Jalan Jalan 2012
Kisah doodle Google sepanjang 2012 31 Disember 2012. Tarikh yang nostalgik sifatnya. Lebih nostalgik bila saya teringat catatan nota kecil yang saya tulis dan simpan dalam dompet. Antara yang tertulis di situ, "Melawat sekurang-kurangnya satu (1) negara setiap tahun." Catatan itu saya tulis pada tahun 2009 dan saya terlupa tentangnya, sehinggalah saya mengemas isi dompet pada tahun 2011! Merenung kembali perjalanan sejak tahun catatan itu ditulis. 2009 Beijing, China. Pertama kali ke negara luar bersama keluarga dengan agensi pelancongan. 2010 Singapura. Menjadi "perasmi tidak langsung" kepada Universal Studio Singapore yang baru dibuka. 2011 Mei Trip UK-Eropah pertama meliputi UK (London) , Belanda (Amsterdam) , Belgium (Brugges), Jerman (Munich) dan Republik Czech (Prague). Trip DIY jauh yang pertama. Segalanya diurus sendiri dan kali pertama pergi tanpa keluarga. Baca catatan bebas trip itu di sini . Julai Padang, Bukit Tinggi & Danau Meni...