masih ada yang baca blog? atau semua sudah beralih ke media sosial seperti facebook, twitter, instagram?
saja jenguk balik. dah tahun 2020 dah. posting terakhir pada 2011.
masih ada yang baca blog? atau semua sudah beralih ke media sosial seperti facebook, twitter, instagram?
saja jenguk balik. dah tahun 2020 dah. posting terakhir pada 2011.
dalam masa lebih kurang 4 bulan aku akan menjadi bapa.
haritu tgk time scan nampak baby dlm perut gerak2 dan dalam keadaan tangan kat muka mcm berdoa. doktor cakap perempuan insyaAllah.
haritu dapat rasa baby tendang2 perut ibunya. sgt terharu bila first time dapat rasa tendangan padu baby.
Sungguh hebat ciptaan Allah yang Maha Pencipta.
AllahuAkbar
dah terbiar? facebook
“makanan pelik-pelik, taik minyak taik itik”
itu rangkap lagu jalil hamid. tajuk die aku tak tau.
dulu masa zaman kecik2, kitorg makan bende yg pelik2. ada je invention.
Roti
1. Roti + Susu Pekat + Milo
2. Roti + Marjerin + Milo
3. Roti + Marjerin + Gula
4. Roti + Marjerin + Susu Pekat
5. Segala roti di atas + cicah milo
Biskut
1. Biskut rendam dalam Air susu/Milo setengah cawan pastu hancur2kan. jadi la nestum.
Nasi
1. Nasi + Majerin + Kicap (nasi kene panas, baru sedap. tp nasi sejuk pun kitorg belasah makan dlm loyang)
2. Nasi + keropok sayur (tak sah kalau takde time sahur)
Telur
1. Telur goreng + segala jenis Rempah dalam botol, abah punye. kalau kene kombinasi die, sedap la.
Bihun
1. Bihun goreng bungkus + air teh 0 panas. (Dulu time sekolah form berapa tah, bihun goreng wak samit perlu disiram dgn air teh o dulu baru boleh hadam.)
lepas aku tgk post aku kat bawah ni aku rasa kagum lak dgn diri sendiri.
camne tah aku bole buat post yg panjang dan byk bende yg ditulis.
kagum2…
kalau hari jumaat kitorg gi Solat Jumaat kat Masjid Negeri, shah alam. kitorg pegi jalan kaki je. ramai2. tapi tak pasti setiap hari jumaat kitorg pegi masjid negeri ke ape.. sebab dulu sekolah kat klang, tak ingat kitorg balik shah alam sebelum jumaat ke selepas.
tapi yg pasti kitorg gi masjid ramai2 la dgn budak2 seksyen4 yg lain. so kat masjid tu mcm2 la yg dibuat. biasa la kanak2. dulu kat masjid negeri kat tempat amik wuduk die, tadah tangan je air kuar. takyah bukak paip ke ape. die automatik. so kira kagum la dgn teknologi tu.
kat masjid negeri tu ada gak orang jual2. sebelum semayang jumaat. time org dah start khutbah pun diorg jual lagi. kitorg tgk2 je la jurujual2 sembang kencang dgn demo masing2.
lepas Jumaat, kitorg akan pegi ke perpustakaan negeri shah alam. hehe. rajin tak? kecik2 dah gi pustakaan setiap hari jumaat. bagi kitorg mmg sgt best la. tambah pulak hari jumaat kan panas, pastu dapat lak dok library aircond sejuk2. tapi gi pustakaan bukan baca buku sgt pun. tgk tayangan video je. haha. kalau baca buku pun tgk gambar je. pinjam buku tak penah.
pustakaan tu akan buat tayangan video setiap hari jumaat kol 3 – 5 kalau tak silap. so tujuan utama kitorg gi pustakaan ni sbb nk tgk video. mcm2 video, biasanya die tayang tom & jerry, bugs bunny, roadrunner, katun2 mcm tu la. maklum la time tu kat rumah takde tv lagi. so layankan aje. kadang2 tido kat dalam bilik tayangan tu. sbb kitorg tgk tv sambil duduk, baring, so bile ada bantal, layankan aje.
kalau tak pegi pustakaan, kitorg gi muzim shah alam. sebelah je dgn pustakaan tu. berapa kali nak pegi pun tak tau la. tak rasa bosan lak pegi byk kali. tempat paling feveret kat muzium tu tempat sultan, tempat serangga dgn tempat mayat. tapi aku rasa kalau skrg ni aku gi seram gak kot muzium tu. dulu tak rasa apa2.
lepas je abis aktiviti kat pustakaan/muzium, kitorg akan pegi taman tasik. sbb tasik tu on the way je nak balik rumah. kat tasik tangkap kura2. anak kura2. pastu jual. haha.
masa kecik mana ada lesen nak bawak kete. so nak gi mana2 jalan kaki je la. tak pun naik basikal.
aku penah jalan kaki dari seksyen 4 ke seksyen 9, kompleks PKNS, ITM, seksyen 6, seksyen 3. yg mana kalau dipikirkan skrg ni, jauh gak la. tapi aku rasa time kecik2 tak rasa penat jalan kaki jauh2. mungkin sebab muatan kurang kot. haha.
bila pikir balik ataupun lalu balik jalan yg aku guna dulu, rasa mcm impressed (cakap omputih sket, kata dulu dok UK) gak la dgn diri sendiri. skrg ni naik kete je dah sampai.
oh ye, banyak gak yg aku jalan kaki sorg2. kalau zaman skrg ni dah kene culik dah kot.
aku pun tak tau apa mak aku pikir bila aku kuar sorg2 time tu. oh ye, aku kuar siang je. tak kuar malam. malam biasa dah penat sbb byk sgt main time siang. dulu time takde tv kol 10 dah tido. ye ke?