apa pandangan anda??? bila model ini akan dilancarkan di MALAYSIA pula??? model proton yang paling berprestij adalah sateria Neo R3!!!
taniah proton.
sumber : paultan.org & forum.lowyat.net
apa pandangan anda??? bila model ini akan dilancarkan di MALAYSIA pula??? model proton yang paling berprestij adalah sateria Neo R3!!!
taniah proton.
sumber : paultan.org & forum.lowyat.net
Spyshots pertama untuk 2011 akhirnya telah ditemui iaitu Exora FL CFE (turbo)!!! Gambar ini telah diemail oleh “unknown sender” yang menurutnya dia jumpa gambar ni di galeri gambar blog paultan.org dan Funtastickodesign. ianya dijangka akan di keluarkan pada tahun ini. kemungkinan dalam bulan 5 rasanya, tetapi belum ada sebarang kepastian berhubung dengan pengumuman Exora Turbo. Exora turbo ini ada sedikit tambahan penambahbaikan enjin agar lebih tambah kuasa dan ada perubahan kosmetik dibahagian hadapan iaitu bumper yang banyak ruang corong angin ,mungkin agar dapat mengalirkan angin yang banyak ke dalam enjin turbo agar tidak terlalu panas. jadi apa pendapat anda??
Cusco merupakan sebuah syarikat talaan terkenal dari negara Jepun, terlibat dalam mengeluarkan peralatan prestasi tinggi seperti suspensi ‘aftermarket’ dan mereka juga mengubahsuai kereta untuk perlumbaan rali. Kaitan dengan Proton ketika ini ialah Cusco dikatakan telah membeli beberapa buah Proton Satria Neo standard dan mereka akan mengubahsuai kereta sport kebanggaan Malaysia itu untuk dipamerkan di Tokyo Auto Salon 2011. Cusco berminat dengan Satria Neo setelah melihat kemampuan dan potensi jentera itu dalam perlumbaan Asia Pacific Rally Championship dan Intercontinental Rally Challenge.
Selain itu Cusco juga akan menjual semula Proton Satria Neo setelah diubahsuai dengan peralatan prestasi tinggi keluaran mereka, dikhabarkan model Satria Neo Cusco dibina khas untuk menyertai perlumbaan Junior Rally Championships di Jepun dan Asia Pasifik. Berita ini tentu menggembirakan peminat Satria Neo kerana model itu mendapat perhatian sehingga ke negara Jepun. Terbukti Satria Neo merupakan salah satu model kereta sport terbaik keluaran tempatan untuk dijelmakan sebagai sebuah jentera berprestasi tinggi.
Sementara itu Proton melalui divisyen perlumbaan mereka, Proton Motorsports juga akan mempamerkan model konsep Satria Neo R3 di Tokyo Auto Salon 2011. Model itu telah mengalami pengubahsuaian kit badan, prestasi enjin dipertingkatkan, sistem brek diperkukuh, kawalan pemanduan ditingkatkan dan naik taraf interior. Pastinya akan membuka mata rakyat Jepun di sana terhadap kemampuan produk keluaran Proton.
sumber teks n info: arena kereta
sumber gambar : Paultan
RAWANG, 12 Jan (Bernama) — Perodua mengekalkan kedudukannya untuk tahun kelima berturut-turut di kalangan syarikat kereta di Malaysia, meningkat 13 peratus dan rekod jualan 188,600 unit tahun lepas dengan model MyVI muncul sebagai model jualan paling laris di Malaysia.
Dalam proses itu, ia menguasai 31.2 peratus kepentingan pasaran kereta negara.
“Jualan tahun lepas didorong oleh permintaan menggalakkan untuk kereta kompak mampu milik berbanding 166,700 unit yang dijual pada 2009,” kata pengarah urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh pada Rabu.
Beliau berkata jualan rekod syarikat sebelumnya iaitu 176,400 unit dan penguasaan pasaran 30.5 peratus telah dicapai pada tahun 2008.
“Kami memecahkan dua rekod pada 2010 — pertama dengan jualan tahunan tertinggi pernah dicatatkan dan Disember lepas, Perodua mencapai pendaftaran jualan bulanan tertinggi sebanyak 19,400 unit, mengatasi rekod sebelum ini 18,500 pada Mac 2010,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Beliau berkata MyVI muncul sebagai model paling laris di Malaysia tahun lepas dengan 77,700 unit dijual, ALZA kenderaan pelbagai guna paling laris dengan jualan 42,000 unit sementara Viva mencatatkan jualan 69,000 unit.
“Buku tempahan kami kekal menggalakkan dan kami yakin dapat mengekalkan momentum itu tahun ini,” kata beliau.
Sementara itu, di persidangan akhbar, Aminar berkata Perodua mensasar menjual 195,000 unit kenderaan tahun ini, dipacu oleh jualan MyVI, ALZA dan Viva.
“Pelancaran model baharu tahun ini akan turut merancakkan jualan,” kata beliau tetapi enggan mengulas lanjut.
Menyentuh tinjauan masa depan industri, beliau berkata yang jumlah industri untuk tahun ini sama ada tidak akan berubah, atau meningkat sedikit daripada anggaran 605,000 unit yang dijual pada 2010.
“Tahun lepas merupakan tahun yang baik untuk kebanyakan syarikat pengeluar dan tahun ini, kami menjangkakan sama ada ia mendatar ataupun meningkat sedikit,” kata beliau.
sumber: bernama & autoworld
ini adalah Photoshop Theophilus Chin untuk model Perodua Kenari bedasarkan model Daihatsu Move 2011. Persoalannya adakah Perodua akan rebageh model ini untuk menggantikan model Perodua Kenari yang sudah lama tiada pembaharuan??
jadi..apa pendapat anda?? bila ada pengganti Perodua KENARI???
Ini adalah Photoshop dari Bro Chin di laman web beliau.
Setelah berita mengenai Proton Perdana akan digantikan dengan model baru untuk kakitangan kerajaan. Proton dan DRB Hicom bersaing serta memberi cadangan kepada Perdana Menteri untuk .Susulan daripada berita yang tersebar sejak beberapa hari lepas tentang kemungkinan Nissan Fuga akan menggantikan Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi pegawai tinggi kerajaan dan ahli politik, Proton kelmarin tampil memberi penjelasan melalui Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir. Beliau yang ditemui ketika mengiringi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika merasmikan Pasukan Rali Proton Motorsport 2011 di Pusat Kecemerlangan Proton di Subang Jaya, dilaporkan berkata Proton telah menghantar cadangan kepada pihak kerajaan untuk menggantikan Perdana jenis standard dengan model Inspira dan menaik taraf Proton Perdana Eksekutif.
Menurutnya lagi sekarang terpulang kepada pihak kerajaan untuk membuat pilihan yang sesuai, namun Proton mengharapkan pihak kerajaan dapat membuat keputusan muktamad dalam kadar segera selewat-lewatnya sebelum suku tahun ketiga. Syed Zainal berkata Proton Inspira 2.0 CVT sesuai bagi menggantikan Proton Perdana Standard manakala Proton Perdana Eksekutif pula akan dinaik taraf supaya lebih berdaya saing. Pada masa yang sama beliau turut mengakui Proton Perdana yang digunakan oleh pegawai kanan kerajaan sebelum ini menerima banyak rungutan tentang kualiti dan kos penyelenggaraan yang tinggi dan ramai berpendapat ia patut ditukar kepada sebuah model baru.
Syed Zainal juga optimis yang pihak kerajaan akan memilih kereta nasional keluaran Proton berbanding DRB-Hicom yang menawarkan model Volkswagen Passat, memandangkan kriteria utama untuk menjadi kenderaan rasmi kerajaan perlulah berjenama Proton.
sebenarnya dr akhir bulan 11 lagi ada dgr desas desus proton mengunakan pletform nissan.. hal ini kemungkinan renaut ada bekerjasama dgn nissan manakala proton telah membeli ekuti renault sedikit.. jadi ada besar kemungkinan adalah benar info in… menurut dr post saya di sini pada 30 november: klik sini
Penggunaan enjin 2.5 liter naik taraf versi eksekutif, premium PROTON
PROTON Holdings Bhd akan melancarkan model gantian Proton Perdana, sama ada pada Mac atau April ini yang akan menggunakan platform Nissan Fuga dengan kapasiti enjin 2.5 liter.Sumber industri berkata, bagaimanapun buat permulaan model yang akan diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun itu hanya dipasarkan khusus untuk kegunaan kereta rasmi pegawai tinggi kerajaan.“Sebagai permulaan, sebanyak 150 unit akan diimport dari Jepun dan ia dibawa masuk khusus untuk kereta rasmi pegawai tinggi kerajaan, tetapi jika mendapat maklum balas memberangsangkan daripada pasaran, PROTON akan menimbangkan untuk memasarkannya secara komersial,” katanya pada Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Fuga adalah kereta mewah Nissan yang menggunakan platform Nissan FM. Ia mula diperkenalkan di Jepun pada Oktober 2004.
Nissan Skyline, kereta sport mewah Nissan yang menjadi ‘kegilaan’ generasi muda Jepun turut menggunakan platform Nissan FM.
Fuga bersaing dalam pasaran kereta mewah eksekutif seperti Toyota Crown, Honda Legend, Mercedes-Benz E-class, Audi A6, BMW 5 series dan Jaguar XF.
Ia adalah kereta pertama dunia yang memperkenalkan teknologi sistem kawalan pedal bijak yang membantu pemandunya mengawal jarak selamat dengan kenderaan lain ketika pemanduan sama ada di kawasan bandar serta di lebuh raya.
Sumber itu berkata, penggunaan enjin lebih berkuasa untuk model gantian Perdana itu bertujuan menaik taraf kereta versi eksekutif dan premium PROTON ke tahap baru dan berupaya bersaing dengan model seperti Toyota Camry, Honda Accord, Hyundai Sonata atau Kia Optima di pasaran tempatan.
Katanya, selain untuk bersaing dalam kelasnya, penggunaan enjin yang lebih berkuasa itu juga bertujuan membezakan penggunaan enjin Proton Perdana dengan Proton Inspira yang turut menggunakan enjin 2.0 liter.
Sumber itu berkata, penggunaan Nissan Fuga itu menandakan permulaan kerjasama antara PROTON dengan Nissan Motor Company Ltd, iaitu firma automotif yang berpangkalan di Nishi-ku, Yokohama, Jepun.
“Ia (kerjasama dengan Nissan) susulan pengambilalihan kepentingan dalam Renault F1 Team yang dibuat PROTON menerusi anak syarikatnya, Group Lotus plc daripada Nissan yang dimuktamadkan awal Disember lalu.
“Menerusi pengambilalihan itu, selain membuka laluan buat PROTON terbabit dalam perlumbaan Formula Satu, ia turut membantu mengetengahkan beberapa program kerjasama baru lain antara PROTON dan Nissan, dan model penggantian Perdana adalah permulaan kerjasama antara kedua-dua pengeluar kereta berkenaan,” katanya.
Katanya, permulaan itu juga dijangka menjurus kepada kerjasama lebih serius di mana Nissan akan menggunakan kemudahan pengeluaran Proton di Tanjong Malim untuk mengeluarkan beberapa versi model lain tidak lama lagi, sekali gus membantu Proton memaksimumkan kapasiti pengeluaran kilang berkenaan.
sumber: Bharian
The stats helper monkeys at WordPress.com mulled over how this blog did in 2010, and here’s a high level summary of its overall blog health:

The Blog-Health-o-Meter™ reads Wow.
The Louvre Museum has 8.5 million visitors per year. This blog was viewed about 260,000 times in 2010. If it were an exhibit at The Louvre Museum, it would take 11 days for that many people to see it.
In 2010, there were 148 new posts, growing the total archive of this blog to 222 posts.
The busiest day of the year was December 16th with 4,586 views. The most popular post that day was Gambar Proton SAGA FL di Stor!!!.
The top referring sites in 2010 were funtastickodesign.wordpress.com, ms.wordpress.com, facebook.com, auto-akasia.blogspot.com, and azam97.wordpress.com.
Some visitors came searching, mostly for prodas, saga fl, prodas afiq, myvi 1.5, and proton exora.
These are the posts and pages that got the most views in 2010.
Gambar Proton SAGA FL di Stor!!! December 2010
3 comments
Exora Bodykit… August 2009
91 comments
Perodua ALZA accident!!!! March 2010
107 comments
bandingkan!!! EXORA,LIVINA,ALZA!!! December 2009
110 comments
Kenapa Proton membezakan kualiti kemasan domestik & eksport ??? April 2010
308 comments

Kita bukan sahaja perlu berhati-hati semasa memandu malah kita juga perlu berhati-hati semasa tidak memandu. Gambar video di bawah menunjukkan Proton Exora ini terbakar dalam keadaan tidak bergerak.
Pemandunya seorang lelaki berbangsa India dipercayai sedang tidur di dalam Exora itu & dia membiarkan enjin dalam keadaan hidup. Kebakaran berlaku lebih kurang jam 12.30 tengah malam di hadapan kedai mamak di Awana Gelang Patah & video ini sempat diambil oleh Lauser Pyoung yang berada di sana untuk menjamah nasi lemak selepas bermain futsal.
Saya amat kecewa sekali kerana ada ramai orang di sana tetapi tiada siapapun yang cuba untuk memadamkan api, mereka cuma melihat & mengambil video sahaja tanpa cuba menghampiri exora itu untuk meninjau jika ada seseorang di dalamnya.
Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan bagaimana kebakaran itu bermula samada terbakar sendiri atau dibakar oleh tangan-tangan syaitan seperti membuang puntung rokok merata-rata. Terima kasih kepada Lauser Pyoung yang menyediakan video di atas.
Apakah punca sebenar?? adakah pengunaan minyak atau masalah wayer dalaman kereta??
sumber: exorian.blogspot.com
Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) — Industri automotif dijangka berkembang pada kadar 5.0 peratus pada 2011 sejajar dengan jangkaan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 5.8 peratus pada tempoh itu.
Dalam satu nota penyelidikannya, OSK Research berkata model gantian, khususnya Perodua Myvi dan Proton Persona, yang akan dilancarkan pada 2011, dijangka meningkatkan permintaan.
Bagaimana pun, pakar industri mengambil sikap berhati-hati bahawa 2011 tidak akan mencatatkan pertumbuhan jumlah jualan yang besar seperti tahun ini.
Di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010, semua pihak gembira apabila jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) bagi tempoh 11 bulan sehingga November mencatatkan jualan 13.8 peratus, selepas dirangsang oleh sentimen pengguna yang positif dan lanskap ekonomi yang lebih baik.
Seorang penganalisis dari satu syarikat broker saham menjangka TIV 2010 akan ditutup tirai pada purata pertumbuhan 9.7 peratus, tahun ke tahun, yang dijana oleh pelancaran model baharu.
Kenaikan kos dapat dikekang berikutan ekonomi berskala bidangan apabila marginnya dilebarkan berikutan pengukuhan ringgit walau pun berlaku kenaikan sederhana harga keluli, kata penganalisis itu.
Bergerak memasuki tahun 2011, industri itu dijangka mengukuh perlahan-lahan pada langkah yang sederhana, sejajar dengan pemulihan permintaan mendapatkan automotif peringkat serantau dan global, memandangkan jangkaan kenaikan kadar faedah dan harga petrol yang lebih tinggi.
OSK Research menjangka kenaikan seterusnya kadar faedah sewa beli dijangka memberi risiko terhad, apabila kadar faedah sememangnya sudah dicatatkan tinggi.
Seorang lagi penganalisis berkata walau pun peserta industri, seperti UMW, telah memperkenalkan kereta hibrid, selepas mendapat pengecualian 100 peratus duti eksais dan usaha mempromosikan kereta hibrid, kemungkinan ini tidak akan memberikan perubahan besar terhadap pertumbuhan automotif.
Proton juga dijangka melancarkan versi hibridnya dari model Exora seawal 2012 tetapi sesetengah pihak agak skeptikal mengenai pengeluaran secara besar-besaran.
Syarikat pengeluar alat ganti automotif dijangka menyaksikan pertumbuhan pendapatan yang kukuh yang mendapat manfaat daripada model gantian Myvi dan penubuhan pangkalan pengeluaran serantau oleh Volkswagen dan Peugeot, kata penganalisis itu.
Selain itu, Proton dijangka mendapat perhatian berikutan usahanya untuk meningkatkan permintaan bagi anak syarikat “sport”nya, Lotus Group, yang akan melabur wang yang banyak bagi penglibatan di dalam Formula 1 sebagai penaja dan pemilik sebahagian pasukan Lotus Renault GP.
Sementara itu, Lotus Racing Formula One team, yang dimiliki oleh Datuk Seri Tony Fernandes dari AirAsia telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Proton mengenai penggunaan nama “Lotus”.
Mahkamah Tinggi British akan mendengar dan memutuskan pada Januari mengenai siapa yang berhak menggunakan nama “Lotus” pada musim F1 akan datang.
Industri itu juga sedang menunggu keputusan pihak berkuasa mengenai hubungan antara Proton dan Perodua sama ada akan menggabungkan kedua-duanya atau kedua-duanya akan bekerjasama melalui peraturan lain.
Selain itu, MIDF Research tidak merasa positif dan mengunjurkan TIV akan merosot sedikit di mana jualan dijangka menguncup -1.6 peratus tahun ke tahun.
Ini ialah kerana momentum jualan kereta distabilkan pada separuh kedua, yang menunjukkan prospek pertumbuhan yang tidak berubah, yang kemungkinan menjangkau sehingga ke 2011.
Naib Presiden Penyelidikan Kanan dan Ketua Jabatan Penyelidikan MIDF Research Zulkifli berkata industri itu tidak dijangka untuk kekal bertenaga kerana pasaran sedang menghala ke fasa pengukuhan dengan TIV dijangka tidak berubah.
Katanya kadar faedah dijangka “mesra peminjam” tetapi tidak menolak kemungkinan kenaikan kadar faedah pada separuh kedua yang kemungkinan menjadi punca utama kelembapan jualan.
Pergerakan kadar faedah dan kriteria kelulusan bank yang ketat akan memberi kesan terhadap pengguna syarikat kereta nasional yang berpendapatan rendah. Syarikat kereta nasional mencatatkan kira-kira 70 jualan kenderaan di Malaysia.
Zulkifli berkata kemerosotan jualan model kereta nasional akan memberikan kesan signifikan terhadap TIV industri itu.
Sementara itu, Tan Chong berminat mengembangkan pasaran kenderaan komersilnya ke Indochina serta ke Kawasan Pertumbuhan Asia Timur-Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina.
— BERNAMA
pernah kah anda mendengar berita tentang kereta terbakar secara tiba2?sebelum ini juga ada gambar Perodua Alza terbakar tiba2 di persimpangan?? yang ini saya belum pasti gambar diatas terbakar di sebabkan oleh apa… tetapi menuut sumber gambar dan info yang saya peroleh dari FB Proton Exora katanya ia masalah penggunaan minyak Ron 97… adakah ianya benar atau hanya auta… untuk membaca lebih komen sila klik sini. dan lihat sini
alza terbakar
http://www.ohtidak.com/oh-perodua-alza-terbakar/
yang dibawah ini kereta honda
http://ondscene.my/kemalangan/honda-city-yang-terbakar-itu-menggunakan-petrol-ron97
di kesempatan ini saya selaku penulis blog PRODAS ingin mengucapkan SALAMAT TAHUN BARU 2011 kepada semua pengunjung blog serta kepada pemerhati-pemerhati automotif tempatan yang sentiasa menyokong perkembangan kemajuaan produk keluaran negara terutamanya Proton serta perodua. Saya harap untuk tahun baru ini industri automotif negara akan giat berkembang dengan perkenalan-perkenalan model baru serta kemodenan teknologi automotif. Dengan harapan model2 keluaran negara akan semakin diminati,berkualiti serta reka bentuk yang menarik. itu harapan saya.. harapan anda semua bagaimana??Apakah yang anda mahu lihat tentang Proton untuk tahun 2011 ini???
memang smart Bro Chin..buat photoshop ini.. harap ini memberi idea kepada Proton untuk membuat kereta kompak dengan mengunakan platform Proton Saga..
gambar ini diperoleh dari blog Theophilus Chin
KOTA BAHARU, 27 Dis (Bernama) — Sedang syarikat-syarikat pengeluar kereta lain di dunia berlumba-lumba mengeluar kereta jenis hibrid, iaitu kenderaan yang bersifat enjin petrol dan elektrik.
Namun, berbeza dengan pengeluar kereta nasional Malaysia, Proton Holdings Berhad, matlamatnya ialah mengeluarkan kenderaan berenjin elektrik (EV) sepenuhnya.
Ini merupakan satu usaha mengeluarkan kenderaan mesra alam dan menggurangkan kebergantungan terhadap bahan api petrol yang tahap pengeluarannya semasa ini semakin berkurangan serta berharga tinggi.
Pengurus Besar Perancangan Korporatnya, Dr Badrulhisham Mohd Ghazali berkata rekaan kereta EV akan menjadi kenderaan yang pasti berdasarkan beberapa kajian yang telah dibuat oleh Proton.
“Jika kita lihat sekarang, China merupakan negara yang giat membangunkan teknologi EV ini. Antara sebabnya adalah faktor ekonomi dan politik,” katanya kepada Bernama pada Karnival Proton baru-baru ini di sini.
Beliau berkata, disebabkan bilangan penduduk China sekarang ini berjumlah lebih satu bilion, menjadikan negara itu memerlukan sumber tenaga yang lebih bersih dan murah.
Dr Badrulhisham berkata China kini sedang membangun dengan pesat berikutan peralihannya kepada ekonomi dasar pintu terbuka kepada dunia dan langkah itu menjadikan negara itu sebagai antara negara gergasi ekonomi dunia.
Atas faktor ekonomi yang baik, katanya maka pendapatan rakyat mereka juga meningkat, yang menjadikan kuasa membeli mereka turut meningkat.
“Sekaligus, kehendak rakyat untuk memiliki kereta juga meningkat. Ini akan menjadi beban kepada China yang tidak mempunyai sumber petroleum dan permintaan terhadap bahan api itu meningkat setiap masa,” katanya.
Justeru, katanya, keperluan kepada pengangkutan yang menggunakan sumber tenaga alternatif diperlukan dan yang paling efektif dan cepat ialah kenderaan enjin EV.
Beliau berkata, dari segi pembangunan teknologi kenderaan berenjin elektrik, China kini dilihat mendahului Eropah.
“Kalau dulu Eropah merupakan negara peneraju enjin berkuasa EV, sekarang China pesat membangunkan teknologi itu, malahan kini mereka lebih terkehadapan,” katanya.
Atas keperluan itu, Proton juga mengambil langkah yang sama, kerana penduduk rakyat dan keperluan pasaran kini menuju kepada penggunaan EV.
“Kita sedang membangunkan teknologi itu. Pada masa sekarang, sistemnya masih belum stabil.”
“Selain itu, kos untuk bateri juga masih lagi mahal,” katanya.
Namun, Dr Badrilhisham berkata harga untuk petroleum juga akan meningkat apabila sumbernya akan berkurangan.
Justeru, enjin EV adalah satu keperluan pada masa akan datang dan tempohnya tidaklah lama, katanya.
Malahan, beliau berkata teknologi hibrid kini merupakan transisi kepada kepenggunaan EV.
“Jika dilihat kita telah cuba menggunakan Proton MPV Exora untuk model hibrid dan enjin hibrid kita mendapat pengiktirafan dunia apabila memenangi kategori “Best Range Extender Electric Vehicle.”
Bagi cabaran dari Brighton ke London pada November lepas menggunakan Proton Exora di Britain,” katanya.
Katanya Proton menyasarkan untuk memasarkan Proton Exora secara meluas pada 2012.
Beliau berkata enjin hibrid masih mempunyai batasannya iaitu ianya sesuai untuk enjin berkapasiti sederhana, dan juga ianya menggunakan bateri Lithium Ion, yang menjadikan kosnya tinggi serta jangka hayat penggunaannya rendah berbanding petrol.
“Justeru jawapan untuk itu ialah kereta yang menggunakan sepenuhnya EV,” katanya.
— BERNAMA
kali ini gambar spyshot lebih dekat dan jelas Exora pelik yang diambil oleh salah seorang di Gudang Proton rasanya.. gambar diperoleh dari Fb proton EXORA.. apa pendapat anda??
apa pendapat anda…?? taniah kepada bro Jeff John di FB EXORA yg dapat spyshot gambar ni!!
Negara luar seperti UK..mempercayai kemampuan kereta keluaran Proton sehingga menjadikan salah satu model Proton iaitu Persona sebagai kereta polis mereka… kenapa kita masih mempelekehkan model keluaran tempatan padahal kita di iktiraf di luar negara… gambar ini saya peroleh dari Flicks
KOTA BAHARU, 22 Dis (Bernama) — Syarikat pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Berhad berhasrat untuk mengeluarkan kereta jenis sport dengan dua tempat duduk dalam tempoh dua tahun.
Pengurus Besar Perancangan Korporat Proton Dr Badrulhisham Mohd Ghazali berkata kenderaan itu bukanlah jenis “hatchback” seperti keluaran Proton Satria Neo.
Sebaliknya, beliau berkata kenderaan itu digambarkan akan mirip keluaran ala Lotus iaitu kenderaan sport yang terkenal lagendanya di trek lumba di Britain dan seluruh dunia.
Lotus Europa S

proton lekir
“Saya boleh katakan InsyaAllah. Sedang dalam perancangan. Kita tengok dalam tempoh setahun atau setahun setengah,” katanya kepada pemberita selepas memberikan bantuan beg sekolah kepada 47 anak yatim dari rumah Balqis pada Karnival Proton di sini.
Beliau berkata Proton sememangnya mengambil serius dalam memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dalam meningkatkan kualiti produk keretanya.
Dr Badrulhisham berkata, sebagai langkah meningkatkan jualan dan prestasi proton, pihak proton memberikan komitmen untuk memperkenalkan model kereta baru bagi setiap lima tahun.
Beliau berkata antara contoh komitmen yang ditunjukkan ialah keluaran Proton Saga di mana Proton akan memperkenalkan platform baru terhadap kereta itu dalam tempoh lima tahun.
“Sekarang ini, Proton Saga menggunakan platform atau chasis Proton Savvy dan ianya telah digunakan sejak lapan tahun. Sebagai langkah komitmen kita untuk meningkatkan mutu Proton, kita akan menukarkan kereta baru bagi Proton Saga dalam tempoh lima tahun.
“Usaha tersebut bukan setakat itu sahaja, malahan dalam tempoh dua tahun kita sudah memperkenalkan Proton Saga FL pada minggu lepas, sebagai tindak balas pantas terhadap kehendak pelanggan. Memang pasaran memerlukan pembaharuan,” katanya.
Beliau berkata Proton Saga FL merupakan versi yang ditingkatkan untuk pengguna hasil daripada maklum balas pelanggan yang inginkan kelainan dan pihaknya telah menerima tempahan 1,000 unit untuk keluaran kenderaan itu.
Proton Saga FL merupakan model kereta sub-compact yang mempunyai 1.3 silinder enjin Campro berharga RM37,548 hingga RM44,998 serta mempunyai pemanduan Lotus. Bagi Proton Inspira pula, katanya pihaknya akan memperkenalkan model dipertingkatkan melalui edisi terhad Proton Inspira.
Katanya, kenderaan itu akan melalui beberapa tambahan aksesori termasuk skirting, sport rim lebih besar serta ruang dalaman yang lebih kemas.
Malahan, katanya hasil maklum balas majoriti pengguna menyukai Proton Inspira yang berkapasiti 2.0 silinder berbanding model 1.8 silinder dan perkara itu adalah diluar jangkaan pihaknya.
Proton Inspira merupakan pertukaran teknologi dengan Mitsubishi bagi model Lancer dan Proton memperkenalkan model itu yang berkapasiti silinder 1.8 dan 2.0, yang berharga antara RM78,999 dan RM 91,999.
— BERNAMA
Proreka judga tidak terlepas peluang mempamirkan model konsep mereka serta clay model mereka..
TECHNICAL DATA
Engine – 4Cylinder 16 Valve
Displacement – 660cc
Power Output – 48kW(65BHP) at 7500 RPM
Max Torque 100Nm at 4000RPM
Drive System – RR
Transmission – 5 Speed Manual
Suspension – Mcpherson Strut
Brakes – Ventilated Disc on all wheels
Wheels & Tires – Front (17″ 140/70), Rear (15″ 195/45)
Fuel Tank – 35L
Max Speed – 185km/h
Acceleration – 0-100km/h in 8.2 sec
Max Bank angle – 45degree
Temubual Eksklusif dari Pengerusi Proton Holding berhad, Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh.
DIRINYA pernah ‘dimalukan’ di depan khalayak ramai. Kualiti produk syarikat yang diterajui dipersoalkan apabila kereta keluaran Proton ditolak oleh sebuah rumah kebajikan ketika mahu didermakan.
“Ini berpunca daripada trauma kualiti buruk Proton yang masih berlegar di ingatan para pembeli,’’ kata Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh. Beliau merupakan orang kuat Proton yang sebelum ini pernah bersama-sama syarikat itu pada awal hingga pertengahan 1990an, sebelum dipanggil semula oleh kerajaan pada 1 Januari 2008.
Tegas Nadzmi, kenderaan Proton sebenarnya sudah jauh lebih baik kualitinya sehingga turut diakui oleh syarikat asing termasuk Mitsubishi Motors Corporation (MMC) dari Jepun.
‘‘Sukar untuk mengubah tanggapan orang ramai terhadap Proton, ia tidak mungkin dapat dilakukan dalam satu malam tetapi sebaliknya secara beransur-ansur,’’ kata beliau kepada Wartawan Utusan Malaysia, AINUL ASNIERA AHSAN dan WAN NAJIB WAN DAUD di rumahnya.
Dalam temu bual itu, beliau berkongsi pandangan tentang prestasi, cabaran dan masa depan syarikat yang prestasi kewangannya bertambah baik selepas pada suatu ketika dahulu mengalami kerugian selama tiga suku tahun berturut-turut.
Kini hampir dua tahun Datuk Seri menyertai semula Proton.
Ramai yang sebelum ini menyatakan kehadiran itu bertujuan mengembalikan syarikat ke ‘pangkal jalan’, apa kata Datuk Seri?
Proton sebenarnya bukanlah syarikat yang teruk prestasinya (bermasalah besar kewangan), saya pernah memulihkan syarikat yang lebih teruk, Mara Holdings dan Parkway Bhd. Syed Zainal (Pengarah Urusan) dan pasukannya telah melakukan yang terbaik untuk Proton. Pihak pengurusan hanya perlu sentiasa memberi bimbingan dan sokongan. Keadaannya, macam pertandingan badminton juga, cuma kehendak rakyat kita tidak munasabah, hendak menang semua kejohanan. (Kita patut berbangga), pemain Malaysia, sekurang-kurangnya, kini menjadi pemain nombor satu dunia.
Bagaimana Datuk Seri melihat pencapaian Proton sekarang?
Proton sudah ada peningkatan. Pihak pengurusannya telah banyak melakukan perubahan positif sehingga mencatatkan prestasi kewangan lebih baik. Semua pihak (lembaga pengarah dan pengurusan) sentiasa berganding bahu untuk memajukan Proton dengan lebih cepat ke arah memastikan masa depan Proton terus kukuh.
Sejauh mana tahap penguasaan pasarannya sekarang?
Kami kini menguasai 29 peratus pasaran. Pada tahun ini, kami berjaya mencatatkan jualan tertinggi berjumlah 580,000 buah. Kami perlu pertahankan dan meningkatkan penguasaan ini dengan melaksanakan strategi meluaskan model-model baharu termasuk bekerjasama dengan pengeluar pengeluar peralatan asli (OEM) yang lain. Mengapa kami perlu membiarkan peluang berkerjasama (direbut oleh pihak lain) sedangkan ia adalah bisnes kita?
Proton, baru-baru ini dihentam kerana menjenamakan semula (rebadge) Mitsubishi Lancer kepada Proton Inspira. Apa komen Datuk Seri?
Kami mempunyai model pengeluaran yang dibahagi kepada dua iaitu model induk dan model bukan induk yang melibatkan jualan model bukan berskala ekonomi. Dalam model bukan induk, contohnya adalah kereta Inspira.
Jika kami mahu keluarkan kereta model baharu, Proton memerlukan kos yang besar. Jadi, dalam kes kereta Inspira, kami bekerjasama dengan MMC supaya kosnya rendah dan kita juga meraih jualan yang baik.
Untuk apa kami melabur besar-besaran sekiranya untungnya kecil. Lagipun, produk kami lebih mudah untuk dipasarkan, kalau tidak laku pun, kami boleh undur diri dengan lebih cepat. ini adalah keputusan perniagaan.
Ini adalah pendekatan biasa yang bukan hanya dilakukan oleh Proton tetapi juga semua pengeluar kereta dunia seperti Ford dengan Mazda, Nissan dan Renault. Dengan cara ini kita dapat mengeluarkan model bukan induk yang mungkin tidak besar jualannya tetapi mampu diraih manfaatnya.
Kenapa usaha yang dilakukan Proton sahaja dipertikaikan sedangkan pengeluar lain tidak pula dipersoalkan?
Saya tidak mahu komen mengenainya.
Benarkan usaha menjenamakan semula ini akan menghilangkan identiti Proton sebagai pengeluar kereta nasional?
Tidak dinafikan bahawa model asas Inspira adalah diambil daripada model (Mitsusbishi) Lancer tetapi reka bentuk dan gayanya telah diubah supaya lebih kepada ciri-ciri keluarga Proton. Kami juga mewujudkan beberapa spesifikasi baru yang tiada padanya seperti penggunaan pengelap cermin (wiper), lampu dan paddle shift.
Inspira juga dipasang di kilang di mana model Proton Exora dikeluarkan dan MMC sendiri memperakui model yang kami pasang adalah lebih baik berbanding yang diimport. Malah, pemanduan dan pengendalian menggunakan kepakaran Lotus. Ini menjadikan Inspira lebih menyerlah. Langkah itu juga bukan makna Proton mengundur ke belakang tetapi ia menjadi strategi Proton memajukan model secara bersendirian dan menambah model-model baru bukan induk melalui kerjasama syarikat pengeluar kereta lain di seluruh dunia.
Jadi, ini bermakna Proton Inspira akan menjadi langkah pertama untuk usaha yang sama pada masa depan?
Penjenamaan semula model adalah amalan yang lazim di dunia, tiada bezanya dengan Proton. Saya boleh nyatakan di sini, kerjasama itu tidak terhad kepada MMC sahaja.
gambar hiasan.
sumber: Kereta.info
Johan kereta kreatif dan inovasi Proton TF… model asal adalah Proton Gen-2.. di hasilkan dengan konsep alam dan mesra alam..
reka bentuk menarik… dan unik.. serta warna airbrush.. mungkin yang memberi bonus kereta ini menjadi johan.. walau apa pn saya ingin mengucapkan tahniah kepada kumpulan TF ini..
untuk lebih gambar di bawah ini..
Persona baru ini bakal menggunakan enjin turbocharged Campro CFE 1.6liter dengan kuasa 138hp dan 205Nm tork. Enjin ini yang dibangunkan di bawah projek phoenix, kini berada diperingkat akhir ujian dan bakal membuat kemunculan sulung pada model Exora dengan menggunakan kotak gear CVT pada tahun depan. Semoga model persona ini menjadi model global yang berjaya untuk Proton.
SHAH ALAM 16 Dis. – Proton Holdings Bhd. (Proton) merancang memperkenalkan kereta model baharu Persona-R dalam tempoh dua tahun lagi untuk mengukuhkan kedudukannya di pasaran industri automotif tempatan.
Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pengeluaran model itu akan dilaksana berdasarkan salah satu model yang dipamerkan pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2010, baru-baru ini.
Katanya, model Persona-R dijangka memberi tumpuan pada kuasa enjin selain mengambil kira kos bahan api serta pengurangan pelepasan karbon dioksida (CO2).
“Setakat ini, kerja-kerja pengeluaran sedang dijalankan. Model generasi baharu Proton yang bakal dikeluarkan adalah berasaskan pasaran global dan bukan lagi pasaran tempatan,” katanya sambil menyatakan pengeluaran Persona-R dilakukan tanpa melibatkan kerjasama dengan Mitsubishi Motors Corporation (MMC).
Kata Syed Zainal Abidin, selain model baharu, Proton juga mengeluarkan enjin Campro versi Turbo mulai tahun depan untuk menambah baik enjin yang sedia ada dalam memastikan penjimatan bahan api dan pelepasan sisa karbon.
Beliau berkata, Proton turut merancang mengeluarkan enjin generasi baharu bagi model kenderaan keluaran syarikat itu pada masa depan.
Bagaimanapun kata beliau, setakat ini tiada keputusan dibuat sama ada pengeluaran enjin generasi baharu itu akan melibatkan usahasama dengan pengeluar peralatan tulen (OEM) global.
“Saya fikir tiada sebab untuk kita mengeluarkan sendiri jika berpeluang untuk mengadakan usahasama. Kami sedang berbincang dengan beberapa OEM mengenai usaha sama pembinaan enjin ini. Sebarang keputusan, kita akan umumkan nanti,” ujarnya.
Terdahulu, Syed Zainal Abidin menyaksikan majlis memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara syarikat vendor Proton, AutoV Corporation Bhd. (AutoV) dengan ArvinMeritor LVS Co. Ltd (ArvinMeritor) dan Continental Automotive Systems (Shanghai) Co. Ltd. (CAS) di sini hari ini.
MoU melibatkan pengeluaran komponen automotif itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif AutoV, Bernard Kong manakala ArvinMeritor dan CAS masing-masing diwakili Pengarah Jualannya, Lansing Lin dan Naib Presidennya, Werner Koestler.
2010/12/17
Autov bangun ‘anti-trap’ bagi Persona R
PEMBEKAL sistem tingkap elektronik Tier-1 PROTON, AutoV Corporation Bhd akan membangunkan tingkap elektronik ‘anti-trap’ menggunakan teknologi terkini Continental AG, iaitu pengeluar sistem automotif dari Jerman dan ArvinMeritor yang berpangkalan di Michigan, Amerika Syarikat (AS).
Tingkap elektronik itu dibangunkan khusus untuk dipasang pada Persona R, iaitu model yang mendapat sentuhan Italdesign-Giugiaro SpA dari Itali yang akan dilancarkan PROTON pada 2012 bagi menggantikan Persona sedia ada.Bagi tujuan kerjasama pembangunan itu, AutoV semalam memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Continental Automotive Systems (Shanghai) Co Ltd dan ArvinMeritor LVS Co Ltd.
Bercakap pada majlis memeterai MoU itu di Shah Alam, Pengarah Urusan PROTON Holdings Bhd, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata menerusi MoU itu, Continental Automotive Systems Shanghai akan membekalkan perisian elektronik kepada AutoV untuk digunakan dalam membangunkan tingkap elektronik ‘anti-trap’ itu, manakala motornya akan dibekalkan ArvinMeritor LVS.
“Tingkap elektronik yang akan dihasilkan nanti akan memiliki logik yang mana sejurus mengesan halangan, ia secara automatik dibuka semula dan membenarkan objek dialihkan,” katanya sambil menambah ciri itu kebiasaannya di pasang dalam kenderaan keluarga dan amat berguna bagi melindungi jari kanak-kanak daripada kecederaan.
Syed Zainal berkata, kerjasama itu adalah antara langkah memastikan hanya peralatan berkualiti dipasang pada model PROTON pada masa depan, selaras aspirasi kumpulan menghasilkan kenderaan berkualiti eksport.
ArvinMeritor adalah pengeluar utama selak, regulator dan motor tingkap untuk kenderaan. Ia mempunyai lebih 100 kilang pengeluaran di 24 negara dengan mendapat sokongan teknikal dari Perancis, Jerman, United Kingdom dan AS.
Continental adalah pengeluar utama tayar, sistem brek, sistem keselamatan dan komunikasi dengan kemudahan di AS, Eropah dan Asia dengan disokong 18 kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D).
AutoV terbabit dalam perniagaan teras antaranya mengeluar, memasang dan membangun sistem regulator tingkap, wiper, washer dan hon.
Ia membekal sistem tingkap elektronik kepada tiga model PROTON iaitu Exora, Persona dan Waja.
Sementara itu, pada majlis semalam AutoV diwakili Pengerusi Eksekutifnya, Bernard Kong; ArvinMeritor LVS oleh Pengarah Jualan dan Pemasarannya, Lansing Lin; manakala Continental Automotive Systems Shanghai oleh Naib Presiden Bahagian Badan dan Keselamatannya, Werner Koestler.
kereta kreatif proton yang diberi nama Proton EVOLUSI-G memang mencuri perhatian saya apabila melihatnya. Model yang asalnya adalah model Proton Gen-2..di ubah menjadi kereta sport n seiran LAMBORHINI… memang kreatif mereka ini.. yang saya paling suka.. reka bentuk belakang.. walau pn menggunakan lampu saga..dan bonet Neo.. design belakang nampak matang dan menarik.. nampak cam kereta sport mahal… di katakan kos ubah suai hanya menggunakan RM 8000 sahaja… memang menarik… harap proton teruskan mengadakan pertandingan Kereta kreatif lagi buat masa akan datang.. kereta ini mendapat tempat yang ke 3.
lebih gambar di bawah:
SHAH ALAM: Proton Holdings Bhd mensasarkan menjual 6,500 unit sebulan Saga Facelift (Saga FL) yang baru dilancarkan, kata Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.
“Saga sudah berada dalam pasaran lebih dua tahun dan dengan model yang diberi wajah baharu ini yang menawarkan ciri-ciri lebih menarik, saya rasa 6,500 unit adalah nombor yang realistik untuk dicapai,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Saga Facelift, di sini, hari ini.Sejak pelancarannya pada Januari 2008, beliau berkata Saga meningkat ke kedudukan kedua model terlaris di Malaysia dengan jualan purata bulanan 6,200 unit.
Pada Oktober, beliau berkata Proton menjual kira-kira 204,150 unit dan menerima 245,030 tempahan.
Saga Facelift baru itu tampil dengan dua varian, iaitu, 1.3 Standard dan 1.3 Executive, kedua-duanya dalam transmisi manual dan automatik.
Syed Zainal Abidin berkata 1.3 Standard manual berharga RM37,998 manakala 1.3 Executive automatik berharga RM43,298.
Saga Facelift itu tersedia dalam enam warna dan menampilkan reka bentuk dapra baharu, tukup, lampu puncak, gril depan, bampar depan dan belakang dan cermin sisi yang menggabungkan isyarat LED.
Model eksekutif, antara lainnya, menampilkan lampu kabus depan tambahan, rekaan baharu keluli aloi, spoiler belakang dan acuan pelindungi sisi bagi menjadikannya ia kelihatan lebih sporty. – BERNAMA
Akhirnya desas-desus Proton SAGA FL yang akan dilancarkan pada Hari ini memang betul apabila Saga facelift terbaru atau kini dikenali dengan nama baru, Proton Saga FL telah dikemukakan secara rasminya kepada umum oleh Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.
SAGA FL baru sahaja dilancarkan pagi tadi. Perbezaan Saga FL degan Saga BLM hanya pada perubahan kosmetik luaran yang ketara.serta dalaman sedikit. Harganya juga mahal 1000 lebih dari model asal.
| Saga | Difference | Saga Facelift | |
| 1.3 Standard M/T | RM36,998 | RM1,000 | RM37,998 |
| 1.3 Standard A/T | RM39,998 | RM1,000 | RM40,998 |
| 1.3 Executive M/T | RM39,498 | RM1,200 | RM40,698 |
| 1.3 Executive A/T | RM41,998 | RM1,300 | RM43,298 |
perbezaan pada lampu depan yang lebih besar serta ada DNA design terbaru Proton .
selain itu perbezaan pada lampu belakang yang agak kecil dari model asal serta susunan lampu serta LED yang menarik.
Grill depan juga membawa perubahan yang ketara dari model asal. dengan memperkenalkan gril identiti kini Proton iaitu wing di sebelah Logo yang sama seperti model2 Proton EXORA,INSPIRA,dan Persona.
Cermin sisi pula sama seperti Proton Persona yang ada lampu sisi.
Kelainan juga pada Bumper depan serta bumper belakang.
dalaman pula kelainan pada Radio dengan penambahan USB serta Bluetooth yang menjadi tren kereta sekarang.
lagi satu harap maklum, Enjin yang akan digunakan SAGA FL ini masih sama iaitu 1.3 liter. menurut berita untuk enjin yang lebihbesar untuk model saga ini iaitu 1.6 liter akan ada dipasaran pada tahun hadapan.
sumber gambar Paultan.org
lebih gambar di bawah ini:
Masih ingat lagi tak model INNOTEC 1??? kali ini Proton mengadakan pertandingan reka bentuk kereta kreatif untuk kali ke-2.. pada pertandingan pertama, kumpulan Innotec ini memperoleh no 3… untuk pertandingan kali ke 2 pula mereka berjaya mendapat tempat ke 2. Taniah saya ucapkan. Model ini ada dipamirkan di KLIMS 2010. antara kelima-lima model kereta kreatif yang dipamirkan.. saya terpikat dengan model ini. mereka memang sungguh kreatif, model asal kereta ini adalah model Gen-2… mereka berjaya menggabungkan elemen2 model EXORA sebagai lampu belakang serta bumper depan serta pintu depan. Elemen model Perdana ialah lampu depan di naikkan sehingga kelihatan seperti Masda. elemen model saga pula untuk lampu belakang.
bagi saya memang menarik model ini… apa pendapat anda??
lebih gambar dibawah:
Nampak nya tidak beberapa lama lagi model ini akan di lancarkan. menurut info ada yang katakan tahun hadapan.. harga belum lagi di tetapkan..kemungkinan lebih mahal sedikit dari model asal. gambar saga Fl dibawah ini mungkin warna baru proton… sumber gambar dari Forum.Lowyat
Oleh Choong En Han
KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) – Perodua, penjual utama kereta di negara ini, akan mendapatkan teknologi hijau yang lebih murah bersama-sama dengan rakan teknologinya, Daihatsu, bagi mengeluarkan kereta kompak mesra alam sekitar yang mampu dimiliki sambil mendahului pesaingnya.
Bagi mencapai matlamat itu, Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh memberitahu Bernama bahawa Perodua sedang menguji teknologi “metal-free liquid feed cell” kerana teknologi hijau yang ada sekarang ini adalah terlalu mahal, bukan sahaja bagi pengeluar malah juga kepada para pengguna.
Mengikut rangka pelan lima tahunnya, syarikat itu akan menggunakan teknologi “precious metal-free liquid feed fuel cell” (PMfLFC) sebagai kelebihan untuk mengeluarkan kereta mampu dimiliki kepada orang ramai.
“Sekarang pun, hanya syarikat Jepun yang berupaya membawa masuk kereta hibrid masing-masing ke negara ini dan itu juga melalui sokongan kukuh kerajaan,” katanya baru-baru ini.
Menurutnya, walau pun duti eksais 100 peratus dikecualikan bagi kereta hibrid sekarang ini, ia masih tidak dapat menampung pengeluaran secara besar-besaran disebabkan kos itu.
“Banyak pengeluar kereta berlumba-lumba mengeluarkan kenderaan hibrid dan elektrik (EV), tetapi, sebagai pengeluar kereta kompak yang mampu dimiliki, langkah melakukan pelaburan itu tidak berdaya maju.
“Walau pun PMfLFC masih dalam penyelidikan peringkat awal, ini adalah teknologi bagi masa depan dan dalam hubungan ini, kami akan memintas sebarang perkembangan teknologi pada masa depan bagi melakukan pengeluaran kenderaan hibrid dan elektrik,” katanya.
Teknologi PMfLFC yang baharu itu, yang merupakan sebahagian daripada agenda rangka pelan lima tahun Perodua, akan akhirnya memberikan kelebihan kepada pengeluar kereta itu, dengan memintas sebarang perkembangan mengenai teknologi kenderaan hibrid dan elektrik.
“Sambil itu, kita akan fokus bagi menambah baik enjin pembakaran dalaman agar setara dengan teknologi hijau yang baharu,” katanya.
Sekarang, syarikat itu sedang berusaha menambah baik enjin pembakaran dalaman dengan menggantikan alat ganti acuan besi kepada komponen aluminium sepenuhnya di dalam peringkat pertama rangka pelan itu.
“Walau pun, kita masih menggunakan enjin pembakaran dan melalui usaha itu, kita akan berada pada keadaan yang sama dengan teknologi hibrid dan EV, dan akan diperkenalkan ke dalam pasaran di dalam tempoh dua atau tiga tahun akan datang.
Bagi peringkat kedua pembangunan enjin Perodua, syarikat itu akan turut memperkenalkan enjin turbo suntikan langsung dua silinder.
“Kereta itu dijangka mempunyai lebih kuasa melalui kuasa tambahan dan kami percayai enjin turbo kami akan dapat menambah baik keefisienan bahan api dan memotong pengeluaran karbon sebanyak 30 peratus,” katanya.
Mengenai Sistem Transmisi Automatik Elektronik (E-AT) yang akan dikeluarkan tidak lama lagi, katanya syarikat itu kini berada pada peringkat akhir kajian pengeluaran.
“Kami perlu mewujudkan satu kilang yang berbeza sepenuhnya bagi Sistem E-AT dan saya pasti pelaburan lebih RM150 juta akan dilakukan dan pengeluaran akan bermula dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
“Kami kini sedang mengkaji butiran seperti susun atur kilang dan memilih vendor yang boleh membantu kami memasang komponen berkenaan,” katanya.
Katanya pelaburan yang dilakukan boleh disifatkan sebagai pelaburan langsung domestik (DDI), sambil menyahut seruan kerajaan supaya sektor swasta membuat lebih banyak pelaburan.
“Ini merupakan satu jenis pemindahan teknologi dari Daihatsu dan mereka akan membantu kita melatih jurutera, operator dan vendor tempatan supaya melakukan pematuhan.
“E-AT adalah sistem bebas habuk tersangat sensitif berteknologi tinggi dan kualiti menjadi kriteria utama,” katanya.
Dengan pelaksanaan usaha mengurangkan karbonnya dan menambah baik keefisienan bahan api, Aminar menyeru kerajaan untuk mengiktiraf usaha pengeluar kereta itu dan turut menawarkan insentif bagi kenderaan hibrid dan EV kepada perodua.
Selain itu, katanya syarikat itu juga akan terus menambah baik kemudahan pengeluarannya.
Mengenai penggabungan Proton-Perodua yang banyak diperkatakan, katanya syarikat itu tidak mengetahui hasil dan cadangan kajian berkenaan.
“Tunggulah penguman mengenainya tetapi kami akan meneruskan rangka pelan berkenaan dan mengangani isu serta kelemahan yang timbul sekarang ini.
“Benarkan kami, bersama-sama dengan Daihatsu, meneruskan perancangan kami. Ia memerlukan sedikit masa bagi melaksanakan pelan berkenaan,” katanya.
— BERNAMA