Syarat-syarat dan peraturan:

  1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu.
  2. Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan daripada setiap jenis pertandingan, tetapi hanya layak untuk menang satu hadiah sahaja.
  3. Pertandingan terbahagi kepada dua kategori, iaitu:
    • Infografik tema umum
    • Infobahasa
  4. Tema bagi kategori Infografik berdasarkan tema Sambutan Bulan Bahasa SBPI Kubang Pasu ke- 16, tahun 2022: “Bahasa Diperkasa Budaya Direkayasa”
  5. Maklumat dalam infobahasa hendaklah terdiri daripada:
    • Perkataan
    • Maksud perkataan tersebut
    • Peribahasa ATAU pantun yang mengandungi perkataan tersebut.
  6. Penyertaan hendaklah dalam bahasa Melayu.
  7. Penyertaan hendaklah asli dan ilustrasi hendaklah dibuat oleh peserta sendiri.
  8. Pertandingan adalah secara individu.
  9. Setiap penyertaan menjadi hak milik penganjur dan boleh disiarkan tanpa perlu mendapatkan keizinan daripada peserta. Walau bagaimanapun, sebarang siaran akan memberikan kredit kepada peserta tersebut.
  10. Infografik hendaklah dibuat secara berkomputer.
  11. Poster yang dihantar hendaklah dihasilkan oleh peserta sendiri. Sekiranya didapati poster yang dihantar bukan karya asli, maka penyertaan peserta akan dibatalkan serta merta.
  12. Penggunaan kamera sendiri sama ada menggunakan telefon pintar atau kamera digital untuk menghasilkan grafik adalah dibenarkan. Penggunaan gambar hak cipta orang lain yang diambil melalui Internet dilarang. Walau bagaimanapun elemen atau unsur-unsur lain berdasarkan kreativiti masing-masing dibenarkan.
  13. Peserta dibenarkan menggunakan sebarang perisian dan bahan (templat atau rangka) yang sedia ada namun keupayaan dan kreativiti peserta yang akan membezakan penilaian dan pemarkahan juri.
  14. Tidak dibenarkan menyentuh sensitiviti kaum, agama serta politik dalam pembikinan ilustrasi infografik berkenaan.
  15. Format poster yang ditetapkan adalah JPEG atau PNG bersaiz sekurang-kurangnya 2MB tetapi tidak melebihi 10 MB. Dimensi letter 8.5 x 11 in (landskap atau potret)
  16. Penghantaran:
Image
Contoh infobahasa : Peribahasa
Image
Contoh Infografik : Tema keselamatan siber

Selari dengan amalan normal baharu kini, sebarang bentuk pertandingan sudah memasuki era digital. Dari satu segi, kekangan Internet menyebabkan banyak pertandingan tidak dapat disertai oleh para pelatih orator. Namun dalam masa yang sama, jika bijak mencuri peluang, pelbagai sijil di peringkat paling rendah hingga ke peringkat antarabangsa dapat dikutip.

Tidak mahu terlepas peluang, ahli OL iKUPS telah bersama-sama memeriahkan Sayembara Bahasa Melayu Antarabangsa yang dianjurkan leh UTM Skudai. Pertandingan penulisan esei (Rumi), esei (Jawi) dan pidato menjadi pilihan. Tahniah kpeada Amirul Absyar dan Mohd Syakir yang menyertai pertandingan pidato, Shahrul Fahrin Sudarmo (penulisan esei Rumi) dan Ahmad Syazwan (penulisan esei jawi). Walaupun tidak berjaya menempah tempat lima teratas, namun diharapkan usaha dan kesungguhan mereka menjadi pemangkin untuk penyertaan dalam aktiviti-akviti sebegini pada masa hadapan.

Image

Terjadinya pandemik COVID-19 menyebabkan kehidupan manusia di seluruh dunia berubah 360 darjah. Pelbagai aktivit yang selama ini dijalankan secara bersemuka dan bersentuhan bertukar kepada dalam talian dan tanpa sentuh. Kalau dahulu, bersalaman ketika bertemu menjadi lumrah, kini bersalaman bukan lagi tanda kemesraan, tetapi menjadi tanda engkar arahan S.O.P. Demikianlah juga aktiviti sosial. Tiada lagi pertemuan secara beramai-ramai untuk memeriahkan susana, bahkan diganti dengan berbual menggunakan teknolog maklumat dan telekomunikasi. Fenomena ini bukan sahaja untuk masyarakat awam, bahkan menjadi cabaran baharu kepada semua perucap awam.

Namun, kita sering diperingatkan bahawa tertutupnya satu pintu, membuka lebih banyak pintu yang ain. Salkan sahaja kita sanggup berubah pintu, kegiatan dan aktiviti tidaklah terhenti sepenuhnya. Era IR4.0 melompat dengan jauh apabila semua orang menggunakan aplikasi dalam talian. pertandingan pengucapan awam secara dalam talian turut meriah. Kini, pertandingan bahas, pidato dan syarahan bukan lagi di dalam kelas yang sempit, bahkan menggunakan platform digital yang lebih luas khalayaknya. Terima kasih kepada semua penganjur yang sedia berubah paltform sebagai alternatif mengasah minda dan skil pengucapan awam, khususnya kepada pelajar.

Selamat datang era baharu pengucapan awam!