Followers

Dekatkan Aku Andai Aku Jauh 1

-wAn- | 3:52 PM |


Rasa terlalu jauh dari-Nya..

Selalu melihat kelebihan yang ada pada diri 0rang lain membuatkan aku iri hati dan tidak bersyukur dengan apa yang dianugerahkan-Nya..

Aku juga tidak nampak kelebihan yang ada padaku sehingga seakan-akan kufur dengan nikmat yang telah diberikan..

YA ALLAH,
sesungguhnya setiap ciptaanMu adalah sebaik-baik ciptaan..

YA ALLAH,
Engkau ampunkanlah d0saku ini,

YA ALLAH,
aku terlalu jauh dariMu,

YA ALLAH,
terbitkanlah rasa syukur di atas rahmat dan limpahan kurnia yang telah Kau berikan ini walaupun ianya hanya cuma sementara,

YA ALLAH,
hanya kepadaMu tempat ku bermunajat,
berm0h0n dan berserah,

YA ALLAH,
sesungguhnya Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Menyayangi,

YA ALLAH,
sekatlah diri pada mana yang engkau halalkan,
agar aku terhindar dari semua yang Engkau haramkan,
perkayakanlah aku dengan kurniaan Engkau,
agar ku tidak meminta-minta selain Engkau..


Image

Image

Image

Dedah Perkara Sulit : Pekida Mahu Saman Farid Kamil dan Syamsul Yusuf 3

-wAn- | 7:17 AM |

Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) berhasrat menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.

Image

Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan,... Shikin Begum berkata antara dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci pertubuhan tersebut yang selama ini dianggap rahsia.

"Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida.

"Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri,"

Shikin berkata, pihaknya kecewa kerana penerbit filem tersebut iaitu Skop Production dan Metrowealth yang tidak sensitif dengan perkara melibatkan pertubuhan tersebut.

Kedua-dua filem itu juga dilihat telah menjejaskan imej masyarakat Melayu apabila mengaitkan golongan Melayu dalam kumpulan gangster.

Image

"Saya kecewa kerana kedua-dua pengarah iaitu Farid Kamil dan Syamsul Yusof tidak sensitif dengan perkara ini. Jika mereka mahu menghasilkan filem seumpama itu, mereka harus meminta nasihat kami terlebih dahulu.

"Mereka seperti mempermainkan perjuangan pertubuhan ini dan tidak menghormati kami sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO). Kami sedar ramai yang masih tidak tahu perjuangan Pekida namun mereka seharusnya ada rasa hormat," ujarnya kesal.

Tambahnya, dia memahami kedua-dua pengarah muda ini mempunyai perjuangan dalam memeriahkan industri filem tanah air, namun tidak seharusnya mengambil jalan dengan menjatuhkan imej pertubuhan tersebut.

"Kedua-dua filem itu bukan sahaja tidak menghormati kami, malah memberi pandangan buruk kepada masyarakat tentang perjuangan sebenar Pekida.
"Kami pada awalnya berdiam, namun kemunculan filem KL Gangster membuatkan kami seperti dicabar untuk bangkit mendapatkan penjelasan selain mengambil tindakan," jelasnya.



Sehubungan itu, pihaknya akan merujuk perkara berkenaan kepada Pengerusi, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM), Datuk Husin Shafie bagi mendapatkan penjelasan sebenar dan menuntut agar filem yang sedang ditayangkan itu ditarik balik serta merta selain dilakukan penapisan semula.
Pertemuan itu kata Shikin telah diaturkan di pejabat LPFM di Putrajaya, Jumaat (hari ini) pada pukul 4 petang tadi.

Image
Image

Terbaik lah !!! 25

-wAn- | 11:42 PM | , ,

bukan nak merungut..
saje nak membesarkan cerita..

tadi Form 6 dapat jadual baru..
teng0klah..
aku memang nak share dengan k0rang pun..

0ke, aku mula2 datang DARY dulu balik 2.40 petang..
lepas tu naik upper 6 tambah masa sikit jadi 3.20 petang..
sekarang ???

Image
1600?
KALAU TAK PAHAM BIAR AKU TERANGKAN..

dalam jadual baru nie, kelas kit0rang habis pukul 4 petang..
dalam jadual je tulis pukul 4 tapi KALAU jadual nie betul2 jalan sebenarnya kelas kit0rang mula pukul 7.40 pagi than habis pukul 4.30 petang..

ser0n0k gila rasa..
besh kan?
dah la rehat sekali je..
sekarang yang balik pukul 3.20 pun kepala aku dah tak betul..
ini kan pulak jadual baru nie habis pukul 4..

jangan tanya kenapa kelas diam je..
punca semua 0rang tidur~

f0rm lain aku tak tau..
s0 kalau k0rang baca k0menlah yea...

p/s : takde peruntukan untuk s0lat Z0H0R ke ?? =)

Image

Image

Kehadiranmu 3

-wAn- | 1:28 AM | , ,

hadirnya dirimu berikan suasana baru
kau mampu tenangkan aku
di saat risau dalam hatiku

lembutnya sikapmu meluluhkan hati ini
terbuai aku terlena oleh dirimu
oleh dirimu

jantung pun bergetar saat engkau ada di dekatku
mungkinkah diriku telah jatuh cinta pada dirimu
sebisa diriku mencoba untuk melupakanmu
namun ku tak bisa
kau pun selalu ada dalam hatiku

dan biarkan semua mengalir apa adanya
ku yakin kau pun pahami perasaanku
perasaanku

Image
sekadar gambar hiasan

Image

Image

Kecantikan Lelaki, Kegagahan Wanita 0

-wAn- | 9:45 AM | , ,

Image
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asa


Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang
ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…

Dan di mana kegagahan wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan


Sabda Rasulullah SAW:

“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”

Surah Al-Ahzab : Ayat 71

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

p/s : sekadar berk0ngsi..
ser0n0k pulak baca entri2 macam nie..=)

Image

Image

K.A.W.A.N 10

-wAn- | 2:14 AM | , ,


Image
- K.A.W.A.N -

Pernah tak kamu jumpa orang langsung tiada kawan?
Ada??
Siapa??

Rasanya paling kurang pun, adik beradik jadi kawannya..
Walaupun selalu gaduh, tapi sekejap saja..
Lepas itu baik semula..
Abang atau kakak pasti akan mengambil berat tentangnya..
Adik pula akan hormatinya..
Itu juga boleh dikira sebagai kawan..

Tidak ada adik beradik?
Ibu atau bapa tidak mungkin tak ada..
Merekalah yang jaga kita dari lahir sampailah ke hari ini..
Tidak pernah lupa tentang anak2 walaupun sehari..
Masalah selalu dikongsi.
Mak dan ayah akan cuba tolong selesaikan..
Merekalah dikatakan kawan..

Orang gila pun ada kawan..
tapi cuma kawan imaginasi..

Kawan yang baik selalu bantu kita dalam susah..
Selalu beri nasihat dan teguran jika kita ada buat salah..
Hidup kita pasti akan sunyi..
tiada warna dan tiada warni..
Jika tiada kawan di sisi..

Bersyukurlah kerana Allah telah menciptakan kawan untuk kita..

Image

p/s : apa beza kawan dengan sahabat ??

Image

Image

Buat Adam yang Mencari Cinta Hawa, Buat Hawa yang Menanti Cinta Adam 9

-wAn- | 3:56 AM | , ,

untuk Adam..
andai mahu mencari Hawa..

Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata..
kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..
lihatlah pada telapak tangannya..
andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik..
fikirlah semasaknya sebelum menyuntingnya..
sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..
lihatlah pada sebujur bibirnya..
andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..
fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..
khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..
menabur buruk diri si suami..

Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..
lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..
andai tidak redup menunduk pandangan..
fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..
khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..


untuk Hawa..
andai mahu menerima cinta Adam..

Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..
lihatlah pada aktiviti malamnya..
andai liar hidupnya tika malam menjelma..
fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..
kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..
khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..
lihatlah pada bahagian kakinya..
andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah di padang bola..
fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..
kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata..
lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..
andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..
fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..
khuatir apabila bersama kelak..
kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..



Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu..
sebelum ini..
wanita berhijab itu sesungguhnya memang mulia zahir batinnya..
tetapi hari ini..
mereka yang bertudung barangkali hanya untuk menyembunyikan kelemahan diri..

begitulah juga sang lelaki..
kadang-kala berkopiah..
dari mata nampak sungguh alim..
tetapi dlm hatinya..??
siapa yang tahu..

p/s : sekadar renungan bersama ~

Image
Image

Lagu Untuk Adinda 1

-wAn- | 4:07 AM | , ,

Di kalaku terbayang
Wajahmu d
aku terkenang-kenang

Kadangkala pagi siang malam

Jadi gila bayang

Padamu duhai sayang
Kasihku hanya padamu seorang
Hanyalah dikau jadi pujaan
Cinta kanda sayang

Padamu duhai sayang
Yang jauh di rantau orang
Ingatlah pesanan dari kekanda

Jangan-jangan bermain mata
Jangan-jangan cuba mendua
Kasihku cintaku selamanya

Ku renung bulan bintang
Ku sampaikan kasih salam sayang
Ku serah segala tanda cinta
Buatmu adinda

Pada si rama-rama
Terbanglah dikau padanya si dia
Pesankanlah rinduku padanya
Rinduku padanya

Image

Image

Kenapa Perlu MUET? 12

-wAn- | 12:35 AM |

Image

Apa itu MUET? MUET stands for Malaysian University English Test. Nak senang faham MUET nie exam yang ada 4 elemen (speaking, writing, listening and reading). Yang paling tuff and seronok bagi aku masa speaking. Memang seronok, tambah2 kalau dapat tajuk susah. Muka kalau boleh semua nak blur je..haha

Masa listening telinga jangan kasi sumbat, sebab candidate kena bukak telinga luas2, dengar and dapatkan jawapan. Voice tape hanya akan dimainkan dua kali sahaja. Kalau tak dapat memang hilang langsung la markahnya.

Untuk writing pulak, ada 2 part untuk essay. Essay bahagian B boleh goreng lagi sebab ala2 SPM tapi yang aku rasa susah part A. Dengan jadual, gambarajah, petikan apa semua campur. Memang pening sikit tapi kena buat jugak. Markah tu.

Last sekali, reading. Tulis je reading tapi bukannya test untuk membaca. Dalam test nie ade petikan. Baca dan jawab. Banyak soalannya, selalu sampai soalan 20 aku dah bising bila nak habis. Reading test nie lebih kurang sama macam exam English Science for Technology (EST) masa SPM dulu.

Macam pagi tadi, gr0up aku dah setelkan speaking test. Tajuknya suah aku nak share sebab tajuk keluar lagi untuk candidate esok, s0 nanti diorang yang dapat advantages. Mana boleh, aku pecah kepala diorang yang senang2 nak study tajuk aku bagi. Tapi Alhamdulillah la, tajuk kitorang pagi tadi memang sudah dispot dengan baik oleh teacher kitorang even apa pun aku tak study.hee teacher suruh kitorang tekakkan kat economic prosperity, sports, health, education, science and technology. Aku study MUET speaking dengan hafal keywords je. Bukan taknak study tapi aku tak tau macam mana aku nak study.

Start hari Sabtu, muka memang dah cuak je. Masuk bilik kuarantin tadi lagi takut. Tambah2 dengar Kimi asyik bercakap je, tension aku. Bila group 2 dipanggil kitorang pun get ready. Masuk2, ambik seat and benda pertama aku buat usha muka examiners. Nak tengok ada tak yang kerek. Nasib takde. Lepas tu aku terus usha soalan sebab nak cari point even belum disuruh tengok kertas soalan. JANGAN TIRU YEA!ha3

Masa task A which is individual presentation, semua dapat elaborate points dengan baik. Aku tengok diorang yakin je. Masa group discussion pulak, kitorang cuba argue pasal 2 pilihan je sebab nak jimatkan masa. Cukup je 5 minit aku akan drop out 2 point macam yang kitorang dah rancangkan. Kimi selaku candidate A akan open the discussion and aku selaku candidate D akan close the discussion. Memang tiap2 kali speaking pun aku dengan Kimi function sebagai opening and ending. Tapi pelik, Kimi cakap elok pulak hari nie. Selalunya dia akan cakap English dalam slank Kuala Kangsar..ha3

Cukup je 10 minit, discussion habis. Aku buat kesimpulan tepat 10 minit. Tapi yang paling lawak, elok je examiner tu cakap thank u, kitorang semua huuuuhhhhh sama2. Kuat pulak tu sampai examiner tu pun gelak. Sebelum keluar aku aku tanya examiner tu.."hows our discusion?".. Nasib beliau kata oke.

my MUET slip
Image
saje taknak besarkan~~

sebelum terlupa, untuk menjawab tajuk entri aku..........
Yang aku paham MUET nie pentingsebab kalau aku tak ambik kat skola pun kat U nanti tetap kena ambik jugak. And kalau MUET cuma dapat band 1 atau band 2, besar mana pun ijazah yang korang pegang, scrol ijazah tu akan ditahan universiti selagi korang tak dapat Band 3 dan ke atas. Betul ke pun?? BETULKAN KALAU AKU SALAH. tERIMA KASIH!

p/s : harapan tak tinggi sangat, cukup sekadar BAND 4..tapi kalau tak dapat aku retake lagi sekali hujung tahun nie....

Image


Image

6 Mac 5

-wAn- | 8:37 AM | , , , ,


Dulu pada tarikh ini aku telah mengenal hati seseorang. Seseorang yang pada sebelumnya selalu ada di depan mata aku tetapi langsung tak aku endahkan, langsung aku tak ambil peduli. Hanya namanya yang sering aku dengar tapi wajahnya langsung tak ku kenal.

hidup tak selalunya indah tetapi yang itu sentiasa hidup dalam kenangan

Tarikh 6 Mac mengubah segalanya. Waktu2 bersamanya aku gunakan untuk memahami dan lebih mengenali siapa dia. Aku tidak bertanya, sekadar memerhati dari jauh. Dan walaupun tanpa jawapan, sedikit sebanyak persoalanku tentang dirinya terjawab. Dalam diam, telah ku serahkan hatiku padanya. Kerana dia jugalah hati yang hampir tertutup ini kembali terbuka untuk menilai semula wanita.

Tetapi aku terfikir sendiri, mengapa terlalu mudah aku membuka hatiku untuknya setelah pernah dikecewakan oleh perempuan lain? Terus terang aku katakan, aku dipaku dengan peribadinya yang sentiasa berada di atas landasan agama. Jujur, sebelumnya aku tidak pernah mengenali rapat perempuan sebegini. Dan pada tarikh ini, aku telah tewas dengan kekuatan seseorang perempuan. Perempuan yang telah ku kenal namun tidak ku tahu isi hatinya.

kalau kita sayangkan manusia belum tentu dia juga sayangkan kita tapi kalau kita sayangkan Allah, Dia sememangnya sayangkan hamba-hambaNya dan kita tidak akan kecewa

Aku merasa bertuah. Bertuah kerana diberi kesempatan untuk mengenalinya kerana dialah yang telah membawa aku kembali dan tidak semata-mata leka dengan dunia. Kehadirannya di dalam hidupku umpama seorang guru yang sedang mendidik pelajarnya. Sering menasihati aku agar setiap perbuatan aku terpelihara. Setiap kesilapanku akan diperbetulkan dengan teguran. Setiap kali aku jatuh, dia sentiasa ada membantuku untuk kembali bangun. Aku bertuah. Dia selalu ada di saat aku memerlukannya. Tanpa dipinta, kata2 semangat dan nasihat diberikan. Masalah2 juga aku kongsikan dengan insan ini. Setelah itu, aku merasakan bebanan yang berkurang setelah bercerita kepadanya dan seakan2 masalah itu hanya sebesar zarah.

Ingin ku khabarkan, di antara kami tidak pernah langsung terjalin apa2 hubungan. Namun, hati kami pernah bersatu. Dari dulu sehingga sekarang aku masih dan sentiasa berharap agar penyatuan hati ini kekal di dalam hati kami kerana hanya dia insan yang ada di dalam hatiku. Walaupun aku cuba membuka mata dan hatiku untuk yang lain, apa sahaja yang aku lakukan dia akan ada membayangi aku. Sehingga kini, aku belum menemui sesiapa yang boleh membuat aku melupakan dia. Jauh di dalam hati ini sentiasa berharap perasaan ini kekal sehingga bila2. Aku juga berharap dia begitu. Namun yang hanya boleh dilakukan hanya berdoa..

Ya Allah, andai diriku tercipta untuknya, pertemukanlah kami semula suatu hari nanti. Andai tidak, Kau berikanlah kami kekuatan dan Kau datangkanlah bahagia kepada setiap dari kami supaya kami akan terus hidup dengan mencintaiMu

Jika di hati kamu masih ada aku, khabarkanlah. Supaya aku juga boleh menjaga hati ini untuk kamu yang sudah aku tahu siapa. Janganlah terus berdiam dan meninggalkan aku di sini keseorangan, tunjukkanlah di mana letaknya aku di dalam hati kamu.

Masa yang berjalan tidak akan berpatah balik ke belakang namun andai mampu ku undurkan masa, akan kubiar waktu terhenti di situ dan meninggalkan kita bersama2 kenangan.

Image

by, terima kasih!

Image

Image

Konvoi Lata Kinjang 13

-wAn- | 2:39 AM | , , ,


Aktiviti - Camping Seminggu Sebelum Exam
Tempat - Hutan Lipur Lata Kinjang
Tarikh - 15-2-11
Konvoier - 15 Orang

Mula2 kitorang kumpul dekat PERTONAS UTP SERI ISKANDAR pukul 8 pagi

Image

Lepas semua dah ada, kitorang pun start on the r0ad. Biasa la janji Melayu, suruh kumpul pukul 8, pukul 8.45 pun belum tentu semua dah ada. Disebabkan itu, perjalanan yang dirancang pukul 9 pagi tak jadi. Memang lambat geraknya. Tambah2 perempuan2 yang naik kereta tu.haha S0RI t0 say~

Journey bermula dengan 7 motosikal dan sebuah kereta Kancil sewa yang baru dicat. Kereta Kancil is only for the girls and foods. Kitorang ikut jalan Kg. Bali and terus ke Tanjung Tualang, lalu kat Malim Nawar dan sampai la kat Lata Kinjang. Tapi, bila aku join konvoi je mesti banyak masalah. Ada orang yang salah jalan nak ikut Batu Gajah, ikut jalan jauh so sebabkan diorang berdua tu semua terpaksa stop dan breakfast kejap kat Malim Nawar. Lepas semua dah kumpul kitorang teruskan perjalanan. Kalau tak salah aku pukul 12 tengah hari rasanya baru sampai dekat Lata Kinjang.

Image
welc0me t0 Lata Kinjang

Image


Lepas tu tak buang masa dah kitorang terus bawak tikar and makanan semua cari port. Then, baju disalin and mandi time!

Image

Image

Image

Image

Image

Image
ini budak yang hilang~

Image
dan inilah tukang masak jemputan kami..haha

Masa nak balik kitorang fly ikot highway. HUJAN KEJAP. haha nasib baik tak lebat kalau tak boleh mandi kali kedua. Lepas keluar Tol Gopeng kitorang terus ke Batu Gajah nak "lunch" pada pukul 5.30 petang.. Merasa la jugak full throter masa atas highway sampai rasa nak pelanting dari moto..haha aku tak tipu. tapi bangga la, bukan senang EX5 standard boleh lari 130km/j. Atas highway la pun nak test marketnya.

Entry yang nak taknak tulis tapi saje nak share..
Lepas nie tak ada runner2 dah, f0cus untuk exam minggu depan. Lepas tu baru boleh pikir nak ke mana pulak..haha

p/s : nie lepak2 untuk buang beban otak yang dah sangat penuh sebab exam dah dekat. Bukan lepak dan runner2 kosong.Terima kasih!

Image
Image

Diskriminasi Form 6 37

-wAn- | 12:33 AM | , , ,


Aku tak tau macam mana nak mula. Nanti salah cakap ada orang yang bising pulak tapi sangat rasa tak puas hati bila student Form 6 TAHUN NIE langsung tak boleh involve dengan acara sukan peringkat daerah. Kenapa TAHUN NIE? Kenapa student2 last year boleh pulak? Aku pun tak paham. Nak kata tahun nie ada Sukan Form6 bila aku tanya PK Form 6 jawapannya tak tau. Markah tu. Kalau setakat involve sukan peringkat sekolah je berapalah sangat markah penglibatan. Tak lebih 5 markah pun. Yang boleh tolong markah kehadiran je, tu pun kalau full attendence.

Pelik la. Dah la takde sape bagitau kitorang kenapa tak boleh terlibat dengan sukan. Bukan la nak kata aku nie hebat sangat tapi benda nie penting kot. Sangat2 la penting. Lepas tu ada cadangkan kitorang kena plan sukan Form 6 antara sekolah sendiri. Banyak kerjanya tu. Bukan senang nak organize. Lagipun dalam Perak Tengah nie berapa sekolah sangat ada Form 6. Nie la yang orang kata, Diskriminasi. Harap cikgu2 baca apa yang aku tulis. haha

mungkin boleh diibaratkan pelajar Form 6 macam nie kot...

Image
dibiarkan terkapai-kapai sendiri..huh

Tapi papepun aku nak ambil kesempatan kat semua orang terutamanya yang dah abes SPM tu JOIN LA FORM 6. Banyak benefitnya walaupun ada certain2 problem macam nie. Budak paling matang dekat U adalah pelajar2 Form 6. Bukan macam pelajar Diploma n Matrik. Sorry 2 say..haha Bukan apa, student Form 6 nie management kedua dalam hierarki pentadbiran sekolah. So apa2 hal yang pentadbiran sekolah rancang, kitoranglah yang laksanakan, kitoranglah yang tentukan event tu baik atau buruk endingnya. Sebab?? Kitorang yang organize semua tu. Tu sebab matang sikit.

Budak Matrik?? Dari apa yang aku tau la sebab member2 pun ramai belajar Matrik, FULLTIME STUDY. w0ah?? Sure tension kan? Kalau aku la. Lagi satu ada yang cakap aktiviti Koku kat MATRIK pun ada hadnya n "disekat". Sekat macam mana aku tak tau. Belum sempat tanya. Mungkin la budak Diploma ada atas sikit dari budak Matrik tapi papepun PELAJAR TINGKATAN ENAM adalah yang terbaik. Bukan cakap kosong tapi KALAU UNIVERSITI NAK BUAT INTAKE PELAJAR IJAZAH PERTAMA PUN FIRST CHOICE ADALAH PELAJAR FORM 6. Lepas tu baru pandang budak Matrik and then you the diploma students. Kenapa? Sebab pelajar yang dah ada Diploma dianggap dah ada kelayakan untuk cari kerja so nak buat apa belajar lagi kan??ha3 ayat kasar tu~

Macam dah melalut dari tajuk je tapi kalau nak banned ''dua golongan" tu aku memang banyak isi..haha

Apa-apa pun....

Image

p/s : lepas nie BERCADANG nak bukak cerita panas bertajuk "Form 6 dan Pentadbiran"

Image
Image

Rapuh 0

-wAn- | 12:42 AM | , , ,


detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Image

Image
Image

Forget Her! 7

-wAn- | 4:24 AM | ,


forget her name
forget her face
forget her kiss
forget the love that you once knew
remember that she has someone new
forget her when they played your song
remember when you cry all night long
forget how close you once were
remember she has chosen them
forget how you memorized her walk
forget the way she used to talk
forget the things she used to say
remember she has gone away
forget her laugh forget her grim
forget the dimples on her chin
forget the way she hold you tight
remember she's with him tonight
forget the time that went so fast
forget the love that moved, its past
forget she said she'd leave you never
remember now she's gone forever

Image
Image

Khairul Fahmi Che Mat (Keeper Malaysia ) Finalis ABPBH10? 2

-wAn- | 12:10 AM | ,

" Oleh kerana populariti beliau yang naik secara mendadak selepas cemerlang membantu skuad kebangsaan menjuarai Piala AFF Suzuki bulan lalu, nama Kahairul Fahmi telah dimasukkan kedalam finalis ABPBH10 yang akan berlangsung di Arena of Stars Genting Highlands pada 3 April ini. Pencalonan saat2 akhir beliau yang telah menimbulkan pelbagai spekulasi sama ada dari pihak FAM atau wartawan hiburan tidak menghalang TV3 untuk terus meletakkan nama beliau sebagai finalis Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH10. Khairul Fahmi dijangka menerima saingan sengit untuk mendapat anugerah itu terutamanya daripada pelakon filem Ngangkung, Shaheizy Sam dan daripada pelakon Lagenda Budak Setan, Lisa Surihani. "

Image

Dah lama dah aku bayangkan aku terbaca berita nie kalau beli surat khabar. Agak2 boleh jadi kenyataan ke? Rasanya kalau Khairul Fahmi nie masuk ABPBH memang dia akan menang. Serius. Kalau dalam surat khabar pun orang akan tick nama dia.So aku harap pihak2 yang berkaitan reconsider la opinion aku nie.haha mana tau tiba2 nama dia betul2 masuk ABPBH and menang aku jugak yang dapat nama sebab bagi cadangan untuk calonkan dia. boleh jugak dia share hadiah yang menang tu dengan aku. Tak mintak banyak. Belikan kereta untuk aku dah la.haha

Sape setuju dengan cadangan aku nie? Mesti ramai. Budak2 sekolah aku pun sampai sekarang asyik sebut nama dia je. Aku pergi mana2 dia pun stil orang ada sebut nama dia tambah2 bila tengah tengok bola even dia tak main. Perlu ke tengok EPL pun sebut nama Apek nie? Tapi aku pernah terbayang kalau Sir Alex Ferguson datang Malaysia and lamar dia nie. Mesti 1Malaysia kenduri bola. First South East Player plays for Man United.ha3 Tak mustahil sebab masa Final dulu pun Alex Ferguson tengok game Malaysia - Indonesia. Rio ferdinand pun ada wish congrate to Malaysia because win the AFF cup kat dalam Twitter.

Yang paling aku salute, lepas je Malaysia menang AFF cup, jersi Malaysia, sweater Malaysia semua sold out. Nak rewind balik, masa pergi IPOH PARADE dulu pun ramai orang pakai jersi Malaysia masa hang out. Rasa2 diorang dah buang kot branded2 clothes tu.haha bagus jugak, dah lama barang Malaysia tak abes.


Image
aku suka dia rambut panjang..
truly yakuza !

Image
apek and elia~

so? layak ke tak dia masuk ABPBH?

p/s : picture dicuri dari blog awek beliau..haha

Image
Image


Image

Pages