assalamualaikum...memulakan minggu yang ke 47 di dalam kursus Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dengan perasaan yang agak gembira, kerana kursus berbaki 3 minggu sahaja lagi...he he he...tapi tetap berdebar menunggu untuk menghadapi modul penempatan praktikal...ye, dan macam yang aku dah pernah tulis sebelum nie, aku akan menjalani praktikal di Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang terletak di Precint 4, Putrajaya..
dijadualkan nak bergerak dari INTENGAH jam 6:30 pagi...tapi disebabkan ada beberapa perkara yang tak dapat dielakkan, dekat 7:00 pagi baru keluar dari INTENGAH...cuak juga, takut lambat sampai sebab traffic jam...Alhamdulillah semua OK jer...sampai di Putrajaya (kat parking) dalam 7:30 pagi...terus pergi ke KPKT, dan sarapan...macam malu jer nak pakai lounge suit bagai, orang lain semua pakai pakaian pejabat sahaja...layankan jer la...lepas sarapan baru ke tempat yang nak lapor diri...berjaya clock-in dalam 8:25 pagi...kami masa praktikal, akan ikut WP3, iaitu masuk 8:30 pagi dan balik 5:30 petang...
di KPKT ada 2 kumpulan praktikal...1 diketuai oleh Munirah (group aku), dan satu lagi diketuai oleh Umar...lepas taklimat oleh pegawai penyelaras dan berjumpa dengan YBhg. Datuk Noriah Hashim iaitu Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Datuk telah mencadangkan supaya 2 kumpulan ini split dengan pembelajaran masing-masing...1 kumpulan akan berada di Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) di Putrajaya...dan 1 kumpulan lagi akan berada di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) di Kuala Lumpur...usai perjumpaan tersebut, maka aku dan Umar pun mencari keputusan...melalui o-som...one two juice...ha ha ha...aku menang, dan mendapat JKT...kononnya...sebelum diberitahu oleh pegawai penyelaras bahawa group Umar diputuskan untuk buat kajian di JKT...aisehman...hancur lebur impian aku...apekah impian itu???pertama, nak jumpa kawan lama aku yang bertugas di Kementerian Luar Negeri (MOFA) untuk peminjaman baju mess kit...kedua, nak berurusan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkaitan isu elaun yang aku terima...ketiga, nak berurusan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk urusan buku rekod perkhidmatan aku...dan yang keempat, nak lepak-lepak kat sekitar Putrajaya lepas waktu kerja...

bangunan KPKT dari tempat parking
di lobi utama
pemandangan jiran KPKT
memandangkan kami kena pergi ke KL, lepas lunch kami pun bergerak ke sana...terus pergi ke JPBD di Jalan Cenderasari...menggagau juga, sebab itu kali pertama aku ke sana...tapi bukan la aku drive, kami dah putuskan nak ke pejabat dalam minggu-minggu praktikal ini dengan kereta Sulyana jer...lepas jumpa pegawai di JPBD tue, kena pula pergi ke Bahagian Rancangan Fizikal Negara (BRFN) yang terletak di Wisma Tun Sambanthan...berrgerak pula ke sana...dan yang tak best, dah dapat fikir pun bila kat situ akan kena parking mahal...sehari/sekali keluar masuk bila dah masuk selama 3 jam minimum, bayaran dia RM9...sabar jer la...cabaran yang menanti di JPBD adalah kami kena bergaul dan bekerja bersama dengan sim J iaitu kejuruteraan...tapi aku OK jer, sebab aku pun memang background kejuruteraan kan...petang tue lepas jumpa dengan Timbalan Pengarah Bahagian, kami diperkenalkan kepada semua staf di BRFN...semua OK jer kami tengok, cuma masalah adalah sukar nak ingat nama dalam masa yang terdekat la...takpelah, moga kami tak rasa terasing di sini sudah la...tapi kan, yang best apabila praktikal di KL nie adalah jaraknya dekat...kami balik 5:30 petang, dah sampai INTENGAH jam 5:50 petang...sikit aje alami traffic jam pun...alhamdulillah...
malam tue, aku dan Sulyana ke Putrajaya...untuk urusan pencarian mess kit...oh ya, kami memerlukan mess kit atau dress no 7 ini untuk makan malam beradat bersama YBhg Tan Sri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) pada hari Jumaat nanti...aku kena cepat sebab kawan aku yang kerja di MOFA tue nak cuti kahwin pada hujung minggu tue...kat Putrajaya mulanya ke rumah kawan lama Sulyana...dapat la dia pinjam satu set mess kit (perempuan punya la)...dan lepas tue kami terus ke MOFA...jenuh pusing sebab banyak jalan tutup di Putrajaya sebab nak anjurkan Karnival Belia...sampai di MOFA, call kawan aku (al izaini) tue tak angkat...sibuk main badminton kot...dan dalam masa yang sama aku ada call junior sekolah aku dulu (aida) untuk pinjam baju mess kit perempuan, untuk aku pinjamkan kepada mana-mana kadet perempuan yang boleh muat...last sekali, aida yang sampai dulu...borak-borak kat luar MOFA tue...sementara tunggu al sampai...bila al sampai, borak pulak dengan al...nasib baik badan dia lebih kurang aku...muat la kot mess kit tue...lepas semua sesi borak-borak habis, balik ke INTENGAH la...masa kat bilik, terus try mess kit...yes, terbaik la...memang fit untuk aku...tapi masalahnya apolet dan bow tie takde pulak baju tue...mana hilangnya???tanya al, dia pun tak tahu...ha ha ha...takpe, dia try tanya kawan-kawan dia yang boleh pinjamkan kalau la dia punya memang tak jumpa...

MOFA...gambar kabur...sorry la...
hari pertama praktikal pun dah panjang karangan aku nie...aduhai...hari kedua praktikal terus ke JPBD la...pagi nie baru ada kesempatan nak jumpa Pengarah Bahagian, Cik Rokibah Abdul Latif...sembang-sembang seketika dan bincang mengenai kajian yang kami akan laksanakan...dan kat bawah nie la perancangan kajian yang hendak kami lakukan...nie konsep Genovasi tau...lepas tue, kena la baca sikit-sikit dokumen Rancangan Fizikal Negara Ke-2 (RFN2) untuk dapatkan gambaran ringkas mengenai apa yang kami nak kaji...
hari Selasa malam, ada sesi bersama SKPMI...semata-mata nak bagitau mengenai program makan malam beradat bersama YBhg. Tan Sri KPPA...terutamanya pasal mess kit la...takpe, layankan sahaja...dan sebenarnya rasa terhutang budi kepada mereka yang cuba sedaya upaya membantu mendapatkan baju tue melalui kawan-kawan dan kenalan mereka untuk dipakai oleh kadet-kadet yang ada yang langsung tak berusaha mendapatkan baju tue...
hari Rabu, kami diminta ke JPBD di Jalan Cenderasari...untuk berjumpa dengan Ketua Pengarah JPBD iaitu YBhg. Dr Dahlia Rosly...cantik orangnya walaupun dah agak berusia...dan cara percakapannya membuatkan kami kagum...memang professional...kemudian, sempat la kami lunch di Tangling...sedap juga, bayaran pun berpatutan...balik semula ke pejabat, kami terpaksa bertungkus lumus (terutamanya Sulyana dan Munirah) untuk dapatkan appointment dengan pihak-pihak yang terlibat dengan kajian kami...dari pagi sampai petang...nasib baik kami tak terkunci di pejabat sebab dalam 6:00 petang baru habis uruskan semuanya...kalau tak, tidur di pejabat la kami...hu hu hu...dan kami dapat 2 tempat untuk buat kajian pada keesokkan harinya, Khamis...
destinasi pertama adalah di Majlis Daerah Sabak Bernam, macam kat gambar bawah nie la...kami bergerak dari INTENGAH dalam 6:45 pagi...sampai di Sabak Bernam dalam 8:30 pagi...sarapan dulu dekat medan selera berhadapan Petronas Sungai Besar...lepas makan terus ke MDSB dan appointment sepatutnya dalam 9:30 pagi...tapi sebab Setiausaha MDSB sibuk dengan mesyuarat, maka kena tunggu la...akhirnya dapat jumpa dalam 10:30 pagi...aduhai...dah lari timing nie...tapi cuba bertenang dan layankan sahaja...oh ya, masa ke sini aku yang drive, naik kereta aku...he he he...
signboard dekat-dekat rumah Ateh...
MDSB...abaikan cameraman tue...
Pelancongan Sabak Bernam
bersama Setiausaha MDSB dan Planner MDSB
lepas selesai urusan temubual yang di MDSB, kami bergegas ke Bangi...sebenarnya kami agak terkejar-kejar sebab pada petang itu kena ke INTAN Bukit Kiara sebab ada sesi bersama SKPMI untuk urusan mess kit tue la...sampai di Bangi dalam 1:00 tengah hari...alhamdulillah Dr Sharifuddin (gambar bawah nie) dah ada kat rumah...beliau merupakan salah seorang think-tanker dalam menyediakan RFN2...banyak ilmu yang kami dapat daripadanya...tapi masa memang mencemburui kami...dalam 2:15 petang kami terpaksa balik...solat di Petronas dekat dengan kawasan rumah Dr...lepas solat aku beli roti, sebab kami semua tak lunch lagi...terus bergegas ke Kiara...alhamdulillah, kami sampai dalam 3:05 petang...takde la lewat sangat...5 minit aje pun...tue pun belum mula lagi...ha ha ha..
banyak pandangan dikongsikan...
lega sikit sebab hari Khamis tue baju mess kit aku dah lengkap...apolet dan bow tie pinjam daripada kawan al...thanks Razif sebab ambil daripada kawan al tue...aku tak sempat nak pergi ambil pun...malam tue aku dah Razif ke Midvalley Megamall sebab Razif nak cari bow tie...google aje kedai, so jumpa la kedai dalam tue...takde la mahal, RM50 kot...belasah aje la...ada pulak pameran Transformers kat sana...so, ambil kesempatan la bergambar...kebetulan lepas tue jumpa beberapa orang kadet lagi yang mencari barang-barang keperluan masing-masing...ha ha ha...so hari Khamis berakhir kat situ aje la...
OPTIMUS PRIME!!!
hari Jumaat, awal-awal pagi dah kena bertolak ke Marriott Putrajaya...majlis berlangsung kat sana malam nie...sampai jer di Marriott, kami terus letak barang dan ambil tempat duduk yang dah disusun dan ditetapkan...sebelah kanan aku, adalah Pegawai Khas Pengarah INTAN, sebelah hadapan adalah Perunding Latihan (taks alah aku kat INTURA), sebelah kiri aku Siti Sa'adiah...ha ha ha...lepas buat sekali rehearsal, kena pergi solat Jumaat pula...naik bas ke Masjid di UNITED UNITEN...




lepas solat ke Marriott semula...lepas tue dapat kunci bilik...kami ambil bilik sendiri, tak tumpang bilik yang dibayar oleh kadet dan SKPMI...yelah, takkan la 52 orang lelaki nak share 2 bilik untuk bersiap dan berehat, camtu juga 45 orang perempuan nak share 2 bilik...maka ada yang ambil bilik asing-asing...ada sikit isu mulanya...last sekali selesai...harga 1 bilik adalah RM300...tapi OK la, keselamatan tahap tinggi...kami ambil 1 bilik kongsi 9 orang...budak-budak GCK...GCK tue ape???ala, geng yang tertubuh masa modul tentera di Port Dickson dulu...he he he...sempat la seorang mandi dalam 5 - 10 minit...kemudian solat Maghrib berjemaah...seronok rasa, walaupun kumpulan kecil jer...nasib baik muat dalam bilik tue...
majlis malam tue mula dalam 8:30 malam...tapi kena turun dalam 7:45 malam...mingle around, dengan kawan-kawan dan pegawai-pegawai yang pernah buat aktiviti di tempat mereka macam kat Kolej Tentera Darat, Maktab Polis DiRaja Malaysia, Akademi Bomba dan Penyelamat...he he he...
ajirah...satu whaler di OBS...
amer statham
LJ...team di Genovasi...
4th roommate...ihsan...
ehem...
2nd roommate...aizat...
eh...
most of the GCK's
auwww...selfie la pulak...
table etiquette...
appetizer
peas soup
ini ayam tau...
amboi...
dessert..yummy...
malam itu selesai dalam 10:30 malam...naik bilik dan kemas barang...aku memang nak balik Jitra...so, kena balik tidur di INTENGAH la sebab pagi-pagi keesokkannya nak balik terus...bilik kami yang boleh duduk sampai Sabtu tengah hari, tak pasti la siapa yang duduk...harap duduk dengan tujuan baik la kalau ada yang duduk...lelaki sama lelaki la harapnya dan bukannya lelaki dengan perempuan...yelah, siapa yang tahu pun kan...keselamatan tinggi, sebab kad untuk masuk bilik kena scan masa nak naik lif, dan hanya boleh ke tingkat di mana bilik berada...maksudnya kalau duduk tingkat 8, scan di lif, boleh naik ke tingkat 8 jer dan tak boleh ke tingkat selain daripada tue...
sampai di INTENGAH dah 12:30 malam rasanya...terus naik tidur la...esok pagi dalam 8;30 pagi bertolak ke Jitra...Amer teman, dan ada kawan di UTHM tumpang...ambil dia di tol PLUS Damansara...Imran namanya...dia nak tumpang ke Taiping...lepas minum di Tapah, terus hantar Imran kat tengah bandar Taiping...pandai-pandai dia la nak ke mana-mana lepas tue...terus balik Jitra...sampai Jitra dalam 2:00 petang...rehat aje la...balik malam tue, sempat layan beberapa game bola sepak la...mula-mula layan game QPR (menang dan layak ke Premier League)...kemudian layan game Arsenal sekejap (Final FA Cup)...lepas tue sambung game Final UEFA Champions League antara Real Madrid dan Atletico Madrid...ingatkan boleh menang dah, sekali kalah pulak...bukan rezeki Atletico Madrid (aku support, tak percaya cuba tengok gambar Transformers tue)...layankan sahajalah...
tahniah Real Madrid
hari Ahad balik ke KL...tak ingat jam berapa bertolak dan sampai pun..tapi yang pasti sebelum 12:00 tengah malam dah sampai la...esoknya nak sambung praktikal...so, itu aje la...assalamualaikum...