Image
Anda adalah tetamu ke blog ini.

Selasa, 23 Disember 2025

Menghabiskan minggu terakhir 2025

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Minggu lepas saya sempat turun ke Kota Kinabalu untuk mencari komponen electronik.. Mujur denqan bantuan 9M6TMT Thompson saya dapat menemui 1 kedai elektronik di Damai, KK. Walaupun tidak banyak komponen tetapi saya akhirnya menemui juga DC Jack Yaesu FT817 yang mempunyai standard berbeza dengan DC Jack yang lain...

Image

Di depan kedai ni..

Image

Ok

Image

Misi mencari durian.. di hadapan Bataras Putatan

Image

Satu Tompok RM50.. masih mahal

Image

Ni di Sipitan tak jauh Petronas, 1 pack ini RM60.. cukup banyak

Image

Varian Durian Sarawak, dari Lawas katanya

Image

Sebagai orang semenanjung.. durian ini tidak boleh lawan rasa durian kawasan kami

Image

antara haraga yang dipamerkan

Image

Ok penuh juga borong buah durian

Image

Duit pun dah kering, terpaksa cairkan baki simpanan kecemasan

Image

Masa balik ke Labuan

Seperti biasa pada hujung minggu, memang sedikit bosan di sini. Apa yang boleh saya buat untuk mengisi masa lapang ialah hanya berpusing-pusing di Labuan.

Image

Terjumpa antena Broad HF.. ada 2. satu darinya dah pun tidak diselenggara.. mungkin sudah tidakn efisien

Image

Satu lagi pun sama

Image

Dari jauh

Image

Kita dekatkan sikit

Image

Bergambar kenangan di hadapan RTM Labuan. Kecil ajer transmitter antennanya. Mungkin sekadar untuk liputan dalam pulau

Image

Malamnya pemilik kedai Gukawe, suatu restoran popular dikalangan perantau di pulau ini menjamu selera. Tuan kedai belanja pulut durian.

Image

Dan seperti biasanya, aktiviti disiang hari. Melayan QRP di tepi pantai 

Image

Banyak stesen Long Path seperti Australia, Russia dan North America yang dapat di dengari dengan baik di sini walaupun di tengahari... 

Image

Seperti biasa.. hammock ini lah yang menjadi tempat saya berehat. Sayangnya jam 6 petang di sini matahari mula terbenam.. jam 6.15 petang kami harus segera berkemas agar tidak dalam kegelapan.. Tapi waktu inilah banyak stensen radio mula rancak QSO terutama stesen dari semenanjung

Saya mula terfikir untuk membawa TV ke sini tetapi sedikit mencabar kerana liputan teresterial TV tidaklah bagus di Pulau ini. Kami hanya bergantung pada pemancar dari Bukit Mas, Limbang manakala rumah saya berada pada lokasi blindspot! Mungkin menggunakan satellit MyTV sahaja.

Image

Liputan siaran Digital TV dari Bukit Mas ke Labuan

Image

Untung bagi mereka yang berada mengadap Brunei sebab dapat sekali TV Brunei

Image

Dan nasib lokasi rumah saya di Batu Manikar... blindspot. Mungkin saya akan cuba menggunakan antena ke arah Kota Kinabalu mungkin.


Untuk maklumat lanjut dan sumber coverage di atas saya ambil dari laman blog https://philipdxinglog.blogspot.com/2024/06/MYTV-Labuan.html

73!








































Rabu, 8 Oktober 2025

Sesuatu yang diidamkan belum pasti akan miliki

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Kebelakangan ini saya kerap mendengar stesen-stesen 'Long Path' berkomunikasi dengan agak baik. Kebetulan saya tinggal di Pulau Labuan yang terbuka laut lepas dan lokasi saya berada tepat di tengah-tengah stesen ini QSO!

Antaranya Andy YB8AO dan Dwi YB9CQN yang  menggunakan antena yang bukan biasa-biasa terus point to point ke North America, Europe dan Southern America ... Antena Yagi multi band, Qubical multi element etc. ianya memerlukan ruang, jiran yang baik dan sudah tentu pengorbanan wang hahahha...

Saya juga teringin untuk memiliki antenna yagi dan tower-tower yang tinggi tetapi ianya hanyalah sekadar idaman. Dengan rumah yang belum ada, entah laman pun belum tahu ada, sekadar dapat merasai DX secara long path ini apabila menumpang station rakan-rakan yang telah pun ada antena sebegini. Bulan lepas ketika saya melewati Kota Kinabalu beberapa rumah yang mempunyai tower dengan antena gabak besar... menurut sahabat saya, ianya milik 'orang kaya' di KK hahhahaa..

Image

Saya di hadapan salah satu antena tower milik 9M6NA di Pulau Labuan... Belum dikira sebagai antenna farm ya... hahahaaaaa

Image

Yagi HF pertama milik kelab 9M4CME sebelum tumbang. Jenis Crank!

Image

Antenna Setup Kelab 9M4CME yang terakhir sebelum disimpan rapi. Entah bila berpeluang naikkan balik.

Ketika kali terakhir beroperasi dengan setup begini, saya dan fadhil berjaya QSO dengan beberapa stesen rare dari Afrika Tengah... ya, memang sukar untuk berqso dengan stesen dari negara ini.

Image

Dan sudah tentunya, antena milik 9M2PIC (kemudian 9M4PIC kalau tak salah) merupakan kenangan yang tidak dapat saya lupakan walaupun ketika zaman saya rotatornya tegah 'kong' dan hanya mengadap ke Jepun sahaja.

Pada pandangan saya, sudah sampai masanya SKMM/MCMC menyediakan sedikit bajet dari keuntungan berbillion nya untuk sebuah kelab stesen radio amatur yang lengkap seperti transceiver terkini, antena dan tower yang ganas seperti stesen luar negara. Boleh digunakan oleh mana-mana ham radio tidak kira dari mana persatuan yang berminat samada baru mendekati hobi radio amatur, peminat contest yang ada kekangan peralatan. Ianya juga sebagai satu bentuk promosi hobi radio amatur yang semakin tidak popular masa kini. Pada masa yang sama kelab ini boleh dijadikan tempat gathering, homebrew dan banyak lagi. Tidak lupa, ianya boleh menjadi Command Centre Radio Comms ketika bencana.

Pada pandangan kerdil saya, projek kereta komunikasi yang baru-baru ini oleh MCMC adalah membazir sahaja dan jika ada suara ham radio dalam organisasi ini yang berani untuk hadir dengan idea ini pasti kos yang dibelanjakan itu akan lebih berbaloi untuk sebuah kelab stesen.

Oh, mesti ada yang cakap kan dah ada Kelab Radio di Planeterium? Hanya yang tahu tahu saja tahu kisahnya....

Image


73! Cherio....

Isnin, 6 Oktober 2025

MARES SWR Check!

Sudahkah anda memeriksa antena mobile anda?

Haaa... ini ada satu program anjuran MARES bersama M4W dan Eiger. 

Maklumatnya adalah seperti berikut :

MARES - SWR Check !

Venue : Eiger Adventure Tropical Jalan Ampang
Tarikh : 15/Nov/2025 - Sabtu
Masa : 11am hingga 4pm
Bayaran : RM20 setiap kenderaan/unit yg nak di periksa.
(Bayaran dibuat ke akaun MARES)
Terhad kpd 20 kenderaan sahaja yg daftar sahaja.
Objektif: Membuat pemeriksaan yang asas serta ‘finetuning’ menggunakan SWR kepada Antenna/Mobile Rig supaya mendapat setup yang tepat agar daya transmisi radio anda lebih seimbang serta ketahanan device dapat berpanjangan 🫡
Tentative Program :
11am - Kehadiran Peserta/ Register
1130am - SWR Check Mula
1pm - Break/ Lunch
(Refreshment utk semua)
2pm - SWR Check
4pm - Tamat : Hi-Tea
* SWR meter ensures your antenna system is properly tuned so your radio transmits efficiently and safely. 


Image

Semoga membantu!

Percubaan Kembara Sambil DX

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Minggu lepas banyak saya menerima berita rakan-rakan ham radio yang telah silent key. Antaranya Pak Dahlan 9W2DJ antara pioner yang membangunkan Mares juga telah silent key. Saya masih teringat sapaan beliau ketika di Kelab Mares di Bukit Persekutuan serta kehadiran beliau ke Chai Leng Park bertemu dengan beberapa rakan Astra tahun 2001 bilamana Mares mula menapak.

Dan ketika Kelab Mares Petaling Jaya mula dibongkar, beliau hadir walaupun sedikit uzur.... Dan kali terakhir saya bersua wajah dengan beliau adalah ketika majlis makan malam ulang tahun Mares di Muzium Telekom. 


Juga Mendiang 9M2NP Pak Tango yang silent key. Saya masih ingat lagi pertama kali berjumpa dengan beliau di rumah Pak Jaini 9W2JM di Batu Pahat sekitar 2002. Seorang Veteran Navy yang tinggal sebatang kara. Ketika syaa bertugas di Johor antara 2009 hingga 2016, beliau tinggal di kawasan Used Car di hadapan Plaza Angsana. Allahyarham Feroz 9W2JOH sering menghantar makanan pada mendiang... Begitulah kenangan-kenangan yang saya lalui bersama ham radio lama. Nampaknya generasi ham radio era saya mula-mula bermain radio semakin tidak ramai... dan saya juga sama telah menginjak usia.

Tinggal di Labuan ini merupakan suatu hukuman sebenarnya buat saya.. ya! ini kerana saya tertinggal banyak aktiviti rakan-rakan di semenanjung. Dengan berbekalkan Icom IC-718 dan radio kecil Yaes FT-817 di sini, propagasi di pulau ini bukanlah selalu indah. 

Saya memerlukan aktiviti! Bulan ini Oktober ada juga JOTA malangnya saya tidak dapat membantu rakan-rakan pengakap disini kerana terdapat tugasan wajib yang harus saya utamakan.

Itu saja coretannya.. apapun 16 September 2025 lepas saya sempat juga mengaktifkan stesen Field Day sempena Hari Lapangan Semalaysia.

Image 

Hanya simple setup di lokasi depan rumah saya. Asalnya ke Pulau Layang-Layang tetapi cuaca sangat tidak mengizinkan.

Image

Sempena 16 September setiap tahun

Image

Menggunakan mobile whip 40m, batteri biasa dan radio Yaesu FT-817

Dan ketika itu pada sabtu dan ahad berikutnya, saya mencuba menjelajah pula sambil membawa radio Yaesu FT-817 usang saya menyeberang ke Menumbok...

Image

2 jam perjalanan dengan feri

Image

Pemandangan biasa atas feri.

Image

Dan singgah bermalam di Mandalipau, Papar. Tiada radio dipasang kerana agak kepenatan.

Image

Keesokkan harinya melalui jalan alternatif meninjau kawasan yang sesuai untuk program DX akan datang

Image

Juga ini mencari durian hehhehe..

Image

Ya akhirnya sampai ke satu camp site Gunung Alab, Banjaran Crocker. Saya tidak jadi untuk bermalam di sini kerana tidak membawa baju sejuk. Khabarnya suhu disini boleh mencecah bawah 20°C. Misi seterusnya ialah DX disini Insyallah...

Image

Cantik!

Image

Bergambar sebentar

Image

Simpang dari Tambunan - Bundu Tuhan - Kundasang.... sudah berkabus

Image

Dan turun ke Polumpung, Kota Belud untuk bermalam... hari sudah gelap

Image

Tanpa membuang masa terus setup stesen, cuma kali ini hanya menggunakan miracle whip homebrew sekadar RX sahaja.

Image

Kopi Panas dengan biskut cap ping pong sambin mendengar stesen dari semenanjung QSO.

Image

Hari mulai siang

Image

Lokasi memang lawa gila..

Image

Dan gambar untuk kenangan...

Image

Bergerak ke Kota Kinabalu untuk malam terakhir

Image

Snap gambar sahaja...

Image

Esoknya saya kembali ke Menumbok untuk ke Labuan...

Image

Hari semakin gelap

Image

Dan tinggal kenangan....

Image

Kembali ke KL, pikap AA di SKMM... Akhirnya berjaya memperbaharui AA untuk 5 tahun mendatang.

Image

Seperti biasa berjuma dengan 9M2RS, Haji Rashid untuk setup FT8 pada PC nya

Image

Keesookan nya kembali ke Labuan semula. Jagung bakar....

Image

Kembali rutin biasa, hammock, motor dan pantai... (terlupa nak bawa radio)

Image

Kembali rutin biasa...

Itu saja catatan saya. Saya bercadang untuk kembali ke Gunung Alab bagi menjayakan program DX di sana. Jika ada yang berminat boleh PM ke [email protected]. Hanya program suka-suka DXing sambil camping... jom!

73!




Related Posts with Thumbnails