Selasa, 8 September 2009

BANCUH

ImageBancuhkan seteguk cinta Ramadhan dengan penuh keimanan.

ImageTampikan ketakwaan dengan ilmu yang diamalkan.

Isnin, 31 Ogos 2009

SINAR

ImageSinar cahaya merdeka menyuluhi celah-celah runtuhan bahasa ibunda yang kian dimamah arus globalisasi dunia.

Jumaat, 31 Julai 2009

SEGAR

ImageSegari kembali sepi ini dengan penawar waktu yang mujarab mengubati hati .

Khamis, 18 Jun 2009

MESRA

ImageMesra bersama selesa sejahtera bahagia sentosa seia sekata hargai nilai kita.

Ahad, 14 Jun 2009

ANEKA

ImageAneka bentuk, rupa dan warna punyai beza yang kita perlu pelihara manfaati sebaiknya.

Rabu, 10 Jun 2009

BAHASA

ImageBahasa Arab, bahasa Melayu dan tulisan Jawi amat akrab semenjak dahulu bernilai Islami. Klik di sini.

Image

Ahad, 7 Jun 2009

REZEKI

Image
ImageRezeki dicari di bumi Ilahi riba' dijauhi.

Rabu, 3 Jun 2009

KEJADIAN

ImageKejadian itu nikmat pasti ada manfaat.

Khamis, 28 Mei 2009

ADA

ImageAda baru ada lamanya ada ilmu ada jiwanya.

ImageAda lama ada barunya ada bangsa ada Melayunya.

Isnin, 25 Mei 2009

RIMBUN

ImageRimbunan nan hijau insan kan terpukau.

Jumaat, 22 Mei 2009

NILAI

ImageTidak ternilai keindahan sebuah kehidupan di muka bumi Tuhan.

Rabu, 20 Mei 2009

LENGKAP

ImageSaling lengkap-melengkapi dalam hidup ini.

Ahad, 17 Mei 2009

TUMBUHAN

ImageAlam tumbuhan subur rimbunan pepohonan memukau pandangan panorama keindahan.

Jumaat, 15 Mei 2009

SEGAR

ImageSegarkan keindahan kediaman dengan tumbuhan penuh kehijauan ciptaan Tuhan.

Rabu, 13 Mei 2009

KERAS

ImageKekerasan memaksa insan bertindak di luar batasan kesabaran penawar segala kekalutan kembalilah kepada pendekatan kelembutan akan beroleh kebaikan.

Ahad, 10 Mei 2009

LENA

ImageBangunlah dari lena diulik mimpi usah dibiar negara bangsa dijajah lagi dengan segala macam asimilasi yang melali.

Rabu, 6 Mei 2009

HASIL BUMI

Image
ImageHasil bumi di tanah air sendiri menginsafi diri agar terus menikmati damai abadi. Bersatulah hati setiap insani damaikan kembali kehijauan bumi Ilahi.

Ahad, 3 Mei 2009

TINGKAT

ImageTingkat demi tingkat kita mengangkat harkat makna dan amanat bangsa bermartabat.

Rabu, 29 April 2009

GUGUR

Image
ImageDaun-daun berguguran menyembah bumi berserakan menjadi baja menyuburkan alam ciptaan Tuhan.

Sabtu, 25 April 2009

SUCI

ImageSuci bersih lagi berseri putih menerangi hidup ini sesuci embun pagi sinari kembali Nur Ilahi dalam hati setiap insani.

Image

Selasa, 21 April 2009

BERANI

ImageMerah berani motivasi diri agar berdiri sama tinggi bermusafir di tanah air sendiri menikmati hasil bumi tidak rela dijajah lagi pemikiran dan diri. Klik di sini.

Khamis, 16 April 2009

BUKA

ImagePintu sentiasa terbuka untuk semua memberi dan menerima kalian diutama agama terasnya bahasa tetap terpelihara bangsa maju segala.

Jumaat, 10 April 2009

AIR

Air membasahi bumi menyuburi hasil tani melimpahi rezeki memekari setanggi harum mewangi. Setiap insan pasti merasai nikmat yang diberi Ilahi perlu disyukuri sepenuh hati.

Image

Isnin, 6 April 2009

MESRA ALAM

Image
ImageMemesrai alam amat mendamaikan akal dan fikiran lebih menghargai kehidupan menjana ilham maju di masa depan menuju keredhaan Tuhan.

Jumaat, 3 April 2009

HIJAU

ImageKehijauan amat menyegarkan memberi ketenangan cukup mendamaikan akal dan fikiran. Setiap kehidupan ciptaan Tuhan mempunyai peranan saling perlu memerlukan memberi manfaat sesama insan juga kehidupan.