Thursday, December 26, 2013

Cuti-cuti ke Pulau Langkawi

Alhamdulillah tercapai jugak hasrat nak pergi bercuti dengan family ke Langkawi pada 17-19 Disember lalu walaupun rancangan last minit juga. 3 hari 2 malam dan menginap di homestay area pekan Kuah tak jauh dr pusat bandar.

Image
anak-anak yg asyik masuk underwater world.

Yg penting anak-anak semua happy. Sepanjang di sana aktiviti penuh dengan shopping dan melawat lokasi yg menjadi tumpuan antaranya telaga air hangat, underwater world, dataran helang, lokasi shopping macam hj Ismail Group. Dah lama sungguh tak ke sini last pergi masa bujang hari tu mmg banyak tempat baru.

Image
basahkan kaki kat telaga air hangat

Image
anak-anak pun tak ketinggalan juga
Lokasi seterusnya sebenarnya nak naik cable car tapi tak kesampaian disebabkan org terlalu ramai. nak beratur beli tiket maunya 2-3 jam. Jadi kami batalkan hasrat dan bawa budak-budak naik kuda saja.

Image
dua kakak. 1 kakak besar dan 1 kakak kecil naik kuda. excited sungguh

Image
Fahim pula naik dengan abg Afiq

Image
"Best sungguh,"kata Aim nanti nak naik lagi. Maknanya kena datang lagilah tu.

Image
pintu masuk oriental Village yg menempatkan cable car dan pelbagai gerai cenderhati. Mat saleh sukalah tempat macam ni.
Image
Aikk tak habis lagi gambar berkuda

Image
Aktiviti shopping semestinya kan..beli jgn tak beli

Image
Tidak sah ke Langkawi kalau tak pergi ke tempat pembuatan minyak gamat.haruslah beli minyak gamat kalau ke sini.

Image
gambar Fahim menunggang kuda

Image
ambil gamabr dulu ya.

Image

lokasi seterusnya ke dataran Helang semata-mata nak ambil gambar dengan replika helang yang besar ni.Waktu malam mmg sangat cantik. nampaklah muka sikit ambil gambar dengan handphone.

Image
Kami menaiki feri menerusi Kuala Kedah. tambang RM23 untuk dewasa dan RM18 untuk kanak-kanak. Untuk penyimpanan kereta pula sehari RM20 jadi kalau 3 hari RM60.

Rugilah kan pergi Langkawi kalau tak bershopping. mmg murah betul kalau nak beli periuk, pinggan mangkuk. Hati tu teringin juga nak sambar satu Visions yg besar tapi almari rumah yang kecil tu dh tak muat pula. lastnya beli juga kuali dan pan Tefal juga mangkuk 3 beradik, selain sudu dan garfu dan coklat.

Image
Inilah barang-barang kami. Banyak tak??

Saturday, November 30, 2013

merajuk

 sekarang dah pandai merajuk kalau kena marah. siap baring atas lantai.

Image
 tgk ler gambar-gambar kat bawah ni.

Image
 muka harus masam dan monyok
Image
 bila panggil pun buat tak tahu
Image
 sedih jerkan minta simpati
Image

Image

Image
sudah ler tuh..tk handsomelah...

Cuti-cuti di Port Dickson

 Pada 22-24 November lepas tertunailah hasrat nak buat family ghatering sama-sama dengan family husband. Kami menginap Rumah Peranginan TNB Port Dickson. Dapat satu apartment dua bilik yang besar. Muatlah untuk semua.

Image
 Tak plan pun sebenarnya semuanya last minit jer bila ada kosong terus jer booking. Aktiviti hanyalah mandi kolam untuk budak-budak. Lihatlah betapa seronoknya dia orang dapat mandi sama-sama.

Image
 Mandi dari pagi sampailah tengah hari kemudian petang turun lagi dan last pagi Ahad sebelum check out pun sempat mandi ramai-ramai.

Image
 Kakak, Fahim bersama sepupu-sepupu yang lain. Semua sebaya jer..

Image
 Ok ambik gambar dulu.

Image
 Fayyadh yang takut nak turun kolam. Sekejap jer lepas tu dah menggigil-gigil dah.

Image
 Masa ni tengah kesejukan.
Image
 Nangis sebab sejuk.
Image
 Tak ramai sangat budak-budak oklah..

Image
 Best sebab ada gelungsur...
Image
 Lihatlah betapa seronoknya dia orang.

Image


Image
 Diakhiri dengan gambar dua beradik...kakak dan Fahim.

Saturday, October 26, 2013

MALBATT Lubnan 850-1

Selamat bertugas di Lubnan kapten Hairi.
Semoga selamat pergi dan selamat kembali.
Kami mendoakan kesihatan, kesejahteraan dan keselamatan di sana.
Semoga bertemu bulan 3 nanti dan balik bulan Oktober 2014.

Image
Minggu lepas saya dan suami menghantar biras (sebelah suami) yang berangkat ke Lubnan kerana menjayakan misi MALBATT Lubnan 850-1 yang terdiri daripada 300 anggota termasuk pegawai.


Image

Ramai ibu bapa, isteri, adik beradik yang menaghantar pemergian insan tersayang diiringi doa semoga semuanya selamat.

Image
 Berkorban untuk negara. Terpaksa meninggalkan anak dan isteri selama setahun.Orang kata sekejap saja setahun tu. Pejam celik pejam celik dah setahun.

Image
 Hairi dan Liza

Image
 Keluarga hairi bersama Liza dan Along



Image
 Inilah dia anggota MALBATT 850-1 ke Lubnan. Pejuang negara.

Image
 Saya bersama ipar, Liah


Image
 Lia dan suaminya

Image
Last pic... kami berdua peace yoo...


Tonton konsert Rihanna di Macau

 Pengalaman kali pertama menonton konsert artis antarabangsa memang tidak dapat dilupakan. Oh ya saya pernah menonton konsert Peterpan yang datang kali pertama di Malaysia rasanya hampir 10 tahun lalu. kemudian menemuramah pelakon Ada Apa Dengan Cinta Rangga aka Nicholas Saputra dengan Dian ketika filem itu tengah meletop suatu ketika dulu.
Kalau konsert artis Malaysia tu sudah biasa daripada Siti Nurhaliza sehinggalah Anuar Zain. menemuramah mereka juga sudah biasa.

Image
 Konsert Rihanna yang diadakan di Macau pada 13 September lalu di Cotai Arena Macau lokasi popular untuk konsert artis antarabangsa. Memang sangat ramai dan hanya saya seorang rasanya Muslim bertudung. Jadi perhatianlah sekejapkan...

Image
 Konsert memang best. Siapa tak kenal Rihannakan yg popular dengan lagu Umbrella tu.Walaupun start lambat hampir jam 10 malam namun penonton langsung tidak berganjak dr tempat malah sorakak, jeritan begitu bingit membuatkan suasana riuh sebelum bermulanya konsert.

Image
 Ini antara gambar yg dapat saya ambil. Saya berdiri berdekatan stage jadi dapatlah melihat wajahnya dengan jelas. Kagum kemantapan vokalnya mezzo suprano.

Image

Image
 Dia juga dilantik sebagai rakan untuk MAC Cosmetics. Di Malaysia sudah dilancarkan RiRi Hearts MAC.

Image
Pengalaman yang sungguh menyeronokkan.
Kami juga berpeluang menemuramah Rihanna keesokan harinya. Dia sangat cantik, peramah, ceria dan bijak berkata-kata.
Image

Image
Story dalam Harian Metro.