OPAH DAN WAN

Assalamualaikum... Hai Semua...


Mak aku ada datang ke rumah aku. Seminggu di sini.
So berjumpa la dia dengan besannya a.k.a MIL aku.
Mereka jarang berjumpa. Seingat aku dorang berjumpa baru 3 kali sahaja.
Kekangan tempat tinggal berbeza negeri dan masalah kesihatan masing-masing.

So, bila kat rumah aku ni masing-masing duduk la bermain cak...cak.. cak dengan anak jantan aku..

Yang ni memanggil yang tu OPAH.
Yang tu memanggil yang ni WAN..

End up..
Yang ni cakap " Saya NENEK"
Sorang lagi pun membalas "Saya pun NENEK"

Esoknya masa main dengan cucu, kedengaran lagi..
Yang ni duk gelarkan yang tu "WAN"
Yang tu duk gelarkan yang ni "OPAH"
Lantak korang la...

Aku duk makan.
Lepas makan, makan lagi..
Santai makan sambil tengok netflix sebab anak sakan duk bermain dengan both "WAN dan OPAH celup".


Psstt : 
Both nenek kedua side digelar "NENEK", 
tetapi untuk side suami, panggilan datuk ialah "ATUK", 
manakala side aku, datuk dipanggil "TOKKI"


Ok. Bye
XoXO

Bibik di Taman

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kesahnya aku ke rumah abang ngah aku di Puncak Alam. Mak aku lepas abis eddah berjalan ke rumah anak-anak. So nak meraikan mak ke sini makanya aku bermalam la di rumah abang aku beberapa hari. 

Anak aku keboringan di rumah petang2, aku bawak anak dan nak sedara ke Taman Permainan berhampiran rumah. 

Ada la beberapa orang budak dan maid di sana menemani anak majikan bermain. 

Mak aku beramas mesra dengan maid sebelum kami pulang. 

2,3 minit bersembang. 

Kesimpulan dari perbualan.. 

Maid tu ingat aku ni bibik yang bawak anak majikan bermain di taman. Hahaha.. 




Image

Ok. Bye
XoX0

Air sarsi botol dan nasi kerabu

Assalamualaikum... Hai Semua...


Pagi tu suami ajak gi makan sarapan kat luar. Aku pun membara la bawak bag bekal keluar. Bekal kat sini bermaksud bubur anak, air untuk anak, air coway utk mak ayah & tisu basah. 
Dalam kereta anak meragam je dalam carseat. Bila didukung dia ok sekejap then meragam serba tak kena. Aku letak semula dalam carseat. Mood nak makan kat kedai sedikit terganggu dan aku syorkan tapaukan aje. But suami suruh try makan kt kedai dulu, kalau betul anak moody baru kita bungkus dan chowwwww. 


Kat kedai, suami order nasi kak wok.
Aku order nasi kerabu.
Suami ambik air green tea thai.
Aku? Opkosss pilih nak air kosong.. Zero kalori kononnya..

Masa tengah makan, baru terpandang dan nampak ada air sarsi botol dijual di kedai tu. 
Bini : Nak air tu..
Pesan aku kat suami yang kebetulan nak ke kaunter untuk add on lauk untuk tapau bawak balik untuk mentua.

Bila suami kembali ke meja tangannya kosong.
Takde air botol.
Aku diam je..
Terasaaaaa hati aku..

Aku makan nasi kerabu diam-diam...
Dia lupa agaknya.. Takpe lerrr..

Tiba-tiba waiter datang bawak air botol dan ais...

Waaaaaa... Suami tak lupa rupanya.. Aku ingatkan dia lupa.. 

Nasib baik aku tak merajokkkk bagai..
Kalau tak, malu la ai.. 

Image
Air sarsi botol
Menggamit nostalgia..


Image
Aku sedut demi sedut air sarsi tu..
Natijahnyaaa....
Nasi kerabu tak habis sebab kenyang air..

Bapaknya habis nasi kakwok.
Anaknya habis bubur.
Maknya kenyang air.. Tak habis nasi

Burpppppppp.. Sorry bau sarsi..


Ok. Bye
xoXO

Penutup 2025 dan Selamat Datang 2026

Assalamualaikum... Hai Semua...


Dah seminggu di tahun baru, cuma sekarang ada kesempatan untuk up 1 post di blog sendu ini. Hehe..
2025 ini dikenang dengan 1001 kemanisan dan ada terselit jugak kepahitan kehilangan seseorang.

Kalau dulu penghujung 2024, aku sedang hamil. Tapi penghujung 2025 ini aku sudah mendukung si baby Jumbo Size 10kg ni.. 

Menelusuri 365days setahun banyak benda untuk dikongsi.. Banyak benda untuk diabadikan di sini as kenangan kelak.
Jom tengok throwback sepanjang 12bulan di tahun 2025 yang lepas.


JANUARY

Memulai awal tahun 2025 hari tu dengan kandungan sudah memasuki usia 5 bulan. Ketika inilah kami tahu yang bayi yang dikandung adalah seorang baby lelaki. 


Image
Sempat ke kenduri saudara suami, Ketika ini la ada yang mulai tahu psl kehamilan remaja purba ini. Hehe.. 


FEBRUARY

Menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 12 bersama baby yang bakal dilahirkan. Biarpun terlingkup tertunggang langgang pun rumahtangga yang ada pasang surut, hujung-hujung saling memaafkan.


Image
Happy Anniversary youuuuu..


MARCH

Pengalaman berpuasa ketika mengandung. Aku lopong puasa 17hari. Masih bertatih nak habiskan ganti. Sedikit sebanyak persiapan menyambut baby dilakukan masa ni.


Image
Sahur ibu hamil



Image
Sedikit banyak persiapan menyambut baby


APRIL

Selepas 2tahun beraya Team Mentua, tahun 2025 kami menyambut raya di Tganu bersama famili aku. Raya yang sangat meriah. Rupanya tu raya terakhir bersama ayah aku. 

Image
Bergambar di Hari Raya Kedua (malam)


Image
Bergambar di Hari Raya Pertama


MAY 

Allahuakbar.. Alhamdulillah. Lahir zuriat yang selama ini dinantikan. Berpantang sendirian sambil membantu suami menguruskan makan minum MIL uzur. Tunggang terbalik kami laki bini dengan kuning anak dan appointment mentua di klinik. Berpantang sendirian, aku masih lakukan kerja rumah & memasak sendirian. 


Image
Warded sehari sebelum bersalin

Image
Ada one day tu, suami urus aku dan anak di KK. Kemudian balik tu, suami bawak pulak MIL untuk check up di KK yang sama. Settle kan satu-satu.



JUNE

Sambut Raya Haji bertiga dengan baby. Kami decide mintak tolong kakak ipar jaga MIL sebulan sehingga aku habis pantang. 


Image
Pagi raya aidiladha

Image
Selesai jugak 21hari cucuk ubat cair darah. 
Tak sangka aku berani cucuk sendiri perut ini..


JULY

Rutin membesarkan anak aje.. Baby lepas habis kuning, memang asyik menangis je masa tu.. Kami amik MIL untuk dijaga semula. 


Image
Baby A dan ayahnya

Image
Suami banyak bantu jaga anak


AUGUST

Kesihatan ayoh aku selama ni on off keluar masuk hospital. 2025 ada beberapa kali ayoh masuk wad. Even lepas raya pun ayoh warded jugak. Tarikh 18 Ogos ayoh meninggal. Dan usia baby 3 bulan masa tu. Baby belum sempat jumpa tokki. 

Image
Urusan pengebumian ayoh



SEPTEMBER

Alhamdulillah.. Kali pertama menyambut ulang tahun kelahiran aku dengan kehadiran seorang zuriat tahun ini. Usia remaja kita ni dah level-level purba muzium dah baru dapat jadi ibu. Hahaha..


Image
Eh macam lebih kurang je mcm sambutan anniversary. Hehe

OCTOBER

Rutin masih sama membesarkan anak aje.. Baby banyak terima hadiah sempena deepavali. Baby membesar dengan jayanya... Alhamdulillah 

Image
MashaAllah Tabarakallah

Image
Pemberian jiran sempena deepavali. Sakan dia collect duit raya masa Deepavali ye..



NOVEMBER

Alhamdulillah.. Tahun ni Besday suami disambut bersama si baby 6months. Baby dah start makan, but no no no eat cake besday ayah ye baby.. hehe..

Image


DECEMBER 

Balik Tganu berkumpul dengan adik beradik. Penutup 2025 yang sangat bahagia. Terima Kasih Ya Allah.. Bulan ini jugak habis eddah untuk mak aku. 


Image
Dengan sebahagian adik beradik yang balik kampung


Kalau sebelum ini kehidupan aku banyaknya life aku berkisar urusan membantu suami menjaga mak uzur.. Tahun 2025 ada kelainan sikit sebab dah jadi ibu, dan kehidupan lebih banyak melalui life pasal anak. 

Semoga 2026 lebih memberi segala yang indah- indah sahaja. Dilimpahi rezeki yang melimpah ruah, dipermudahkan journey menyusu aku,dipermudah segala urusan kami, diberikan kesihatan yang baik, mudah segala urusan membantu suami berbakti kepada mak, hubungan suami isteri dipelihara. Etc


Ok. Bye
XoXO