Bila Kali Terakhir?
Kisah Nabi Adam yang menghuni syurga benar – benar menarik perhatian T. Bermacam – macam soalan ditanya tentang syurga.
Tiba – tiba dia berkata, “Ummi, abang nak masuk syurga dengan Ummi. Boleh?”
Aku terdiam sejenak, berfikir. Anak – anak kecil, mereka ini masih suci. Jika mati sekarang, syurgalah tempat mereka. Aku pula, jika tidak syahid, tiada satu kepastian pun yang aku ini akan masuk syurga.
———
Dulu, semasa di tingkatan dua, pernah sekali aku menulis surat kepada kedua orang tua ku di kampung. Surat itu terhasil kesan daripada ceramah seorang ustaz yang begitu membekas. Tajuknya aku lupa, namun isinya cukup untuk membuatkan aku begitu rindu kepada ibu bapaku.
Di dalam surat itu, aku menyatakan betapa aku menyayangi mereka, dan benar – benar berharap agar aku dapat masuk syurga bersama mereka.
———
Aku capai tangan T, matanya ku tenung.
“InsyaAllah boleh” hati ku berbunyi ‘Huhuhuhuhu’…
“Abang kena ikut cakap Allah.”
T angguk “Okay.”
“Abang kena jadi anak soleh, selalu doakan ummi.”
T senyum…
“Dan Ummi…. kena usaha lebih kuat lagi.” Huhuhuhuhu…
Kau buat aku menyemak kembali, kapankah kali terakhir aku berjanji untuk ke syurga.
Melihat kalian, buat aku terasa… Sungguh, aku mahu masuk syurga bersama kalian.
Jom, kita berjanji ke syurga!
Hikmah…
Suatu hari, sang adik pulang dari bermain. Dari riak wajahnya, dapat diteka yang dia sedang marah. Ketika itu, aku, ibu dan ayah sedang menikmati minum petang diruang tamu.
Soalan kenapa daripada ayah disahut dengan penuh semangat.
“Tadi ada pakcik di masjid marah saya. Dia maki saya dalam bahasa Arab. Mujur saya juga pandai bahasa Arab. Jadi, saya marah dia balik.”
Kisahnya, adik berdarah muda ini sedang bermain bola di padang. Tika mendengar seruan azan, dia berhenti bermain, menunggang motorsikal terus menuju ke masjid. Ketika sampai diruang parking masjid, seorang pakcik yang tidak dikenali keluar dari masjid dan memarahi sang adik. Katanya, motor adik berbunyi terlalu bising, hingga mengganggu orang sedang solat. Adik sedikit hairan, kerana motornya tidak berbunyi kuat, dan ketika itu bilal masih mengalunkan azan. Sangkanya sang pakcik sedang memarahi budak-budak rempit diluar sana.
Dia beralih ke tempat wudhuk, namun pakcik itu masih memarahinya. Hingga menggelarkan “laknatullah” kepada sang adik. Darah adik menggelegak. Dan dia pun turut sama menghambur kepada si pakcik.
“Puas hati. Terkebil –kebil dia. Ada ker marah saya macam tu. Bukannya saya datang nak buat kacau. Saya nak pergi solat jemaah. Patutnya dia pergi marah, nuh mereka – mereka yang tengah main bola tak berenti ketika azan. Nuuuuuh, mereka – mereka yang tak datang solat langsung.”
Kami yang mendengar hanya ketawa. Api tidak perlu disiram dengan minyak.
“Mungkin dia ingat dia seorang je yang pandai cakap bahasa Arab. Entah mengaji pondok mana pakcik tu. Dah tua-tua baru nak mengaji, ni lah jadinya.”
Mengiya tidak, menyanggah pun tidak. Aku sekadar tersenyum, tidak tahu ingin mengatakan apa, agar tenang sedikit hati sang adik. Mungkin, senyum dan dengar sahaja sudah cukup.
Tiba-tiba ayah bersuara, “Adalah hikmahnya benda ni terjadi. Allah nak tarbiyyah kita.”
Sang adik yang telah duduk, ku lihat termenung sejenak.
“Mungkin pakcik tadi tu tak berapa betul kot. Kalau dia betul, takkan lah dia nak marah orang datang solat.”
Kami yang mendengar ketawa lagi, lucu barangkali dengan intonasi dan lagak si penutur.
“Mungkin juga pakcik tadi orang yang bodoh-bodoh alang, jadi saya yang marah balik dekat dia ni pun sama darjat dengan dia. Silap haribulan, ntah – ntah pakcik tu sebenarnya orang tak waras. Maknanya, saya yang marah orang tak waras ni lah yang sebenarnya tak waras.” Dia berkata sambil menyapu dahi.
Masing – masing kami tersengih. Ya benar sekali, ada tarbiyyahnya dari Allah untuk kami. Senang – senang saja syaitan menabur fitnah ke dalam hati kita. Kita jadi hingga membanding-banding diri kita dengan yang lain. Lihat saja tipu daya syaitan, yang membuat kita merasa bangga dengan apa yang kita lakukan.
Sekurang-kurangnya aku solat berjemaah di masjid, berbanding yang lain.
Perasaan marah boleh membuatkan kita senang – senang termasuk ke dalam perangkap syaitan. Makanya, cuba sedaya mungkin untuk tidak marah, selari dengan pesan Nabi Muhammad (s.a.w.) ke pada kita, “La taghdob. Jangan marah, jangan marah.”
Baru – baru ini, telah berlaku sesuatu yang membuatkan aku tidak lena tidur. Terasa seperti si pembuat itu telah melakukan sesuatu yang bodoh. Kemudian, kata ayah; “Kita akui apa yang dia lakukan itu bodoh. Jika kita memarahi orang bodoh dan juga bertindak bodoh, maka kita tak ubah seperti dia. Jadi, jangan jadi bodoh. Kita perlu jadi cerdik dengan cara bantu dia untuk keluar dari kebodohan itu.”
Jadi, kenapa perlu marah – marah? ‘Chill’lah!
For things to change…
Macam pernah dengar… dan macam dah selalu sebut… dan macam dah biasa buat…. ?
Pernah tak dengar dialog berikut,
“Semua orang pun buat.”
“Dah lumrah kat sini memang macam tu.”
“Kita pun tahu panas jugak… ”
……
Antara perkara yang paling sukar untuk kita buat dalam hidup kita adalah “Forgive and Forget”…. erm, saya boleh nak maafkan, tapi saya takkan lupa sampai bila-bila… sampai mati, sampai hari kiamat (huhuhu, horror!)… Selalunya, analogi untuk cuba mempraktikkan perkara ini adalah tragedi semasa darjah satu… kawan pinjam pemadam dan tak pulangkan, atau patahkan, atau conteng huduh kaw-kaw punya atas pemadam kita. Sedih, stress, marah sampai nak tulis alif lam lam ha kat dia, jumpa hari kiamat nanti… (tragik sungguh zaman kanak – kanak)…
Tapi bila kita seusia kita sekarang, bila ingat balik dan teliti balik, tak der la sampai nak jumpa kat akhirat sebab pemadam… dan kita sebenarnya dah forgive and forget pun apa yang dibuat kat pemadam kita… malah, mungkin kita tersengih sorang – sorang teringat betapa kelakarnya reaksi kita masa tu (eh, tapi sewaktu kejadian tu, memang kita rasa kita dah bertindak paling wajar kan?)…
Ingat senang ker nak maafkan? Semudah abc alif baa taa? Errm, betul abc ngan alif baa taa tu mudah? cuba tanya budak yang tak pernah dengar abc dan alif baa taa, tiba-tiba masuk kelas darjah satu, terkial – kial jugak dia nak belajar abc alif baa taa… cuba tanya mana – mana ibu yang ajar anak dia di rumah untuk kenal bunyi/huruf, sekali tunjuk anak dah ingat ker? InsyaAllah, jika selalu praktis, apa yang nak dipelajari akan jadi mudah… ulang dan ulang lagi… baru lah boleh sebut, “kacang jer ni…”
Sama kesnya dengan forgive and forget, kita akan rasa sukar, bila mana kita tak pernah buat… atau tak pernah berusaha untuk buat… seperti mana susahnya kita nak bersangka baik dengan pengguna jalan raya yang bawak kereta macam apa…
Erm… tak sangka pula, antara cabaran paling besar kita adalah untuk bersabar di jalan raya… (ini bukan suruh polis bersabar dengan kaki rempit pulak huhuhu)… bukan sekali kita rasa nak jeling drebar kereta sebelah, nak pasang speaker kat luar kereta agar dia dengar maki hamun yang dah berbakul ditadah oleh orang yang sama – sama naik kereta dengan kita… bla bla bla… hari tu kita kata, antara faktornya, mungkin sebab kita tak kenal dengan orang tu, sebab tu lah kita marah sangat… macam contoh, bila tiba – tiba, kereta keluar dari simpang, dan kita mujur tak langgar kereta dia… erm, kita mungkin tak marah sangat kalau kita memang kenal dengan tuan punya badan yang sedang bawa kereta tu… kita akan cuba pujuk hati kita dengan alasan -alasan yang menyejukkan hati… (ulang taip, sekadar contoh)…
ermmm, jadi adakah forgive and forget adalah lebih mudah jika orang itu adalah orang yang kita kenal, yang bersua muka setiap hari, malah mungkin yang duduk serumah dengan kita? huhuhuhu…
Kalau ya, mana mungkin adanya dialog – dialog seperti di atas… huhuhuhu…
Jadi dik, selepas tahu dan hendak cuba forgive and forget, datang satu lagi perkara yang tidak kurang pentingnya….
For things to change, I must change first…
Selalu alasan gagal untuk forgive and forget, adalah bermula dengan ayat,
“Dia tuu…”
“Derang tu…”
.
.
.
“Dia takkan berubah kalau saya buat baik macam mana pun…”
Betullah dik, part yang semua pasal dia tu, betullah tu dik… jadi, biarlah dulu dia tu… cuba tanya pulak, apa tarbiyyahnya untuk kita?
Jika dia sahabat kita, sejauh mana kita telah berlapang dada dengan dia… erm, cuba test ithar kita (adakah perkataan itu dah jadi terlalu sensitif untuk disebut?)
Jika dia buat salah, adakah kita tak pernah dan takkan buat salah…
Jika dia sakiti kita, adakah kita tak pernah sakiti dia…
Kadang kala, kita membenarkan diri kita untuk bersikap tidak elok, hanya kerana kita menerima sikap tidak elok itu daripadanya… ‘kenapa I suka marah – marah? ni sebab roommate i la ni, yang suka marah – marah sampai I dah terikut – ikut… kalaulah dia cool, I pun sure kool jer…’
Macam mana kalau kita cuba praktis, terbalikkan situasi di atas… kita mulakan dengan diri kita… jadi ayuh, cabaran untuk minggu ini… I must change first…
dan lagu tema untuk minggu ini adalah
.
.
.
.
.
.
“dont talk to me about Muhammad (pbuh)”
luv u,
ur sis
Jenguk Blog… :)
Menjenguk sekejap ke blog yang dah lama tiada updates… 🙂 Berapa bulan lepas terdengar komen seorang adik tentang tiada lagi penulisan diblog… Sorry la yer, sebab dah perasan sibuk semenjak dua menjak ni… Ni pun datang sekejap nak tengok – tengok kat gambar tepi tu, nanti dah nak kena tukar lagi… kena cari gambar yang ada 3 budak kecik pulak… huhuhu…
Doakan kami ya…
Avanza 1.3 with Primax95 Extra
saya mmg pengguna setia Primax & kadangkala menggunakan Cengkerang utk tujuan perbandingan & un-availability of Primax. selalu compare &
rekod jumlah mileage kerana at the end of the day, the accumulative amount that we spent for fueling sgt2 memberikan impak besar kepada perbelanjaan bulanan.
lebih2 lg jika kita sibuk dalam urusan dakwah, selalu travel ke sana ke sini setiap hari. ke kerja, ke tempat program, ziarah teman & mcm2 lagi. kadang2 sedar ataupun tidak, bill bulanan minyak blh mencecah paras bahaya ! tambahan lg dgn harga minyak yg semakin bertambah
saya mendapati Primax95 Extra sgt2 menjimatkan utk Avanza 1.3 & membantu saving keluarga.
pengiraan:
Avanza 1.3 dengan PRIMAX95
~ Purata kelajuan = 80km/sj
~ Total mileage full-tank = 450-470Km
Avanza 1.3 dengan PRIMAX95 Extra
~ Purata kelajuan = 80km/sj
~ Total mileage full-tank = 550-570KM ( it’s a saving of 100KM )
provided kadang2 sahaja bawa laju dan most of the time 80-90KM/sj sebab efficiency engine/fuel majority kereta dalam range 80KM/sj
RON97 mahal dan result dia lbh kurang PRIMAX95 sahaja. sama juga dengan cengekerang, hanya lebih sedikit
jadi uji2lah kereta anda. more saving, more money & more fuel for dakwah
Sync Outlook with Google Calendar
I found this tool very2 useful.

1. In the office i use Outlook as default email / calendar application
2. But my use Gmail + Google calendar
and Google come out with Google Sync [http://www.google.com/support/calendar/bin/answer.py?answer=98563] which can synchronise both Outlook & Gmail calendar.
Cool features to have !
Fikirkan Boleh
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh
menghilangkan sakit dada – minor urat
kadang2 dalam rehlah / riadhah, mungkin secara tidak sengaja dada kita ditumbuk, terhentak atau terjatuh. dan tiba kita rasa sakit dada especially bila batuk atau sewaktu menarik nafas panjang.
fast remedy : take deep breath, hold for 5 seconds, release. repeat byk kali dan pada masa yg sama cuba lapangkan dada utk self-fisio. insyallah akan ok lepas beberapa jam. thanks to doctor klinik medan for the advise
if major, see doctor straight away.
baru lepas bila rehlah mandi laut ahad lepas
movie night
sewaktu berKIBAR, rupanya kawan2 di opis ada menganjurkan movie night, mungkin sempena sambutan tahun baru atau untuk seronok2. memandangkan ramai yang masih bujang atau isteri/suami ada di semenanjung, program2 beginilah salah satu cara utk bersosial, lebih kenal mengenali dan yg plg penting widen your network.
istilah biasa di tempat kerja.
yg menarik ketika membelek2 gambar2 mereka di laman company, seorang singh datang dengan berbaju kebangsaannya, berserban dan kemas bergaya dengan seluar dan baju punjabi nya. memandangkan tema malam tu fesyen…
tp lain pula yg muslim, inilah realiti. lbh seronok berpakaian seksi atau ala barat ! mungkin singh lebih merasa izzah kepada pegangannya drpd kita
sync your files across multiple drive
selalu kita ada byk drives be it either thumbdrive, portable usb drive, offline drive & so on utk kita simpan barang2. kadang2 disebabkan selalu mobile, atau ada dua pc, satu dekat rumah dan satu dekat opis, byk file yg tak terorganise, duplicate dan sesetgh outdated dan time utk buang. tp semuanya melambak dlm komputer, menyebabkan komputer slow, byk virusses yg tak sedar dan free space hardisk dah nak habis.
so ada penyelesaian, sync semua file ada. bila cucuk saja thumb drive, dia terus sync dengan file yg ada dlm komputer, whenever ada newer file, dia terus replace with new files. dan kena ada satu master bakcup drive samada komputer dekat rumah atau skrg dah ada terra byte external hardisk.
software yg boleh pakai;
atau Super Flexible File Syncronizer
selemat mencuba

