Penangan baung sebelum ketibaan puasa dan Selamat Berpuasa kpd rakan2 pancing.. ;)

Image Image

Image Image

Image Image

Image Image

Assalamualaikum,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa di bulan Ramadan Al Mubarak kepada semua rakan pancing di seantaro dunia dan semoga puasa kali ini lebih bermakna untuk kita sekeluarga..

Sudah lama rasanya tidak memancing.. Bila masuk bilik yg menempatkan joran kelihatan begitu usang kerana sudah lama tak beraksi di lubuk2.. Hari sebelum puasa iaitu pada sabtu petang rakan saya iaitu kay mengajak memancing di tanjung harapan.. Bila memikirkan yg kami asyik lah membawa gelama dan duri maka terus saya memberi idea untuk memancing disungai.. Sebelum ini saya ada baca trip2 otai2 p.net yang memancing patin dengan menggunakan roti canai sahaja telah sedikit sebanyak meracun minda untuk mencuba..

Maka hari dan waktu yg dijanjikan, kami terus ke tempat yg berpotensi ( lokasi lubuk asal mmg tak tau) yg turut dibantu oleh rakan pancing iaitu bukhari untuk membuka jalan kami kesana.. Atas keyakinan umpan roti canai yang digunakan tidak memberikan kami peluang untuk membawa bekalan umpan yang lain.. Maka..5 jam roti canai kami tidak disentuh hingga la ke 10 malam..hehe. Nasib baik ada rakan pancing dr semenyih memberitahu umpan hati ayam atau perut ayam yg boleh menarik monster disitu..

Setelah tiada langsung usikan, gegaran atau tamparan si ikan di dalam sungai, maka saya dan kay terus keluar ke pekan untuk mencari umpan hati ayam. Bayangkan kami tersesat pada malam itu untuk mecari umpan sampai ke banting, tesco dan giant nilai dan pasar besar serdang baru ada umpan dicari.. waktu masa tu jam 3 pagi, kami penuhkan perut dan basahkan tekak di pasar lalu terus ke lubuk asal untuk membalas dendam..

Suasana pada pagi itu memang indah dan tenang dengan kabus sejuk pada jam 7 lebih, ikan mula menampakkan diri dan kelaparan dalam jam 7.30 pg.. Masa tu banyak ikan dah mula timbul dipermukaan.. Umpan hati ayam yg dibeli tidak sia2 bila menerima banyak sentapan kasar.. Rakan saya kay dapat menaikkan 1 kilo lebih dan selepas itu ikan baung bersaiz hampir 3 kilo muncul di atas berhampiran benting kami.. Saya terus mencampakkan umpan kesitu dan 15 minit kemudian joran saya terus menyembah bumi.. Saya capai joran dan membuat satu sentapan kasar tetapi sayangnya joran saya tidak mampu melawan kekuatan ikan itu.. Ikan itu berjaya masuk ke lubuk nya dan alamat sangkut la.. Pagi tu memang galak ikan makan tetapi kami yg baru pertama kali di situ tidak tahu kawasan mana yang sangkut.. Kali ini kami akan datang lagi dengan joran kasar dan di situ pun ada udang galah yang berjaya dinaikkan oleh rakan pancing dr semenyih... Sekian jumpa lagi dan selamat berpuasa ;)

Kemana Tenggiri dan Sotong di Kemaman Terengganu!!







Image Image
Image Image

Assalamualaikum,

Perancangan untuk menakluk ikan tenggiri, sotong dan ikan saiz anggaran 2 kilo keatas tidak kesampaian.. Lihat antara video dan gambar yang sempat dirakam.. Trip ke kemaman menjadi lagi hampa bila tidak membawa kamera, nasib baik ada yang bawa handy cam..huhu.
Bersambung..

Rod Dan Reel Nak Jual RM470.00

Image Image


Image Image


Image Image

Assalamualaikum,

Disini saya nak menolong rakan baik yang ingin menjual set surfcasting beliau..

Rod Dan Reel ini hendak di jual RM470.00... Rod surf abu garcia ultra cast II medium heavy actian 13 kaki... Reel jenama yoshikawa HN8000, capacity maximum tali saiz 30mm boleh muat 700 meter..

Harga rod abu yang kawan saya beli dulu rm270 harga masih ada lagi lekat kat sarung rod dan beliau nak tolak rm 220, sebab batang bawah ada calar dan tempat letak reel ada pecah sikit terjatuh masa nak cuci...Masih boleh guna lagi bawah pemegang reel dia semua cover besi...reel pula tak ada masalah dan masih dalam keadaan baik..ada calar sikit je..biasa lah dah guna...dulu beli rm280 dan sekarang nak tolak rm 250.

Serius buy sahaja.. cod kl... boleh calls rakan saya kay di 0176893392... harga tetap... Terima kasih..

D'Jarak bersama Pancing.net - Hari terakhir

Image Image
Cuaca yang cantik dan saya bersama gerut2..


Image Image
rakan2 sedang bersantai sambil menunggu tarikan dari bawah

Image Image
Ewak@organizer menyediakan jemput2 udang..mmg sedap

Image Image
ottai sedang siang ikan utk lauk malam dan aizat bersama gerut2


Image Image
Masakan ewak memang sedap.. kari india senangin dan gerut2

Image Image
Kari yang nyaris buat saya muntah kekenyangan..hehe

Image Image
aizat dan ikan yang meragut jorannya..

Image Image
saya bergambar dengan kurau untuk kenangan..

Image Image
Antara hasil 3 hari 2 malam sebanyak 6 tong..

Image Image
Duri je dah 3 tong..

Image Image
Bergambar kenangan sebelum mengeteh dan pulang..


Assalamualaikum,

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada rakan2 yang sudi membaca setiap pengalaman yang masih junior ditengah laut yang terbentang luas.. Lihat gambar2 yang sempat saya update dan storynya sedang diproses.. maklum la sibuk sikit ;)




D'Jarak bersama Pancing.net - Hari pertama

Image Image
Antara member pancing.net

Image Image
Bersiap sedia memunggah senjata diatas bot

Image Image
Keletihan menunggu bot sampai ;)

Image Image
Bersama otai ewak dan jimmy semasa bot baru berlepas..

Image Image
Cottai dan mamu serta gerut2 yang saya dapat dari kedalaman 100 meter

Image Image
Aizat dan cottai menunjukkan skill masing2..

Image Image
Antara juadah tengahari yang mantap..

Image Image
Senangin dan gerut2..

Image Image
Ikan gerut2 dan Mayong menyerang pada hari pertama..


Assalamualaikum,

Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur ke hadrat illahi kerana selamat pergi dan balik ke pangkuan isteri dan keluarga yang risau diatas keselamatan selama 3 hari 2 malam ditengah
laut... Perancangan untuk berjumpa di petronas Sg Besar pada jam 7 pagi memang berat untuk bangun sekitar 3.30 pagi untuk mandi dan bertolak dari segambut. Tetapi kalau dah namanya mancing, apa pun sanggup diredah. Dalam perjalanan ke sana, saya menaiki kereta aizat (groupPancing) dan mengambil masa hampir 2 jam untuk tiba di tempat perjumpaan antara member2 pancing.net sebelum bersarapan di restoran sekitar sg besar. Setelah sesi perkenalan dan sarapan pagi selesai.. Ewak selaku organizer keluar mencari ikan untuk dibuat umpan. Trip ini kami menggunakan sotong kurita, ikan selar dan sotong.

Setelah semua selesai, kami berkumpul di jeti dan bot masih tidak kelihatan.. Walaupun lambat tetapi geng p.net ni masih ceria menanti..hehe..syabas2. Bot yang ditunggu telah tiba dan kami tanpa berlengah terus memunggah barang dan senjata2 di atas bot.. Maka misi pun bermula.. Dalam perjalanan saya agak gerun bila melihat senjata moden yang dikeluarkan oleh geng2 p.net.. Mesin automatik pelbagai jenama menjadi harapan untuk perjuangan yang bakal tiba manakala saya dengan senjata manual untuk digunakan pada kedalaman 100 meter.. Memang bengkak la ketiak dan panjang tangan seperti yang digembar gemburkan bagi yang tidak memiliki mesin automatik a.k.a bangla.

Lubuk2 harapan kami ialah di laluan kapal, karang, lubang dan kapal karam. Bot telah memberi isyarat untuk memulakan cabaran dan tanpa berlengah lagi semua ahli2 mancing terus menunjukkan kemahiran masing2.. saya yang masih lagi junior sempat meminta tunjuk ajar tip dengan menggunakan tanduk dan tali perambut sepanjang 2 ke 4 depa yang perlu digunakan.. bergantung pada individu. Misi hari pertama kami diserang duri@mayong dari 300grm hingga cecah 1 kilo lebih.. Serangan ikan duri turut diwarnai dengan tangkapan ikan merah, gerut2, senangin dan lain2 lagi.. Kedalaman air memainkan peranan penting dan bagi set manual seperti saya memang cepat keletihan menarik ikan dan batu bersaiz 10-18.. Dilubuk hati terasa menyesal kerana tidak mempunyai set bangla bagi trip 3 hari 2 malam ini.. Waktu malam kami dihidangkan asam pedas mayong.. memang menyelerakan dan semangat memancing hingga ke pagi diteruskan untuk mencari lauk untuk dibawa pulang..