Assalamualaikum,
Punya lama tidak update blog.
Terbaru ini.
Nanti saya update. Apa sebenarnya yang saya fikirkan dengan menyertai acara larian berani mati sebegitu.
Penyelam Skuba yang menulis ..
Rita Robert Rawantas
Khamis
Isnin
Suntikan
Seandainya saya menulis tajuk 'Bengkel Penulisan dan Penerbitan ITBM, Pena dan DBP' di Sunway Putra, Kuala Lumpur mungkin lebih senang dicari posting ini di dalam tapak carian google dan sebagainya.
Tidak akan ada lagi sebarang posting saya di dalam carian, kerana saya telah menghadkan akses kepada para pembaca di Teratak Pa'al. Mula-mula saya keluarkan kesemua puisi-puisi yang belum pernah terbit di media bercetak kerana ingin membukukannya, terkini saya buka blog ini kepada teman-teman yang betul-betul berminat dengan tulisan saya sahaja. Cerobohan maya sememangnya menyusahkan dan ada kesan. Baik meneliti kesan dan berjaga-jaga. Saya pun bukan siapa-siapa.
Bengkel yang saya sebut di atas, bergenang ilmu. Kami seumpama melompat ke atas sampan, berdayung, singgah-singgah geladak ke geladak. Di setiap singgahan kami mengangkut jiwa besar. Sampai ke hujung geladak hari, ilmu yang dikutip walau tidak dikendong, dipikul atau apapun, lancar memasuki diri saya seumpama oksigen. Saya sedut hembus seperti udara untuk hidupkan denyut nadi sastera di dalam diri. Diam-diam, saya melilit selirat impian ke pinggang dan kepala, sedia mencabar diri, lebih lagi.
Saya bangga bertemu Sasterawan Negara ke-6, Prof Dr. Muhamad Hj. Salleh, SN ke-10 Dato' Dr Anwar Ridhwan dan juga Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah (Kemala) dan beberapa nama besar dunia sastera Malaysia yang lain.
Terkenang kembali suatu waktu dahulu, begitu sukar menemui insan-insan nama besar, disegani ini. Kini, mereka ada di mana-mana, bahkan di hujung jari. Imej, kata-kata, falsafah, segalanya tentang mereka bahkan dijumpai di desa, pedalaman, ceruk kampung mana pun. Kadang-kadang, mereka sendiri bertandang ke halaman rumah kita. Syukurlah.
Kini, semuanya tentang mengambil peluang. Penulis perlu berkarya, meninggalkan legasi karya untuk dunia, menulis dan terus menulis. Kali ini saya akan memeras sedikit. Kata Prof Dr. Muhamad haji Salleh, ada mimpi di jalan ini, dan katanya ;
Ada mimpi di jalan ini
Ada nyanyi separuh merdu
Di tengah pagi
Sewaktu pemerintah diganti
Sekarang bungkus mimpi dibuka
Di dalamnya dijumpai kecewa
Kelabu, kotor, berbau sampah.
Beribu penyanyi tertarung
Di gunung-gunung kecil berasap
Dan rela tidak kembali,
Nyanyiannya dijeruk asap
Rintih miskin melanda suara.
Jalan masih pecah
Ada langit berbayang
Di lopak hijau
Walau hitam
Tapi masih langit.
Yang tinggal hanya marah
Yang dirubah jadi kecewa,
Yang larut jadi pemusnah.**
Doakan kami.
Sekian.
Wasalam.
Pa'al.
Tidak akan ada lagi sebarang posting saya di dalam carian, kerana saya telah menghadkan akses kepada para pembaca di Teratak Pa'al. Mula-mula saya keluarkan kesemua puisi-puisi yang belum pernah terbit di media bercetak kerana ingin membukukannya, terkini saya buka blog ini kepada teman-teman yang betul-betul berminat dengan tulisan saya sahaja. Cerobohan maya sememangnya menyusahkan dan ada kesan. Baik meneliti kesan dan berjaga-jaga. Saya pun bukan siapa-siapa.
Bengkel yang saya sebut di atas, bergenang ilmu. Kami seumpama melompat ke atas sampan, berdayung, singgah-singgah geladak ke geladak. Di setiap singgahan kami mengangkut jiwa besar. Sampai ke hujung geladak hari, ilmu yang dikutip walau tidak dikendong, dipikul atau apapun, lancar memasuki diri saya seumpama oksigen. Saya sedut hembus seperti udara untuk hidupkan denyut nadi sastera di dalam diri. Diam-diam, saya melilit selirat impian ke pinggang dan kepala, sedia mencabar diri, lebih lagi.
Saya bangga bertemu Sasterawan Negara ke-6, Prof Dr. Muhamad Hj. Salleh, SN ke-10 Dato' Dr Anwar Ridhwan dan juga Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah (Kemala) dan beberapa nama besar dunia sastera Malaysia yang lain.
Kini, semuanya tentang mengambil peluang. Penulis perlu berkarya, meninggalkan legasi karya untuk dunia, menulis dan terus menulis. Kali ini saya akan memeras sedikit. Kata Prof Dr. Muhamad haji Salleh, ada mimpi di jalan ini, dan katanya ;
Ada mimpi di jalan ini
Ada nyanyi separuh merdu
Di tengah pagi
Sewaktu pemerintah diganti
Sekarang bungkus mimpi dibuka
Di dalamnya dijumpai kecewa
Kelabu, kotor, berbau sampah.
Beribu penyanyi tertarung
Di gunung-gunung kecil berasap
Dan rela tidak kembali,
Nyanyiannya dijeruk asap
Rintih miskin melanda suara.
Jalan masih pecah
Ada langit berbayang
Di lopak hijau
Walau hitam
Tapi masih langit.
Yang tinggal hanya marah
Yang dirubah jadi kecewa,
Yang larut jadi pemusnah.**
Doakan kami.
Sekian.
Wasalam.
Pa'al.
Jumaat
Salam Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Jangan lupa dapatkan Berita Harian sempena Aidilfitri untuk membaca coretan kenangan Hari raya saya ya.
Maaf juga dipinta daripada saya kerana puisi-puisi di dalam Teratak Pa'al ini sedang dikemaskini dan boleh dibaca semula setelah selesai semuanya.
Semoga bergembira di Aidilfitri, jangan lupa pada mereka yang susah dan semoga persahabatan berkekalan.
Maaf, zahir batin.
Daripada Pa'al sekeluarga.

Hadiah Sastera Sabah 2010 / 2011
Asalamualaikum, Salam Ramadan dan selamat sejahtera.
Pertama sekali, syukur kepada Allah kerana limpahan rezekiNya buat saya dan keluarga.
Seperti puisi Kupu-Kupu Laut yang telah mendapat HSS 2008/2009, puisi saya yang mendapat HSS 2010/11 kali ini juga mempunyai cerita tersendiri. Puisi 'Di Kaki Hujan' merupakan puisi yang saya tulis di dalam linangan air mata dan hati yang sebak, betul-betul pada hari hujan yang sangat kuat. Pagi itu, saya menerima berita daripada seorang sahabat rapat sewaktu saya bekerja di utara dua tahun lalu, bahawa anak sulungnya telah kembali ke pangkuan ilahi kerana komplikasi penyakit. Sedih saya bukan sekadar menumpang kesedihannya, tetapi saya turut merasakan hiba pemergian anak sahabat saya yang bernama Rayyan sampai ke ulu-ulu hati. Rayyan adalah anak lelaki yang sangat baik, sangat kami sayangi kerana seperti Daniella, anak sulung perempuan saya, Rayyan adalah anak kurang upaya, Cerebral Palsy seperti Daniella. Mereka sama-sama meninggal dunia setelah dikirim dan dipinjamkan Tuhan untuk menyerikan hidup kami selama beberapa tahun.
Setelah pemergian Rayyan, saya sedari bahawa sebenarnya saya tidak pernah mengambil gambar bersamanya. Saya tercari-cari di manakah agaknya foto kami bersama, jawapannya tetap tiada. Setelah bertanya pada hati, saya pejamkan mata dan di sana saya telah melihat Rayyan, malahan anak saya, kami bersama-sama suatu waktu dahulu, wajahnya sangat jelas dan terang. Saya malah dapat mendengar suara riang tawa ke dua anak itu yang tidak pernah pun kami dengar semasa hayat mereka. Saya tahu, saya tidak perlu mencari foto di atas tapak tangan kerana wajah anak itu ada di hati saya dan potret itu akan kekal selamanya di dalam hidup saya.
Anak-anak kurang upaya seperti Daniella dan Rayyan tidak dapat berbicara, hanya menangis ketika mereka inginkan perhatian. Insan lain mungkin melihat mereka sebagai anak yang tidak sempurna, namun bagi kami mereka adalah anak-anak yang paling sempurna dan tidak ada cacat celanya. Seorang kawan baik saya selalu berkata, kita melihat ahli-ahli syurga apabila melihat mereka dan anak-anak seperti Rayyan dan Daniella. Insyaalah.
Terima kasih kepada Utusan Borneo, kerana menyiarkan puisi 'Di Kaki Hujan'. Saya tujukan penghargaan ke atas puisi ini di dalam HSS 2010/11 ini khas untuk anak-anak Cerebral Palsy di mana juga mereka berada. Teristimewa buat anak saya Daniella dan juga anak sahabat saya, Rayyan. Al-Fatihah.
Syukur, alhamdulilah.
Wasalam,
Pa'al
Di kaki Hujan
Pena Alam
Di kaki hujan
langit merenungku
bening pun merayap
menangisi cakerawalaku
dengan berai-berai titisnya
Lewat deru dingin angin
aku kehilanganmu
dalam rinai hujan
yang baru luruh
Lalu,
di kaki hujan itu
airmata serta sesalku
menderu jadi satu
Tulus wajah itu
dalam rekah senyum
hilang jadi nostalgia
seperti kabus kelam
Kini,
hanya nisanmu
tenang untuk kutatapi
pabila hati menggesek biola rindu
pabila desah memikul resah
Berteman bunga hutan
berkasih dicit-dicit unggas
serta redup belantara
Kuakui,
bahwa aku tak pernah memiliki potretmu, rayyan
Pun kerana satu sebab,
potretmu nan damai bertumbuh segar
menghijau di sini, di daerah hati ini
Tuhan, kasihanilah anak itu!
Pena Alam
pa'al untuk rayyan
16 Julai, 2010
Utusan Borneo
with so much love for ratna, jais, adik, nadia, lulung, aiman... and the rest of the mourning world.
Jumaat
Salam Ramadan
Rabu
Hilang, album pertama Guba akan dilancarkan selepas Aidilfitri
![]() |
| GUBA |
Yeahhhh.. akhirnya! Sama-sama kita tunggu kemunculan album Guba yang pertama bertajuk 'Hilang' yang akan dilancarkan oleh Laguna Music insyaalah selepas Hari raya Aidilfitri ini kelak. Alhamdulilah.
![]() |
| Tentang Guba di http://entertainment.malaysia.msn.com/blog/blogpost.aspx?post=e4ad0b95-ff7f-44ab-b189-c4d1feea52a9 |
Memuatkan 10 buah lagu di dalam pre-dengar di WOWLOUD anda boleh membeli lagu-lagunya dengan kadar harga yang berpatutan juga. Di antara lagu-lagu yang terdapat di dalam debut ini ialah single You & Me, duet bersama Yuna dengan tajuk You're So Fine dan banyak lagi. Menarik juga ada duet bersama Diana Danielle si pelakon cantik manis tu, rupanya dia boleh juga menyanyi (hehe) dengan lagu bertajuk 'Beauty Company'. Selain lagu 'Hilang' dan 8 lagu english yang lain, 'Aku Pergi' adalah sebuah lagi lagu melayu yang dimuatkan di dalam album ini.
Malas ulas panjang-panjang ni, jemputlah saja ke wowloud dan dengarlah sendiri ya, anda cuma perlu muat turun wowloud dan sign in sahaja, lepas tu boleh dengar berjuta-juta lagu artis lain juga selain Guba.
Apabila mendengar lagu 'Hilang' yang menjadi tajuk debut Guba ini saya teringat seseorang yang sangat bererti bagi saya, Guba dan adik-beradik yang lain. Kebetulan pula, di bulan Julai, tanggal 27hb, jam 7.10 minit malam, maka genaplah 19 tahun pemergian bapa kami ke negara akhirat. Bagi saya, kejayaan Guba dan Laguna Music melahirkan album bertajuk 'Hilang' ini begitu signifikan dengan kami adik-beradik yang mengenang arwah bapa lebih-lebih lagi pada bulan ulang tahun pemergiannya ini. Kehilangan seringkali mengingatkan kita kepada ketiadaan yang pure, sejati, yang sebenar-benarnya. Memahami kehilangan dan ketiadaan, cukup dengan berdiam dan memahami diri sendiri, tidak perlu berjurai kata untuk menghuraikannya.
Walaupun selepas pemergiannya, harta tidak terbandingkan, yang tidak ternilai, yang tertinggal untuk kami hanyalah kata-katanya. Ironinya, bapa tidak banyak bercakap. Tidak banyak berpesan kepada kamipun sebaik-baik sebelum meninggal. Bapa seorang introvert yang tidak suka bercakap, tetapi sangat tegas dan banyak 'undang-undang invisible' yang cuma perlu ditegaskan semula dengan dehem atau batuk-batuk kecil. Contohnya, jelingan empat mata tanpa kata-kata dari balik surat khabarnya cukup dimengertikan saya dengan maksud ;
"Ini jam empat petang, bukan masa untuk bergelimpangan menonton TV, keluar sekarang! pergi bersukan, jogging, latihan Taekwondo, tanam bunga dan sebagainya, pemalas!"
Itulah bapa kami. Kenangan bersamanya bersemadi di hati kami walaupun kini kami kehilangan kasih sayang seorang insan bernama bapa. Kepada kita semua, Sayangilah kedua orang tua selagi mereka masih ada, sebelum kita terlalu lambat untuk berbuat demikian. Peluklah mereka sebelum kita terlalu lewat untuk menyatakan kita adalah anak-anak yang bersyukur!
Kepada Guba, Congrats on your first album. Kalau ada yang cakap tumpang tuah Yuna & Diana, lantaklah, rezeki sudah tertulis, alhamdulilah, kita mahu duet dengan artis sini-sini nyanyi lagu rasa sayang pun belum tentu dapat bei.... heeee, Good Job!!
Wah, tidak sabar tunggu album dilancarkan ni. Good job my bro! Syabas.
Wasallam.
Pa'al
![]() |
| Pre-Dengar Album 'Hilang' Guba di www.wowloud.com |

Adakah Hidup ini begitu kosong?
Smartphone.
Laman itu
Laman ini
Laman situ
Laman sana
Laman sini
Adakah kita begitu perlu memaklumkan alam maya kita siapa?
Adakah hidup kita terlalu kosong sehingga kata-kata pun terperangkap di celah tenggorokan, berkulut di lingkar fikir, sekusut rambut, sekusut hari, lalu kita menekan butang-butang pintar untuk menjadi kita?
Laman sini.
Laman sana.
Laman situ
Laman ini
Laman itu
Smartphone.
titik
pa'al
kk

Cuti cuti Panjang di Borneo!
Seronoknya bercuti panjang!
Soalan Kenegaraan Bukan Peperiksaan!
Bilakah pertama kali anda mengenal Pesta Kaamatan dan Gawai? Bagi orang-orang sabah Sarawak, adakah sambutan ini pernah diterangkan ibubapa kita kepada kita sewaktu kita sudah mula mengenal ABC, 123 dan masuk sekolah rendah..? Atau kita hanya mengenalnya setelah mencapai umur dewasa? Melalui Google? Gulp ( telan airliur).
Cuti Umum jumpa Cuti sekolah
Mendengar bunyi-bunyi kemeriahan dentam-dentum mercun semalam, rasanya ia datang dari perkarangan KDCA Hongkod Koisaan sebagai tanda penutup musim pesta menuai yang disambut secara tahunan sepanjang bulan Mei ini di Sabah. Menjadi kebiasaan bagi kita di Malaysia, bahawa pada setiap kali kemuncak pesta-pesta sebegini sememangnya akan sesak dan dibanjiri orang ramai. Sebab itu saya lebih sukakan Pesta Buku! Sesak namun kurang bingit. Ah, dasar introvert!
Pesta Menuai adalah pesta paling happening di Sabah dan paling dekat dengan masyarakatnya terutamanya mereka yang terlibat di dalam industri penanaman padi. Seusai penat lelah menanam dan menuai, dapat hasil maka inilah masanya bagi mereka berehat-rehat sementara menunggu untuk musim menanam padi seterusnya. Dua cuti umum bertembung cuti sekolah, wah meriahnya, bukan main seronok anak-anak sekolah di Sabah Sarawak. Syukurlah.
Pulang Kampung
Suasana sambutan pesta menuai di Sabah dan Sarawak sebenarnya sangat unik. Bagi beberapa kawasan khasnya di kawasan pedalaman, sambutan pesta ini bolehlah dikatakan seperti menyambut Hari Raya, Krismas atau hari-hari perayaan besar! Anak-anak kampung yang berada jauh di perantauan akan balik ke kampung semata-mata untuk merayakan perayaan ini. Di Sabah, selain balik bertemu keluarga, menjenguk kampung yang sudah lama ditinggalkan, antara tujuan 'Pulang kampung' adalah untuk bersama-sama meraikan sambutan kemuncak Kaamatan, menyaksikan sambutan Unduk Ngadau peringkat kampung, daerah dan ada juga yang sanggup ke KK untuk menyaksikan acara kemuncak Kaamatan di KDCA Hongkod Koisaan, bertempat di daerah Penampang.
Moginum, Aramai tih!
Haa, ada satu lagi acara wajib di bulan Kaamatan di Sabah! Acara Moginum ataupun minum tapai bagi masyarakat Kadazan Dusun Murut akan dibuat oleh mereka, lebih rancak pada penghujung Mei iaitu pada kemuncak Kaamatan. Acara Moginum selesa dibuat pada ketika ini kerana cuti umum.
Moginum kebiasaannya, lebih selesa dibuat dengan 'acara sendiri-sendiri'. Maksudnya dengan majlis kecil dan semacam tertutup di rumah sendiri, mungkin gabungan beberapa isirumah mahupun sekadar gathering kawan-kawan rapat, lepak-lepak bersama rakan taulan yang balik dari perantauan dan sebagainya. Moginum ini dibuat dengan minum tapai, lihing, bahar, montoku dan sebagainya sambil 'makan-makan' makanan ringan yang dipanggil 'pusas' (bahasa Dusun).
Pusas boleh jadi apa sahaja yang dimakan sambil minum tapai, kebiasaannya sayur atau lauk-pauk yang ditumis atau berkuah seperti ayam, daging, pucuk ubi, pucuk paku dan sebagainya. Turut disediakan biasanya makanan kekacang seperti kacang tanah panggang dan kuaci. Kebiasaannya, tuan rumah turut mempelawa hadirinnya untuk sama-sama berkaraoke dan menari.
Pada permulaannya, ungkapan 'aramai tih' yang disebut-sebut kini, sebenarnya muncul atau 'terungkap' ketika acara kemuncak 'gathering-gathering' seperti ini, iaitu tatkala para hadirin termasuk tuan rumahnya sudah 'panas enjin' dan majlis berjalan lancar serta semua hadirinnya seronok bergembira menyanyi, menari, minum sambil bergelak-ketawa. Masing-masing secara sedar atau tidak akan menjeritkan 'aramai tih' kepada sesama sendiri atau kepada mereka yang dijemput, kepada mereka yang baru sampai dan sebagainya. Acara ini selalunya berlarutan sehingga larut malam atau sehingga bekalan makanan mereka habis ( Hehehe). Acara ini dijalankan sepanjang bulan lima (Mei) ini. Kemeriahan dan keseronokkan majlis yang berjalan lancar penuh ceria inilah sedikit sebanyak yang diambil di dalam konsep 'Aramai Tih!' yang digunakan oleh kita kini.
Konsep Moginum dan Aramai Tih!
Selesai bulan Mei, Jun menjelma. Bulan yang bakal mengumumkan nama-nama penulis bertuah, yang produktif, gigih dan rajin berkarya untuk naik ke pentas HSS untuk tahun 2012. Pertengahan tahun seperti ini, tentu sudah banyak karya anda berada di dalam tangan, sudah masak dan menunggu untuk dituai pada bila-bila masa. Tahniah! Teruskan menulis.
Saya teringat pertemuan atau gathering (tiada kaitan dengan moginum ok) saya bersama Fafah (Faridah Abd. Hamid) dan Ain (Ruhaini Matdarin) kelmarin di Fook Yuen. Kata Fafah : mengembaralah di dalam karya, kata Ain: Antara nama dan karya, yang mana satu perlu diutamakan penulis? Pertandingan, untuk mendapat nama atau untuk dinilai sebagai karya bagus?
Ini sebuah teladan metafora yang kami ciptakan;
"Burung, kalau dianiaya, lama-kelamaan akan lari ke juga ke pasar ( Jose Rizal, Padang bulan karya Si keriting) dan burung tiung yang diletakkan di tepi tandas lama-kelamaan akan berbunyi seperti tandas dan terlupa bahawa ia hanya seekor burung kecil"
Sudah tentu mereka berdua mengingati teori saya tentang 7 elemen penting sinetron dari dua negara pengeluar sinetron yang sarat berat dengan ratusan episod itu. Tak perlu dihurai kerana ianya sekadar gurauan musim hujan. Kemudian, saya teringat pula cerita hantu Tamil yang diceritakan Fafah, filem Bunohan dan The Lady lakonan Michelle Yeoh yang hampir aneroxia kerana cuba merealisasikan watak Aung San Suu Kyi, yang diringkaskan Ain di dalam ceritanya.
Kami juga bercerita tentang filem-filem Tim Burton, juga filem bertema cerita jujur dengan barisan pelakon tidak terkenal namun lakonan mereka hidup dan mengesankan, paling menarik cerita masyarakat daripada filem-filem Iran seperti The Songs of Sparrow dan terbaru, The Separation. Juga tentang Kumpulan cerpen Escape At Midnight karya Pearl S. Buck, satu-satunya wanita yang berjaya mendapat anugerah kembar Nobel Prize kerana tulisannya / penglibatannya di dalam kesusasteraan dan Pulitzer Prize untuk buku fiksyennya For the Good Earth.
Kesemuanya ini dapat kiranya diterjemahkan dengan citra tempatan di dalam bentuk cerpen kami kelak, kononnya, hehe. Bukan jalan ceritanya yang menjadi bualan semata-mata, namun seni abstrak yang dapat dicungkil oleh mata-mata kami ketika menonton, menghayati atau membaca bahan-bahan yang dikongsikan ceritanya bersama itulah sebenarnya yang mencacah ingatan untuk sebuah ilham, insyaalah. Sambil minum-minum kopi panas dapat pula menyegarkan minda untuk menulis kembali. Ah, bahagianya cuti!
Kata Ain, cuti Kaamatan setahun sekali, jadi kami habiskan masa beberapa jam untuk berbual-bual hari itu, catch up karya masing-masing yang kebanyakannya terbengkalai kerana pekerjaan hakiki masing-masing. Haa, apa-apalah, yang penting kita terus menulis. Menghasilkan karya. Kata Fafah, jangan datang berpuluh-puluh bengkel Sastera hanya untuk menonjolkan diri sebagai penulis, tetapi semak kembali apa yang kita tulis? Lebih baik duduk di rumah dan menulis kalau mahu digelar penulis. Kata ain lagi, karya untuk diterbitkan, bukan untuk disimpan dan dipuja sendiri di rumah. Haha, apa-apapun, Insyaalah semuanya akan berhasil jika kita mahu. Menulislah.
Aramai Tih!
Wasalam.
Pa'al
![]() |
| Kotobian Tadau Tagazo Do kaamatan kio! Ehsan : Google |
Pesta Kaamatan yang berlangsung sepanjang bulan Mei melabuhkan tirai semalam pada tarikh 31hb Mei. Unduk Ngadau bersanggul bulat telahpun dinobatkan dan malam tadi, berbaur cuaca kurang baik, mercun berdentam-dentum bersilang bunyi guntur-guruh yang kemudiannya diakhiri dengan hujan keriting. Bagi memastikan pesta ini senantiasa menjadi pesta sambutan tahunan, dirayakan dan diingati semua khususnya masyarakat sabah, ia telah ditandakan sebagai salah satu sambutan penting di dalam kalendar pelancongan Malaysia. Adat tradisi ini unik harus dipelihara dan ada moral dan nilai-nilai murni seperti kesyukuran, penghargaan,dan sebagainya terdapat di dalam itineri sambutannya. Kemeriahan ini diteruskan lagi dengan sambutan Hari Gawai di Sarawak pada 1hb-2hb Jun ini. Ditambah-tambah keseronokan cuti sekolah. Ah, seronoknya bercuti panjang di Borneo!
![]() |
| Selamat Hari Gawai! Ehsan : Google |
Bilakah pertama kali anda mengenal Pesta Kaamatan dan Gawai? Bagi orang-orang sabah Sarawak, adakah sambutan ini pernah diterangkan ibubapa kita kepada kita sewaktu kita sudah mula mengenal ABC, 123 dan masuk sekolah rendah..? Atau kita hanya mengenalnya setelah mencapai umur dewasa? Melalui Google? Gulp ( telan airliur).
Cuti Umum jumpa Cuti sekolah
Mendengar bunyi-bunyi kemeriahan dentam-dentum mercun semalam, rasanya ia datang dari perkarangan KDCA Hongkod Koisaan sebagai tanda penutup musim pesta menuai yang disambut secara tahunan sepanjang bulan Mei ini di Sabah. Menjadi kebiasaan bagi kita di Malaysia, bahawa pada setiap kali kemuncak pesta-pesta sebegini sememangnya akan sesak dan dibanjiri orang ramai. Sebab itu saya lebih sukakan Pesta Buku! Sesak namun kurang bingit. Ah, dasar introvert!
Pesta Menuai adalah pesta paling happening di Sabah dan paling dekat dengan masyarakatnya terutamanya mereka yang terlibat di dalam industri penanaman padi. Seusai penat lelah menanam dan menuai, dapat hasil maka inilah masanya bagi mereka berehat-rehat sementara menunggu untuk musim menanam padi seterusnya. Dua cuti umum bertembung cuti sekolah, wah meriahnya, bukan main seronok anak-anak sekolah di Sabah Sarawak. Syukurlah.
Pulang Kampung
Suasana sambutan pesta menuai di Sabah dan Sarawak sebenarnya sangat unik. Bagi beberapa kawasan khasnya di kawasan pedalaman, sambutan pesta ini bolehlah dikatakan seperti menyambut Hari Raya, Krismas atau hari-hari perayaan besar! Anak-anak kampung yang berada jauh di perantauan akan balik ke kampung semata-mata untuk merayakan perayaan ini. Di Sabah, selain balik bertemu keluarga, menjenguk kampung yang sudah lama ditinggalkan, antara tujuan 'Pulang kampung' adalah untuk bersama-sama meraikan sambutan kemuncak Kaamatan, menyaksikan sambutan Unduk Ngadau peringkat kampung, daerah dan ada juga yang sanggup ke KK untuk menyaksikan acara kemuncak Kaamatan di KDCA Hongkod Koisaan, bertempat di daerah Penampang.
Moginum, Aramai tih!
![]() |
| Inilah tajau-tajau yang digunakan untuk menghasilkan tapai atau lihing. Ehsan : Sabah-Sogood.blogspot.com / google |
![]() |
| Si Inai sdg minum lihing dr 'Suki' (keratan bambu kecil) Ehsan : Flyingdusun.com |
Pusas boleh jadi apa sahaja yang dimakan sambil minum tapai, kebiasaannya sayur atau lauk-pauk yang ditumis atau berkuah seperti ayam, daging, pucuk ubi, pucuk paku dan sebagainya. Turut disediakan biasanya makanan kekacang seperti kacang tanah panggang dan kuaci. Kebiasaannya, tuan rumah turut mempelawa hadirinnya untuk sama-sama berkaraoke dan menari.
![]() |
| Pusas jeruk ikan (Ikan sungai dijeruk bersama buah Pangi/Kepayang, garam dan sedikit nasi baru masak) Ehsan : Donovanos.blogspot.com (Tq gaman) |
Pada permulaannya, ungkapan 'aramai tih' yang disebut-sebut kini, sebenarnya muncul atau 'terungkap' ketika acara kemuncak 'gathering-gathering' seperti ini, iaitu tatkala para hadirin termasuk tuan rumahnya sudah 'panas enjin' dan majlis berjalan lancar serta semua hadirinnya seronok bergembira menyanyi, menari, minum sambil bergelak-ketawa. Masing-masing secara sedar atau tidak akan menjeritkan 'aramai tih' kepada sesama sendiri atau kepada mereka yang dijemput, kepada mereka yang baru sampai dan sebagainya. Acara ini selalunya berlarutan sehingga larut malam atau sehingga bekalan makanan mereka habis ( Hehehe). Acara ini dijalankan sepanjang bulan lima (Mei) ini. Kemeriahan dan keseronokkan majlis yang berjalan lancar penuh ceria inilah sedikit sebanyak yang diambil di dalam konsep 'Aramai Tih!' yang digunakan oleh kita kini.
Konsep Moginum dan Aramai Tih!
![]() |
| Kopi ni paling sedap diminum ketika ia masih panas! Ehsan : Google |
Saya teringat pertemuan atau gathering (tiada kaitan dengan moginum ok) saya bersama Fafah (Faridah Abd. Hamid) dan Ain (Ruhaini Matdarin) kelmarin di Fook Yuen. Kata Fafah : mengembaralah di dalam karya, kata Ain: Antara nama dan karya, yang mana satu perlu diutamakan penulis? Pertandingan, untuk mendapat nama atau untuk dinilai sebagai karya bagus?
Ini sebuah teladan metafora yang kami ciptakan;
"Burung, kalau dianiaya, lama-kelamaan akan lari ke juga ke pasar ( Jose Rizal, Padang bulan karya Si keriting) dan burung tiung yang diletakkan di tepi tandas lama-kelamaan akan berbunyi seperti tandas dan terlupa bahawa ia hanya seekor burung kecil"
Sudah tentu mereka berdua mengingati teori saya tentang 7 elemen penting sinetron dari dua negara pengeluar sinetron yang sarat berat dengan ratusan episod itu. Tak perlu dihurai kerana ianya sekadar gurauan musim hujan. Kemudian, saya teringat pula cerita hantu Tamil yang diceritakan Fafah, filem Bunohan dan The Lady lakonan Michelle Yeoh yang hampir aneroxia kerana cuba merealisasikan watak Aung San Suu Kyi, yang diringkaskan Ain di dalam ceritanya.
Kami juga bercerita tentang filem-filem Tim Burton, juga filem bertema cerita jujur dengan barisan pelakon tidak terkenal namun lakonan mereka hidup dan mengesankan, paling menarik cerita masyarakat daripada filem-filem Iran seperti The Songs of Sparrow dan terbaru, The Separation. Juga tentang Kumpulan cerpen Escape At Midnight karya Pearl S. Buck, satu-satunya wanita yang berjaya mendapat anugerah kembar Nobel Prize kerana tulisannya / penglibatannya di dalam kesusasteraan dan Pulitzer Prize untuk buku fiksyennya For the Good Earth.
Kesemuanya ini dapat kiranya diterjemahkan dengan citra tempatan di dalam bentuk cerpen kami kelak, kononnya, hehe. Bukan jalan ceritanya yang menjadi bualan semata-mata, namun seni abstrak yang dapat dicungkil oleh mata-mata kami ketika menonton, menghayati atau membaca bahan-bahan yang dikongsikan ceritanya bersama itulah sebenarnya yang mencacah ingatan untuk sebuah ilham, insyaalah. Sambil minum-minum kopi panas dapat pula menyegarkan minda untuk menulis kembali. Ah, bahagianya cuti!
Kata Ain, cuti Kaamatan setahun sekali, jadi kami habiskan masa beberapa jam untuk berbual-bual hari itu, catch up karya masing-masing yang kebanyakannya terbengkalai kerana pekerjaan hakiki masing-masing. Haa, apa-apalah, yang penting kita terus menulis. Menghasilkan karya. Kata Fafah, jangan datang berpuluh-puluh bengkel Sastera hanya untuk menonjolkan diri sebagai penulis, tetapi semak kembali apa yang kita tulis? Lebih baik duduk di rumah dan menulis kalau mahu digelar penulis. Kata ain lagi, karya untuk diterbitkan, bukan untuk disimpan dan dipuja sendiri di rumah. Haha, apa-apapun, Insyaalah semuanya akan berhasil jika kita mahu. Menulislah.
Aramai Tih!
Wasalam.
Pa'al
Isnin
Perihal bersabar
Perihal bersabar.
Seperti yang saya katakan di dalam posting sebelum ini, kanak-kanak banyak mengajar kita tentang kehidupan. Mereka menginspirasikan kita kepada sesuatu. Pagi ini, saya disedarkan sekali lagi tentang perkara ini, yakni perihal bersabar.
Tidak perlu dijelaskan panjang-panjang, ceritanya begini saja; kata anak lelaki saya apabila bajunya tertumpah air, tidak disengajakan;
"Its ok mummy, nanti kering juga ni baju. No need to change" katanya, kemudian berlari girang menuju kelas.
Kita sering diingatkan tentang sesuatu yang kita tahu tetapi banyak kali terlupa tentangnya, seperti perihal 'supaya banyak-banyak bersabar' dan sebagainya. Melalui berbagai-bagai medium seperti melalui kanak-kanak yang berbual dengan kita, melalui lagu yang kita dengar dengan jelas secara tiba-tiba, melalui alam sekitar yang 'berkata-kata' dengan kita tentang nasibnya, mahupun kejadian-kejadian istimewa yang berlaku di depan mata kita dan sebagainya.
Apapun, Selamat memulakan minggu dengan penuh kesabaran. Good luck!
Wasalam,
Pa'al
Seperti yang saya katakan di dalam posting sebelum ini, kanak-kanak banyak mengajar kita tentang kehidupan. Mereka menginspirasikan kita kepada sesuatu. Pagi ini, saya disedarkan sekali lagi tentang perkara ini, yakni perihal bersabar.
![]() |
| ehsan : google |
"Its ok mummy, nanti kering juga ni baju. No need to change" katanya, kemudian berlari girang menuju kelas.
Kita sering diingatkan tentang sesuatu yang kita tahu tetapi banyak kali terlupa tentangnya, seperti perihal 'supaya banyak-banyak bersabar' dan sebagainya. Melalui berbagai-bagai medium seperti melalui kanak-kanak yang berbual dengan kita, melalui lagu yang kita dengar dengan jelas secara tiba-tiba, melalui alam sekitar yang 'berkata-kata' dengan kita tentang nasibnya, mahupun kejadian-kejadian istimewa yang berlaku di depan mata kita dan sebagainya.
Apapun, Selamat memulakan minggu dengan penuh kesabaran. Good luck!
Wasalam,
Pa'al
Jumaat
Perangai Buruk?
Kata satu pepatah, perangai buruk itu seperti tayar pancit. Kita masih boleh bergerak ke depan dengan tayar yang pancit tetapi, kita tidak akan dapat maju terus ke hadapan jika tidak menukarnya.
Apapun, regardless of siapa, hormatilah sesiapa juga selagi kita sama-sama bergelar manusia yang tinggal dan menumpang di bumi Allah ini. Di dunia, kita mungkin mempunyai kelebihan harta benda, wang, kehidupan mewah, kemanjaan, sokongan keluarga atau sekutu, makan pakai yang dijaga pembantu rumah atau ibu bapa, isteri atau pasangan masing-masing, oleh yang demikian apabila berada di tahap kesenangan sebegitu, sekali-sekala letakkanlah diri anda di sebelah pihak pula, iaitu di sebelah mereka yang kurang bernasib baik.
Apapun juga, menghormati orang lebih mudah daripada menelan sesuap nasi. Regardless of siapa dia, sekali lagi, hormatilah sesiapa juga. Hormatilah kemanusiaan. Kata kawan baik saya, jangan membalas perbuatan kurang ajar dengan cara kurang ajar, kerana membalas dengan cara yang sama dengan lawan hanya akan menyamakan prinsip diri kita jadi setaraf dengan orang yang memperlakukan kita sebegitu. Kata Bruce Lee, kick fight! fight and win! fight fire with fire bla bla bla. Pilihlah falsafah yang berkaitan dengan diri sendiri.
Bagi saya yang sekerdil rumput di padang, sekenit semut tidak bernama ini, sekecil kuman hodoh yang tidak kelihatan ini, perangai buruk yang ditumpahkan kepada saya ibarat lagu kegemaran saya yang dinyanyikan terdengar sedap di dalam program realiti tv, semakin lama didengar semakin hilang integritinya. Ketulusan tidak dibawa angin ketika ia datang dan pergi di dalam diri setiap orang, tetapi ia bernyanyi di setiap lagu kata-katanya. Pendek kata, lagu yang tidak sedap didengar, tidak perlu didengar. Firm.

"Every man must decide whether he will walk in the light of creative altruism or in the darkness of destructive selfishness." -Martin Luther King-
Be firm, kawanku.
Wasalam,Pa'al
Selasa
Piala
![]() |
| Baling kasut tanda penghargaan! |
"Kiranya anda pemilik banyak sekali piala, simpanlah piala itu di dalam almari dan tutup. Ingati saja bahawa piala-piala itu pernah ada di dalam genggaman anda dahulu, sekarang buatlah kejayaan baru"
Lady Gaga dalam SYTYCD
Saya bukan peminat Lady Gaga, tapi kenyataan di atas saya sangat suka!
Jumaat
Earth Hour esok!
Ya, Earth Hour kembali lagi. Esok 31 Mac, 2012 tepat jam 8.30 malam sehingga 9.30 malam semua umat manusia digalakkan untuk memadamkan lampu dan semua suis letrik di kediaman dan pejabat anda sebagai tanda sokongan kepada Earth Hour.

Menurut Wikipedia, Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia WWF, disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac, yang mahukan kediaman dan pejabat untuk mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim. Dikendalikan oleh WWF Australia dan Sydney Morning Herald pada 2007,[1]dan mendapat sokongan dunia pada 2008.
Earth Hour yang pertama diadakan di Sydney Australia pada 31 Mac, 2007 yang bermula dari jam 7.30 malam sehingga 8.30 malam.
Ok, padam atau tidak padam? Buatlah keputusan. To care or not to care, its our world. Yang saya pasti, setiap tahun kami tidak pernah terkecuali daripada menyambut Earth Hour. Selama satu jam itu kami seisi rumah akan bermain cahaya lilin (yang jarang-jarang dilakukan, hanya apabila 'blackout'), melihat keluar.. langit yang gelap tetapi berbintang kalau tidak hujan. Boleh bermain bayang-bayang tangan juga. Yay!
Selepas diumumkan di dalam Berita-berita atau di dalam surat khabar keesokkan harinya, selalu kita lihat atau dengar orang-orang lain berkata' Oh, semalam kah acara tu?" "wah, gelapnya pula semalam di sana ya?" ...semua berkata-kata usaha ini bukan melibatkan mereka. Kenapa tidak ikut serta? Malu? Segan dengan jiran tetangga kerana takut dikatakan bodoh bergelap kerana itu kerja orang-orang besar saja, bukan kita?"
Sepatutnya kita berbangga menyertainya, kerana kita menyokong usaha murni dunia untuk kehidupan yang lebih baik. Saya percaya apa saja kebaikan yang kita lakukan, walau sekecil kuman pun akan memberi impak kepada sesuatu, dan yang pasti di sini, di dalam program Earth Hour ini, untuk bumi yang lebih sejahtera, insyaalah!
Saya sayang BUMI!
Wassalam.

You're so fine
It feels like December
The birds flew across my bedroom window
And the spiral staircase
That we used to hang around 'til 3 in the afternoon
I remember that day
The purple hoodie that you're wearing
And the smile up on your face
Your hair was flowing in the air
As you were sitting by my side
You moved me with your tides
You're so fine
And I wouldn't do anything
To deny you
And I would die for
You..
Oh baby don't despair
You're not alone I'm always there
I wish I was the one who's scared
Of the sickness that you bear
For as long as I could stay
I'll be happy just to see you smile for another day
But you're gone now
Oh so far gone now
Where the trees are green and cloudy grounds it seems
But my time will come
Oh so let it come
Where we'll meet again
Until the end of time
| Guba di Laguna Music |
Sabtu
Alhamdulilah.
Ketika saya sedang mencatat baris terakhir catatan ini, lagu Guba & Yuna baru saja dimainkan stesyen radio ini, terima kasih XFM.
You & Me, Guba
pa'al :D
kk
Isnin
Bosan.
Saya telah deactivated account Facebook. Setiap hari saya membaca status update yang bermacam ragam diberitahu melalui telefon. Di mana-mana, ke mana-mana saya seperti diekori oleh status-status bermacam ragam yang diciptakan 'so called' kawan di Fb ini. Semacam diserang sosial harrasment la pula. Saya belum lagi tua untuk berhenti menikmati keseronokkan 'mengelilingi dunia' dengan internet namun setiap kita punya had, bukan?
Di FB, cakap saja apa pekerjaannya ~ doktor, jururawat, guru, pengetua, penjaga parking, bekerja, tidak bekerja? cakap saja apa pekerjaannya dan lihatlah di 'negara membiru' ini, kesemuanya dihimpun di dalam suatu budaya yang melingkari manusia, salah satunya adalah budaya ekspresi diri, atau 'melepas perasaan'.
Bagus juga medium ini kalau difikir-fikirkan. Dahulu-kala, di zaman sebelum millenium ini perbezaan di antara tua dan muda sangat ketara. Stress diluahkan di dalam cara yang agak skema berbanding kini. Duduklah berjam-jam di depan komputer dan buatlah eksplorasi anda di sini, sedar-sedar hampir setengah masa hidup anda hampir dihabiskan dengan FB. Semua ni mungkin pernah terjadi dengan kita, bukan?
Suatu hari, jika saya sudah bosan menjadi bosan mungkin saya akan aktifkan kembali FB saya. Namun, buat masa ini, fokus adalah kerja-kerja yang terbengkalai. FB bukanlah satu-satunya medan berkomunikasi dan buat masa ini ia lebih melalaikan dan saya selalu terlalai olehnya.(haha...ha, bukan salah sesiapapun)
Yang penting, waktu ini, selamatlah mata daripada sakit mata melihat keaktifan FB teman-teman yang saya pernah dan tidak pernah 'ketemu', terutamanya posting gambar-gambar wajah sendiri dari berbagai-bagai 'sudut' yang diambil dengan sebelah tangan bersama bulu mata palsu, senyuman manja, rambut mengurai, dada terburai (haha...ha), status kedudukan diri terkini (ke tandas, akan ke bilik tidur, akan ke dapur, setelah menonton filem, betapa seronoknya menonton bersama si cintanya), status atau segala macam bentuk ceramah-ceramah yang tidak henti-henti menyuruh saya menjadi baik dan sebagainya! Phewwww.
Sekurang-kurangnya sekarang ini, rehat!
Daaaaa...
pa'al
27022012
Di FB, cakap saja apa pekerjaannya ~ doktor, jururawat, guru, pengetua, penjaga parking, bekerja, tidak bekerja? cakap saja apa pekerjaannya dan lihatlah di 'negara membiru' ini, kesemuanya dihimpun di dalam suatu budaya yang melingkari manusia, salah satunya adalah budaya ekspresi diri, atau 'melepas perasaan'.
Bagus juga medium ini kalau difikir-fikirkan. Dahulu-kala, di zaman sebelum millenium ini perbezaan di antara tua dan muda sangat ketara.
Suatu hari, jika saya sudah bosan menjadi bosan mungkin saya akan aktifkan kembali FB saya. Namun, buat masa ini, fokus adalah kerja-kerja yang terbengkalai. FB bukanlah satu-satunya medan berkomunikasi dan buat masa ini ia lebih melalaikan dan saya selalu terlalai olehnya.(haha...ha, bukan salah sesiapapun)
Yang penting, waktu ini, selamatlah mata daripada sakit mata melihat keaktifan FB teman-teman yang saya pernah dan tidak pernah 'ketemu', terutamanya posting gambar-gambar wajah sendiri dari berbagai-bagai 'sudut' yang diambil dengan sebelah tangan bersama bulu mata palsu, senyuman manja, rambut mengurai, dada terburai (haha...ha), status kedudukan diri terkini (ke tandas, akan ke bilik tidur, akan ke dapur, setelah menonton filem, betapa seronoknya menonton bersama si cintanya), status atau segala macam bentuk ceramah-ceramah yang tidak henti-henti menyuruh saya menjadi baik dan sebagainya! Phewwww.
Sekurang-kurangnya sekarang ini, rehat!
Daaaaa...
pa'al
27022012
Rabu
Proses Kreatif.
Saya teringat sebuah randau Sastera yang saya hadiri lama dulu. Berbuih-buih mulut para panel membicarakan tentang proses kreatif. Apa dia proses kreatif buat anda?
Menurut DBP, proses kreatif adalah proses merekayasa dengan menggunakan segala kebolehan mencipta anda, menghasilkan dan mengembang idea-idea baru dan paling penting asli, bukan cedokan daripada mana-mana bahan, ilham, karya atau apa juga, sebelumnya.
Muzik sememangnya sebahagian daripada diri saya, selain menulis dan menjadi manusia biasa. Video muzik di bawah rasanya cukup lengkap menunjukkan hasil sebuah proses kreatif yang boleh menginspirasikan, tergantung kepada bagaimana anda 'melihatnya' atau mendengarnya. Apa-apapun, berbalik kepada citarasa masing-masing, bukan?
:)

Doa untuk adik kecik.
Akhirnya dia berduet dengan Yuna, dulu lagu ini cuma dinyanyikan di dalam bilik tidur dia dan kamar mandi kami saja, kenangan.. hehe. Apapun, doa yang terbaik buat adik kami, Guba. Kalau bapa kami masih ada, dia tentu bangga. Ya.
Jumaat
Sinikal.
Bakat kurniaan Tuhan yang dapat memadamkan segala getusan sinikal sesiapa saja. Suaranya seindah seluruh nyanyiannya. Siapa tidak terharu melihat dia?
Khamis
Bulan Pisang ( Banana Moon)
Di hadapan pagi
di halaman kota ilmu
dua anak-anak itu
berpegangan tangan
berlari girang meniti
limpah larik cahaya bulan
yang masih lekat atas
hujung rumput-rumput
berselimut embun dingin
Di bawah bulan sabit
yang menyala kuning
mereka berhenti
mendongak langit,
kata mereka,
bulan pisang
adalah bulan yang manis
adalah bulan yang masih lena
lalu mereka berlari semula
ke hadapan pagi
di halaman ilmu
yang masih gelita
damai disuluhi cahaya
bulan pisang
pa'al, kk
di bawah lembayung bulan pisang
19012012
(untuk sasterawan-sasterawan kecilku)
Selasa
Menjahit ozon, anjing merah jambu dan seorang peminum kopi panas di waktu panas.
Bumi semakin panas. Kalau mahu menjadi kerepek goreng, silakan berdiri di tengah jalan raya yang meruap, yang menyilaukan, yang menelan segala kelembapan dunia dengan berfatamorgana dan perlahan-lahan naik ke langit dan menuju entah ke mana itu. Tolak campur usia anda, agak-agak sepuluh bulan masa anda sepatutnya masih muda akan segera dapat disejat lantai bumi yang kering membara.
Entah kita yang sudah dewasa ini sedar atau tidak bahawa dunia kini semakin tidak selamat dihuni oleh manusia-manusia (cucu-cicit ..generasi kita) akan datang?
Mengapa pasar-pasar raya terkial-kial menyuruh kita membayar beberapa sen untuk harga sebuah beg plastik yang tidak mesra alam demi menggalakkan kita membeli beg beli belah yang lebar, yang kadang-kadang membuat kita kelihatan sepuluh bulan tiga hari lebih tua daripada usia sebenar.
Mengapa pula kita enggan membeli beg kitar semula itu? Mungkin kerana nilai dua puluh sen itu membuat kita rasa dianiaya hidup-hidup di zaman ini. Mungkin juga, kita memang manusia yang tidak suka kepada perubahan. Kajian beberapa pakar motivasi, ketika mengarahkan beberapa kumpulan orang dewasa melukis 'pemandangan di kampung saya'; hasilnya; ramai orang dewasa (tanpa mengira asal, bangsa, dibuat selang beberapa abad setiap kumpulan-diringkaskan begitu) hampir kesemuanya melukis objek gunung-gunung dan matahari yang muncul dari celah gunung. Salah satu indikator yang menunjukkan bahawa, manusia amat sukar berubah.
Walaupun ada juga beg guna / kitar semula yang kini agak 'fancy', ramai yg masih sanggup menggunakan beg plastik yang nantinya akan dibuang ke dalam tong sampah juga kelak. Apapun, bila agaknya kita akan menggunakan beg kertas bermutu tinggi dan mesra alam sebagai ganti kepada beg-beg plastik yang cuma boleh dibeli dengan harga dua puluh sen itu?

Apapun, saya teringat sebuah cerita kartun di tv yang semacam berkaitan isu alam sekitar, walaupun secara tidak langsung tapi rasanya ia mencuit hati. Ia adalah cerita seekor anjing yang berwarna merah jambu. Mungkin anda juga pernah menonton cerita tentang anjing ini yang telah menyelamatkan dunia dengan menjahit lapisan ozon dengan jarum dan segulung benang baju panas.
Anjing itu milik sepasang warga tua yang telah ditawan oleh 'snowman' dunia terakhir yang sakti tetapi murung dan penuh kekecewaan. Oleh kerana tempat tinggalnya di North Pole telah dicairkan secara tidak sengaja oleh 'pemanasan global' yang antaranya disebabkan lapisan ozon yang telah koyak, si patung salji tersebut telah membalas dendam kepada manusia dengan menukarkan sebuah gurun yang lebih panas daripada ketuhar sehingga menjadi sebuah lembah ais yang luas dan manusia-manusia yang melawan katanya akan disumpah menjadi beku, termasuk kedua tuan si anjing.
Setelah berjaya meloloskan diri dari kejahatan si snowman yang kejam, si anjing menggunakan seluar panjang tuannya yang dilarikannya sebagai payung terjun dan dengan bantuan sebuah kapal terbang yang juga berwarna merah jambu. Si anjing telah mengapung di langit di mana terdapat koyakan ozon yang menakutkan itu, kemudian dia segera menjahit lapisan tersebut dengan jahitan yang sangat kemas dan ketat.
Akhirnya, awan-awan di kutub utara kembali menggugurkan hujan salji dan sungai-sungai serta lautan yang baru sebentar bersuka ria berhempas-hempas ke tebing segera membeku semula dan semuanya menjadi seperti sediakalanya, termasuklah kawan-kawan patung-patung ais lain si jahat snowman itu. Si snowman kemudian kembali ke kutub utara dan mengembalikan dunia yang diganggunya kepada yang asal. Si anjing yang berjasa itu, menyalak manja tuannya yang kini cuma berseluar katuk corak bulat-bulat, si tuannya yang sememangnya perengus itu mengetuk kepala si anjing merah jambu lalu cerita diakhiri dengan si anjing girang membuat aksi yang ditunggu-tunggu penonton setianya iaitu mengekek kepada mereka.
Realitinya, kita tidak memiliki anjing merah jambu untuk menyelamatkan dunia. Superhero-superhero yang diwujudkan sejak zaman kita masih kanak-kanak sekadar memberi inspirasi buat kita agar melakukan kebaikan, tidak kira di manapun atau untuk siapa, bukan? Lalu, apa yang perlu kita buat di kala dunia kita menjadi semakin panas? Sebagai manusia biasa, apa yang seharusnya kita lakukan adalah mendekati alam sekitar, di manapun kita berada dengan menyokong apa-apa juga usaha mana-mana pihak yang bertujuan untuk memelihara atau memulihara alam sekitar. Skema betul kenyataan ini, bukan? Namun saya mempercayainya.
Bukan pejuang alam sekitar, bukan juga ahli pencinta alam, saya cuma Pena Alam, seorang yang biasa-biasa namun sayangkan kehijauan dan kedamaian, serta segala usaha dan tindakan yang mampu 'menjahit kembali lapisan ozon' dengan 'jarum dan benang baju panas' seperti si anjing merah jambu itu. Kata kawan saya, manusia yang hebat adalah manusia yang senantiasa menginspirasikan alam di dalam karya dan kehidupannya, memuja alam, sama adanya seperti kita memuja dan memuliakan penciptanya. Saya juga percaya kata-kata itu.
Percaya atau tidak, kita akan lebih bersahabat dengan panas alam dengan meneguk kopi panas yang sedang-sedang manisnya. Itu kata saya. Mungkin anda bukan peminum kopi. Apapun juga, Andrea Hirata menulis novelnya Cinta Di Dalam Gelas, menulis buku besar tentang peminum kopi, mengisahkan betapa kopi panas atau sebaliknya mempunyai hubungkaitnya dengan jiwa, cinta, tingkahlaku manusia serta beberapa jenis-jenis sakit gila yang dikarangnya mengikut urutan nombor. Saya sukakan buku itu dan penulisnya yang gila-gila, ada banyak unsur-unsur kecintaan kepada kemanusiaan dan alam sekitar, tentunya, di dalam kesemua karya si Keriting itu.
Catatan ini sampai di sini saja untuk kali ini dan akan bersambung nanti, insyaalah. Sementara itu, cintailah dan sayangilah alam sekitar anda, dimana juga anda kini.

kk, 10012012
Pa'al
kk, 10012012
Catatan hujung tahun : Marathon di tahun 2012!
Salam!
"Home, is where the heart is?"... bagi saya: Home, is where my mum is. Kenapa? Anda kena teruskan membaca tulisan di bawah ini.
Hai, lama sudah saya tidak menulis di teratak Pa'al ni. Sebelum menutup lembaran 2011, saya teringat kisah semalam. Semalam yang dimaksudkan adalah benar-benar kisah semalam, bukan metafora bagi kisah-kisah sebelum hari ini. Hehe. Semalam maksudnya, 29 Disember, 2011.
Ok, Semalam, buat pertama kali saya sekeluarga menyaksikan aksi julung kali adik lelaki bongsu saya membuat persembahan di atas pentas kecil, di dalam sebuah majlis santai bernama #TwtUpKK (More than just a tweet), lokasinya adalah di sebuah tempat bernama Party Play, Lintas Plaza, Kota Kinabalu.
Sesampainya kami di sana, saya dapati rupa-rupanya acara tersebut adalah 'gathering' untuk tweeter-tweeter seantero Kota Kinabalu (Guba dipanggil untuk menyanyikan beberapa buah lagu), patutlah pengujungnya agak ramai daripada kalangan remaja dewasa dan sudah tentunya sudah ada pekerjaan (kalau bukan penganggur berduit) dan rata-rata memiliki 'smart phone' untuk 'tweeting' dan sebagainya(lah).
Sementara menunggu-nunggu Guba membuat persembahan, saya mengisi pinggan mak dengan ceaser salad (itu saja menu yg ada, yang lain mak tak makan) dan saya ambik sedikit pizza dan makaroni keju dan kemudian kami (termasuk abang dan kakak) makan sambil berbual, sambil dihiburkan dengan nyanyian dua orang lelaki yang nada suaranya hanya mencapai kod tidak sumbang tatkala lagu yang dinyanyikan mencapai titik korus. Saya memaafkan anak muda itu kerana saya tahu, lebih cepat penyanyi-penyanyi itu berganti menyanyi, maka giliran adik saya akan sampai tanpa disedari.
Sesampainya kami di sana, saya dapati rupa-rupanya acara tersebut adalah 'gathering' untuk tweeter-tweeter seantero Kota Kinabalu (Guba dipanggil untuk menyanyikan beberapa buah lagu), patutlah pengujungnya agak ramai daripada kalangan remaja dewasa dan sudah tentunya sudah ada pekerjaan (kalau bukan penganggur berduit) dan rata-rata memiliki 'smart phone' untuk 'tweeting' dan sebagainya(lah).
![]() |
| Guba sedang nyanyi nih.. |
![]() |
| ehsan: www.ahbing.com |
Nasib baik kami dilahirkan dalam masyarakat yang sangat-sangat majmuk dan begitu fleksibel dengan apa juga. Untuk ini, saya tabik spring mak kami yang cukup sporting. Sporting kerana, ruangan 'Guba Reserved' yang terlalu malap, bunyi muzik yang berdentam-dentum serta kesemua pitcher dan cawan kacanya terlukis harimau belang walaupun isinya adalah air limau ais.
Respek juga untuk yang duduk di sekeliling meja kami, kerana mengawal diri daripada terkial-kial menari mengikut rentak muzik, mungkin kerana melihat ibu Guba ada duduk di sana bersama 'pengawal-pengawalnya' (kami) yang kelihatan seperti geng motor (sebabnya kena tengok gambar kami) Hahahaha. Rasanya kalau mak kami fussy, belum sampai lima minit berada di sana, kami akan beredar kerana majlis itu agak bingit. Tabik untuk ibu-ibu kita yang sangat memahami (Tiba-tiba saya melihat diri saya di dalam mak!) dan memikirkan apakah maksudnya deja-vu itu.
![]() |
| Meja khas kami |
![]() |
| Guba & mom selepas show..nangis lagi. hehe |
Mak dan kakak saya dirundung emosi ketika Guba mula memetik gitarnya dan menyanyikan 'Alright'. Menitis-nitis airmata mereka, tatkala nyanyian Guba di sambung dengan lagu baru bertajuk 'Hilang', kemudian 'Sunday Morning' dan akhirnya lagu yang masih menduduki carta pertama di Hitzkk (Hitz.fm) yang bertajuk 'You & Me'. Saya memandang sekeliling, penontonnya bersorak-sorak, gadis-gadis memandang dengan pandangan 'tajam', macam-macam, lalu saya terfikir, apa agaknya yang adik saya mahukan dengan menyanyi, agaknya?
![]() |
| Ehsan: Laguna Music |
Kalau arwah bapa masih ada, tentu dia akan berada di sini walaupun sedang sakit, kerana saya tahu, bapa akan menyokong usaha anak-anaknya asalkan mereka jujur dengan minat mereka, tidak mengabaikan pelajaran dan paling penting ingat orang tuanya, tentunya bapa akan menarik nafas bangga seperti mak, seperti kami semua. Saya masih ingat, bagaimana si Guba ini pernah menolak apabila kami olok-olok memintanya menyertai sebuah program realiti TV lama dulu, dia juga pernah menolak sebuah program realiti yang pada mulanya disertainya kerana program itu berkaitan dengan 'composing' sesebuah lagu. Setelah menjadi peserta top 10 dia menolak kerana satu sebab: Susunan program dan undang-undang program yang bercanggah dengan pendiriannya: Walaupun penganjur menyindirnya : Awak sudah begitu baguskah? Dia menjawab; Tidak, tapi saya percaya saya boleh buat lebih baik daripada apa yang kamu fikirkan, bukan dengan cara ini".
![]() |
| Respek diri, hargai diri! |
Saya tahu, apa yang membuatkan jejaka tinggi lampai bernama Guba itu duduk melalak di atas pentas adalah kerana minatnya yang mendalam di dalam bidang muzik, bukan sekadar nyanyian, tetapi dia menghargai muzik dan rasa gembira, mendapat kepuasan apabila mereka (penonton) dapat dihiburkan dengan muziknya. Dia mahu diterima kerana bakatnya dan ingin membuat sesuatu yang disukainya. Dahulu, dia menyanyi berkurung di dalam bilik, di dalam bilik air. Rupa-rupanya lagu-lagu itulah yang saya dengar melalui radio sekarang. Yang pastinya, lagu-lagunya sudah mula mendapat tempat di arus perdana, menapak demi menapak, akhirnya dia akan mencapai impiannya, jadi yang terbaik untuk Guba. Ingatlah mak kita, kerana Home is where our Mom is. Why, because she is all we have.
Tahun 2011 banyak menyedarkan saya betapa pendeknya hayat seorang manusia. Tahun ini sahaja, satu persatu ahli keluarga terdekat pergi meninggalkan kami selama-lamanya, ke negeri akhirat. Saya percaya, hanya cinta sejati sahaja akan membawa seseorang itu sehingga mengikut pasangan dikasihinya sampai ke liang lahad. Itu kata-kata di dalam tayangan gambar yang sebenarnya berasas, kerana mendiang datuk dan nenek kami yang pergi selamanya dengan cuma berselang kurang 40 hari. Diikuti dengan seorang anaknya kemudian. Tahun ini juga, Trudy kehilangan dua batang gigi kacipnya. Neneknya mengajar supaya menimbus gigi tersebut di dalam tanah pasu bunga, menanam dengan tanaman herba, caranya mengajar anak kecil supaya menyayangi dan mengabdikan diri pada alam sekitar. Bukan meletakkannya di bawah bantal untuk menunggu hadiah dari pari-pari gigi di kala pagi. Lelem pula semakin budiman dengan tuturkata seperti : Mak, sudah makan? Mak, saya rindu mak; atau mak, tidurlah. Mak, saya mahu bercakap dengan bebeh (nenek). etcetera-etcetera. Kesemua yang kami buat adalah dilingkungi kasih-sayang mak. Seperti yang saya katakan tadi : Home, is where my mom is.
Tahun hadapan, 2012 yang berbaki sehari lagi ini menyediakan kemungkinan yang sukar diduga, tentunya banyak kejutan dan kegembiraan serta cabaran-cabaran yang bakal kita hadapi kelak. 2011 akan kita tinggalkan dengan segala macam kenangannya, yang pastinya segala cabaran mendatang pada tahun 2011 sudahpun berjaya kita lepasi, bukan?! Kalau belum, lihat saja di mana anda sekarang? Di penghujung tahun 2011. Buktinya kita semua boleh, walau apapun dugaannya. Buat rakan-rakan penulis, teruskan menulis dan menghasilkan karya-karya terbaik sebagai pencapaian untuk diri sendiri. Memecut di litar pertandingan ada baiknya untuk mendapat nama dan sebagainya, namun yang paling penting adalah membuktikan diri dengan karya terbaik. Mengejar nama tidak sama dengan memburu impian. Saya akan bermarathon di tahun 2012, bukan memecut barangkali, kerana marathon akan membuat saya sempat berfikir tanpa perlu berhenti, tidak membuang masa dan hasilnya 'kesihatan' walaupun bukan kejayaan besar. namun, berkat bersabar, siapa tahu kejayaan akan muncul sebagai pemangkin semangat. Apa-apapun akhirnya, saya telah menemui sesuatu yang sangat menggembirakan di penghujung tahun ini, iaitu ; sebab untuk terus hidup.
Saya ingin mengucapkan Selamat tahun baru 2012 buat semua sahabat Pa'al dan semua pengunjung Teratak Pa'al, teruskan hidup sihat berkualiti! Jaga diri dan semoga persahabatan kita kekal selamanya.
..Home is where my mom is.
Wasalam,
Pa'al
kk
Rabu
1 Syawal .. dan 31 Ogos, 2011, Merdeka Raya !
Asalamualaikum dan salam sejahtera,
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin juga Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke 54, daripada saya untuk semua sahabat-sahabat Pena Alam di mana juga anda berada :)
Salam Merdeka Raya, salam tersayang!
Ikhlas,
Pa'al
Sabtu
Pa'al dan Gunung Kinabalu..Ekspedisi 1-2hb Ogos, 2011
| Acara memasang besi-besi dan kain untuk menaikkan logo |
![]() |
| Bergambar beramai-ramai setelah menjulang Jalur Gemilang 9mx4m |
![]() |
| Bacaan doa sebelum memulakan perjalanan ke Taman Negara, Ranau |
Gunung-gunung yang wujud di alam semesta ini semuanya adalah ciptaan yang Maha Kuasa Allah SWT, Dia menciptakan segala sesuatu itu dengan bersebab, bukan? Tatkala mendaki dan berjaya sampai ke puncak Kinabalu dalam pendakian terbaru saya iaitu pada 1-2hb Ogos, 2011 yang lalu, saya mengalami satu fenomena yang tidak pernah saya lalui pada pendakian pertama dahulu, iaitu fenomena yang saya panggil 'detik 5 saat', yakni 5 saat kudus yang berlaku ke atas saya sebaik sahaja memegang plat puncak Low's Gunting Langadan 4095.5M pada jam 5.30 pagi. Detik antara saya dan negara arca di balik awan milik pencipta alam semesta yang sungguh menyentuh hati saya sebagai manusia yang tidak sesekali pun akan sempurna disisiNya ...Subhanaalah.
![]() |
| Pelepasan peserta ke Timpohon Gate dan seterusnya mendaki sehingga ke Laban rata |
| Bergambar di KM 3 ke KM4 bersama teman2 pendaki dan Guide berbaju putih |
Sedar tak sedar airmata saya menitik ketika memegang plat itu, terharu, kesyukuran dan berbagai-bagai lagi perasaan yang bercampur baur ketika puncak Low's mula diterangi lampu-lampu suluh yang menyilaukan mata dan para pendaki yang terdiri daripada teman-teman yang sama-sama di dalam program mendaki ini juga peserta-peserta pendaki yang datang secara sendirian, pelancong dan dalam kumpulan kecil. Detiik semua orang berpusu-pusu ingin mengambil gambar secara giliran, kedengaran suara-suara urusetia dari ATM dengan lantang mengarahkan kami segera mengambil tempat untuk memasang besi-besi bagi mendirikan Jalur Gemilang. Saya yang baru saja sampai di atas puncak itu seakan tiba-tiba menjadi entiti yang asing apabila semua suara terasa hilang, semua insan-insan di sekeliling bergerak dan berkata-kata dalam gerak perlahan.
Sebuah perasaan yang tercipta ekoran daripada letusan kepuasan diri yang bukan alang-kepalang, mungkin itu cukup menggambarkan perasaan saya, saya juga kurang pasti. Yang pastinya detik 5 saat itu mencacah rasa unggul ini ke dalam jiwa saya iaitu satu perasaan yang paling nyata saya rasakan ~ merasa Kecil. Betapa sekecil-kecilnya kita di sebalik kejadian-kejadian ciptaan Allah... inilah kebesaranNya. Saya yang senantiasa merasa kerdil, kecil sebagai mahklukNya selama ini, merasakan diri saya terlalu, ahh terlalu sekali, lebih kecil, sekecil-kecilnya tatkala memijak puncak Kinabalu. Syukur Alhamdulilah. Seusai detik 5 saat itu, saya buang perasaan semacam melankolik yang tiba-tiba menguasai diri itu dan saya bangkit menyertai teman-teman yang sedang menyambungkan besi tapak demi tapak bagi menjulang logo itu ke langit, mengipas awan, menyisir angin! Kemudian dengan suara Puisi merdeka kami akan meneriakkan puisi indah merdeka ke langit, mencabar badai berkelahi dengan kasih sayang dan persahabatan! Kami tahu, sekecil manapun bantuan di dalam perjuangan ini akan membantu kami bergerak setapak demi setapak bagi menjayakan misi ini.
Pada mulanya terbetik juga di hati yang mana saya tidak menjangka akan sampai ke puncak, kerana saya diserang altitude sickness yang agak teruk. Namun saya tidak ingin mematahkan semangat sendiri kerana kami akan memulakan pendakian ke puncak Low's subuh-subuh nanti, lebih kurang jam 2 pagi, selepas bersahur, maknanya sempat lagi berehat dan tidur. Semasa mendaki dari Timpohon Gate (pelepasan pendaki) sehingga ke Laban Rata, sebuah tempat penginapan berbumbung kuning berlatarkan batu-batu gunung dan puncak tertinggi gunung Kinabalu itu, keletihan yang sukar digambarkan merasuk fizikal dan mental. Pada jam 8 malam kami semua masuk tidur dan saya tidak dapat melelapkan mata kerana sukar bernafas dan pening kepala. Altitude sickness dan oksigen nipis di atas gunung, memang perkara biasa. Seorang teman pendaki menghulurkan Panadol Actifast dan setelah saya telan 2 biji panadol tersebut, kesakitan kepala pun lega. Itulah panadol pertama yang saya ambil untuk tahun 2011, kerana saya memang tidak suka makan ubat. Tidak sangka pula ia sangat mujarab. Haha. Berganti pula dengan kembung perut yang menyebabkan saya berulang alik ke tandas. Airnya sejuk seperti ais cair!
| Bergambar sebelum acara pelepasan 80 pendaki |
| Pemandangan indah ketika menghampiri Laban Rata |
| Pemandangan indah ini mengubat keletihan! |
| Bunga-bunga gunung |
Pendakian kali ini merupakan yang paling manis kerana setelah sekian lama tidak mendaki, kali ini saya berpeluang mendaki bersama 79 orang pendaki yang terdiri daripada peserta pendaki lelaki dan wanita ( 8 orang sahaja) sempena sambutan bulan kemerdekaan Malaysia. Kami semua adalah mewakili jabatan-jabatan kerajaan seperti Polis Diraja Msia, Angkatan Tentera Msia (71 Woksyop) Kem Lok Kawi, Regimen Askar Melayu Diraja, Tentera Laut Diraja Msia, Jabatan Imegresen Msia, Jabatan Pertahanan Awan Msia, Agensi Penguatkuasa Maritim Msia, Jabatan Bomba & Penyelamat Msia, RELA, Askar Wataniah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Radio Televisyen Msia (RTM) Kota Kinabalu dan last but not least saya sebagai Penulis dari Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Kota Kinabalu. Kami semua berjumlah 80 orang dan telah melalui 10 hari latihan intensif di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu. Latihan yang mantap & mencabar!
| Plat menunjukkan ketinggian puncak Low's bersebelahan plat Gunting Langadan |
![]() |
| Bergambar bersama salah seorang teman pendaki dari ATM, Abang Ismail |
| Masa untuk turun dari Low's Peak ke Laban Rata |
Pendakian seramai 80 orang ini adalah dalam misi mengibarkan dan menjulang Logo Jalur Gemilang di puncak Kinabalu. Bukan cuma logo atau bendera, tapi logo atau bendera yang berukuran 9 meter x 4 meter dan seberat 191.5 kg di atas puncak Kinabalu! Bukan itu saja, kami akan membaca puisi merdeka bertajuk 'Keranamu Malaysia' karangan Pak Ahmad Sarju di atas puncak Kinabalu. Kedua-dua kategori ini adalah dalam misi untuk mencatat rekod baru di dalam Malaysia Book of Records! Sungguh menginspirasikan ya. Rasanya bukan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya untuk membuktikan bahawa perpaduan kaum di negara kita bukan mustahil. Kami yang mendaki adalah terdiri daripada berbagai-bagai bangsa yang tinggal di negeri Sabah, termasuk mereka yang berbangsa Melayu dari semenanjung. Kesemuanya bekerjasama dan menjalin persahabatan akrab dan saling membantu baik semasa latihan intensif, juga semasa hari kejadian. Paling manis juga kerana pendakian ini dibuat pada permulaan bulan mulia, Ramadan. Berpuasa sambil mendaki gunung, membuktikan tidak ada yang mustahil kerana berpuasa bukanlah alasan untuk kita bermalas-malasan, tidur dan menunggu waktu berbuka sahaja. Syabas untuk semua pendaki! Nothing is impposible for the person who have faith in it.
Latihan intensif termasuklah latihan kecergasan pagi dan petang, seperti lari 2.4km membawa beg berisi besi-besi yang digunakan untuk dicantumkan menjadi logo Jalur Gemilang, tekan tubi, bangun tubi, berjalan merentas bukit, latihan memasang besi-besi menjadikannya 9m tinggi dan 4 meter lebar di atas tempat berpijak tidak rata dan curam dilakukan berulang-kali. Semua kepenatan, namun tidak ada sesiapa menyerah kalah, sehinggalah kami dilepaskan untuk mula mendaki pada 1hb Ogos yang lalu. Kesudahannya, kami berjaya! Pendakian dan dua misi kami mencapai kejayaan, lalu kami semuanya pulang dengan 3 sijil. Sijil dari Taman-Taman Sabah khas untuk mana-mana pendaki yang berjaya sampai ke Low's Peak dan yang paling manis adalah 2 sijil lain yang menandakan terciptanya 2 rekod baru di dalam Malaysia Book of Records.
Syukur Alhamdulilah!
![]() |
| Lihatlah segaknya logo Jalur Gemilang itu di atas puncak Kinabalu! |
![]() |
| Inilah Kejayaan kami! |
| Kenangan.. mereka ingin bergambar dgn latar d belakang tu, ada dlm duit RM1 kita..hehehe |
![]() |
| MBOR ! Taniah Geng Gunung.. |
![]() |
| Berita kejayaan kami di Akhbar Sabah Times |
![]() |
| Berita kami di Utusan Borneo |
![]() |
| Berita kami di Daily Express |
Mendaki memerlukan semua kesediaan jiwa, raga, fikiran dan segalanya, jikalau salah satu daripada itu menghadapi masalah, secara automatik pendakian yang dilakukan terasa menyakitkan, menakutkan dan membahayakan dan kemungkinan bahaya kehilangan nyawa akan berlaku kerana kelalaian bakal berlaku dan sebagainya. Pendaki harus menjaga kesihatan sebelum mendaki, mungkin ada baiknya untuk mengurangkan berat badan sebelum mendaki bagi mengurangkan tekanan pada lutut dan kaki sewaktu turun nanti.
Pendakian perlu dibekali pengetahuan, teknik-teknik mendaki, peralatan-peralatan mendaki yang penting dan juga latihan yang cukup untuk pendakian kerana impaknya amat ketara bagi mereka yang berlatih sebelum mendaki dan yang tidak berlatih, juga bagi yang kurang latihan.
Pengalaman mendaki gunung setinggi atau serendah manapun, yang telah menguji fizikal dan mental rohaniah dan spiritual kita perlu diaplikasi dalam kehidupan. Bagi saya sebagai penulis, rasanya saya ingin menulis seribu puisi dan cerita tentang Gunung Kinabalu, mungkin bukan seribu malah banyak sekali... insyaalah. Seandainya saat saya atau kamu jatuh rebah di dalam hidup selepas ini, fikirkan karektor seorang pendaki, maka tidak perlu kita mendaki gunung-gunung tertinggi kerana ketinggian itu letaknya pada saat kita menjadi diri sendiri, ugahari dalam diri, mengisi kehidupan ini dengan menjadi manusia yang lebih baik, setiap hari. Insyaalah semuanya akan menjadi lebih baik. Amin ya Rabbal Alamin.

Sekian Wasalam dari saya.
Pena Alam
Langgan:
Ulasan (Atom)
Sayangi Alam!
Orang Utan juga diancam kepupusan ..
Sahabat lautan, sahabat kita ..penyu, tahukah anda penyu adalah haiwan yg diancam kepupusan? Penyu juga adalah haiwan yg diwartakan sbg spesies yg dilindungi kerajaan. Jadi adalah menjadi suatu kesalahan bg anda utk memelihara penyu di dalam akuarium, membunuhnya atau mengambil telurnya.. dan tahukah anda, penyu hanya akan bertelur semula selepas 3 atau 4 tahun selepas bertelur, maknanya jika anda makan telurnya, anda sama seperti pembunuh yg telah menelan segenerasi kehidupan sang penyu sama ada anda sedar atau tidak, setuju ataupun tidak..