Profil | Gerakan Suara Rakyat

Berani & Benar | Gerakan Suara Rakyat

Berani & Benar | Gerakan Suara Rakyat

Gerakan Suara Rakyat (S.U.A.R.A) merupakan pertubuhan sukarelawan rakyat Malaysia yang bebas untuk menyatakan luahan hati rakyat Malaysia di luar negara terhadap sebarang isu yang melibatkan negara Malaysia tercinta.

Malaysia sebuah negara merdeka, dan mengamalkan konsep demokrasi dan kebebasan, lantaran itu SUARA mengorak langkah sebagai medium khusus untuk menyuarakan pandangan dan lontaran buah fikiran rakyat Malaysia tersebut.

 

Motto SUARA : “Berani dan Benar”


Presiden SUARA | Saudara Muhammad Salman Bin Amirruddin

Timb. Presiden I | Saudara Muhammad Aimi Akmal Bin Zaini

Timb. Presiden II | Saudari Amnah Binti Mohamed


 

Objektif Penubuhan SUARA;

1)Menyediakan platform khususnya kepada seluruh mahasiswa Mesir untuk berpencak dalam arena politik yang matang dan sihat.
2)Bertindak sebagai medium kepada warganegara Malaysia di Mesir untuk menyuarakan idea dan buah fikiran kepada kerajaan Malaysia.
3)Memberi maklumat dan berita yang tepat berkenaan isu-isu yang melibatkan tanah air kepada rakyat Malaysia di Mesir.
4)Melahirkan rakyat yang cintakan Negara dan sanggup berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
5)Menanam sifat cintakan kemakmuran, keamanan, toleransi dan bencikan persengketaan.

 

Leave a comment