akhlaq yg baik pd parents, siblings, teman2 lain. Inilah beza kita yg dh ikut tarbiyah dgn org lain kan ? Akhlaq kita tu je dh boleh jd satu cara berdakwah melalui qudwah hasanah. dan byk lg points lain…ana asyik sibuk keluar contact akak2 yg tak dtg lg…alhamdulillah towards the end of kak dzilal’s tazkirah kak filzah n kak aishah pun sampai =)

Seterusnya MC (Kak Asma’) take over majlis dan acara yg dinanti pun bermula setelah bacaan doa mkn oleh anak usrah. Seronok tgk semua mkn dgn happynya…sembang itu dan ini. Terdetik dalam hati, bila tgk mcm ni sekaligus…ramainya ahli usrah k-utp~ ni pun tak semua dtg…alhamdulillah2. Mkn share2 satu bekas, mkn bersuap dan mcm2 gaya lg…makan pun boleh jd module ukhuwah tau :P. Bila nmpk masing2 dh agak kenyang lampu dipadamkan dan dgn bantuan muneer kami start buat tygn…klip yg dibuat khas utk meraikan kak zahrah, kak aishah n kak rozie yg bakal ke dunia pekerjaan…juga buat kak filzah yg bakal ‘berjuang’ ke internship. Rasa sebak di hati tatkala melihat balik kenangan2 lalu dgn sayup2 nasyid “Keluarga Bahagia – Nowseeheart” in the background…saat tersenyum bahagia bersama yang akan dirindui. Kakak2, doakanlah kami di sini ye. Tak lama kemudian dh boleh nmpk dh mereka2 yg merah mata menangis…huhu.

Selesai tayangan, kak asma’ menjemput kak aishah utk bg amanat2 terakhir. Kak aishah menasihatkan kami2 yg tinggal ini utk terus tsabat di jalan ini…hargai ukhuwah yg ada…ambil pengajaran dari segalanya dalam hidup ini…yg baik jadikan teladan, yg buruk jdkan sempadan.

Seterusnya kak zahrah pula yg bg amanat2 terakhirnya…nmpk kak zahrah tgh try nk control sebak supaya tak menangis time bg ucapan…hehe. Sebelum kak zahrah mula berucap, kak zahrah minta kami semua komen kelemahan n kekuatan kak zahrah on a piece of paper....masing2 khusyuk menulis time tu. Apa2pun, terima kasih utk input yg sgt berharga dari kak zahrah. Kak zahrah yg dh 5 tahun kt utp ni mmg la sgt byk pengalaman…kak zahrah bg pesanan kt ahli2 usrah yg lain… “akak dh lame dh join usrah ni…dari sekolah lagi…dari kecik lg. masuk utp pun mula mencari yg terbaik utk akak bekerja demi islam ini. Group dr hizul akak dh pernah join, RM dh…dan akak pilih KARISMA akhirnya. Harap semua dapat pilih yg sesuai utk diri masing2 akhirnya…sbb kita kena pilih satu utk kita work with. Biasanya org yg join byk2 ni samada die takkan join apa2 trus in the end or dia akan pilih satu. Sbb kita takkan boleh commit dgn byk2…once akak dh pilih KARISMA, dgn KARISMA la akak bg 100%”. Then kak zahrah sambung lg…sepanjang 5 thn kak zahrah kt utp ni…dua cabaran utama yg kak zahrah hadapi ialah ujian HATI dan ujian MASA.

Kita ni skrg berada dlm status yg mmg masing2 secara fitrahnya ingin disayangi and menyayangi. Tp perasaan tu kalau boleh jgn dilayan, dan jgn juga dilawan…what’s important is to be able to CONTROL it. Kita halakan rasa tu pada yg lebih Agung…salurkan all those passion pada something else. When passion and skill work together, expect a masterpiece ;). Sibukkan diri kita dgn kerja2 sebegini supaya kita tak terfikir akan benda2 yg tak diperlukan tu. Hubungan lelaki dan perempuan tu sgt2 perlu dijaga…kalau tak perlu berhubung, tak payah la. Masing2 khusyuk mendengar nasihat2 dari kak zahrah.

Kak Zahrah bercerita pengalaman sendiri…pernah terasa sgt2 tak willing utk pergi daurah, but she did gain something valuable from it. Masa mmg something yg sgt penting dlm hidup kita as students ni...lebih berharga dari emas kan ? Tapi kita kena try utk cari alasan supaya TAK miss usrah, daurah dan program2 lain. Bukan cari alasan utk tak pergi…sbb sgt2 rugi la org2 yg miss peluang2 utk ke majlis2 ilmu sebegini. Masa itu pun milik Allah…percayalah, at the end of the day…Allah akan gantikan balik masa kita tu dgn yg lebih baik. Thanks kak zahrah for saying all these…these anak2 usrah need to hear it.

Kak Zahrah akhiri dengan kata2…jadilah benih yang baik, walau di mana pun kita dicampak tetap berguna dan bermanfaat utk org lain. Lidah takkan berhenti bercakap, akal takkan berhenti berfikir, anggota badan takkan berhenti bergerak…kalau ia tidak digunakan ke arah kebaikan, ianya akan terguna utk kejahatan. Dalam islam tiada jalan tengah…samada baik atau buruk…islam atau jahiliyah. Fa alhamahaa fujuurahaa wa taqwaahaa … maka Allah jalan kejahatan dan ketaqwaan (as-Syams: 8). Kalau kita rasa apa yg kita buat tu bukan sesuatu yg baik, maka ianya something yg buruk la kan ? There’s no such thing as separuh baik and separuh buruk.

Next turn kak filzah pulak…kak filzah mohon didoakan supaya sentiasa tsabat di atas jalan ini. Nantikan kepulangannya 8 bulan dr skrg utk bersama-sama kembali dlm gerak kerja ini ;) InsyaAllah, kami di sini setia menanti...

Seronok akak2 ni dapat hadiah beg telekung (err…boleh la nk buat beg apepun) and frame gmbr beserta gmbr ‘Big Family K-Perak 2008’ yg telah diedit oleh Kak Hannan dgn mantapnye =). Glad u guys love it… ‘JK Hadiah’ agak pening tak tahu nk beli ape. To ikhwah, maaf la ye antum tak dpt tgk pun apa hadiahnye walaupun ni hadiah bersama dari K-Perak.

Majlis ditutup dgn tasbih kafarah dan suratul asr dan masing2 mula gotong royong kemaskan surau serta mknn2 yg byk lebih tu. Terasa agak sebak time salam2 dgn kakak2 tersayang ni…moga ketemu lagi di atas jalan dakwah ini jg. Menjelang maghrib semua sudah beredar kecuali yg stay behind utk kemas2 peralatan multimedia. Alhamdulillah segala puji bagiMu ya Allah yg memudahkan perjalanan wida’ ini. SubhanAllah maha suci Allah yg segala hidayah adalah milikNya jg. AllahuAkbar, Allah Maha Besar yg menautkan hati2 kami di atas jalan ini. Sayangi keluarga, di situlah bahagia...

Jazakumullahu khairan katsira buat kakak2 yg byk membantu…juga Syifa’ n Muneer yg sgt berjasa

Ya Muqallibal qulub…tsabbit quluubana ‘ala deenik wa ‘ala tha’atik wa ‘ala sabiilik


Teary-eyed,
Rufaidah Mokhtar
Ameerah K-UTP/K-Perak

p/s: yg grad, nnt kite jmpe lg time convo ye ;) yg intern, time convofair antum wajib turun tolong jg booth jgk =)

Labels: ,

Sunday, February 10, 2008

Sharing is Caring: KBM SMAH 7-8 Feb

Assalamualaikum wrm buat ikhwah akhawat yg ana kasihi dan sayangi,

Sebelum ana mulakan coretan perkongsian sepanjang KBM SMAH yang lalu….ingin ana katakan…ana mmg sungguh-sungguh sayangkan al-Hidayah…

Terngiang-ngiang lagi di telinga bait nasyid “Lafaz Yang Tersimpan – UNIC” tika jari-jemari berlari-lari di atas keyboard saat ini…

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia


Memang banyak lafaz-lafaz yang tersimpan yang akhirnya terluah juga ketika KBM yg lalu ini. Mungkin ini KBM yg paling bermakna utk ana sepanjang ana jadi fasi KBM…ana pernah jadi fasi utk sekolah yg agak teruk, sekolah yg agak elit pelajarnya..dan kini utk sekolah agama rangkaian kita. Mmg berbeza pendekatan utk ketiga-tiga jenis sekolah ini..memang berbeza kesan yg terasa.

Rabu malam ada taklimat kat SMAH..mcm biasa. Time ni ana pergi dgn mama ana n anak usrah dr utp (sorg je..sorg lagi tak jd sbb ada first meeting SRM pulak). Katanya pukul 9.30 nk start briefing...so sampai 9.30 on the dot tu ada pakcik shukri and muallimah paridah (isteri pakcik) tgh set-up stage and kemas2 dewan. Org2 Manjung tak sampai lagi...kemudian tak lama kemudian makin ramai org Ipoh sampai, Team Perak dari Manjung, Team Penang, Team Kedah and also Team Perlis (Penang, Kedah and Perlis menjadi pemerhati KBM SMAH utk urusan transfer of technology KBM dari Johor ke negeri masing2). Taklimat macam biasa...kami diajar moves Chicky Dance and Demi Matahari utk yg belum pernah lagi buat benda2 ni. Fasi akhawat mcm biasa...ramai...fasi ikhwah tak berapa ramai sgt. Seterusnya pesanan2 and tips2 dari otai2 KBM (Pak Ngah, Pak Teh n Abg Bob yg byk bercakap).

Makcik Ide sponsor makanan utk mlm tu...nampak sgt sedap (tak mkn pun sbb dh kenyang)....sambil minum2 sembang2 dgn akak2 n makcik2...mulanya ingat nk tidur kat Rumah STAM dgn makcik2 n akak2 lain tapi nnt mak ana drive sorg pulak lewat2 malam (almost 12) tu balik rumah...so ana decided to sleep at home je malam tu.

Pagi esok tiba di SMAH seawal jam 7.30pagi....ramai dh peserta yg tiba. Satu yang seronoknya berKBM di sekolah sendiri..semua junior kenal....jalan2 sket semua tegur ”Kak Rufaidah...lamanya tak jumpa..rinduu”. sempat jgk jumpa kwn2 sebaya yg amek STAM skrg...seronok2...

Semua dipanggil masuk dewan dan Amin (anak Pak Lang) memulakan taklimat penerbangan pagi itu setelah Muallim Zul menyerahkan anak didik SMAH kepada pihak KRJ. Penerbangan 070208 G-18....dengan seramai 102 org penumpang beserta bilangan pramugara dan pramugari yg agak ramai. Pramugara ke depan dan memperkenalkan diri...seterusnya pramugari pula (lagi ramai dr pramugara..tak muat nk berdiri semua kat depan tu).

Simpan duit hari-hari,
Bila banyak sila derma,
Rufaidah nama diberi,
Tapi Along panggilan glamor.


Sempat siapkan pantun ringkas 10 minit sebelum pergi depan...seterusnya syarat-syarat penerbangan dibentangkan Pak Teh. Dan penerbangan pun bermula...


Knowing Me Knowing You (KMKY)

Slot ini dibawa oleh Amin and Abg Long Penang...seterusnya barulah Abg Bob yg mmg dh sedia dikenali ramai kat Hidayah ni masuk join skali. Gandingan mereka bertiga mmg cukup mantap mencairkan segala dinding2 ais yg mungkin ada di antara peserta...semuanya mesra ber3S. Salam, Sapa, dan Senyum Tiga....masing2 sengih gembira. Bertepuk-tampar bersama, cuit sana sini....indahnya perkenalan. Lagu tema Satu Tekad mula dimainkan....banat semangat turut serta menyanyi..tak sempat disuruh lagi masing2 dh pegang tgn, peluk bahu kwn...seronok tgk~

Waktu Abg Bob mula hendak memanggil banin banat ni dgn panggilan adik kasih dan adik sayang...semuanya tak nak (hehe...budak sekolah agama tak main la kan kasih2, sayang2 ni...konon). Puas Abg Bob main tarik tali dengan banin banat ni..barulah masing2 bersetuju. Itupun bila Abg Bob panggil ”adik sayang...ooo...adik sayang” ”Ye..Abg Bob!!” (banin menyahut dgn suara kuat mereka tu). ”adik kasih...ooo..adik kasih” ”Ye....Abg Bob” (Tak dgr langsung suara...malu mungkin? Suara pun garang semacam bak kata Abg Bob). Tapi lama2 as the ’flight’ continues...semuanya ok je.

Kumpulan dibahagikan...5 kumpulan banat dan 9 kumpulan banin. Fasi akhawat mmg la sgt ramai..dpt la satu group 2-3 org fasi....fasi ikhwah tak cukup. Pakcik2 ni sekali kena jadi fasi jgk. Masing2 mula mempersembahkan Army Yell kumpulan selepas rehat...

Perbezaan pertama KBM SMAH dgn KBM lain: nama kumpulan sgt la sopan2 dan islamik...ada Muhammad al-Fateh, Hizbullah, something Da’wah (x igt sgt), Unais, An-Nisa’us Solehah, Mawaddah, Milestone ( = petunjuk sepanjang jalan = ma’alim fit tariq)...dan byk lg nama2 soleh solehah lain. Cuma ada la 2/3 group yg nama tak ikut lain...Persatuan Anak-anak Melayu Bersatu (huhu~ smgt kemelayuan sungguh), 786 Bismillah (Abg Bob pergi tambah ”786 Bismillah..Nasi Kandar satu~”). Army Yell pun sopan2 dan lebih kurang sama je semua (group banin mmg semua style sebijik je..tak original lgsg)..paling2 mesti ada ”Takbir...AllahuAkbar”.

Selesai Army Yell...kami fasi pun dipanggil ke depan...kata Abg Bob utk mempersembahkan army yell kami (dlm hati: aik, sejak bile pulak ada army yell fasi..tak tahu pun), rupanya kami diminta berChicky Dance kat depan tu. Selepas tu, otai2 KRJ ni tunjuk videoklip derg ber3S sebelah paginya (letak lagu Titian Kejayaan kot tak silap ana)....pastu nyanyi lagi ramai2. mmg bagus la inisiatif and kesungguhan KRJ ni..sekejap je siapkan videoklip..budak2 ni pun seronok tgk muka masing2 dlm videoklip. Seterusnya Abg Bob minta feedback dari adik2 kasih dan sayang..apa yg derg dapat dari slot 3S pagi tu.

Perbezaan kedua: Kalau dgn sekolah luar..akan keluar la ayat mcm ”best la..dapat kenal rapat lagi dengan kawan2....gelak2..”. Dengan budak SMAH maka keluar la ayat2 seperti ”dari 3S ni ana rasa kita boleh dapat 6K iaitu...Kejayaan,....” (ana tak igt dh yg lain2 tu). ”ana rasa 3S ni bukan sekadar Salam, Sapa, Senyum je...seperti tadi ada satu kumpulan akhawat yg tekankan pasal senyum tu...ana rasa kita boleh tambah satu lagi...eh..bukan tambah, simpulkan...3S ni actually melahirkan rasa Sayang...ye...itu yg paling utama.” ”ana rasa kita dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita dgn cara ni dan kita juga dapat membersihkan hati dari sebarang sangkaan terhadap teman”...dan yg paling best skali ”ana rasa konsep 3S ni dapat kita hubung-kaitkan secara tak langsung dgn tiga rukun usrah yg seperti mana kita semua tahu iaitu ta’aruf, tafahum dan takaful..bla..bla..bla”. Abg Bob pun mengakui ”tak pernah lagi sebelum ni yg boleh dr 3S keluar 6K, jadi 2M, siap tmbh lg satu S..pastu kaitkan dgn rukun usrah bleh jadi 3T pulak...mmg menyerlah jauh dari yg biasa adik2 SMAH ni”. mmg masing2 bila dh bercakap tu..gaya macam bagi tazkirah...”ana ingin mengingatkan diri ana sendiri dan sahabat2 sekalian....”. ya Allah~ ana mohon dgn amat agar mereka ini tetap tsabat (kita semua sedia maklum kan percentage mereka2 yg futur lepas klua biah solehah mcm ni..ramai)..mereka2 inilah permata2 yg perlu kita gilap. Mantap tu mmg tak payah cakap la....siap keluar hadith2 n ayat2 lagi...lancar je keluar time bercakap. Sayang sgt adik2 dan teman2 al-Hidayah.

Inteam (Akrab Persahabatan)

Selepas makan tghr dan solat zohor, slot seterusnya dimulakan. Sebelum tu (ana rasa time ni kot..could be time lain..terlupa) dimulakan dgn nasyid Bingkai Kehidupan (seperti yg dinyanyikan time MIN)...siap dgn gaya2 semua tu. Sekolah agama kan..so boleh la nk bawak nasyid2 mcm ni...bagi derg semangat sket. Pak Lang yg handle slot ni..dengan ayat2 power Pak Lang tu...adik2 kasih dan sayang ni mula dipair-upkan dgn sahabt yg paling rapat. Ada juga yg tak cukup teman...so partner dgn org yg tak brape kenal sgt pun..tak berapa berkesan ana rasa...sbb slot Inteam ni kena dgn org yg kita betul2 dh lama bersahabat...baru terasa kesannya. Pak Lang baru je mula..dah ada yg berderu turun air mata...syahdu tgk..ana paling teringin nk join slot Inteam ni dgn sahabat2 ana sendiri...tp time tu tak terasa nk menangis sgt tgk derg. Tiba2 dpt message dr Kak Asma’ tnye pasal barang PKN...sebak pulak time tu teringat akak2...

Ayat2 provokasi Pak Lang of course la lagi mantap n power dr biasa. Pak Lang guna hadith ke-13 tu..."tidak beriman seseorg itu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri...adakah kita sebagai sahabat telah menunaikan hak2 saudara kita? Ada kita tegur sahabat kita? Ada kita tegur sahabat kita tu saat kita nampak die solat tidak khusyuk selama ini? Ada kita tegur sahabat kita tu bila kita nmpk die buat salah? Dah cukupkah kita cinta dan sayangkan sahabat2 kita? Sekarang minta maaf pada sahabat kita tu...luahkan segala..doakan sahabat kita tu dengan sebenar2 doa.” mmg best ayat Pak Lang..ana pun terkena sekali tempiasnya. Adik2 kasih mmg masing2 dh menangis...berpelukan tak nak lepas...adik2 sayang pulak...ada yg dh mula berpeluk erat, ada yg dh berlinang air mata...tapi ada jgk lagi yg main2 gelak2 sembang2 lagi (kacau org lain je...). Fasi tgk dari belakang je...Ummi Nita kata tak payah pergi kt derg...biar je...just masuk campur if things get out of hand. Banat 5 Abu Bakar mmg beriya menangis...maklumlah...dh 5 thn bersama...tak masuk lagi yg dr SRAH lagi dh bersama...teringat sahabat2 sendiri tika itu.

Perbezaan Ketiga: Bila Pak Lang minta feedback utk slot Inteam ni pulak..mula2 tu ramai banat je yg volunteer bercakap. Lepas tu Pak Lang minta banin pulak..semua diam je..Pak Lang cabar2 sket..barulah ada sorg...pastu banat lagi...kemudian barulah ada sorg lg banin. Dan macam biasa...SMAH kan menyerlah jauh dari yg biasa... ”apa yg ana dpt dari slot Inteam ni ialah kepentingan bersahabat. Sebelum ni, program2 motivasi yg byk hadiri..tak pernah yg ada tekankan bab sahabat ni...selalunya byk menekankan hubungan dgn parents je. Tapi dgn KBM lain...ada penekanan terhadap kepentingan bersahabat. Sahabat ni penting...bla bla bla..” sgt la pjg celoteh die..mmg gaya2 bagi tazkirah betul la adik2 SMAH ni.

Badan Sihat Otak Cergas (Riadhah)

Selesai solat asar ana bergegas berjumpa dgn Kak Iman RCMP yg nk bawak ana ’lari’ pergi usrah kejap ptg tu. Rasanya slot riadhah ptg tu derg main ”Belon Harapan” kot...sbb ada nmpk belon yg diisi air....wallahu’alam. ana berkejar dgn kak iman ke rumah makcik ina utk usrah lepasan spm (yg ana sepatutnya bawak tp since sem dh start..kak iman take-over)...dgn keadaan tak prepare apa pun (kak iman main buat surprise je heret pergi usrah) berusrah la kami bertujuh ptg tu sampai maghrib – ana rindu usrah2 mcm ni yg mana semua ahli usrah chip-in utk bg pandangan masing2...semua sibuk bercakap...bukan naqibaatnya aje. [Tips: pastikan buku nota kecik yg ada catatan2 ringkas pengisian dibawa ke mana sahaja...boleh guna utk bg tazkirah time2 emergency mcm ni. Dan pastikan jg ada ayat favourite/surah favourite yg boleh kita ulas impromptu mcm ni....time tu kena pilih surah utk tadarus so ana just randomly pick surah Ibrahim sbb teringatkan perbandingan kalimah toiyibah and khobisah dalam ayat 24-26 surah tu]. Makan malam n then maghrib di rumah makcik Ina sebelum ke sekolah utk berKBM lagi.

Meniti Angin Malam

Slot malam dimulakan dgn tayangan semula videoklip slot Inteam siang td...amboi2...seronok banin tgk muka banat menangis ye...siap suruh Pak Teh ulang2 lagi. But truly, this is a good way to show that they are appreciated...sape tak rasa appreciated org buatkan video ada muka kite kan ;) kalau yg suke amek gmbr byk2 tu (ehem..ehem)...kalau ada usrah yg buat aktiviti best2 ke..amek la gmbr byk2..pastu guna windows movie maker (simple2 sudah...) taruk lagu2 sket..dh jadi lawa. Bleh tunjuk time next usrah...mesti happy je anak2 usrah nnt (tak tahu la applicable ke tak utk ikhwah..akhawat suke je benda2 comel mcm ni).

Tak byk sgt nk komen slot malam ni...mcm biasa je. Takde yg meraung terlebih, atau yg histeria (risau jgk takut ada..yelah...ni kan sekolah al-hidayah...dikelilingi gunung...dekat dgn kubur lagi). Meniti Angin Malam 1 mcm biasa...semua menangis sket2....fikir2kan balik pengorbanan ibu melahirkan, jasa ayah membesarkan...kemudian proceed dgn Meniti Angin Malam 2 yg dibuat kt dlm dewan tu jgk. Tak buat diluar mcm sebelum2 ni...mungkin susah nk cari power source di luar...lgpun bilangan peserta tak berapa ramai. Jadi mereka semua didudukkan dlm barisan2....tgh2 antara banin n banat tu pakcik2 yg expert ni set-up kubur. Kagum jgk ana tgk derg set-up kubur tgh2 gelap tu..lengkap dgn payung n pokok lagi. Selesai slot mlm dan sedikit kata2 nasihat dr Pak Lang lagi...dua org adik sayang n 2 org adik kasih lagi memberi feedback. ”Benarlah firman Allah dalam surah al-Mulk; (dan kemudian dia bacakan ayat 2 surah al-Mulk)...pengalaman sebentar tadi benar2 memberi satu tazkirah buat diri ini supaya kita sentiasa bersedia menghadapi kematian...”. ana tak berapa nk fokus sgt time ni..mengantuk yg amat...kemudian sesi peluk cium salam dgn semua peserta mcm biasa sebelum tidur pada jam 2pg.

Kini dan Hijrah

Slot Kini dan Hijrah dibuat di surau sementara slot selari utk ibubapa dijalankan oleh Pak Lang di dewan sekolah. Warm-up sket sesi pagi tu dengan Chicky Dance dan nyanyian lagu ”Gemuruh” (kata Abg Bob: kita bukan nk contohi faizal tahir ye...kita nk amek semangat dari lirik lagu ni je...). kemudian abg Bob n Kak Shima buat gaya2 surprise pulak..call a few names yg derg kata dh diidentify bermasalah...antara nama2 tu ada jgk Nuaim Siddiqi (anak Dr Danial ni...takkan bermasalah kot), Syed Salahuddin (KU SMAH ni....sah takde masalah) dan beberapa lagi nama muka baik2. rupanya ada surprise~! Mereka2 adalah anak2 kelahiran Februari...maka pihak KRJ yg baik hati ni pun meraikan...bagi hadiah plus derg kena bg ucapan sket. Kemudian proceed dgn feedback dari peserta ttg overall program so far....ramai jgk yg tampil ke depan. Dan macam biasa keluar la ayat2 yg best didengar "
..keberkesanan sesuatu program motivasi itu bukanlah dinilai semasa program berlangsung...tapi selepas program itu sendiri. jadi ana mengingatkan diri ana yg hina ini dan diri para sahabat sekalian utk tetap istiqamah dgn perubahan yg telah dibuat...biar ianya berkekalan dan bukanlah sekadar terkesan 2/3 hari sahaja". Mantap2...

Seterusnya Kak Shima take-over...buat suara mendayu-dayu sket...dan adik2 ni mula la meluah segalanya dalam helaian warkah buat ayahanda bonda tercinta. Masing2 tak kira banin atau banat tekun menulis....adik2 kasih terutamanya sudah meleleh air mata. Ana getap bibir tahan sebak je time tu. Seterusnya beratur keluar surau menuju ke dewan...masing2 masuk ke dalam dewan dan berdiri di hadapan semua parents yg ada (ramai parents yg hadir...alhamdulillah..penuh dewan). Pak Lang set mood syahdu2 sket...kemudian dilepaskan adik2 kasih dan adik2 sayang ke pangkuan ayah bonda. Ana pun terus meluru ke arah parents jgk...rasa sebak yg tertahan tu pecah juga. Menangis jgk ana akhirnya...selama ni jadi fasi je, tiba2 turut sama jadi peserta. Mmg lain perasaan jadi fasi yg tgk and jadi peserta yg melalui..yg salam memohon kemaafan, yg peluk mengucap sayang, yg mendoakan ayah bonda...

time tu la baru ana bagi tahu mama ayah ana yg ana dilantik Ameerah K-Perak...igt nk simpan je rahsia tu...tapi mcm tak sanggup je...so ana rasa kalau ana tak cakap time tu..mmg sampai hujung sem kot ana simpan. Jadi terluah juga lafaz yg tersimpan tu...terkejut jugak kot mama ayah....terdiam sekejap. Alhamdulillah, tak marah...cuma pesanan ”masa kena manage betul2...akhlaq tu jaga”. Kemudian Pak Lang suruh berdiri peluk parents...and then minta maaf juga atas kesalahan2 kita...sebut sekali apa silap n salah tu. Ana mulanya teragak2 jgk tapi keluar la jgk ”along minta maaf result along last sem tak berapa elok...along minta maaf minggu lepas along pegi muzakarah kat UIA tak bg tahu...along takut mama tak bagi pergi..tapi along kena pergi sbb along ameerah”. Mmg lega amat bila dh cakap tu...alhamdulillah sgt sgt takde apa yg tak diingini berlaku sepanjang perjalanan pergi balik dan semasa kat sana..klu tak, mmg dh tak tahu nk ckp apa la. Pergi keluar ’berjihad’ tak minta izin dgn parents...tak berkat nnt. Alhamdulillah terluah segala...ana mmg tak kisah la time tu pakcik2 yg sibuk amek videoklip time tu....dah la pakai vest KRJ...nmpk sgt fasi yg tgh duk menangis beriya tu.

Ana tgk sekeliling...mmg hampir semua menangis...banin2 yg muka selamba n main2 tu pun menangis beriya jg, banat apatah lagi...adik ana sendiri pun menangis (tak sangka betul ni~). Kemudian pak lang suruh suami doakan isteri and then isteri doakan suami...depan anak2...tak perlu segan2...so ana tukang dgr je la...so sweet~. Selesai segala sesi menangis, Pak Lang minta sorg dua adik2 kasih sayang utk share perasaan masing2...muka2 sama tu jgk yg volunteer...kemudian 2 org ibu n 2 org bapa tampil mengucapkan jutaan terima kasih jg pada pihak KRJ. Seterusnya Pak Lang menjemput Muallim Zul selaku pengetua SMAH utk memberi kata2 akhir. Muallim memulakan dgn ucapan terima kasih buat pihak KRJ kerana akhirnya sudi berKBM di SMAH (”dah lama dh meminang KRJ ni sebenarnya...alhamdulillah dapat pun buat weekend ni walaupun dh byk kali kena tunda”)...kemudian muallim berseloroh ”lepas ni kena panggil kasih dan sayang la pulak ye..takde banin banat dh”...muallim zul then teruskan dgn mengucapkan terima kasih kepada muallim n muallimah yg byk membantu...ibu bapa yg sudi menghantar anak ke SMAH ”di sekolah ni...kami tak banyak facilities..guru2 pun tak well-trained mcm di sekolah luar...”. bayangkan muallim cakap mcm tu dgn suara sebak n berlinang air mata...ana pun dh meleleh sebak...sedih dgr mcm tu. Tiba2 berazam nk tolong SMAH suatu hr nnt...akan kembali berbakti di sini nnt. Pak Lang kat tepi ana tu pun ana tgk dh berlinang air mata jgk. Mmg besar amat pengorbanan muallim n muallimah al-Hidayah ni...sgt2 besar...dgn gaji yg tak seberapa, sanggup berkorban demi warga al-Hidayah.

Pak Lang pun tutup sesi dgn bacaan doa...dgn ayat best ”harap ibu bapa kat rumah teruskan benda2 ni..agar kita dapat bentuk keluarga Muslim...dari situ barulah wujud masyarakat Muslim...bila dah ada masyarakat Muslim baru dapat bina negara Islam”.

Sesi terakhir bersalam-salaman dgn semua peserta dan ibu bapa...rasa terharu semua ibu2 ni beriya berterima kasih...siap cium2 lagi. Kami tolong2 apa yg patut je. Muallimah2 pun berterima kasih..ada la 3 or 4 of us yg ex-Hidayah yg jadi fasi...siap boleh tunjuk2 lagi kat mak2 lain ”ni anak murid saya sejak djh 1 ni...dh besar pun skrg...still tolong2 sekolah lagi”. Apalah sangat muallimah nk dibandingkan dgn jasa muallimah mendidik kami semua..sampai jadi ’orang’ ni. Ana mmg sgt sgt sayangkan muallim muallimah di al-Hidayah....sgt sgt. Semoga mereka sentiasa dilimpahi kurniaanNya.

Maaf sgt pjg...seronok meluah lafaz yg tersimpan,
rufaidah mokhtar
fasi KBM SMAH 070208 G-18

Labels: ,

Tuesday, January 29, 2008

Sharing is Caring: BBQ akhawat - 27/1

Assalamualaikum wrm wbt buat para pejuang sekalian,

Alhamdulillah…thumma alhamdulillah…thumma alhamdulillah. Selesai sudah BBQ Akhawat Ahad lepas yg dibuat dalam UTP sendiri….di tepi tasik yg indah nan permai. Jam 4.35 ptg dh mengorak langkah keluar dari bilik menuju ke tasik tepi Masjid An-Nur…dalam hati “alamak, dh lmbt dh ni…5.15 kata dh nk start…jauh lg nk kena jln ni….”. Lebih kurang satu pertiga perjalanan yg amat panas tu, terserempak dgn Kak Zahrah n Syifa’ kat V3…kak zahrah suruh naik and then patah balik ke V5….ambil akak2 lain…mula bergerak ke destinasi dituju. Dari jauh lagi dh nmpk awan mendung kat masjid….doa tak putus-putus dalam hati. Setibanya di masjid, menunaikan kewajipan sembahyang Asar dahulu sementara 2 org akak set-up games utk ptg itu.

Selesai solat…bergerak ke kawasan BBQ kami. “Mana yang lain ni…dh 5.15 pun…” ….risau kedatangan tak seperti yang dijangka. Sementara itu, masih mencuba pelbagai strategi utk set-up games “Timun Ukhuwah” kami…(angkat itu ini, panjat sana sini, jolok2) ….akhirnya berjaya~! “Eh…kalau hujan mcm mana? Kita ada plan back-up kan?” soon after the words left our mouth, hujan mula turun renyai2. barang2 segera diangkat dari atas meja di luar ke dalam kwsn beratap… "kita kena angkat meja ni bawak masuk dlm…nnt nk letak mknn”. Dgn daya kudrat yg tak seberapa, kami berempat mencuba. Beratnya Allah sahajalah yg tahu...tak mampu....sementara itu hujan mula turun mencurah-curah..makin lebat. Bila menjenguk ke gazebo lagi satu, alhamdulillah...dah ada yang 'berbaik hati' sediakan dua meja picnic kat dlm tu. Mknn (yg sgt sedap dan byk) pun mula diangkat dan disusun atas meja.

dari jauh kelihatan kelibat dua org 'adik' foundation first menuju ke arah kami (penghuluwati dan roomate)....kemudian dua org lagi foundation second berpayung berdua dari v2...kak iffah dan kak azleen dari ipoh pun tiba...kak asma’ berulang-alik dgn Syifa’ ke UITM utk membawa akak2 UITM ke sini. Tiba2 telefon berbunyi... "Along, kak rozie terkandas kat cafe v3 ni....dgn anak2 usrah UITM akak 7 org...boleh minta kak zahrah amekkan tak? Hujan lebat sgt ni". Terlihat kelibat kak zahrah berlari-lari dari jauh dlm hujan (mmg kami kebykn tak bwk payung pun...basah kuyup~)... "akak, kak rozie minta tolong amek kat v3...dgn akak2 uitm lain". Alhamdulillah, viva kak iffah ada..kak zahrah berkejar ke sana. 2 org anak usrah tiba dihantar teman dgn kereta...tak lama kemudian najah tiba bersama kak filzah. Phone pula berbunyi tanda message diterima... "sorry la tak jadi..hujan lebat sgt ni..." – dari 3 org adik foundation first...smgt masih belum luntur...ada jln penyelesaiannya utk ini. "Mana pulak anak2 usrah yg lain ni...janji boleh datang", panggilan demi panggilan dibuat....ada yang sibuk TB, ada yang sibuk RCSU, ada yg buat discussion IS....bersabar dalam hati. Pertolongan najah diminta....segera ke V1, V2 dan V5 utk sesi menjemput yg lain....hujan sudah mula menunjukkan tanda-tanda berhenti (ayat ana paling tak boleh lupa as soon as anak usrah dr V5 [batch ana] masuk najah dan duduk dengan adik2 foundation first... "alamak, kak farah dina fasi disiplin MAS ada jgk la.." hehe). Berjaya mengumpulkan 4 org lagi.

Setibanya di tempat BBQ kami..terlihat sudah ramai akak2 dari UITM yg tiba...begitu juga anak2 usrah dan sahabat lain dari V5 (tak sempat nk pergi jemput...mereka dah sampai dulu...tabik~). Kak Dzilal pun baru sampai..walaupun baru tiba dari KL sebelumnya. Hati berbunga riang kembali...kak zahrah sempat berbisik "kita buat dua games je la along...cut short the time....main sampai pukul 7 pastu makan n solat..lepas solat kita sambung balik mkn ayam BBQ...mcm lmbt je lg tu nk masak". Lebih kurang jam 6.15 hujan sudah berhenti sepenuhnya, (lewat sejam dari yg dirancang) majlis dibuka (cuaknya jd MC..hehe)...briefing sedikit tentatif utk ptg tu..menjemput kak zahrah selaku super-senior utk memberi kata-kata aluan...kemudian menjemput 'Mama Dzilal' pula. Sementara itu berkejar mengumpulkan fasi kumpulan....briefing 2 games yg akan dibuat ptg itu...minta fasi kumpulan take contact details group members...and then kembali menjadi MC majlis. Kumpulan dibahagi.....4 kumpulan semuanya (alhamdulillah ada hampir 50 orang ptg itu [^_^]).

Baru sahaja bergerak ke kawasan games...terlihat kelibat 3 org lagi sahabat...tak lama kemudian kak asma’ tiba bersama 3 org lagi akak2 UITM...alhamdulillah....senyum tak sudah. Yang tak jadi fasi dan yg tak jaga mknn....SEMUAnya kena join main jgk...tiada beza, semuanya sama. Permainan ”Acid River” dan ”Timun Ukhuwah” (4 lagi games yg dicadangkan tidak dijalankan memandangkan kekangan masa serta tempat yg tidak sesuai serta agak basah kesan hujan) dimulakan setelah selesai taaruf....fasi2 yang ’kejam’ tidak sudah2 menggiat ahli kumpulan masing2 melakukan itu dan ini =)

Selesai berkongsi timun setengah batang bersama...dan bertaut bahu menyeberang acid river..mengorbankan kasut dan selipar masing2 (antara requirements games yg dibuat)...bergerak beramai-ramai ke gazebo makanan. Semua tak sabar nk mkn..dengan bau ayam BBQ yg sgt sedap (kata seorang akak: "tak khusyuk org nk solat kat masjid bau sedap ni..hehe")...masing2 mula duduk di meja picnic sekitar tepi tasik...damai di hati tgk mereka2 semua....lebih kurang 8 meja keliling tasik tu mmg dominated by us only....masing2 seronok menjamu selera (kami2 tgk je dulu...pinggan tak cukup...cuit sana sini org punya..minta org suapkan..lg best~). Mmg tika itu...terfikir...baru je dlm lingkungan yg kecil ni kita rasa best tgk semuanya solehah2 belaka....apatah lagi tika fikrah islam dominan di kampus...tika daulah islam dikecap dgn erti kata sebenar....tika khilafah islam kembali wujud...tika ustaziatul ’alam kita capai, pasti berganda-ganda perasaan itu.

Matahari mula tenggelam...kami bergerak ke masjid sedikit-sedikit...selesai sembahyang bergerak semula ke tmpt BBQ...tabung infaq (dgn ayat favourite 61:10-11 tertampal di luarnya) mula diedar. Majlis ditutup..terima kasih diucap....salam peluk cium tanda ukhuwah....org2 ipoh mula bergerak pulang....terima kasih tak terhingga sudi dtg dari jauh kak dzilal, kak iffah, kak azleen...sahabat2 dari V5 bergerak mengejar meeting itu dan briefing ini. Adik2 foundation ”excited” nak pergi ”Malam Mencari Cinta” (mesti ada setiap sem..biasanya selepas tu akan ada pemilihan tanzim surau v2) di surau V2 despite the rain ( "tak pergi jgk ke?" ... ”owh..takpe...dh pernah pergi foundation first dulu..korg la pulak merasa” hurmm~). kak rozie, kak filzah, kak iffah, kak zila menghantar akhawat uitm pulang....kami mula membersihkan kawasan yg diguna (tak nak kita yg dipersalahkan nnt andai keadaan dibiarkan kotor)....makanan dibungkus...sampah dikutip. Saat itu hujan kembali turun dgn amat lebat....kami sudah mula kesejukan menanti kereta utk membawa kami pulang ke V5....angin dgn kelajuan entah berapa mula 'mengganas'...sekali bertiup..terbang segala sampah2 dari tong sampah, sudu2 terjatuh, plastik2 bertebaran.....mula mengutip kembali satu persatu. Kak wani menghubungi makcik caterer "makcik..kami dh siap dh ni...boleh la makcik dtg amek barang2 ni" ....selesai panggilan tersebut kak wani melaporkan "makcik tu suruh tinggal je..die tak boleh dtg skrg...tgh tgk anugerah juara lagu"...serentak kami yg mendengar "Ya Allah~ biar betul" sambil sengih menarik pinggir bibir...namun masih terfikir, betapa penyakit hedonisme parah melanda masyarakat kita kini.

Tak lama kemudian kak rozie tiba bersama syifa’...apa yg ada diletak ke dalam kereta...menanti kedatangan sebuah lagi kereta...sambil itu kami bersihkan lg apa yg patut....angin yg menggila bersama tempias hujan mmg menguji kami. Sempat lagi ’main’ berteduh belakang org pulak... kata akak2 time tu: "weih...sapa tak tahan sejuk tak boleh pergi UK la mcm ni...." dan "ni blum sampai puncak gunung kinabalu lg ni..." . alhamdulillah, tak lama kemudian...kak zila tiba bersama keretanya....dalam hujan yg mencurah dua buah kancil mula bergerak ke V5...parking...dan kemudian berlari keluar meredah hujan dari kereta ke blok masing2....mmg basah lencun. Jam 9.30 mlm tiba di bilik....dan setelah berehat sebentar...mula menyelesaikan tugas2 lain seorang pelajar...mlm itu tidur lena dgn kepenatan yg amat (BBQ simple yg planningnya should take about 2 jam je....jadi hampir 5 jam dr persediaan sebelum hinggalah ke sesi mengemas selepasnya...huhu~)

BBQ yang bermula dgn hujan dan berakhir dgn hujan...pada mulanya mmg dh risau tak menjadi je BBQ akhawat tu dgn kedatangan tak seberapa..hujan mencurah-curah..namun berkat rahmatNya tersenyum damai jg akhirnya (letakkan pergantungan padaNya sepenuhnya). Maaf tiada byk gambar yg diambil, camera (itupun dr akhawat uitm) kehabisan bateri...sempat time majlis pembukaan je kot. Rasanya...memori bbq yg paling best (and yg paling buat hati berdebar tak sudah) ana pernah pergi tu...will stay fresh in mind for a long time.


Terima kasih akak2 semua yg berhempas-pulas melaksanakan segalanya…kak zahrah yg byk tolong..kak hannan, kak may n kak wani yg byk in charge BBQ kali ni….kak mira, kak syamil, kak filzah tolong jadi fasi….kakak2 dari ipoh yg dtg bersama dessert yg best…kak asma' dan kak rozie yg setia berulang-alik ke UITM...terharu dgn sumbangan semuanya~ jazakumullahu khairan kathira…

celoteh kosong dari,
along~



Labels: ,

Friday, January 4, 2008

Sharing is Caring: PKN 1207 (Bhgn 1)

Bismillahirrahmanirrahim,

Berkira-kira dari mana ana harus mulakan celoteh ini ya? Hikayat yang bukan sedikit...walau mungkin program yang dianjur cuma sehari, namun persediaan yg disiapkan, tenaga yg dikerah, masa yang diluang, wang ringgit yg dicurah...tak ternilai rasanya...tak cukup nk digambarkan lewat kata2 sahaja. Bersyukur ana dapat bekerja bersama ikhwah akhawat K-Perak utk PKN 1207 ini...dapat lebih mengenali mereka2 yg turut sama berjuang di medan ini, dapat turut merasai kemanisan ukhuwah bersama, dapat mendalami hati budi masing2 dan yg lebih utama, hati turut lega... “masih ada lagi mata2 rantai penyambung perjuangan ini....ramai lagi di sini...”.

Jun 2007
Seingat ana lebih kurang waktu ni la pihak KnL (Akh Mus’ab selaku KnL angkat K-Perak) merisik-risik samada K-Perak sanggup atau tidak utk menggalas amanah maha berat menjadi penganjur PKN tahun ini. Ada suara2 yg mengatakan tika itu kita masih belum bersedia untuk menganjurkan program nasional sebesar PKN, ada juga suara2 optimis yang mengatakan apa salahnya kita menyahut cabaran ini...KTKN pernah diadakan di Perak bukan....dengan tenaga kerja yg nyata lebih sedikit dari skrg. Pendapat ana sendiri, apa salahnya mencuba...paling tidak kita dapat libatkan para pelapis dalam gerak kerja Karisma. Biar mereka2 ini feel that they belonged...that they’re part of the big Karisma family as well. (...dan alhamdulillah melalui gerak kerja PKN ana pasti antum semua juga nampak kita sudah ketemu lebih ramai lagi bakal penggerak di bumi Perak ini kan?)

Ogos 2007
Awal Ogos perlantikan semula Pengarah PKN setelah Akh Afifi menarik diri...di rumah Kak Iman (Mantan Ameerah) syura memutuskan Akh Muhammad selaku Pengarah, Akh AO selaku Timb 1 dan ana sebagai Timb 2 (ah..biar benar...?). Hujung Ogos ketika Booth ROQ sedang rancak dikunjungi ramai di tapak Convofair, hicom PKN berkejar ke IRC untuk meeting pertama kami bersama Kak Aini. JK Pelaksana diputuskan....(ana bukan lagi Timb 2...alhamdulillah)...progress setakat ini didetailkan...tugas seterusnya --> mencari ketua untuk setiap JK dalam kekangan bilangan penggerak yang ada di UTP.

[Fast forward: berjaya mencari peribadi-peribadi mengisi kekosongan ketua JK, meeting mendetailkan skop kerja, meeting pertama dengan seluruh komiti PKN berjaya diadakan malam 1 Ramadhan, meeting seterusnya sesama JK Pelaksana...progress unit pantauan, berkejar menyiapkan kertas kerja sebelum subuh (supaya dapat hntr sebelum pukul 8 pg pada KnL), menyiapkan minit ‘berjela’ panjangnya, memilih warna tema (susah ni....bunyi je mcm senang), decide on style baju tema, menyelesaikan surat jemputan dan kad jemputan hingga awal pagi, melawat INTIM à dan bermacam lagi....(mcm dh lupa pulak apa yg dh dilalui)...pahit manis ranjau permata gerak kerja utk PKN selama beberapa bulan]

November 2007
Ana, Kak Aini dan Kak Asma’ ke Kuala Kangsar untuk ‘membeli-belah’ kain baju untuk dibuat baju rasmi PKN nanti. Dari kedai ke kedai kami berjalan untuk mencari warna yg paling sesuai....akhirnya ketemu. Itupun terpaksa beli kain yg warnanya sedikit berbeza (tak cukup utk beli 10 pasang corak dan warna yang sama...)...selesai baju utk akhawat. Masa untuk cari kain baju ikhwah pula...lebih susah dari yang diduga rupanya. Jumpa warna yang agak sesuai, ‘kilat’ sgt pulak. Terpaksa menggunakan teknologi yang ada...gambar diambil dan disend... "ok tak ikhwah kain mcm tu?".. "erm..erm...kilat sgt tak mcm...mcm.." kata suara di hujung talian dari utp. “mcm orang kawen tu? Tak...kilat biasa je” kak aini pantas menjawab. Selesai setelah penat makcik kedai tu menunggu kami membuat keputusan. Sebelum pulang ke utp kak aini sempat lagi menunjukkan beberapa ‘tempat bersejarah’ di Kuale (owh ya..sebelum tu sempat lagi kami merasa makanan wajib org ke Kuale ni...Laksa Kuale, Ais Kacang dan byk lago...). Usai sembahyang di Masjid Ubudiah, kami memulakan perjalanan pulang ke utp (ada lagi insiden di tengah perjalanan...tak perlu cerita kot).

Meeting terakhir sebelum minggu perkampungan berlangsung pada sebelah malamnya...sepertimana meeting pertama dengan seluruh komiti PKN, meeting kali ini juga diadakan di restoran luar UTP. Seronok masing2 dapat kain baju baru...reaksi utk kain baju ikhwah boleh diduga.

“Kilatnya baju...macam orang nk kawen!”
“shushh....kak zahrah...jgn cakap mcm tu. Nnt derg tak nak pakai”



23 Disember – Ahad
Kalau ada award utk ajk PKN yg tiba utk perkampungan paling awal, ana rasa kak asma’ lah orang yg paling layak untuk menerima anugerah tersebut....besarnya pengorbanan~ ana sendiri pun takde kat ipoh lagi, kak asma’ dh lebih dulu tiba petang ahad tu. Kak asma’ naik bas pagi dari johor...ana pun dari johor tapi bertolak tghr dari skudai. Jadi lebih kurang pukul 8.30 malam tiba di ipoh, terus ke medan gopeng utk makan. Sempat bertanyakan kak asma’...”akak kat mana ni? Siapa yg amek kak asma’ kat bus station petang tadi?”....”asma’ kat rumah pck fadhil ni...”...”owh, nak balik rumah along or nk stay situ trus sampai pagi esok?”....”kalau boleh nak balik rumah rufaidah, sini ramai lelaki...asma’ segan la”. Ana tertawa sendiri, terlupa sebentar anak2 pakcik fadhil dan makcik pah ramai yg teruna.

Selesai makan terus ke rumah pck fadhil dan bawa kak asma’ balik ke rumah...sampai rumah, apa lagi..masing2 buka cerita. Almaklumlah, sudah lama tak ketemu (walaupun selalu berhubung, tapi suara dan bait kata di gtalk/ym tak cukup buat pengubat rindu)...rindu yang mula berputik gugur satu persatu...seronok bersama akak tersayang =)


24 Disember – Isnin
Kami plan utk start awal pagi....lepas subuh belum breakfast belum apa lagi..masing2 dah mengadap laptop. Apa yang boleh kita buat hari ni ye? Ana ke bilik sebelah utk check samada akh zahid dh send design buku program or not..alhamdulillah...dh dpt. Perancangan dibuat...kak asma’ setelkan urusan penajaan (calling siapa yang patut) dan ana akan cuba menggunakan kemahiran yang tidak byk utk buat buku program tu. Sebelum breakfast dh give-up....tak reti la nak letak design tu...print front cover pun tak berhasil. “Takpelah, concentrate siapkan contents dulu.”

Makcik jah datang menjenguk lewat pagi...”so apa hasil setakat ni?” ....”err....kak asma’ manage to call a few people...buku program ni mcm tak jadi je...”. kemudian turun bawah utk brunch...naik atas semula...berkurung dalam ‘bilik operasi’ sampai ke petang...time ni jugak la kak zahrah tanya bilangan utk mknn, kak may tanya bilangan utk fail, call kak hannan tanya pasal pendaftaran terkini, call pengarah, call kak aini, call kak syima, call jk logistik, call wakil lokaliti yg belum hntr perwakilan...mmg byk guna phone utk gerak kerja sepanjang hari tu (risau time tu apa cerita la bil telefon bulan ni...tapi alhamdulillah...surprisingly quite less than what’s expected..lain kali jgn ragu2 utk guna duit buat gerak kerja sebegini...Allah balas dgn yg lebih baik insyaAllah).

Sebelah petangnya larikan diri sekejap dari bilik tu....buat riadhah jama’ie sket...berbasikal keliling taman (seharian menggunakan mental, aspek fizikal tidak dilupa..). Boleh tahan seronoknya beriadhah bersama...lepas ni kena bwk basikal ke utp pulak la. Malamnya sesi ana pula utk call orang...call kak dzilal, call makcik pakcik ipoh...dan ramai lagi (ada checklist lagi who need to be called). Online sekejap utk check status pendaftaran (memandangkan kak hannan ada sedikit kekangan utk online), check apa2 lagi yang patut...kemudian serah pada bendahari yang nk check account. Teringat esok birthday kak wana~ tepat jam 12.00 malam masing2 sms ucapan birthday buat akak yg nun jauh di terengganu. Tidur kepenatan malam itu...
Image