31 July 2021.

Harry Potter turns 41.

As-salam. Hello.

My last entry was in December 2019. 2020 teda apa yang dikongsikan, tahun 2021 rupanya masih sama dalam situasi pandemik Covid-19. Siapa sangka kita akan terkurung begini, bekerja dari rumah (mana yang berkenaan), ada yang berjuang bermatian-matian sebagai barisan hadapan. Al-Fatihah jua kepada yang gugur di medan perjuangan.

Jujurnya, makin kurang yang menulis di blog. Banyak medium lain yang lebih ramai sudi melakarkan tiap kenangan.

Gua beginilah. Masih sama. Masih lagi overthinking. Kadang-kadang rasa seriau dengan membaca perkongsian di media sosial yang pada gua ‘berlebihan’. Pada gua. Tidak pada penulis/pengirimnya. Perkongsian begini memang begitu subjektif. Dan naratifnya juga adalah tergantung kepada penulis bagaimana penyampaiannya. Namun, setiap yang dikongsikan itu adalah kekal di alam maya dan dalam talian adalah benar.

Siapa gua untuk tapiskan? Atau memberikan peringatan, “Jangan, fikir dahulu. Usah terburu-buru.” Alangkan akaun yang private jua boleh ditangkap layar dan disebarkan merata, inikan yang public pula. Cuma mampu berharap dan berdoa, usia mematangkan kita.

🙂

Salam.

Life is good. Sungguh!

Berat gua maintain 50kg, which is good. 50kg but healthy. Perlu maintain berat ni sebab pertambahan 1kg pun boleh berikan kesan kepada lutut dan pinggang gua. Ya, dulu lutut sahaja tapi sekarang tambah pinggang pula sebab side effect guna satu crutches. Postur badan jadi tak betul dan lean towards one side lebih sikit berbanding biasa apabila berjalan.

Best thing about seeing the Anesthesiologist for the pain management on monthly basis;  moral support.

“Izzie, you look good! I love the way you dressed up. You like a princess in those skirt.”

“Rita (nurse), look at her (me). She is prettier and prettier than ever before. Look how good she looks now!”

Someone told me, I have a good life.

Blessed with good friends, who care about me sincerely.

Surrounded by people who loves me dearly.

But most of all, Allah sayang gua.

Allah tak pernah kejam pada hamba-Nya.

Jadi bagaimana untuk kembali menikmati hidup?

Someone told me, setiap yang pahit itu jangan dipandang pahitnya sahaja. Ambil ia sebagai pelajaran. Jangan dipandang satu titik yang hitam sahaja. Tapi pandanglah yang putih di kelilingnya.

Bulan kini nampak chantek kembali. Pelangi juga tampak berseri. Hujan? Hujan adalah rahmat alam kurniaan Illahi.

Sukar untuk gua buka hati untuk seorang yang bernama lelaki. But when I do, I fell hard.

Tahap tergolek dog dan tipulah kau mampu nak pick-up diri sendiri sekelip mata. Not months, but years maybe. And to start all over again?

Kau keraskan hati supaya mampu terus hidup, meniti hari-hari.

Jiwanya mati.

Bibir terukir senyuman agar tak nampak hancurnya hati.

Mata menangis tanpa linangan air yang mampu mengalir lagi.

Kau coba hidup, untuk sisa-sisa nafas yang entah bila akan terhenti.

Separuh mati.