Tuesday, August 24, 2010

Stir Fried Beef

Image
Stir Fried Beef

Stir Fried Beef

Bahan-bahan:
200gram beef potong nipis2 (lebih kurang laa coz mkn 2 org jer)
1 biji bawang beso - dihiris
3 biji bawang putih - dihiris
2 biji cili hidup merah - dihiris
1 btg carrot -potong ikut kreativiti
1 tbsp sos tiram
garam, gula secukup rasa
sedikit air

Kaedahnya:
  1. tumiskan bawang beso, bawang putih n cili smpi wangi
  2. masukkan sos tiram gaul sebentar
  3. masukkan daging gaulkan 
  4. perasakan dengan garam n gula 
  5. Optional masukkan air klu daging nmpk keras, then tunggu smpi air kering
  6. masukkan carrot
  7. angkat n sila laa makan...

Monday, August 23, 2010

Sup Sawi Wif Egg

Image
sup sawi dengan telur
Sup Sawi Dengan Telur

Bahan-bahan:
3 rumpun sawi park choy - bleh potong ikut suka
1 biji bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 biji telur
1 tsp stok ayam serbuk
1 cawan air
garam secukup rasa
minyak unuk menumis

Cara-cara:
  1. tumis bawang merah n bawang putih smpi wangi
  2. masukkkan air + stok ayam + garam
  3. bila dah mendidih masukkan telur kacau
  4. masukkan sawi
  5. hidangkan

Ayam Masak Kicap

This is my favorite sejak zaman berzaman....

Image
Ayam Masak Kicap

Ayam Masak Kicap

Bahan-bahan:
1/4 ekor ayam dipotong (mkn ngan am n auni je kan)
1 biji kentang (sederhana beso)
1 biji cili hidup color merah - dihiris
1 biji bawang beso - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
sedikit halia (klu x letak pn x per) - dihiris
Kicap manis (secukup rasa n color)
Garam (secukup rasa)
1 keping asam kering
Pak aji (kalau suka)
Minyak untuk menumis
1 cawan air

Cara-cara:
  1. kopek kentang n potong ikut kreativiti, goreng smpi masak, ketepikan
  2. tumiskan bawang beso, bawang putih n halia smpi naik bau
  3. masukkan ayam, kicap, garam, asam keping n air (pak aji klu nak)
  4. tunggu smpi ayam masak
  5. masukkan kentang n cili, gaulkan sebentar
  6. hidangkan