Tuesday, October 31, 2006

"Raya"

Cipanzi. Ape makna pun aku pun tak tahu. Kawan2 slalu sebut. Kalau melatah atau nak makin, "cinpanzi betul la budak nih." Setahu ringkas aku, Cipanzi nih sejenis binatang. Cam 'Panda' atau 'Beruang kecik". Betul atau idak tu pasal lain la..

Bila time raya tahun nih, sikit pun aku tak kisah pasal 'rasa' suasana hari raya. Mungkin 'aku' tak perlukan segala suasana tuh. Suasana seperti sama-sama membakar lemang, cucuh mercun, atau bermain kejar-kejar dengan anak buah di kampung. Atau tak kisah untuk berkumpul ramai-ramai di halaman depan rumah. Borak, gurau senda, tukar cerita, kisah duka dan suka bersama adik beradik. Jadi tak kisah pada suasana sebegini.

Satu suasana lain pula, tak perlu dengar leter mulut manis 'ibu' tersayang. Tak perlu lelah untuk meraih karenah mereka. Tak ada juga lagak 'cool' seorang 'bapa' yang sering tersenyum walau aku dianggap khilaf dengan apa yang dikehendakinya. Segalanya tidak di rasa, walau sudah 3 tahun tidak berkumpul semua.

Satu hal lain juga, rasanya bersyukur dengan apa yang ada. Dengan adanya kawan-kawan2, rakan kongsi hidup. Susah senang. Baik buruk, kami adalah keluarga di sini. Sejak sblm subuh di hari raya pertama, masing2 berasa resah untuk tiba 'berhari raya' di tempat yang mulia. Mulia bagi kami. Tempat keluarga tercinta untuk kami. Keluarga segala tempat bagi kami. Mungkin ini juga di panggil Kiblat bagi kami. Selamat Hari Raya buat Bumi Mazro'atul Kiram.

Tapi, sblm hari menjelang raya, Ibu sudah menghantar suara. Pesan, nasihat, kasih untuk anak di sini. Tidak resah hati si tua untuk jantung anak muda. Tapi anak tetap merasa resah untuk sang ibu. Katanya "yang penting jaga diri baik-baik dan salam buat keluarga di sana". Ibu juga tau keluarga di sini amat penting untuk kami di sini. Biar lain budaya lain cara lain rupa, hanya kisah cinta saja boleh meraih rohani antara manusia. Itu rasanya.

Raya ini mungkin sedikit beza walaupun di bumi yang sama. Hanya suasana berganti dengan situasi yang begitu memaksa kerja dunia. Tapi bahagia. Aku tetap mesra kerana Tuhan masih memberi hidup untuk aku menyambut lebaran bersama mereka.

Terima Kasih & Selamat Hari Raya;

-Keluarga Ammu Syeikh Mokhtar alBurhamy
-Kedutaan Besar Kairo
-Keluarga Ikatan Setia Kawan Kairo
-Anak-anak baru Fakulti Medic Mansoura
-Member2 jauh dekat.

Maaf Zahir Batin. Kullu 3am wentum Bikhair..

P@i Kairo

Tuesday, October 03, 2006

"Suara Rumah Tuhan"

Image
DownTown atau 'Wastul Balad'. Tak jauh dari simpang kanan sana, masih ada manusia yang berlari-lari mengejar suasana malam puasa. Teriak suara menarik perhatian ramai orang yang berbondong-bondong memenuhi malam itu. Suara-suara bersorak menjaja barang jualan. Sesekali teriakan suara turun naik seperti ada bunyi serak dirongga tekaknya. Hujung sana masih berlumba-lumba menawarkan harga lebih murah. Pakaian baju, kasut, seluar yang dilelong lebih meraih suasana pekan di sana.

Dari tadi, dia hanya melihat. Sedikit resah melihat karenah-karenah orang tempatan terhadapnya. Melihat dirinya asing. Setelah lebih lima minit berjalan, riuh rendah suara jerit di stesen bas 'Atabah' masih begitu nyaring dan bising. Matanya liar mencari-cari lorong yang harus di masuki. Kiri kanannya bersilih ganta rupa manusia. Kakinya agak lemah melangkah. Jauh berjalan kaki.

Petang tadi, hingga jam 4 petang, dia hanya tahu penat. "Selesai berurusan dengan urang Arab", katanya agak perit. "Tade sistem..", "tade prosuder, prosuder sendiri suka..". Dari jam pagi, terik matahari agak tidak membiasakan. Panas, mungkin penghabisan musim. Agak panas. Tekaknya haus, bibir sedikit pedih. Pecah. Bumbung bangunan (Cargo Village) amat tidak menyenangkan. Kurang maju. Lusuh, tidak tersusun.

Mungkin kerana 'prosuder sendiri suka', berat barang 3kg sama taraf dengan 1000kg. Itu agaknya. Atau kerana orang luar yang harus di'niagakan' melalui prosuder sendiri suka? Atau boleh saja berlaku disebabkan 'terlalu' tunduk dengan sistem-sistem manusia?

Banyak perkara juga sedang berlaku di malam itu, setelah lewat singgah di sebuah kedai minum, dia menyusur masuk ke lorong agak kecil. Suara-suara tadi tiada bunyinya. Hanya angin dan batuk orang-orang tua di pinggir-pinggir jalan. Anak-anak masih lagi berlari-lari ketawa melintasi langkahnya. Dia hanya ikuImaget jejak langkah budak berbaju biru itu.

Agak meriah sekali, bulan ibadat buat manusia. Bulan yang penuh barakah, bulan yang begitu banyak menjanjikan kelebihan buat manusia. Bulan yang tiada bandingan timbang amalan untuk umat-Nya Saidina Muhammad s.a.w. Bulan yang tiada harga untuk diganti dengan limpahan harta dunia. Mungkin itu sebabnya 'meriah'. Tidak sama dikampung. Agak serius dan agak terbelenggu dengan pembudayaan agama.

Mungkin budaya di sini agak keIslaman. Itu katanya sebahagian manusia. Antara budaya manusia yang dipenuhi dengan fahaman, corak masyarakat, budaya tamadun, sifat, jasmani dan segala faktor biologi juga mampu menafsirkan konsep budaya dalam pembudayaan manusia.

Lain pula dengan budaya masyarakat Islam dan budaya Islam. Mungkin budaya adalah satu konsep sosial yang lain, yang boleh menerapkan identiti Islam sebagai kata Islamisasi. Antara konsep budaya dan kata akidah Islam adalah saling berkaitan, cuma dalam kontek yang berbeza. Seperti Sunnatullah menurunkan 'Agama Islam' ke atas Saidina Muhammad s.a.w di kalangan bangsa Arab yang berbudayakan Arab. Bukan menurunkan budaya Islam kepada bangsa Arab bahkan akidah Islam kepada seluruh umat dunia.

Dalam fikirnya tadi, dia asyik memerhati. Gelagak manusia di situ. Sejak selesai waktu perdana, tiada lagi suara-suara syurga berkumandang. Tiada lagi seri hati text-text suci bagi umat Islam. Esok masih ada lagi. Biar segala corong suara 'Rumah Tuhan' bercerita untuk umat manusia. Berkhutbah memberi ingatan untuk manusia. Berjanji dengan kuasa-kuasaNYA terhadap manusia. Suara-suara itu akan sentiasa sehingga akhir Ramadhan nanti.

Sejak tadi, riuh suara makin bertambah. Makin bercampur faham bahasa dalam loghat hidup budaya mereka. Dia dan pemuda di hadapan sana hanya berlalu mencuri suasana Ramadhan yang dinikmati oleh budaya bukan bangsanya.

Besok, lusa, suasana sebegini tidak dirasainya lagi. Tapi jika dia akan kembali ke tanah sejarah Firaun dan Saidina Musa a.s ini. Esok masih ada tugasan yang harus diselesaikan. Dunia makin membezakan hidup antara hidup manusia. Ramadhan makin gembira melihat umat manusia sentiasa meraikannya. Bergembira meraih ibadat. Berlapang dada menunai amal. Berzikir menyebut NAMNYA, bertasbih memuji KuasaNYA, bertahlil mengESAkanNYA, bertahmid mensyukuriNYA, bertakbir mengAGUNGkanNYA.

dWenk, Cairo

Saturday, September 09, 2006

"Fikir Songsang"

Bila saja guna kata 'Songsang', rasanya ada sedikit gempak. Kalau ikutkan media intelektual selalunya dikaitkan dengan perkara yang menyalahi adat dan ilmu. Atau ianya berlaku dalam pemikiran moden yang harus ditelusi secara benar dan kritis. Dalam situasi demikian, banyak penyalahan anggap terhadap perkara yang dibicarakan. Sebagai contoh, tuduhan yang berlaku ketika memberi ceramah atau disebut 'Khutbah Songsang'. Secara politis, songsang dari perkara realiti dan melibatkan antara dua pihak dalam dua pencarian; antara benar dan salah.

Songsang, seringnya berlaku secara kritis. Lain dari general pemikiran umum. Songsang mempunya beberapa peringkat konotasi yang dialami oleh para pemikir. Antara realiti adat dan hukum, dan antara tradisi ilmu 'turath' dan ilmu 'hadith'. Sehingga pemikiran songsang ini terpaksa menyalahi fahaman umum dan memberi cara baru untuk diguna pakai.

Jika kini, persoalan songsang sudah pun menjadi mainstream umum dalam sosio budaya mahupun politik. Lebih tragis lagi bila melibatkan perkara ini menjadi 'trend' manusia. Seperti dalam jawatan kemasyarakatan, songsang mempunyai kuasa 'pembaharuan' untuk mempengaruhi minda masyarakat baru. Secara untungnya,, bila fakta persamaan gender, pembebasan dan tiada sempadan ruang modenisasi.

Mungkin dalam sistem pengorganiasian sesebuah sektor mempunyai prinsip dan displinnya tersendiri untuk mensistemkan manusia. Dan kerana itu juga, sistem manusia tidak akan mampu memuaskan kehendak manusia sendiri dalam penerapan ril atau moral untuk manusia. Justeru itu juga, khilaf dalam sesebuah sektor akan berlakunya perkara songsang dari ril yang disediakan oleh sesebuah sistem.

Sebagai kata 'Khutbah Songsang' atau 'Kata songsang', yang bermaksud menyalahi keadaan text yang digarapkan dalam sistem. Dan berlaku juga pertembungan antara beberapa pemikiran yang disisihkan oleh pihak-pihak atasan, sekalipun songsang itu ada benar dan salahnya.

Untuk realiti zaman, fikir songsang adalah perkara 'amat bagus' untuk pembiakan masyarakat. Sebagai kata 'fikir songsang' untuk melahirkan perkara baru dalam medan kapitalism. Kemajuan dan rasa rangsang untuk lebih 'kedepan' adalah usaha yang berinovatif bagi menyelamatkan manusia dari tenggelam dengan mainstream sistem kemanusiaan.

Sebagai contoh lainnya, gembar gembur era politis kini masih menyeru dalam sistem demokrasi atau pengadilan dari teror. Songsangnya, sistem demokrasi atau pembebasan hak-hak manusia sudah lama berkubur tanpa nisan, akan tetapi slogan-slogan sedemikian masih disanjung dan diadilkan dalam sistem berpolitik. Songsang juga, dari pengetahuan umum, lebih-lebih lagi dikonflik Asia barat dan Timur Tengah yang masih lemas dalam isu-isu sedemikian. Tiada demokrasi dan penyamarataan hak hak manusia. Songsang.

11 sept tiba lagi. Perkara songsang harus lebih berpihak kepada manusia. Bukan di pihak orang-orang politik yang hanya tahu melihat dunia untuk berjenaka, bermesra dan berlakon di media-media dunia. Selama mana manusia akan terus tenggelam dengan muslihat media dan aktor-aktor politik di seluruh dunia.

__________________________________________________________
Pilih Baca dari Site Muring
__________________________________________________________

Thursday, July 06, 2006

"tade hape"

Satu: Bila dah time cenggini (libur) macam2 nak kena plan. Nak OL pun dah tak sempat. Dah tak lekat di rumah. Dah tak buhsan. Dah jadi macam-macam.

Kalau time xm tuh, mungkin entri tuh berjela panjang. Atau banyak ide dan komentar sekeliling. Kait pasal idup, pasal fenomena yang pelbagai, luah rasa, diri, manusia lain atau soal yang berkait ilmu-ilmu hidup.

Dan banyak pula yang melimpah ruah persoalan-persoalan yang luar kawalan diri. Seperti imaginasi diri atau yang tak terhad di capai akal. Belum lagi dalam soal perlaksanaan yang benar-benar menunjukan potensi diri atau realiti yang bukan dongeng atau fantasi.

Dua: Bila dah mula cuti. Sana sini kaki menjajah. Tak sempat tak rehat dah jadi 'kental' macam tak penah hadapi apa-apa. Lebih tragis (rasanya) akal tuh dah tak normal (dlm hari tu jah) melalui genap 24 jam.

Tiga ah nak belah.. Tetiba jah derang nih datang. Siak.. Tadi tak mau turun..

..... Pai Alexandaria...

Saturday, June 10, 2006

"...From Cairo to GermanY..."

Image
Tak tau... paper tak habis lagi. Riuh rendah bicara bola. Diskas pasal bola. Posisi pemain. Strategi pemain. Laku tak laku. Mahal tak mahal. Kalah menang. Mungkin kalau di kedai kopi tuh, yang selalu riuh dengan aksi-aksi seksi 'gusti' dah berubah dengan warna warni jersi WorldCup 2006. Kanak-kanak kecil turut bersatu kata turun pentas kedai menonton bola. "Tak best tengok di rumah", katanya.

Golongan bapak pula, berhempas pulas susun jadual hidup. Nak urus rumah tangga lagi, kerja, jadual harian sebelum, tambah mesra sambil mendukung anak yang sama warna jersi kehulu kehilir meraikan bola. Si ibu makin bermasam muka dengan watak-watak gila si suami yang dah lupakan cintanya dulu. Nak berbicara pun kena ikut time. Kuasa bola.

Cinta bola; bukan bermakna cinta roman seperti kisah Qais dan Laila atau Romeo dan Juliet atau seperti kisah S.Yusof dan S.Zulaikha yang sudah menjadi trend puisi sang pencinta, tetapi cinta bola yang lebih global melalui sempadan bahasa, bangsa, masyarakat dan dunia. Hanya kerana 'Goal' adalah laungan satu di segenap sudut. Entah dari bangsa tenggara mana sekali pun ia tetap difahami hinggakan si kecil hingusan tahu itu 'Goal'.

Kerana bola manusia bola kenal bangsa lain, pentas yang lain budaya. Cintanya juga bermaksud kesatuan hati manusia dalam medan bola. Bukan hanya cinta dari dua insan, atau hingga melibatkan 3 dan empat insan, tapi lebih menyeluruh disegenap manusia di bumi. Tak kira hitam legam atau putih melepak. Atau sekadar kulitnya coklat dan bersawa matang. Semuanya kerana cinta mereka dengan bola. Medan bola hanyalah sebuah yayasan yang mengumpulkannya.

Tapi, ramai salah anggap. Katanya secara total, haram. Kerana dari budaya lain. Keriuhan yang tiada sempadan agama. Atau bersikap 'turath' dalam pemahaman budaya barat yang menggugat pegangan manusia. Terutama umat muslim. Mungkin itu dulu yang berlaku. Tetapi, majoriti; masih ramai manusia yang bersikap 'keras hati' begitu gopoh berfatwa bahawa segala yang datangnya dari barat dan bukan dari Islam adalah suatu yang dimurkai. Tidak wajib syurga untuknya.

Soal ini, kalau diheret berbincang rasanya agak 'bodoh' jika kitanya selaku manusia yang kamil. Yang bersikap total menolak perkara-perkara baharu (yang tidak pernah dinaskan dalam Islam). Seperti usul perkara yang disebut "Lam Yarid wa lam Yu Rad", (tak di sebut dan tak di dalilkan) ini adalah bid'ah yang merosakkan manusia.

Tetapi jika mengguna satu kaedah "al-Aslu fil asy'Ya' al ibahah"(asal setiap perkara adalah dibolehkan) adalah kaedah yang merbahaya jika menurut sebahagian ulamak, akan tetapi kaedah ini juga relevan untuk diguna pakai terhadap perkara-perkara yang luar tabiat manusia muslim menurut S.Imam Hanafi. Sehingga perkara baharu tersebut tiadalah mampu mengoyak prinsip Islam itu sendiri. Seperti perkara yang berdasarkan hal Qotie dan Hal yang dipersetujui oleh peringkat sumber rujukan ummat bahawa ianya terhalang.

Kerana perkara baharu ini, semestinya tidak kekal (kecuali wajahNYA) dan wajib juga ianya berlaku antara dua perkara usul (baina Manzilatain). Samada dosa dan pahala. Sehinggakan perkara bola, harus diimbangi sejauh mana penglibatan bola ini ditelusuri oleh manusia. Seperti tadinya, asal perkara tidak menghalang manusia, tetapi sikap manusia terhadap perkara terebut yang membuat begitu ramai kata-kata 'sesat' yang begitu rakus menggunakan hukum.

"Qul bi Fadhlillah wa Birahmatihi fa bizalika falyafrahu...." Katakanlah ini adalah kelebihan dan rahmat yang telah diberikan maka bergembiralah...Begitu juga ucapan rahmat buat manusia.. "haza min fadhli rabbi.." ini adalah kelebihan (yang ditetapkan Allah).Sebagai prinsip untuk ummat manusia, ada sabda dari kaedah buat manusia "hatta la yakhtarikul al-Syar'iah".. (sehingga ianya tidak merosakan hukum buat manusia.

Selamat meraih fenomena WorldCup 2006 Germany.

Saturday, June 03, 2006

"Penah Tulis Bab Passing Over??"

Banyak orang memahami sesuatu hukum adalah berdasarkan kebebasan manusia. Hukum yang di manipulasi menjadi kegunaan manusia. Bukan kerana penggarap kepada kehidupan manusia yang mempunyai pelbagai genre sosial. Akan tetapi, secara halusi, hukum itu sendiri hanyalah 'jentera pendisplinan' untuk manusia. Bukan pemaksa untuk hidup manusia. Kerana 'Tiada paksaan di dalam Agama'.

Satu konsep yang penting, 'Tiada paksaan di dalam Agama' adalah ketelusan Islam itu sendiri untuk memilih mana baik dan buruk. Dan 'Islam itu adalah Mudah', bukan atas desakan yang tiada mampu untuk penganutnya. Islam itu indah dari apa yang difikirkan manusia. Lebih indah dari hukum-hukum yang ditafsir dari teks suci, bahkan lebih harmoni dari hukum yang diijtihad oleh manusia sebagai 'pencerah untuk umah', yang begitu progresif digerakkan oleh para agamawan.

Tak langsung juga, pihak intelek yang mengakui kemampuan akal mereka telah memecah kemampuan kuasa akal ulamak yang begitu mistik dengan soal pencerahan atau satu bentuk modernisasi. Dunia moderat yang begitu sinonim dengan 'zaman kebangkitan umat Islam'. Itu harapannya medan perdana Islam terhadap umatnya. Menjadikan perkara ini bukan soal pemurtadan, sebagai teks suci 'Tiada paksaan dalam Islam', akan tetapi kaitan teks suci dalam soal 'kemudahan Islam' itu sendiri dan ketelusan soal-soal agama itu sendiri yang banyak dirumitkan oleh pihak-pihak tertentu.

Pasca moden dan pasca pencerahan adalah suatu slot penkhilafan antara ulamak mengenai tindakkannya. Katanya kerana Islam itu sendiri. Sifat memerlukan Islam adalah Fitrah manusia, bukan kerana teks sendiri yang sahaja berfirman untuk mengajak kepada agamanya, akan tetapi kerana displin di dunia dan hubungan di akhirat, teks suci adalah sebagai tanda dan bukti untuk kewujudan agama; 'innaDina enda Allahil Islam', melalui dipelbagai cara pembuktian. Bukan kerana 'ma likiyaumi dDin', bahawa DIA adalah Maha Raja segala Agama. Dan ada tafsir menandakan bahawa; Maha Raja di Hari Pengadilan sebagai Yaumi dDin.

Tetapi, kerana sifatnya manusia ini perlu beragama, Allah menceritakan lagi, 'Sesungguhnya dijadikan manusia dan Jin untuk mereka menyembah..', bukan kerana mereka tidak menghalusi fenomena keagamaan yang memerlukan Ketuhanan, sebagai maksud Tuhan yang Satu, atau keAgungan Tuhan secara mutlak. Akan tetapi, dari sunnatullah juga telah menyebut, sifat manusia itu sendiri yang memerlukan sifat berketuhanan sebagai wasilah mereka untuk menyembah pada sesuatu. Tetapi jelas, teks suci mengkhususkan bahawa; Agama di sisiNYA adalah agama Islam.

Dalam fenomena ini, mungkin kekeliruan antara para intelek dalam faham maksud; 'passing over' sebagai agenda penglibatan untuk kebebesan beragama. Atau ada pihak meletakan fenomena ini sebagai experimen kebenaran beragama. Atau lebih digemari sebagai mencari ilmu-ilmu pencerahan untuk diri dan mencari agama yang benar.

Argumen sebegini seharusnya, para intelek lebih intelek menyesuaikan persoalan yang ingin diadaptasi sebagai misi pencarian hidup. Atau sebagai keluasan tata ilmu manusia mengenai hukum tuhan dan untuk menyelongkar khazanah keilmuan menurut pandangan Islam melalui teks suci alQuran dan alSUnnah. Itu bagi kelompok yang benar gemarkan ilmu sebagai wadah hidup yang bergantung pada kefahaman islamisasi atau impek kuasa moden yang memerlukan kuasa Islam membendungnya.

Mungkin kerana argumentasi sebeginilah timbulnya pelbagai puak di pentas perdana. Sebahagiannya mendasari fundamental teks suci yang begitu tidak bergantung pada pergerakan zaman. Menjadikan agama itu sempit dan tiada ketelusan dalam soal moden. Kefahaman turath adalah pegangan mereka dari diperdaya dengan kefahaman moden yang banyak menggugat keimanan. Soal ini dikritik rakus dalam fenomena pengkafiran antara mereka.

Bukan mereka sahaja yang terkesan, malah lahir juga puak liberal yang mengakui kesinambungan mereka adalah golongan yang relevan bagi masyarakat. Menjadikan medan kepolitikan (perkara dunia) dan (soal Agama) di paras yang begitu harus dirungkai. Bukan sekadar tangkap-muat untuk dihidangkan kepada masyarakat. Lebih-lebih lagi dalam soal modenisasi yang jauh sekali menurut kefahaman umat Islam.

Namun soal ini sebenarnya berada di tahap yang begitu tidak meyakinkan, antara sekularism dan penafian hukum Islam terhadap beberapa perkara akidah dalam sektor sekularim. Sehinggakan ada sebagian telah mengakui kaedah Ali Abul Raziq sebagai ketentuan untuk Islam itu sendiri. Meletakan Islam itu adalah kesucian agama dan pengasingan antara Agama dan Daulah kerana kejelekan 'daulah' itu sendiri yang banyak keraguan dan kebusukan politik. Justeru, pemisahan ini kerana Agama yang disanjung tinggi.

Tidak lupa juga, sesebagian lain menjadikan liberal itu berlaku secara total dan mengikuti kehendak semasa atau kefahaman individu. Sebagai contoh, sikap 'passing over', yang salah dalam pendefinasian displinnya sendiri. Itu hanya satu medan keraihan ilmu yang menjadi trend para intelek zaman kini. Sebagai contoh yang lain, soal 'siasah'(politik), bahawa dalam kajian politik kenegaraan, 'passing over'di sini adalah tindakan kritis dalam kajian konflik antara pada Sahabat yang dijadikan contoh 'Kenegaraan Islam'. Antara konflik-konflik pembunuhan para Khalifat, dan pelbagai penyelewengan para pendokong di sudut pandangan politik.

Sebagai teras umat Islam, harus diakui dalam struktur Hukum Islam menghadapi beberapa tingkat hukum; alQuran, alSunah, alQias, alIjmak, Qaul Sahabat dan sebagainya sehingga dalam soal Ihtihsan dan istihsab. Itu adalah tunjang utama dalam sistem pendisplinan manusia. Adapun sebahagian hanya menetapkan tiga dari yang terutama dan ada yang menyeluruh penggunaannya sehingga perkara yang baharu itu tidak menyalahi kefahaman teks utama alQuran.

Tetapi, setelah beberapa kebarangkalian perkara moden berlaku, paling besarnya melibatkan soal agama, perkara ini tidak lagi diendahkan. Bahkan menjadi batu loncatan kerana kemahuan mereka itu sendiri terhadap perkara dunia. Seperti sabda Rasullullah s.a.w; dalam teks suci; "allazi Yukazibu bid Din", mereka menggunakan agama untuk mereka menipu. Teks ini banyak disalah ertikan dengan maksud, mereka yang menipu dalam agama. Sebenarnya 'ba' di situ adalah taukid kepada agama, bukan perkara agama. mereka yang menipu dengan bersalutkan pakaian agama.

Ini terjadinya pula kepada sebahagian yang lain, tidaklah mereka itu total dalam liberal mereka atau bersikap ortodoks dalam pengambilan hukum, akan tetapi menjadikan pihaknya mutlak dalam kebenaran. Biarpun semua kelompok tersebut ada kesamaan dalam kesan toleransi, iaitu pihak yang lain masih keraguan dan pihak mereka adalah satu-satunya yang hak. Yang menetapi kaedah hukum, akan tetapi mereka semuanya sama dalam penafsiran Islam;" Man yahdillah fahuwa alMuhtad, waman yudhlil falan tajid lahu waliyam murshida", iaitu hanya mutlak dari Tuhan bahawa kepada siapa yang dikehendaki hidayah dan kepada siapa yang dihendaki kesesatan. Itu adalah Kudrat yang mutlak*.

.... Ada lagi??.. Tak tau apa yang tulis.. Tulis je la...

______________________________________________
*Ingin menyoal kebebasan Tuhan adalah bukan bidang manusia. Sebagaimana DIA menghamparkan bumi, bukan untuk manusia, mendirikan langit bukan untuk manusia, laut yang tiada penghujung bukan kerana manusia, bukit dan gunung yang begitu pasak di bumi juga bukan kerana manusia, tetapi kerana Cintanya pada S.Muhammad sebagai fitrah pertama untuk segala makhluk. Dia bukan seperti manusia yang ada.

Friday, May 26, 2006

"Friday @ tiaDa UnTunK"

Image


Satu:-(Jumaat). Kalau area '10 district' ni, jumaat adalah hari yang paling semak. Paling 'buhsan' untuk keluar main-main. Atau, hari yang celaru otak untuk menghadapi karenah manusia sini.

Tapi, manusia tetap keluar masuk, tak henti-henti sampai senja pun dah malas. Itu pun masih sesak dengan manusia pelbagai corok negeri.

Suasana sebelah ni antara gambar yang sempat aku ambik dikecelaruan fikir aku. Panas. Buhsan. Semak. Busuk. Hancing pun ada. Tapi mereka ni tak serik, bahkan lebih lebar senyumnya menawar dan melanggan kereta-kereta terpakai. Satu-satunya 'pasar kereta terpakai' yang selalu aku lewati di Kairo. Lebih dikenali dengan gelar :"Suu' Saiyaratt".

Dua:- Kempunan Idelis

Tak selalu dapat peluang. Sebab itu orang-orang sebut, "peluang jangan dilepaskan". Peluang dalam erti kata dapat memberi satu pendedahan baru untuk diceburi, ataupun ianya berlaku dalam bentuk perkara yang memberi keuntungan untuk diri.

Semalam, rasanya tidak gopoh kalau bersua muka mengenali tokoh. Sebagai satu peluang. Rasanya, agak ketimbangan kalau dibilang seorang 'tokoh' walaupun segalanya tidak memberi kemungkinan untuk lebih percaya ianya sebagai keuntungan. Tapi, sekadar lakar perjalanan hidup, setiap sudut dikiranya sebagai peluang. Itu harus didedahkan.

Tokoh yang dimaksudkan, seharusnya lebih dikenali pada mata dan kenalan pelajar-pelajar sini. Tapi, kelihatan sekadar orang tiada kenamaan ke sini. Tiada pula mata-mata yang liar untuk mengecam wajahnya. Atau duduk semeja mencuri kematangan dan pengalamannya. Tidak.

Dia datang dari Malaysia, tulisnya ingin menziarahi anaknya yang belajar di sini. Kalau semalam, baru saja aku kenal anaknya. "Tak tahu plak sblm ni dia ada anak di sini." Khalid Jaafar, Master Mind (IKD) -Institut Kajian Dasar-. Kalau sebelum ni juga, pernah pergi 'main-main' di bangunan IKD. Time tuh dia tak ada, buat program di U.S (tak silap aku la).

Tapi semalam, rasanya peluang tidak diisi sebaik mungkin. Kiranya 1 kali bicara 10 kali rugi. Topik kurang menarik. Topik yang amat buhsan untuk aku. Kalau dalam 'team setia kawan' pun dah banyak kali bincangkan soal ini. Soal -Media atau Penterjemahan-. Kalau semalam itu mungkin lebih global sekadar memberi contoh isu-isu kebaikan dalam penulisan, penterjemahan. Tidak terhad dalam lingkungan mahasiswa sahaja, tetapi lebih kepada penghasilan untuk wacana masyarakat. Bahan minda masyarakat. Kasi pendedahan kepada masyarakat. Otak masyarakat.. Huh!!

Bagus, bagus!! Cuma, sekadar untuk pendedahan kepada kawan-kawan lain. Maksudnya; (semalam seramai 4 orang yang datang-bincang. Aku datang lambat. Ketika sampai, derang sudah bincangkan soal itu. Melalui projek Setia Kawan dan usul yang dikemukan IKD. Kerana itu juga, aku biarkan topik itu berlansung. Walaupun kurang intresting, harus untuk duduk serta mencari peluang-peluang yang lain).

Peluang dan harapan; sebenarnya, dia ada tulis, ada seminar mengenai -Kerakyatan: the experience of citizenship in Malaysia di Amman Jordan. Sekurang-kurangnya peluang di sini ide dan isi yang akan di bentangkan nanti boleh diceduk. Kongsi. Pelekat kat Board bilik. Ide dan fenomena politik dari Malaysia untuk warga Arab. Maksudnya, interversi dari Melayu ke Arab. Sejauhmana pula kefahaman agama-politik dan kebudayaan di Malaysia dan dunia Arab.

Tapi, untuk masa yang singkat, hanya berteduh bumbung umat Malaysia di Arab, orang sepertinya tidak akan merasa lelah untuk semua ini. Minat, tabah, suka bah berideologi dalam jiwa. Tak gopoh kalau boleh ceritakan semuanya pada akal-akal di sini. Itu harapan.

Titik.!

Dia dan anaknya belok ke kiri, masuk bangunan tempat teduhnya. 3 dari aku bulat mata ke library, macam kali pertama lihat library di DMAK, (Dewan Malaysia Abasiah Kairo). Aku ke pinggir kolam, mengeluar segulung cleopatra. Biarkan asap-asap naik singgah ke blok-blok asrama kanak-kanak sinih.

....... Jumaat 26/05 ...P@i Kairo

Wednesday, May 17, 2006

"PixiE's with IdEnTiti"


Image
Image
Image
Image

Gambar nih sebenarnya aku dah upload baru nih..tah hari ape.Tapi nak tulis2 tak sempat. "Mugo lepak CC jah. Time tuh la member ajak balik..siak jahh..pastu..nih kira aku edit la.

Takde pon cite menarik.Hari-hari kena berperang dengan emosi yang naik turun. Kekadang rasa jadi stabil sebab -rasenya cukup HAUL kut-. Tapi perang untuk diri memang tak abis-abis. Sampai terbawa2 dalam mimpi. Ngeri sangat ke perang nih sampai bawa dalam mimpi?. Tak la ngeri sangat. Cuma, cam perasaan jeh!!
Buat masa ni: (Perang) dari arti; melawan arus diri yang dah terjadual dengan situasi sekeliling. Iaitu, berkaitan dengan karier diri atau abiliti sebagai 'Student'. Lebih2 lagi bila dah sampai ke tahap sekarang nih. (Bagaimana, mungkin penilaian diri itu hanya mutlak pada individu tersebut. Bukan pada penilaian mata orang lain yang banyak berkemungkinan =tidak pasti.)
Lagi tak faham, apabila di pandang sudut epistemologi manusia yang berurusan dalam hal kemanusiaan itu sendiri. Turut membabitkan sekeliling yang berupa bio-kosmo kehidupan lain.
Dalam penelitian ini, sifat manusia itu mungkin boleh dinilai, akan tetapi terhad dengan pemahaman atau tanggapan psikologi manusia pada sesuatu, termasuk penilaian sesama manusia. Iaitu bergantung pada paradigma keilmuan masing-masing.
Kalau mengikut kajian Sumber Manusia, fakta yang ditetapkan untuk penilaian tingkat mutu manusia juga berdasarkan paradigma culture tersebut. Yang memberi perbezaaan antara kebudayaan2 tertentu. Seperti juga berlaku dalam pemahaman kaedah Islam menentukan hukum-hukum buat manusia. Kerna ianya bukan mutlak akan tetapi 'syumul' melalui kesesuaian setempat.
Jadi, perang sebenarnya hanyalah psikologi individu seorang student yang terpaksa bergelumang dalam identitinya yang begitu rumit disusun. Bukan kerana dianya tidak punya usul diri atau celaru, (ada la sket2 tuh) tapi kerana enviroment sekelilingnya yang menentukan sifat diri dan hukum terhadapnya.
"Manusia itu sendiri yang akan mengubah dirinya,bukan orang lain"- satu sudut 'Tolaqul Qudrah' adalah sifat mutlak bagi diri-NYA yang tidak mampu dinilai oleh manusia. Dan yang ada hanyalah pandangan singkat sebagai manusia untuk menentukan penilaiannya pada PENCIPTA.
Justeru, hanya sekadar kemampuan akal boleh menentukan hal diri melalui kaedah-kaedah seperti skill, abiliti& knowlagde (s.k.a) sebagai displin diri untuk manusia. Wala Haula Wala Quwata iLLa biLLahi alAzim. Titik...

Friday, May 12, 2006

"Sosial Kejam"

Image




:ReLeaS MinD:





"Mana ada la.. Aku dah lame tak updet.. Sibuk jah sejak kebelakangan nih. Budak2 baru pun dah ramai..."

Ingat kawan aku tegur suh updet blog. Kata nak baca apa yang aku tulis. Isi otak aku. Isi cerita kisah hidup aku. Realiti keliling aku. Lebih2 lagi pasal dunia sinih. IgiP. "Best sangat ke Cairo neh". Lebih otai lagi, katanya, "Bleh tahu dunia romantis aku. "HHAHAHHAHAH". Siak jah kawan tuh.

Musim plak tak menentu kat sini (maksud aku musim mood). Cam chipsmore la plak. Kejap ok kejap tidak. Kejap heppy ending jah.. Hahha.. Kejap plak cam serabai jah. Mana satu nak susun, entah lah..

Buku berlambak lagi nak kena selak. Time dekat2 exam nih la baru rajin nak kongsi balik blog.. syiak jahh.. Dan lebih2 lagi derang (member2) suh packing masuk lam kotak. Katanya dah bleh blah dari dunia Cairo neh.. adoiiiii

Doa-doa la kat aku neh sume. Nak Final neh. Nak Balikkkk!!! Nanti2 la aku pergunakan balik pekdah2 blog nih..... Tunggu dehh!!!