
(1970 – 2022)
Singgah sebentar di bandar kecil
dan mencari
sebuah kedai buku
lebih sedekad tidak kukunjungi.
Namun ia tiada lagi di situ
kini diganti toko buku baru.
Ia membangkitkan rasa pahit manis
meski telah lama tertulis
– dan kita semua pun menyedarinya –
bahawa tiada yang kekal selamanya.
Saat kususuri kaki lima
terkenang semula
rak buku-buku sastera lama
puisi dan cerita
dulu kubeli dengan harga murah sekali
kerana genre sebegini
amat sedikit yang meminatinya.
Meredahi zaman digital, kau akan temui
puisi-puisi
begitu rendah mutunya
cerita-cerita
terlalu klise temanya
dan generasi
yang cukup liat untuk membaca.
Rifhan Rasuli, Mei 2024
Pekan, Pahang.








