Sekali-sekala membebel seronok juga. Hari ini mahu membobel sedikit!
Barangkali ramai orang suka melepaskan rantai yang tergantung di leher. Kemudian meletakkan rantai itu di kepala orang lain dan biarkan dia berlari dengan rantai di leher. Berat atau tidak, itu bukan bukan masalahnya lagi. Hanya satu yang harus ditanam. Aku sudah selamat dari rantai itu! Pastinya itu bukan rantai emas, bukan ranti kunci.
Atau aku salah dalam membentuk metafora. Sepatutnya adalah mahkota. Jadi bunyinya, tidak ramai orang yang suka memakai mahkota perak itu! Lebih rela melepaskan mahkota perak itu kepada orang lain. Biar dia memerintah seenaknya dan kini si raja bergelar pemerhati. Mengawasi salah silap dari jauh. Kalau salah itu pengajaran untuknya, kalau benar itu adalah kejayaan. Lebih penting ayuh kita raikan bersama nikmat yang dicapai!
Di pejabat, di rumah dan di mana jua, sama ada dia memegang rantai atau dia memegang mahkota aku selalu terhimpit! Adakah kerana aku terlalu akur. Bahkan kadang-kadang rantai atau mahkota itu dihulurkan kepada teman sejalan, aku jadi kecewa. Kenapa perlu begini? Salahkan jika rantai itu sama dipikul atau mahkota itu diletakkan di tengah-tengah dan kita sama-sama menunaikannya. Ah, barangkali yang indah hanya hasil yang dapat dituai.

