Thursday, December 13, 2007

Rabun epi- 5

(With Love)

Awan tebal berarak. Menutup sebahagian langit yang sudah beberapa hari mendung. Cahaya pun agak malu untuk bersemuka dengan bumi. Membiarkan bumi akan dibasuhi lagi luka-lukanya. Derita panasnya. Sakit perit karenah penduduknya. Malah, sebahagian tubuhnya sudahpun kering. Kontang. Merekah sana sini seperti bangunan-bangunan yang tumbuh lewat modenisasi kini tidak berapa kukuh. Terlalu manja menahan terikan matahari, basahan hujan. Adakala tidak menentu suhu pembiakan benih-benih galian. Tapi, pakar geogologi ada menyebut, hakisan salji di kutub utura semakin meningkat. Dan peratusan tanah-tanah yang dulu luas sudah menjadi sebahagian lautan di dunia. Sambung menyambung. Di nusantra juga.

Mungkin awan lebih bersedia menghirup semua air-air di bumi. Biar hamil segunung Uhud sekalipun. Biar ianya menggendong seperti nazaknya seorang ibu membawa anak dalam kandungan. Seperti sang tua memikul berguni-guni beras untuk makanan anak-anaknya, atau untuk jualan di pasar. Seperti Saidina Muhammad s.a.w memikul sebesar tanggung jawab demi membela umatnya. Tidak, tidak sama sekali seperti baginda. Tapi, tanggungjawab awan tetap tidak dapat dirasakan oleh manusia. Manusia hanya senyum bermain-main di bawahnya. Bergembira tak rasa ada sesuatu yang berlaku nanti.

Tapi, awan akan penat, bila monsun Tengkujuh datang. Angin dari sebelah barat akan menjalar ke Asia. Bermula dari sini lah, matahari seperti tidak mahu lagi berkongsi derita dengan manusia. Atau matahari sendiri tahu akibatnya bila Tengkujuh sudah tiba. Lain sudut, matahari tidak mahu cahayanya akan mencairkan lagi kutub-kutub salji. Tidak mahu manusia akan tenggelam dengan lautan yang makin menjajah. Matahari malah lebih rela dipisahkan dengan awan-awan gemuk. Menghalang permukaannya yang sentiasa senyum pada bumi. Sentiasa memberi kebaikan pada bumi. Sentiasa memberi cahaya untuk manusia. Matahari tidak zalim.

Hussain hanya menggarukan kepalanya. Pada musim beginilah kegembiraan waktu kecilnya akan kembali terhidang. Bermain ikan laga, mandi air banjir, menangkap ikan, hujan yang tak henti-henti membuatkan dirinya digeletek untuk bermesra dengan hujan. Sakit demam dia takkan hirau. Imam Said kerap kali memarahinya kalau-kalau bermain hujan. Katanya nanti demam. Susah nak carikan ubat. Ubat pun mahal. Nak keluar pekan sana, jauh. Hospital kerajaan pun selalu kena beratur panjang. Layanan pula tidak begitu mesra. Selalu masam-masam dan marah-marah kepada anak kecil kalau-kalau ada sakit. Itu Imam Said jarang sekali ke hospital kalau ada yang sakit. Dia lebih suka membuat air jampi. Ditiupkan kedalam air putih. Berkumat-kumit dibibirnya. Hussain selalu melihat jampi-jampi Imam Said sejak dari kecil. Setiap orang yang datang pasti akan menyebut "air tawar". Waktu dia sakit pun dia kena minum.

Dia senyum sendiri. Imam Said adalah keluar tunggalnya. Mak Salma sudah tiada waktu dia baru tiga tahun sahaja dibela Imam Said. Dulu, Mak Salma yang selalu buat makan-makan untuknya. Pada mulanya dia susah untuk makan-minum di rumah keluarga angkatnya itu. Dia pun tidak tahu, ibunya entah kemana. Imam Said menjumpainya di lorong hujung sana. Itupun kata Imam Said. Dia sedang tidur waktu itu dengan seberkas pakaian. Tapi, sekarang pakaian itu tiada lagi. Dibuat alas lap kaki dan sekarang pun tidak muat. Kecil sangat. Tapi, dia tak nak pikirkan pasal ibu asalnya. Mak Salma adalah ibu baiknya. Tapi, hanya tiga tahun, Mak Salma tetap jadi ibunya. Dia tidak hiraukan kata mereka bahawa kesakitan seorang ibu mengandungkan seorang amat amatlah perit dan disebabkan itulah syurga di bawah tapak kaki ibu. Tapi, dia tiada iman soal itu. Imannya hanya Mak Salma lah segalanya. Imam Said pula, seorang ayah yang bertanggung jawab. Amat bertanggung jawab.

Hujan masih lebat di luar. Air bah yang dijangka akan melimpahi kampungnya masih dinanti-nanti. Biarlah rezeki tidak memihak kepadanya bila sahaja hujan turun lebat, paling kurang, dia dapat meredakan hatinya pada ingatan-ingatan waktu kecilnya. Dia pernah mendengar dari Gibran bahawa, waktu kecil manusia inilah yang disebut-sebut dalam kitab hindu dengan penjelmaan baru buat manusia. Kalau orang hindu akan beriman dengan penjelmaan dilain zaman. Dilahirkan kembali. Dan segala urusan yang tidak beres, akan diselesaikan lewat penjelmaan ini. Dia pun sering melihat cerita-cerita hindustan. Aha, selalu ada kisah-kisah penjelmaan. Tapi,semuanya jenis episod tragis. Kisah cinta yang terhalang, dendam, permusuhan dari zaman ke zaman. Kadang-kadang mengarut sangat. Tapi, dia tahu Gibran selalu kata "general knowladge". Susah difahami. Khilaf dengan adat. Lain dari ilmu yang Imam Said ajarkan. Gibran pernah cakap bahawa dia adalah Liberal. Tapi bukan post-liberal. Atau dia pun bukan jenis orang-orang liberal kat Malaysia ni. Hussain hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal, dalam hatinya hanya ketawa. Sedikit pun dia tak faham dengan dunia kawan rapatnya ini. Apa itu liberal? Apa General Knowladge? Post-liberal? orang-orang liberal di Malaysia? Maksudnya?. Hussain diam sahaja.

Dia tidak mahu berakidah seperti kata-kata Gibran itu. Tentang orang-orang hindu. Dia tak nak dilahirkan kembali. Dia tak ada dendam untuk menyelesaikan segala perkara yang berlaku. Dia tidak mahu sedikitpun mengingatkan soal asal usul dirinya. Bosan. Malas. Tak ada untungnya. Dunia sudahpun bertukar sejak kecil lagi. Sudah diberi tuhan segalanya. Mak Salma, Imam Said, Gibran, anak Siak Pahim; si Kemboja, Musa, anak paling kecil peninggalan Iman Said dan Mak Salma. Musa kini pun sudah besar, tinggal di asrama, di kota. Kata Gibran, lebih satu jam setengah dari tempat tinggal Gibran. Kalau menaiki kereta ulat panjang, mungkin hanya satu jam. 'Kereta ulat panjang'. Dia sendiri tidak pasti. Katanya seperti ular, menjalar-jalar atas ril. Macam keretapi. Tapi tiada bunyi pekikan "poomm poomm". Terbayang lagak Gibran dengan memek muka seperti badut mengembungkan mulutnya. Lucu..

Baru bulan lepas, Gibran pulang lagi. Lama-lama sekali. Setiap kali Gibran pulang, dirinya akan lebih terisi. Banyak perkara akan diceritakan kepadanya. Soal di kota sana. Soal kehidupan di sana. Membuka fikirannya. Banyak untungnya kalau sering sahaja bersama Gibran. Paling pasti, dia amat suka bila Gibran akan merekayasa cerita-cerita rakyat. Kehidupan yang mempunyai kaitan antara manusia. Kisah perjuangan, kematian, huru-hara, polemik sosial, politik; yang kadang-kadang dia hanya menadahkan telinga. Ada yang terlekat pada jaring-jaring pendengarannya. Kefahamannya. Ada yang lolos dan terbuang. Bagaikan omongan kosong sahaja. Seperti Gibran hanya berbicara dengan tunggul batu di bawah pohon rambutan sana. Tapi dia tetap setia untuk dengar.

Gibran amat pandai. Dari kecil dia lebih pantas untuk tahu banyak hal. Sekali sebut sahaja, dia pasti dapat mengulangi beratus-ratus kali. kadang-kadang cemburu sebab tidak sempat menangkap apa yang di pesan Imam Said. Tapi, bila waktu berjalan, bermain, berlari-lari pada waktu petang atau malam, Gibran selalu mengungkit kembali cerita-cerita Imam Said. Hingga sekarang pun, suka saja Gibran bercerita sana sini. Cerita masa lalu atau tanggapan masa hadapan untuk kampungnya, umat negaranya. Gibran seorang pejuang. Seorang sahabat yang baik. Seorang adik yang tak malu untuk mengaku abangnya ini anak kampung. Tak pernah tau soal luar, hanya lewat mulutnya sahaja dia tahu. Gibran baik dengan ahli keluarganya.

Paling dia suka, bila saja Gibran akan berfalsafah. Bercerita mewakili alam. Mengenai sawah bendang yang dipijaknya hari-hari. Pasal kehijauan, bukit di hujung sana. Bila langit cerah-cerah, fikirannya makin terbuka. Meneliti satu persatu rawakan awan. Ada ketika, awan membentuk seperti si tua yang angkuh buncit. Gibran melakarkan imaginasi lucu untuk diketawakan. Si tua itu sedang memegang tombol matahari yang panas. Tapi si tua itu tetap aman. Tiada sakit. Tetap berlagak angkuh dengan perut yang membonjol gendut. Putih dan kelabu bertompok-tompok. Ada kebiruan langit yang habis sebahagian permukaan langit di kuasainya. Bermaharaja lela.

Tapi, bila hujan datang. Dia pasti mengungkit kembali imaginasinya tempoh hari. Bercanda memeriahkan suasana. Katanya "si Tua itu menangis. Wangnya di curi orang. Hartanya di bawa angin. Hilang bersama air-air yang turun ke bumi. Kau yang dapat rezekinya. Kita. Mereka ramai lagi. Penternak, penanam sayur di kampung ini. Petani, sawah kau juga takkan kering. Dapat hasil. Tak payah rugikan minyak petrol untuk hidupkan penyedut air. Biar saja Tuhan memberi air itu. Turun dari langit. Brummm brummm!!!". Sambil ketawa dia menyambung lagi,"Perutnya pasti menyusut jadi ranting-ranting kering. Keding seperti lidi". Hahhahah. Mereka ketawa bersama.

Pada waktu malam, di kaki lima surau, tepi kediaman mereka (iaitu rumah Imam Said), Gibran selalu menyuruhnya menghitung bintang. Mengira berkali-kali sampai naik gila. Ada ketika, dirinya merasakan dungu sangat apabila disuruh Gibran mengira bintang. Tanpa berpikiran panjang, dia mengira dengan menghitung jari-jemarinya. Tanpa sedar, Gibran ketawa terbahak-bahak melihat telatahnya yang terlalu bendul dalam hal-hal yang seharusnya dapat dipikirkan. Gelagak mereka mencuit hati. Tapi, kenangan itu manis buatnya. Dia akan merindui bintang-bintang yang banyak. Bertaburan di angkasa. Menanti manusia supaya mengait satu persatu. Di jadikan batu permata. Buat kalung untuk sang kekasih. Mungkin saja, jika dia mampu mengambilnya satu, ingin saja diberikan kepada Kemboja. Anak Siak Pahim.

Kalau mengikut Gibran, cerita kekasihnya sering diungkap melalui cahaya bulan. Kelip-kelip bintang. Atau romantika waktu fajar pagi, selepas subuh. Sebagai bidadari. Bidadari yang turun dari syurga. Setiap kali Gibran menceritakan kisah cintanya, dia akan melongo terpukau. Asyik dengan intuisi khayalan Gibran. Jalan ceritanya. Simbol yang digarapkan begitu indah buat bidadarinya. Sesekali ada juga ia bertanyakan tentang Bidadari itu. Sejauhmana pandangan asal dari mata lain. Mata manusia melihat bidadari itu? Adakah bidadari itu bersifat halusinasi atau bayang-bayang malam? Kerap kali, apabila Gibran menceritakannya, agak kabur. Tak jelas. Rabun. Tidak pasti, adakah bidadari hanyalah istilah bombastik atau sememangnya bidadari bersifat manusia. Cantik, indah, kayangan, mawar atau kuntum yang membugarkan mata, hati, jiwa seorang pencinta?

Tapi, apabila bertanyakan tentang kekasihnya, dia suka bermadah. Memberi gambaran yang makin menebal keagungan cintanya. Meleraikan maksud cinta melalui bahasa-bahasa jiwa, alam, kehidupan, manusia serta makhluk lainnya. Membina tembok-tembok yang makin mengukuhkan ikatan cintanya. Memuji ke langit tinggi tentang keindahan raut wajahnya. Bidadari. Fahaman manusia juga akan terpukau bila saja disebut bidadari. Malah dari syurga pula. Hussain masih tidak pasti. Adakah wajahnya berseri-seri. Bercahaya seperti mitos Puteri dari kaum bunian? Atau bercahaya hingga membutakan mata manusia melihat kejelitaannya. Mungkin saja kalau mampu diadaptasi menjadi filem-filem barat, bidadari yang mempunya sinar kemuliaan. Terbang seperti malaikat. Indah, bahagia, mempunyai sayap-sayap putih bagi melindungi manusia. Kekerdilan manusia. Kehausan cinta seorang manusia. Itu fikirnya.

Akan tetapi, sejauh mana Hussain mengingati gambaran yang diberikan Gibran, tetap tidak tercapai di akalnya. Gibran lebih bijak memukau orang. Bertatih kata melalui bahasa. Bercambur gaya mempengaruhi suasana. Mengakar indah sampai ke jiwa jika dia tidak menghentikan cerita-cerita fantasinya. Tapi, dia suka melihat Gibran gila sebegini. Banyak hasil untuk orang sepertinya. Untuk dia mengatur bahasa apabila berdepan dengan Kemboja nanti. Supaya Kemboja lebih yakin terhadapnya. Supaya sampai cintanya pada Kemboja. Supaya matang akal cintannya. Agar juga Kemboja membuka pintu hatinya. Sering dia melatih dihadapan cermin mengungkapkan kata-kata buat bayangan si Kemboja.

"Aku takut untuk membicarakannya". Di hadapan cermin Hussain berdiri sendiri. Melihat wajahnya yang kurus. Tiada manusia yang ghairah melihatnya. Apatah lagi Kemboja. Anak Siak Paham di hujung kampung sana.

Saturday, November 24, 2007

Rabun epi- 4

Relate.(From D Kampung With Mind)..

Dia masih menanti bicara temannya memenuhi ruang fikiran. Hussain dari tadi hanya melompat sana sini di bawah pohon. Pohon rambutan yang sudah dua tahun tidak berbuah. Katanya Pak Samad, pokok ini mati disumpah. Dahan-dahan yang nampaknya kuat, padahal rapuh. Ranting-ranting kalau dihinjak burungan yang singgah terbang, akan patah juga. Daun-daun yang hijau hanya akan meneduhkan manusia yang singgah dirimbunannya. Meneduh manusia seperti dirinya yang dari tadi bersama Hussain. Berbual mesra. Ada ketika diam. Membalas senyum. Melakar cerita untuk menghiburkan hati.

Pohon itu besar. Daun-daun yang jarang tetapi begitu rimbun. Mungkin proses biologi memberi oksigen kepada manusia masih berfungsi. Biarpun kata Pak Samad telah disumpah, tapi tetap menghijau. Akar masih kukuh. Itu agaknya. Tunjang yang begitu besar menunjukkan pohon itu tidak goyah setelah berapa tahun lamanya. Kalau dulu, sewaktu umurnya masih kecil, pohon tidak lah sebesar ini. Segagah ini. Sepemeluk tangannya tidak terjangkau. Ya, besar sangat. Tapi, memang jarang dia melihat pokok rambutan sebesar ini. Pelik. Kenapa pohon itu ianya tidak subur, atau mungkin saja Tuhan jadikan ianya sekadar untuk memberi teduh buat manusia. Bukan memberi hasil untuk dikutip, dijual ke pasar. Market-market, atau tepi jalan yang meriah dengan buah-buahan.

Kampungnya, tidak rumit untuk orang-orang seluruh Malaysia mencari. Tidak tersorok seperti wilayah-wilayah hulu atau hilir. Tidak pula ada sejarah-sejarah besar yang berlaku. Kalau untuk sohor, nama kampungnya juga tidak ada hubungkait dengan nama-nama besar negara. Tidak ada sejarah yang dapat dibanggakan. Tapi, pernah juga orang mengatakan bahawa kampungnya pernah di duduki jepun. Jadi kubu kuat tentera jepun sebelum British mengambil alih lagi setelah Hiroshima di bom-hancur. Ketika itu, puak kiri dipelopori oleh Dr. Burhanudden al-Helmi mati di Taiping Perak. Dato' Ahmad Boestaman , Shamsiah Sutan Fatah, Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan ramai lagi. Tapi kebenaran tidak pasti pula. Dalam tidak pasti itu, kampungnya mungkin pernah dilawat juga oleh tokoh-tokoh ini. Itu pun, sejarah tidak pernah menceritakan. Kampungnya tidak tersohor seperti kampung-kampung lain. Kalau ya pun, mungkin atas dasar pemberontakkan. Bukan kebanggaan.

Kalau macam tu, mungkin kampungnya juga antara kubu-kubu komunis. Komunis yang telah diharamkan sejak 1948 oleh kerajaan British. Cakap-cakap orang, sejarah puak kiri ini terlampau kritikal politik mereka, sehinggakan dituduh sebagai golongan kritikal. Lalu atas kuasa British, telah mengharamkan politik kritikal yang berlaku di Malaya tika dulu. Kampungnya? Kalau tidak datangnya british, juga akan dikomuniskan oleh Jepun. Tapi, tidakkah Jepun akan bermusuhan dengan Komunis China? Tapi setidaknya, Jepun akan terusir dari Tanah Melayu, kampungnya juga. Dan British datang, membawa sekular dengan katoliknya. Tapi, Melayu kuat dengan agama Dagang yang berakar lama dari Kesultanan Melaka. Tak kisah...

Dia diam. Menghirup udara yang sedikit berbahang. Dia melihat kiri dan kanan kampungnya, mesra. Masih banyak sejarah perjuangan mereka dahulu tidak diketahui. Untuk tahu dan mengerti, amat rumit. Tapi, setelah sekian lama, nama-nama kebanggaan yang tertulis dalam buku-buku sejarah, dia masih hafal. Ingat nama-nama mereka. Barangkali, kampungnya kini juga sampai berita-berita dari Pakatan Melayu dulu. Atau orang-orang kampung sini juga turut serta dalam perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru dulu. Di Kuala Lumpur pada tanggal 1, bulan Mac 1946. Imam Said pernah berceritakan perihal Malay Union yang ditentang habis-habisan oleh warga kota dan kampung. Dan ada juga dia mengisahkan soal Persatuan Melayu Johor yang terpaksa menubuhkan tiga usul bagi susulan tekanan British tersebut.

Imam Said waktu tidak sedewasanya yang seharusnya tahu soal-soal negara. Walaupun masih kecil, Imam Said digendung oleh Haji Ralau, iaitu ayah kandungnya. Dia hanya dengar dari bisik-bisik orang kampung. Orang-orang tua dulu. Dan cerita semua ini dititihkan kepadanya, Hussain dan ramai anak remaja lagi. Sambung Imam Said lagi " Usul yang dimaksudkan itu terdiri dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, Bantahan terhadap penubuhan Malay Union, serta mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu. Tapi, Pak Imam tak ingat waktu itu siapa yang mempengerusi seluruhnya. Pak Imam lupa sejarah. Tapi yang tahunya, gagasan ini telah melantik Dato' Onn bin Jaafar atas sokongan 41 buah pertubuhan-pertubuhan Melayu.

"Ni berapa lama kau cuti, Gib?", soal Hussain setelah lelah menyepak angin yang tiada memfaatnya dari tadi. "Kau selalu balik mengejut. Pastu pergi lagi. Pegi plak tibe-tibe je. Sepatah haram pun tak tinggal kat kitaorang." Hussain membiarkan dia terlebih dahulu bercakap panjang. Dia ingin biarkan temannya mengambil masa untuk bercerita.

"Dua minggu lepas, waktu Imam Said meninggal kau tau tak? Pesal tak balik?". Raut suara Hussain menunjukkan dia sedikit kecewa. Tindakkan temannya Jibran tidak pulang pada waktu Imam Said meninggal adalah tidak wajar menurutnya. Imam Said banyak berjasa terhadap kampungnya. Membina masyarakat. Anak muda. Memberi pengajian waktu kecilnya hingga ke besar. Membela segala ketidak seimbangan masyarakat dengan sosial politik negara. Ya, Imam Said adalah pejuang kampungnya. Tapi, dia telah tiada. Diambil tuhan pergi ke syurga. Membawa amalan. Meninggal pesanan. Harta pun tiada. Mungkin ilmu-ilmu yang telah dicurahkan adalah hartanya. Seperti Nabi juga tidak meninggalkan harta kepada ummatnya kecuali; Quran dan Sunnah. Fikir Hussain mengimbas kenangan waktu kecil mereka.

Jibran masih diam menghitung jari-jarinya. Dalam fikirnya, dia masih mengira tokoh-tokoh yang terpaksa tumpas untuk negara, kampungnya. Selain nama-nama golongan kiri, dalam buku sejarah kini hanya terlihat nama-nama seperti Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan En.Zainal Abidin Ahmad atau boleh saja digelar Zaaba. Nama-nama ini telah menukar rencah dan senjata bagi rakyat Malaysia era kini di bawah kekuasaan politik negara. Itu jika dikira dalam sosio-politik, yang banyaknya ditukar-ganti fakta-fakta pejuang aliran kiri yang masih juga memberi benih serta membiak buah fikiran dan perjuangan mereka.

"Jib, kau dengar tak aku tanya apa nih!!" Suara Hussain sedikit meninggi setelah sedar kawannya sedang mengelamun.

Jibran membiarkan sergahan temannya seperti tidak disedari. Di hujung matanya hanya memerhati ada manusia yang lain datang dari arah yang sama ketika dia memerhati Hussain datang. Jalan itu adalah jalan utama untuk orang kampung. Orang ramai tidak berani menyelinap ke dalam hutan-hutan bersebelahan. Jalan pintas dalam hutan lagi merbahaya. Pernah orang melihat harimau, singa juga. Seladang liar yang masuk keluar hutan tak pernah ditembak oleh orang-orang kampung. Babi hutan pula suka naik minyak kalau-kalau hari tidak memberi nasib kepadanya. Orang kampung akan jadi mangsa. Dia masih memerhati. Matanya agak mengecil. Membuang segala soalan-soalan yang dilemparkan kepadanya. Dia ingin mengecam manusia yang datang itu.

"Sin, cuba kau teka siapa yang datang?" dia mula memberi isyarat telunjuk ke arah jalan. Hussain membalikkan muka ke arah jalan. Matanya juga mengecil. Mencari-cari siapakah manusia yang menuju ke arahnya. "Dia pakai baju biru. Seluar jean hitam..". Hussain cuba meneka. Sesekali gayanya seperti melihat layang-layang yang terbang jauh. Matanya juga dihadang oleh sinar matahari yang terik. Membakar orang yang berada di jalannan itu. Sesekai seperti fatamorgana melembutkan tubuh orang itu. Beralun-alun. Menyilaukan. Sakit matanya memandang lama-lama.

Jibran tidak memerhati manusia itu. Tapi matanya hanya melihat Hussain. Tubuh yang kurus sejak dulu lagi. Kulit agak hitam. Tiada otot-otot yang memberangsangkan wanita. Rambut sedikit ikai di hujung-hujung belakang. Kerinting tidak keterlaluan. Melihat rokok yang tidak putus-putus di tangannya. Dia juga gelihati melihat rawak laku Hussain. Anak kampung yang tak pernah terdedah dengan dunia luar. Selain tahu membajak sawah, membanting jerami, menangkap ikan laga (waktu kecil dulu), dan ayam-ayam peliharaannya, Hussain jauh kehadapan berbanding para remaja yang lain. Kulit-kulitnya agak kelabu. Mungkin terkesan dengan air sawah-bendang yang selalu dia berlabuh. Mencari rezeki. Makan minum hidupnya yang sebatang kara.

Kalau tidak kerana Imam Said, masakan dia akan mengenali sahabatnya ini. Hussain. Pernah diajaknya ke kota bersamanya. Tapi Hussain menolak. Katanya tidak mahu meninggalkan kampung yang banyak membesarkannya. Orang kampung yang sayang padanya. Rezeki pun sudah banyak di sini. Dia tidak nakal seperti anak-anak yang lain. Kalau disuruh menebas rumput di halaman rumah orang-orang kampung, dia turut terima. Janji ada upah. Kadang-kadang pokok kelapa yang mencakar dada langit juga dia mampu memanjat. Pada hujung minggu pula, bila waktu gotong royong seluruh kampung, dialah remaja yang paling awal menunjuk-nunjukkan muka. "Hussain budak rajin" bisik Jibran dalam diam.

"Apa kau kata?", Hussain memalingkan mukanya terpinga-pinga. Dia sedikit curiga. "Apa kau cakap tadi Jib?" dia mengagak bahwa temannya sedang berbicara mengenai dirinya. Bukan pada manusia di jalanan tadi. "kau ngumpat dalam diam ehh?". "Pesal kau tak ajak aku nak mengumpat?", "Hahhahahah". Derai ketawa dua teman itu memecah ruang rimbun pohon itu. Manusia yang jauh di mata mereka masih berjalan. Menuju ke arah mereka. Mereka menyambung teka teki siapakah gerangan yang datang itu.

Saturday, November 17, 2007

Rabun epi-3

Manusia dan Bidadari

Bila saja melihat matanya, dia cuba mencuri pandang ke tepi. Melihat kesibukan kota. Riuh rendah, berlumba-lumba manusia menghibur hati. Memerangkap nafsu. Mencelah keinginan. Memenuhi kehidupan. Supaya ditanya nanti; "aku telah berpengalaman, luas, dalam dunia kini". Matanya liar berlegar di sekeliling. Tidak kepada kata-katanya. Pandangan ikhlasnya. Kasih sayangnya. Tiap kali ingin memerhati mata hitamnya, dia berlari supaya dikejar. Berlari untuk lari dari memahami antara satu sama lain. Berlari untuk menyorokkan diri dari dilihatnya lagi. Tapi? kenapa dia masih di sini. Cantik, sempurna, bidadari yang sesat di bumi. Mungkin turunnya untuk mencari cinta dari sang manusia. Kerana telah didengarnya bahawa; manusia adalah sebaik-baik ciptaan. Ya! Ahsani Taqwim. Adakah kemungkinan ini berlaku? Bidadari mencari manusia di bumi?

Kadang-kadang dia sendiri tidak pernah mengerti pengalaman cinta. Ramai orang menyebut cinta itu agung, mulia, indah, penuh maduan. Manis. Seperti istilah bidadari, malaikat, bunga, anggun, ayu. Indah bukan? Tapi, dalam selok-belok pengalamannya, tetap beracun, kejam, dayus, setan, hantu, berlembah hitam dikongsi sama. Seperti cintanya, tidak lah sehebat rekayasa cerita-cerita cinta, Romeo+Juliet, Cinderella+Prince, Snow white yang hidup dengan manusia kerdil dilamar putera juga, atau Puteri Gunung Ledang dengan Sultan Mahmud, atau lebih telus jika; seperti Saidina Sulaiman dengan Ratu Balqis yang begitu mistik mencipta istana bergerak, Kisah cinta manusia pertama Saidina Adam juga, terlampau melalui rentasan akal hingga Saiditina Hawa bertemunya di Bukit Kerahmatan (Jabalu Rahmah) di Arafah. Cinta Sang Paling Mulia Muhammad s.a.w juga sering dibaitkan dalam puisi-puisi para pujangga. Tidakkah Agung kisah cinta mereka?

Hanya yang ada, rasa hati, perasaan, ketenangan, fikiran yang terhuyung-hayang dengan kemaruk balasan cinta. Mabuk dengan rupa parasnya, bicara selembut angin membelai fajar. Menantikan matahari terbit perlahan-lahan mengucap 'Good Mornink' untuk manusia. Memberi kehidupan kepada alam. Membuka mata pencarian. Kemenangan. Keriangan. Terhijab perasaan syukur. Membungkam gelap. Hanyut. Berteriak kebebasan. Tidak pernah rasa ada rahmat. Malap dan kelam di hari yang siang. Dengan kuasa-kuasa dunia yang lebih besar. Lebih realistik. Lebih membenarkan faktor-faktor sains diberi kata putus. Ya realistik. Itu yang akan dikejar manusia. Tapi, rahsia hati, rohani, atma diri, tidak pernah dilihat orang. Diambil kira dalam soal-soal kemanusiaan. Kerana kecelaruan dalam cinta. Cinta sesama manusia ataupun cinta kepada kebendaan. Bukankah itu faktor material yang berdasarkan sekular?

Tapi cinta bukanlah segmen sekular. Cinta bukan pula suatu bentuk ideologi, atau ciri-ciri sistem buatan manusia. Cinta takkan juga dapat disamakan dengan jentera-jentera modenisasi yang sentiasa sibuk meraih teknologi. Pembangunan negara, atau sistem politik, ekonomi. Bukan seperti ada yang berani menjual diri, melacur hati, dagang emosi, dengan kata cinta. Cinta dijadikan bahan meraih simpati, mencuri sistem manusia, mengambil untung untuk dibicara, melalui prosa, puisi, lukisan hati, berhuruf, berangkap-rangkap. Juga dijadikan sebuah mata pencarian. Mengembangkan rasa untuk turut berkongsi dalam sistem-sistem manusia. Menjadi budaya. Berkembang. Mekar, menular di setiap jiwa-jiwa seni. Seperti dirinya. Melihat bidadari yang sejak dari tadi hanya memandang sekolompok kawan melangkah lompat di taman di Ibu kota.

"Tidakkah kau merasa aku ada di sini, depan mu". Hatinya berbicara sendiri. Menanti jawapan hati bidadari itu. Mungkin tidak sejauh itu dia hanya memikirkan tentang keburukan. Mengkritik kekasih dalam gelap adalah perasaan prejudis. Takut. Tak berani. Atau boleh saja dirinya tidak yakin dengan cintanya. Tapi, tidak mungkin dia akan sebaris dengan pencinta-pencita agung yang lain. Tak mungkin juga dia mampu melakarkan bait-bait yang indah seperti intuisi Gibran terhadap May Ziadah. Kalau dalam kitab hindu ada menyebut soal Rama dan Sinta. Memang ia tidak mampu. Dia tahu, dirinya hanya percaya, bidadari ini turun hanyalah untuknya. Itu kata hatinya.

Sebab itu, sedekat mungkin mengenali seseorang semakin dangkal untuk memahaminya. Semakin terjerat dalam rahsia-rahsia cinta. Makin bertangkai kusut mendapat cahayanya. Situasi ini mungkin tidak jelas jika difikiran dengan adanya sifat berjaga-jaga, berhati-hati, lebih menitik beratkan perasaan cuma, akan tetapi lebih jelas jika lebih terbuka. Melolong sana sini perasaan cinta. Membenarkan bibir untuk wakil perasaan, akal, fikiran. Membiarkan cuma kata hati yang begitu berat diringankan. Dijadikan bahasa bicara, kata, perbualan, gurauan, omongan, kiasan untuk sampai ke hati, faham, tentuan. Rumit bukan?

Ketidak jelasan inilah makin mengusutkan hubungannya. Tidak pada sang bidadari. Kerana dirinya tiada pernah mencuit soal ini. Perasaan yang tak menentu mengarahkan tujuan. Terpaksa setia dengan keadaan. Tunduk mengikut rentak hari yang tidak pernah mencurigakannya. Tidak pula mendesak hari-harinya. Perjalanan hidup yang entah ada rahsia cinta ataupun tidak. Tapi, wataknya adalah cinta. Wajar juga jika ada yang bicara dia tak perlukan cinta. Kerana dia adalah cinta. Bidadari yang penuh dengan cinta.. Tapi itu keindahan belaka. Tidak jelas. Tetap rabun menilai cinta, walaupun dekat.

Dia hanya memerhati Seroja yang dari tadi senyum sendirian. Gelihati melihat sekolompok kawan itu bermesra, ke sana kemari berlari, menari, menyanyi tidak pernah ada gelisah di hati. Di tengah ibu kota hari minggu ini.

Friday, November 16, 2007

Dialog Peradaban Sastera -

Dua manusia yang jauh dari perlembahan, negara sebarang yang perlu menangkis angin monsun, ribut di laut, panas terikan yang menukar cuaca, ada bicara kosonk yang mempunyai erti dalam seni. Setelah bosan tiada isu untuk berbual, melepasi garisan pengajian, hidup harian, kesihatan dan berita kawan-kawan; dialog ini terjadi di celah-celah ribuan manusia merentasi masa-masa hanya di jari. Di depan kotak segi empat panjang ini.

Paichowan :: terkapai2 di lautan biru.. berteman dengan langit yang gelap.. membutakan harapan hati.. perasaan yang terkontank telanjang..
Paichowan :: kwakwkakaka
B**** **i: waaaa bermadah pujangga napokk
B**** **i Haha
B**** **i: ni madah berhelah aku
Paichowan :: hah
B**** **i: terkapai2 ku kelemasan..berteriak tanpa suara..
B**** **i: hanye bertemankan bulan dn bintang kekeheningan mlm sepi lagi windu..
B**** **i: heheh

Paichowan :: adowww...
Paichowan :: hahhaha
Paichowan :: sedap
Paichowan :: buat cicoh colek sedap nehh

B**** **i: bersiol2 laksana anak muda rocker lagi brutal..siang dan mlm tanpa henti berputar..masih lg dia membisu..
B**** **i: hanye berkata2 dgn anggota bahasa indah..
B**** **i: dia terhoyong hayang ntah knp..
B**** **i: dlm kemabukkan sendu tangisan jiwa utk berkata..
B**** **i: tak sangka..rupenye mmg dia x leh berkata..
B**** **i: itulah 'bisu'
B**** **i: (senyum)

Paichowan :: porak puranda dalam bahasa jiwa.. bersiul menyanyi menari bagai tarian hambali.. menadah sendu dalam gamitan pagi, esok nati, hari dan hari.. dalam habuk sebaldi
Paichowan :: wkakwkakakwka
Paichowan :: pokodejei, menatam, bangsat sumpahan menatank, menanti bintang tidak tumbuh didada langit,, yang seksi lagi sunyi.. khayalan diri, mimpi ngeri, suara hati...dari suara-suara pujangga hati
Paichowan :: wakkwakakak
Paichowan :: bisu adalah bahasa.. jiwa .. isyarat.. loghat yang tiada huruf berangka, hanya hati ke hati akan mencuit sanubari dan inderapuri

B**** **i: hahaha
B**** **i: heheh
B**** **i: kehabukan bagai debu dan asap berterbangan ke angkasawan..
B**** **i: dlm keheningan mlmku ketawa..
B**** **i: dlm bisikan windu ku termenunggg
B**** **i: dlm kemerehan mata ku menahan...
B**** **i: dlm ke-sentiman diri ku berlabuhh
B**** **i: kadangku sedarr
B**** **i: kadang ku hilangg
B**** **i: kejap ade kejap x de..
B**** **i: bagaikan biskut
B**** **i: Hahha

Paichowan :: hahahahah
Paichowan :: awan berbondonk-bondonk membelah tubuh, menghiasi kamar yang setia suci, gambus, gitar, piano, biola tiada di sisi, mata dalam kebakaran.. mereka hilank..
Paichowan :: hilank dalam khayalan
Paichowan :: kalau tadi hanya menant kan bintank..
Paichowan :: bulan malu untuk menatap awan..
Paichowan :: cuba melari kemari ke arah sana tiada destinasi
Paichowan :: menyeru hari esok dengan sang matahari
Paichowan :: yang sentiasa merah memancar perut bumi
Paichowan :: waktu itulah. biskut yang hilank akan diketemui
Paichowan :: lalu menganggap diri persis chipsmore dalam iklan manusia
Paichowan :: lagak berdansa memerli manusia
Paichowan :: kerana dosa atau pun pahala..
Paichowan :: entah.. syurga atau neraka..
Paichowan :: tapi hang apa tau..
Paichowan :: syurga neraka sume atas tuhan punya kosa laa..
Paichowan :: wkawkkakak
Paichowan :: putuih akal paaaaaaaa!!

B**** **i: hahahahah
B**** **i: ni pasang tinge leklok
Paichowan :: okehh


B**** **i: danau kabus mentari senje kian berlabuh
Paichowan :: OoOO.. syahdu
B**** **i: menanti tirai menutup siang
B**** **i: lantas berlalulah siang munculnye mlm
B**** **i: mlm gelap kelam namun masih dlm cahye muram tp indah
B**** **i: keindahn sang purnama memancar sinar
B**** **i: menuju lewat semakin damai dan permai
B**** **i: bersama sang cengkerik yg riuh rendah bersiol ntah berlagu
B**** **i: insan masih leka dibuai mmpi mlm
B**** **i: tanpa rasa bersalah sempat tersenyum
B**** **i: tersenyum dlm pelukan windu dr seseorng
B**** **i: tiba2 terus terpancut
Paichowan :: hahahah
B**** **i: Hahha

Paichowan :: neh.. dengaq
Paichowan :: semak samun dalam belukar sepi.. kemelut kuasa hati, jiwa, nurani, akal budi yang dihentak tak berpijak.. tiada damai yang indah diimaginasi, difikir, diakal yang selalu memberontak,.. kerana belukar adalah hutan rimba tak pernah dicukur..
B**** **i: k
B**** **i: apa cukur lak nih
B**** **i: :D hahah

Paichowan :: tapi,,..
Paichowan :: padank pasir yang selalu beralun, membentuk ombak, dayunan air.. kejauhan mata.. liang liuk seperti ular berdesir... ada patamorgana .. menjadi selingkuh buat dua manusia
Paichowan :: damai, tenang.. tiada belukar seperti hutan yang tak ditebank.. indah.. dengan nil yang bergelora di pinggir sana.. syalalat yang menjadi ajaib buat warga pasiran.. lain budaya dari dua manusia
Paichowan :: tiada indah dalam kekejaman, tiada duka dalam keriangkan.. kemuraman menjadi racun dalam sedu sedan dua manusia kota
Paichowan :: tapi...kullu syaiin sababa.. faatba'a sababa..
Paichowan :: hahha
B**** **i: hahha

Paichowan :: serius sket kali nehh
Paichowan :: heheh
B**** **i: haha
B**** **i: emm

Paichowan :: Manusia melihat awan, langit.. matahari, bintang dan bulan di malam gelap adalah intuisi
Paichowan :: intuisi rohani berdamai dengan alam.. melihat tumbuh-tumbuhan hijau adalah ubat keriangan, ketennagan, keinsafan, kemakmuran .. tiada dosa antara manusia..
Paichowan :: bahawa manusia yang sibuk berdegil, mencubit lengan, tangan, kaki telinga hidung yang kemet, dahi yang luas di gelak ketawakan.. tak sama seperti manusia yang sentiasa memetik hijauan yang sentiasa mesra dengan alam..
Paichowan :: awkakakak
B**** **i: :D
B**** **i: ehemm

B**** **i: dlm menuju puncak kubertahan
B**** **i: disebuauh teluk yg bertiang
B**** **i: berbalut rumput segar mamaki helmet
Paichowan :: hahhaha
B**** **i: berbalut rumput segar memakai helmet kemerahan
B**** **i: gagah tegas ketegangan
Paichowan :: \
B**** **i: menahan jiwa dialam khayalan mesra windu alam
B**** **i: makin terserlah keringat didahi
B**** **i: namun takde maknenyee
B**** **i: hahahah
Paichowan :: ahahahh\
Paichowan :: adoiii

Paichowan :: tiada makna hanyalah bicaraa, kelar-kelar urat menonjol dibahu kiri dan kanan, atas khaylan, bicara kesat, ngaum raksaksa, terkehel-kehel melepas asa
Paichowan :: dalam tidak sedar, ada menanti, memekik, mendesak, dari desas desus suara hati yang ingin kan tiada henti, esok lusa, jgn lagi
Paichowan :: wkkaka
B**** **i: hahhahhaha
Paichowan :: bodddddddoooooooo
Paichowan :: akkkwak
Paichowan :: adoww
B**** **i: :D
B**** **i: mendalam tul maknye

Paichowan :: hanya bicara tiada nafsu, akan terjadikah hukum
Paichowan :: melirik dari kata hati hingga terjadi
Paichowan :: terletak soalan nati bila ianya terjadi
Paichowan :: kerana sesuatu adalah dari kuasanya yang terjadi
Paichowan :: seprti kata
Paichowan :: KUn Fayakun.. Maka Jadilah jadi
Paichowan :: :D
B**** **i: heheh:D

Paichowan :: seperti banyaknya kejadian, banyaknya fikiran, banyknya hukuman, banyaknya persoalan... tiada yang mutlak, tiada mendusta, tiada yang melebihi kuasaNYA
Paichowan :: tapi, banyak rusuh2 berbunyi, menangkis iri, mendongak dengki, mendada seksi .. menunjuk lagak diri. untuk menentukan hukum-hukum yang diberi
Paichowan :: kerana, sabda khalifah adalah wakil tuhan, menunjuk jalan, memimpin fikiran, mengolah panduan, menentukan hukuman
Paichowan :: sedangkan, penentuan hukuman adalah sabda INIL HUKMU ILLA LILLAH.. tiada sedar..
Paichowan :: terlolos hanyut dalam pancaran matahari,
Paichowan :: panas berlegar kerana nafsu mengatasi ilmu
Paichowan :: antara manusia dan manusia
Paichowan :: antara sistem memanusiakan manusia
Paichowan :: antara akal fikiran dan hati yang diterima
Paichowan :: bukan memberi
Paichowan :: menentu
Paichowan :: menjatuhkan hukuman dengan kata : DOsa Haram MUNAFIK kafir
Paichowan :: atau sejelek nya
Paichowan :: tapi sabda-sabda bersuara untuk
Paichowan :: memimpin..
Paichowan :: mentadbir..
Paichowan :: menggarap
Paichowan :: menilai tanpa kuasa mutlak untuk manusia
Paichowan :: hanya sabda Qotei dan Zonni jadi fahaman diri
Paichowan :: .....
Paichowan :: :D

B**** **i: best gak tuh
B**** **i: :D
Paichowan :: ehhehe
Paichowan :: selit2 ilmu sket
Paichowan :: wakwkaawkk\

B**** **i: orait le tu
B**** **i: ehem
B**** **i: kuasa adalah anugerah ilahi
B**** **i: namun kuasaNYA maha agong lgi mutlaq
B**** **i: insan juga giler kuasa
B**** **i: manusia lagi semakin bangsat krn kerakusan kuasa
B**** **i: insan disane ditindas dimaki dihamun
B**** **i: manusia dikota semakin dahaga belum puas
B**** **i: namun insan doif lgi insaf
B**** **i: perlu jua merebut kuasa
B**** **i: krn kuasa itu anugerah
B**** **i: kerna tanpa kuasa insan semakin hanyut dn lalai
B**** **i: tanpa kuasa manusia semakin punah dalam kederhakaan
B**** **i: kuasa tetap anugerah ilahi yg maha kuasa
B**** **i: kuasa insan adalah pinjaman
B**** **i: namun kuasaNYA adalah Zat
B**** **i: manusia kuasa manusia dikuasai
B**** **i: makhluk lemah makhluk kuat lagi rakus
B**** **i: dari selembah mahu selembah dan selembah
B**** **i: yes kuasa
B**** **i: insan insaf jua mahu jua berkuasa
B**** **i: kuasa utk meninggi kalimahNYA
B**** **i: bukannya giler kuasa
B**** **i: sekian

Paichowan :: hahahha
B**** **i: :D
Paichowan :: sedap jugok tuh
Paichowan :: genre hararki
Paichowan :: hehehh
B**** **i: belasah jee
B**** **i: :D

Paichowan :: Dalam cerimin kaca, ada suara, kuar dari coronk2 usank. bercerita.. terbang, melompat, terkinjal-kinjal
Paichowan :: Spiderman, batman, superman, cicakman, oltroman.. semutman.. badankman, hantuman,(men tonto pun ble la)
B**** **i: hehe
Paichowan :: kerana kuasa.. kuasa antara manusia.. kuasa dari penghubunk antara yang MAHA KUASA
Paichowan :: seperti ZAT DAN SIFAT ADALAH MAHA KUASA
Paichowan :: Kuasa yang masih bersifat, seperti alam langit dan bumi di paras yang tiada terjangka dek akal ilmu manusiawi.. adalah sifat KUASA YANG MAHA ESA
Paichowan :: manusia pinjam dari sabda, yadullahu fauqa aidihim.. wamaramaita iz ramaita, seluruh adalah kuasa..
Paichowan :: Kuasa sementara
Paichowan :: hnya didunia menhapus mungkar manusia
Paichowan :: demi kuasa juga menghancur manusia
Paichowan :: kuasa adalah juga makhluk seperti manusia..
Paichowan :: setelah mana diadaptasi jadi TUHAN MANUSIA
Paichowan :: seperti berhala dijadikan kuasa
Paichowan :: Krishna juga dikatakan berkuasa
Paichowan :: demi cinta dan peperangan
Paichowan :: seperti juga Kuasa Jesus membenarkan kaumnya
Paichowan :: seperti juga sekular.. memberi kuasa adalah Tuhan bagi Manusia..
Paichowan :: tidakkah kuasa hanya mencemuh diri manusia.
Paichowan :: tidakkah manusia itu memerlukan kuasa??
Paichowan :: manusia diperlukan oleh kuasa..
Paichowan :: kuasa yang mentadbir manusia
Paichowan :: kuasa yang memimpin manusia
Paichowan :: kuasa yang mengerinkkan dosa2 manusia
Paichowan :: terhadap tuhannya
Paichowan :: :D
B**** **i: hehhehe
B**** **i: tusbehu a'la kherr

(Gua blah masuk tido .. dia cakap ." nak gi hammam (toilet) ".. Gua upload masuk sini)

a.k.a P@i

Monday, November 12, 2007

Introduksi Propos Perlembagaan

الحمد لله رب العالمين , وصلاة وسلام على سيدنا محمد صلى الله عليه وسلام وعلى أله وأصحابه الطاهرين ومن تبعهم بإحسان الى يوم الدين و بعد ,

“Islam had long been established in the country before the conquest of Malacca by the Portuguese in 1511. It was left undisturbed by the British in the country or so they controlled the country. Its not therefore suprising when the constitution by article 3 (1) provides that Islam is the religion of the Federation. As has already been seen, the constitution at the same time guarantees the freedom of every body to practice in peace anad harmony his own religion. [ An Introduction to Constitution Of Malaysia by Tan Sri Mohamed Suffian Bin Hashim 1972: m/s 203 ]

Dalam keterangan Perlembagaan Malaysia termaktub Perkara 3 tersebut ialah:
1. Islam ialah agama bagi persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan.

2. Di dalam tiap-tiap negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan , tertakluk kepada Perlembagaan itu , segala hak, keistimewaan, prerogative dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan , amalan atau upacara yang berkenaan dengan Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertua Agong mewakilinya.

3. Perlembagaan- Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertua Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu.

4. Tiada apa-apa jua dalam perkara ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.

5. Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini Yang di-Pertua Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertua Agong mengenai perkara-perkara yang berhubung dnegan agama Islam. [ Perkara 3: Fasal 1-5: Agama bagi Persekutuan]

Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan ialah suatu peruntukan yang asasi bagi keaslian kependudukan Melayu secara geografinya setelah kedatangan Islam melalui kesultanan Melaka sejak dulu lagi sebelum kedatangan Portugis mahupun British. Peruntukan asas ini juga sebagai latar hidup, pegangan, budaya dan kefahaman majoriti masyarakat di Malaysia sekalipun Perlembagaan baru selepas Hari Merdeka.

Dalam tulisan lain Tan Sri Muhamed Suffian Bin Hashim menyebut mengenai pakatan ‘National Council For Islamic Affair’ :

“On 17th October, 1968, a further step was taken to co-ordinate the administration of Islamic matters by the establishment by the conference of Rules of the Nation Council For Islamic Affair.

It members are (a) a chairman appointed by the conference (usually the Prime Minister is appointed); (b) a representative from each state in West Malaysia, appointed by the Ruler concerned and, in the case Malacca and Penang, by the Yang di-Pertua Agong; and since July 1971 a representative also from each state in East Malaysia, appointed by the Yang di-Pertua Agong with the approval of the Yang di-Pertua Negara, Sabah or the Governor, Sarawak, as the case may be, after considering the advice of the Islamic Religion Council of the state concerned; and (c) five person appointed by the Yang di-Pertua Agong with the consent of the conference”. [An Introduction to Constitution Of Malaysia by Tan Sri Mohamed Suffian Bin Hashim 1972: m/s 204]

Secara Umumnya, perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan telah menjadi ketuanan dalam menjaga lain-lain perkara dalam peruntukan Perlembagaan. Namun, akta Perlembagaan dalam perkara 3 ini masih terjejas dengan kehadiran perkara-perkara lain yang melibatkan Kebebasan Asasi (perkara 4-5), Kebebasan Beragama (perkara 11-12), serta isu-isu yang melibatkan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Syarie yang dikuat kuasakan oleh Peruntukan Negeri-Negeri di bawah Raja-Raja dan lainnya di bawah Yang di-Pertua Agong.

Segala isu-isu yang menjadi pertembungan antara perkara 3, serta 11-12 berkait rapat dengan tema besar dalam perkara 3, menjadikan agama Islam adalah agama rasmi bagi persekutuan.

(by Paichow:- *&%#$+~$&(J"<&#~)

Wednesday, November 07, 2007

Rabun epi-2

Sketsa

Tak ramai orang memahami kisah hidup sendiri. Biarpun dia tahu, tapi untuk faham amatlah rumit. Sebab itu ramai manusia lebih melihat dunia orang lain berbanding diri sendiri. Memberi pandangan, menilai, membelek perihal orang, tidak kurang cuba berlaku pandai seolah ianya mampu menjamah intuisi manusia lain. Mungkin tanpa disedari dia telahpun menjadi wakil Tuhan di bumi. Hah! amat mulia lagi, manusia menggunakan teks-teks suci untuk membersihkan manusia lain. Masakan, diri sendiri tidak pernah dinilai. Tahu menghukum orang!!

Memang benar, teks suci al-Quran mampu memberi jalan terbaik untuk manusia. Dialah segalanya bagi makhluk sebagai wakil suara-suara Tuhan. Mengakui kehidupan manusia dengan sejarah-sejarah pengkisahan manusia sebelumnya. Memberi berita gembira kepada para Mukmin. Menjegah manusia perosak dari perkara-perkara yang darurat untuk manusia; sekalipun manusia tidak pernah mengetahui sebalik yang magis. Ancaman, ketelusan, pesanan, malah jauh di sudut fahaman manusia, pelbagai perkara mistik yang berlaku. Ajaib. Ghaib, kecuali mereka yang diberi pilihan sebagai wakilNYA yang sebenar di bumi. Malah ada yang mengakui ULIL-Albab adalah golongan mereka. Siapakah mereka itu; yang hanya bergantung semata-mata akal,kaji, tanpa amal yang mulia. HuH!! Memang tak malu.

Sebab itu teks al-Quran tidak berlaku secara mutlak. Mutlak dari segi bacaan dan tidak pada penafsiran. Mutlak dari segi Qat'ei tidak kepada Dhanni. Mutlak bagi kesucian tidak kepada pembebasan. Mutlak untuk para Mukmin, tidak pada Munafiqin. Entah, kasar benar jika disebut sebagai orang munafiq. Tapi, hipokrit di mana-mana berlaku. Di medan sosiologi lebih lagi. Di medan modenisasi yang tiada sempadan untuk manusia mencipta perihal yang di kira ISLAMIS. Hipokrit dengan kata tidak KAAAFAH menerima Islam. Tapi, ada kemungkinan, dalam kesedarannya membuatkan ianya terlibat dalam hipokrit terhadap AKIDAH. AHHH!! Manusia sendiri tidak pernah peka dalam soal ini. Mereka campur adukkan fahaman modeninasi, tradisi, hak-hak mutlak, hak-hak yang boleh sahaja diberikan ketelusan buat manusia menganutnya. Mereka keliru. Di mana para Ulamak yang katanya lebih hebat untuk memimpin rakya; menjadi wakil Tuhan di bumi.

Ulamak? Sebahagian besar manusia moden sekarang amat jengkel bila sahaja mendengar nama 'Ulamak'? Ulamak itu pewaris Nabi.. Maksud ini jelas bukan? Amat mulia. Disanjung tanpa dosa?? Ulamak yang berasal dari kata ALIMA: Ilmu: berpengetahuan. Dunia dan Akhirat. Hak dan Bathil. Tradisi dan Moden. Kecil dan besar. Atas dan bawah. Malah sarwajagat alam menjadi keharusan untuk seorang ulamak mengetahui. Sebab itu antara proses sebagai mujtahid juga perlu tahu soal-soal alam. Walaupun sebahagian tidak mensyaratkan Ladunni kepada mereka. Tapi, kemulian dan kehebatan seorang ulamak akan tidak dibandingi jika sampai maksud syarat2 tersebut.

Peran sedemikian malah tidak lagi penting. Manusia makin mencemuh ulamak. Mengeji. Memandang sebelah mata. Tidak lagi laku fatwa-fatwa yang dikeluarkan; ada sebahagiannya dikira agak ortodok, fundamental, extrim, lolos, liberal, supra-liberal, keji, tidak ketimbangan dan macam-macam jenisnya. Manusia tidak lagi bergantung kepada mereka. Ulamak, yang bukan saja cetek ilmu, beremosi, berpolisi duniawi, politikus, kritikus, tidak globalis, tanpa idelis, mundur, tercorok dalam amalan diri, tanpa prihatin, progresif, konservatif. Malah, ada yang sudah bangkit, reformis, sama juga tajdid, jadi pejuang, seluruh medan, atas nama Islam. Tahukah sebagaimana teks al-Quran menyebut; allazi yukazibu BI din; mereka yang menggunakan agama?

Ini dikatakan tuduhan melulu. Extrim, kasar, cabul. Ya, agak cabul fikirnya. Tidakkah mulia kerja mereka. Amalan mereka, kerana ingin membela kehendak Islam. Hah!! kesedaran ini pula macam mana? Meraka menggunakan seluruhnya dari dasar agama. Dari teks suci al-Quran membawa manusia. Menetapkan saluran hukum, memberi kata putus itu dan ini. Halal dan haram. Makruh dan sunat. Dosa dan pahala. Syurga dan neraka. Semua supaya manusia tidak sesat walaupun sesaat. Memberi kata putus atas seruan-seruan Tuhan. Sebagai wakil Tuhan kan. Salah atau tidak? Benarlah mereka kalau dibandingkan dengan manusia lain.

Manusia lain hanya tahu mengguna. Taklid. Ikut. Mendengar dan mengguna. Membaca dan beramal. Menentang dan menerima bulat-bulat. Ada yang sedikit sahaja mengkaji. Menilai benar atau tidak. Layak atau masih hanya lingkungan manusia setempat. Hukum waqie. Hukum yang tidak jelas. Mendapat dosa atau pahala. Manusia ini tetap keliru, cuma ingin kritikus. Mencari ada yang lebih benar melalui akalnya. Ilmu bacaannya. Sejauh paradigma fahamnnya. Menusuk-nusuk ke kalbu yang tidak pernah terang. Hanya minda yang jelas dengan pelbagai bacaan dari segenap pelusuk. Yunani, eropah, Timur Tengah, Asia Barat, yang banyak mempengaruhi bidang ilmu. Peradaban yang sejak berkurun lama. Lebih-lebih lagi ada rujukan yang dibiarkan usang. Tidak dikaji. Ditegah sebahagian pendapat. Disorok dalam peradaban ilmu yang terlarang. Disodorkan menjadi bacaan lalu ada yang buat satu akidah. Jadi pegangan.

Dasar-dasar ilmu hanya terbentuk bagi manusia yang rajin. Celik dengan pengaruh peradaban semasa. Berlumba-lumba agar lebih berpengaruh. Mencari nama dipentas kaca mata dunia. Meraih nama, wang, status, pengaruh, supaya ditantang dan dijadikan arca peringatan. Konsep yang dicari tercicir dengan pengaruh ini. Manusia jadi gelap. Buta di bawah para sedar. Mengigit seribu keputusan yang dicipta supaya jadi kebenaran dan ditolak segala yang telah menjadi sejarah. Bina kehidupan baru. Tajdid segala lapangan. Untuk membina nama yang akan tercipta nanti.

Kasta mana yang benar dalam soal ini? Manusia biasa? Mengikut jejak tak pernah puas. Malah semakin sebati dan malas. Manusia pertengahan pula makin tidak sedarkan diri. Atma dan nafsu sudah tidak seiring. Terhoyong-hayang mencari identiti. Terbenam dalam pengaruh nafsu amarah, mulhamah, lawamah; tidak pula terjangkau untuk menerima peringkat seterusnya. Nah!! malah wakil Tuhan pula? pasti rata-riti juga mempunyai nafsu. Mencari-cari kehendak diri dan penetapan fitrah yang wujud dalam diri. Tidakkah nafsu itu tidak puas direndam dalam maha api neraka, tetap tidak mengakui Tuhan? namun, janji-janjinya untuk mengkhianati manusia menjadi imbalan buat mereka yang tahu mana iman dan mana nafsu dan setan yang sentiasa menyelinap disalur-salur darah manusia.

Fadkhuli fi Ibadi dan udkhuli Jannati -maka masuklah ke dalam (sebagai hambaKu) dan masuklah ke SyurgaKu. Masih dalam dua kebenaran. Dua tempat yang berbeza untuk mereka membelah perjalanan hidup. Sebagai hambaNYA dan seterusnya ke SyurgaNYA. Untuk segala kasta manusia. Tiada terkecuali yang ada.

Saturday, November 03, 2007

Rabun epi-1 (Prolog)

JAUH

Jauh. Sudut sana tak jelas pun. Kabur melihat sebatang tubuh terkijal-kinjal menerpa ke arahnya. Tidak nampak seperti tubuh itu resah, hanya terpanya longlai. Jarak antaranya dengan si tubuh itu lebih kurang 1000meter. Dan adat akan sering menjangka dengan teka-teki, adakah dia itu seorang wanita atau lelaki sepertinya. Siapa gerangan. Ada apakah yang berlaku. Kenapa tidak saja melaung dari jauh memberi sahutan tanda. Untuk kenal pasti. Puing-puing teka teki masih menjalar di fikir. Dia yang rabun.

Mungkin saja lelaki itu sudah kenalannya. Memberi berita ataupun ingin mengajaknya membuang masa di pasar raya, warung Pak Mas'ud di hujung sana. Atau memasang pukat di sungai jalanan yang begitu banyak ikan-ikan yang jelita. Barangkali, dia juga antara pelukis-pelukis alam di kertas putih. Menjadi baris, berlipat-lipat, bait berperenggan untuk dinyanyikan oleh jiwa yang tersentuh..

Dia mengerutkan dahi lagi. Kerutan setebal 0.0009cm di dahinya tidak mengganggu rupanya yang agak sawo matang. Sedikit jerawat manja di pipi kanan-kirinya. Alis matanya seperti anak gotik. Agak lebam dan ini bukan disebabkan ditumbuk, tapi darah nasab kata orang dari bangsa Arab. Anak cicik,cucuk,cacik S.Jihan. Riwayat cinta antara Raja Jihan+Puteri Taj Mahal. Itu kata orang. Raut wajah yang agak membujur juga ada iris keturunan itu. Dia sendiri ketawa bila tahu ini dongeng untuk riwayat hidupnya yang tidak seagung sejarah Taj Mahal.

Dia masih memerhati akan tibanya tubuh itu. Merayau untuk menangkap tubuh itu. Matanya cuba menggenggam tubuh itu. Di kiri-kanan perjalanan tubuh itu agak suam-suam petang. Tiada banyak yang lalu lalang. Lebih lagi hari ini di kampung hujung sana tengah riuh berkenduri. Ramai orang kampungnya juga ke sana. Belatuk petang turut sunyi untuk bertukang. Hanya ngiang-ngiang suara hening menunggu jasadnya menanti tubuh kecil itu.

Dalam fikirnya masih mempunyai falsafah hidup. Fenomena dengan perasaannya pada tika ini. Sosio manusia juga berkait rapat dalam menanggapi sesuatu perkara. Tidak kira soal manusia, sistem, peradaban, budaya, keilmuan sendiri yang masih samar-samar seperti dirnya melihat tubuh itu yang jauh. Tanggapan berbagai-bagai jenis akan muncul dalam fikir, mencipta teori, membuat kesimpulan, dan terjadinya hukum atas rukun-rukun tanggapan. Adakah dia seorang lelaki atau perempuan, berbaju baru atau lusuh, kenalan atau musuh.

Boleh jadi segala fikirnya atau tanggapannya akan jadi benar, realistik. Tidak mustahil juga segalanya akan tersasar menjadi fitnah, hukuman songsang, atau kerana prejudis dan salah sangka, segala tanggapan akan meleset tanpa disedari. Makin parah kalau segalanya sudah dikunyah menjadi darah daging, ideologi, akidah atau keyakinannya. Tapi, penantian untuk lebih jelas lagi mengakui siapa tubuh itu akan tiba sebentar lagi. Harus dipasti..

"OoOOOO.. kau Hussain. Ingat ke siapa tadi", dari jauh dia cuba untuk menyapa. Menjawab segala soalan dan tanggapan yang pelbagai rupa. Kelihatan Hussain sempat senyum riang memerhati temannya begitu gopoh melambai tangan.

"Oiii.. salam la dulu.. hahah.. Assalamualaikum!!" Hussain yang ketawa membuang sedih makin terkinjal-kinjal menuju temannya. Dua teman itu agak mesra dan mereka berbalas senyuman memberi interaksi dari jarak yang tidak lagi jauh. Semakin jelas..

"Hahhh.. Meet Uncle Hussain ehh? aku la.. Hhahahah", Hussain sekali lagi ketawa terkehik-kehik bersalaman dengan teman yang dari tadi terpinga-pinga mengecam tubuhnya.

Mereka di bawah rimbunan pohon rambutan berbual mesra. Tiada resah jiwa.

Saturday, August 18, 2007

~4 My Student Goin tO Egypto~



Tak jauh dari wilayah sana, masih banyak perkara yang bergolak. Sejak islam datang, dijajah lagi pengaruh barat, datang Sallehuddin dan tumbang lagi di tangan zionis. Kini tanah itu masih terumbang ambing untuk mengakui ianya adalah negara yang bebas, Palestin. Hanya Egypt, sebagai jiran dekatnya yang sedikit kukuh di bawah penguasaan para agamawan dan para intelektual. Tapi itu soal amat berat untuk difaham. Banyak konspirasi politik dan tidak wajar untuk dikaitkan dengan pengaruh keagamaan atau sosial pembelajaran. Hanya yang pasti, negara pinggirnya akan sentiasa dijajah hingga kini. Dijajah oleh para penuntut ilmu, seperti aku, dia dan entah manusia mana lagi.

Tak kurang tiga puluh hari sebelum ke tanah Arab, segala emosi bercampur-baur dengan polemik diri. Tentang diri, masa depan, keluarga, dan masyarakat yang rata-riti adalah hidupnya sejak kecil. Kawan-kawan lain juga resah, risau untuk meninggalkan tanahnya. Merubah budaya, pengalaman, berubah cara, watak dan wajah manusia yang selama ini hanya diceritakan dalam text al-Quran atau kisah Hadith yang dibaca di surau-surau, masjid-masjid dan adakalanya hanya tergambar di fikiran seperti dalam rancangan Jejak Rasul di TV3.

Kalau sebelum ke tanah Arab, mungkin dalam imaginasi; padang pasir yang tiada sempadan. Unta-unta berlari-lari anak, mengejar gerombolan di keluasan sahra'. Atau keldai yang ditunggang seperti kuda. Dalam masa yang sama juga, suasana yang islamisasi. Helaian jubah yang bergerak ke sana kemari di pasar, di jalanan, kota raya yang barang kali bertongkatkan batang tamar atau pelepah tamar. Dirham, dinar dengan gaya-lakon seperti cerita P.Ramlee. Lagi, suasana islamisasi amat pekat akan dirasai. Jauh sekali dibandingkan di Malaysia yang kadangkala naik turun pengaruh sosialnya.

Mungkin kerana kesan kedatangan Islam yang dibawa masuk oleh Saidina Amru bin al-Asr sebagai gabenor Mesir pada waktu itu. Timur Tengah ataupun Asia Barat, begitu banyak menjadi titik-titik sejarah dalam pembudayaan Islam dalam masyarakat. Cara fikir, geografi, budaya jahili, peradaban, intelek, dan segala unsur-unsur utama kemanusiaan berpunca dari situ, negara Arab. Tapi, Mesir lebih lama dalam kekhalifahan Maha Firaun dengan bangsa Qibtinya, dan ketika saingannya disanggah oleh Nabi Musa a.s dari utusan Allah untuk mentadbir kaumnya. Juga sejak dari turunan Nabi Ibrahim a.s; lebih dekat dengan gelar Bani Israel.

Ketika kaki belum lagi berpijak di tanah sana, informasi sebegini amatlah cetek. Hanya pengaruh-pengaruh politik yang keluar dari corong berita. Tiada istilah keilmuan. Hanya tekanan emosi, prejudis, membuta-tuli, berontak dan banyak alasan lagi; hanya kerana kurang pendedahan dan tiada aset yang kuat untuk menilai segala perihal sedemikian. Malah, dalam soal-soal lain sekalipun, tidak rasional dan tidak bijak mengatur fikir, otak, minda yang agak kekampungan.

Yang pastinya, kaki tetap akan lebih jauh lagi menongkah hari-hari depan. Memahami lebih dekat geografi arab, ketamadunan, budaya, bahasa; yang kadang-kala terbentuk dengan loghat-loghat setempat. Eishlunak, Kaifahalak, Izaiyak, EishAkhbar, Salam, Shalom, dan beberapa contoh loghat yang diguna-pakai lagi. Itupun hanya basik bahasa yang diperoleh untuk persediaan sebelum ke tanah Arab.

Tapi, ada yang resah. Ibu tidak pernah diam membelai rindu-rindu sebelum keberangkatan ke tanah arab. Nasihat, kasih, cita-cita, keluh-kesah serta risau dengan makan minum seorang anak. Katanya; "kau harus lebih berdikari. Soal harian, permasalahan, pergaulan, pembelajaran yang lebih luas dari pandang sisimu". Suara yang dikerongkongnya agak basah. Ibu sebak.
Di pihak lain, ayah sedikit serius dalam soal ini, dia sering mengaitkan Hadith Rasul yang bermaksud; Jadilah seorang yang berilmu, atau orang mempelajari (ilmu), atau orang yang mendengar (ilmu), atau menyukainya (ilmu), dan janganlah jadi golongan yang kelima, sesungguhnya celakalah keatas mereka.

Bagi ayah, tidaklah susah untuk bersaing dalam lomba-ilmu mengejar cita-cita. Di negara sendiri pun sudah mampu memberi alasan kukuh untuk lebih berjaya. Di negara barat berebut-rebut orang ke sana, sebaliknya tanah arab yang menjadi simbolis kepada dunia Islam telah pudar ditelan zaman. Dan sekarang, dunia kembali menggilap keberadaannya. Kiblat ilmu dunia Islam kembali dikerumuni manusia. Dengan kemahiran Islam, segala keilmuan mampu diadabtasi melalui nilai Islam itu sendiri. Sebab itu, sejauh mana bidang yang direntasi oleh anak-anak melayu hanya akan terisi dalam kejiwaan islam. Dan dunia arab adalah satu kilang yang bagus bagi generasi akan datang. Tidak kira dalam hal mana sekalipun.

Itu agaknyanya kehendak orang tua. Tapi, untuk fikir sejauh itu mungkin agak cetek pada waktu itu. Cuma yang tahu, saingan pengajian dan cita-cita semakin bercambah. Kualiti, keagamaan, sosial, budaya, ilmu, kedoktoran, kejuruteraan atau lainnya akan dinilai mengikut peredaran zaman tertentu. Mungkin misi negara pada dewasa ini menjana 'modal insan' telah memberi peran terpenting dengan kaitan kebendaan dan kerohanian.

Esok masih menghitung hari lagi, baju-pakai tidak lagi dibasuh ibu, makan minum sudah tidak menentu, tidak lagi akan medengar suara-suara ibu meleter di pagi hari, tapi hari-hari di sana akan makin sibuk. Makin menguji ketahan minda dan nafsu diri. Akan lebih melonjak lagi dan lagi. Kerana mahasiswa kini semakin ketandusan untuk memberi kesan yang setimpal dengan cita-citanya terhadap negara. Contoh, sebagai bakal kedoktoran (untuk edisi ini), doktor juga harus mempunyai idelis dan kerohanian yang islamis secara moden untuk dijadikan tunjang hidup, serta dapat memberi contoh untuk masyarakat. Bukan sahaja hanya mengaut keuntungan kariernya malah mereka juga tidak lepas tangan dalam soal-soal kemasyarakatan dan pembangunan negara.

Mungkin itu adalah harapan masyarakat dan diri. Kerana peraturan hidup sebagai muslim dikira dalam bentuk-bentuk harapan, seperti niat. Oleh itu, niat juga adalah satu cetusan hati yang berupa harapan. Dalam fiqh islam, hadis 'setiap sesuatu perkara dengan niat' adalah tajuk terulung dalam kaedah-kaedah besar fiqh. Justeru, di setiap segi lapangan sekalipun, niat yang baik akan menjadi perhitungan yang amat rahsia di sisiNYA.

Negaraku akan mengenang diriku. Menunggu kepulanganku. Meminta ehsan dariku. Menagih bakti dariku. Hanya keranaMU dan untuk negaraku.

Duwenk
Rahim Kajai
9 Julai 07

Saturday, June 16, 2007

-Saingan Sosial-

Orang banyak faham tentang sosial. Bila dengar sahaja kata 'Sosial', mentaliti manusia dah rasa jijik. Dah rasa sesuatu yang menyalahi kehendak agama. Ataupun 'sosial' ini boleh menjurus kepada 'pergaulan a.k.a bebas'. Contoh-contoh yang selalu orang guna "...budak tuh sangatlah sosial.." "Kau ni sosial la...!!" dan macam-macam lagi.

Sosial kerajaan, sosial hidup, sosial maksiat -masing-masing berbeza dalam penggunaan. Perkataan sosial ini lebih memberi erti -sosio kehidupan- atau 'pergaulan' atau 'hubungan antara manusia' dalam perkara-perkara kehidupan. Dari kata; sosio-hidup, sosio-ekonomi, sosio-budaya, dan sosio-meliputi antara manusia dan alam.

Secara definasi, sosial adalah rangkaian pergaulan manusia dalam setiap genre hidup. Dan faham sosial adalah lebih luas dari perspektif tertentu yang boleh membezakan antara sosial-hidup+ sosial maksiat. Bergantung atas pelaku dan dua keadaan yang berbeza. Sosial adalah sosiologi hidup dan pelaku yang menentukan sosial itu bersifat negetif or positif.

* * *
Saingan sosial -Bermaksud 'perlumbaan sosial' dalam memperolehi kehendak semasa yang melibatkan pengaruh-pengaruh sekeliling. Sebagai contoh; saingan untuk berdaya saing dalam kehidupan berupa kompenan-komponen material. Melalui saingan karier, saingan harta, saingan sosial, serta sifat yang berkehendak 'lagi dan lagi'.

Perkara ini sebenarnya telah dialami oleh setiap manusia. Lebih-lebih lagi mereka yang hidup dalam suasana 'kerja' dan saingan semasa dalam mencari keperluan hidup. Begitu rupa saingan sosial ini, telah melibatkan manusia+benda=Kuasa. Kuasa ini lah yang menentukan 'Juara' dari perlumbaan sosial tersebut.

Sebagai contoh sosial kerja; apabila si A telah menjawat kerja dan telahpun memakai kereta, dan si B pula juga telah bekerja akan tetapi tidak memakai kereta. Jadi, psikologi si B tadi akan menerima cabaran dalam 'saingan sosial' untuk mampu bersekedudukan seperti si A.

Begitu juga dalam sosial hubungan; si A mempunyai seorang kekasih, dan si B juga akan terpengaruh untuk mempunyai seperti si A miliki. Jadi sifat saingan sosial telah dipengaruhi dari sekeliling pelaku.

* * * *

Saingan sosial sebenarnya adalah kesan dari percaturan ekonomi semasa. Samada ianya bersifat kapitalis (yang banyak terlibatnya kes saingan sosial) mahupun sistem ekonomi liberal (yang saingan sosial itu berdasarkan sifat manusia itu sendiri).

Dalam negara yang pesat dan membangun seperti malaysia, saingan sosial adalah menjadi kayu ukur dalam kepesatan negara. Dan amalan ini juga telah meletakkan proses ekonomi negara semakin berdaya saing. Bentuk sosial juga akan lebih menentukan sejauhmana hubungan antara manusia dan kesan terhadap keseimbangan sistem-sistem yang wujud dalam negara.

* * * *

Secara realiti, saingan sosial tetap memberi kesan yang negetif kepada masyarakat. Kerana keseimbangan sesebuah negara bergantung kepada kehendak moral yang melahirkan 'keharmonian' antara masyarakat. Serta mampu mengimbangi sistem-sistem yang wujud dalam genre modeninasi.

Secara islamis, saingan sosial digalakkan hanya bila pelaku berperinsip. Tidak melampau-lampau dan masih menjadikan saingan sosial itu lebih harmonis.

p/s: Hentah hape yang aku tulis. Tuh jahhhhhh!!!!

Tuesday, May 22, 2007

-Its Me-

Ada hadith mengatakan bahawa; Tajdid akan berlaku setiap perubahan dan tempoh yang dikatakan perubahan itu pada setiap seratus tahun (mafhum).

its me adalah perubahan baru dalam blog ini. Melalui pelbagai faktor yang lebih menguji ketahanan manusia, alternatif diambil dalam membiakkan ide-ide baru yang disama-padankan sekeliling.

Ide 'Its me' ini menunjukkan keperibadian penulisan dalam menangani isu-isu semasa, ketidak stabilan diri, kehendak sekeliling, genre yang lebih luas dan lebih mendominasi kepada hak individu.

Segala pandangan dan coretan yang dilukiskan di medan blog ini tidak membabitkan pandangan luar -melainkan idenya sendiri-. Its me adalah kata cenderong ke atas peribadinya dan cara fikirnya. Segala genre yang dibincangkan, samada politik, kebudayaan (sastera), ekonomi ataupun pentas-pentas yang flexsible; adalah pengaruh sekelilingnya.

Goenawan Mohamed, dalam konflik kesusasteraan Indonesia -telah meletakkan sesuatu keikhlasan perjuangan perlu dikaji disegenap situasi, pelusuk diri, sosial semasa mahupun berkonsepkan agama. Dan untuk golongan seni; Seni untuk Seni adalah ketelusan genre tersebut tanpa dieksplotasi oleh faktor-faktor lain yang melibatkan ideologi. Misalnya, seni untuk masyarakat atau Seni itu berpolitik.

Dengan konsep bergelendangan -berperinsip-, its mengenengahkan lukisan secara global yang dikaitkan pada setiap displin ilmu mahupun lebih metafizik.

a.k.a P@i