assalammualaikum =)
minggu ni PT3 dah bermula. nak kata TA dah free tu, tak jugak sbb kebetulan pulak minggu ni jd guru bertugas huhuhu..tp ada lah ha sket masa nak update blog.
selepas shibuya crossing, kami menuju ke Tokyo Dome City. tujuan utamanya cikgu adyani nak merasa naik Thunder Dolphin Tokyo Dome Roller Coaster. kat sini mmg terkenal dgn Entertainment Park which is ada byk juga attraction lain. dah tentu semua berbayar.
aku tak naik ler roller coaster tu. takut!! rupanya adib pun sama, gayat naik RC. so melepak ler kami kat luar tu menikmati cuaca dan tiupan angin yg sgt2 sejuk. makin gelap hari makin sejuk. daku check temperature, below 10 masa ni huhuhu..gigil2 tgn.
Thunder Dolphin Tokyo Dome Roller Coaster adalah antara RC yg terbesar di dunia. besar sungguh. ada 1 lg kat area gunung fuji nun. tu lagiiiii besar. kagum i ada yg berani naik RC ni huhuhu
tgk ha...berselirat. berani ke? aku takut huhuhu..yani dan afifah selamba je naik
so masa tggu yani dan afifah naik RC ni, aku dgn adib dok je kat luar ni menyembang. sejuk gila wei. adib ajak masuk ke dlm bangunan, tp ku malas nak berjalan, kaki ku dah mula sakit masa ni. spoiled sungguh kasut ni tau. melecet habis blkng tumit. mahal oi aku beli brand skechers kat Mitsui. rm200++. kalau tau jd gini baik aku beli kasut bundle aje miahahha. aku mmg takde sport shoes, tu yg kena beli gak masa ni utk pakai travel. teruk kan, cikgu takde sport shoes hahaha
hari dah mula gelap masa ni. org masih ramai
tempat aku dok bersembang dgn adib sementara menanti yani dan afifah main RC
Selesai mereka main RC, kami masuk ke dalam. sekali lagi adib belanja kami matcha (green tea) ice cream. mahal wei. beso btl setiap satu. ok ku tak suka sgt green tea. jenuh nak makan. tak habis pun huhuhu..tapi tak lah semua flavor green tea. kira mix flavor lah. so part yg bukan matcha tu blh ler ku telan
nampak sgt sedap kan? ye mmg sedap utk part yg bukan warna hijau tu. bg mereka yg suka green tea, mmg sedap sgt lah ice cream ni.
kami bertiga berpisah dgn adib di sini. adib akan balik ke rumahnya di mana tah daku lupa huhuhu. kami bertiga meneruskan langkah ke destinasi terakhir sblm pulang ke rumah kawan afifah.
Tokyo Camii Mousqe. alhamdulillah syukur, dapat kami solat maghrib dan isyak di sini.
pengunjung tak dibenarkan mengambil gambar di bhgn dalam. but trust me, bersih sgt2. terpesona seketika daku melihat org jepun menunaikan ibadah solat. dapat kami berehat dan melunjurkan kaki sebentar di sini.
sangat jauh berjalan kaki dr train stn ke masjid ni..tp sgt2 berbaloi rasanya.
sgt indah binaan masjid ni.
seni ukiran Islam yg diterapkan di pintu dan dinding masjid.
tangga menuju ke bahagian atas, tempat solat bg muslimat
syiling masjid turut diukir indah
dah selesai solat masa ni. nak gerak balik ke station apa tah td yg kami tinggal kan bag tu.
keluar dr masjid, menapak semula ke train station. pastu byk lah tukar2 train. ambik bag tarik, menuju ke tempat penginapan kami di Shangri-la Mansion.
kami turun di Shingashi Station. dr sini kami perlu menapak dlm 15 min ke rumah kawan afifah tu. tp sebab daku tarik/tolak beg besar atas jalan tar, maka perjalanan jadi 30min hahaha..
gila wei bila ingat2 balik pengalaman tarik beg besar atas jalan tar sejauh 30minit. bukan saja kaki yang melecet, tgn pun melecet sama. daku tak bwk back pack besar tu sbb daku tau, bahu ku tak kuat jugak nak pikul bag besar2 tu huhuhu. mmg ini pengalaman yg sgt2 berharga aku rasa. tak berulang dah kot dlm hidup aku.
oh ya..dlm perjalanan keluar dr Tokyo Camii Mosque td, daku dpt tgk Tokyo Skytree juga dari jauh. dpt lah menyaksikan lampunya yg bertukar2 warna.
cantik sgt.
sampai kat rumah kawan afifah tu, sekitar jam 11mlm tak silap. mmg sgt2 all out hari ni sbb kami cuma ada hari ni aje kat Tokyo. tu cuba spent maximum time kat sini. pertama kali melangkah masuk ke rumah kwn afifah tu (student kat sini juga) ku terkasima. rupanya rumah di jepun kecik2 aje saiz nya. afifah kata ni saiz family house. rumah mmg bersaiz kecik sbb anak2 yg berumur 18thn ke atas dah tak blh duduk di rumah mak ayah lagi. so tak guna pun rumah besar2. anak2 org jepun pun tak ramai kan..max 3 org aje kot dlm 1 family. actually ada je rumah saiz besar2 kat jepun, tp tu consider rumah org kaya melampau lah...gitewww.
mlm tu ku tido lena ditemani heater.
esok hari ke-3 ke mana pula?
ok sambung kemudian.
eh nak bebel jap. ku sedey, takde geng nak join trip mac 2018 huhuhu..
yani dah ada plan lain end of this year so tak dpt nak join utk trip mac 2018.
en.suami tak benarkan kalau takde kawan..alahai..sedeynya.
itu ajelah. bye!!



































