Hari ke 2 di JB , misi mencari kacang pool yang femes di JB…
Sebelum ni asik dengar orang lain je makan kacang pool ni, tapi kali ni
haruslahh aku sendiri rasa kesedapan kacang pool tu …
Hasil menggunakan GPS , tak sampai 20 minit kita orang dah
jumpa Kedai Kacang Pool Haji yang terletak kat sebelah balai bomba.. Sebelum ni
aku bajet kedai dia macam gerai, sekali rupanya food court, so ada jugaklah
gerai2 makanan lain, tapi kedai ni paling ramai orang laa nak pulak masa kita
orang datang tu, hari sabtu ken..
Bila dah rasa kacang pool kat sini, memang sedap okeh !! 1st
time makan, so agak jakunlaa.. Licin mangkuk tu kita orang belasah..
Selain menu kacang pool, tauhu bakar pon femes kat sini..
Tapi masa 1st day datang aku dah kenyang belasah kacang pool, so hari terakhir
baru laa try tauhu bakar dia.. Serius tak rugi aku try, sebab tauhu bakar dia
memang tak sama macam kedai2 lain..
Aku siap intai lagi macam mana dia bakar kat dapur tu..
hahaha rupa2nya dia bakar tauhu tu mcm dia bakar roti okeh.. so rangup dia
memang sedap-sedap jerk, macam makan biskut jer aku rasa.. Tak cukup plak satu pinggan tu..
Tengahari tu pulak kita orang makan Laksa Johor dengan laksam kat kedai Bumbu Asli .... Tapi aku tak nak rekemen lebih-lebih laa kedai ni, sebab laksa johor dia tak meyengat sangat.. hehe Tak boleh lawan laksa johor kat Restoran Azira , Seksyen 10 lah.. Laksam dia pon kurengggg, aku makan pon tak habis.. Aku pon pelik dah dua kedai try laksa johor kat JB ni , semuanya kureng sedap.. Bukan patutnyaa kat JB , laksa johor mestilaa kene lagi sedap keeennn... :D
Okey tunggu next entry wedding @ Dewan Jubli Intan !! Tak sabar nak show off baju aku yang baru meletepos itu.. hahaha #over Sajer kasi propa sikiiiittt !!
Dimana-mana semua orang asik bercerita pasal drama bersiri
yang tengah ‘berhantu’ kat Astro Mustika HD, ‘Adam & Hawa’.. Disebabkan aku tak amik
pakej HD tu so aku tak dapat laa nak tengok Aaron Aziz berlakon dalam drama tu..
=( Mula-mula tu frust laa jugak sebab
tak dapat nak follow drama tu, tapi lama2 macam leh terima kenyataan.. hehehe
macam apa jerkaan??? :p
Tapi disebabkan aku sekarang dah jadi housewife tak bergaji,
terpaksalah aku mencari drama2 bersiri yang aku nak hadap bila boring duduk kat
rumah kaan.. Kalau dulu , aku suka layan citer Korea kat cd.. Sampai lebam-lebam mata dok melayan citer
Korea dari pagi sampailaa pagi balik esoknyaa .. Kadang-kadang tu sanggup nih tukar2 dengan cd
dengan member , yerlaa kalau tak satu keje lak aku nak beli cd.. Cd Korea dah
laa mahal kann !!
But now , since dah register kat tonton.com, aku layan drama2 bersiri kat
tonton jerlaah .. So mana-mana episode drama kat tv3 yang aku missed aku just
tengok kat tonton jer ! Bagus jugak, atleast ada benda aku nak hadap !
Dan ada yang lagi best !! Last week member aku si Ila yang
putih gebu tu , ada laah bagi link untuk tengok drama Adam & Hawa secara
on9… huhuhu masa dia bagi link tu, aku tak
save ponn sebab aku pikir ntah bila masa laa aku nak layan citer yang bersiri
macam tu, & yang penting kononnya aku tak nak terjebak laa dengan drama tu
(yang mana aku tahu Ila dah leleh airmata dok feeling layan drama tu hari-hari )
.. Confirm once dah tersangkut nanti sure aku mengadap sampai tak hengatt
dunia..
Tapi petang semalam ,
punyalaa bosan tak tahu nak buat apa dah… Aku pun mintak laa balik link nak
tengok drama A&H secara on9 tu.. heheh ngadakan time orang bagi tak nak
save, bajet tak layan jiwang lahh ! Tapi bila dah dapat link tu …. Hamek ko, tak sampai 10 minit aku dah tersengih
sorang-sorang melayang jiwang… Lentokk laa plak cite nihh ! Patut laa semua
orang pon sangkut, kakak aku, anak buah aku yang umur 10 tahun ponn tengok
citer ni tersengih-sengih.. huh ! Dasyat koo penangan Aaron …
Buat masa ni aku baru khatam 3 episod , itupon cuba control
kalau ikutkan nak layan sampai malam.. Tapi masa aku layan pon dah petang
sangat , takut nanti kene rasuk setan plaak maghrib-maghrib pon layan cite
jiwang.. hehehe tunggu aku ada masa nanti akan ku sambung episode seterusnyaaa…
Malam-malam kalau Shah ada tak best nak layan sebab dia suka kacau2 aku, nanti
ada je dia nak tanye tulaa, suruh buat tu la ni laa.. Potong betull ! So memang
waktu siang je yang aman untuk aku layan jiwang nihh.. =D
ok now nak sambung layaan ~ bye !
Untuk korang yang nak layan drama ni sesame dengan aku
boleh tengok kat link ni !
Hari ni aku nak buat review pasal filem 'Zaiton Ceritaku' yang aku tengok semalam dan akan di tayangkan pada 1 Nov nanti.. Sebelum tu thank you pada kawan aku yang jemput
aku tengok filem ni.. Kalau tidak , tak dapat laa aku bergambar dengan Fazura
semalam.. #eeh ??? =D Kebetulan pulak
aku memang tengah lunch kat Ikea semalam so bila alang-alang dah dekat, join
jerlaa kan.. Screening pukul 3pm , so
sempat laa aku window shopping kat Ikea dulu sementara menunggu kawan aku tu
sampai..
Bila dah pukul 3pm , aku naik je kat wayang tu nampak ramai
media tengah sibuk amik gambar pelakon-pelakon yang baru sampai.. Dan tetibaa
aku ternampak kelibat pelakon cantek Miss Fazura tengah borak2 dengan sapa
ntah.. dalam hati memang nak amik gambar skali , tapi macam segan laa pulerr…
huhuh nasib member aku tu panggilkan fazura , so borak2 skit tanya khabar terus
cakap kat gf TMJ ni nak amik gambarr !! hahahah suker aku, dapat tumpang
sekaki, walaupon tak ready masa tu.. ;p
* with Fazura *
OK dah , back to filem review !
Filem Zaiton Ceritaku ni aku tahu memang dah lama shooting ,
dan ada banyak isu jugaklaa sebab setahu aku pengarah asal untuk filem ni ialah
Fauziah Nawawi, tapi akhirnya bertukar
kepada Esma Daniel.. Dan mesti ramai yang nak tahu siapa yang memegang watak
kak Diva Zaiton Sameon kan?? Kalau aku
tulis kat sini kompom ramai tak kenal, sebab aku pon tak kenal !! huhuhu nama
dia ialah Nadia Aqilah , minah ni pelakon teater dan pernah berlakon drama tari
Tirana aku tak pasti untuk watak apa.. So far lakonan dia semalam okey laa
untuk new comer kan , dan ada scene yang aku rasa dia berjaya menghayati watak Zaiton..
Bagi aku jalan cerita filem ni best, yerla sebab dia
menceritakan kisah sebenar penyanyi Zaiton Sameon. Ramai tahu dia pernah koma selepas
accident pada 21/2/1990, dan lebih sedih bila anaknya pulak meninggal dalam accident tu. Selepas tu , hidup dia ibarat
terbuang sebab adik beradik dia tak nak jaga dia.. Cuma aku rasa cara peyampaian cerita dalam
filem ni masih ada banyak kelonggaran, sebab ada scene yang tak betul-betul
menyentuh jiwa walaupon sepatutnya scene tu adalah scene sedih.. Mungkin kalau
kene pada pelakon-pelakon yang lebih berpengalaman , boleh meleh airmata tengok
citer ni..
Adalah jugak part yang buat aku rasa sedih cuma belum tahap nak nangis, 1st part mak dia meninggal, 2nd , part dia menyanyi semata -mata nak dapat makan durian… Masa tu aku rasa sedih + kesian dengan nasib hidup Zaiton Sameon ni..
Zaiton & Pelakon Utama
Walau apapon filem ni memang banyak message untuk kita..
Menurut penerbit , semua jalan cerita dalam filem tu adalah betul yang telah di
ceritkan oleh Zaiton, kenalan, keluarga angkat dan adik dia sendiri. Tapi banyak part terpaksa di potong demi
menjaga aib beberapa pihak.. Hurmm kalau aku jadi kakak Zaiton ni kompom aku
benggang , sebab dalam filem ni menunjukkan kakak dia jahat..
Dan semalam waktu sidang media, apa yang buat aku masih
tergelak sampai hari ini ialah jawapan-jawapan yang keluar dari mulut Zaiton
Sameon.. Ada seorang reporter ni tanya perkembangan terkini Zaiton Sameon,
korang tahu dia boleh jawap apa…??
“ Saya masih dapat banyak job menyanyi… Jangan risau…. Mak
masih laris Nyahhh !! “ bila dia mention
ayat last tu, satu hall tu gelak !! The best part dia confiedenttt tuu… memang
sempoi laa kak Eton ni… =D
*Arash Mohd *
* Bergambar bersama Kak Ton & anak angkat dia *
Dan 2,3x dia tersasul nak jawab dalam bahasa Inggeris bila
di soal oleh reporter, pastu dia sendiri cakap “ Eehh nak cakap omputih laa pulak..
" Siap bagitahu satu Asian kenal I tau… masa tu dalam hati aku cakap, mungkin kak Ton ni masih hidup didunianya
sendiri.. Tapi kalau korang nak tahu Zaiton Sameon ni antara artis yang boleh
berbahasa Inggeris zaman 80an dulu..
*barisan pelakon *
Apa-apapon tahniah pada penerbit sebab berusaha untuk terbitkan filem dengan niat untuk membantu Zaiton Sameon.. Bukan senang nak buat filem autobiografi Zaiton ni sebab ada banyak kisah terutama yang melibatkan keluarga, tidak dapat di filemkan.. (Mungkin realitinya lebih teruk lagi layanan keluarga Zaiton Sameon ni kann ? Sebab dalam filem ni tak berapa teruk sangat… )
Pesanan penaja : Tidak selalunya orang yang berada di atas akan terus kekal berada di atas, Allah boleh menarik nikmat yang kita ada bila-bila masa sahaja..
Baca tajuk pon dah tau citer ni dah basi.. tapi tetap nak
citer jugaak !! ( Masa banyak sangat laa katakann.. =D ) Actually show Lawak Ke Der 2 ( LKD2) ni aku
bodek Shah untuk belanja aku gi tengok..
Jenuh gak laa nak pujuk dia, sebab dia bukan suka sangat tengok teater.. Pernah
dulu aku dapat banyak kali tiket free , pastu ajaklaa dia, haramm dia nak ikut.. sudahnya burn sajork
tiket tu ..
Nak bodek ni pon aku gunakan alasan sempena birthday aku
3/10 yang lepas, so nak tak nak dia kene jugak laa layan kerenah aku.. hehehe Sebenarnya,
apa yang buat aku nak tengok sangat LKD2
ni kat Istana Budaya sebab dah tengok LKD 1 kat astro aritu, memang best giler
kan, so saje laa nak feel tengok live pulaak..
Seminggu awal , Shah dah beli tiket on9 , show pukul 3pm 30/9
… Siap booked seat depan2 lagi , takut
nanti tak puas pulak duduk kat atas2..walaupon tiket bawah tu mahal sikit ,
tapi tak kisah laa janji kepuasan menonton tu berbaloi ! ecehh orang lain bayar
bolehlaa cuba kalau aku keluar duit sendiri, memang tidaklaa nak beli tiket
mahal2.. =D
Tepat jer jam 3pm , pembukaan show di mulakan dengan Nabil
dengan tarian gangnam style.. Masa tu jer aku dah terhibur, tak sabar nak
tunggu Jozan keluar.. Persembahan Nabil kali ni aku rasa lagi best dari LKD 1,
sebab dia ada banyak idea spontan… Lepas tu persembahan selang seli oleh Boboi,
Jozan , dan yang paling superb show dari Harith Iskander..
*tarian gangnam style - Nabil *
Bila part Jozan &
Harith memang aku rasa satu panggung tu tak berhenti gelak.. Gelak yang tahap nak
cramp mulut okeyy bukan gelak malu2 punyer.. Aku pon masa tu, takde dah nak
control-control gelak, nasib laa panggung gelap kalau tak masing2 muka hodoh gelak
tak hengat… Siap ada yang hentak-hentak kaki , tepuk-tepuk peha lagi .. #over ko nyah !
Seriuss aku tak sabar nak tunggu keluar kat astro pulaak !
Tak puas okehh layan lawak2 dorang tu, espc part Johan betulkan tudung ala2 mak
jemah giteww ! Sumpaah muka dia macam nak mintak penampar.. Harith Iskander
pulak memang aku salute stand up comedy dia semuanya menjadi .. Dan yang
bestnya masa show hari ahad tu, Nabil cakap, show tu akan di rakam untuk siaran
astro nanti.. So tak tahu laa kot2 muka aku ada terselit nanti kat tv.. hehhe
harap-harap takdelaa, sebab aku pon time tu tak reti2 nak cover bila gelak… =D
Nah sape yang tak pergi tengok LKD2 aritu layan laa kat youtube ni kejap, sementara nak tunggu keluar kat astro kaan .. amik feel sikit dengan citer aku ni.. #eeh
* Cinta 3 Segi Asnida , Nazim & Nazman - LKD 2 JOZAN *
Yeaaay !! Hari ni aku mahu istiharkan aku kembali bergelar suri
rumah sepenuh masa & full time business woman !! #ecehh.. dah genap seminggu pegang jawatan niii ! Masalah
kat office yang membuak2 buat aku decide untuk resign , tak nak sakitkan otak
dengan masalah yang boleh menambah dosa2 kering… *yerlaa dari keje dengan tak
ikhlas baik aku berhenti, keje tu kan satu ibadah kalau tak ikhlas dan
merungut2 24jam tak baik jugak kaann…
Baru seminggu bergelar suri rumah aku dah cuba buat2
sibuk diri sampai takde kesempatan nak hapdet blog, yang sikiitt lagi nak bersawang.. ( macam ada
orang kisaah kan? ) Tapi lepas ni insyallah aku akan cuba semakkan blog aku
dengan hapdet yang ntah apa-apa, al- maklumlaah masa terluang banyaak sangat kan…
Mohon korang x menyampah sudahh !
Actually memang sayang nak berenti, sebab keje kat situ
memang relax takde pressure sangat dengan boss yang sporting, takde punch card,
officemate pon tak ramai , sangat tak memeningkan kepala.. Tapi biasalah mula2
semuanya indah belaka, dah lama-lama masing menunjukkan belang.. Urghh malas
aku nak cite , buat tambah dosa kering jerkaann .. Biarkan laah si luncai
dengan labu-labunya…
So right now I’m back & FREE !! selepas ni, rutin aku
hanya tertumpu pada kerja-kerja rumah dan business on9… Sesapa yang nak beli
kasut jangan luper jengah blog aku ehh.. #eeh :D Sebenarnya memang seronok
giler keje sendiri, sebab aku tak terikat dengan sesiapa.. Iskk aku rasa semua orang pon nak keje sendiri
kot, ada ke orang tak suke ??? Takde
boss , punch card, editor, ‘assistan editor’ ( nampaak tak aku bold di situu ! ada maknaa okeh =D )… huh
!!
Nak plak keje macam aku, nak pikir artikel untuk setiap
issue, nak kejar deadline, nak interview orang , nak shooting artis sana sini
situ.. Walaupon hakikatnyaaaa aku suker keje yang mcm tu, tapi kalau orang
sekeliling buat aku rasa tak seronok, keje tu tetap takkan jadi seronok.. Jadi sebelum
perasaan meluat bertukar menjadi benci baik aku angkat kaki blah !! Alhamdulillah
, nasib baik aku ada business sendiri, walaupun kecik2 jer kaan boleh nak buat
back up apa –apa yang patut.. Kalau tak mungkin aku kene jugaklaa cari keje
lain..
Tapi siapa kata jadi surirumah merangkap business woman
itu senang ??? Hurmm siapa yang pernah mengalas ‘jawatan’ ni mesti dah tahu
kaan susahnya macam mana.. Aku dah merasa lepas kawen aritu so dengan
pengalaman yang ada, insyallah aku lulus untuk jawatan ni !!
Tunggu jerlaa hapdet2 aku akan datang, apa job scope aku
untuk jawatan baru nihhh !! Wish me luck yerrrr !!
Al Fatihah…. Aku tak tahu, aku lambat nak hapdet @ masih ada
yang tak tahu berita kematian seorang pelakon muda yang meninggal dunia pada 30 september di Federal
Hihgway.. Tetapi melihatkkan traffic blog aku semalam memang ramai yang singgah
di entry aku Belajo Cakak Ganu , mungkin kerana pencarian nama pelakon baru
yang tidak sempat mencipta nama niii…
Namanya memang korang tak kenal, apatah lagi kalau yang tak
pernah tengok drama lakonannya… , Sebab baru satu drama arwah berlakon iaitu
pada bulan puasa yang lepas berjudul “ MASIHKAH ADA RAMADHAN ”… Kalau ada yang tak pernah tengok drama ni boleh baca entry
aku yang lepas , arwah merupakan pelakon utama yang memegang watak Zali di samping pelakon2 terkenal lain seperti Eman
Manan, Zamarul Hisham.
Nama sebenar arwah
ialah Muhammad Amirul Mazlan, berumur 19
tahun, penuntut Jurusan Diploma Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
(Aswara) berasal dari Kampung Baru Kerteh, Kemaman Terengganu. Arwah maut dalam
kemalangan di Federal Highway dekat Universiti Malaya. Motosikal ditunggang arwah dipercayai hilang
kawalan lalu merempuh pembahagi jalan sebelum terseret sejauh kira-kira 10
meter.
Apa yang terlintas di kepala otak aku bila dapat tahu berita
mengenai arwah, automatic kepala aku terus flashback watak arwah dalam drama
tu.. Dalam drama tu dia meninggal kerana menghidap barah otak, dan paling sedih
bila dia meninggal ketika nak menjelang raya dan mak bapak dia tak tahu dia ada
penyakit tu.. Seriuss aku menangis masa tengok drama tu… Walaupon dia pelakon
baru, tetapi watak yang di bawa kan oleh arwah Berjaya membuat hati penonton
terusik.. Dan kali ini , dia benar-benar ‘pergi’ bukan sekadar di dalam lakonan
sahaja…
Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang yang beriman….
Al fatihah dan takziah buat ahli keluarga arwah ~
Kalau nak baca lagi hapdet lain pasal arwah boleh tengok kat SINI !!
Siapa minat Shila Amzah??? Ketuk meja satu kali !! hehe jujur aku buat pengakuan kat sini, aku memang minat kat Shila ni masa dia kat OIAM lagi.. bagi aku walaupon dia muda tapi confident level dia memang dasyat.. Suara dia pun unik takde lagi sama macam artis yang dah ada.. Aku pon pernah jumpa dia in person masa shoot cover untuk majalah YESZ dulu, memang dia jenis happening & happy go lucky ! Mungkin sebab masa tu pon dia remaja giteww.. Tak tahu laa kalau sekarang dah feeling woman kaan.. #eeh puji lebih2 ni aku dapat apa.. :D
Sajer jer nak kasi up penyanyi Malaysia ! Asik sibuk dengan Oppa Gangnam Style jerk kaan.. Macam laa korang kenal sangat dengan PSY tuu.. Kalau dulu Siti Nurhaliza jer yang masuk pertandingan menyanyi kat luar Negara kann, lepas dia, dia , lepas dia , dia lagi.. hehehe Tapi sekarang Siti pon dah malas, kasi can kat artis muda-muda laa kan..
Okey aku bagitau , pada korang yang tak tahu... Nanti blur2 pulak tengok video Shila nyanyi kat bawah ni.. (untuk sapa yang x follow p'kembangan dunia hiburan ) Kalau korang nak tahu Shila Amzah di hantar menjadi wakil M'sia untuk menyertai pertanding nyanyian Asian Wave di Shanghai China, bermula dari 17- 26 september. Dan yang bestnyaaaaa Shila antara finalist yang akan bertarung pada 20 September.. Kelasss takk??
Malas laa nak sembang banyak, korang layan video Shila nyanyi masa kat Asian Wave kat bawah.. Juri2 pon masa tu meremang bulu roma masa dia nyanyi.. Dan lagi sekali aku buat pengakuan jujur , 1st time aku dengar pon meremang bulu roma wehhh.. Tak tahu laa sebab sedap sangat ke @ sebab rasa bangga dia leh nyanyi lagu cina @ meremang sebab aku rasa sejukkk sangat kat office ni.. * confius jaap * =D Apapon #Layaaan laa weii
SURPRISESSSS!!! Happy birthday to my mancher @Ayu yang ke 30th !
Walaupun simple , I believe she’s feel honored getting surprise from me, khaty
and her hubby.. Ayu ni kalau korang nak tahu, asalnya customer yang beli kasut
kat aku jer.. Tak silap aku tahun 2009 kooot … Lama-lama jadi kawan baik
pulaak, pastu aku introduce kat mancher-mancher aku yang lain, terus ngam !
Sebenarnya plan nak surprise kan si Ayu ni ialah hubby dia,
aku & Khaty ikut jer pastu aku ajak Shah & Eizam kawan Ayu ( sekarang
dah jadi kawan laki aku jugak !) Ikutkan aku nak jer suruh laki dia buat on
weekend ke, sbb masa buat surprise ni weekdays lepas keje.. Aku dengan sakit
mata nak naik ketumbit nya hegeh2 datang dari PJ.. Nasib laa tak jam sgt.. Tapi
tulaa weekend pon schedule dah full, maklumlaah orang sibuk jemput open house.. So nak aku pon ON jerlaa bila hubby si Ayu roger nak buat kejutan untuk isterinyaa itu walaupon last minit & ala kadar jer.. #eceehh
Tak kisahlah janji surprise kami menjadi, walaupun berejam jugaklah aku & Kathy menunggu.. Mana taknya, aku sampai Bangsar pukul 6.30pm,
janji dengan laki Ayu pukul 8.30pm… Bapak awal lagi !! So we all pon jalan-jalan
laa jap kat butik2 yang mahal nak mammm*** kat Bangsar tu.. Tapi nak jalan lama
sangat mak buyong tu pon tak larat dahh ! Nanti terberanak kat Bangsar tu satu
keje pulak aku nak megadaap.. So we all decide pergi makan dulu, sementara nak
tunggu hubby aku & Eizam.
Lebih kurang jam 9 lebih2 skit, itupun lepas berkali2 roger laki Ayu akhirnya
baru laa dia bagi que untuk datang surprise kan si Ayu.. Rupanya dorang pergi
mengopi dekat Espressamente Illy Café , Bangsar Village. Plannyer we all just
datang dari belakang Ayu, bawak kek
sambil nyanyi lagu Happy Birthday.. Nampak macam mudah, tapi parah jugak
sebenarnya nak surprise kan si Ayu ni, sebab lepas dinner dgn laki dia tu,
boleh pulak makcik ni nak pergi menyoppingg !! Berpeluh jugak laa nak tunggu
dia… Satu hal yang lain, kita orang yang nak bawak kek ni, kenelaah pasang
lilin.. Nanti macam tak feeling birthday girl pulaak takde lilin nak tiup katenyaa..
hehehe so we all menyorok la kat luar kedai, ( takut kantoii kan ) part nak nyalakan
lilin tu yang payahnya sebab aircond kat BV tu bukan main lagi kooo , laju
betul2 bawah kepala we all… Satu keje
aku nak hadang lilin tu dari padam.. #pheeiiiw
Tapi akhirnya menjadi jugak laa kejutan ala2 manjer kat birthday girl malam tu.. Yang sedihnyaa masa tu dah pukul 9.lebih cafe tu pon nak tutup! so we all pon ngap ngap cepat2 kek yang sangat deliciousss tu… Then ke acara wajib, bergambar gedik2 kat luar café sebab dalam café yang canteek tu dah padam lampu.. #kesiaan ! namun begituuuu dekat 20mnit okey we all bergambar kat luar bridge BV tu, mcm lupa diri kejaap.. hehehe Cuma yang kurang dalam moment ni sebab takde Ceera sebab dia dalam pantang, kalau tak sure lagi sakan we all berposingg.. Tunggu next entry aku nak story masa visit Ceera kat rumah dia aritu.. =))
*detik2 di surprised kaaan *
Girls treat best friend like their partner... their care like her father's, love like her boyfriend , scold like her mom's.. sharing like her sister's.. Their through all the happiness, tears and problem together..
Kalau sebelum ini, sehari sebelum raya arwah mak lah yang
paling sibuk mengarah kami anak beranak untuk siapkan persiapan raya.. Arwah
mak memang pakar bab membakar lemang, setiap tahun aku selalu tengok arwah mak
akan sibuk kat luar menyiapkan lemang sambil2 tu dia akan jerit kat aku dengan
abah kat dapur yang gigih siapkan rendang.. Biasa tugas aku hanya menyediakan
bahan2 untuk rendang… Kire bab2 potong memotong dan kisar bahan2 tu memang
tugas aku lah, dari kecik sampailaa dah kawen ni ponn..
Tugas abang2 aku pulak ialah
bantu arwah mak membakar lemang.. hehe terbalik kan patutnya abah aku laa yang
bakar lemang, tapi kalau korang nak tahu arwah mak memang takkan bagi abah aku
bakar lemang.. Sebab arwah mak aku memang lagi teliti dalam bab2 membakar
lemang ni.. Pergi laa ceruk mana pon lemang arwah mak memang takkan sama dengan
orang lain.. Masa arwah mak aku tengah sihat dulu, siap amik tempahan lagi
berbatang2 orang order.. Dan 2 tahun raya yang lepas berturut-turut arwah mak
sempatlah turunkan ilmu membakar lemang pada abang aku yang no 2 tu.. So tahun
ni, abang aku tulaa yang mengambil alih tugas membakar lemang…
Dan bab yang best pulak tahun ni suami aku beraya dengan
family aku.. So apalagi adik beradik aku ni pon amik kesempatan laa me’ragging
dia.. Seriuss aku kesian tengok Shah ! Dah laa kene tolong aku potong2 bawang, lepas
tu kene tolong bakar lemang lagi.. Nyaris jugak laa dia nak bukak puasa sebab
panas sgt cuaca aritu… Korang ingat apa, mencabar ok bakar lemang tengah2 panas
lak tu di bulan puasa.. Aku yang duduk
kat dapur jer pon abis ketiak berpeluh..! =D Nak pulak bagi Shah yang tak biasa
buat keje2 dapur ni kan, lagi laa dia letih ! Bila aku tengok muka dia dah
merah2 tahan panas, cepat2 aku suruh dia masuk dalam rumah.. Hehehe bukan apa ahli baru, Shah tak reti lagi nak curi tulang, macam abang2 aku yang lain tu dah teror bab2 curi tulang.. =P agak2 penat dorang hilang kejap, pastu datang balik...
*step 1 : hidupkan api *
* Balikkan lemang yang sedang dibakar *
* amacam nampak pro takk?? *
* lemang yang sedang di bakar *
Okey tu jer pic yang aku sempat snap masa Shah bakar lemang.. Sebab aku pon sibuk kat dapur time tu, ni pun mujur teringat sebab nak antar kat mak mertua aku.. Mesti dia terkejut tengok anak lelaki dia kene bakar lemang.. Mak mertua aku kata seumur hidup Shah tak pernah dia hidupkan api kat dapur kayu, apatah lagi nak bakar lemang… hahaha kesiann, masuk family kampung mcm aku memang merasalaa smua keje2 berat ni.. Tapi sebenarnya itu laa yang buat meriah dan seronoknya nak sambut raya ni.. kalau sebelum raya duk lepak tengok tv jer apa yang best... Betul tak?? hehe tunggu tahun depan aku beraya kat Trengganu, agak2 kene ragging takk?? =D
Tak seronoknyaa nak buat entry ni… Yerlaa saaat aku tgh
menaip ni pon di iringi lagu raya yang office mate aku pasang.. Bukan main lagi
depa seronok arini last keje..!! Whuaaaa serius aku jeles + sedih , sebab aku
sorang jer tak dapat cuti awal !!! Sebaaabbbnyaa aku takde cuti dah, al maklumlaa
baru keje kann celah mana nak korek cuti.. So aku sorang je akan keje sampai hari jumaat, agak2 korang sengal tak aku nanti??? Memang sengal laa kan !! Hurmm nak buek camno , redha jerlaa yana, walaupon semlm
aku dah emosi tak tentu pasal !!
Yerr ! memang aku raya kat Sungai Buloh jer pon tapi, tapi
kalau dapat cuti awal banyak benda kot aku boleh settlekan.. Dah plan baekk
punyer, kalau khamis ni cuti nak
delivery semua kuih2 raya yang orang order, itu jer pon dah amik masa ½ hari.. Lepas tu aku plan nak amik baju raya kat Kajang ! Berdebor nii u
alls nak fitting baju, yerlaa takut nanti ada yang nak kene alter dah satu hal
nak kene tunggu.. Hari jumaat pulak aku nak kene pergi Perodua , service
kereta, tukar tayar then lari kat kedai lain nak tinted cermin depan pulaak..
Adeeh !! Sebab tahun ni balik jauh kaan
so kereta kene laa tip top !!
Tapi di sebabkan tak dapat cuti awal, agak2 bila masa aku
nak buat semua tuuu??? Sabtu??? Memang tidaklaaah sebab aku comfirm dah
hegeh-hegeh kat Sg Buloh tolong abah masak & kemas rumah pulaak !! Itu
rumah abah , rumah aku bila pulakk nak kemasss ?? Eeee serabut kepala pikirkan
!! Shah pulak tak tahu dapat cuti ke tidak ari jumaat, khamis maybe dia pon
keje lagi.. Tapi nampak gaya nak tak nak, Shah memang kene cuti ari jumaat
untuk settlekan hal2 kereta…
Dan satu lagi…. Baju raya Shah !!! Entah bila masa nak cari
baju raya dia pulaak.. Selalu shopping baju raya last minit jugaak tapi tak
selewat ini.. semuanya gara-gara aku sibuk meniaga !! harap-harap banyak lagi baju
melayu kat BAK tu.. memang situ jerlaa Shah suka beli pon sebab jahitan dia
kemas dan kain dia sangaat kualiti ! tema kaler tahun ni pon tak decide lagi,
sebab nak tunggu baju aku siap.. Tempah 2 pasang nak tengok yang mana sesuai
baru boleh cari baju Shah… #haihhh tak cukup nafas kalau fikir !
Okey entry panjang2 pon tak guna hakikatnyaa cuti tetap
takde.. Aku tengah re-schedule plan aku
untuk esok, bila masa nak curi masa antar kuih, amik baju, shopping baju shah
pastu kemas rumah… ! Tapi yang pasti kemas rumah tentu laah tengah malam esk @
jumaat…!! #fuh selamat bekeerja keras yana !! Pada sesapa yang dah start cuti
esok, bertuah laa ! Selama bercuti & drive safe untuk yang balik kampung tu… Aku rasa memang ramai balik esok, so comfirm
jalan jam.. Gigih laa yer !! Sebelum terlupaa aku nak amik kesempatan jugak ucap SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN ~ ;))
Pejam celik pejam celik, tinggal 6 hari jer lagi nak raya..
Aku baju raya pon tak amik lagi, dah betahun-tahun beli baju siap, tahun ni aku
mengada nak tempah.. Alang-alang pergi Bandung aritu aku beli kain so boleh laa
tempah baju meriah-meriah sikit..
Lagipon tahun ni raya aku banyak rumah nak pergi beraya, al maklumlaah
pertama kali beraya di rumah mertua nanti..
Tetapi bukan pasal baju aku nak story u alls.. Tu tunggu
entry lain ! Dilema orang pertama kali beraya suami isteri ni biasalah nak
beraya di rumah siapa dulu laa kan.. Sebelum ni aku dengar cerita kawan2 jer
yang berebut dengan suami nak balik kampung beraya. Kali ni
giliran aku melalui persimpangan dilemma.. Eceehhh ! =D
Serius !! Sebelum
kawin dulu aku dah pikir sebenarnya pasal ni, tapi masa belum kawen rasa
terujaa kott dapat orang jauh atleast merasa jugak aku suasana balik kampung, (
which is budaya tu dah lama aku tinggalkan) Tapi bila dah kawen ni, tetibe rasa
sayup memikirkan pagi raya nanti takde di rumah sendiri… Nak pulak aku laa yang selalu uruskan rumah time raya dari bab
mengemas, pasang langsir, bab potong memotong kat dapur, isi kuih dalam bekas,
hidangkan lauk kat atas meja sampai laa bab basuh pinggan.. So tahun ni, kalau
aku beraya di Trengganu siapalaa nak buat semua tu… Kesian pulak kat abah nak buat sorang2..
Tambahan pulak tahun ni pertama kali beraya tanpa mak, ntah macam mana laa
situasi pagi raya nanti..
Aku tahu bila dah kawen ni, isteri kenalaa ikut cakap suami,
so aku taknak laa merengek-rengek kat Shah untuk raya kat Sg Buloh.. Yerlaa dia
pon mesti nak raya kat kampung dia jugak kan.. Dah laa bulan puasa ni asik
balik Sg Buloh jer, nanti dia kata aku selfish pulak.. So aku pon diam jer laa
pasal isu balik beraya ni.. Tapi dalam hati berdeboor jugak menunggu Shah bukak
topik ni . Bukan apa buatnya dia dah buat keputusan balik Terengganu, comfirm
malam raya mata aku dah bengkak nangis teringat Sg Buloh..
Masuk minggu kedua puasa , tetibeeeee Shah akhirnya bukak
topik tu !! hehehe kebetulan pulak time tu aku tengah tengok drama raya, macam
tahu-tahu jerkaan..
“ Bie.. tahun ni kita nak beraya kat mana dulu…? ”
“ Hurmmm… ntah laa.. ikut sayang jerlaa… ” dalam hati
meyumpaah, berani mati aku jawab macam
tu !! buatnya dia decide blk Terengganu, habis ko yana !!!
“ I tak kisah.. I kesian kat bie lah nanti pagi raya mesti
bie nak pergi kubur arwah mak kan.. ? Lagipon kesian abah nanti takde orang nak
tolong kemas rumah.. “ Fuhhh legaaa giler aku dengar Shah cakap mcm tu.. Time
tu aku rasa nak senyum sampai telinga tapi aku control giler, tak nak laa nampak
sangaat kan..
“ Tulaa I kalau boleh nak pergi kubur dgn abah semua.. Tapi
nanti ibu tak kisah ker?? ” Tetiba aku terfikir kesian pulak mak mertua aku,
yerlaa dah laa anak dua orang jer kalau Shah tak balik tinggal laa adik dia
sorang..
“ Ibu ok.. nanti I bagitahulah ibu… Malam raya pertama tu kita gerak laabalik Terengganu boleh duduk lama skit kat sana.. ” haaa amikk ko yana, bersiap sedialahh untuk beraya di tempat orang tahun ni.. Tak kisahlaa janji malam raya dan pagi raya aku di Sg Buloh… Yeahhh !!! *lompat bintangg*
Siapa pernah tengok drama ‘Masihkah Ada Ramadhan’ ?? Aku
mula-mula tengok drama ni sebab Shah tertekan channel ni, ngam-ngam dia
tekan, pelakon tu tengah kecek ganu..
Apalagii Shah pon terus layan, siap jerit-jerit panggil aku kat dapur join dia
tengok.. Aku pun apalagi layan laa
sekaki, drama melayu laju laa cuba kalau dia jerit suruh tengok discovery
channel memang aku buat tak reti jerk !! Dah layan 2jam ingatkan telemovie
sekali drama bersiri laa pulaakkk.. Bapak lama okey drama bersiri 2jam !!
Apa yang best sangat drama ni…?? Hehehe sebab
pelakon-pelakon dia cakap Terengganu !!
Antara pelakon – pelakonnya ialah Eman manan & Zamarul Hisham !!
perghh aku memang minat giler kot kat Eman Manang nihhh…. Tapi bukan itu jer sebabnya !! Sebab lain ialah sebab suami I olls kan orang
Terengganu so excited
laa dia ada drama cakap bahasa loghat dia, biasakan kita dengar drama buat
loghat Perak, Kedah, Negeri Sembilan takpun Kelantan.. Memang takde lagi cakap Terengganu..
Tu yang excited sangaaaat !! =D tapi
yang bagus drama ni sediakan subtitle so untuk aku yang baru nak belajar kecek
ganu ni sangaat laa sesuaii !! Sempat lagi ni nak belajar balik raya nanti dah
confident skit nak cakap dengan mak mertua, adik ipar semua… hehehe
Tapi yang aku tak
boleh blah, bila time iklan jer Shah sembang
dengan aku guna slang Terengganu !! Cakap yang pekaat giler lak tu ,
terguling-guling laa aku gelak sampai keluar air mata… seriusss sepanjang
bercinta susah gila aku nak dengan Shah cakap Terengganu , kalau cakap pon
dengan family @ sedara mara dia jerk… Dan hari ini Shah buat loqlak dia lagi bila
ber'bbm ponn dia bantaiii text dalam loghat Terengganu.. Betul2 mencabar suami aku ni !! Haa cuba korang baca text Shah kat bawah ni sure automatik korang pon ter'slang Terengganu..
Dan last thing yang buat aku terkejut, drama ni berjaya buat Shah hafal waktu siaran.. Kalau tak memang
takde makna Shah nak amik tahu drama – drama melayu ni. Aku kalau nak tengok drama selalunya kene berebut-rebut
remote baru dapat tengok, dan lepas tu dia akan ngadap laptop layan youtube (tunjuk
perasaan lerr) tapi drama ni memang dia
tak berganjaak depan tv.. Seriuss kagummm !! =))
So untuk korang yang tak pernah tengok , jomlah layan drama
ni ari Isnin depan last episode tak silap aku.. Sebab semalam dah klimaks ,
sedihh sangat sampai Berjaya buat air mata aku menitis setitis dua.. ( sempat
laa kene kutuk dengan Shah sebab menangis ) =P
Sinopsis : Cerita ni mengisahkan seorang pemuda bernama Zali yang
mengidap penyakit barah cuba untuk menyatukan adik beradiknya yang duduk di Kl
beraya di Terengganu bersama ibu bapa mereka. Dia juga cuba membetulkan adik beradiknya yang
hidup jauh tersimpang dari ajaran Islam.
Alhamdulillah sudah 12hari berpuasa, tapi baru sekali aku
berbuka di rumah sendiri dan 10 hari lagi aku berbuka di rumah abah ( sehari lg buka kat luar ) .. Masa awal puasa aku planning nak balik
berbuka hujung minggu jer, tapi bila masuk jer hari isnin abah dah call tanya
aku balik ke tak.. Memang tak sampai hati nak cakap kat abah aku tak balik..
Yerlaa kalau aku tak balik, dah tentu2 abah akan berbuka sorang-sorang, sebab
adik aku yang bongsu tu dah kerja pulak.. Sudahnya hari-hari aku berbuka kat
Sungai Buloh !! Senang & jimat..
Berbuka di Sg Buloh bukan abah jer seronok sebab dapat
berbuka dengan anak-anak tapi aku dan shah pon seronok sebab dapat makan
masakan air tangan abah yang sedap.. Dan
kalau aku balik berbuka kat sana, aku akan panggil abang aku yang duduk sekangkang kera dari rumah abah itu berbuka
sekali.. So jadi ramai dan meriah !!
Bertuah tak aku dapat abah yang pandai masak, dan rajin.. hehehe
Percaya atau tidak aku sebenarnya bukanlahh rapat dengan
abah sejak aku kecil lagi pun aku tak reti nak bermanja dengan abah.. Mungkin
nilaa nasibnya adik beradik ramai, nak bermanja lebih-lebih pun tak sempat..
hehehe lagipon masa aku kecik arwah mak dan abah sibuk cari duit membesarkan
kami 7 beradik, jadi masa kecik aku
lebih banyak bermanja dengan kakak aku yang seorang tuu.. ;) Tapi semenjak
arwah mak meninggal , aku dapat rasakan aku dah semakin berani nak
mengada-ngada dengan abah.. kalau dulu aku teringin nak makan apa-apa aku cakap
kat arwah mak tapi sekarang aku akan cakap kat abah dan sepantas kilat abah
akan siapkan.. :) Macam semlalam aku teringin nak makan karipap balik jer abah dah buat 45 biji kooo !! hambekk makan sampai muntah.. :) Tapi mujurlakan, abah pandai masak, kalau tidak menangislaa aku kat
tepi dapurrrr…
*karipap air tangan abah *
Benarlaa orang kata kan seorang ayah tidak pandai nak
tunjukkan kasih sayang dia.. Seorang ayah akan berikan kasih sayang dengan
caranya yang tersendiri hinggakan anak-anak tidak sedar itulah kasih sayang
yang abadi.. Dan sekarang aku dapat rasakan kasih sayang abah dan hubungan kami
semakin rapat, bila abah telefon tanya
balik makan kat rumah ke tak.. dan sekarang abah jugak dah pandai mengadu
macam-macam benda kat aku, sebelum ni abah hanya akan mengadu dekat arwah mak
tapi sekarang , hanya anak-anak tempat dia mengadu.. Abah jugak akan masak
masakan yang aku suka, ( dan yang menantu dia suka : ini yang terbaru yer ) …
Tapi bukan maksud aku sebelum ni abah tak sayang aku yer, cuma masa arwah ada aku lebih rapat dengan arwah mak.. So aku tak berapa nak rapat dengan abah, banyak masa diluangkan bersama arwah mak.. Mungkin ada antara korang jugak macam aku kan.. Yerlaaa anak perempuan nak manja-manja dengan ayah pon tak reti kan, lain laa mak kita boleh sembang apa jer… Tapi Alhamdulillah , aku masih tak terlambat menikmati kasih sayang seorang ayah… Semoga abah sentiasa diberi kesihatan dan dilindunNya.. Amin :)
Baca tajuk macam best jer kann .. entry kali ni tak mau
sedih2, sebab entry yang lepas dah buat hidung aku tersumbat 1 hari sebab
menangis.. So entry kali ni aku nak story yang best2 jerk.. ( kalau tak best maaflaa
yerk !! )
Uniknya puasa tahun ni pada aku ialah pertama kali berpuasa
sebagai seorang isteri !! Memang best jerkan pegang title sebagai isteri.. huhu
best tang lain, yang tak best tang lain yer… Bila dah jadi bini orang ni,
tangungjawab di bulan puasa ni bukan calang2 yer… Kalau dulu aku boleh lagi
petang2 ngangkang depan tv tengok maulidur rasul ke drama melayu ke, sementara abah & arwah mak sibuk kat dapur
memasak utk berbuka… tapi sekarang tak lagiii !!
Balik keje mencilok-cilok redah jam nak cepat sampai rumah..
Sampai jer rumah pulak terus shoot ke dapur, pastu macam halilintar aku kene
masak.. Walaupun aku masak 2 lauk jer kadang-kadang tu, tapi peluh dia macam
jogging 2km.. Tapi buat masa ni baru sehari jer laa aku macam tu, sebab hari2
lain aku berbuka kat Sg Buloh.. ( ahaha bajet macam hari2 je kan masak ! )
Memandangkan abah keseorangan kat Sg Buloh so aku sangat
rajin balik berbuka kat sana jer.. Teman kan abah dan dalam masa yang sama
memudahkan hidup aku jugak ! sebab kalau kat Sg Buloh , tugas memasak memang
abah yang handle.. Abah memang tak suka kalau aku sibuk2 kat dapur nak tolong
dia.. Dari aku kecik sampai laa aku dah kawen.. Tapi kadang-kadang aku menempel
jugak laa tolong-tolong potong bawang ker, basuh kuali ker.. hehehe Best tak
bapak aku?? Bapak korang macam tu takk?? Tetibe rasa bangga ada bapak macam tu.. =D
Kalau cite bab sahur
pulak , 2 hari puasa jer aku masak nasi & lauk beria-ia.. Masuk hari ke-3 shah
bagi notis 24jam tak perlu masak !! hahaha bukan apa sebab time berbuka dia
makan tak hengaat kan, so sahur dia just minum milo and kuih muih jerk.. Senang hidup aku !! Kalau sahur makan nasi ,
berbuka pon makan nasi, aku rasa sebulan
ni cukup koott untuk mem’boroikan perut dia dan perut aku jugaak !! Yang
penting bersahur, walaupun hanya minum
air kosong dan sebiji kurma.
Last but not least pengalaman aku berpuasa sebagai isteri
ialah sembanhyang terakwih bersama suami.. Rasa sweet sangat bila sama-sama
bersiap nak gi masjid terakwih sama-sama.. Terasa lain sangat bulan puasa tahun
ni, bila banyak perkara kami lakukan bersama.. kalau dulu takat berbuka je laa
sama-sama itupun bukan hari-hari… Alhamdulillah aku syukur sangat, walaupun
Allah ambil mak dari hidup ku tapi dia hadirkan aku seorang suami yang
penyayang dan bertanggungjawab.. Thank
you Allah =))
Aku sebenarnya tak tahu kenapa setiap hari rabu ramai bloggers hanya letak sekeping gambar tanpa cerita... Kenapa mesti hari rabu?? kenapa tak isnin ? selasa?? hehehe tak kisah laa.. aku pon cuba-cuba untuk follow rutin ni... Dan aku nak share gambar seorang kanak-kanak di Masjid Emas , Manila tengah bersujud.. Sesungguhnya hati aku syahdu pertama kali menatap gambar ni...
Menulis tajuknya sudah membuat hati aku sebak… Nak buat entry ini juga sudah berkali – kali aku tangguh kerana tak sampai 5 minit akhirnya aku berhenti kerana sebak yang tidak tertanggung…
Hurmmmm tahun ni ternyata bulan puasa yang sangat berbeza
sepanjang 27 tahun hidup aku.. Terlalu
banyak perbezaan di rasai hingga buat aku hampir kekok untuk laluinyaa… Kebiasaanya
malam sebelum tidur mak akan berkali-kali ingatkan aku baca niat puasa,
dibuatnya aku seperti anak kecil.. walaupun aku dah niat sebulan, mak tetap
ingatkan aku untuk berniat..
Dan bila waktu sahur, mak hanya akan mengejutkan aku selepas
mak dah siap2 masak.. Dan tugas aku hanya untuk membuat air kopi untuk mak dan
milo panas untuk aku dan adik bongsu.. (senang kan hidup aku?? ) Tapi dah selesai sahur bab basuh pinggan
, kemas meja dan dapur itu memang tugas aku, sebab mak akan bergegas siap untuk
ke masjid pulak… Saat itu, aku tak dapat rasakan betapa indahnya moment itu,
tapi kini bila mak dah takde, itulaa moment yang paling aku rindu sekarang…
Moment bersahur bersama mak…
Kalau orang lain mungkin sahur tak lalu nak makan, tapi
untuk aku dan mak.. sahur memang sangat berselera, sebab mak ada menu special
!! Menu kerabu tomato atau pun kerabu mangga, menu tu kadang2 boleh buat aku bertambah-tambah nasi okeyy..
hehehe dan tahun ni aku cuba untuk buat, tapi rasanyaa memang takkan sama
dengan air tangan mak.. (padahal simple giler nak buat !! ) Mungkin kene tunggu aku jadi mak, baru pass buat menu
tu.. =D
Kalau di ingat pesanan mak ketika di bulan puasa, terlalu banyak
rasanya… Mungkin mak2 korang jugak macam tu.. Macam mak aku, dari kecik lagi
dia dah ajar waktu berbuka makan nasi terus, jangan makan kuih muih takut nanti
lauk tak berusik sebab dah kenyang makan benda lain. Dan mak memang pantang
kalau kami adik beradik beli kuih-muih kat bazaar, membazir katanyaa (dan tak
sedap kate mak !) dan paling best kalau
kiterorang beli jugak, esok tu mesti mak terus buat kuih yang kita orang beli
tu … Bukan sikit pulak tu, siap boleh
makan 2 hari punya berbuka.. hehehe mak korang ada tak macam tu???
So aku dah biasa kalau bulan puasa memang kurengg skit nak
beli belah kat bazaar ramadhan sampai laa sekarang.. kalau pergi pon aku akan
beli air ke, atau benda yang mak takkan masak macam roti jhon ke, murtabak
ker.. hehehe dan kalau aku teringin nak makan kuih, aku request jer kat mak ,
nanti petang sure mak dah siap masak kuih yang aku mintak tu.. Biasanya kuih
seri muka, kuih keria, kuih badak dan macam2 laah ! (citer pasal kuih ni buat
aku teringin laa pulak !! adeh )
Tapi tahun lepas mak memang dah uzur , so mak tak larat nak buat kuih atau masak beria2.. so aku pon takdelaa mengada2 request nak makan kuih apa.. Waktu sahur pun kadang-kadang mak tak larat nak masak, so aku laa yang bangun panaskan lauk dan tolong2 mak buat apa yang patut.. Tapi kadang2 tu, mak gigih jugak bangun dulu dari aku, nak masak.. Itulah pengorbanan seorang ibu kan, dia tetap nak tunaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu selagi dia mampu.. Tapi aku sebagai anak ?? Aku masih rasakan belum puas tunaikan tanggungjawab sebagai anak untuk mak.. Masih banyak yang aku nak buat……..walaupun aku tahu itu tak mungkin berlaku.. hanya doa dan terus berdoa untuk mak... Al Fatihah ~
Lama betul tak update blog.. huhu bzz dead line u alls,
gitew laa keje yang ada deadline ni, tambah bzz nak puasa ni, deadline di
cepatkan dari 2 minggu sekali kene hadap 1 minggu sekali.. kalau tak memang tak
cuti raya laa aku.. adehh !
Okey bukan itu aku nak citer sebenarnyaa.. Aku nak share
satu perkara yang lawak ke malu ntah aku pon tak tahu nak kategorikan sebagai
apa.. hehehe kes ni terjadi ari khamis lepas masa aku attend event tv3 sempena
meyambut ramadhan.. Sajer laa Tv3 nak bagi tazkirah skit sambil2 promo program2
kat tv3 masa bulan ramadhan nanti.. Masa dapat invititation aku mcm exicted laa
jugak sebab ada letak ramai artis katenyer… dalam hati senang laa keje aku
nanti, tarik jer artis mana-mana yang fofular untuk aku terjah … ceh !
Tapiiii sekali yang datang, yang addoooo !! Boleh bilang jer
kot artis yang aku boleh kategorikan fofularrrrr… yang lain semua sendu2 !!
ooopss sorry laa kalau PR tv3 terbaca blog aku ni kaann.. hehehe disebabkan dah
sampai, takkan aku nak tengok saje kann,
so aku pon ushar laa mana artis yang agak cun skit nak di interview.. Aku pon nampak laa sorang retis yang kategori
ayu laa berbaju kurung pink..
Aku pon apa lagi, gegar photographer aku suruh amik gambar
pose lebih kurang, pastu aku panggil dia interview… Dalam hati aku, comfirm dia
artis baru sebab tak pernah nampak pon dia berlakon ke or attend apa2 majlis
hiburan sebelum ni.. Okeylaa artis tu pon peramah & tak kekwat lagi… Dalam
interview tu sempat laa dia mention yang dia dah kawen, so aku pon ringan mulut
tanyer dia :
Aku : “ You dah kawen
berapa lama…?"
Artis : “ Baru jer lapan bulan… “ jawab sambil terenyum..
Aku : “Oooo baru lagi samalah I pon lebih kurang u jugak,
baru kawen.. “ nak jugakk ni bagitau.. motif?? Hehehe
Artis : “ Yekeer?? Ingat u tak kawen lagi..” ayat standard
#bosan
Aku : “ So husband u dalam bidang seni jugak ker..?? “ Aku
pon dengan confidentnya tanya soalan itu…
Artis : “ Husband I Chef Riz laa.. Takkan u tak kenal??? I cubit u nanti… “ dalam gurau2 sentap dia
jawab… #gulp Seriuss aku memang tak tahu
dia tu menantu chef wan.. matilahh !! hehehhe sambil gelak – gelak dan spontan
aku pon jawab…
Aku : “ Laaa ye ker??? Seriously I tak perasan.. u nampak lain
dalam gambar !! I tahu u peserta pilih kasih ( itupun sebab dia dah bagitau masa
awal interview , kalau tak memang tak tahu jugaak ! ) tak sangka u wife chef
Riz..
Pic masa wedding : Setuju tak aku kata muka dia lain time ni??? =p
Confident tak jawapan aku??? hahhaha Maaf laa yer aku memang tak follow program Pilih Kasih tu, nak pulak Chef Riz tu kawen masa aku tak keje lagi so memang time tu tak amik port dia kawen dengan siapa… Kalau dia kawen dengan artis popular mungkin aku alert laa kot.. =P Apapooon nasib baik aku pandai cover line, kalau tak sure artist u sentaaap orang tak kenal dia.. Standard laa tu baru-baru nak naik, wartawan pon tak cam sangat ( ke aku jer wartawan itu??) nanti dah lama2 takut dia pulak tak kenal wartawan.. huhuu itu lumrah yer, artis bila dah popular akan kenal wartawan popular jerk !! Wat ever !! yang penting pandai takk ayat aku cover lineee??? =))) Lepas interview sempat laa aku snap picture berdua dengan dia.. motif?? supaya aku tak lupa lagi bila jumper dia next time.. hahaha bulan puasa nanti korang tengoklaa lakonan isteri Chef Riz ni kat Tv3 slot Samarinda tak silap.. ntah laa aku pon lupee !! ( Asikk luper je aku ni !!! )
Semalam aku rasa banyak reporter dan blogger hiburan sibuk
nak update pasal kes Neelofa dan Anzalna.. Tak terkecuali aku lah ! actly aku
tak terlibat pon tapi tetaaap nak bzz body..
yerlaa alang2 dah follow kes depa dua, nak juga tahu apa endingnyaa
kan.. Walaupun jemputan dari presiden
Seniman Zed Zaidi very last minit , tapi tetap ramai reporter turun untuk PC
Neelofa & Anzalna petang semalam yang diadakan kat Royal Bintang eCurve
yang baru.
Punyerlaa risau takut terlambat, we all ( aku, photographer
& sorang lagi reporter ) pkl 1pm we all dah terpacak kat eCurve tu.. Dan
bila we all sampai ada laa a fews reporter & photographer dah sampai… So
kite orang pun menunggu laa kat luar hall, tunggu punya tunggu sampai pkl 2pm
jugak laa baru nak start PC.. Anzalna muncul 10 minit lebih awal dari Neelofa,
so sempat laa capture gambar dia pose cun melecun dulu.. lepas tu baru laa
beberapa orang seniman dan Zed Zaidi sampai..
Tapiiii masa tu, semua orang still tak leh masuk hall lagi
yer, sampailaa kelibat Neelofa yang vogue dengan shawl dan wedges pink muncul
kat perkarangan hall PC tu.. Lepas Neelofa sampai baru laa semua orang masuk
hall, berebut2 laa we alls macam anak ayam ni takut tak dapat seat and view
yang cun.. hehehe nasib aku dapat duduk
depan & tengah2, so sempat laa si Anzalna senyum and lambai kat aku.. *eehh
motif nak bagitahu?? * =))
* baju biru tu PA Lofa *
* sempat di interview walaupun Lofa sibuk nak lari dari di soal *
* Anzalna sewaktu membaca teks permohonan maaf *
* Zed Zaidi selaku orang tengah dalam konflik dorang *
PC tu berlangsung tak sampai ½ jam ponn, lepas Anzalna baca skrip permohonan maaf yang di karang oleh pihak Neelofa majlis pon selesai.. Anzalna bergegas keluar kerana ada shooting drama tapi Neelofa sempat stay untuk sesi interview bersama reporter’s .. Aku memang tak koser nak interview lebih2 , kes pon dah settle kan.. so nak update apalagi.. cume semalam ramai reporter tak puas hati sebab takde sesi soal jawab.. so banyak soalan2 panasss tak dapat di ajukann.. Sia-sia sajorrkkk reporter2 paper yang otai turun padang.. sudahnyaaa nan adooo !! Takpela janji kes depa dah selesai.. klu tak , sure tak abis2 org cakap pasal dorang lagi..