Holaa everyone! Cuti sekolah lepas I bawa anak anak mandi sungai. Memang aim nak pergi dekat dekat tapi I taknak Kemensah hahahah. I takut jalan dia sempit. Dah beberapa tahun drive sendiri ni I tak pernah lagi bawa kereta ke sungai. Tahu je lah jalan pergi sungai agak menakutkan lagi lagi bila berselisih. Finally I pilih Chongkak Park & Resort Terletak di hujunggggg sekali. Ada tempat letak kereta di belah kanan. Nanti ada orang datang mintak duit parking RM 5. Cash sahaja ye Kalau nak nawa masuk kereta pun boleh RM 15. Lepas tu korang masuk melalui pagar kecik tu dan beli tiket. Kanak kanak bawah 12 tahun PERCUMA je Disebabkan I datang hari biasa, tak ramai orang. Ada banyak gazebo kosong. Jadi I pilih yang dekat dengan pintu. Malas nak menapak Hahahhah Masa kami sampai ada juga 2 family lain. Masing masing ada sorang anak kecil. Konsep anak anak I ialah sampai je makan dulu 🤣 adoii korang ni Sempat juga buat Indomie 5 pack + telur ...