Image
 

Hantaran Kahwin

•November 12, 2009 • 1 Comment
BACA SMPAI HABIS..KISAH YG MENARIK UNTUK DKONGSI BERSAMA…
“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk
kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli
nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal
satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan
hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

” Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah.
Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik
berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang
pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid”
sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil
tersenyum.

“Aa… aa.. lama dah saya tak baca, pakcik” teragak-agak Nabil menjawab.
Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian
ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak
baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi”
cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

” Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah
mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan
tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang
pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah..
Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan.. Nabil
dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam
baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta
merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli
keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri.
Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak… usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil.
Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai
buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan
kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad.
Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara
orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari
Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi
dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih
melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang
sebaliknya berlaku..

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad
sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat
mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad

Surah Ar Ra’d

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaan irrahim.. ALL..MAA. . RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari
rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan.
Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam
wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara
bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnass yaitaanirrajim. ..
Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM… RAA..” kedengar suara
gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak
lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya..

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran.
Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih
malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran
kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup
bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang
cara penyampaian ustaz Sa’ad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah
ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap
sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya
sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku
kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti
dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya
memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan
menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi
pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa’ad sudah
dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi
hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap
hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar
sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad
tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil..

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : ‘Bila seseorang
lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya,  berdiri lelaki
yang
betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki
itu
berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri
mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya
seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu.. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.’

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,’Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan
bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.’

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala’ul A’laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :’Di hari pengadilan,
di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.’

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua …….kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

‘Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat

Aku Tak Kesah!

•November 10, 2009 • Leave a Comment

Belek-belek gambar..

Buka folder gambar satu persatu..

Dan perasaan rindu datang..

Biarlah orang nak cakap atau kata apa..

Memang aku rindu..

Rindu suasana begini..

😦

Jujur dari hati kecil ini..

Maaf kalau ada terasa hati..

Salam..

DSCN2226

Oh Sukanya~

•October 22, 2009 • Leave a Comment

Heee…

Semalam kan..

Saya kan..

Dapat kan..

Duk seat driver New Beetle VW..

(kawan rapat mesti tau kenapa aku terlalu suka! Hee~)

Semalam tidur dengan senyuman 😉 😉 😉

Iklan Zaman Sekarang

•October 20, 2009 • Leave a Comment

Hahaha. Ini hanyalah versi radio. Jika ditonton versi televisyen, sangat kelakar.  Siot betul. Haih, iklan zaman sekarang. Lu pikir la snirik!~~

papaDom

•October 20, 2009 • Leave a Comment

Semua orang sudah berkata dan bercerita tentang Papadom. Benar. Tidak dinafikan. Filem ini sememangnya benar-benar diinterprentasi dengan baik sekali. Mesej tentang betapa kasihnya sayang seorang ayah dan ibu disampai dengan jelas.

 

Ada suka dan duka. Filem ini mampu membuat saya ketawa sepanjang masa dan dengan tiba-tiba mampu meruntun hati ini. Huhu. Mengalir juga air mata ini, pertama kali untuk filem Malaysia di panggung wayang. Syabas Afdlin Shauki. Mungkin kerana Miasara kecil (lakonan anak Afdlin Shauki sendiri yang bernama Miasara) yang membuat Afdlin begitu bersemangat dan tabah dalam membikin filem ini. Inilah filem yang jujur dan ikhlas dari hati seorang ayah. Ala-ala Anakku Sazali pula ya! Huhu (Filem P.Ramlee sempena nama anaknya Sazali).

 

papadom

Sekali lagi, Wajib Tayang! Haha. Eh silap, wajib tonton!! (sesiapa yang sudah menonton pasti memahami tentang Wajib Tayang yang berfikiran abstrak 😉 )

kaki kanan digigit ular!

•October 13, 2009 • Leave a Comment

Fuhh..ayat biasa yg kelihatan pabila blog sudah lama tidak diupdate. Huhu. Tidak perasan pula bulan Oktober ini tiada langsung entri. Hurm, ada yang mahu ditulis tapi kadangkala terlupa dan beginilah jadinya.

Tapi, kenapa tiba-tiba terdetik ingin menulis? Mungkin kerana apa yang terjadi semalam. Huhu.

Dulu, entah pada tahun bila. Aku tidak mampu mengingat. Aku pernah bermimpi ke suatu kawasan yang penuh dengan ular. Sangat banyak tetapi tiada seekor pun mematuk aku. Ye la, orang cakap jika bermimpi dipatuk ular maknanya akan dipinang orang. Tapi tidak pun walau begitu banyak terdapat di kaki.

Tetapi, tiba-tiba semalam aku bermimpi dipatuk ular! Oh,tidak. Haha. Seekor ular menggigit (masih trbayang-bayang gigi ular itu) kaki kanan aku. Aku terus terjaga dari tidur. Mengucap panjang. Namun, mimpi itu bersambung lagi. Bangun pagi, kaki kanan aku di bahagian yang dipatuk itu terasa sedikit sakit tetapi hanya sebentar saja. Selepas mandi, tiada lagi rasa itu lagi.

Hurm, betul ke tafsir mimpi dipatuk ular itu? Haha. Ah, aku paling tidak suka dan geli melihat ular. Geli, nampak kulit bersisik. Ewwww~

Seachange

•September 16, 2009 • Leave a Comment

Seachange

Shared via AddThis

Seperti Tikus Membaiki Labu

•September 16, 2009 • 3 Comments

A : Hah, tu ko (B) bru blaja Kulinari. (Si A bising dengan cgpa si B). Nasib baik x amik Engineering. Kakak ni (C) amik engineering tau.

B : Ouh, engineering ape? (bertanya kpd C)

C : Electrical & Electronics

B : Alah akak (A), electrical electronics boleh la. Engineering paling senang. Lain la mechanical ke. Tengok mechanical, sume mende dia kena blaja. Tak pon civil. Civil lagi la. kena tau macam2.

C masih berdiam.

B : Kalau akak (A) x caye, akak tengok sume company mesti kena ada mechanical ngn civil. Electrical bukan nak sangat pun. Senang je, boleh la.

C : (dalam hati) Nak perlekeh pun jgn la tunjuk diri tu seperti kebodohan. Tak pernah nampak ke M&E Engineering? Setiap company kena ada civil? mechanical logik lg. bukan perlekeh civil tapi pk logik la, mne de setiap company mesti kena ada civil. x sume company mesti kne ada sume engineering. ikut la. lagipun mechanical ngn electrical cm x boleh dipisahkan kot. Kalo maintenance, technical mechanical ngn electrical slalu related. Haish, kalo nak perlekeh diri aku xpe, jgn la perlekeh course yg aku kne blaja 5taun. Padahal pointer ko tu x sampai 3, x sampai 2.7 pon (sbb tolong si A kirakan pointer si B). Dahtu amek diploma kulinari, bukan nk perlekeh kulinari tp kulinari dgn engineering kn jauh beza. Kalo xtau tu jgn tunjuk pandai. Last2 boleh nmpk kebodohan snirik nnt. Jangan sesekali mengata mana2 engineering, hangin2.. Kalo senang sangat g la blaja EE!

B dan rakannya melangkah keluar rumah. C hanya tersenyum. Malas nak berdebat dengan budak yg beza umur 2tahun je.  Tapi hangin gak!

Ramadan Reunion Kecil Pula Lah!

•September 14, 2009 • Leave a Comment

Tarikh: 12 September 2009

Tempat:  Hotel Sentral, Kuala Lumpur dan Putrajaya

Aktiviti: Berbuka Puasa dan Berjalan-jalan santai

Yang terlibat: Rabibah(tokey besar).Huda.Ija.Ira.Sakinah

Tetamu jemputan: Zira(“misteri”).A-ah(kasihan,selalu dibuli kakaknya,Bib)

 

Cantik. Berbuka puasa di “roof top”.”Fresh air”. Berbuka puasa secara bufet yang dibelanja oleh Bib (tokey Petronas kan!). Terima kasih banyak-banyak ya! Kami tiba seawal jam 6petang. Tiada seorang pun yang hadir di situ kecuali kami. Kemudian, kami “dikejutkan” dengan kehadiran tetamu misteri Bib, Zira. Haha. Terkejut la sangat Bib. Dah dapat agak dah pun.

Menu? Boleh la, kurang banyak tetapi sedap namun persekitarannya memang menarik. Sedang berbuka puasa tiba-tiba kami dikejutkan dengan bunyi percikan bunga api. Huhu. Sekali lagi, cantik! Ira-beruba-makan-banyak-muntah. Huhu. Kasihan~

Ija?Semua gambar mulut sentiasa penuh dengan makanan. Huda pula seperti biasa, ke’gedik’an tak berubah. Hehe. Jangan marah sayang. Adik Bib menjadi mangsa keaadaan untuk mengambil gambar kami berlima. Terima kasih A-ah. Huhu.

1

 

8

 

5edit

Selesai solat, kami menyambung semula makan-makan. Kemudian, menjadi antara orang terakhir keluar meninggalkan tempat itu. Haha. Destinasi seterusnya, Putrajaya. (Kantoi tak pergi terawih :D) Kasihan kaki si tudung ungu, terseliuh dan si tudung cream pandai tolong men’kaver’. Hoho.

6

Terdapat seorang model dan beberapa orang jurugambar professional melakukan “photoshoot” di situ. Kami tidak ketinggalan. (Bib, sebab ko tak send ngn upload gamba lain, susah btol aku nak wat blog neh. Kekurangan sumber la nak letak!!! Walaupun kamera tu milik ija,tp konfem ija tak upload kt fb) Huhu.

7

Jadi lah letak gambar kurang ceria ini. Pusing-pusing Putrajaya, singgah TujuhSebelas membeli air (dahaga, cakap-cakap-cakap) dan pulang ke rumah Bib. Tidur dan sahur di situ.

Esoknya, ke kilang coklat Beryl. Borong coklat! Huda,wanita bekerjaya pergi kerja pada Ahad itu, Ija dengan Ira pergi ”shopping” raya berhampiran rumah mereka. Aku dan Bib “shopping” di mana lagi kalau bukan Sunway Piramid yang di hadapan rumah aku itu. Haih~ Huhu. Tapi best. Haha.

Akhirnya Ramadhan Reunion! Berjaya~

•September 14, 2009 • Leave a Comment

Berjaya sudah perjumpaan semula Batch PMR 2001 & SPM 2003 MRSM PDRM Kulim. Ramadhan Reunion. Tentatif yang sepatutnya berakhir pada jam 9malam berlanjutan sehingga pukul 2pagi.

Pertama: Berkumpul di Ikea dan berkonvoi ke Bora Asmara. Carpool dan motorpool..Erks~ Ade ke? Haha..

Kedua: Makan-makan. Nyanyi-nyanyi. Borak-borak. Gambar-gambar. (Siap isi borang keahlian Plethora Nation-‘update’ data je) 🙂

Ketiga: Bergerak ke Taman Tasik di (tak ingat! Duhhh..) Borak-borak. Main belon. Gambar-gambar. Makan kek.

Keempat: Kedahagaan yang amat kerana terlalu banyak borak-borak dan makan kek tanpa air. Maka kami bergerak ke Mapley yang terletak di kawasan berhampiran. Lepak-lepan. Minum-minum. Makan-makan (lagi!). Ter’stuck’ kerana hujan lebat.

Ouh, sangat seronok dapat bertemu kawan-kawan yang 5tahun tidak berjumpa malah lebih-lebih lagi terdapat hampit 7tahun tidak berjuma! Wah. tetapi perangai masih sama. Huhuhu. Sangat best!

phletora nation3

 

phletora nation2

 

phletora nation

 

Hingga bertemu lagi pada lain aktiviti. Harap dapat berjumpa dengan kawan-kawan lain yang tidak dapat hadir pada aktiviti kali ini. 😉 😉 😉

 
Design a site like this with WordPress.com
Get started