kembali bugar dengan author baru..
Bismillahirrahmanirrahim.
Sudah sekian lama blog ini tidak dimakmurkan,
Semalam ummi menelusuri blog ini dengan Nabhan dan Hanan. Nabhan membaca (read-aloud) posting2 ummi tentang dia dan Hanan dulu. mengimbau kembali kenangan nya semasa kecil. Ada yang dia ingat dan ada yang dia tak ingat,
Insha Allah blog ini kaan dimakmurkan kembali dengan posting dari ummi dan mungkin posting dari nabhan juga insha Allah.
kuasa doa
Lailahaillallah muhammadurrasulullah..
Lailahaillallah muhammadurrasulullah..
Suara halus Hanan beralun dari ruang depan mengulit baby dollnya sambil duduk sebelah Nabhan yang sedang menonton TV. Saya yang sedang menaip kerja di dalam bilik terasa sejuk hati mendengar suara itu. Pagi ini terasa sungguh berbeza. Bagun pagi tadi, Nabhan dan Hanan yang tidur bersama kami kerana packing work masih berjalan di ruangan tidur mereka bangun pagi tanpa ragam yang kadang2 terbit.
Pagi ini, dialog yang berlaku:
Hanan: Ummi, sun dah ada dah.
Ummi: A ah.
Nabhan: Hanan, jom kita solat.
Ummi: Dalam hati (subhanallah, alhamdulillah...)
Tak pernah sebelum ini Nabhan bangun ajak Hanan solat. Biasanya Ummi atau abah yang akan ingatkan supaya solat. (Walaupun waktu mereka bangun dah subuh gajah)
Ummi: OK, Nabhan ajak adik Hanan ke toilet, gosok gigi dan wudhu' OK.
Nabhan dan Hanan : OK. (tanpa banyak membantah.)
Ummi: Excellent Nabhan n Hanan... (Dalam hati) Subhanallah.
Ummi bertafakkur seketika.
Dari ruangan solat kedengar suara kecil Nabhan melaungkan iqamah dengan pelat2 nada Pakistan (terikut2 iqamat bilal di Masjid.)
Hati ummi terasa sejuk lagi. Subhanallah.
Diam2 umi mengucap syukur pada Allah, sejak lebih setahun yang lalu. Nabhan dan Hanan, jika tidak tidur pasti akan solat berjemaah dengan kami bila tiba wakytu solat berjemaah.
Walau Hanan kengkadang bermain2 waktu solat, dan tak strict sangat utk pakai telekung. Saya cuba menjadikan solat ialah suatu aktiviti bersama yang menyeronokkan. Usah sampa tiada telekung atau tudung menyebabkan Hanan beralasan tidak solat.
Waktu berehlah ke Spain tahun lalu pun, solat berjemaah menjadi agenda wajib kami. Baik di rumah penginapan, mahupun di perjalanan. Nabhan biasanya akan bergilir dengan Hanan melafazkan iqamat.
Kenapa pagi ini Nabhan dan Hanan tidak seperti pagi2 biasa?
Ummi teringat malam tadi sewaktu menunaikan tahajud. Ummi berdoa khusus utk mereka. Untuk Nabhan dan Hanan. Untuk abah (abang).Mudahan rumah tangga kami kekal bahagia dalam rahmat Allah hingga ke syurga. Mudahan Allah tidak menguji kami dengan perkara yang tidak mampu untuk kami tanggung. Biarlah rumah tangga ini kekal hingga ke akhir hayat kami dan menjadi jalan utk kami sama2 menujuj syurga Allah, alam satu lagi yang lebih panjang dan infiniti. Kehidupan yang sebenar2nya. Kehidupan di sunia ini hanya sementara, hanya ujian, hanya tempat menimba bekal. Bagi siapa yang tahu hakikat hidup yang lama di syurga kehidupan 32 tahun di dunia ini hanyalah seketika yang tiada apa2. Jika kita baca sejarah, selalu sejarah diceritakan sebagai apa yang berlaku dalam sebuah negara atau kerajaan pada dekad atau abad tertentu. Jarang penceritaan dilakukan hari demi hari.
Sebagaimana kita merasakan hari2 ini terlalu lama untuk dilalui sebelum menamatkan ujian ini dan meneruskan hidup di level seterusnya, alam barzakh dan alam akhirat pula.
Selepas tahajud dan solat hajat malam tadi juga, saya berdoa khusus untuk Nabhan dan Hanan. Ummi doakan semoga Nabhan dan Hanan menjadi abang dan kakak yang bakal menjadi contoh dan membimbing adik2 mereka yang seterusnya. Ummi doakansemoga Nabhan dan Hananmenjadi hafiz, yang taat pada perintah Allah. Yang tahu membezakan antara dosa dan pahala, dan mengamalkan perintah Allah sebagaimana yang diperintahkan.
Subhanallah. tatkala ada manusia yang sudah merasa tidak yakin dengan kuasa doa dan permohonan kepada Allah. Pagi ini Ummi melihat keajabinan sebuah doa. Ummi rasa sejuk hati dengan anak2 umi yang lain dari hari2 biasa.
Sebelum ini bukan ummi tidak pernah berdoa untuk Nabhan dan Hanan. Tapi doanya rutin doa yang jadi amalan biasa. "Rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a'yun waj'alna lilmuttaqiina imama" (Oh Tuhan, kurniakan kami pasangan san zuriyat yang penyejuk mata memandang dan jadikan kami imam kepada orang2 yang bertaqwa.) Kengkadang bila sesuatu doa itu menjadi rutin, kita tidak sepenuh hati menghara kepada Allah. Kita hanya membaca kerana memenuhi rutin pembacaan doa. Walaupun kesan nya mungkin ada. doa itu mungkin Allah kabulkan, kerana walau apapun, kia tetap berdoa dan memohon kepada Allah. Tapi doa itu tidak sepenuh hati. Ia seperti melafazkan kalam kepada seseorang dengan teks yang dihafal. Bukan kalam yang terbit dari hati nurani.
Bukan salah membaca teks doa, tapi 'sepenuh hati itu mungkin kurang'. Jadi perlu ada penghayatan dalam membaca doa.