Tuesday, June 09, 2015

SEKSI

Kau menjalar dengan seksi, menuju ke dada aku. Tidak aku halang, tidak pula aku rimas. Aku membiarkan kau sehingga kau masuk ke dalam mulut dan bersarang di dalam dada.

Bersaranglah. Aku mahu hidup dengan kau, di dalam dada aku sendiri.

Tuesday, March 03, 2015

PUKUL

Aku mimpi kau dipukul bertalu talu. Bila aku tanya, kau diam membisu.

Siapa yang memukulmu?

Kau diam membisu. Buat aku jadi separuh gila. Semua yang kau kenal, semua aku tuduh. Semua yang kau berkawan, semua aku nak bunuh.

Siapa yang pukul kau?

Saturday, February 28, 2015

KAU SAKIT

Melalui lorong masyarakat korea yang tidak putus putus dengan kedai makan yang semuanya ada kobis jeruk, aku berjalan dengan peluh merembes tak henti henti. Jauh sangat berjalan itu tidaklah, tapi disebabkan tak ada angin yang meniup, aku jadi berbahang. 

Panas bukan main. Peluh dari kepala, mengalir ke dahi. Keluar daripada celah celah rambut menuju pula ke hidung. Turun ke tepi bibir, dagu dan kemudian pergi ke lantai. Bersama garam lebihan dan kotoran dalam badan, peluh tertinggal di situ. Di tepi kedai kedai korea, yang orangnya puteh puteh dan suka sekali makan kobis jeruk.

Dia sudah di rumah. Berehat mungkin. Pulang dalam keadaan longlai seperti orang tidak cukup zat makanan. Pucat bibirnya nampak kebiruan. Putih pipinya macam susu. Penat matanya nampak tak mampu. Hari itu, dia sungguh tidak sehat. Sungguh sungguh sakit.

Wednesday, January 07, 2015

KABUS

Melihat kau datang, seperti melihat kabus pagi selepas gerimis.

Gebu, sejuk dan menenangkan.

Sunday, December 28, 2014

KAU YANG KELABU

Datang jemput aku.
Dan tak pernah.
Dan tak akan.
Berlalu
Dan tak akan.
Dan tak pernah.
Berlalu.

Monday, December 22, 2014

Thursday, December 18, 2014

SANTA

Kehadapan santa perempuan,
Aku tahu kau penat,
Tapi jangan kau lupakan,
Aku walau sesaat.

Kehadapan santa perempuan,
Tadi kau mesej aku di talipon,
Kau lupa untuk cakap,
I pun lebiu.

Kehadapan santa perempuan,
Antara kau dan rusa rusa jantan,
Aku ada rasa cemburu,
Dan mahu makan.