FOLLOWERS

Friday, December 23, 2016

KL bird park 6 dec 2016

assalammualaikum =)
cerita sket lah pasal ni.
mmg selalunya cuti sekolah hujung tahun kami jarang check in hotel mana2. pengunjung kat mana2 tempat percuatian selalunya sgt sesak masa ni. pendek kata jarang pi holiday ke mana2. selain balik kg, kami byk habiskan masa berehat kat rumah aje..
erti cuti sbnrnya bagi kami. 
so cuti kali ni kami btl2 bawa anak ke kl bird park. buat syarat berjalan, kesian plak kat anak kalau tak kema langsung cuti sekolah ni.
so far ok lah kl bird park ni. kami pi during weekdays so org pun tak ramai sgt. foreigner je ramai.
kunjungan ke sini ibaratnya kita yg masuk ke dalam sangkar burung yg besar.
so burung2 kat situ mostly terbang bebas tanpa segan silu.
budak2 ni seronok sgt lah kan.

Image
family photo guna hset sendiri aje.
actually ada sekor lg burung undan putih bertenggek kat blkng tu, tp elok kami posing, dia terbang plak huhuhu

Image
haaaa ni dia burung undan putih tu. besar, nmpk mcm dah tua aje.
alhamdulillah ada peluang anak2 utk bergambar dekat2 dgn burung undan putih ni.
en.suami kata dia risau taku2 tetiba kang burung ni dok serang anak2 sbb dekat sgt huhuhu

Image
 mcm2 gelagat burung kat sini. seronok anak2 aku melayan.
mcm burung bangau ni, dia jalan ala2 mengendap ke depan, amal dok ajuk ke belakang. ada kami rakam video. kelakar hehehe

Image
udah sama tinggi irfan dgn bangau ni. btl besar bangau tu.

Image
anak bongsu mama

Image

Image

Image

Image

Image
yg ni berjaya buat mama kagum. umo dia baru 2thn 8bln, tp dia dah cukup berani biar burung bertenggek atas tgn mcm ni.
mama pun takut ok.

Image
burung merak selamba je lalu lalang berselisih dgn kita sepanjang kita jalan2 dlm taman ni

Image

Image
tiga bodyguard mama

so far ok lah..not bad kl bird park ni. kami semua enjoy wlupun penat gak kaki mama berjalan. blh tahan besar kawasannya.
seronok tgk gelagat anak2 berinteraksi dgn burung2 di sini. semuanya jinak2 belaka.

ini namanya catatan-janji-ada

ok bye semua!

Wednesday, December 21, 2016

catatan ringkas utk meninggalkan 2016.

assalammualaikum =)

hai semua!
sebenarnya dah banyak kali aku cuba nak menulis semula kat blog ni. tapi setiap kali tu lah, aku jd blur apa nak tulis. aku mesti terfikir apa yg aku tulis tu blh jd bahan utk haters aku terus membahan aku. haaaaaaaa kau, mcm glamour sgt hakak ni tau smpi ada haters.
itulah, dah banyak kali aku cakap, nak baca blog aku baca ajelah. takyahlah ko nak jdkan bahan plak utk ko terus mendengki dgn life aku. tak baik tau.
tu yg sudahnya aku tak jadi nak menulis, maka bersawang lah.
tapi hari ni aku nak menulis sket.

*******************

lg beberapa hari aje nak jejak 2017. maka tinggallah 2016.
2016 aku tidak begitu indah. pengakhirannya lagi sadis hahaha
tapi aku taknak cerita apa yg dah berlaku. sape yg tau, taulah.
aku cuma nak memanjatkan kesyukuran yg amat sgt sbb akhirnya aku dapat pindah keluar dr SBPISB. dah 12 thn aku berkhidmat kat sini, tiba masa aku berhijrah ke tempat lain pula. syukur sgt2 Allah perkenankan doa aku. moga penghijrahan aku ke tempat baru ni blh resfresh segala-galanya yg ada pada aku sebagai seorang guru.

Image

banyak sbnrnya ikhtibar yg aku terima drpd pengalaman sepjg thn 2016 ni. 
aku yakin sgt2 pada setiap yg berlaku adalah ketentuan dr Allah SWT dan confirm ada hikmah di penghujungnya. semuanya benar berlaka. alhamdulillah syukur sgt2.
aku terus cuba utk semakin dekat denganNya, sebab dgn itu aje cara utk aku peroleh ketenangan, kebahagiaan yg sebenarnya. 
aku cuba.

itu ajelah. anak dan mengamuk tu.
bye semua!

Wednesday, October 05, 2016

7 years old and he still my baby

assalammualaikum =)

nampak gaya setahun 3x aje aku update blog lepas ni..masa birthday anak2 hahaha
bertabahlah. janji ada.
TA busy sokmo sejak jd business women ni.

Image

alhamdulillah..hari ni genap 7 tahun usia muhammad amal hafiy, anak ke-2 kami.
anak yang paling mudah dilahirkan
anak yang dpt bfd mama selama 2 thn
anak yg paling manja
anak yg masih menyusu botol hahahaha

en.suami dah bising suruh dia stop menyusu guna botol.
susah dia nak dpt susu klu dgn abah
tapi klu dgn mama..laju aje dia dpt :p
hey i told u before..he still my baby ok hahaha
aduhhhh tak smpi hati nak suh dia stop menyusu botol sebab dia taknak minum susu guna cawan.
kalau dia bulat mcm abg iman takpe, ni nmpk tu slim aje huhu

so hari ni dia celebrate birthday dgn kawan2 di sekolah
tak sabar menanti gambar2 dari teacher huda.

buat anak manja mama abang amal,
mama really love you sayang..
mama doakan amal menjadi anak yang soleh, berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat.
moga amal terus sihat dan success.
jangan tinggal solat ya sayang.
kena rajin2 belajar okay.
mama sayang abang amal sangat2.
kami semua sayang amal.
happy birthday my dear baby

~~muhammad amal hafiy~~

itu aje. bye semua.

Saturday, August 20, 2016

abang iman 10 tahun dengan panda

assalammualaikum =)

mengantuk sgt marking paper ni. sgt mengantuk.
maka update blog ler kejap. 

20 ogos 2016
genap usia anak sulung mama 10 thn.
masih terkenang2 saat melahirkan dia.
berat dia 3.46kg masa lahir.
lepas 10thn, dah jadi 40kg OMG sgt! hahaha
alahai anak mama...bg mama kamu masih baby, always and forever.
 so birthday dia tahun ni, dia request nak tgk panda.
toys dah banyak dpt kan...takyah tunggu birthday pun dpt toys. 
so mama cakap kat dia, request something else selain toys sebagai hadiah birthday.
dia request nak tgk panda kat zoo.
maka marilah kita beramai2 sabtu lepas menerjah zoo negara.

Image
tadaaaaa
udah mcm muka panda jugak anak mama ni
bulat semacam hahaha
tgk lah tu, betapa happy nya muka dia dpt tgk panda secara live.
walaupun panda asik tido aje hahaha
tp tulah...smpi je kat umah malam tu, 
mama keluarkan jugak parcel toys utk dia.
gembira tak terkira dpt figurine idaman hati.
adik2 dia pun tumpang sekaki hehe..

itu aje lah.

selamat hari jadi abang iman! 
muargh muargh muargh

mama sayang abang iman lbh dr segalanya...

bye semua!


Monday, August 15, 2016

happy feet wearing medifeet shoes

assalammualaikum =)

hai lar monday... pagi2 dah kena sound dgn perkara yg aku tak salah. berangin jap. 
tp sebab dah tau mereka itu mmg begitu...maka lantak ko lah hahaha
aku terima nasihat seseorang utk pegang pada prinsip 3A. 
aku tambah jadi 3A-1I

ADOPT
ADAPT
ADJUST
*
*
*
IGNORE

muahahaha
sekarang aku kat adjust-ignore. nasib lah. janji aku tak tention tak stress.
itu nasihat dr pakar.

Image
yeayyyyy dapat dah medifeet!
aku pilih design paling simple.
aku suka sgt design kosong mcm ni hahaha
sedap wei pakai kasut ni. mmg sedap
tq en.suami yg sponsor medifeet shoes utk si isteri
appreciated.
nnt ada rezeki lain, nak grab kasut utk outing plak dr medifeet ni.
design aku pilih ni lbh sesuai utk formal..sbb mmg aku nak pakai hari2 ke sek pun.

Image

 budak kecik ni tgh peringkat suka ajuk cakap org lain.
comel sgt bunyinya dia ikut cakap mama dan abah
tgk lah tu...bukan main santai dia landing tgk tv kat situ

ok itu aje. bye semua!

Tuesday, August 02, 2016

outing during weekend

assalammualaikum =)

lama dah kami tak outing dgn anak2..melayan kerenah anak smpi mama mengah hahaha. last outing hari tu masa berbuka puasa di intekma resort. so sabtu baru2 ni, kami pun bawak lah anak2 ke aeon shah alam. dah alang2 ke shah alam, sempat aku cod dlm 6 parcel toys kepada customer. alhamdulillah...dipermudahkan segala urusan.
en.suami pun dapat urus beberapa hal dia dulu sebelum kami melangkah masuk ke aeon utk makan.
Image
 ni bergambor anak beranak masa tggu customer cod toys. abg iman dah lapar masa ni. dia ni mmg, xleh lambat makan...asik nak makannnn aje. tu tgk tumbesaran dia, makin menjadi2 huhu.
ok, just nak cakap, camera samsung j7 ni sgttttt tak best.
quality gambo ke laut.
i am desperately to use note 6. tp sungguh...duit takdok huwwwaaaaaaaa!
dulu guna note 2, mmg puas hati.
lar ni note 7 nak kuar dah kan? adehhhh mana nak cekau riban2 ni huhuhu
ada tak yg nak let go note 6 murah2 kat teacher?

Image
 ni masa dah masuk aeon, tggu abah yg patah balik ke kereta sebab tertinggal hset.
semua sonok dah masa ni.
anak2 request jugak nak beli mainan, tp mereka dah tau takkan dapat lah. agak mak ko tauke mainan, mmg tak merasa lah nak beli mainan new item mahal2 dah hahaha
mmg dah lamaaaaaaaaaa x beli new toys.
sebagai galang ganti, anak2 beli komik. excited semua masuk popular pastu mama suh pilih sendiri. dpt mama duduk jap kat lantai popular tu. even pi bayar kat kaunter pun mama suh iman. mama tgk dgn anak mata je hahaha...takpelah, biar depa belajar.

Image
 masuk je aeon, terus pi tempat makan. tak lain tak bukan kenny rogers roaster, ok, dah naik harga. nyampah. semua pun nak jadi makin mahal. biasa kami makan rm70++. kali ni ambik set yg sama, kena rm100++. nyampah. cekih darah. takmo pi dah.
huhuhuhu

Image
 sementara menanti makanan sampai

Image
 bersama budak yg putih melepak. dah mcm pucat plak mama tgk. 

Image
 bersama irfan hadiy, budak yg susah amat nak makan.
susu je kuat.

Image
 all of us. j7, susah beno nak snap pic yg sharp.
even ambik gambo mainan yg statik tu pun selalu blur hasilnya. 

Image
 hidangan lunch kami hari tu

Image
 seronok tgk abg iman makan. dia bersila, pastu makan nasi dgn tgn. habis ayam seketul besar dia mkn sorang. dia mmg pandai makan ayam, tggl tulang semata.

Image
 pastu jalan2 lar kejap. pi solat..jalan2 lg. ambik gambo. masuk popular. mama masuk guardian jap. gitu2 je lah.

Image
 pastu kami pun decide nak balik. mama berharap dpt singgah seksyen 7 dah muahaha.
sekali bila keluar, hujan selebat2nya. dah le kami parking kat luar, bkn kat atas.
tak dpt lah keluar lg.
masuk balik..layan ler budak2 ni.
amal dah penat, lagipun dia dah dpt apa dia nak tu yg dok diam dah tu.
irfan je berlari2 ke sana ke sini.

Image
bila hujan dah reda sket kami pun keluar. 
hajat nak ke seksyen 7 dibatalkan, sbb hujan lebat kembali masa tu.
kami singgah tesco setia alam je kejap beli bahulu warisan.
pastu irfan pun tidooooo

Image
ni masa kami dah nak smpi rumah mak. kami tido umah mak malam tu.
irfan pun dah jaga
tu main senda gurau dgn abah.
oh ya, sempat kami singgah kuala selangor makan durian hehehe

habis cerita sabtu kami...
begitulah.
itu aje ya..bye semua!

Thursday, July 21, 2016

Aidilfitri 2016

assalammualaikum =)

dapat satu tajuk pun entry raya 2016 jadilah bahahhaha. walaupun hr ni dah 17 syawal, tapi hr ni lah aku baru ada masa free sket nak update blog. tu pun sebab kelas pagi ni ada cikgu lain ambik. ikutkan lesson plan tak siap lagi. tp jap lagi lah, hadap blog dulu huhu... cerita pasal lesson plan, stress plak aku. punya lah berkali2 aku hntr lesson plan tak pernah culas setiap jumaat, tetiba last wk aku x hntr sbb x sempat siap. masa tu lahhhhhhh pk naikkan nama cikgu2 yg hantar lesson plan dgn ucapan tahniah bagai. mmg bad luck btl aku. 
so raya tahun ni sedondon merah lagi. walaupun x berapa nak dondon, sebab merah kami husband and wife berbeza sket dgn merah baju anak2, tp kira merah gak lah. aku dgn husband beli baju ready made online while anak2 beli baju melayu upin ipin kat jakel tu yg merah dia x berapa nak sama.

Image
makin besar anak2 aku makin susah nak kawal utk semua nmpk steady depan kamera. kena plak kamera samsung j7 ni mmg teruk..maka redha ajelah. tahun ni beraya kat sekinchan dulu. pagi2 raya ke dua baru balik kuala kangsar. i suka aje..janji raya pertama kat umah mak sendiri hehe

Image
dah semua elok tgk kamera, gambar goyang plak. pastu aku pun confuse nape aku kepak tgn lagu tu hahaha

Image

Image

Image

Image

Image

Image
percaya atau tak, raya ke-2 pun kami bantai pakai baju yg sama. ni gara2 keluarga besar belah husband nak ambik gambo raya kat studio. so lepas je ambik2 gambo kat sekinchan ni, kami semua tukar baju lain. husband dan iman dan amal dah pakai baju tu ke masjid, so hangit lar jugak tp dah angin2 kan ok kot hahaha. pelik beno rasanya raya pertama dgn kedua kami pakai baju sama. so mmg takdelah gambo raya hari ke-2. ni aku up gambo kami 5 beranak aje. gambo keluarga beso, gambo salam2..semua ada. ntah bila nak up pun aku tak sure kihkih...
itu ajelah. nnt2 bila berkesempatan aku update blog lagi. bye semua!

Tuesday, June 28, 2016

susun atur baru bilik anak2

assalammualaikum =)

mcm byk je masa aku update blog sekarang ni kan.
sebenarnya aku rehat jap dr jualan toys bulan puasa ni.
tak larat.
last pengeposan hari tu dlm minggu pertama puasa, pastu aku stop.
nnt lepas cuti raya continue semula belah guni.
alhamdulillah stock masih ada. jumaat ni pun masuk stock lg alhamdulillah sgt.

alkisah di kala org lain sibuk buat kuih raya, aku mmg xde lar nak buat hahaha.
microwave jd gajah putih dah kat dapur tu.
kebetulan warna dia pun putih. elok beno lar tu hahaha

aku dok sonok2 susun atur semula bilik anak2.
actually takdelah nak susun atur semula pun.
tapi terpaksa hahaha
sebenarnya kami ada beli locker lelong lepas prk hari tu.
locker besi utk polis (petugas) prk yg di lelong. so aku plan nak bg iman locker ni sebab dia tinggi. comey plak ada warna oren tu, sesuai utk kanak2. so almari iman bg kat amal..almari amal bg kat irfan. gitulah plan nya.  tapi mana ada ruang dah dlm bilik tu nak masuk almari. tu yg terpaksa susun atur semula. ni semua projek ahad lepas. nak dijadikan cerita, tgh nak alih2 katil tu tetiba prakkkkkkk katil anak runtuh! phewwww!!! jenuh en.suami terpaksa plak bertukang betulkan katil masa tu. udah ler tgh puasa. kesian sgt kat dia. en.suami kata, klu runtuh lagi, kta beli je katil baru utk anak. ewahhhhh mama suka je hahaha...
sebenarnya dah pernah runtuh pun sebelum ni katil tu.

Image
so ini susun atur terkini bilik anak2.
masuk2 je nmpk katil tu. dulu katil tu letak tepi dinding kiri, now letak bawah tingkap. 

Image
 ni pula sy snap dr katil anak. sudut belajar masih tak berubah kecuali dah diletakkan locker besi oren kat kiri tu. belah kanan pula letak rak ikea tu.
memang setiap sudut setiap ruang penuh dgn mainan anak2 aje hahaha
takyah nak heran sgt lah ya hahaha

Image
 almari amal letak belah sini (ruang lama katil). kat pintu tu tempat sidai tuala anak2. ingat nak tukar label storage tu semua. tp blm berkesempatan. hujung tahun ni insyaa Allah.

Image
 so locker oren tu jadi almari iman dan almari kecik tu jd irfan punya. alhamdulilah semua muat dlm bilik kecik ni. tapi isi dalam almari blh di tukar. sabtu or ahad ni lah mamam buat ya hehe.

Image
 katil anak2 kat tepi tingkap.
dah 2 malam depa tido atas katil ni.
mcm pelik ek statement ni? sblm2 ni tido mana?
ok sbnrnya before ni anak2 tido dlm bilik ni juga tapi kena bentang tilam besar kat bawah utk depa berdua. amal tu ha...takut tido sorang2. nak jugak tido sebelah abg dia.
harap dgn susun atur baru ni, depa kekal tido kat katil masing2.
lagi kan...iman amal ni, klu masa cuti je mesti nak tido depan tv. jumaat malam dan sabtu malam mmg akan tido depan tv. dah terbiasa mcm tu. 

Image

Image

Image
 ini ruang utk tarik katil bawah tu di malam hari.
that is why tak letak apa2.
insyaa Allah weekend ni en.suami akan grill tempat gantung sejadah kat bawah deretan kereta tu. haritu en.suami dah tak larat.

Image

itu ajelah. bye semua!

Friday, June 24, 2016

checklist persiapan raya yang belum selesai

assalammualaikum =)

stress dgn kerja2 kat sekolah.
aku bukan jenis yg bertangguh kerja. tapi still berderet kerja dlm to-do-list
sbb kerja tu tak pernah habis.
asik bertambahhhhhh jer.
aku bukan robot.
aku manusia yg kenal erti penat dan sebagainya.
Allahuakbar.
stress.
moh ler kita layan benda yg indah2...cthnya persiapan nak raya ni miahahahaaa

ada beberapa je lagi yang belum selesai:

~ songkok raya all boys
~ sampin irfan dan abg iman
~ seluar raya en.suami. penting ni sbb nak match dgn kurta dia. 
~ masuk duit raya dalam sampul raya

ahad ni cleaner dtg rumah untuk cont cuci rumah.
last wk dah dtg sekali untuk buang sawang, cuci kipas lap habuk2 yg suka je dtg balik habuk2 ni.
ahad ni dtg lg utk cuci tingkap dan grill serta cuci toilet..maybe cuci peti ais sekali.
setel urusan rumah sendiri.

sabtu depan plak cleaner akan dtg ke rumah mak di kg juga untuk urusan pembersihan rumah.
heyyyy kata nak raya! hahaha

oh ya, kat villa comel kami tahun ni takde ganti apa2 yg baru pun melainkan hamparan baru di ruang tamu. tikar lama tu dah teruk sgt dah tercabut2 dan tajam..agak bahaya utk anak2.

kami plan hujung tahun ni nak cat wall dalam rumah and tukar sofa. sebelum raya tak sempat buat. 

the best part is deco raya tahun ni bertemakan #ToysEverywhere

mana tak nya..anak2 aku gasak main kat ruang tamu
layan je lah.
tapi mama akan pastikan toys tu semua dlm keadaan tersusun dgn baik.
bila ada yg nak dtg beraya nnt, hangkut je semua sumbat dlm bilik anak2 hahaha

Image
ni sebahagian toys kat ruang tamu. 
nmpk tu leka dia bermain kat situ.

itu ajelah. 
nak hadap kerja ni.
bye semua!

Monday, June 20, 2016

nak raya dah

assalammualaikum =)

alhamdulillah..dah 15 Ramadhan hari ni.
kejap je rasa masa berlalu.

malam td we all dah start main bunga api. mmg setiap tahun kami pasti akan main bunga api..salah satu cara nak rasa kemeriahan bulan puasa dan menjelang raya. 
elehhhh tipulah kalau korang tak pernah main bunga api kecik2 dulu kan??
saya, mmg puas main bunga api. mercun lagi byk ok.
mmg pengalaman tu sgt2 berharga bagi sy. pengalaman tu juga buat sy rindu sgt dgn arwah uwah (abg saya).
rugi rasanya kalau sy tak beri pengalaman seronoknya bermain bunga api kepada anak2
so setiap tahun ni dah jadi acara wajib.
ishhh susah btl guna ayat skema.
korang...rugiiiiii sgt kalau tak main bunga api hokay.
bila lagi nak bg anak2 rasa main.
sambil main tu ko pasang lagu raya kat handset perghhhhhhh best hokay.
mmg agak mahal dah bunga api skrng ni, tp bukan selalu, sethn sekali kannnnn

Image
 tgk tu sengih panjang abg iman dpt main bunga api. 
dah berpuasa seharian, malamnya kita reward anak2 dgn bunga api.

Image
 kalau dah ada bunga api, haruslah pasang pelita keliling rumah.
gigih en.suami check pelita lama kami, isi minyak bagai tgh hari semalam.
mujur cuaca tak panas. 
wahhhhhhhh meriah nak raya!

Image
 kami susun pelita di atas pagar

Image
 dan ada 3 yg dipacak kat sini supaya senang anak2 nak nyalakan bunga api.

Image

Image
 ni tahun pertama irfan enjoy main bunga api. last year dia masih takut. this year dia siap pegang percikan api tu huhuhu..
takpe, biar dia tau api itu panas. so lepas dah kena sekali tu, takdelah dia nak pegang lagi. just pegang di tempat sepatutnya.

Image
 mcm2 gelagat anak

Image
meriahnya raya! 

itu aje..bye semua!
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH