Image
 

Ape Bezanya Orang Islam Dengan Orang Bukan Islam….? (Episod 2)

•May 5, 2008 • Leave a Comment

Keesokkan paginya saya nak ke Bertam. Nak bermain bola sepak sesama kawan-kawan. Lama tak main. Penting juga kita jaga kesihatan kita ni…

Sebelum bertolak, saya tengok meter motor telah menunjukkan huruf ‘E’(dah nak habis minyak motor). Dalam hati, saya katakan, takpelah jap lagi isi la..Tapi perjalanan dari Sg. Petani ke Bertam melalui jalan besar (highway) takde petro pam syarikat PETRONAS. Ade pun di seberang jalan. Malaslah nak pusing. Saya kena ada kat padang sebelum jam 7.30pg. Kalau tak kena pumping 10x. Jadi saya mengambil keputusan terus melalu highway. Sampai saja kat satu jambatan(6-7km dari padang bola), minyak motor saya pun habis. Alamak…kacau la pulak..

Sebenarnya saya tak tahu pula jarak dari situ ke padang bola pada awalnya. Saya pun membuat keputusan untuk menolak motor ke petro pam yang berhampiran(6-7km). Tak sampai 2minit, datanglah seorang pak cik yang menolong menolak motor saya menggunakan kakinya. Voommmm…tapi pak cik itu hanya dapat tolak sampai ke simpang Bertam sahaja sebab dia nak terus ke Sg. Dua. Saya kata ok je..Alhamdulillah la, pak cik dapat bantu saya. Dalam hati saya mengatakan ini mungkin balasan saya sebab saya hanya menolong Indian semalam separuh jalan je.

Maka terpaksa saya tolak motor sekali lagi (lebih kurang 150m). Kemudian datang seorang lagi pak cik yang menolong menolak motor saya. Kesian pak cik tu, mana taknya kene tolak motor menaiki sedikit bukit. Akhirnya berjaya juga saya sampai ke petro pam yang berhampiran. Dapat juga main bola sepak hari ini tapi kene pumping juga…huhuu…

Indahnya Islam ni….

Kesimpulan:

1. Inilah janji Allah kepada semua hamba-Nya yang *bertawakal dan berbuat baik pada orang lain, alhamdulillah saya yakin dengan-Nya.

*berusaha dengan membuat sesuatu perkara lalu kita berserah kepada Tuhan agar memberi balasan yang terbaik)

2. Lain kali, isi minyak motor secukupnya sebelum bertolak ke sesuatu detinasi(tempat).

3. Niat kena betul sebelum melakukan sesuatu perkara. Islam amat menitik berat berkaitan dengannya. Semoga kita terletak di dalam golongan yang sentiasa mempunyai niat yang suci dan baik dalam melakukan setiap perkara. Ameen (Semoga Allah memperkenankannya)

Yang baik datang dari Allah, yang lemah datang datang dari saya sendiri.

Allahu’alam

Ape Bezanya Orang Islam Dengan Orang Bukan Islam….? (Episod 1)

•May 5, 2008 • Leave a Comment

Saya teringat lagi satu kisah yang pernah berlaku…nak tahu? Jap ye!

Ianya bermula pada suatu malam selepas saya mengajar tulisan jawi (tulisan bahasa melayu ke tulisan bahasa arab ) kepada anak murid saya di rumahnya. Dengan menunggang motor, saya ingin pulang ke rumah bagi melakukan aktiviti yang seterusnya. Tak sampai je 1minit dari pintu pagar anak murid, saya terlihat seseorang yang sedang menolak motor keseorangan. Saya pun pusing balik, mana tau dapat membantu. Orangnya berbangsa India. Kesian tengoknya,muka nampak dalam keletihan..mana taknya, dia dah tolak motor dari hospital (hampir 2-3km dari situ) akibat tayar belakang motor bocor. Saya cuba tawarkan bantuan. Alhamdulillah, dia kata ok. Saya minta dia rehat jap kat situ. Saya pun dengan kencangnya membawa motor ke kedai bengkel motor yang berhampiran. Mula-mula, saya pergi bengkel yang pertama (terdapat 2 orang mekanik):

Saya: Boleh tolong repair itu motor Indian (orang india), motor dia pancit la.

Tauke: Solila, kedai ni tala cukup olang.

Saya: Bang, u boleh kasi tolong ka itu Indian?

Bang: Sorila, saya sibuk ni. (beliau berbangsa India)

Saya pun ke bengkel kedua.

Saya: Tauke, boleh tolong kasi repair ka? Itu India,tayar motor dia bocor la.

Tauke: Bole2x..tapi tunggu sikijap. Saya kena tunggu itu abang saya. Sebab tara ada olang mau jaga

ini kedai.

Saya: Ok2x. Saya tunggu

Lepas beberapa minit, saya minta diri untuk memberitahu pada Indian tersebut yang bantuan akan sampai sebentar lagi.

Sampai pertengahan jalan, saya nampak Indian tersebut sedang menolak motornya. Saya pun terus ke arahnya.

Saya : Kenapa tak dok rehat? Kejap lagi ada orang nak tolong.

Indian: Takpa2x. Kedai dekat saja. Kat simpang tu ja.

Saya: Aiii U ni!Ok2x..U tunggu kat sini. Tauke tu dah nak mai. Saya pi jumpa tauke tu sat.

Saya pun terus ke bengkel kedua tadi semula. Sampai-sampai, abang kepada tauke tu kata dia dah pergi. Cepat-cepat saya pi cari tauke tu tadi. Masa lalu ke laluan tadi, Indian tadi pun saya dah tak nampak. Saya pergi cari tauke tu balik. Ah..kacau..Akhirnya saya berjumpa balik dengan tauke tadi. Saya minta maaf darinya sebab Indian tadi dah tolak motor ke bengkel berdekatan (1km juga dari tempat mula jumpa). Kami pun cari Indian tadi semula. Puas cari tak jumpa. Sekali lagi saya memohon maaf dari tauke sebab telah menyusahkannya. Hilang lak pulak Indian ni.Ayoyo..Terpaksa balik ke rumah dalam keadaan kepeningan…Bersambung ke episod ke-2………..

Kesimpulan:

  1. Dari faktor negatif, saya boleh katakan, saya telah membuang masa dan minyak pada orang yang bukan seagama, sebangsa dan tak kenal pun antara satu sama lain.

  2. Tetapi dari sudut pandangan Islam, saya bangga menyatakan saya seorang Islam kerana Islam menyuruh agar kita berbuat baik sesama manusia (tak kira sama bangsa, agama atau sebaliknya)binatang dan makhluk yang lain. Adakah anda bangga dengan agama anda??

*Peringatan: Cerita ini hanyalah sebagai mengambil ikhtibar sesama kita bukannya untuk menunjuk-nunjuk. Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari saya sendiri.

Allahu’alam (Hanya Allah Maha Mengetahui)

Api: Elektrik

•April 21, 2008 • 1 Comment

Pada suatu hari So`od ( seorang jurutera elektrik ) datang berbual-bual di rumah kawan karibnya Seman (tukang cuci pinggan kat kedai makan Pak Abu). Seman menyambut So`od dengan hati yang terbuka dan seronok kerana dah lama tak bertemu antara satu sama lain.

Habis diceritakan kisah-kisah kehidupan sepanjang tidak ketemuan. Dari cerita bab tayar kereta hinggalah kerjaya di tempat kerja.

Tiba-tiba Seman mula menyoal satu soalan seribu satu soalan…..

Seman: Eh! `Od, aku nak tanya ko sikit, boleh?

So`od : Boleh je tapi jangan tanya soalan yang aku tak leh jawab sudah la…

Seman: Mana aku tau ko boleh ke tak jawab soalan aku. Sebab aku kene tanya dulu,

barula aku tau ko boleh jawab atau tak.`Od…`Od…

So`od : Oooo….macam tu! Mana aku tau.Hu..hu..8x..Ape dia soalannya?

Seman: Camane kipas boleh berpusing?

So`od : Sebab ko ‘on’ kan suis. Pusing la dia…Hu..Hu…8x

Seman: Ade yang kene lempeng dengan aku karang..

So`od : Sabo..sabo..Aku melawok je tadi..Bagus soalan ko tu…Tak semua orang yang

memikirkan tentang sesuatu yang nampak mudah tapi sebenarnya ianya boleh

membawa satu perkara yang lebih besar dan penuh bermakna dalam kehidupan

kita.

Seman: Tak tau lak aku ni pandai juga,yek! Hemoi2x….

So`od : Dah..Dah… Jangan angkat bakul..Ko nak aku cerita ke tak nak?

Seman: Ok..ok..Silakan boss!

So`od : Bos lagi? Baiklah kita fokus sikit. Kipas boleh berpusing di sebabkan di

dalamnya terdapat motor yang dipasang bagi memusingkannya. Tetapi terdapat

juga wayar-wayar yang berwarna-warni di dalamnya yang setiap satunya di

sambung dan di susun rapi yang berhubung terus di antara kompenan yang

tertentu dan ke suis. Kemudian suis tersebut akan ada wayar akan bersambung ke

suis box.Ala…yang kotak warna putih tu…

Seman: Ok,lagi..lagi…(dilafaz dengan penuh minat)

So`od : Seterusnya akan ada wayar bersambung ke batang besi yang ditanam ke dalam

tanah. Tapi ko tahu tak macamana aku tau semua tentang sistem ni?

Seman: Dah tentu ko belajar.

So`od : ‘This is right,geng’… Aku belajar semua ni berpandukan satu buku yang dinamakan

buku kejuruteraan elektrik.

Seman: Eh!Eh!betul la…

So`od : Terer tak aku..Ha8x… Ok!Ok! Fokus! Oleh dengan itu kipas akan berfungsi dengan baik

dan lancar sekiranya kita menggunakan kaedah yang tepat. Selain itu, kita juga harus

memastikan kebersihan kipas agar tidak berhabuk, skru diketatkan dan juga lain-lain.

Baiklah sekarang cuba ko dengar ape yang aku nak bagitau ko, kenapa soalan yang ko

tanyakan ni sebenarnya membawa seribu makna bagi sesiapa yang memikirkan dalam

aplikasi kehidupan kita seperti mana aku katakana pada awal penerangan aku tadi.

Seman: Silakan!

So`od : Amat jelas dan nyata bahawa untuk menghasilkan pusingan kipas, kita mesti

mematuhi dan memenuhi syarat-syarat berdasarkan ilmu yang kita belajar

berpandukan buku kejuruteraan elektrik. Begitulah juga kita sebagai seorang manusia,

lebih-lebih lagi sebagai seorang yang menganuti agama Islam. Untuk mendapatkan

cara hidup yang terbaik bagi setiap orang Islam adalah dengan melihat kembali kepada

apa yang terdapat di dalam Al-Quran bagi menghasilkan satu fungsi yang terbaik dan

berkualiti dari segala aspek. Termasuklah merasai nikmat kehidupan yang sementara ini

dengan sebaik-baiknya dan bermakna disisi Allah. Itulah realiti yang kita takleh nak

nafikan kerana ianya adalah hakikat kita sebagai manusia yang mengaku bahawa kita

mempunyai Tuhan yang satu.

Seman terlopong buat seketika, kira-kira dalam 8saat je…

Seman: Betullah `Od. Tak terpikir aku ape yang ko pikirkan. Mantap..mantap..mana ko belajo

Semua bende ni?

So`od : Hemm……………

Perbualan mereka dihentikan sekita kerana So`od terpaksa ke bilik air. Mana taknya, dia baru je makan biskut kering yang telah luput tarikhnya lebih kurang 3minggu lepas. Ape lagi…sakit le perut dia…Seman..Seman…nape ko bagi biskut yang dah tak leh makan lagi….Hmmmmm

Kesian….. dan sekian.

Kesimpulan:

1)Manusia (cth; Org Islam)

2)Hidup bahagia-Aman-Harmoni-Tingkah laku

3)Al-Quran

4)Tuhan (Allah)

Tiket yang BETUL…….

•April 21, 2008 • Leave a Comment

Konduktor bas: Adik, tiket ada?

Penumpang : Ada..sat naa…(tunggu kejap-loghat kedah).Ok! Ni dia pak cik.

Konduktor bas: Ok!

Penumpang : Terima kasih…..

Cerita ni mesti pernah kita telah lakonkan pada zaman dulu dengan jayanya kan?

Itupun kalau pernah naik bas la…kalau tak pun, apa-apa yang ada berkaitan dengan tiket pun jadilah….

Kita bukan nak merebut anugerah pelakon penumpang terbaik dunia mahupun dalam anugerah yang setaraf dengannya. Tetapi apakah pengajaran yang boleh dicungkil dalam lakonan spontan yang pernah kita alami dulu ataupun sekarang?

Ok! Mari kita lihat dengan mata hati kita. Tiket selalunya diperbuat daripada kertas dan juga bersaiz kecil. Kalau sekali imbas, ianya macam sampah. Mana taknya, ianya hanya memenuhi poket-poket baju seluar kita je…

Tapi kenapa kita tak buang je tiket yang boleh kita anggap sampah kecil?Jawapannya, ianya amat bernilai jika tiket itu membawa kepentingan pada kita.

Jadi kenapa kita tak fikir panjang sebelum nak buang sampah ( walaupun kecil ) ke merata-rata tempat?

Points yang saya nak sampaikan adalah kita sebenarnya boleh menyimpan sampah seperti plastik gula, gula-gula getah dan sebagainya sementara di dalam poket sebelum dibuang ke tong sampah. Ianya berkaitan keprihatinan kita terhadap benda-benda kecil sebelum ke beberapa perkara yang lebih besar lagi. Inilah dinamakan ‘SIKAP’.

Manusia boleh berubah jika mereka meletakkan syarat dan matlamat yang jelas dalam kehidupan mereka ( termasuklah saya sekali ) bagi segala keadaan. Maka! Nak tunggu apa lagi? Letakkan syarat dan matlamat kita mulai sekarang dan berniatlah serta berusahalah dalam proses membaiki diri kita sendiri.

Allah telah berkata di dalam Al-Quran:

Dan sungguh, akan Kami( Allah ) isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami ( ayat-ayat Allah ) dan mereka memiliki mata ( tetapi ) tidak dipergunakan untuk melihat ( tanda-tanda kekuasaan Allah) , dan mereka mempunyai telinga ( tetapi ) tidak dipergunakan untuk mendengar ( ayat-ayat Allah ). Mereka seperti haiwan ternak, bahakan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai’.

*untuk makluman, Al-Quran adalah kitab suci bagi orang yang beragama Islam. Macam orang Kristian, kitab suci bagi mereka adalah Injil.

*Allah adalah Tuhan kepada orang Islam. Jesus adalah Tuhan kepada orang Kristian. Lebih kurang macam tulah.

Mengapa nak tulis blog ni??

•April 17, 2008 • Leave a Comment

Suatu hari nanti, kita akan berjalan dalam satu alam yang tidak dapat digambarkan dengan akal fikiran. Di sinilah satu jalan permulaan bagi kita sebagai seorang panglima Islam dalam menjalankan visi dan misi yang jelas sebelum ke alam itu. Kita akan mengatakan inilah jalanku kepada seluruh umat di dunia dalam menyampaikan satu perkongsian yang mulia sebelum kita lafazkan langkah kita ini sebagai “Selangkah Ke Bumi Abadi”.

Pendahuluan!!

•April 17, 2008 • 1 Comment

Bismillah…..(Dengan Nama Allah)

Assalamu’alikum warahmatullahi wabarakatuh… Selamat sejahtera…

Apa khabar semua kepada pembaca yang dirahmati Allah S.W.T.?

Pada tarikh ini 17hb. April 2008 adalah satu tarikh yang amat bermakna kepada saya. Kerana pada tarikh inilah saya memulakan langkah pertama dengan menghasilkan blog ini bagi berkongsi maklumat dan bertukar pandangan sesama kita yang bergelar “orang”.

Semua manusia mempunyai perasaan yang suci,tak kiralah mereka beragama Islam, Kristian, Buddha, Hindu, Yahudi dan lain-lain. Semuanya nak berbuat baik pada sesama mereka. Kalau tak percaya, contohnya seorang ibu akan menyusukan bayinya ketika mana bayi itu menangis atau kelihatan dahagakan susu badan. Tak kiralah ibu itu beragama apa pun, tapi yang pasti dia mempunyai perasaan kasih terhadap anaknya dengan menyusukan bayinya…Setuju tak???

Oleh itu, saya sebagai seorang “orang” juga begitu, turut mempunyai perasaan kasih sayang terhadap orang lain. Kasih sayang boleh diluahkan melalui pelbagai cara.. (rasanya semua dah tahukan..?) termasuklah menulis blog ini bagi berkongsi pandangan dan pengalaman yang baik sesama kita untuk mengajak dan mengenali erti kehidupan sebagai manusia yang berjalan di muka bumi.

Maka, sudi-sudilah membuka dan memantau apa yang ada dalam blog saya ini, ye? Mana tahu ada baiknya!!! Mungkin segenlintir daripada kita pernah terdengar mafhum kata-kata Nabi Muhammad S.A.W:

Barangsiapa yang mengajar ilmu yang berfaedah kepada orang lain, maka dia akan mendapat pahala sebagaimana orang yang melaksanakan ilmu itu sehinggalah orang itu meninggal dunia. Dan barang siapa yang mengajar ilmu yang tidak baik kepada orang lain, maka dia akan mendapat dosa sebagaimana orang yang melaksanakan ilmu itu sehinggalah orang itu meninggal dunia.”

Yang baik datang dari Allah, yang buruk dan kurang datang dari diri saya sendiri.

Allahu’alam.

Wassalam

 
Design a site like this with WordPress.com
Get started