OPAH DAN WAN

Assalamualaikum... Hai Semua...


Mak aku ada datang ke rumah aku. Seminggu di sini.
So berjumpa la dia dengan besannya a.k.a MIL aku.
Mereka jarang berjumpa. Seingat aku dorang berjumpa baru 3 kali sahaja.
Kekangan tempat tinggal berbeza negeri dan masalah kesihatan masing-masing.

So, bila kat rumah aku ni masing-masing duduk la bermain cak...cak.. cak dengan anak jantan aku..

Yang ni memanggil yang tu OPAH.
Yang tu memanggil yang ni WAN..

End up..
Yang ni cakap " Saya NENEK"
Sorang lagi pun membalas "Saya pun NENEK"

Esoknya masa main dengan cucu, kedengaran lagi..
Yang ni duk gelarkan yang tu "WAN"
Yang tu duk gelarkan yang ni "OPAH"
Lantak korang la...

Aku duk makan.
Lepas makan, makan lagi..
Santai makan sambil tengok netflix sebab anak sakan duk bermain dengan both "WAN dan OPAH celup".


Psstt : 
Both nenek kedua side digelar "NENEK", 
tetapi untuk side suami, panggilan datuk ialah "ATUK", 
manakala side aku, datuk dipanggil "TOKKI"


Ok. Bye
XoXO