Wednesday, 15 December 2021

Glamping @Lalang's Resort & Spa Jeli Kelantan - 11~12 December 2021

Sememangnya sudah lama merancang untuk glamping bersama keluarga, akhirnya dapat merealisasikannya di Lalang's Resort & Spa Jeli. Resort yang baru dibuka dan mempunyai kemudahan yang terbaik dengan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini bersama keluarga dan berkumpulan. Resort ini terletak di Ayer Lanas, Jeli dan mempunyai pemandangan serta suasana hutan yang mengasyikan. Terdapat juga air terjun di kawasan ini bagi mereka yang ingin mandi-manda bersama keluarga. 

Kali terakhir datang ke Jeli, 10 tahun yang lalu semasa menyertai event Karnival Jamboree Berbasikl Jeli "Kayuh Sokmo" pada tahun 2011. Dah lama sangat tidak ke sini. Memang sudah lain berbanding dulu. Banyak pembangunan telah dibuat dan Universiti Malaysia Kelantan juga ada di sini. Lalang Resort terletak berhadapan dengan pintu masuk Universiti Malaysia Kelantan. Dari jalan besar akan melalui laluan sempit kiri kanan hutan lebih kurang 1km untuk sampai di resort. Awas, jika berselisih dengan kenderaan yang lain. Jalan masuk belum diturap sepenuhnya dan masih ada offroad lagi.


Image
Pertama kali sampai di resort ini...landskap yang menarik dan mengekalkan suasana hutan rimba....

Image
Suasana di waktu malam....sampai agak lewat sekitar pukul 6 petang disebabkan singgah untuk mandi-manda di Lata Berangin Kuala Krai... tak sempat untuk menikmati suasana petang di sini....sebab lepas check-in jea terus suasana gelap dan azan maghrib...

Image
Tidur dalam khemah jea malam nie....Arabic Tent....terdapat 4 Arabic Tent di sini.... sememangnya bernasib baik kerana dapat khemah no.4 dan berhadapan dengan air terjun....memang sweet sangat...syukur sangat...

Image
Makan malam di resort sahaja....lagi pun hari dah malam....nak keluar pun jauh jugak dan laluan sempit serta gelap....makan malam perlu ditempah selewatnya jam 7 malam....ini disebabkan Cafe Laila Majnu hanya dibuka sehingga jam 8.30 malam...turun ke cafe selepas solat maghrib...makan awal sebab badan dah letih sangat....

Image
Sarapan pagi disediakan....ada nasik goreng, mee goreng, spaghetti serta kuih-muih...air nescafe, kopi atau teh panas...sedap jugak makanan di sini...

Image
Pejabat resort....segala urusan dilakukan di sini....

Image
Mercu tanda...Lalang's Resort & Spa....kincir angin...boleh bergambar di sini..

Image
Cafe Laila Majnu....keadaan resort yang bersih serta landskap yang menarik...

Image
Burung Kakak Tua di tepi pejabat resort....mengajuk cakap orang...layankan jea laa...

Image
Tanda arah....antara aktiviti yang terdapat di sini, seperti ATV, memanah dan berkhemah...terdapat juga surau yang agak luas untuk solat berjemaah di sini...tempat wuduk pun luas serta bersih....

Image
Tapak untuk berkhemah.....boleh bawa khemah sendiri atau disediakan oleh pihak resort...

Image
Khemah disediakan oleh pihak resort....

Image
Tapak perkhemah berhampiran dengan sungai...

Image
Menuju ke khemah Arabic.....terletak jauh sedikit di atas puncak....kena mendaki dulu...

Image
Bersyukur sangat dapat khemah di sini....berhadapan dengan air terjun....semasa booking khemah ini memang teringin sangat nak khemah no.4...tak sangka, memang dapat khemah no.4....layan deruan air terjun semasa tidur memang mengasyikkan...kalau sesiapa yang berhajat untuk ke sini dan duduk di khemah, ingat mintak khemah no.4.....pasti tak rugi...


Image
Mendaki untuk sampai ke khemah....tak berapa tinggi sangat....santai-santai jea...

Image
Laluan air terjun mengalir ke laluan pejalan kaki....kena mengharungi air sungai untuk ke khemah....memang menarik...

Image
Sampai di Arabic Tent.....

Image
View air terjun di hadapan khemah.... memang awesome...ingat time malam nak lepak sini sambil makan kuaci...layan shahdu...tapi hujan pulak malam tuu.... lepak dalam khemah jea...lagi pun sejuk sangat...

Image
Suasana nyama di pagi hari....

Image
Pemandangan dari atas bukit....anak sungai mengalir di dalam resort...

Image
Terdapat pelbagai jenis penginapan  di sini... ada,
1. VVIP Nipah
2. Arabic Tent
3. Bilik Lalang
4. Bilik Balak
5. Komposit Tepi Sungai
6. Bilik Nipah
7. Khemah
Harga berbeza untuk setiap bilik....

Image
Bergambar dulu sebelum balik....in sya Allah akan ke sini lagi....

Image
Bilik Balak....

Image
Antara aktiviti yang ada di sini...pagi nie sebelum balik layan ATV dulu...

Image
First time layan ATV....muka memang cuak sikit....takut terjatuh...

Image
Trek yang disediakan di sekitar resort....walaupun pun trek tak panjang tetapi agak mencabar jugak untuk beginner macam kami nie...sebelum ini tak penah merasa naik ATV...


Image
Gaya kena ada....baru nampak macam Pro....

Image
Sampai terangkat tayar ATV....punya laaa layan...


Image
Memang dah lama minta nak naik ATV.....hari ni baru dapat merasa macam mana naik ATV....nampak macam senang tapi perlukan skill terutama jika laluan mendaki dan penuh halangan...

Image
Untuk sampai ke resort ini akan menyeberangi sungai...laluan konkrit sempit untuk dilalui....hati-hati, jangan sampai termasuk ke dalam sungai....jika hari hujan, air sungai akan naik...dah tentu akan mencabar semasa memandu....memang ngeri...

Image
Di R&R Titiwangsa....layan pemandangan hutan di banjaran Titiwangsa....

Image
Berhenti di sini untuk makan tengahari.....ramai orang yang berhenti makan..terpaksa beratur panjang dan mencari meja yang kosong....

Image
Semasa balik...melalui jalan Jeli-R&R Titiwangsa-Gerik-Lenggong-Kuala Kangsar-Ipoh dan seterusnya ke Bukit Beruntung....sememangnya sudah lama ingin melalui jalan ini untuk melihat keindahan Tasik Banding....bertuah disebabkan cuaca cerah dan cantik pada petang nie....dapat juga melihat suasana di tasik...

Image
Jambatan yang menyeberangi Tasik Banding......

Image
Rumah Boat kepada kaki pancing yang ingin memancing di tasik ini....banyak rumah boat disediakan...harga satu malam pun bukannya murah....tapi apa ada lah kepada kaki pancing....asalkan kepuasan memancing dinikmati...

Image
Rumah boat.....pilih jea mana yang suka...

Image
Kuat angin yang bertiup di sekitar tasik ini.....terasa sangat udara yang bertiup....bergelora air tasik...

Image
Hentian Royal Belum....tak lepak lama dekat sini..hanya ambil gambar jea...parking kenderaan penuh...tak ada ruang langsung utnuk parking kereta..ini pun double park sekejap sebab turun nak ambil gambar....

Image
Tak ada parking...banyak kenderaan diletakkan di bahu-bahu jalan....

Image
Jarak lebih kurang 420km dari Jeli ke Bukit Beruntung....jalam jem teruk semasa masuk highway PLUS terutama di Ipoh semasa mendaki di terowong...Tapah jem...Bidor jea....sampai ke Sungkai jem....sampai rumah pun dah pukul 9.30 malam....

Image
Syukur....perjalanan kali ini dipermudahkan....dan berjalan lancar....semua perancangan berjaya, hanya terkilan sedikit di Kuala Terengganu kerana tidak mencapai hajat yang dikehendaki....In Sya Allah....next time jika diberikan kelapangan...

Monday, 13 December 2021

Air Terjun Lata Berangin Jeli Kelantan... keindahan yang mempersonakan...

Air Terjun Lata Berangin terletak kira-kra 18Km dari Bandar Kuala Krai dan merupakan tempat yang mudah untuk dikunjungi. Lata Berangin mempunyai air terjun setinggi 120 meter dan merupakan salah satu tempat menarik yang perlu dukunjungi jika datang ke Kuala Krai. Kolam mandai yang luas serta cetek dan berpasir menjadikan kawasan ini selamat untuk bermandi-manda bersama keluarga.

Kawasan ini dinamakan sebagai Lata Berangin kerana angin yang kuat bertiup terutama di kawasan kolam utama di kawasan air terjun ini. Udara di sini amat nyaman dan sesuai untuk berkelah bersama keluarga. Selain itu kawasan Lata Berangin juga sesuai untuk dijadikan tempat untuk berkhemah secara berkumpulan.

Panorama yang terdapat di lata ini sungguh mempersonakan. Suasana yang mendamaikan serta tenang dari hiruk-pikuk kehidupan di bandar. Di sini juga merupakan tempat yang sesuai untuk merehatkan minda dan melupakan seketika bebanan kerja serta tekanan. Tidak rugi jika ke sini kerana apabila balik nanti akan dapat membawa balik seribu kenangan serta menikmatan keindahan alam. Bayaran tiket masuk dikenakan sebanyak RM2 untuk setiap penggunjung dan juga parking kenderaan. Dari jalan utama ke parking kenderaan lebih kurang 1km dan laluan masuk agak sempit jika berselisih dengan kenderaan yang lain. 


Image
Pertama kali sampai di sini...hati telah terpikat dengan keindahan panorama di sini....cukup teruja...

Image
Laluan masuk ke lata...kenderaan parking di luar dan berjalan kaki untuk masuk...tidak jauh mana pun...deretan gerai yang berwarna-warni menghiasi lata ini...walaupun tidak banyak gerai yang dibuka...pelbagai makanan goreng disediakan serta minuman...


Image
Kemudahan di sini baru dinaik taraf....semakin cantik jika berbanding dulu....pelbagai kemudahan seperti tandas serta tempat mandi disediakan...dan juga tempat menukar pakaian...wakaf juga disediakan kepada mereka yang datang berkeluarga...terdapat bayaran yang dikenakan untuk menyewa wakaf di sini...

Image
Mandi....memang dah plan nak mandi dekat sini....air memang jernih serta sejuk....terasa segar badan walaupun telah memandu lebih kurang 3 jam dari Kuala Terengganu.... 

Image
Kawasan mandi yang berpasir....pasir seperti pasir pantai...memang halus sangat pasir dekat sini...air pun cetek...memang sesuai untuk kanak-kanak mandi... lata ini memang lain daripada yang lain...jarang sangat jumpa lata air terjun yang berpasir...selalunya berbatu serta licin...

Image
Air terjun deras....walaupun tak dalam tapi takut nak panjat ke atas...

Image
Memang best....


Image
Walaupun kejadian kepala air pernah berlaku di sini...terdapat petugas yang duduk memantau keadaan air sungai di sini....maklumlah sekarang ini dah nak masuk musin tengkujuh....terasa selamat untuk mandi di sini....

Image
Berpasir....seakan mandi di laut...pasir pun memang halus....seronok tengok kanak-kanak mandi-manda di sini....

Image
Setakat ini....lata ini merupakan tempat air terjun paling awesome...

Image
Akan datang lagi ke sini....

Image
Jarak lebih kurang 185km dari Kuala Terengganu ke sini....kalau tak pasti tentang lokasi lata ini...boleh sahaja Waze..."Lata Berangin Kuala Krai"....

Image
Papan tanda arah untuk ke lata ini ada di sepanjang jalan...ikut sahaja arah dan akan sampai di sini...