Wednesday, December 21, 2011

Ayang Berkhatan 2011

Klinik Lita Alis di Putra Jaya, tempat pilihan Pn. Fara untuk menyunatkan Ayang, puteranya yang berambut kerinting... Oh ayang, ko dah nak jadi lelaki... heheh...

Image
Kaunter Klinik Lita Alis di Precint 9, Putra Jaya...

1 Disember 2011 Ayang bersiap sedia nak pergi berkhatan. Berkhatan ni ritual yang dilakukan oleh dua golongan ahli kitab pada masa kini iaitu Islam dan Yahudi. Malahan dah ramai bangsa-bangsa seperti Cina dan lain-lain yang berkhatan dengan tujuan utamanya untuk kebersihan.

Image
Ayang mengumpul power nak bersunat...
ImageAyang semangat dalam perjalanan...
ImageAyang dipimpin oleh Tok Ayah dan diiringi dek Nabil dan Akil


Image
Ayang dah kena sunat, berlenang air mata...

ImageTok may bagi makan ubat...

Ayang lelaki yang tabah dan berani berkhatan pada umur 4 tahun jagung... heheh... klinik lita alis ni siap bagi "sijil berkhatan tanpa menangis" kat ayang. Sapa nak tengok sijil kedua ayang (sijil pertama mestilah sijil lahir), boleh la datang rumah kami.

Image
Lawatan pujuk oleh Cek Onn...

Image
Lawatan penyejuk oleh Tok Wan dan Tok Mi (tak de dalam gambar)

Alhamdulillah tahun ni operasi menyunat berjalan lancar seperti biasa. Sokongan kuat dari semua pihak dengan pihak kepong turun padang. Sokongan terus diberikan seperti biasa oleh Cek Onn dan Cek Ani depan rumah yang datang bertanya khabar dan bertanya hadiah yang si-disunat mahu. Tak lupa juga sokongan seperti pesta di sunat Ayong dan Angah oleh Tok Wan dan Tok Umi dari Bangi. Jadi dengan itu, Ayang dah setel, tinggal nak sunat Read dan Ilm' saja pula...

-ih-

Thursday, September 08, 2011

Read

Syawal kali ini kami di"join" oleh seorang lagi team member terbaru Hamamatsu-Now!!!

ImageFalse alarm 5.9.2011, pukul 11pm di Hospital Serdang...

Read bin Izhal, lahir pada pukul 8.01am, 6.9.2011 di Hospital Serdang... Pukul 4am hari berbahagia tersebut kami bergerak ke hospital serdang. Semua lampu hijau, Alhamdulillah...

Sampai sana, Pn. Fara cek in sendiri sambil kami gi parking kereta. Lepas parking terus tertido dalam kereta dan pukul 8.30am saya dapat panggilan dari Pn. Fara. Dia kata "mami dah selamat bersalin". Terus segar mata saya.

ImagePn. Fara power...
ImageRead bin Izhal

Lepas tengok anak baru, saya balik tengok anak2 lama dok syok lagi tido dalam kerete...

ImagePret Tops tidur...
ImageAyang, Ayong dan Angah tido...

Depa ni saya gerak dan terus bawak balik kampung. Nasib baik kampung dekat. Letak rumah tok dia kejap supaya saya boleh pergi tengok anak baru pulak...

Sampai je hospital balik, masa dah pukul 1.30pm. Pn. Fara dah masuk wad. Bila saya sampai, dia kena pindah pulak wad...

ImageRead close up...
ImageRead tido...

ImageTok ayah dan tok mak melawat...

Lepas dok berehat2 kat Hospital Serdang, kami pun balik la dalam jam 4.55pm. Bawak Read jumpa abang2 dia dan tok mak dan tok ayah dia dan sepupu-sepapat dia dan mak cik dan pak cik dia...

ImageRead in Bangi...
ImageRead dan Tok Chak...
ImageRead dan Nda Chik...

Hari keesokkannya baru balik rumah... Kat sana pun ramai yang nak jumpa Read...

ImageRead dan Auntie Ani...
ImageRead ngan Auntie Roy...
ImageRead dan Uncle Onn...

ImageRead mandi, cukup tangan, cukup kaki, cukup jari, Alhamdulillah...

Jadi sekarang saya dikurniakan cuti 7 hari-7 malam... heheh...

Selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin...

Monday, August 15, 2011

Selamat berpuasa :)

Salam sejahtera :)

Image
Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Dua tiga boleh ku cari,
Bulan syawal Insya-Allah tambah lagi sorang...

Selamat berpuasa!!!

Friday, May 13, 2011

Gotong Royong 2011

Inilah yang disukai oleh Majlis Perbandaran Kajang... Rakyat Selangor yang rajin bergotong- royong agar kawasan mereka bersih dari segala macam kekotoran dan penyakit. Kami sebagai kong-kong sukarela memang suka benar nak menanggung beban mencuci longkang, trim pokok, dan menyapu jalan... Kami kesian kat MKPJ kerana terlalu sebok sehingga setahun sekali pun payah nak nampak datang cuci longkang kawasan kami dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya...

Gambar-gambar dibawah tiada kena-mengena dengan mana-mana kong yang masih hidup atau telah meninggal dunia. Persamaan dengan mana-mana manusia adalah kerana kebetulan atau kerana terambil gambar pelanduk dua serupa sahaja...

ImageKong bekerja dilarut malam...

ImagePenyucian longkang oleh kong pandai ekonomi...

ImageKong paling mahal di Malaysia...

ImageHobi kong paling mahal di Malaysia...

ImageKaum kong hawa bergotong-royong sambil bersenang-lenang...

ImagePondok kong...Image2 orang kong terhandal di daerah Kajang

ImageKong-kong sukarela bersama Chief Kong (Berbaju putih)
ImageAnak kong dan pisang...
ImageKong nak makan pisang...
ImageKong paling pandai posing...
Image4 Kong berteduh seketika...

ImageKong duduk selesa...

Serangkap pantun gotong-royong...


Halau hantu pakai kelapa,
Kelapa mujarab nak halau jin,
Tuan-puan nak contohi siapa?
Pihak berwajib atau rakyat yang rajin?

-Spey Master-