Tuesday, 20 January 2026

Terima Hadiah Kamu Yang Mesra dari Blogger Ujie Othman

Alhamdulillah rezeki datang tanpa diduga lagi. Ummi terpilih sebagai Kamu Yang Mesra oleh blogger Ujie Othman atau lebih mesra Ummi sapa PU ( Puan Ujie). 

Alhamdulillah rezeki kami bertiga 🤲🏻

Ikutkan Fanny di tempat pertama, manakala Ummi ni tempat ke-4. Tapi dek kerana Fanny berada nun di negara jiran, Ummi naiklah ranking tempat ketiga. Begitulah aturan rezeki. Alhamdulillah. 

Buka saja kotak kiriman PU, hati Ummi dah tertawan. Manissss sangat tote bag/shopping bag ni 🩷

Ada 3 items dalam kotak ni... Ada stoking Naelofar dan handbag selain tote bag 👆🏻
Suka suka suka :D 

Cantik! 
Warna maroon. Kena sangat dengan taste Ummi. Thanks PU 😘
Ada 2 tali disertakan. 
Simpan dulu beg ni, nak melaram raya nanti, In Sha Allah. 

Terima kasih sekalung budi buat PU. Segan juga ni, dah 2 tahun berturut² jadi penerima hadiah Kamu Yang Mesra di blog Titian Perjalanan milik PU. Apapun, didoakan agar PU sekeluarga sentiasa dlm lindungan-Nya, sihat selalu dan diluaskan rezeki sentiasa hendaknya. Begitu juga untuk semua rakan di alam maya ❤️ 




Monday, 19 January 2026

Vest Baru

Masa cuti sekolah hari tu cikgu buka tempahan untuk vest Pengawas Sekolah. Semua wajib beli la sebab vest baru, tak sama macam yang sebelum² ni, vest warna maroon yang boleh dibeli di kedai² pakaian sekolah. Vest baru ni custom design; ada sulam logo sekolah, logo JAIS dan dual color. Harga RM 45. Adik ambil saiz M. Besar sikit takpe, boleh pakai lama. 

Masuk kereta je Ummi suruh cuba try test :p 
Nampak matured dah anak bongsu Ummi ni 😌
Dah jadi kakak² di sekolah... 
Vest tu warna pink dan maroon di bahagian depan. Belakang maroon sahaja. 

Ada tulisan Pengawas Sekolah dan nama sekolah juga. Kalau ada nama murid belah depan tu pun cantik juga. 

Selamat bertugas Adik 💪🏻

LGK D2: Island Hopping & Mandi-Manda di Pulau Beras Basah


Itinerary hari pertama;

Hari kedua kami pilih aktiviti outdoor pula. Seawal 8 pg Walid dah ke lobi hotel, mencari PIC  aktiviti island hopping. Petang semalam dah tanya² few providers. Paling murah dapat harga RM320, kena drive sendiri ke Jeti Tanjung Rhu (around 30 minutes dari hotel). Alhamdulillah ada slot kosong pukul 10 pg. 

" Rezeki encik ada slot kosong. Biasanya orang  book sehari awal" katanya. 

Lambat decide sebab Ummi berbelah bagi nak island hopping ke just naik bot tepi pantai sebelah petang macam👆🏻ni... 

Menunggu van... 
Pakej kami ni termasuk transportation ke jeti, pergi dan balik. Harganya RM350 (private boat). Dan lagi best, naik bot di Jeti Teluk Baru, yang hanya 10 minit dari hotel. Tak perlu ke Jeti Tanjung Rhu. 

Van dah sampai... 

Semua excited naik van pelancong :D 

Cantikya jeti ni ! 
Seronok tengok pemandangan bot² berlabuh gini... Rasa tenang je. Jeti Teluk Baru ni tempat baru dibuka. Pelancong yang naik dari sini Ummi tengok semuanya dibawa oleh van pelancong. Beza dengan di Jeti Tanjung Rhu yang kebanyakannya drive sendiri ke sana. 

Angin kuat! 
Kami cuma bawa baju salin dan sedikit makanan. Pakej ni termasuk mandi di Pulau Beras Basah. Walaupun tak berhajat nak mandi, Ummi bawa juga tuala (standby). Dekat jeti ni ada few gerai, yang jual nasi lemak pun ada. Ummi ni naif, tak terfikir pulak nak beli makanan untuk trip ni. 

Life jacket disediakan 👍🏻
Ummi ingat botnya perlahan atau santai² je rupanya laju ya amat! Terlompat² rasanya dilambung ombak. Tapi menyeronokkan dan memberi pengalaman baru. 

Betapa kerdilnya kita dan besarnya pengharapan kepada-Nya bila berada di lautan begini. Walaupun trip ni untuk suka²/bersiar², tapi didiklah hati untuk mengagumi kebesaran Allah SWT. 

Batu-batuan yang membentuk pulau. 
Langkawi terdiri dari gugusan 99 buah pulau semula jadi. Selain Langkawi sendiri, Pulau Tuba satu lagi pulau yang didiami oleh manusia. Yang selebihnya pulau² kecil begini dan mungkin tidak sesuai didiami. 

Singgahan pertama, Pulau Dayang Bunting. Nampak tak bentuk pulau tu umpama seorang perempuan mengandung tengah berbaring? Sebab itulah namanya Tasik Dayang Bunting. Kami cuma tengok dari jauh. Ada pakej yang bawa pelancong untuk ke pulau ni. Biasanya kata pemandu bot orang ke Tasik Dayang Bunting di pulau ni untuk ikhtiar dapatkan zuriat. 

Di sebelah kanan kami pula Pulau Buaya. Bentuknya macam buaya kan? Sekitar ni saja ada 4-5 pulau yang ada. 

Ramai juga pelancong ambil pakej island hopping ni... Kalau pelancong Mat Saleh, depa sewa jet ski...

Seterusnya kami ke Pulau Singa Besar untuk aktiviti eagle feeding. Pulau Singa Besar ni paling banyak burung helang tinggal. 

Bye Pulau Singa Besar... Jeti tu dah uzur, terbiar je. Tak pastilah ada jalan lain untuk naik ke darat. 

Parasailing. 
Seronok tengok orang baik, tapi faktor usia membuatkan Ummi jadi overthinking 😌
Tak berani nak try

Menghampiri Pulau Beras Basah. 
Geng Mat Saleh yang naik jet ski tadi pun baru  sampai... Meriah pulau ni. 

Hampir sampai ke pulau, pemandu bot bagi roti sorang sekeping, untuk bagi ikan makan. 

Jinak dan banyak sangatttt ikan di sini! 

Ramai! 
Kemuncak pakej kami ni mandi-manda di Pulau Beras Basah. Kami diberi masa 2 jam untuk mandi-manda. Lamanya huhu... 

Pantainya cantik juga... Tapi Ummi lagi suka mandi di Pantai Chenang. 

Kecik je pulau ni...

Kalau tak nak mandi, bolehlah bersantai ambil angin laut. Seeloknya bawalah tikar, lebih selesa untuk duduk dan berkelah. Kami ni tikar pun tak bawa, makanan pun ada jajan sikit² je. Tak cukup info sebab tu tak prepare awal. Tercengang tau masa pemandu bot kata 2 jam kat sini 😅

Selok beg jumpa roti krim ni alhamdulillah boleh la buat alas perut. Masa ni mulalah teringat nasi lemak acik dekat Jeti Teluk Baru tadi. Sedap kalau dapat berkelah makan nasi lemak ni... 

Satu²-nya gerai jual makanan dan minuman. Depa jual burger, fries, air kelapa... Harga double la... 

Ada tandas (bayaran RM1) dan bilik air untuk mandi/tukar baju (bayaran RM2). Tapi itulah walaupun dikenakan bayaran tapi kebersihan out. Sebatu dah boleh bau busuknya tu :( Mungkin bekalan air terhad, tak boleh nak mencuci selalu tandasnya tapi tak adil juga untuk pengguna yang kena bayar utk guna kemudahan tu. 

Selesai anak² membersihkan diri, kami cari pemandu bot kami dan ajak balik wpun belum cukup 2 jam. 

Balik ikut jalan lain :) 

Arrived at the jetty...

Gerai jualan... Kami cuma beli gambar sekeluarga yang diambil oleh photographer di sini. Murah je, RM15. 

Pergi balik dengan driver van yang sama tapj vannya lain. 

Kawasan ni sempit sangat, parking double triple. Nak sampai ke simpang, van dipandu mengundur 😁

Apapun alhamdulillah trip pulau ke pulau ni satu pengalaman yang sangat menarik dan berharga untuk kami sekeluarga. 

Untuk lunch, Walid beli packed food di warung berhampiran hotel. Alhamdulillah untuk hari yang indah ❤️


Sunday, 18 January 2026

Penyeri Laman

Alhamdulillah si cantik jelita ni sedang berkembang mekar di laman.

Ini pun sama, batch kedua. 
Satu kuntum dah layu. 

Ini 3 kuntum pertama yang mekar di tahun baru. Bunga ros Ummi ni jenis wangi. Nanti bila bunga² ni dah kering, potong kira² sejengkal dari tangkai bunga. In Sha Allah nanti akan keluar cabang baru dan dari cabang tu keluar bunga baru. Kena rajin trim supaya pokok rajin berbunga. 

Bunga Sepit Udang pun meriah berbunga. 

Putik Timun Tikus. 
Pernah rasa sekali, pahit. Tumbuh sendiri pokoknya, Ummi biar je pokoknya tumbuh meliar di luar pagar. 

Bunga Telang yang tak pernah jemu berbunga. 

Bunga cili. Kira bunga jugalah kan? 
Kalau perati ada beberapa tangkai bunga tu, tapi selalunya buah lekat sebiji dua je. Takpelah kan, benih campak² je pokoknya tu. 




Kari Ikan Nyok-Nyok

Masak Kari Ikan Nyok-Nyok hari ni untuk makan bersama anak asrama. 

Selain kari ikan, masak juga udang goreng kunyit, kangkung goreng belacan favorite Kakak dan telur mata. 

Image
Kangkung Cik Leha bagi. Geng Bukit tuai kangkung. Banyak CL bagi alhamdulillah. 

Sebelum tu singgah Tealive. Beli minuman yang dia pesan. Kita layan je la kan, asalkan dia happy